hijrah rasulullah saw.docx

10
HIJRAH RASULULLAH SAW Hijrah merupakan satu daripada peristiwa besar yang berlaku di dalam sejarah Islam zaman Rasulullah SAW.Peristiwa inilah yang bertanggungjawab meletakkan Islam pada tahap yang selamatdan Berjaya mengisytiharkan Islam sebagai agama yang toleransi,syumul,adil dan mampu memberi kesejahteraan kepada penganut-penganutnya.Hijrah juga menjadi ilham kepada perjuangan umat Islam di sepanjang zaman.Pembetukan calendar Islam turut merujuk kepada tarikh hijrah di dalam menetapkan takwimnya. Daripada sudut bahasa perkataan `hijrah’ membawa maksud meninggalkan suatu tempat atau berpindah dari satu tempat menuju ke tempat lain.Daripada perspektif sejarah Islam hijrah membawa perngertian perpindahan Nabi SAW dan para sahabat dari Mekah ke Kota Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Madinah.(Halim: 1990)Namun Ianya tidak sekadar semata-mata berpindah tempat tetapi membawa maksud yang lebih luas merangkumi perpindahan daripada sudut jasmani,rohani dan mental kearah tingkat yang leih tinggi atau ke tahap yang lebih baik.Keluarnya Rasulullah dan para sahabat dari bumi Mekah ke Kota Yathrib bukan menggambarkan sifat pengecut dan penakut atau cuba lari daripada tanggungjawab,tapi bagi mengelakkan diri buat sementara waktu dalam usaha mengatur strategi kekuatan dan ketenteraan yang lebih besar bagi mengekalkan yang hak dan benar. Dalam catatan sejarah Islam,penghijrahan rasulullah dan para sahabat ke Madinah al-Munawwarah iaitu Kota Bercahaya merupakan siri kedua dalam episod hijrah kerana sebelum ini telah pun berlaku hijrah pertama sekumpulan umat Islam ke Habsyah (Abbisinia) pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad SAW yang diserati oleh 75 orang sahabat Nabi lelaki dan wanita bagi mencari perlindungan daripada kekejaman dan penyeksaan musyrikin Mekah.Di sana umat Islam mendapat perlindungan daripada Raja Najasyi seorang penganut Nasrani yang adil dan bermurah hati. Rasulullah kemudiannya di atas perintah Allah telah memerintahkan umat Islam sekali lagi berhijrah ke kota Yathrib bagi mencari tapak yang lebih selamat dan subur untuk perkembangan Ilam seterusnya.Rasulullah menamakan golongan Islam yang berhijrah sebagai Muhajirin dan Muslimin Madinah yang sanggup berkorban membantu sebagai kaum Ansar.

Upload: nor-rahiyah-zakaria

Post on 15-Nov-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

cerita hijrah

TRANSCRIPT

HIJRAH RASULULLAH SAWHijrah merupakan satu daripada peristiwa besar yang berlaku di dalam sejarah Islam zaman Rasulullah SAW.Peristiwa inilah yang bertanggungjawab meletakkan Islam pada tahap yang selamatdan Berjaya mengisytiharkan Islam sebagai agama yang toleransi,syumul,adil dan mampu memberi kesejahteraan kepada penganut-penganutnya.Hijrah juga menjadi ilham kepada perjuangan umat Islam di sepanjang zaman.Pembetukan calendar Islam turut merujuk kepada tarikh hijrah di dalam menetapkan takwimnya. Daripada sudut bahasa perkataan `hijrah membawa maksud meninggalkan suatu tempat atau berpindah dari satu tempat menuju ke tempat lain.Daripada perspektif sejarah Islam hijrah membawa perngertian perpindahan Nabi SAW dan para sahabat dari Mekah ke Kota Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Kota Madinah.