| isnin, 2 januari 2017 5 ‘dr gigih’ cari cara jadikan pembelajaran ... · “kajian yang saya...

1
EERVINA MOHD JAMIL [email protected] SUDAH lebih 10 tahun Dr Mu- hammad Nazir Amir – yang dilatih sebagai jurutera – menceburi ker- jaya sebagai guru. Namun sehingga kini, beliau tidak pernah jemu mengkaji cara dan membangunkan pendekatan ba- gi menarik minat pelajar lemah kepa- da pelajaran. Semasa berkhidmat di Sekolah Menengah Greenview, beliau memu- lakan kajian untuk mengenal pasti bagaimana subjek Rekaan dan Teknologi (D&T) boleh menjadi wadah memupuk kreativiti dalam mata pelajaran sains selain memban- tu pelajar memahami konsep sains dengan lebih baik. Beliau menjalani penyelidikan itu sebagai pelajar sarjana pada mulan- ya dan kemudian sebagai pelajar doktor falsafah (PhD) di Institut Pen- didikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Sebagai contoh, beliau meminta pelajar menghasilkan permainan menggunakan teori sains dan mem- buat persembahan silap mata meng- gunakan teori fizik bagi membangkit- kan minat pelajar sementara memas- tikan ia tetap mengikut sukatan pela- jaran yang ditetapkan. Meskipun telah meraih ijazah PhD dua tahun lalu, beliau menerus- kan misinya mengkaji cara bagi men- dorong pelajar lemah dan menjadi- kan pembelajaran lebih menarik ba- gi mereka. Hasilnya, sesetengah pelajarnya yang pernah meraih agregat bawah 150 bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan mema- suki aliran Normal Teknikal tamat persekolahan peringkat menengah mereka sebagai antara pelajar ter- baik bagi peperiksaan GCE Per- ingkat ‘N’. Bagi sumbangannya dalam bidang pendidikan dan dedikasinya menggilap potensi pelajarnya, Dr Na- zir dinamakan sebagai antara lapan alumni cemerlang NTU yang diberi Anugerah Alumni Muda Cemerlang Nanyang Oktober lalu. Menurut Dr Nazir yang menjalan- kan kajiannya sementara berkhid- mat sebagai guru, pengalaman dari- pada bilik darjah itu amat penting ba- gi kajiannya. “Kajian yang saya jalankan men- dorong saya menjadi guru lebih baik dan pengalaman mengajar ini juga membantu dalam kajian saya,” ujarnya. Menyingkap apa yang mendor- ongnya untuk terus mengkaji cara untuk menarik minat pelajar lemah khususnya dalam mata pelajaran matematik dan sains, Dr Nazir berka- ta sesetengah pelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains misalnya selalu dianggap boleh berjaya dalam bidang lain sep- erti seni dan muzik. “Memang betul mereka boleh berjaya dalam bidang lain tetapi ju- rang itu tetap tidak akan diatasi dan golongan pelajar ini akan sentiasa lemah dalam mata pelajaran matem- atik dan sains. “Jadi, saya jalani kajian untuk mengenali apa yang berkesan untuk mereka dan saya dapati ia bukan sekadar pendekatan praktikal tetapi pendekatan yang dapat menarik per- hatian mereka dan mempunyai hubungan emosi dengan mereka. “Barulah mereka terdorong da- tang ke sekolah dan menghadiri kelas bukan kerana mereka terpaksa tetapi kerana itu yang mereka ingin- kan,” ujarnya. Hasilnya, beliau telah menghasil- kan satu pendekatan pedagogi yang dikenali sebagai RAP (Relevant, Ap- pealing and Personal atau Relevan, Menarik dan Peribadi) khususnya ba- gi pelajar yang tidak terdorong. Menurutnya, pendekatan itu menghasilkan kelas yang bukan sa- haja relevan dengan dunia sebenar tetapi ia juga menarik dan mempun- yai kaitan dengan pengalaman perib- adi mereka. Dengan RAP juga, Dr Nazir mem- bangunkan kurikulum berdasarkan projek bagi mata pelajaran Stem (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dan