hikayat ahmad muhammad

17
KARYA KLASIK: HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD NAMA : SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOF NO. MATRIK : JEA 080139 NAMA PROF. : DR. AMRAN MUHAMMAD SESSI 2008/2009 SEMESTER 1 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Upload: firda

Post on 07-Jun-2015

1.134 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

falsafah dan logika melayuhikayat ahmad muhammadSiti Yusrina binti Mohd Yusof JEA080139

TRANSCRIPT

Page 1: hikayat ahmad muhammad

KARYA KLASIK:HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

NAMA : SITI YUSRINA BINTI MOHD YUSOF

NO. MATRIK : JEA 080139

NAMA PROF. : DR. AMRAN MUHAMMAD

SESSI 2008/2009

SEMESTER 1

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

Page 2: hikayat ahmad muhammad

PENGENALAN

Kesusasteran hikayat merupakan suatu bentuk sastera yang dihasilkan melalui cerita-

cerita rekaan yang berbentuk khayalan dan imaginasi. Struktur sastera hikayat dibina

melalui rentetan pelbagai peristiwa yang dasar hubungannya merupakan watak atau

watak-watak yang sama. Perkataan hikayat berasal daripada bahasa Arab yang

bermaksud “pelbagai sejarah”. Kesusasteraan hikayat merupakan cerita-cerita rekaan

yang berunsur naratif, mendukung sifat hiburan dan didaktik. Kesusasteraan hikayat

terdapat dalam bentuk prosa dan puisi. Kesusasteraan hikayat dalam sastera Melayu

tradisional terbahagi kepada tiga kelompok iaitu berunsur Hindu, Hindu-Islam dan Islam.

Struktur cerita hikayat ini agak kompleks. Ceritanya bermula dengan pengenalan watak-

watak yang melalui pelbagai peristiwa yang akhirnya wira/watak digambarkan dapat

mengatasi segala rintangan dan seterusnya hidup bahagia. Daripada peristiwa-peristiwa

yang melibatkan watak utam inilah kita memperoleh pengajaran dan pendidikan moral

yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Kesusasteraan hikayat juga menyelitkan

unsur-unsur agama tanpa mengambil kira kesesuaiannya.

Page 3: hikayat ahmad muhammad

SINOPSIS

HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

Hikayat Ahmad Muhammad bermula dengan kisah bapa Ahmad Muhammad iaitu

Maharaja Pendeta keluar bertapa di sebuah gua di Darul Kaeh dengan tujuan bertapa

supaya kedua-dua anaknya Ahmad dan Muhammad dimuia dan dikasihi di dunia dan

akhirat. Ahmad dan Muhammad terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila Dewi

Permaisuri, ibu kepada Ahmad dan Muhammad menghantar kedua-duanya menunutut

ilmu. Mereka dihadiahkan burung pancawarna untuk menggalakkan mereka mengaji.

Mereka terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula menuntut ilmu. Bahkan,

mereka sekali lagi terpaksa berpisah dengan keluarganya apabila mula mengembara

untuk melarikan diri daripada Nakhoda yang menginginkan burung pancawarna milik

Ahmad dan Muhammad. Mereka lari untuk menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh

budak-budak Habsyi, orang suruhan Nakhoda. Ketika mengembara, Ahmad dan

Muhammad tersesat di dalam hutan dan mereka terpisah. Semasa terpisah, Ahamad dan

Muhammad masing-masing menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran termasuk

adegan percintaan. Peperangan berlaku antara Ahmad dan Muhammad dengan budak-

budak Habsyi dan Nakhoda. Ahmad dan Muhammad mencapai kemenangan dalam

peperangan ini. Akhirnya,peristiwa ini telah mempertemukan semula Ahmad dan

Muhammad dan juga pertemuan kembali Ahmad dan Muhammad kepada ibu mereka,

Dewi Permaisuri.

