documenthh

Upload: rv-mala-ramachandran

Post on 15-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Punca tekanan kerja (stres) dalam kalangan guru sekolah rendah

BAB IITINJAUAN LITERATUR2.1 Pendahuluan

Tekanan guru menjadi cabaran guru masa kini. Paras tekanan tinggi dialami oleh guru yang terlibat dalam pendidikan (Esah,1977). Tugas guru masa kini bukan setakat mengajar sahaja tetapi meliputi tugas-tugas sampingan yang menyebabkan guru terpaksa menyelesaikannya.Pada tahun 2011 didapati peratusan stres dalam kalangan pekerja menunjukkan bahaawa guru berada di tempat keempat dengan peratusan 45.5% berbanding dengan pekerjaan lain (Sapura Siron,2011). Beban tugas adalah salah satu punca yang menyebabkan tekanan pada guru. Esah Sulaiman (2003) mengesahkan dalam kajian beliau bahawa guru mengendalikan rekod pelajar,pengutipan yuran,skim pinjaman bantuan teks,mendapatkan data rekod prestasi murid,menjalankan tugas panitia, menyebar dan memantau sukatan pelajaran,menghadiri kursus,melaksanakan ko-kurikulum dan lain-lain lagi. (Dunham,1976;Kyriacou dan Sutchiffe,1978) menyatakan bahawa tekanan kerja akan mengakibatkan masalah yang serius berkaitan dengan gangguan emosi dan tingkah laku. Menurut Levine dan Kursia (2009) tekanan bukanlah perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan perubahan fisiologi oleh perlakuan tingkah laku.

2.2 Konsep Tekanan NorHanani(2007) menyatakan bahawa tekanan adalah tekanan,beban,konflik,keletihan,ketegangan,panic,perasaan gemuruh,enxieti,kemurungan dan hilang daya. Hatta Sidi dan Mohamad Hatta (2005),mentakrifkan tekanan adalah akibat daripada tindak balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan mengikut keadaan dan tempat.Pada mulanya tekanan diterima oleh diri seseorang tetapi akan menjadi gangguan apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Mereka juga menyatakan bahawa tekanan berpunca secara langsung atau tidak iaitu melibatkan seorang individu atau sekumpulan manusia.

Di samping itu, menurut kajian Ali Murat Sunbul(2003) terlalu banyak tekanan yang dihadapi oleh guru juga boleh mendatangkan pelbagai kesan yang negatif yang boleh mengganggu prestasi dan kepuasan kerja guru. Tekanan berpunca dari kekecewaan dan putus asa dengan kerja di luar jangkaan dan kurang pengawalan personal dari pihak atasan.

Abdul Aziz Yusof (2003 ) menyatakan tekanan berlaku apabila berhadapan dengan kerja banyak dalam masa yang terlalu singkat.

Kyriacou (2000), merujuk tekanan guru sebagai pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti kekecewaan, kebimbangan, kemarahan akibat daripada tugasnya. Tekanan merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Badan kita bertindak menangani bahaya dengan spontan apabila menghadapi bahaya. Tindak balas tekanan merupakan cara badan melindungi kita.Tekanan boleh ditanggani jika bertindak dengan betul dimana seseorang memberikan focus dan peka terhadap situasi. Tindak balas tekanan boleh membantu seseorang individu untuk menangani situasi yang mencabar. Tekanan minimum adalah positif dan dapat membantu individu. Namun stres hanya pada tahap yang tertentu. Apabila melebihi sesuatu tahap, stres akan menyebabkan kemerosotan dalam kesihatan,perhubungan,perasaan, produktiviti dan seterusnya menjejaskan kehidupan berkualiti.

Lefton (1994) mendefinisikan tekanan sebagai tindak balas yang spesifik oleh organisma terhadap desakan sama ada desakan sebenar atau yang dikhayalkan, iaitu tindak balas emosi di mana tekanan yang dialami oleh seseorang tidak akan menjadi tekanan kepada orang lain.Smither (1994) menakrifkan tekanan ebagai respon fisiologi dan psikologi keatas permintaan terhadap seseorang individu.

