betulkan yang lazim dan lazimkan yang betul bm

70
1 SIRI PEDOMAN BAHASA KEBANGSAAN BETULKAN YANG LAZIM DAN LAZIMKAN YANG BETUL PANDUAN dan PEDOMAN PENULISAN SURAT-MENYURAT RASMI DAN PENGUNAAN BAHASA JABATAN PELAJARAN MELAKA MAT HASSAN BIN ABDULLAH KETUA UNIT BAHASA MELAYU JABATAN PELAJARAN MELAKA KE ARAH BAHASA MELAYU YANG TERBILANG

Upload: emma-lucciana-vincarosa

Post on 25-Oct-2015

103 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

bahasa melayu learning

TRANSCRIPT

Page 1: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

1

SIRI PEDOMAN BAHASA KEBANGSAAN

BETULKAN YANG LAZIM DAN

LAZIMKAN YANG BETUL

PANDUAN dan PEDOMAN

PENULISAN SURAT-MENYURAT

RASMI DAN PENGUNAAN BAHASA

JABATAN PELAJARAN MELAKA MAT HASSAN BIN ABDULLAH KETUA UNIT BAHASA MELAYU JABATAN PELAJARAN MELAKA KE ARAH BAHASA MELAYU YANG TERBILANG

Page 2: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

2

DENGAN INGATAN YANG BERKEKALAN BUAT MEREKA YANG MEMPUNYAI JATI DIRI TERHADAP BAHASANYA SENDIRI DAN BUAT MEREKA YANG TERUS BERJUANG MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN NEGARA.

Page 3: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

3

KANDUNGAN

Setitis Tinta Seindah Bahasa Penghargaan Konsep Matlamat Umum Objektif Jenis Ciri Utama Proses Penulisan Format Umum Rangka Umum Isi Kandungan Perincian Format Kesalahan Bahasa dalam Surat Rasmi Pedoman Ejaan

Page 4: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

4

SETITIS TINTA SEINDAH BAHASA

سم هللا الرحمن الرحيم

السFم عليكم ورحمة هللا وبركاته

Saya merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Unit Bahasa, Jabatan Pelajaran Melaka berjaya menerbitkan sebuah buku panduan penulisan surat rasmi yang sinonim dengan gelaran "Betulkan Yang Lazim dan Lazimkan Yang Betul”. Buku panduan ini merupakan koleksi risalah panduan penggunaan bahasa yang diterbitkan oleh Unit Bahasa setiap kali perhimpunan bulanan Jabatan diadakan. Bahasa Melayu telah dipilih menjadi Bahasa Kebangsaan untuk seluruh rakyat dan negara. Peranan , kedudukan dan perkembangan bahasa Melayu telah mencapai kejayaan yang gilang-gemilang sejak hampir setengah abad yang lalu. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. Walau bagaimanapun, setelah 52 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih wujud perasaan kurang megah dan tiada rasa bangga sebilangan pengguna bahasa terhadap Bahasa Kebangsaan. Kekeliruan dan kerancuan dalam penggunaan bahasa, khususnya dalam penulisan surat rasmi masih terus berlaku dan dipandang ringan. Walhal bahasa itulah yang sebenarnya menandai kewujudan kita sebagai satu bangsa bagi sebuah negara yang berdaulat, bak kata pepatah, “Bahasa Menunjukkan Bangsa” dan “Bahasa Jiwa Bangsa”. Sehubungan dengan itu, buku panduan ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan pedoman kepada seluruh warga Jabatan Pelajaran Melaka agar dapat menghasilkan laras bahasa penulisan surat rasmi yang tepat, betul dan menepati peraturan berbahasa selari dengan slogan Jabatan, “CEPAT, TEPAT dan HEBAT”. Semoga usaha murni untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara akan terus giat dilaksanakan sehinggalah bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di pentas antarabangsa. (HAJI ISA BIN HAJI ABU)

Pengarah Pelajaran Melaka

Page 5: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

5

PRAKATA

Buku Betulkan Yang Lazim dan Lazimkan Yang Betul dihasilkan untuk dijadikan sebagai pegangan dan panduan kepada seluruh warga Jabatan Pelajaran Melaka tentang penulisan surat rasmi dan juga pedoman ejaan. Buku ini dibahagikan kepada 11 tajuk. Tajuk satu hingga tajuk sembilan memberikan tumpuan kepada inti penulisan buku ini, iaitu tentang surat-menyurat rasmi. Tajuk-tajuk tersebut, termasuklah konsep surat rasmi, matlamat, objektif, jenis surat rasmi, ciri utama surat rasmi, proses penulisan, format umum, rangka umum isi kandungan surat dan tajuk perincian format. Tajuk 12 ialah Kesalahan bahasa dalam surat rasmi. Dalam tajuk ini, beberapa contoh surat rasmi akan diguna pakai dan setiap kesalahan bahasa yang dikenal pasti akan dianalisis serta dibuat pembetulan dalam bentuk jadual. Satu contoh surat rasmi yang telah dimurnikan akan dikemukakan sebagai rujukan dan pemahaman pembaca. Tajuk akhir, iaitu tajuk Pedoman Ejaan. Tajuk ini dibahagikan kepada 11 bahagian yang fokus kepada aspek ejaan dan tatabahasa. Saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Kerana dengan limpah kurnia-Nya buku pedoman bahasa ini dapat diterbitkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi pengahrgaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Tuan Haji Isa bi Haji Abu , Pengarah Pelajaran Melaka yang telah mencetuskan idea sehingga terhasilnya buku ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Encik Razali bin Bahrom, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, semua pegawai dan kakitangan Unit Bahasa yang telah memberikan dorongan dan kerjasama dalam penerbitan buku panduan ini. Semoga buku kecil ini akan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada seluruh warga Jabatan demi merealisasikan slogan Jabatan, ”CEPAT, TEPAT dan HEBAT”.

