helang yang setia.doc

10
HELANG YANG SETIA Ada seorang pemburu yang mempunyai seekor burung helang. Helang itu sangat pandai. Pemburu selalu membawa helangnya pergi berburu di dalam hutan. Pada suatu hari... Pemburu : Kita sudah sampai di dalam hutan. Helang, aku mahu kau carikan seekor pelanduk . Isteriku yang mengandung ingin memakan daging pelanduk. Helang faham dengan permintaan tuannya. Dia pun mula mencari pelanduk yang diingini. Tidak lama kemudian helang terbang dengan pantas ke suatu tempat. Pemburu : Hah! Mesti Helang telah nampak pelanduk yang aku ingini. Aku akan mengikut helang aku. Pemburu itu berlari dengan pantas mengikut helangnya. Dia sampai ke tepi sebatang sungai. Dia ternampak seekor pelanduk yang gemuk. Pemburu : (dalam hati) Wah! Gemuk sungguh pelanduk ini. Pasti isteriku gembira. Setelah menangkap pelanduk itu, dia mengikat dan meletakkannya di sisi. Pemburu : Haus pula rasa tekak aku ini. Baik aku minum air sungai ini sebelum memulakan perjalanan pulang. Pemburu itu mencedok air sungai dengan tangannya. Apabila dia hendak minum, helangnya menepis air di tangannya. Pemburu : Hoi! Tak guna lah kau ni Helang. Kan aku nak minum air? Marah betul aku. Aku bunuh kau nanti. Pemburu mencedok lagi. Sekali lagi tangan pemburu ditepis oleh helangnya. Kerana marah, pemburu memanah helangnya itu. Burung helang itu jatuh di tepi sungai itu. Matanya terbuka dan kelihatan sangat sedih. Pemburu : Eh! Apa yang di sebelah helang aku itu? Ular berbisa?! Rupa-rupanya seekor ular berbisa telah mati di situ. Racun ular itu meleleh masuk ke dalam sungai. Sesiapa yang minum air sungai itu pasti jatuh sakit. Tahulah pemburu bahawa sebenarnya helangnya hanya ingin menyelamatkannya. Dia berasa sangat sedih dan menyesal. BANTAL AJAIB Pada zaman dahulu, di negara China tinggal seorang petani miskin bernama Chen. Suatu hari Chen bertemu dengan seorang lelaki tua di kedai kopi. Orang tua : Apa khabar anak muda? Chen : Tidak baik pakcik. Kalau saya kaya tentu saya akan bahagia. Orang tua : Kalau begitu ambillah bantal ini. Bantal ajaib ini pasti membuat kamu kaya. Chen gembira dengan hadiah orang tua itu. Malam itu dia tidur dengan nyenyak. Keesokan harinya... Chen : Wah! Bilik aku dipenuhi dengan emas! Aku kaya! Aku akan membina istana yang mewah. Walaupun kaya, Chen tidak gembira.

Upload: aclee75

Post on 29-Sep-2015

33 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

HELANG YANG SETIA

HELANG YANG SETIA

Ada seorang pemburu yang mempunyai seekor burung helang. Helang itu sangat pandai. Pemburu selalu membawa helangnya pergi berburu di dalam hutan. Pada suatu hari...Pemburu :Kita sudah sampai di dalam hutan. Helang, aku mahu kau carikan seekor pelanduk . Isteriku yang mengandung ingin memakan daging pelanduk.

Helang faham dengan permintaan tuannya. Dia pun mula mencari pelanduk yang diingini. Tidak lama kemudian helang terbang dengan pantas ke suatu tempat. Pemburu :Hah! Mesti Helang telah nampak pelanduk yang aku ingini. Aku akan mengikut helang aku.

Pemburu itu berlari dengan pantas mengikut helangnya. Dia sampai ke tepi sebatang sungai. Dia ternampak seekor pelanduk yang gemuk.

Pemburu :(dalam hati) Wah! Gemuk sungguh pelanduk ini. Pasti isteriku gembira.

Setelah menangkap pelanduk itu, dia mengikat dan meletakkannya di sisi.

