hhhc9101-sosial &kebertanggungjawaban . nama: salee a/p noo chan no.matric: a143285

7
HHHC9101-SOSIAL &KEBERTANGGUNGJAWABAN. NAMA: SALEE A/P NOO CHAN NO.MATRIC: A143285

Upload: vito

Post on 07-Feb-2016

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HHHC9101-SOSIAL &KEBERTANGGUNGJAWABAN . NAMA: SALEE A/P NOO CHAN NO.MATRIC: A143285. PROGRAM: FOOD PARADISE FESTIVAL PESTA MAKANAN DI PUSANIKA UKM. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Slide 1

HHHC9101-SOSIAL &KEBERTANGGUNGJAWABAN.

NAMA: SALEE A/P NOO CHANNO.MATRIC: A143285PROGRAM: FOOD PARADISE FESTIVALPESTA MAKANAN DI PUSANIKA UKM.Program ini merupakan program untuk mempamerkan dan memperkenalkan makanan daripada pelbagai negara yang dilakukan oleh wakil pelajar daripada setiap negara dan negeri-negeri di Malaysia. Ungkapan penuh bermakna Raikan Perpaduan dalam Kepelbagaian dipilih sebagai tema festival pada kali ini. Ungkapan ini mengambarkan bahawa walau apa pun bangsa dalam kalangan mahasisiwa yang terdapat di Kolej Ungku Omar secara khususnya dan UKM amnya,namun semua mahasisiwa UKM dan seluruh warga kolej dapat menikmati suasana budaya Malaysia dan asing melalui juadah dan persembahan kebudayaan yang disediakan. Program ini bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dan kebertanggungjawaban dalam kalangan mahasiswa UKM.Kemahiran interpersonal. Dalam menjayakan program ini,saya telah menggunakan kemahiran interpersonal dengan mengkomunikasi untuk mendapatkan persembahan dalam majlis dan menunjukkan kebolehan dan bakat diri saya menjadi seorang usher majlis. Saya juga berupaya memberikan idea yang menarik dalam melakukan gimik.

Penyusunan gimik.Rehersal pembukaan majlis.Video sebahagian daripada gimik dan persembahan.

Persembahan santai.Sebahagian daripada gimik.Kesan pada masyarakat. Program ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua warga UKM dan juga orang luar. Dimana dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain,melahirkan masyarakat yang bersosial tinggi berupaya memahami bangsa yang berlainan dan memupuk sikap bertanggungjawab untuk mengetahui adat resam dan budaya orang lain. Kita juga dapat mengetahui cara-cara memasak dan makanan warga asing. Masyarakat sekeliling juga berasa gembira kerana dapat merasa makanan secara percuma dan dapat mengenali dengan student asing yang berada di UKM. Program ini juga dapat melahirkan situasi yang sangat meriah di Pusanika UKM pada hari kejadian.

Cadangan penambahbaikan. Program ini sangat bermanfaat dan saya berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang oleh junior-junior dengan mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada senior. Program ini akan lebih berjaya sekiranya melakukan penambahbaikan. Cadangan saya disini adalah dengan menambahkan atau mendapatkan lebih ramai lagi peserta daripada pelajar asing,kerana tidak semua negara yang menyertai dalam program ini. Selain itu, menambahkan lagi bilangan masa dan hari projek dijalankan serta menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para peserta agar dapat memudahkan mereka melakukan kerja masing-masing dan mudah untuk menyertai program ini tanpa sebarang alasan. Inovasi perlu dilakukan dalam projek seperti ini untuk mendapatkan sambutan yang lebih baik.Refleksi. Salam sejahtera, secara keseluruhan program Food Paradise Festival ini dapat memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada semua orang yang terlibat mahupun secara langsung atau tidak langsung. Saya berasa sangat bangga kerana dapat manjadi sebahagian daripada program ini, dimana saya dapat mempelajari cara untuk berdedikasi,berkomunikasi dan bertanggungjawab atas tugas yang diberikan. Saya terpaksa mencari pelbagai persembahan dari pelbagai persatuan dan tempat-tempat yang tertentu untuk majlis perasmian program ini.memang agar sukar,tapi saya perlu sabar dan tabah menghadapinya. Saya menerima segala pandangan dan jawapan daripada semua pihak terhadap program kami. Akhirnya atas usaha yang bersungguh-sungguh saya berjaya mendapatkan dua persembahan untuk program ini. Perasaan tidak puas hati dan juga berasa tercicir juga ada,tetapi semuanya saya faham kerana tiada semua perkara yang sempurna, manusia mempunyai pandangan dan persepsi masing-masing. Saya berharap agar tidak akan berlaku lagi perkara seperti ini kerana kita perlu bekerjasama yang tinggi dalam menjayakan sesuatu program. sekian, terima kasih.