(MAT HASSAN BIN ABDULLAH) Ketua Unit Bahasa Melayu, Jabatan Pelajaran Merlaka.

Page 6: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

6

KONSEP SURAT RASMI

� Surat yang dikeluarkan oleh jabatan sektor awam (Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, dan Badan Berkanun) untuk pelanggan di jabatan sektor awam, sektor swasta, atau orang awam

� Surat yang dikeluarkan oleh sektor pengurusan swasta untuk pelbagai tujuan. � Segala yang bertulis atau bercetak untuk dihantar kepada penerima yang tidak

terbatas sifat dan saiznya. � Surat yang ditulis untuk urusan rasmi yang berhubung dengan pejabat seperti

pejabat kerajaan, syarikat, atau institusi. � Wahana perhubungan dan perwakilan bertulis antara individu dengan individu,

individu dengan institusi dan sebaliknya, dan antara institusi dengan institusi. � Surat yang berkaitan dengan urusan atau tanggungjawab rasmi. � Surat yang menggunakan bahasa rasmi yang baku. � Surat yang menggunakan format tertentu yang telah ditetapkan.

MATLAMAT UMUM

� Memulakan atau meneruskan hubungan atau komunikasi. � Mewujudkan bahan rujukan kerja.

� Melaksanakan tugas dokumentasi.

OBJEKTIF

� Melaksanakan maksud-maksud rasmi kerajaan dengan cara berkomunikasi melalui surat. Dalam hal ini, surat menjadi bukti bertulis yang nyata dan sahih tentang sesuatu perkara yang dimaksudkan.

JENIS SURAT RASMI

� Surat rasmi peribadi

o Surat undangan sosial

Page 7: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

7

o Surat balasan undangan o Surat ucapan terima kasih

o Surat ucapan tahniah

o Surat ucapan takziah

o Surat mohon maaf

� Surat rasmi tak peribadi

o Surat permohonan o Surat panggilan temu duga

o Surat panggilan kursus

o Surat tawaran kerja

o Surat panggilan mesyuarat o Surat menjawab panggilan temu duga/kursus/kerja

o Surat aduan

o Surat laporan

o Surat menempah barangan/perkhidmatan

o Surat pengesahan penerimaan barangan/perkhidmatan

CIRI UTAMA

� Unsur kerasmian

o Mengandungi maklumat organisasi yang perlu ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberikan kuasa untuk menandatanganinya bagi pihak Ketua Jabatan atau bagi pihak organisasi.

o Dokumen rasmi yang sah dan bersifat bukan peribadi.

o Mengungkapkan hal atau urusan rasmi.

� Aspek isi

o Mengandungi satu perkara atau hasrat sahaja.

Page 8: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

8

o Idea dan isi mestilah padat dan tepat menurut tujuan surat.

o Ringkas dan boleh disertai data sokongan.

o Lazimnya, memerlukan tindakan atau jawapan.

� Aspek format

o Ditulis dalam format yang ditetapkan oleh pihak kerajaan atau organisasi, sama ada sebagai surat biasa, pekeliling am, perjawatan, dan sebagainya.

o Mempunyai maklumat pengirim dan penerima yang lengkap.

� Aspek bahasa

o Menggunakan laras bahasa surat rasmi. o Menggunakan bahasa Melayu baku yang baik dan tepat termasuklah

aspek ejaan, tatabahasa, penggunaan kata atau istilah, dan tanda bacaan.

o Mengutamakan kesantunan berbahasa.

PROSES PENULISAN

� Persiapan (Prapenulisan) � Penyusunan idea/draf dan penulisan

o Penyusunan rangka isi o Pengembangan isi

o Penjalinan isi

o Penataan format

� Penyuntingan/pengeditan (pascapenulisan)

o Penyemakan isi o Penyemakan bahasa

o Penyemakan pertautan (koheren)

o Penyemakan format

Page 9: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

9

FORMAT UMUM

� Surat rasmi hendaklah ditulis berdasarkan peraturan atau tatacara yang telah

ditentukan. Ringkasnya, surat rasmi lazimnya mengandungi maklumat-maklumat yang berikut:

o Kepala surat o Maklumat penerima

o Rujukan dan tarikh

o Ungkapan sapaan

o Tajuk atau perkara

o Isi kandungan atau maksud

o Penutup surat

o Slogan atau moto

o Tandatangan pengirim surat, nama, dan jawatannya

o Penerima salinan surat

o Tandatangan ringkas pendraf/jurutaip dan nombor rujukan rekod

RANGKA UMUM ISI KANDUNGAN

� Tujuan surat ditulis. � Maklumat pemberitahuan, iaitu fakta atau keterangan yang hendak

diberitahukan kepada penerima surat.

� Maklumat tindakan, iaitu butir tindakan yang perlu diambil oleh penerima surat.