(Halim: 1990)Namun Ianya tidak sekadar semata-mata berpindah tempat tetapi membawa maksud yang lebih luas merangkumi perpindahan daripada sudut jasmani,rohani dan mental kearah tingkat yang leih tinggi atau ke tahap yang lebih baik.Keluarnya Rasulullah dan para sahabat dari bumi Mekah ke Kota Yathrib bukan menggambarkan sifat pengecut dan penakut atau cuba lari daripada tanggungjawab,tapi bagi mengelakkan diri buat sementara waktu dalam usaha mengatur strategi kekuatan dan ketenteraan yang lebih besar bagi mengekalkan yang hak dan benar. Dalam catatan sejarah Islam,penghijrahan rasulullah dan para sahabat ke Madinah al-Munawwarah iaitu Kota Bercahaya merupakan siri kedua dalam episod hijrah kerana sebelum ini telah pun berlaku hijrah pertama sekumpulan umat Islam ke Habsyah (Abbisinia) pada tahun ke-5 kerasulan Nabi Muhammad SAW yang diserati oleh 75 orang sahabat Nabi lelaki dan wanita bagi mencari perlindungan daripada kekejaman dan penyeksaan musyrikin Mekah.Di sana umat Islam mendapat perlindungan daripada Raja Najasyi seorang penganut Nasrani yang adil dan bermurah hati. Rasulullah kemudiannya di atas perintah Allah telah memerintahkan umat Islam sekali lagi berhijrah ke kota Yathrib bagi mencari tapak yang lebih selamat dan subur untuk perkembangan Ilam seterusnya.Rasulullah menamakan golongan Islam yang berhijrah sebagai Muhajirin dan Muslimin Madinah yang sanggup berkorban membantu sebagai kaum Ansar.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA HIJRAHKeputusanuntuk berhijrah ke Yathrib yang diambil oleh Rasulullah SAW adalah jalan terakhir bagi menyelamatkan umat Islam dan agama Allah pada ketika itu.Nabi sudah pun menyebarkan Islam dalam segala kepayahan di tengah-tengah kota Mekah yang dikuasai oleh kumpulan Abu Jahal dan Abu Lahab yang merupakan bapa saudara baginda sendiri .Kecekalan dan kesabaran Nabi selama hampir tiga belas tahun bukanlah jangka waktu yang singkat dan bukan juga tanda kepada putus asa baginda,tetapi hijrah ini membawa lebih daripada segala makna yang tersurat di atas.Terdapat beberapa situasi yang mendorong kepada penghijrahan suci ini. Pertama,peluang daripada persengketaan yang berlaku di antara suku Khazraj dan Aus yang tinggal di Madinah atau Yathrib.Kedua-dua kablah ini berasal daripada nenek moyang yang sama tetapi tidak pernah hidup secara aman teutama sejak tercetusnya Peperangan Buaath.Masing-masing sentiasa cuba mencari sekutu ataupun teman yang akan bersatu dengan mereka bagi mengalahkan pihak yang satu lagi. Sewaktu berlangsungnya situasi tersebut,padaa musim haji tahun ke-11 kerasulan,Rasulullah SAW mengambil kesempatan pada suatu malam menyeru enam orang daripada kebilah Khazraj yang sedang berbincang tentang lahirnya seorang nabi di akhir zaman kepada seruan Islam.Mereka ialah Asad bin Zurarah,`Auf bun Al-Harith,Rafi bin Malik bin `Ajlan,Qhutbah bin`Amir,`Uqbah bin `Amir dan Jabir bin Abdullah bin Riab.Mereka terdiri daripada pemuka atau pemimpin-pemimpin Khazraj di Madinah.Mereka mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata,`Kami tinggalkan kaum kami di sana dalam keadaan bermusuhan di antara satu sama lain.Mudah-mudahan Allah menyatukan mereka denganmu.Kami akan kembali menemui mereka dan mengajak mereka kepada agama ini.Kalaulah Allah menyatukan mereka di atas ajaranmu,maka tiada lagi orang yang paling mulia kepada kami selain darimu.Mereka menerima Islam dengan ikhlas dan menjadi pengikut Islam yang setia.Cahaya keinsafan mula menular di segenap sanubar mereka sehingga mereka merasakan tiada gunanya berada dalam persengketaan yang panjang dan membosankan dan cahaya Islam itulah yang teah menyatukan hati dua kabilah yang berperang sejak sekian lama. Kembalinya mereka ke Madinah membawa episode baru di dalam sejarah penyebaran Islam dan penyediaan kepada tapak yang subur untuk perkembangan Islam kemudiannya.Fenomena