Page 4: hikayat ahmad muhammad

KUPASAN TEKS

Dalam Hikayat Ahmad Muhammad secara dasarnya memperlihatkan nilai kasih

sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan melalui watak-wataknya. Sepanjang cerita

banyak digambarkan tentang hubungan mereka semenjak kecil sehinggalah mereka

terpisah di dalam pengembaraan dan bertemu semula di dalam suasana yang tidak mereka

dugai. Perasaan kasih mereka sesama saudara amalah erat keteguhan ikatan tali

persaudaraan antara mereka menonjol sejak mereka masih kecil lagi. Mereka sama-sama

bermain, belajar dan bersama-sama mengembara untuk menyelamatkan diri daripada

buruan nakhoda dan budak-budak Habsyi yang hendak membunuh mereka. Mereka

kemudiannya sama-sama menghadapi peperangan menentang nakhoda dan budak-budak

Habsyi. Pelbagai peristiwa dihadapi bersama oleh Ahmad dan Muhammad menunjukkan

betapa kasih sayang dan keteguhan ikatan persaudaraan antara mereka amat kuat.

Kasih sayang dan keteguhan ikatan persaudaraan dapat dilihat berdasarkan

kepada peranan tanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Sikap sayang dan

bertanggungjawab terhadap keluarga amatlah penting terutamanya bagi menjamin

kehidupan yang bahagia dan harmoni. Nilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali

persaudaraan ini ditemui pada sikap dan tindakan Maharaja Pendita dan Dewi Permaisuri,

yakni ayah dan ibu kepada Ahmad dan Muhammad. Maharaja Pendita telah keluar untuk

Page 5: hikayat ahmad muhammad

bertapa mendoakan supaya puteranya Ahmad dan Muhammad mendapat kemuliaan di

dunia dan di akhirat.

Kebimbangan Dewi Permaisuri terhadap masa depan dua puteranya, Ahmad dan

Muhammad menyebabkan beliau mengambil langkah untuk menghantar Ahmad dan

Muhammad pergi mengaji. Sikap bertanggungjawab Dewi Permaisuri meneguhkan nilai

keteguhan ikatan tali persaudaraan di dalam keluarga. Kesedaran dalam diri Dewi

Permaisuri membayangkan sikap yang bertanggungjawab terhadap anak-anak terutama

dalam memberi didikan dan pelajaran. Sikap bertanggungjawab Dewi Permaisuri

menunjukkan seorang ibu yang memandang jauh ke hadapan. Kebimbangan Dewi

Permaisuri apabila melihat putera-puteranya hanya asyik bermain-main sahaja

menyebabkan dia menasihati putera-puteranya bahawa tanpa ilmu pengetahuan seseorang

itu sukar untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Bahkan, Dewi Permaisuri sanggup

mencari burung Pancawarna untuk dihadiahkan kepada putera-puteranya bagi

menggalakkan mereka pergi mengaji.

Dalam Hikayat Ahmad Muhammad ini, perbuatan Maharaja Pendita yang keluar

bertapa boleh diterjemah melalui takrifan falsafah. Bertapa boleh dihubungkaitkan

dengan perbuatan untuk memperoleh dan mendalami sesuatu ilmu pengetahuan melalui

kewujudan dan kejadian alam semesta ini. Secara umumnya,manusia itu memperoleh

ilmu pengetahuan berdasarkan tafsiran melalui perkara yang terjadi dalam alam semesta

sebagai makrokosmos. Hal ini bertepatan dengan takrifan falsafah iaitu proses

Page 6: hikayat ahmad muhammad

pentaakulaan ilmu pengetahuan kepada hakikat sekadar yang oleh insan. Kemampuan

manusia memperoleh ilmu pengetahuan berdasarkan pertimbangan akal dan tidak hanya

melalui pancaindera semata-mata. Proses penyimpulan kajian epistemologi tentang

kejadian alam dibuat berdasarkan data dan fakta yang sahih dan empirikal yang dapat

diterima akal yang rasional dan logikal serta diterjemah dan disampaikan secara teratur

mencakupi pertimbangan akal yang logik. Berdasarkan logika ini, ilmu pengetahuan yang

diperolehi dikaji intipati atau hakikat kewujudannya sama ada tersurat dan tersirat.