� Maklumat tambahan, iaitu butir tindakan susulan penulis surat sekiranya penerima surat tidak mengambil tindakan seperti yang dikehendaki.

� Isi kandungan dikemukakan dalam tiga bahagian, iaitu:

o Pembukaan surat yang mengandungi tajuk dan perenggan pengenalan.

Page 10: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

10

o Badan surat yang mengandungi tujuan surat ditulis, butir-butir yang diberitahukan, butir-butir tindakan oleh penerima, dan butir-butir tindakan susulan penulis surat (jika berkaitan).

o Penutup surat yang mengandungi kenyataan harapan penulis, gesaan untuk mendapatkan jawapan segera, ucapan terima kasih, dan tandatangan penulis bagi pihak organisasi.

PETIKAN DARIPADA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5

TAHUN 2007

BEBERAPA PANDUAN SURAT-MENYURAT YANG DIPETIK DARIPADA

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2007

PANDUAN PENGURUSAN PEJABAT

30 April 2007

BAHAGIAN VI

� 6.3. Penyediaan surat rasmi Kerajaan hendaklah mengandungi elemen-elemen berikut:

o alamat pengirim o alamat penerima

o nombor rujukan

o tarikh surat

o tajuk surat

o pembukaan dan pengakhiran surat dan

o penomboran perenggan, muka surat dan lampiran

� 6.4. Huraian bagi setiap elemen adalah seperti berikut:

o Alamat Pengirim: Muka surat pertama hendaklah menggunakan kepala surat yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon dan nombor faksimili agensi pengirim. Ini akan memudahkan penerima menjawab surat atau menghubungi agensi pengirim di samping memberi gambaran bahawa surat berkenaan adalah atas urusan rasmi Kerajaan;

o Alamat Penerima :

Alamat penerima di dalam surat rasmi Kerajaan hendaklah dibuat seperti berikut:

Page 11: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

11

o Agensi Kerajaan - hendaklah dialamatkan kepada ketua agensi berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatannya, manakala surat yang khusus kepada ketua agensi hendaklah didahului dengan kata hormat, gelaran kebesaran, nama, gelaran jawatan dan alamat rasmi agensi berkenaan. Surat yang ditujukan kepada pegawai tertentu hendaklah ditambah di bawah alamat dengan perkataan ‘untuk perhatian’ (u.p. nama pegawai berkenaan).

o Orang Ramai / Individu

Surat kepada orang ramai atau individu hendaklah dialamatkan kepada nama dan alamat individu berkenaan. Bagi individu yang mempunyai gelaran kebesaran, kata hormat dan gelaran hendaklah dinyatakan pada namanya.

o Pihak Berkuasa Berkanun / Pertubuhan / Firma

Surat kepada Pihak Berkuasa Berkanun, Pertubuhan atau Firma hendaklah dialamatkan kepada ketua badan, pertubuhan atau firma berkenaan mengikut gelaran rasmi jawatannya, diikuti dengan nama dan alamat rasminya.

o Surat Melalui Peguam

Surat kepada orang awam atau firma melalui peguam hendaklah dialamatkan kepada peguam yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal orang awam atau firma berkenaan.

� Permulaan Surat : Surat yang ditujukan kepada jabatan/agensi Kerajaan hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ manakala kepada orang ramai hendaklah dimulakan dengan ‘Tuan’ atau ‘Puan’. Surat yang khusus kepada Ketua Jabatan/Agensi yang mempunyai gelaran kebesaran hendaklah didahului dengan kata hormat dan gelaran kebesarannya. Begitu juga bagi surat kepada orang awam yang mempunyai gelaran kebesaran. � Nombor Rujukan : Surat hendaklah mempunyai nombor rujukan failnya supaya mudah dikesan untuk tindakan lanjut. Nombor rujukan ini hendaklah dicatatkan di ruang atas sebelah kanan surat sebagai rujukan kami. Surat jawapan kepada surat yang diterima hendaklah juga dicatatkan nombor rujukan fail pengirim sebagai rujukan tuan di atas rujukan kami;

� Tarikh Surat : Tarikh surat hendaklah dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan;

� Tajuk Surat :

Page 12: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

12

Surat perlu diberikan tajuk (atau perkara) yang dapat menggambarkan kandungan surat berkenaan. Setiap surat hendaklah seboleh-bolehnya dihadkan kepada satu tajuk (atau perkara) sahaja. Bagi surat jawapan, tajuk yang sama hendaklah digunakan.

� Pembuka Kata dan Akhir Surat : Surat boleh dimulakan dengan cara yang difikirkan sesuai oleh penulis, tetapi setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan ‘Saya yang menurut perintah’ di sudut kiri sebelah bawah surat sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan. Jika pegawai yang menandatangani surat itu bukan Ketua Jabatan, pegawai berkenaan hendaklah menandatanganinya bagi pihak (b.p.) Ketua Jabatan. Nama pegawai itu hendaklah menggunakan huruf besar di sudut kiri surat di bawah tandatangannya;

� Penomboran Perenggan, Muka Surat dan Lampiran : Semua perenggan dalam surat, kecuali perenggan pertama, hendaklah dinomborkan secara berturutan. Surat yang mengandungi lebih daripada satu muka surat, muka surat seterusnya hendaklah juga diberi nombor yang berturutan. Lampiran yang disertakan kepada surat hendaklah dinomborkan di bahagian atas sebelah kanan, misalnya Lampiran 1 atau Lampiran A dan nombor lampiran ini mestilah sama dengan nombor yang dirujuk di dalam surat. Nombor rujukan surat hendaklah dicatatkan di bahagian atas sebelah kiri.