bekerjasama den- gan guru subjek lain termasuk ba- hasa Inggeris, aplikasi komputer dan seni untuk memastikan bahawa apa yang diajar itu relevan kepada pela- jar. SEJAK kecil, beliau menanam ci- ta-cita ingin menjadi jurutera apabila besar kelak, khususnya dalam bidang satelit dan telekom. Demi mengejar impiannya, Dr Muhammad Nazir Amir turut melan- jutkan pengajian di Universiti Surrey di Britain dalam jurusan Kejuruter- aan Elektrikal dan Elektronik (EEE) dan pulang ke tanah air dengan segu- lung ijazah pada 2001. Namun, hatinya berubah selepas bekerja sebagai guru sambilan di Se- kolah Menengah Greenview sement- ara menantikan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Pengalaman itu meninggalkan ke- san yang begitu mendalam pada di- rinya sehingga beliau memutuskan menyertai kursus diploma poss- iswazah dalam pendidikan (PGDE) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) pula selepas itu. Kini, sekitar 15 tahun kemudian, beliau masih bergelar seorang guru. Meskipun bidang kejuruteraan ke- hilangan seorang anak muda yang berbakat, tentunya bidang pendidi- kan pula yang meraih seorang indi- vidu berpotensi besar yang sentiasa gigih menggali potensi sebenar se- tiap pelajarnya. Namun, anak bongsu daripada ke- luarga dua beradik itu tidak pernah menyesali keputusan yang dibuat- nya dengan sokongan teguh ibu bap- anya dahulu. Malah, penerima Anugerah Presi- den bagi Guru pada 2014 itu juga berpeluang menghidupkan cita-cita- nya dahulu apabila beliau dipilih me- nyertai Program Anugerah Unggul Fulbright Dalam Bidang Pengajaran di Amerika Syarikat baru-baru ini. Sepanjang program itu yang ber- langsung antara Ogos lalu dengan bu- lan ini, Dr Nazir berpangkalan di Universiti Indiana. Semasa di Amerika, beliau turut diundang agensi angkasa lepas Ame- rika Syarikat, Pentadbiran Pener- bangan dan Angkasa Lepas Ke- bangsaan (Nasa), menyaksikan aca- ra pelancaran roket. Beliau juga berpeluang bersem- bang dan makan tengah hari bersa- ma seorang angkasawan serta me- nyaksikan kapal angkasa dari ja- rak dekat. “Saya meraih banyak pengala- man yang dapat saya bawa pulang ke Singapura untuk dikongsi den- gan orang di keliling saya. “Saya rasa keputusan menyer- tai pendidikan ini adalah keputus- an terbaik yang pernah saya ambil kerana saya boleh menyuntik ins- pirasi kepada orang ramai,” ujar- nya. Dalam pada itu, Dr Nazir yang juga penerima Anugerah Alumni Muda Cemerlang Nanyang tahun ini turut berpeluang berkunjung ke pelbagai sekolah di beberapa wilayah di Amerika untuk ber- kongsi pendekatan pengajaran yang digunakannya. Selepas mengajar selama 13 tahun, beliau akan menjawat peranan baru se- bagai guru pakar di Akademi Guru Si- ngapura (AST) mulai Januari ini. Beliau antara lain berharap dapat terus mendorong guru menjalankan penyelidikan bagi mempertingkatkan pembelajaran pelajar. ‘Dr Gigih’ cari cara jadikan pembelajaran sains lebih menarik Tidak pernah menyesal tukar kerjaya dari jurutera jadi guru GURU KREATIF: Dr Nazir gigih mengkaji pendekatan untuk menarik minat pelajar menerusi kaedah yang bukan sahaja relevan kepada dunia sebenar dan sukatan pelajaran tetapi juga relevan dengan pengalaman peribadi mereka. – Foto M.O. SALLEH ABADIKAN KENANGAN: Dr Nazir bergambar dengan angkasawan Jerry Ross semasa beliau diundang ke pusat angkasa lepas di Amerika semasa menyertai program Fulbright di sana baru-baru ini. – Foto DR MUHAMMAD NAZIR AMIR Berita Harian | Isnin, 2 Januari 2017 5 Berita SETEMPAT