ini terbukti apabila termeterainya Perjanjian atau Baiah Aqabah pertama atau terkenal sebagai Baiatun-Nisak pada tahun ke-12 nubuwah di antara Rasulullah SAW dengan dua belas orang lelaki, sepuluh daripadanya daripada kabilah Aus dan dua daripada kabilah Khazraj. Tanda-tanda hijrah semakin hampir dan sokongan semakin kuat dengan kedatangan robongan seramai tujuh puluh lima orang Islam dari Madinah termasuk dia wanita iaitu Nusaibah binti Kaab an Asma binti `Amru pada musim haji berikutnya iaitu tahun ke-13 nubuwah.Di saat itulah mereka mengikat sumpah setia dan menjemput Rasulullah berhijrah ke Madinah.Mereka berbaiah untuk mempertahankan isteri dan anak-anak mereka sendiri. Kedua,sifat semula jadi orang-orang Yathrib atau orang Ansar yang lebih halus dan lembut daripada orang Mekah.Orang-orang Madinah atau Yathrib berasal daripada keturunan Yaman yang pernah disebut oleh nabi sebagai bangsa yang memiliki hati yang lunak.Mereka berpindah ke Yathrib sewaktu berlakunya banjir besar.Sabda Rasulullah,`Telah datang kepada kamu penduduk Yaman yang mempunyai hati dan tabiat yang sangat halus sekali.Aus dan Khazraj juga adalah keturunan Harithsah bin Amru bin Amir.Mereka memiliki jiwa yang mulia dan bercita-cita tinggi.Mereka adalah golongan yang berani dan tidak pernah membayar pajak atau cukai terhadap mana-mana raja atau penguasa.Sifat mereka juga dipuji menerusi al-Hasyr ayat 9 Allah berfiran,`Dan orang-orang yang terlebih dahulu daripada mereka bertempat tinggal di kampong (Madinah)(kaum Ansar) serta beriman.Mereka menunjukkan kasih sayang kepada orang yang berhijrah ke kampung mereka.Dan mereka tidak menaruh keinginan di hati mereka terhadap apa yang mereka berikan kepada orang yang berpindah itu.Bahkan mereka mengutamakan(muhajirin)lebih daripada mereka sendiri,walaupun mereka sendiri dalam kepapaan.Sifat belas ihsan dan kasih saying yang tinggi inilah yang menjadi jaminan penyuntik kekuatan di dalam diri nabi Muhammad dan umat Islam yang lain untuk menerima pelawaan berpindah ke bumi Yathrib. Ketiga,bangsa Arab Yathrib juga lebih memahami agama-agama ketuhanan kerana mereka biasa mendengarnya daripada orang-orang Yahudi yang diceritakan di dalam kitab Taurat tentang Allah,wahyu,kebangkitan di hari Kiamat,syurga,neraka dan lain-lainn perara samiyat ata metafizik.Sekiranya berlaku perbalahan di antara orang-orang Yahudi dengan bangsa Arab,orang Yahudi akan berkata,`Tida lama lagi akan diutus seorang Rasul seperti yang tersebut di dalam kitab kami.Bla dia diutus kami akan mengikutnya,dengan demikian kami akan kuat dan kami akan membunuh kamu seperti pembunuhan Aad dan Thamud.Oleh yang demikian dakwah rasul bukanlah merupakan sesuatu yang terlalu asing bagi mereka,hanya keangkuhan sahaja yang mungkin membuatkan mereka menafikannya sebagai mana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi sendiri terhadap nabi dan agama Islam. Keempat,pakatan keselamatan (Baiah Aqabah kedua)yang telah dimeterai oleh Rasulullah dengan umat Islam Madinah adalah suatu keperluan dan strategi demi masa depan Islam,memandangkan bantu Hasyim yang selama ini memberikan sokongan dan perlindungan kepada baginda dan dakwah Islam semakin hilang kedudukannya.Kematian dua insan yang dikasihi iaitu isteri baginda Sayidatina Khadijah Khuwailid dan bapa saudara baginda Abu Talib elah meletakkan Rasulullah dalam kedukaan dan membuka ruang yang lebih luas kepada Musyrikin Mekah untuk terus menekan dan menyeksa Rasulullah dan umat Islam.OLeh itu Allah Yang Maha Pemurah Dan Pengasih telah menentukan kepada