� Surat hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan. Salinan asal dihantar

kepada penerima, salinan kedua dikandungkan dalam fail yang berkenaan dan salinan ketiga pula dikandungkan dalam fail timbul (float file). Jika ada keperluan, salinan tambahan perlu diedarkan sebagai salinan kepada (s.k.).

6.10. Semua surat yang diterima hendaklah diambil tindakan segera. Sekiranya surat itu memerlukan jawapan segera ia hendaklah dibalas dalam masa yang singkat. Sekiranya jawapan segera tidak dapat diberikan, penulis surat itu hendaklah dimaklumkan melalui surat akuan terima yang menyatakan bahawa jawapan yang lengkap akan disusuli dalam satu jangka masa yang dinyatakan. PERINCIAN FORMAT

� Kepala Surat

o Nama organisasi, alamat lengkap organisasi, nombor telefon, nombor faksimile, laman web, dan alamat e-mel.

o Format kepala surat direka pelbagai bentuk, selaras dengan identiti

atau keperibadian organisasi.

o Memuatkan logo atau lambang organisasi. - Sekiranya surat tersebut sudah mengandungi kepala surat yang telah lengkap

Page 13: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

13

tercetak dengan nama dan alamat pengirim, maka tidak perlu ditaip lagi.

CONTOH

JABATAN PELAJARAN MELAKA Jalan Istana,

Peti Surat No. 62, 75450 Melaka. Tel.: 06-2323777/778/779 Faks.:06-2320500 Laman web: http://jpnmelaka.gov.my

� Maklumat Penerima Bahagian ini mengandungi maklumat seperti yang berikut:

o nama penerima dan jawatannya. o perkataan untuk perhatian (u.p.) jika memerlukan seseorang yang

tertentu mengambil tindakan terhadap surat tersebut perkataan - melalui ditulis kepada ketua jabatan jika penerima surat bukan ketua jabatan.

CONTOH

Unit Kurikulum, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, Jalan Istana, 75450 Bukit Beruang, Melaka. (u.p.: Encik Mat Hassan bin Abdullah) Melalui: Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

� Rujukan Fail

o Merupakan nombor rujukan surat yang ditulis di sudut sebelah kanan langkau dua di bawah garis panjang melintang.

o Nombor rujukan penerima ditulis di sebelah atas dan diikuti

dengan nombor rujukan pengirim di bawahnya.

� Tarikh

Page 14: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

14

o Tarikh yang ditulis mestilah tarikh surat dihantar, bukan tarikh surat ditulis.

o Tarikh mestilah ditulis huruf besar semuanya atau pada huruf pertama

sahaja (kata nama khas).

o Tarikh tidak menggunakan tanda koma atau noktah. Berpandukan surat yang dikeluarkan oleh DBP, jika menggunakan kalendar Islam (Hijrah), tarikh tersebut ditulis di bawah tarikh kalendar masihi.

o Ditulis di sebelah kanan muka surat di bawah rujukan fail.

o Hari bulan ditulis dalam bentuk angka, nama bulan dieja dengan huruf

besar keseluruhannya atau berpangkalkan huruf besar dan tahun ditulis dengan angka. CONTOH:

Ruj. tuan : JPNJ/100/2006 (11) Ruj. kami :JPM.SPA.BAH.100-5/2 ( ) Tarikh : 15 MAC 2010 26 Syawal 1431

� Ungkapan Sapaan

o Dalam pelbagai variasi bahasa seperti Assalamualaikum, Yang Berbahagia, Yang Berhormat, dan lain-lain yang disusuli dengan gelaran dan jawatan penerima surat.

o Gelaran seperti Tun, Tan Sri, dan Datuk/Dato’, hendaklah

digandingkan dengan ungkapan sapaan seperti Yang Amat Berbahagia, Yang Arif, Yang Mulia, Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, dan Yang Berbahagia.

o Sapaan yang paling kerap dan bersifat neutral ialah Tuan/Puan atau

Tuan sahaja.

o Kata sapaan ditulis langkau dua baris di bawah baris akhir penerima dan dilangkaukan dua baris lagi sebelum menulis tajuk surat.

CONTOH:

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, Yang Berbahagia, Tuan/Puan, Tuan,

� Tajuk atau Perkara

Page 15: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

15

Tajuk ditulis dengan huruf besar dan digelapkan. Tajuk surat ditulis berpandukan maklumat atau tujuan surat. Oleh sebab tajuk bukanlah ayat, maka noktah tidak diperlukan. Tajuk mestilah ringkas dan padat. CONTOH

PELANTIKAN SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS PENATARAN BAHASA

MELAYU 2010

ANUGERAH SASTERA NEGERI MELAKA 2010

PENGGUNAAN TULISAN JAWI PADA PAPAN TANDA

� Isi Kandungan atau Maksud

o Merupakan maklumat, berita, dan segala keterangan yang mewakili tujuan surat ditulis.

o Disusun dalam beberapa perenggan.

o Penyampaiannya hendaklah jelas dan memuatkan maklumat

penting yang berkaitan sahaja.

o Perenggan dinombori bagi memudahkan rujukan dan pemahaman.

o Perenggan pertama dan perenggan terakhir tidak dinombori.

o Perenggan pertama, angka satu tidak ditulis.

o Perenggan permulaan berkisar kepada pendahuluan atau merujuk kepada surat terdahulu dan tajuk surat.

o Bahagian ini dimulakan dengan ungkapan

o “Merujuk perkara di atas,...”, o “Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa...”, o “Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa...”, dan sebagainya.