Daripada definisi-definisi diatas, kesimpulan boleh dibuat bahawa tekanan adalah gangguan fisiologi dan psikologi akibat daripada permintaan untuk dipenuhi dengan keupayaan yang ada pada seseorang.Tekanan akan membawa kesan negatif apabila keupayaan seseorang itu terbatas. Kesan negative dari segi psikologi melibatkan gangguan emosi fikiran dan tingkah laku.

2.3 Kerangka

Kerangka konsep dan kerangka kajian disediakan sebagai pemandu kepada kajian ini agar ia menjurus kepada tujuan dan matlamat yang dihendaki.

2.3.1 Kerangka Konsep

Rajah 1 menggambarkan punca-punca tekanan yang dialami dalam kalangan guru sekolah rendah. Berdasarkan Model Atinkson (1988) tekanan dikategorikan kepada dua iaitu tekanan luaran dan tekanan dalaman. Tekanan luar merangkumi persekitaran fizikal, ciri-ciri pekerjaan dan lingkungan social. Tekanan dalaman pula disebabkan oleh emosi, kebolehan kognitif,keadaan fizikal individu dan perlakuan.

Rajah 1Model masalah tekanan yang khusus

Model Tekanan Atkinson 1988

2.3.2 Kerangka Kajian Rajah 2 menunjukkan kerangka tentang kajian ini. Punca-punca tekanan yang akan dikaji adalah beban tugas,disiplin pelajar, kekangan masa, kekangan dan factor persekitaran.Dalam kajian ini pembolehubah bersandar pula adalah paras tekanan dalam kalangan guru sekolah rendah.

Rajah 2Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah bersandar

Beban Tugas

Disiplin pelajar TEKANANKekangan Masa

Penghargaan

Faktor Persekitaran

2.4 Punca-punca tekanan Dunham & Varma menyatakan bahawa punca-punca tekanan yang dihadapi oleh guru adalah seperti beban kerja,pihak pentadbiran dan pengurusan,persekitaran kerja yang kurang kondusif, mengajar pelajar yang kurang motivasi dan menangani perubahan. Hatta Sidi (2002) menyatakan bahawa cara pemikiran, ciri perwatakan serta bagaimana seseorang individu itu menangani masalah akan menjadi factor kepada tekanan. Alam sekeliling dan persekitaran seperti perubahan cuaca, kebisingan, kesesakan, juga merupakan factor-faktor yang mendorong kepada stres. Harun Arrasyid (2006), menyatakan bahawa tekanan berpunca dari keadaan fizikal dan psikologi. Keadaan fizikal yang sesak, tidak kondusif dan bising merupakan punca pecetus stres. Stres yang berpunca dari psikologi adalah seperti persekitaran tempat kerja yang baru, terasa tercabar dan dating lewat ke tempat kerja. Syed Ismail pula menyatakan bahawa punca tekanan adalah disebabkan oleh beban kerja, pemikiran tidak rasional, banyak perkara perlu perhatian, kerja tertangguh, komunikasi dan keperluan hidup tinggi. Punca tekanan adalah reaksi daripada fizikal serta emosi seseorang akibat daripada ketidaksesuaian atau keselesaan yang dihadapi berhadapan dengan situasi yang dianggap membebankan. Seseorang individu yang boleh berhadapan dengan pelbagai situasi dan menangani kecerdasan emosi serta mempunyai efikasi diri yang tinggi berupaya untuk hidup secara sihat tanpa tekanan. Mengikut Waxler (2009), guru seharusnya berpemikiran positif kerana ia akan memberi impak yang positif kepadanya sepanjang hari bertugas.

2.5 Teori Tekanan2.5.1 Teori Tekanan Hobb (1972)Teori Hobb menghuraikan tentang hubungan antara prestasi guru dengan tuntutan yang dialami (Dunham,1992) Hobb (1972;Dalam Dunham 1992). Hobb (1992; Dlm Dunham 1992 ) menyatakan bahawa kebosanan akan berlaku jika kerja dilakukan tanpa tuntutan. Tuntutan kerja yang lebih dikatakan merangsangkan . Namun, jika tuntutan melebihi had keupayaan seseorang untuk bertindakbalas akanwujud kebimbangan yang tinggi, penumpuan yang kurang berkesan dalam kerja.Tuntutan yang berlebihihan tanpa penambahan sumber akan membawa kepada stres atau tekanan.