kekasihnya tempat lain yang lebih baik sebagai janji kepada kesabaran yang disemai sekian lama dalam sanubari Rasul dan umatnya. Kelima,hubungan kekeluargaan.Selain daripada Bani Hasyim di Mekah,Nabi juga mempunyai kerabat atau saudara mara di Madinah kerana datuk Nabi iaitu Hasyim pernah berkahwin dngan seorang wanita Madinah daripada keluarga Banu Najjar.Hasil perkahwinan itu melahirkan Abdul Mutalib,datuknya yang telah dibawa dan dibesarkan di Mekah.Selain daripada itu tuan rumah di mana Nabi tinggal sewaktu berhijrah juga terdiri daripada keturunan Hasyim iaitu Aby Ayyub al-Ansari. Keenam,keistimewaan yang dimiliki Kota Madinah sendiri.Sesungguhnya pemilihan Allah ke atas bumi Madinah telah memuliakan kedudukan masyarakatnya dan penduduknya di mata dunia.Kota ini juga amat strategik daripada sudut pertahanan semula jadinya yang dibentengi oleh gunung-ganang pejal di barat dan timurnya.Rimba dan kebun kurma tumbuh di merata tempat sehingga menyukarkan musuh untuk mengadakan serangan ke dalam dan sulit untuk melarikan diri sekiranya mereka diserang.Sebuah hadis Rasulullah menyebut bahawa,`Pernah aku ditunjukkan(bermimpi) seolah-oah aku melihat tempat yang ditutupi oleh kebun kurma dan dikelilingi oleh dua pergunungan pejal yang terjal.Tiada satu pun dari kota di Jazirah Arab yang menyamai Kota Madinah dalam hal ini. Ketujuh,perintah berhijrah adalah diterima daripada Allah SWT sendiri.Ia amatlah bertepatan kerana apa-apa yang dilakukan oleh Rasulullah bukanlah terbit daripada nafsunya sendiri melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah.Tambahan pula soal hijrah keluar dari tanah tumpah darah sendiri akan melibatkan nyawa dan jiwa serta masa depan umat Islam pada waktu itu.Rasulullah sendiri pernah bersabda,`Sesungguhnya Allah telah menyediakan buat kamu saudara(pelindung) dan tempat hijrah yang aman(Madinah). Setelah kelihatan gejala-gejala kemenangan di Yathrib,Nabi memerintahkan sahabat-sahabatnya berhijrah secara beransur-ansur dan secara bersembunyi ke sana untuk menyelamatkan agama daripada penganiayaan Quraisy.PERANCANGAN MUSYRIKIN MEKAH UNTUK MENGHALANG HIJRAHGelombang baru Islam yang sedang melanda ini amat memeranjatkan membimbangkan pemimpin-pemimpin Quraisy.Mereka tidak menyedari bahawa musim-musim haji yang sedang berlansung di Kota Mekah selama ini memberi ruang yang amat baik untuk percambahan agama Allah di bumi Yathrib.Penggabungan Rasulullah SAW dengan orang Ansar pasti akan menggugat bukan sahaja persoalan agama nenek moyang mereka malah soal rezeki atau ekonomi dan perniagaan di antara Mekah dan Syam kerana Yathrib terletak di antara keduanya. Bagi menghadapi bahaya yang sedang mengancam,orang-orang Quraisy bermesyuarat di Darun Nadwah untuk berbincang tentang tindakan yang patut diambil bagi menghalang hjrah Rasulullah SAW ke Yathrib.Iblis turut mengambil bahagian dengan menyerupai seorang lelaki tua.Setelah berbahas mereka sepaka untuk membunuh Rasulullah,satu tindakan nekad hasutan Iblis laknatullah.PEmbunuhan itu akan dilaksanakan secara kolektif oleh pemuda daripada setiap suku Arab agar tindakan kemudiannya ke atas mereka adalah mustahil.Berhubung hal ini Allah SWT berfirman dalam surah al-Anfal ayat 30 yang bermaksud ,`Dan ingatlah tatkala orang-orang kafir mengatur tipu daya terhadapmu buat menahanmu,ataupun membunuhmu,ataupun mengeluarkanmu.Mereka mengatur tipu daya sedangkan Allah mengatur tipu dayanya pula.Allahlah sebaik-baik pengatur tipu daya. Komplot bunuh yang diatur oleh mereka disampaikan oleh Allaha melalui wahyunya dan memerintahkan