Proses meneliti dan menyelidiki kejadian alam berasaskan renungan dan

pentaakulan ilmu pengetahuan membawa manusia kepada kebijaksanaan dan kebenaran

hakikatnya. Kebijaksanaan manusia dapat menentukan nilai dan maanfaat terhadap

kejadian yang berlaku dalam alam semesta. Kebijaksanaan manusia terhadap ketentuan

nilai dan maanfaat yang diperolehi boleh menbentuk perilaku dan keperibadian budi

pekerti yang tinggi untuk mengangkat manusia hampir kepada tuhan. Keperibadian yang

tinggi melahirkan sesuatu yang abstrak melalui nilai kebenaran yang berasaskan hati dan

kalbu yakni melahirkan perasaan dalam hati dan jiwa manusia itu sendiri. Dalam Hikayat

ini, Maharaja Pendita menggunakan pertimbangan akal membuat keputusan untuk keluar

bertapa dalam melaksanakan tanggungjawabnya terhadap putera-puteranya. Maharaja

Pendita turut mengharapkan kebahagiaan putera-puteranya dari Khaliknya. Keyakinan

dan kebenaran yang wujud dalam dirinya telah melahirkan perasaan kasih sayang dan

Page 7: hikayat ahmad muhammad

tanggungjawab terhadap putera-puteranya yang membawa keteguhan ikatan tali

persaudaraan.

Kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan turut dilihat pada Dewi

Permaisuri melalui perbuatannya yang hendak menghantar putera-puteranya untuk

mengaji. Dewi Permaisuri bimbang akan masa depan putera-puteranya membesar tanpa

ilmu pengetahuan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kesedaran Dewi

Permaisuri berhubung tanggungjawab terhadap putera-puteranya dapat dikupas melalui

ilmu falsafah. Dewi Permaisuri telah berfikir lebih mendalam menggunakan

pertimbangan akal dan logika untuk bertindak sedemikian. Dewi Permaisuri turut

menggunakan pancainderanya dengan melihat kepada putera-puteranya yang hanya

bermain membuatkan dia berfikir tentang masa depan putera-puteranya tanpa ilmu

pengetahuan. Tindakan Dewi Permaisuri ini boleh dikaitkan dengan aliran falsafah

pragmatisme yang percaya kepada tindak- tanduk. Aliran ini meletakkan kegunaan dan

manfaat yang praktikal sebagai hasil sesuatu fikiran dapat menentukan nilai dan

kebenaran serta kebaikannya. Dewi Permaisuri percaya dengan bertindak menghantar

putera-puteranya pergi mengaji membolehkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat

dipraktikkan dalam menghadapi cabaran kehidupan . Tindakannya itu memberikan

kepada putera-puteranya. Ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh putera-puteranya

memberikan nilai yang baik terhadap masa depan mereka. Dewi Permaisuri melihat ilmu

Page 8: hikayat ahmad muhammad

pengetahuan sebagai sesuatu yang dapat memberikan manfaat yang baik kepada

kehidupan kepada putera-puteranya.

Nilai kasih sayang dan keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ada pada diri

Maharaja Pendita dan Dewi Permaisuri dapat dikaitkan dengan kajian epistemologi

manusia dalam bidang kajian falsafah. Nilai yang ada ini wujud daripada penyatuan akal

dan wahyu dalam diri manusia. Akal dan wahyu saling berkaitan dan tidak dapat

dipisahkan. Hal ini sebagaimana pendapat al Farabi yang menyatakan bahawa akal dan

wahyu adalah satu hakikat yang padu. Epistemologi terhadap kejadian alam tidak hanya

memerlukan penggunaan pertimbangan akal dan pancaindera semata-mata, sebaliknya

wahyu yang bertempat di hati turut diperlukan. Wahyu menunjukkan keyakinan dan

kepercayaan manusia terhadap sesuatu kejadian yang bersifat abstraksi dan transendental.