Upload: duongkien

Post on 13-Mar-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: | Isnin, 2 Januari 2017 5 ‘Dr Gigih’ cari cara jadikan pembelajaran ... · “Kajian yang saya jalankan men-dorong saya menjadi guru lebih baik dan pengalaman mengajar ini juga

EERVINA MOHD [email protected]

SUDAH lebih 10 tahun Dr Mu-hammad Nazir Amir – yang dilatih sebagai jurutera – menceburi ker-jaya sebagai guru.

Namun sehingga kini, beliau tidak pernah jemu mengkaji cara dan membangunkan pendekatan ba-gi menarik minat pelajar lemah kepa-da pelajaran.

Semasa berkhidmat di Sekolah Menengah Greenview, beliau memu-lakan kajian untuk mengenal pasti bagaimana subjek Rekaan danTeknologi (D&T) boleh menjadi wadah memupuk kreativiti dalam mata pelajaran sains selain memban-tu pelajar memahami konsep sains dengan lebih baik.

Beliau menjalani penyelidikan itu sebagai pelajar sarjana pada mulan-ya dan kemudian sebagai pelajar doktor falsafah (PhD) di Institut Pen-didikan Nasional (NIE), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Sebagai contoh, beliau meminta pelajar menghasilkan permainanmenggunakan teori sains dan mem-buat persembahan silap mata meng-gunakan teori fizik bagi membangkit-kan minat pelajar sementara memas-tikan ia tetap mengikut sukatan pela-jaran yang ditetapkan.

Meskipun telah meraih ijazah PhD dua tahun lalu, beliau menerus-kan misinya mengkaji cara bagi men-

dorong pelajar lemah dan menjadi-kan pembelajaran lebih menarik ba-gi mereka.

Hasilnya, sesetengah pelajarnya yang pernah meraih agregat bawah 150 bagi Peperiksaan TamatSekolah Rendah (PSLE) dan mema-suki aliran Normal Teknikal tamat persekolahan peringkat menengah mereka sebagai antara pelajar ter-baik bagi peperiksaan GCE Per-ingkat ‘N’.

Bagi sumbangannya dalambidang pendidikan dan dedikasinya menggilap potensi pelajarnya, Dr Na-zir dinamakan sebagai antara lapan alumni cemerlang NTU yang diberi Anugerah Alumni Muda Cemerlang Nanyang Oktober lalu.

Menurut Dr Nazir yang menjalan-kan kajiannya sementara berkhid-mat sebagai guru, pengalaman dari-pada bilik darjah itu amat penting ba-gi kajiannya.

“Kajian yang saya jalankan men-dorong saya menjadi guru lebih baik dan pengalaman mengajar ini juga membantu dalam kajian saya,” ujarnya.

Menyingkap apa yang mendor-ongnya untuk terus mengkaji cara untuk menarik minat pelajar lemah khususnya dalam mata pelajaran matematik dan sains, Dr Nazir berka-ta sesetengah pelajar yang lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains misalnya selalu dianggap boleh berjaya dalam bidang lain sep-erti seni dan muzik.

“Memang betul mereka boleh berjaya dalam bidang lain tetapi ju-rang itu tetap tidak akan diatasi dan golongan pelajar ini akan sentiasa lemah dalam mata pelajaran matem-atik dan sains.

“Jadi, saya jalani kajian untuk mengenali apa yang berkesan untuk mereka dan saya dapati ia bukan sekadar pendekatan praktikal tetapi pendekatan yang dapat menarik per-hatian mereka dan mempunyai hubungan emosi dengan mereka.

“Barulah mereka terdorong da-tang ke sekolah dan menghadiri kelas bukan kerana mereka terpaksa tetapi kerana itu yang mereka ingin-kan,” ujarnya.

Hasilnya, beliau telah menghasil-kan satu pendekatan pedagogi yang dikenali sebagai RAP (Relevant, Ap-pealing and Personal atau Relevan, Menarik dan Peribadi) khususnya ba-gi pelajar yang tidak terdorong.

Menurutnya, pendekatan itumenghasilkan kelas yang bukan sa-

haja relevan dengan dunia sebenar tetapi ia juga menarik dan mempun-yai kaitan dengan pengalaman perib-adi mereka.

Dengan RAP juga, Dr Nazir mem-bangunkan kurikulum berdasarkan projek bagi mata pelajaran Stem (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) dan bekerjasama den-gan guru subjek lain termasuk ba-hasa Inggeris, aplikasi komputer dan seni untuk memastikan bahawa apa yang diajar itu relevan kepada pela-jar.