agar Nabi SAW berhijrah ke Yathri.Berita ini disampaikan segera kepada sahabat baik baginda iaitu Sayidina Abu Bakar as-Siddiq seraya disambut dengan penuh kesyukuran kerana keinginan menemui Nabi adalah suatu yang telah lama dicita-citakan oleh Abu Bakar.Abu Bakar lalu menyiapkan dua ekor unta dan bekalan yang diperlukan dalam perjalanan.Malaikat ibrail juga memberitahu kepada Nabi,`Pada malam ini janganlah dikau tidur di tempat tidurmu yang biasa kamu tidur di situ.PERISTIWA KEBERANGKATAN RASULULLAH KE MADINAHPada malam dijadualkan hijrah sebelas orang pemuda musyrikin Quraisy daripada pelbagai kabilah telah ditugaskan mengepung rumah nabi dan akan membunuh bagind pada malam hari tersebut.Rasulullah yang sudah mengetahui rancangan jahat mereka telah memerintahkan Sayidina Ali Bin Abi Talib untuk tidur di katil baginda,berselimut dengan selimut Nabi yang berwarna hijau.Kata Rasulullah kepada Ali,`Tidurlah di situ,engkau tidak akan diapa-apakn.Ali patuh dan rela sebagai tanda ketaatan kepada Nabi dan keimanan yang tinggi kepada Allah SWT. Rasulullah keluar melalui pintu yang dikawal oleh pasukan bertindak Quraisy di mana pada ketika itu Allah melenakan mereka.Rasulullah mengambil debu lalu ditaburkan ke atas kepala mereka sambil membaca firmah Allah surah Yasin ayat 9 yang bermaksud,`Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding dan Kami tutupkan mata mereka sehingga tidak dapa melihat. Rasulullah brsembunyi menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq dan mengajak beliau meninggalkan bumi Mekah.Mereka keluar berjalan kaki sejauh lima batu keaarah yang bercanggah dari Madinah dan bersembunyi di Gua Thur.Peristiwa ini berlaku pada 2 Rabiulawal tahun ke-13 nubuwah.Bersama-sama Rasulullah ialah beberapa orang yang ikhlas membantu setiap masa.Antaranya Abdullah bin`Uraiqit,penjaga unta,Abdullah bin Abu bakar,anak Abu Bakar sebagai pembawa khabar dari Mekah,Amir bin Fuhairah hambanya yang disuruh menggembala biri-biri bagi menghapuskan kesan tapak kaki dan sumber minuman pada waktu malam serta anak perempuan Abu Bakar,iaitu Asma yang menghantar bekal makanan setiap hari.Mereka menjadi penolong Rasulullah dan agama Allah agar perjalanan hijrah itu tidak dapat dikesan. Pelbagai keajaiban dikurniakan oleh Allah bagi menunjukkan kekuasaan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa mentaainya.Penghijrahan Nabi walau bagaimanapun dapat dicium oleh kafir Quraisy lalu melancarkan gerakan mencari dan memburu Rasulullah sehingga mereka berada betul-betul di hadapan pintu Gua Thur.Rasululah sentiasa menenangkan jiwa Sayidini Abu Bakar yang berada dalam ketakutan.Rasulullah dan Abu Bakar walau bagaimanapun tidak dilihat Allah telah memerintahkan sepasang merpati liar membuat sarang di hadapan pintu gua dan bertelur di dalam sarang tersebut,lelabah juga membuat sarang yang banyak di hadapan pintu gua dan ditumbuhkan oleh Allah juga sepohon pokok yang besar(acacia)di hadapan pintu gua Thur bagi menampakkan mustahilnya manusia boleh berada di dalamnya dalam masa sehri dua itu.