Manusia memerlukan akal dan kepercayaan untuk memahami hakikat Tuhan dan alam

semesta. Kebenaran yang mutlak hanya dapat diperoleh dengan kepercayaan. Akal dan

wahyu yang ada dapat mentafsirkan kebenaran dalam ilmu dan pengetahuan manusia.

Kebenaran akan membimbing manusia untuk meletakkan sesuatu perkara itu betul dan

wajar pada tempatnya, yakni meletakkan diri manusia dalam seluruh kewujudan

pesekitarannya. Sesuatu perkara yang betul dan wajar pada tempatnya berupaya

membawa keharmonian, kesejahteraan dan keadilan dalam kehidupan. Akal dan wahyu

Page 9: hikayat ahmad muhammad

yang membawa kebenaran ini jugalah mewujudkan dan melahirkan nilai-nilai pisitif yang

dapat memberi manfaat kepada diri manusia sendiri dan orang lain.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian falsafah memberikan manusia keupayaan memperolehi ilmu

pengetahuan dengan penuh kebijaksanaan dan kebenaran. Hal ini membentuk nilai-nilai

yang positif dan harmoni. Dalam hikayat Ahmad Muhammad, kasih sayang dan

keteguhan ikatan tali persaudaraan yang ada menjadikan hubungan seseorang individu

dengan invividu lain menjadi baik. Perasaan cinta kepada insane lain dan juga alam

sekeliling tentunya dapat menjamin kestabilan keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Oleh itu, seharusnya kajian falsafah dipraktikan dalam kehidupan seharian manusia.

LAMPIRAN

PETIKAN TEKS HIKAYAT AHMAD MUHAMMAD

“…….Adapun Maharaja Pendita itu pergi ke dalam Darul Kaeh itu hendak duduk bertapa pada gua itu, kerana daripada amat sangat perasaannya hati di atas putera dua bersaudara itu yang bernama Ahmad dan Muhammad itu. Maka jikalau dikabul akan Allah S.W.T dan berkat nabi Muhammad Rasullulah S.A.W dan paduka anak dua bersaudara itu diminta dijadikan orang di dalam dunia supaya dipermulia akan orang itu supaya dikasihi di dalam akhirat jua. Hatta maka tersebutlah perkataan Dewi Permaisuri Tuan Maharaja Pendita tu. Maka selama terpisah oleh suaminya itu, maka keluar pergilah tinggal di desa negeri yang bernama Thaif itu serta dengan anaknya dua bersaudara yang bernama Ahmad dan Muhammad. Maka negeri Syam tiada lagi melainkan adalah Tuan Maharaja Pendita itu akan dua bersaudara. Dan yang tua itu bernama Tuan Maharaja

Page 10: hikayat ahmad muhammad

Pendita yang muda bernama Tuan Maharaja Sengara. Adapun negerinya bernama Piranggandani. Maka itulah raja yang melihat dan memelihara akan kedua-dua negeri itu. Kerana dicari Permaisuri Tuan Maharaja Pendita dan beserta anakandanya itu dua bersaudara akan daripada tiadakan boleh juga hendak mau bertemu akan kepada Tuan Maharaja Sengara itu, akan hendak terlalu amat dukacita dan kangan dan berserta masghul rindu dendam didalam hati sebab hendak tiada boleh dibertemu dan permaisuri dan akan anakandanya dua bersaudara yang bernama Ahmad dan Muhammad jua.

Hatta maka tersebutlah tuan puteri Dewi Permaisuri Tuan Maharaja Pendita dan serta akan anakandanya dua bersaudara itu hendak di tinggal di desa negeri Thaif. Maka terlalu amat hendak melepas hari dan petang. Adapun lagi tuan puteri Dewi Permaisuri itu ditangiskan siang dan malam, pagi dan petang hendak mengalaskan airmatanya itu, dilihat anakandanya dua bersaudara itu daripada yang sudah besar dan belum lagi tahu sesuatu pelajaran guru atau lain-lain suatu ilmu atau pekerjaan, lepas daripada dia kedua empunya permainan sahaja, sebab anak kecil daripada itu tidaklah ingin sesuatu pelajaran jua pun.