Pemburu :Haus pula rasa tekak aku ini. Baik aku minum air sungai ini sebelum memulakan perjalanan pulang.

Pemburu itu mencedok air sungai dengan tangannya. Apabila dia hendak minum, helangnya menepis air di tangannya.

Pemburu :Hoi! Tak guna lah kau ni Helang. Kan aku nak minum air? Marah betul aku. Aku bunuh kau nanti.

Pemburu mencedok lagi. Sekali lagi tangan pemburu ditepis oleh helangnya. Kerana marah, pemburu memanah helangnya itu. Burung helang itu jatuh di tepi sungai itu. Matanya terbuka dan kelihatan sangat sedih.

Pemburu :Eh! Apa yang di sebelah helang aku itu? Ular berbisa?!

Rupa-rupanya seekor ular berbisa telah mati di situ. Racun ular itu meleleh masuk ke dalam sungai. Sesiapa yang minum air sungai itu pasti jatuh sakit. Tahulah pemburu bahawa sebenarnya helangnya hanya ingin menyelamatkannya. Dia berasa sangat sedih dan menyesal.BANTAL AJAIB

Pada zaman dahulu, di negara China tinggal seorang petani miskin bernama Chen. Suatu hari Chen bertemu dengan seorang lelaki tua di kedai kopi.Orang tua : Apa khabar anak muda?Chen :Tidak baik pakcik. Kalau saya kaya tentu saya akan bahagia. Orang tua : Kalau begitu ambillah bantal ini. Bantal ajaib ini pasti membuat kamu kaya.

Chen gembira dengan hadiah orang tua itu. Malam itu dia tidur dengan nyenyak. Keesokan harinya...

Chen : Wah! Bilik aku dipenuhi dengan emas! Aku kaya! Aku akan membina istana

yang mewah.Walaupun kaya, Chen tidak gembira.

Chen : Hmm...kenapa aku berasa seperti ada yang tidak kena? Ah...aku tahu. Aku akan hiburkan diri dengan lagu-lagu yang merdu.

Namun begitu, Chen berasa jemu dengan lagu-lagu itu.

Chen : Hai...aku benar-benar sunyi. Baik aku mencari seorang teman.

Dia pun menyuruh pembantunya mencari seorang teman untuknya.

Pembantu : Tuan, maafkan saya. Tidak ada seorang pun ingin berkawan dengan tuan. Mereka segan kerana tuan terlalu kaya.

Dia duduk termenung memikirkan nasibnya.

Chen : Aku ada banyak duit tetapi hatiku tidak bahagia. Alangkah baiknya jika aku seorang petani semula. Aku akan ada ramai teman.

Tiba-tiba Chen terkejut. Dia berada di rumah lamanya yang buruk. Rupa-rupanya dia bermimpi. Dia sangat gembira. Tidak lama kemudian, dia ternampak orang tua itu.

Orang tua : Anak muda, semalam kamu tidur nyenyak?

Chen : Oh ! Tentu sekali pakcik! Ambillah bantal ini kembali. Sekarang baru saya sedar duit tidak menjamin kita bahagia. Orang tua itu pun meninggalkan tempat itu. Dia tersenyum dengan penuh makna.MENGAPA GAJAH BERMATA KECIL

Pada zaman dahulu, gajah menjadi raja segala binatang kerana kegagahannya. Beberapa ekor binatang cuba beradu tenaga dengan gajah untuk menjadi raja. Badak cuba melawan gajah tetapi dia kalah. Malahan gajah melempar dan menghumbannya ke dalam sungai. Gajah melarang badak naik ke darat. Harimau dan singa pula cuba melawannya tetapi gajah dapat menusuk leher kedua-dua binatang ini dengan gadingnya yang tajam. Semenjak hari itu singa memelihara rambut hingga panjang supaya dapat menutup luka di lehernya. Harimau melarikan diri kerana ketakutan lalu bersembunyi di dalam gua.Semenjak hari itu tiada binatang yang berani melawan gajah yang gagah itu.