2.5.2 Psikodinamik,Kognitif,Tingkah Laku dan Biologikal Mahmood Nazar(2000) menyatakan bahawa terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan tekanan iaitu dari sudut psikodinamik,kognitif,tingkah laku dan biological.a. Teori Psikodinamik Franz Alexender , pakar psikoanalisis menyatakan bahawa tekanan disebabkan oleh ketegangan emosi yang terlibat dengan konflik (Lauzan,1963)b. Teori Behaviurisme Skinner Dari pandangan Skinner , seseorang yang tertekan terhadap sesuatu rangsangan telah diteguhkan masa lampau untuk memberi tindakbalas. Jika seseorang menghadapi stres di tempat kerja kerana berhadapan dengan terlalu banyak permintaan atau tingkahlaku yang mudah maka senanglah ia hadapi stres.

c. Teori Kognitif Lazarus & Folkman (1984) mendefinisikan penilaian kognitif sebagai proses mengkategorikan suatu penemuan dan mengaitkannya dengan mana yang ada pada kesihatan kendiri. Penilaian berlaku dalam keadaan sedar. Contohnya seorang pelajar akan terasa tertekan jika tidak bersedia menduduki peperiksaan.2.5.3 Teori Tingkah Laku Biologikal Hans Selye (1974) seorang pakar psikologi yang mengkaji masalah tekanan dari aspek biologi dan hasil penyelidikannya mengemukakan satu teori iaitu Simptom Adaptasi Am (GAS). Am bermakna tindakbalas dihasilkan tubuh adalah sama kepada bentuk rangsangan yang menyebabkan tekanan. Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang untuk membantu mengatasi masalah sindrom manifestasi berkait antara satu sama lain.Tiga tahap asas perkembangan model ini adalah tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (stage and resistance) dan tahap kelesuan (stage of exhaustion).

Kelesuan

PenentanganBersedia dan jaga-jaga

Pada tahap bersedia, iaitu tahap stres pada kali pertama dan mempunyai tahap rintangan yang rendah dari tahap normal.Peningkatan dalam tekanan darah berlaku apabila gangguan dalam perut terjadi pada jangka masa yang singkat. Badan akan memberi arahan untuk pertahanan diri. Jika tindakbalas pertahanan Berjaya, maka badan akan kembali kepada normal. Kebanyakkan stres jangka pendek selesai pada fasa sini.Pada tahap kedua adalah tahap penentangan di mana stres akan berterusan disebabkan oleh factor-faktor di luar kawalan organisasi. Badan akan alami satu perubahan. Untuk mengatasi stres, badan akan mengembangkan banyak sumber yang mengakibatkan pengurangan tekanan.Pada tahap kelesuan, jika stres tidak dikawal, badan akan menjadi lesu kerana kekurangan tenaga. Ketahanan mungkin hilang kesemuannya dan kematian berlaku selepas itu.

2.5.4 Teori Erg (Gabungan Teori Hieraki Maslow dan Teori Dua Faktor Herzberg) Clayton Alferder (1969) membuat susulan dan pengubahsuaian terhadap Teori Keperluan Hieraki Maslow dan Teori Dua Faktor Hertzberg 1972. Alferder menyatakan bahawa keperluan manusia boleh disusun di dalam sesuatu hierarki. Tiga kategori keperluan yang dipenuhi adalah keperluan Existence, keperluan Relatedness dan keperluan Growth. Keperluan Existence merangkumi keperluan psikologi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal dan keperluan pekerjaan seperti keselamatan kerja, gaji dan kemudahan. Keperluan Relatedness meliputi hubungan peribadi dengan orang lain seperti rakan sejawat, keluarga dan orang bawahan. Perhubungan yang mesra perlu untuk memberi kepuasan kerja. Keperluan Growth mefokuskan terhadap potensi manusia dan kehendak keatas pertumbuhan peribadi dan peningkatan kecekapan.