� Untuk mendapatkan tindak balas biasa, positif, atau negatif. � Pembaca dapat menghayati tujuan dan matlamat surat.

CONTOH:

� Merujuk perkara di atas, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan menganjurkan Kursus Pemantapan Tatabahasa Guru-guru Negeri Melaka bagi tahun 2010.

� Perenggan kedua, angka dua (2) ditulis.

Page 16: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

16

� Maksud dan kandungan surat, tujuan surat ditulis, ulasan, data, penghujahan, dan pengolahan.

� Perenggan yang mempunyai dua atau lebih pecahan, pemberian nombor

dilakukan dengan mengikut peringkat, misalnya 2.1, 2.2, 2.3, dan seterusnya. Begitu juga untuk perenggan yang seterusnya.

� Pecahan boleh dilakukan dengan menggunakan sistem penomboran yang lain,

misalnya menggunakan nombor roman sama ada nombor roman besar ataupun kecil seperti i, ii, iii, dan seterusnya, atau menggunakan abjad a, b, c, dan seterusnya.

CONTOH ISI

2. Sehubungan dengan itu, pihak kami bersetuju melantik tuan sebagai penceramah dalam program tersebut. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan diadakan berdasarkan ketetapan seperti yang berikut: 2.1 Tarikh : 10 Oktober 2010. 2.2 Tempat : Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru, Johor. 2.3 Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

� Perenggan yang ketiga, angka tiga (3) ditulis. � Maklumat tambahan.

o Taip tiga titik/tanda elipsis (...) di tepi sebelah kiri, dalam ruang tepi

jika ada lampiran yang bertentangan dengan perkataan yang dilampirkan atau disertakan.

o Ungkapan “Bersama-sama dengan ini disertakan...” dapat digunakan untuk mewakili tanda elipsis tersebut.

CONTOH PERENGGAN KETIGA

3. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pelantikan ini tertakluk kepada

syarat-syarat dan kadar bayaran yang telah ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bersama-sama dengan surat ini, pihak kami lampirkan atur cara majlis, borang penerimaan lantikan, dan borang tuntutan perkilometeran yang perlu diserahkan kembali kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 8 Februari 2010.

� Perenggan keempat, angka empat (4) ditulis. � Bahagian ini menggunakan ayat penegasan, harapan, atau penyertaan.

Ayat yang digunakan memberikan isyarat bahawa maklumat dan pemberitahuan penting telah dimaklumkan.

CONTOH PERENGGAN KEEMPAT

Page 17: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

17

� Sekiranya pihak tuan memerlukan keterangan lanjut, silalah hubungi En. Mat Hassan bin Abdullah melalui talian telefon ataupun e-mel, mat hassan bin [email protected]. Pihak kami berharap agar pelantikan ini akan diterima dan kesudian pihak tuan untuk membantu kami amat dihargai.

� Tujuan surat rasmi dihadkan kepada satu perkara sahaja. � Jika dicampurkan dengan beberapa perkara dalam sepucuk surat, besar

kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima.

� Antara kekeliruan

o untuk membuat keputusan dalam menentukan keutamaan maklumat, penerima perlu membuat beberapa salinan berdasarkan beberapa perkara yang disampaikan

o ada kemungkinan sesuatu perkara yang tertinggal atau

dikesampingkan.

� Penutup

o Bahagian ini diakhiri dengan ungkapan seperti “Sekian, terima kasih”. o Perenggan ini tidak diindentasikan dan tidak diberikan nombor.

o Merupakan penyataan baik sangka dan harapan.

CONTOH PENUTUP

Sekian, terima kasih. Perhatian dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

� Slogan atau Moto

o Tidak ditekankan penggunaannya. o Perkara ini boleh ditulis sekiranya perlu, seperti dalam urusan surat urusan

kerajaan yang menggunakan slogan “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”.

o Ditulis dengan menggunakan huruf besar, digelapkan dan diberikan tanda

ketik “...”.

“BAHASA JIWA BANGSA”

“CEPAT, TEPAT, HEBAT”

”1 MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010”

Page 18: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

18

� Tandatangan Pengirim Surat, Nama dan Jawatan “Saya yang menurut perintah” digunakan dalam urusan jabatan kerajaan. Ungkapan “Saya yang menjalankan tugas” digunakan khusus untuk Ketua Setiausaha Negara. Nama dan jawatan pengirim perlu diletakkan di bahagian bawah tandatangan. Bagi pengirim yang bukan ketua jabatan, surat mestilah ditulis bagi pihak (b.p.). CONTOH: Saya yang menurut perintah, tt (RAZALI BIN BAHROM) Ketua Sektor Pengurusan Akademik b.p.: Pengarah Pelajaran Melaka.

� Penerima salinan surat

o Untuk penerima salinan surat hendaklah ditulis salinan kepada (s.k.) dan diikuti dengan nama penerima salinan.

o Bahagian ini tidak perlu menggunakan indentasi.

o Bahagian ini perlu dinombori (sama ada nombor roman atau abjad)

jika penerima salinan lebih daripada seorang. CONTOH

s.k.: Guru Besar, SK Bukit Rambai, Km 11, Bukit Rambai, Melaka. s.k.: (1) Guru Besar, SK Bukit Rambai, Km 11, Bukit Rambai, Melaka. (2) Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Bukit Rambai, Km 11, Bukit Rambai, Melaka.