" Ooooooooiiiiiiiiii! Sekarang akulah raja di rimba ini. Tiada binatang yang boleh menewaskan aku!Semuanya ku tewaskan dengan mudah! " teriak gajah dengan bongkaknya. Semenjak hari itu, gajah sentiasa mendabik dada."Ooooooooooiiiiiiiii! Akulah binatang yang paling gagah sekali." Gajah selalu menunjuk-nunjukkan kegagahannya. Ia sering menyerang binatang-binatang kecil. Semua binatang-binatang akan lari lintang-pukang kerana takut ditusuk gajah dengan taringnya yang tajam.

"Ooooooooooooiiiiiiiiiii! Semua binatang lari melihatku!" kata gajah sambil tertawa,"Aku akan terus bergelar raja rimba!" jeritnya dengan bangga. Pada suatu hari, gajah masuk ke kebun Orang Asli. Ia memusnahkan banyak tanaman. Ia makan tebu sepuas-puas hatinya.

Rupa-rupanya Orang Asli menunggu kedatangan gajah. Mereka menyerang gajah dengan lembing.Gajah itu pun lari lintang-pukang.

"Aku mesti selamatkan diri!" fikir gajah dengan bangganya. Rupa-rupanya Orang Asli telah memasang jerat. Gajah berlari merempuh buluh runcing yang tersembunyi di dalam belukar. Mukanya terhumban ke atas jerat yang telah dipasang itu. "Aduh, sakitnya mataku!" teriak gajah sambil meraung kesakitan. Akibatnya kedua-dua belah matanya menjadi buta. "OOOOOOOOOOiiiiiiiiiii! tolonglah aku!" teriak gajah tetapi semua binatang di rimba tidak mahu menolong gajah yang sombong dan ganas itu. Mereka mendiamkan diri walaupun gajah menjerit-jerit kesakitan. Mereka masih ingat akan perbuatan gajah yang zalim kepada mereka. Suara lolongan gajah itu mengganggu ketenteraman binatang-binatang di dalam hutan itu. Akhirnya raja cacing menghampiri gajah kerana tidak sampai hati melihat gajah yang menderita kesakitan.

"Ambillah kedua-dua belah mataku," kata raja cacing lalu memberi sepasang matanya kepada gajah.Setelah menderma matanya kepada raja rimba itu, cacing pun kembali ke dalam tanah sambil berkata kepada anaknya, "Jika kita mempunyai kelebihan, gunakanlah kelebihan itu dengan bijaksana." Sejak hari itu, gajah dapat melihat semula kerana masih ada binatang lain yang bersimpati dengan nasibnya. Namun, gajah yang berbadan besar dan gagah itu kini mempunyai mata yang kecil kerana mata itu adalah milik cacing pada asalnya. Seuncang Padi

Pada suatu waktu dahulu, tinggal sepasang suami isteri yang miskin. Keadaan mereka yang miskin dan daif itu diburukkan lagi dengan sikap mereka yang sangat malas. Mereka lebih suka membuang masa daripada bercucuk tanam untuk mendapatkan rezeki. Pada suatu malam, seorang lelaki tua muncul di pintu rumah mereka.

Bolehkah saya masuk? tanya orang tua itu. Silakanlah, wahai orang tua, jawab si suami.Orang tua itu melangkah masuk dan tanpa segan silu meminta sedikit makanan daripada pasangan suami isteri itu.

Bolehkah kamu beri saya sedikit makanan? tanya orang tua itu. Rumah kami tidak ada apa-apa makanan. Kami orang miskin, jadi tidak ada yang hendak dimasak, jawab si isteri.Orang tua itu memandang keadaan rumah suami isteri itu. Dinding rumah dipenuhi dengan lubang. Tikar yang dibentang amatlah buruk dan sudah koyak. Lantai kayu rumah itu pula sudah reput dan buruk.

Kamu berdua ini memang miskin. Mahukah kamu menjadi kaya? tanya orang tua itu. Tentu saja kami mahu menjadi kaya, jawab si isteri. Ya, sudah lama saya berangan-angan untuk menjadi kaya! tambah si suami. Orang tua itu menyeluk gendong kain yang dibawanya. Kedua-dua suami isteri itu memerhatikan sahaja akan kelakuan orang tua itu. Pada fikiran mereka, tentulah orang tua itu akan mengeluarkan emas.