2.6 Sorotan Kajian Kajian Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) (2006) menunjukkan bahawa punca-punca stres adalah terdiri daripada tekanan ibu bapa, beban tugas,kenaikan pangkat, motivasi untuk mengajar, infrastruktur dan lokasi sekolah.69% daripada guru didapati mengalami stres. 83% factor penyebab stres adalah ibu bapa dan pelajar, 79% beban tugas, 74% prospek kenaikkan pangkat,72% penilaian tidak adil. Kajian Deraman (2003) mendapati tekanan kerja guru di daerah Klang menunjukkan factor pelajar,beban tugas dan kekurangan masa menjadi punca utama yang menyebabkan stres kepada guru. Dapatan kajian Huisman (2009) mendapati bahawa tugas perkeranian telah menyukarkan guru untuk mengimbang tugas mengajar. Kajian Klassen dan Chiu (2010) terhadap guru sekolah rendah mendapati bahawa beban guru dan karenah pelajar merupakan factor yang dominan memmpengaruhi tekanan guru.

Kajian Kyriacou dan Chien(2004) terhadap 2003 guru daripada 22 buah sekolah rendah di Taiwan mendapati 26 peratus guru yang mengalami tekanan berpunca daripada kerja-kerja tambahan berkaitan pengurusan, tingkah laku negative pelajar, tekanan daripada ibu bapa pelajar dan kekangan masa. Kajian tekanan oleh Huisman (2009), melaporkan bahawa,kesemua responden percaya bahawa stres yang dialami telah memberi impak negatif terhadap pelajar dan menyebabkan pengajaran menjadi kurang efektif. Dapatan beliau turut mendapati tugas perkeranian seperti mengambil kedatangan dan merekodkan gred pelajar telah menyukarkan guru mengimbangkan dengan tugas mengajar.

Kajian yang dijalankan oleh Azrul Hisham (2009) menujukkan segelintir pelajar menimbulkan kemarahan guru. Antara perlakuan yang menyakiti hati guru adalah membuat bising ketika pengajaran dan pembelajaran bermula, bersikap biadap dengan guru, datang lewat ke sekolah dan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.

Shahbuddin Hashim &Rohizani Ismail(2003) menyatakan bahawa factor penyumbang stres yang besar adalah rangsangan dari luar. Faktor-faktor yang lain adalah kebangkitan tanpa kawal emosi individu dan tahap kebimbangan yang tinggi. Kajian tekanan yang dibuat ke atas guru sekolah rendah mendapati bahawa tekanan mempengaruhi pengajaran di dalam kelas . Kebimbangan akibat daripada gagal mengawal emosi juga antara punca tekanan dalam kalangan guru. Rumusan daripada sorotan literature mendapati beban tugas, kekangan masa, disiplin pelajar merupakan antara punca utama tekanan dalam kalangan guru sekolah rendah. Didapati guru-guru sekolah rendah berasa tertekan dengan longgokan kerja yang perlu dibereskan disamping tugas mengajar. Disiplin pelajar juga menganggu emosi guru dimana guru tertekan dengan persekitaran bilik darjah yang bising. Disamping itu kelakuan negatif pelajar seperti biadap serta masalah tidak hadir dan ponteng sekolah juga menyebabkan guru berasa tertekan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru gagal untuk mengawal emosi dalam menangani masalah pelajar. Beberapa kajian memperlihatkan faktor demografi mempunyai hubungkait dengan punca tekanan dalam kalangan guru. Ling (2008) mendapati pengalaman mengajar seorang guru mempunyai hubungan signifikan dengan tahap tekanan guru. Didapati guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang lebih mengalami tahap tekanan yang tinggi berbanding dengan guru yang kurang berpengalaman mengajar . Sebaliknya dalam kajian Gelman (2008)terhadap guru sekolah rendah mendapati semakin meningkat umur dan pengalaman seseorang guru, semakin kurang tekanan yang dialami.

1