hijjaz terjemah lagu semangat pemuda hamas

Upload: twone-firdaus

Post on 13-Oct-2015

45 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dddddddddd

TRANSCRIPT

hijjaz-terjemah-lagu-semangat-pemuda-hamas

Lagu Al-Qassam kian popular di Gaza. Sumber: YouTube/Hijjaz ChannelKUALA LUMPUR: Video klip kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul Al-Qassam kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza.

Video klip baharu itu dilancarkan ketika Gaza kini berhadapan dengan serangan udara Israel, di manaangka kematian telah mencecah 186.

Lagu asal adalahlagu tema Briged al-Qassamyang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Video klip yang berdurasi 5 minit 34 saat menampilkan aksi-aksi kumpulan Al-Qassam dan perjuangan mereka untuk mempertahankan Palestin.

"Ia menceritakan tentang tentera Al-Qassam dan bagaimana mereka mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan juga Baitul Maqdis. Al-Quran menjadi perlembagaan mereka dan sebagai pahlawan Al-Qassam mereka harus menghafal Al-Quran. Secara amnya, ia tentang kekuatan tentera Al-Qassam," kata seorang anggota Hijjaz Ariffin Rahim kepadaAstro AWANI.

Lagu berkenaan dimuatkan dalam album Keranamu Baitul Maqdis di mana hasil jualan disalurkan kepada Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

"Kita lancarkan album ini tahun lepas di mana kita berjaya membeli dua atau tiga van ambulans di Syria. Dan apabila kita lihat situasi di Gaza ketika ini, kita melancarkan klip video terbaru ini untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli album ini dan semua kutipan akan disalurkan kepada Gaza.

"Kami pernah pergi ke Gaza bersama MAPIM. Kami sudah lihat situasi di sana dan kami ingin tahu apa yang boleh kami sumbangkan. Jadi kami menerbitkan album ini di mana orang ramai boleh mendapatkan album dan turut menyumbang kepada mereka di Gaza," katanya.

Ditanya jika klip video berkenaan untuk menggalakkan umat Islam di Malaysia untuk menjadi pejuang Al-Qassam, Ariffin berkata ia lebih kepada menggalakkan orang ramai untuk berjuang dengan apa yang mereka mampu.

"Kami mahu pendengar atau yang menonton video klip untuk mengambil roh (Al-Qassam) untuk berjuang. Sebagai umat Islam, kita semua bertanggungjawab untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis.

"Mungkin kita boleh membantu dengan mengorbankan harta benda kita dengan sedekah. Kedua, kita boleh korbankan diri kita dan masa kita dengan menjadi sukarelawan di sana. Soal kemenangan, kita serahkan kepada Allah tetapi apa yang penting adalah usaha kita dan kita membantu dengan ikhlas," akhiri Ariffin.

Sementara itu, menurut Facebook Page rasmi kumpulan Hijjaz, lagu berkenaan mendapat reaksi positif di Gaza.

Alhamdulillah mendapat reaksi luar biasa dari media Arab serta Gaza apabila video klip terbaru Hijjaz dimuat turun serta ditayangkan berulang kali dikaca TV Gaza.

Kenalan Hijjaz di Gaza khususnya terkedu apabila mendengar lagu Al-Qassam ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza, tulis Hijjaz di Facebook.

Lagu berkenaan turut mendapat reaksi positif dari pengguna Twitter:

Untuk menonton banyak lagi p

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/hijjaz-terjemah-lagu-semangat-pemuda-hamas-39851?cpKlip video Hijjaz tidak ada kena mengena dengan jihad - Ahmad ZahidWan Syamsul Amly,Astro Awani |Kemas kini:Julai 16, 2014(Diterbitkan pada: Julai 16, 2014 11:17 MYT)

Klip video Hijjaz tidak ada kena mengena dengan jihad - Ahmad ZahidKUALA LUMPUR: Klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul Al-Qassam disifatkan tidak ada hubung kait dengan jihad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,klip video yang kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza itu dilihat hanya satu nasyid yang berunsur keagamaan.

"Ianya tidak ada hubung kait dengan jihad...tidak ada kena mengena dengan roket yang dilancarkan.

"Ia hanya satu nasyid yang berunsurkan keagamaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Zahid berkata demikian ketika mengulas klip video berdurasi 5 minit 34 saat oleh kumpulan nasyid, Hijjaz berjudul Al-Qassam yang dilancarkan ketika Gaza berhadapan dengan serangan udara Israel.

Lagu asalnya adalah lagu tema Briged al-Qassam yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Sebelum ini Zahid berkata, kerajaan memberi jaminantidak akan berkompromi terhadap mana-mana pergerakan berunsur militanyang cuba bertapak di negara ini termasuk mereka yang berselindung di sebalik pergerakan didakwa berunsur jihad.

Jelasnya, komitmen negara dalam perkara itu dibuktikan menerusi kerjasama erat dengan Polis antarabangsa (Interpol) sejak sekian lama dalam mengesan individu disyaki militan sama ada rakyat negara ini mahu pun rakyat asing.

Sebelum ini juga, Zahid turut melahirkan kecaman keras terhadap siri serangan udara tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan puluhan rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/klip-video-hijjaz-tidak-ada-kena-mengena-dengan-jihad-ahmad-zahid-39934?cp