Dalam uncang ini ada yang sesuatu yang sakti. Ia boleh menjadikan kamu kaya, kata orang tua itu. Pagi esok kamu taburlah isi uncang ini di belakang rumah. Nescaya tidak lama kayalah kamu, kata orang tua itu lagi. Orang tua itu pun memberikan uncang itu kepada si suami. Kemudian, dia meminta diri untuk pergi.

Esok paginya, kedua-dua suami isteri membuka uncang itu. Mereka berdua sangat kecewa kerana yang ada di dalam uncang itu hanyalah padi kering. Mereka pun menabur padi itu di belakang rumah.

Tidak lama kemudian, anak padi mula tumbuh menghijau. Akhirnya padi itu berbuah dan menguning.

Wah, subur betul padi yang kita tanam ini! kata si isteri dengan penuh kegembiraan. Jika kita menuai padi dan jual berasnya, pasti kita akan mendapat hasil yang lumayan, tambah si suami. Kedua-dua suami isteri terus menuai padi dan menjual hasilnya. Mereka terus menabur padi dan menuainya dari satu musim ke satu musim. Lama-kelamaan mereka menjadi kaya-raya. Kedua-dua suami isteri itu amat bersyukur kerana telah bertemu dengan orang tua itu. Orang tua itu telah mengajar mereka bahawa hanya dengan kerja keras dan usaha sahaja yang akan memberikan kesenangan dan kemewahan kepada seseorang.KISAH TIGA SAHABAT

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor kura-kura yang bersahabat baik dengan seekor kera dan seekor burung. Mereka sering bermain dan makan bersama-sama kerana mereka tinggal berdekatan antara satu sama lain. Kera agak nakal. Kera selalu mempermainkan kura-kura. Kura-kura pula penyabar dan sering berfikir panjang apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Burung pula sangat menyayangi kedua-dua orang rakannya itu.Kura-kura :Kita mesti berhati-hati apabila melakukan sesuatu pekerjaan jika mahu hasil yang baik.

Burung :Betul kata awak kura-kura. Kita mesti berhati-hati supaya kita tidak menyesal nanti.

Pada suatu hari, semasa kura-kura, kera dan burung berjalan-jalan di tepi sungai, mereka ternampak sepohon pokok pisang muda.

Kura-kura :Ah! Lihat di sana. Ada sebatang pokok pisang. Mari kita tebang dan bahagi sama rata pokok pisang ini.

Burung :Tidak apalah. Saya boleh berkongsi dengan kura-kura.

Kera :(kelam-kabut) Kalau begitu kata awak burung, saya hendak bahagian yang ada daun.

Kura-kura :Mengapa awak hendak bahagian itu?

Kera :Saya hendak bahagian itu kerana pisang akan berbuah dari bahagian hujung yang berdaun itu.

Burung :(kebingungan) Betulkah? Tidak mengapalah. Biar saya berkongsi sahaja dengan kura-kura.

Kura-kura :Ya, biar kita ambil bahagian pangkal yang tidak berdaun ini.

Mereka pun membawa pulang pokok pisang yang telah dibahagi dua itu. Sesampai di rumah, kura-kura dan burung menanam pangkal pokok pisang tadi. Setiap hari, mereka bergilir-gilir menyiramnya dengan air.

Kera :Baik saya ikat bahagian hujung pokok pisang ini di atas sebatang dahan supaya pokok pisang ini cepat tumbuh.Tidak payahlah saya bersusah payah menyiramnya dengan air. Daun pisang ini hanya perlukan cahaya matahari untuk tumbuh segar.

Setiap hari kera perhatikan daun pisang yang diikat di sebatang dahan pokok. Dia semakin kehairanan kerana daun pisang semakin hari menjadi semakin layu.

Kera :(Bingung dan kesal) Eh!Mengapa pokok pisang ini tidak berbuah? Sudah lama saya menunggunya. Malahan daunnya semakin layu.