� Tandatangan Ringkas Pendraf/Jurutaip dan Nombor Rujukan Rekod Nama penulis ditaip dengan huruf singkatan besar dan nama penaip huruf kecil. Kemudian diikuti dengan nombor fail dan nombor disket untuk memudahkan pencarian fail. MHA/srbi/surat1-disk2

Page 19: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

19

Contoh Kepala Surat :

Pengetua, Ruj. Kami : SMK (P) Methodist, Ruj. Tuan : 440-B, Jalan Tengkera, Tarikh : 11 JANUARI 2010 75200 Melaka. (u.p :Pn. Zainab binti Bahari)

Contoh surat rasmi dikirim ‘Melalui dan Salinan’ ketua penerima

Pn. Zainab bin Bahari, SMK (P) Methodist, Ruj. Kami : 440-B, Jalan Tengkera, Ruj. Tuan : 75200 Melaka. Tarikh : 11 JANUARI 2010 Melalui dan Salinan, Pengetua, SMK (P) Methodist, 440-B, Jalan Tengkera, 75200 Melaka.

JABATAN PELAJARAN MELAKA

JALAN ISTANA,

PETI SURAT No. 62,

75450 MELAKA

Pengarah : 06-2323782 Timbalan : 06-2323781 Pejabat Am : 06-2323777 06-2323778 06-2323779 Peperiksaan : 06-2323780 Fax Pengarah : 06-2320500 Bahasa : 06-2328427 Fax Bahasa : 06-2328428

JABATAN PELAJARAN MELAKA

JALAN ISTANA, PETI SURAT No. 62, 75450 MELAKA

Pengarah : 06-2323782 Timbalan : 06-2323781 Pejabat Am : 06-2323777 06-2323778 06-2323779 Peperiksaan : 06-2323780 Fax Pengarah : 06-2320500 Bahasa : 06-2328427 Fax Bahasa : 06-2328428

Page 20: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

20

Contoh Memo/Notis Peringatan Bentuk Borang :

TELEFON -06-2323777 (Pejabat), 06-2323782 (Pengarah), No. Faks – 06-2320500

KEPADA :

DARIPADA :

CATATAN :

……………………………………………………………………………………………………

Terima kasih ,

Tarikh :………………………………... Tandatangan :………………………..

JABATAN PELAJARAN MELAKA, JALAN ISTANA,

PETI SURAT No. 62, 75450 MELAKA

Untuk maklumat dan tindakan

Untuk maklumat dan perhatian

Untuk pandangan Sila jumpa saya

Sila baca dan maklum

Sila urus dan ambil tindakan

Page 21: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

21

TELEFON -06-2323777 (Pejabat), 06-2323782 (Pengarah), No. Faks – 06-2320500

Ruj. Fail : Tarikh :05 APRIL 2010

TAJUK

MALAM APRESIASI SENI WARISAN MELAYU

DARIPADA

Pengerusi Program

Salinan : Pengarah Timbalan Pengarah

KEPADA

AJK Program (seperti lampiran)

17. Salinan kepada:

� Sekiranya perlu dikirimkan salinan surat ini kepada pihak lain, tulis langkau dua di bawah nama dan jawatan pengirim.

� Surat yang dikirimkan ‘Melalui dan Salinan’ tidak perlu ditulis di bahagian salinan kepada (s.k.) lagi.

� Sekiranya banyak salinan yang perlu dikirimkan kepada pihak lain, ditulis langkau dua di bawah s.k. penerima dan alamat penerima sebelumnya.

JABATAN PELAJARAN MELAKA, JALAN ISTANA,

PETI SURAT No. 62, 75450 MELAKA

MEMO ANTARA JABATAN

Page 22: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

22

Contohnya : s.k. :

1. Pengarah, Jabatan Pelajaran Melaka

2. Pegawai Eksekutif, Institut Perguruan Melaka, Melaka

Contoh menulis cogan kata, rujukan diri, tandatangan, nama dan jawatan pengirim

3. Sehubungan dengan itu, pasukan dikir barat sekolah

tuan diundang untuk membuat persembahan dikir barat dalam program tersebut.

…Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program untuk rujukan dan tindakan tuan. 4. Segala perbelanjaan untuk membuat persembahan

tersebut adalah di bawah tanggungjawab Institut. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAILAH BAHASA KITA”

Saya yang menurut perintah, (RAMLI BIN ABU) Pengerusi, Malam Apresiasi Seni Warisan Melayu.

Page 23: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

23

12. Cogan kata :

� Perlu dicatatkan cogan kata perkhidmatan sekiranya surat rasmi itu atas urusan kerajaan.

� Cogan kata hendaklah ditulis menggunakan

HURUF BESAR dalam pengikat kata dan dihitamkan.

Contohnya : “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

� Boleh juga ditambah dengan tema tertentu

di bawah cogan kata tersebut. Contohnya : “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“CINTAILAH BAHASA KITA”

“1 MALAYSIA, MELAKA MAJU 2010”

Page 24: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

24

Contoh menulis penutup surat:

Contoh menulis pemerengganan :

Tuan, MALAM APRESIASI SENI WARISAN MELAYU 2010 Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas dirujuk.