(The Consice Encyclopedia of Islam:157:1989)Setelah keadaan dijangkakan reda selepas beberapa hari bersembunyi di dalam Gua Thur,Rasulullah dan Abu Bakar as-Siddiq mengambil jalan persisiran Laut Merah,satu jalan yang jarang ditempuh orang pada masa itu,ditemani penunjuk jalan yang setia,Abdullah bin`Uraiqit menuju Kota Madinah yang merindukan kunjungan Nabi Allah yang mulia.KETIBAAN YANG DINANTIKANPerjalan Rasulullah dan Abu Bakar yang penuh dengan dugaan dan tanda-tanda kebenaran daripada Allah SWT itu akhirnya hampir di penghujung apabila Rasulullah tiba di Quba pada hari Isnin lapan Rabiulawal tahun ke-14 nubuwah dan tahun pertama hijrah di kala baginda berusia lima puluh tiga tahun dan setelah tiga belas tahun menjadi Nabi dan Rasul. Di Quba Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar menumpang di rumah Amr bin Auf dan sempat mendirikan sebuah masjid yang merupakan masjid pertama yang dibangunkan oleh Rasulullah yang dikenali sebagai masjid Quba.Setelah empat hari berada di Quba Rasulullah dan Abu Bakar memasuki pusat Kota Madinah di tengah-tegah sambutan meriah penduduk sambil mereka mendendangkan syair-syair pujian dan selamat dating.Para pemuka Bani Aus dan Khazraj berebut-rebut memegang tali unta Rasulullah dan masing-masing merayu agar Rasulullah tinggal di rumah mereka.Bagi mendapatkan keputusan yang adil Rasulullah bersabda kepada mereka,`Lepaskan untaku,ia tahu di mana ia diperintahkan berhenti.Unta itu berjalan sendiri dan berhenti melutut di rumah Abu Ayyub al-Ansari.Maka di situlah Rasulullah SAW tinggal selama lebih kurang tujuh tahun sehingga rumah baginda dibangunkan.NEGARA BARU ISLAM:MADINATUR-RASULSejak ketibaan Rasulullah SAW ke Yathrib,kota itu telah ditukarkan nama menjadi Madinatur-Rasul yang disebut secara ringkas sebagai al-Madinah.Tahun itu juga telah ditetapkan sebagai permulaan tahun Islam atau `Tahun Hijra.Dalam suasana yang penuh sokongan dan memberangsangkan itu Rasulullah mengambil langkah seterusnya dengan meletakkan dasar-dasar pembinaan ebuah masyarakat dan Negara Islam. Pertama,Rasulullah membangunkan masjid yang berperanan sebagai tempat menunaikan solat dan tempat pertemuan umat Islam bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti mengadili,belajar,jual beli dan sebagainya.Masjid ini didirikan di atas sebuah tanah yang dibeli daripada sepasang anak yatim.Masjid ini telah menjadi pengikat dan penyatu hati dan jiwa kaum Muslimin Madinah.Nabi memupuk kecenderungan kaum Muslimin kepada ibadah dan seruan Islam serta membina ikatan social yang kukuh dan luas yang direalisasikan dalam konteks sebuah masjid. Kedua,mempersaudarakan golongan Mujahirin ddan Ansar.Penghijrahan kaum Muslimin Mekah ke Madinah merupakan suatu pengorbanan yang cukup besar.Ramai daripada merek ayang berhijrah sehelai sepinggang seperti Abdul Rahman bin `Auf dan Suhaib al-Rumi serta Uthman bin Affan.Mereka yang terdiri daripada golongan hartawan itu redha meninggalkan segala kemewahan dunia demi berhijrah mempertahankan agama Islam yang suci.Saad bin `Ubadah telah ditangkap kafir Quraisy sebelum sempat berhijrah tetapi Berjaya diselamatkan.Kisah lebih pilu menimpa Abu Salamah apabila beliau dipisahkan daripada anak dan isterinya oleh keluarga isterinya sendiri.Saban hari menangis menanggung rindu dan akhirnya diizinkan untuk menyertai suami dan kaum Muslimin di Madinah. Oleh itu langkah yang diambil oleh Rasulullah dapat menjadi penawar dan menghidupkan kaum Muslimin dalam suasana kasih saying dan keberkatan.Persaudaraan di antara Ansar dan Muhajirin itu bukan sekadar berkonsi harta benda malah ada yang sanggup menceraikan seorang daripada isteri yang mereka miliki untuk diperisterikan oleh saudara Muhajirin mereka.Suatu suasana persaudaraan yang menakjubkan.Mereka lakukan semata-mata kerana Allah bagi membantu Muhajirin memulakan hidup baru,Sabda Rasulullah,`Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan bermaksud berhijrah kepada Allah dan Rasulnya kemudian ia ditimpa kematian(sebelum sampai ke tempat hijrah) maka sesungguhnya telah tetap