Pokok pisang kura-kura pula semakin membesar. Pokok pisang mereka sudah berbuah. Kura-kura dan burung sangat gembira melihat hasil tanaman mereka itu.

Burung :Wah, lihat kura-kura. Pokok pisang kita sudah berbuah. Marilah kita berkongsi dengan kera.

Kura-kura :Baiklah. Saya pun hendak lihat apa yang telah terjadi dengan pokok pisang kera. Pasti layu kerana pokok pisang tidak tumbuh dari daunnya.

Keesokan harinya, pergilah mereka berdua ke rumah kera dengan membawa buah pisang yang masak ranum dari pohon mereka. Mereka juga ingin melihat sendiri apa yang telah terjadi pada pokok pisang kera itu.

Kera :(melihat pokok pisangnya) Kenapa pokok pisang saya mati? Nampaknya saya terpaksa membuangnya kerana telah layu dan kering.

Kura-kura :Hai! Kera, Mengapa pokok pisang awak layu dan kering? sudah berbuahkah pokok pisang awak? (pura-pura bertanya)

Kera :(berdalih)Oh, pokok pisang saya telah lama berbuah dan sudah habis saya makan!

Kura-kura :(tersenyum)Kalau begitu baguslah.

Kura-kura tahu kera tidak berkata benar. Tidak mungkin hujung pokok pisang yang telah dikerat boleh berbuah.

Kura-kura :Kalau begitu tidak payahlah saya berikan awak buah pisang yang saya bawa ini. Saya fikir hendak berikan awak rasa.

Kera :(bingung) Mengapa?

Kura-kura :Bukankah awak kata yang awak baharu sahaja selesai makan buah pisang?

Kera menyesal kerana bercakap bohong. Sekarang, kera tidak dapat merasa buah pisang yang dibawa oleh kura-kura. Kera hanya memerhatikan kura-kura dan burung memakan pisang yang enak itu.

AWANG DENGAN TEMPAYAN BURUK

Dalam sebuah kampung, ada seorang pemuda bernama Awang. Awang seorang yang rajin dan suka membantu. Setiap pagi, Awang akan menebang kayu di hutan untuk dijualnya di pekan. Pada suatu hari, semasa Awang sedang berehat di bawah sebatang pokok, seorang tua lalu di hadapannya sambil mendukung sebuah tempayan buruk yang besar. Orang tua itu tersungkur kepenatan dan tempayan itu tergolek di sisinya.Awang :Tok, kenapa, Tok? Tok tidak apa-apa? Biar saya bantu.

Orang tua :Terima kasih, nak. Anak sungguh baik hati.

Awang :Tok hendak ke mana? Tempayan apa ini, Tok?

Orang tua :Tok hendak ke pekan Tanjung. Ini tempayan Datuk Menteri. Tok hendak menghantar tempayan ini kepada Datuk Menteri. Ada barang berharga di dalamnya.

Awang :Apa di dalamnya, Tok?

Orang tua :Tok tidak tahu. Tok cuma membawa amanah orang sahaja. Sekarang Tok tidak berdaya lagi untuk mengangkat tempayan ini. Bolehkah kamu tolong hantarkannya kepada Datuk Menteri dipekan Tanjung sana? Tempayan ini mesti sampai hari ini juga.

Awang :Baiklah, Tok.

Orang tua :Terima kasih. Bertuah Tok dapat bertemu dengan anak muda yang gagah. Ingat pesan Tok. Tempayan ini jangan sesekali dibuka.

Dalam perjalanannya ke pekan Tanjung, ada beberapa orang bertanya apa yang ada di dalam tempayan itu. Awang hanya menjawab......

Awang :Saya tidak tahu.

Perempuan :Awak tidak tahu apa yang dibawa? Pekasamkah?

Lelaki :Belacankah?

Awang :Saya tidak tahu. Saya hanya membawa amanah orang.(berfikir) Apa yang ada di dalam tempayan ini aku tidak perlu tahu.