2. Program tersebut akan diadakan mengikut ketentuan berikut:

2.1 Tarikh : 30 JANUARI 2010

2.2 Masa : 8.45 malam hingga 10.30 malam

2.3 Tempat : Dewan Bestari, JPM Bukit Baru, Melaka

3. Sehubungan dengan itu, pasukan dikir barat sekolah tuan diundang untuk membuat persembahan dikir barat dalam program tersebut.

… Bersama-sama ini dilampirkan atur cara program untuk rujukan dan tindakan tuan.

4. Segala perbelanjaan untuk membuat persembahan tersebut di bawah tanggungjawab Institut.

Page 25: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

25

III. MEMO

• Peringatan/Catatan

• Komunikasi dalaman yang mudah dan ringkas

• Perkongsian maklumat yang jelas, cepat,tepat dan ringkas

• Jenis-jenis Memo

- Memo Bahagian

- Memo Antara Bahagian

- Memo Pengarah

MEMO

• Komponen Memo ( bentuk surat )

- Nama Bahagian

- Rujukan Fail :

- Daripada :

- Kepada :

- Salinan Kepada :

- Tarikh :

- Perkara :

- Wacana hormat

Page 26: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

26

MEMO

( Berbentuk Surat )

• Wacana pendahuluan – sapaan yang ringkas

• Penyataan permasalahan / huraian

• Tindakan yang perlu diambil

• Wacana penutup

• Tandatangan

` INSTITUT AMINUDDIN BAKIKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sri Layang. 69000 Genting HighlandsTEL: 03-61056100 FAX: 03-61056200

Kepada : ___________________________________________________________

Daripada : _________________________________________________________

� Untuk Kelulusan

� Untuk Makluman

� Untuk Pandangan

� Untuk Simpanan

� Untuk Difailkan

� Untuk Tandatangan

� Simpan Dalam Perhatian Hingga

� Untuk Tindakan

� Sila Uruskan

� Sila Kaji dan Kemukakan

� Sila Bercakap

� Sila Taip

� Sila Cetak

� Sila Edarkan

� Sila Beri Ulasan

� _________________

_____________________________________________

Page 27: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

27

CATATAN : ___________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

_____________________________________________

Sekian, Terima Kasih.

Tarikh : ______________ Tandatangan : _______________________

CONTOH KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN SURAT RASMI

Page 28: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

28

Lampiran 1 CONTOH 1:KESALAHAN DALAM PENULISAN SURAT RASMI Bil (63) 1341/2-1-5 Tarikh 15 Jun 2009 Penyelaras Projek Bahasa, Program Pembangunan Latihan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat (PEKERTI), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jalan Elmu, Peti Surat 1154, 59700 KUALA LUMPUR. U/p: En. Md. Fadzil Hj. Hassan) Tuan, Kursus Peningkatan Mutu Penguasaan Bahasa Malaysia Penulisan Laporan -------------------------------------------------------------------- Sila rujuk surat tuan bil. INTAN 31/3/50L/3-95 (25) bertarikh 5 Jun 2008. Bersama-sama ini dikembarkan borang persetujuan mengikuti kursus untuk tindakan tuan selanjutnya. (Wacana hormat) Sekian.

Page 29: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

29

Slogan Yang benar, Idris bin Halim (Jawatan) b.p Pengurus Besar ANALISIS KESALAHAN:

SALAH BETUL U/p:En. Md. Fadzil Hj. Hassan (u.p.:En. Md. Fadzil Hj. Hassan) Wacana hormat : tiada Wacana hormat: Sekian, terima kasih. Slogan: tiada Slogan: “BERKHIDMAT UNTUK

NEGARA” Yang benar, Saya yang menurut perintah, Idris bin Halim IDRIS BIN HALIM Jawatan: tiada Jawatan: Timbalan Pengurus Besar Lampiran 2 CONTOH SURAT YANG TELAH DIMURNIKAN Bil(63) 1341/2-2-1-5 Tarikh :15 Jun 2009 Penyelaras Projek Bahasa, Program Pembangunan Latihan, Komunikasi dan Teknologi Maklumat (PEKERTI), Jalan Elmu, Peti Surat 1154, 59700 KUALA LUMPUR. (u.p: En. Md. Fadzil Hj. Hassan) Tuan, Kursus Peningkatan Mutu Penguasaan Bahasa Malaysia Penulisan Laboran Saya diarah merujuk surat tuan Bil. INTAN 31/3/50/L/3-95(25) bertarikh 5 Jun 2008 berhubung perkara di atas.