Pada suatu hari datanglah keiyangan di atas puteranya itu maka tuan puteri Dewi Permisuri hendak memanggil akan anaknya, serta didapatinya dan kedua anak itu pun mendatangi mendapatkan bondanya. Demikian bunyi tuan puteri Dewi Permaisuri itu seraya memeluk tiba pula serta dia tangisi, “Ya,buah hatiku dan cahaya mataku, anakku mala jiwa jantung hatiku yang utama permata, baduri emas tempawanku, merawan hati tiadalah dia jemu tentang dengan mata bonda. Hanya itu apalah dua rakan kita ini hendak menjadi terpisah daripada ayahku.” Kemudian pula bondanya berkata, “Ini dengarlah anakku dua bersaudara. Manakah tuanku keduanya tiadalah ingin tuanku yang sudah besar dan serta anakku tiada ingat sekali-sekali anakku ini ada bangsa raja. Dan sekarang ini bonda melihat pekerjaanmu, pagi dan petang bermain-main sahaja jua. Dan jikalau tuanku dikabulkan dan ditolongkan Allah S.W.T, ini apalah jadinya kerana kita ini terlalu susah hendak melepaskan hari-hari dan petang di dalam dunia ini. Dan jikalau anakku dua bersaudara hendak pergi belajar mengaji pada Tuan Pendita guru dan jikalau tuanku kedua bersaudara mendapat tahu mengaji dan faham sekelian pelajaran guru, itulah senang hati bondaku ini jua”. Kemudian maka lalu mendengar anakandaku kedua bersaudara daripada perkataan bondanya itu yang kata, maka tiba-tiba sahutlah dua bersaudara kepada bondanya yang utama maha tinggi pangkat, “Ya,bondaku melakukan hamba keduanya disuruh hendak pergi mengaji. Ya bondaku, Kita kedua yang menanti pergi mengaji dan jikalau bondaku boleh adakan membawa seekor burung yang bernama pancawarna, tatkala itu baharulah hamba dua bersaudara yang nanti bermohon akan pergi mengaji. Kemudian maka sahutlah bondanya, “Ya anakku, nantilah bondaku carikan burung pancarawarna itu kemudian.

Page 11: hikayat ahmad muhammad

Maka setelah itu bondanya segeralah mengambil sekantung dinarnya, hendak pergi bondanya dengan segera membeli burung pancawarna itu, hendak berjalan ke pasar. Antara berjalan ke sebelah pasar itu, lalulah tuan puteri Dewi Permaisuri hendak lihat itu adalah budak kecil bermain main burung pancawarna itu. Maka Dewi Permaisuri seraya katanya, “Hai anakku, marilah bondaku beli burung pancawarna itu.” Maka kata budak kecil itu, “Baik bondaku nyai. Maka jikalau sungguh mau burung saya ini baiklah bondaku nyai memberi kasih barang lima dinar, segala itu hendak yang nanti diberikan pada bonda nyai”.

Maka tuan puteri Dewi Permaisuri itu seraya mengambillah kantung dinarnya. Dan serta diambilnya burung itu serta dikasi pada tuan puteri itu, dibawahnya pulang rumahnya. Maka kata tuan puteri Dewi Permaisuri, “Ya anakku, marilah lihat burung ini jikalau betul seperti kata anakku itu”. Serta mendengar anakandanya akan keduanya sambil belari-lari datang mendapatkan bondanya itu serta diambil burung pancawarna itu dari tangannya bondanya itu. Lalu berkata Ahmad Muhammad kepada bondanya itu, “Baharulah sekarang hamba pergi mengaji”.

BIBLIOGRAFI

Hashim bin Ismail.1996.Hikayat Ahmad Muhammad.Kuala Lumpur:Perpustakaan Negara Malaysia.

Hashim bin Ismail.1991.Hikayat Ahmad Muhammad:Transliterasi dan analisis teks. Jabatan Pengajian Melayu:Universiti Malaya.

Hashim bin Musa.1994. Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.google.com.my

http://www.yahoo.com.my

Page 12: hikayat ahmad muhammad