hobi saya dan guru saya

3
Hobi Saya Hobi saya ialah membaca buku. Sejak kecil lagi, saya memang suka membaca buku. Oleh itu, ibu selalu membelikan saya banyak buah buku untuk dibaca. Saya sudahpun membaca lebih kurang 100 buah buku cerita sejak saya berumur 7 tahun. Saya akan membaca buku bersama-sama dengan kakak dan adik di rumah. Kami selalu membaca buku di bilik bacaan. Apabila berada di sekolah, saya selalu mengunjungi perpustakaan sekolah untuk membaca buku cerita. Kadang-kala, saya akan pergi ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah saya untuk meminjam buku. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang menarik di sana. Tambahan pula, membaca adalah satu amalan yang baik. Dengan membaca, saya dapat menambah banyak perbendaharaan kata. Saya juga menjadi lebih yakin untuk berucap atau menulis. Membaca mendatangkan banyak faedah. Kita tidak akan rugi sekiranya tabiat baik ini dipupuk dalam diri kita sejak kecil. Saya gembira kerana melakukan perkara yang berfaedah sebagai hobi saya. Guru Yang Paling Saya Kagumi Guru yang paling saya kagumi ialah Cikgu Lee. Beliau berumur 34 tahun dan sudahpun berumah tangga dan mempunyai dua orang anak. Beliau berpengalaman mengajar selama 5 tahun. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Cikgu Lee merupakan guru kelas Tahun 4 Amanah. Cikgu Lee begitu disenangi oleh guru-guru dan murid-murid yang lain. Hal ini kerana sikapnya yang penyayang, mudah mesra dan baik hati. Beliau selalu mengambil berat tentang masalah murid-muridnya. Selain itu, Cikgu Lee mempunyai hobi yang mendalam terhadap bidang komputer. Beliau sering menggunakan komputer ribanya semasa pengajarannya di kelas. Cikgu Lee juga gemar melukis. Banyak mural di sekolah yang telah dilukis oleh beliau. Saya berharap Cikgu Lee akan terus mendidik anak bangsanya tanpa jemu. Saya juga berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau pada suatu hari nanti.

Upload: samantha-tan

Post on 22-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hobi saya karangan pendek

TRANSCRIPT

Page 1: Hobi Saya Dan Guru Saya

Hobi Saya

Hobi saya ialah membaca buku. Sejak kecil lagi, saya memang suka membaca buku. Oleh itu, ibu selalu membelikan saya banyak buah buku untuk dibaca.

Saya sudahpun membaca lebih kurang 100 buah buku cerita sejak saya berumur 7 tahun. Saya akan membaca buku bersama-sama dengan kakak dan adik di rumah. Kami selalu membaca buku di bilik bacaan.

Apabila berada di sekolah, saya selalu mengunjungi perpustakaan sekolah untuk membaca  buku cerita. Kadang-kala, saya akan pergi ke perpustakaan awam yang berdekatan dengan rumah saya untuk meminjam buku. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan yang menarik di sana. 

 Tambahan pula, membaca adalah satu amalan yang baik. Dengan membaca, saya dapat menambah banyak perbendaharaan kata.  Saya juga menjadi lebih yakin untuk berucap atau menulis. 

Membaca mendatangkan banyak faedah.  Kita tidak akan rugi sekiranya tabiat baik ini dipupuk dalam diri kita sejak kecil. Saya gembira kerana melakukan perkara yang berfaedah sebagai hobi saya.

Guru Yang Paling Saya Kagumi

Guru yang paling saya kagumi ialah Cikgu Lee. Beliau

berumur 34 tahun dan sudahpun berumah tangga dan mempunyai dua orang anak. 

Beliau berpengalaman mengajar selama 5 tahun. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains. Cikgu Lee merupakan guru kelas Tahun 4 Amanah.

Cikgu Lee begitu disenangi oleh guru-guru dan murid-murid yang lain. Hal ini kerana sikapnya yang penyayang, mudah mesra dan baik hati. Beliau selalu mengambil berat tentang masalah murid-muridnya.

Selain itu, Cikgu Lee mempunyai hobi yang mendalam terhadap bidang komputer. Beliau sering menggunakan komputer ribanya semasa pengajarannya di kelas. Cikgu Lee juga gemar melukis. Banyak mural di sekolah yang telah dilukis oleh beliau. 

Saya berharap Cikgu Lee akan terus mendidik anak bangsanya tanpa jemu. Saya juga berhasrat untuk mengikut jejak langkah beliau pada suatu hari nanti.

Page 2: Hobi Saya Dan Guru Saya

Jiran Saya

                Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Jiran-jiran saya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan Iban. Ibu bapa selalu menasihati saya supaya berbaik-baik dengan jiran.

                Jiran di sebelah rumah saya ialah Encik Tan. Encik Tan berumur 45 tahun. Dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah. Jika saya ada masalah dalam pelajaran, saya akan bertanya dengan Encik Tan. Dia akan mengajar saya dengan penuh sabar.

Isterinya pula ialah seorang suri rumah tangga. Mereka mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Tan Feng. Saya dan Tan Feng belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami selalu berjalan kaki ke sekolah.

           Encik Tan sekeluarga peramah dan bersikap lemah-lembut. Apabila kami berjumpa, mereka  akan bertegur sapa dengan kami. Isteri Encik Tan juga selalu memberikan kuih-muih yang dibuat olehnya kepada kami. Pada hari perayaan, kami juga akan kunjung-mengunjungi.

Oleh itu, hubungan kami dengan Encik Tan sekeluarga sangat erat seperti isi dengan kuku. Saya bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik.  Saya berharap agar Encik Tan sekeluarga selalu sihat dan sejahtera.  

Page 3: Hobi Saya Dan Guru Saya

Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tuliskan catatan tentang sukan tahunan tersebut.

Jumaat, 2 Julai 2013

7.00 pagi     : Murid-murid   berkumpul   di   padang.   Ibu   bapa   juga

dijemput  untuk hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan dalam belat. 

8.30 pagi    : Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Baram. Guru Besar menyambut kedatangan beliau. Mula-mula, Pegawai Pendidikan Daerah memberikan ucapan. Beliau menasihati murid-murid supaya mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat buku. Selepas itu, beliau merasmikan sukan tahunan.

9.30 pagi     : Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan bersungguh-sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan. Suasana yang meriah vmenyelubungi seluruh padang.

11.30 pagi   : Acara sukan tamat dengan lancar.  Rumah kuning menjadi johan keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Guru Besar menyampaikan piala kepada pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang menang jangan sombong, yang kalah jangan berputus asa.

2.00 petang : Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan perasaan gembira.