...... fikir Awang. Akhirnya, sampai juga Awang di pintu rumah Datuk Menteri. Awang ingin berjumpa dengan Datuk Menteri. Tiba-tiba, muncul orang tua yang ditemuinya pagi tadi tetapi dia kelihatan lebih segak dan gagah.

Awang :Tok ada di sini? Boleh saya jumpa Datuk Menteri sekarang?

Orang tua :Sayalah Datuk Menteri dalam negeri ini.

Awang :Kenapa Datuk Menteri menyamar jadi orang tua?

Orang tua :Ada sebabnya. Nanti kamu akan tahu. Sila ikut saya.

Awang dibawa ke istana. Awang dan tempayan itu dipersembahkan kepada raja dan orang ramai.

Orang tua :Ampun tuanku, tempayan berharga ini telah selamat sampai dibawa oleh anak muda ini. Boleh hamba pecahkan tempayan ini, tuanku?

Semua mata tertumpu ke arah tempayan yang dipecahkan oleh Datuk Menteri. Sebaik sahaja tempayan itu terbelah, semua orang berpandangan sesama sendiri.

Lelaki :Eh, kosong?

Perempuan :... kosong?

Awang turut terkejut. Tidak ada benda yang berharga dalam tempayan itu.

Orang tua :Ya, tempayan ini memang kosong. Tetapi, tempayan ini telah menemukan kita dengan seorang pemuda yang bersifat amanah. Banyak harta kerajaan tidak sampai ke istana kerana dibawa oleh orang yang tidak amanah. Ganjaran untuk orang yang amanah adalah bekerja dengan raja di istana. Syabas, anak muda!

Kini, fahamlah Awang bahawa tempayan kosong itu cuma suatu helah raja untuk mencari orang yang amanah. Sejak hari itu, tinggallah Awang di istana dan menjadi orang yang dipercayai raja.

Sumber Cerita : Dipetik dan disesuaikan daripada buku Siri Cerita Rakyat Si Awang oleh Khadijah Hashim, terbitan 'K' Publishing Sdn Bhd.SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.

Berkatalah Si Luncai,"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?" "Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu. Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi. "Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!" Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. " Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!" Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.

SI LUNCAI DENGAN LABU-LABUNYA

Si Luncai telah dijatuhkan hukuman oleh raja supaya dibuang ke tengah laut. Raja sangat marah dengannya kerana telah mempermain-mainkan raja dan para pembesar baginda. Si Luncai telah dimasukkan ke dalam sebuah guni dan dipikul ke pangkalan. Setelah semuanya siap, pesuruh raja pun mula mengayuh perahu ke tengah laut. Si Luncai dapat melihat dari celah-celah guni beberapa biji labu yang terdapat di dalam perahu itu. Si Luncai pun mendapat akal.

Berkatalah Si Luncai,"Kasihan aku melihat kamu semua teruk berkayuh. Mahukah kamu jika aku ajarkan sebuah lagu untuk menghilangkan penat kami itu?" "Diamlah kamu. Sebentar lagi kamu akan dicampakkan ke dalam laut," kata salah seorang daripada mereka yang berkayuh itu. Apabila Si Luncai mendengar kata-kata itu, dia mula menyanyi. "Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!" Mendengarkan nyanyian Si Luncai, peseuruh raja mula tertarik dan mula menyanyi, " Si Luncai terjun dengan labu-labunya. " Beberapa pesuruh raja yang lain pula menjawab," Biarkan! Biarkan!" Lagu itu dinyanyikan berulang kali hingga mereka menjadi leka. Melihatkan keadaan itu, Si Luncai pun keluar dari guni dan memasukkan beberapa biji labu ke dalam guni itu. Kemudian, dia pun terjun dari perahu itu dengan memegang dua biji labu sebagai pelampung hingga ke tepian.

Apabila sampai ke tengah laut, pesuruh raja mencampakkan guni itu ke dalam laut lalu berpatah balik ke istana untuk memberitahu raja. Mereka tidak sedar yang Si Luncai telah berenang sampai ke pantai.

SIAPA YANG LEBIH HANDAL?