pahalanya di sisi Allah dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang(Surah al-NIsak:ayat 100) Ketiga,mengadakan perjajian bantu membantu di antara kaum Muslimin dengan Non-Muslim.Setelah Muslimin Mekah berhijrah ke Madinah,peduduknya kini terdiri daripada kaum Muslimin,orang-orang Yahudi(Bani Nadhir,Bani Quraidzah dan bani Qanuqa) serta bangsa Arab yang belum menganut agama Islam.Ketiga-tiga kelompok masyarakat ini diikat dengan sebuah perjanjian bantu-membantu dan taat setia sebagai strategi bijak untuk melicinkan politik pentadbiran Rasulullah di Negara Madinah.Perjanjan ini juga berupaya mencegah perasaan hasad yang berterusan di kalangan orang-orang Yahudi terhadap orang-orang Islam.Perjanjian ini secara tidak lansung telah enafikan fanatic kesukuan yang begitu menebal di kalangan masyarakat Arab selama berabad lamanya dan meletakkan semua suku di dalam satu ummah.(Ismail Faruqi:1999)Dengan ini Rasulullah mendapat kepercayaan orang ramai sebagai ketua negara bagi sebuah masyarakat majmuk. Keempat,meletakkan dasar-dasar politik,ekonomi dan social untuk masyarakat baru.Dasar-dasar ini dimanifestasikan oleh Rasulullah SAW di dalam Piagam Madinah,sebuah perlembagaan yang cuup sistematik kesinambungan daripada Perjanjian Aqabah yang dimeterai di bumi Mekah.Pada period ini ayat-ayat al-Quran yang diterima oleh Rasulullah menyentuh secara khusus perihal hukum-hakam dan yang berkaitan dengan persoalan politik,ekonomi,kehidupan berkeluarga,bermasyarakat dan bernegara.Rasulullah menjadi model aplikasi dan pentafsir terus kepada ayat-ayat al-Quran yang diturunkan dan menjadi titik tolak kepada perlaksanaan Islam sehingga zaman sekarang dan akan datang.KESIMPULANHijrah Rasulullah SW dan para sahabat ke Kota Madinah dengan segala pengorbanan dan kepayahan telah meletakkan tapak dan platform yang kukuh kepada umat Islam di seluruh dunia pada masa kini.Peluang beribadat dan mengamalkan ajaran agama Islam dengan aman sekarang ini adalah hadiah daripada pengorbanan besar yang dilakukan oleh kaum Muslimin zaman Rasulullah dahulu.Seharusnya umat Islam tidak terpedaya dengan tohmahan kaum Orientalis yang menuduh Rasulullah dan para sahabat sebagai pengecut dan putus asa.ahkan merekalah yang telah menyelamatkan Islam dan umatnya daripada terus difitnah dan diseksa sehingga boleh menghapuskan umat Islam di muka bumi ini.Tanpa hijrah masyarakat dan Negara Islam tidak dapat dibentuk. Terdapat tiga perkara pokok yang boleh dikutip daripada peristiwa hijrah iaitu iman,hijrah dan jihad.(Abu Bakar Yang:2001)Ian menjadi titik tolak kepada hijrah.Hijrah merupakan ujian kepada kekuatan iman yang kemudiannya akan menghasilkan jihad ke jalan Allah dan menerusi jihad pula akan menjamin kejayaan dalam perjuangan menegakkan masyarakat Islam.Ketiga-tiga rangkaian inilah yang disebutkan oleh Allah di dalam surah at-Taubah ayat 20 yang bermaksud,`Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah(yakni daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Oleh yang demikian,umat Islam perlulah menghayati hijrah setiap masa sebagai syiar kepada keimanan.Dengan iman itu seseorang individu Muslim ataupun masyarakat Islam boleh berhijrah daripada sifat malas kepada sifat rajin,sifat berpada-pada kepada sifat berusaha dan bertawakal,daripada maksiat kepada ketaatan dan daripada kejahilan kepada kebijaksanaan dan sifat bermusuhan dan bercakaran sesama sendiri kepada semangat perpaduan dan ukhuwah agar tapak yang dibina oleh Rasulullah SAW dan para Muslimin zaman awal dalam jeirh payah tidak hancur dan patah.