SEJAK kecil, beliau menanam ci-ta-cita ingin menjadi jurutera apabila besar kelak, khususnya dalambidang satelit dan telekom.

Demi mengejar impiannya, Dr Muhammad Nazir Amir turut melan-jutkan pengajian di Universiti Surrey di Britain dalam jurusan Kejuruter-aan Elektrikal dan Elektronik (EEE) dan pulang ke tanah air dengan segu-lung ijazah pada 2001.

Namun, hatinya berubah selepas bekerja sebagai guru sambilan di Se-kolah Menengah Greenview sement-ara menantikan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Teknologi Nanyang(NTU).

Pengalaman itu meninggalkan ke-san yang begitu mendalam pada di-rinya sehingga beliau memutuskan menyertai kursus diploma poss-iswazah dalam pendidikan (PGDE) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) pula selepas itu.

Kini, sekitar 15 tahun kemudian,

beliau masih bergelar seorang guru.Meskipun bidang kejuruteraan ke-

hilangan seorang anak muda yang berbakat, tentunya bidang pendidi-kan pula yang meraih seorang indi-vidu berpotensi besar yang sentiasa gigih menggali potensi sebenar se-tiap pelajarnya.

Namun, anak bongsu daripada ke-luarga dua beradik itu tidak pernah menyesali keputusan yang dibuat-nya dengan sokongan teguh ibu bap-anya dahulu.

Malah, penerima Anugerah Presi-den bagi Guru pada 2014 itu juga berpeluang menghidupkan cita-cita-nya dahulu apabila beliau dipilih me-nyertai Program Anugerah Unggul Fulbright Dalam Bidang Pengajaran di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sepanjang program itu yang ber-langsung antara Ogos lalu dengan bu-lan ini, Dr Nazir berpangkalan di Universiti Indiana.

Semasa di Amerika, beliau turut diundang agensi angkasa lepas Ame-

rika Syarikat, Pentadbiran Pener-bangan dan Angkasa Lepas Ke-bangsaan (Nasa), menyaksikan aca-ra pelancaran roket.

Beliau juga berpeluang bersem-bang dan makan tengah hari bersa-ma seorang angkasawan serta me-nyaksikan kapal angkasa dari ja-rak dekat.

“Saya meraih banyak pengala-man yang dapat saya bawa pulang ke Singapura untuk dikongsi den-gan orang di keliling saya.

“Saya rasa keputusan menyer-tai pendidikan ini adalah keputus-an terbaik yang pernah saya ambil kerana saya boleh menyuntik ins-pirasi kepada orang ramai,” ujar-nya.

Dalam pada itu, Dr Nazir yang juga penerima Anugerah Alumni Muda Cemerlang Nanyang tahun ini turut berpeluang berkunjung ke pelbagai sekolah di beberapa wilayah di Amerika untuk ber-kongsi pendekatan pengajaran

yang digunakannya.Selepas mengajar selama 13 tahun,

beliau akan menjawat peranan baru se-bagai guru pakar di Akademi Guru Si-ngapura (AST) mulai Januari ini.

Beliau antara lain berharap dapat terus mendorong guru menjalankan penyelidikan bagi mempertingkatkan pembelajaran pelajar.

‘Dr Gigih’ cari cara jadikan

pembelajaran sains lebih menarik

Tidak pernah menyesal tukar kerjayadari jurutera jadi guru

GURU KREATIF: Dr Nazir gigih mengkaji pendekatan untuk menarik minat pelajar menerusi kaedah yang bukan sahaja relevan kepada dunia sebenar dan sukatan pelajaran tetapi juga relevan dengan pengalaman peribadi mereka. – Foto M.O. SALLEH

ABADIKAN KENANGAN: Dr Nazir bergambar dengan angkasawan Jerry Ross semasa beliau diundang ke pusat angkasa lepas di Amerika semasa menyertai program Fulbright di sana baru-baru ini. – Foto DR MUHAMMAD NAZIR AMIR

PROMOTIONS

Berita Harian | Isnin, 2 Januari 2017 5

Berita SETEMPAT