Pada zaman dahulu, ada seorang pengembara bernama Mamat Ya. Mamat Ya suka mengembara, dia dapat menambah pengetahuan dan pengalamannya.

Pada suatu hari, Mamat Ya sampai ke sebuah kampung. Di kampung itu tinggal dua orang pemuda nakal yang bernama Dun dan Dan. Mereka berkawan baik dan suka mengusik orang lain.

Dun :

Heh, Dan! Lihat itu. Nampaknya orang luar. Bagaimana kalau kita kenakan dia?

Dan :

Saya setuju. Kita ajak dia lawan bercerita. Kalau dia kalah, kita minta semua wangnya.

Dun dan Dan pun mempelawa Mamat Ya ke warung makan. Setelah Mamat Ya mengalas perut, Dun dan Dan pun memberitahu Mamat Ya akan rancangan mereka.

Dan :

Pak cik, mahukah pak cik berlawan cerita? Kalau kami dapat mengatakan cerita pak cik bohong, pak cik dikira menang. Jika pak cik pula mengatakan cerita kami bohong, kami yang menang.

Dun :

Kalau pak cik kalah, pak cik mesti serahkan semua wang pak cik kepada kami. Kami pula sanggup melakukan apa sahaja jika kami kalah.

Mamat Ya :

(berfikir sebentar sambil tersenyum) Baiklah, saya setuju.

Dan :

Kalau begitu, saya akan bercerita dahulu... Semasa ibu saya mengandung, saya teringin makan buah durian. Saya pun keluar dari perut ibu saya dan pergi mendapatkan durian. Saya suapkan tiga ulas ke mulut ibu dan saya makan tiga ulas. Pak cik percaya cerita saya?

Mamat Ya :

(berfikir sebentar) Ya, pak cik percaya. Kamu memang anak yang baik dan pandai berdikari. (Dun dan Dan kehairanan)Dun :

Baiklah, cuba dengar cerita saya pula... Semasa saya berumur dua hari, saya keluar rumah dan pergi ke bendang. Seekor kerbau sedang mengerang kesakitan. Saya menolong kerbau itu. Kerbau itu sangat gembira. Boleh pak cik percaya cerita saya?

Mamat Ya :

Oh, tentu sekali. Kamu memang anak yang berani dan berjasa pula.

Dun dan Dan tercengang dengan jawapan Mamat Ya. Kini, tibalah giliran Mamat Ya pula.

Mamat Ya :

Sekarang, giliran pak cik bercerita...Tidak lama dahulu, ada dua orang pemuda yang menjadi hamba di rumah pak cik. Malangnya, mereka telah melarikan diri. Pak cik berazam akan mencari mereka.

Mamat Ya berhenti sebentar sambil melihat wajah Dun dan Dan. Mereka asyik mendengar ceritanya. Kemudian, Mamat Ya menyambung lagi.

Mamat Ya :

Jauh betul pak cik berjalan hinggalah pak cik sampai di sini. Rupa-rupanya, mereka telah lari ke kampung ini.

Dan :

Oh, hamba pak cik ada di kampung ini?

Dun :

Beritahulah kami siapa mereka. Kami boleh panggilkan.

Mamat Ya :

Tidak perlu. Hamba pak cik itu ialah kamu berdua.

Dan :

(marah)Pak cik pembohong! Kami tidak pernah menjadi hamba kepada sesiapa.Dun tidak sempat menutup mulut kawannya. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Dia malu dengan orang-orang kampung yang berada di warung makan itu.

Mamat Ya :

Kamu berdua sudah kalah. Sekarang, mari ikut pak cik pulang dan menjadi hamba semula.

Dun :

Kasihanilah kami pak cik. Kami hanya mengusik sahaja.

Mamat Ya :

Mana boleh? Kamu telah berjanji. Kamu berdua tidak boleh mungkir janji.

Dan :

Maafkanlah kami pak cik. Kami berjanji tidak akan nakal lagi.

Mamat Ya :

Baiklah. Ingat, kamu mesti mengubah sikap.

Dun dan Dan berasa sangat malu sekali. Mereka berazam untuk berkelakuan baik.