Page 30: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

30

2. Bersama-sama ini dikembarkan borang permohonan En………………untuk mengikuti kursus tersebut bagi tindakan tuan selanjutnya. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, _____________________ (NAMA HURUF BESAR) Timbalan Pengurus Besar b.p: Pengurus Besar CONTOH 2: KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN SURAT RASMI SURAT TAWARAN KEMASUKAN SIDANG AKADEMIK 1985-1986 Adalah saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa anda telah ditawarkan memasuki Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti : Kursus

KEMANUSIAAN DENGAN PENDIDIKAN

Tahun Kursus

SATU

Walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti dan kesanggupan anda untuk menerima syarat-syarat kemasukan yang terkandung dalam Lampiran A (USM/Kem.2/85). Adalah saya yang menjalankan tugas, (YUSOF AHMAD) b/p: Pendaftar

Page 31: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

31

ANALISIS KESALAHAN: SALAH BETUL Adalah saya…. Dengan sukacitanya dimaklumkan …. adalah tertakluk …. tertakluk …. Adalah saya …. Saya …. b/p b.p. CONTOH 2: KESALAHAN BAHASA YANG TELAH DIMURNIKAN SURAT TAWARAN KEMASUKAN SIDANG AKADEMIK 1985-1986 Dengan sukacitanya memaklumkan bahawa anda telah ditawarkan memasuki Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti : Kursus

KEMANUSIAAN DENGAN PENDIDIKAN

Tahun Kursus

SATU

2. Walau bagaimanapun sila ambil perhatian bahawa tawaran ini tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti dan kesanggupan anda untuk menerima syarat-syarat kemasukan yang terkandung dalam Lampiran A (USM/Kem.2/85). Saya yang menjalankan tugas, tt (YUSOF AHMAD) Penolong Pendaftar b.p.: Pendaftar

Page 32: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

32

CONTOH 3: KESALAHAN BAHASA DALAM PENULISAN SURAT RASMI

Kemajlis YBHG. TUAN HJ. ISA BIN HJ. ABU Pengarah Pelajaran Negeri Melaka Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Jalan Istana, Bukit Beruang 75450 MELAKA Tuan, UNDANGAN KE MAJLIS PERASMIAN SEMINAR DAN BENGKEL PENINGKATAN DISPLIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2007 Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa MAJLIS PERMUFAKATAN NEGERI MELAKA (MAPIM), dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Majlis Aspirasi-Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) akan menganjur dan mengadakan Seminar & Bengkel seperti yang tersebut di atas pada jadual sepertimana ketetapan di bawah: TARIKH : 11 hb September 2007 (Hari Selasa) MASA : 8.30 pagi TEMPAT : The Legacy Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat berbesar hati, menjemput YBhg tuan, untuk hadir ke Majlis Perasmian Seminar tersebut, yang dijangka akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ketua Menteri Melaka, di samping tuan di minta untuk berucap pada majlis tersebut.

Page 33: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

33

4. Untuk makluman tuan, Seminar tersebut akan di hadiri oleh Pengerusi PIBG Sekolah dan Penasihat PIBG Sekolah atau wakil dari kalangan ibubapa ANALISIS KESALAHAN:

SALAH BETUL

Kemajlis Ke majlis (Dalam surat rasmi tidak perlu kata ke majlis, terus kepada penerima)

Majlis Permuafakatan Negeri Majlis Pemuafakatan Negeri

sepertimana seperti

11 hb September 2007 11 September 2007

menjemput YBhg tuan, mengundang YBhg tuan,

di minta diminta

Seminar tersebut Seminar tersebut

di hadiri oleh dihadiri oleh

dari kalangan dalam kalangan

ibubapa ibu bapa

CONTOH 3: KESALAHAN BAHASA YANG TELAH DIMURNIKAN

YBhg. Tuan Haji Isa bin Hj. Abu, Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, Jalan Istana, Bukit Beruang, 75450 MELAKA. Tuan, UNDANGAN KE MAJLIS PERASMIAN SEMINAR DAN BENGKEL PENINGKATAN DISPLIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI MELAKA 2007 Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Pemuafakatan Negeri Melaka (MAPIM), dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dan Majlis Aspirasi-Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan) akan menganjur dan mengadakan Seminar & Bengkel seperti yang tersebut di atas pada ketetapan di bawah: TARIKH : 11 September 2007 (Hari Selasa) MASA : 8.30 pagi TEMPAT : The Legacy Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka

Page 34: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

34

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami sangat berbesar hati mengundang YBhg tuan untuk hadir ke majlis perasmian seminar di atas yang dijangka akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ketua Menteri Melaka. YBhg tuan juga dipohon untu menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. 4. Untuk makluman tuan, peserta seminar terdiri daripada Pengerusi PIBG dan Penasihat PIBG atau wakil dalam kalangan ibu bapa

Page 35: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

35

’ KEDAH MAJU 2010 ‘Ruj.Tuan: SPP.70/1/1-52268

Ruj.Kami: JPK(P)01-53994/(19)

Tarikh : 15 JANUARI 2004

Setiausaha,

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,

Aras 2, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62526 Putrajaya.

Tuan,

Pemberian Taraf Berpencen Encik Safuan bin Suffian ( K/P: 740115-08-6419 )Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa pegawai berkenaan telah berkhidmat

melebihi 3 tahun dan beliau layak diperakukan untuk diberi taraf berpencen.

3. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 mulai 02.01.2001 dan telah

disahkan dalan perkhidmatannyamulai 01.11.2002.

4. Bersama-sama ini disertakan sesalinan perakuan mengikut Perintah Am Bab A 38 dan Kenyataan Perkhidmatan

untuk tindakan tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’

Saya yang menurut perintah,

( SABIHAH BT. HJ HASSAN )

Seksyen Perkhidmatan,

Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan,

b.p. Pengarah Pendidikan Kedah Darul Aman.

s.k.

Ketua Setiausaha,

Kementerian Pendidikan Malaysia,

Bhg. PembangunanOrganisasi dan Perkhidmatan,

Paras 6, Blok J,

Pusat Bandar Damansara,

50604 KUALA LUMPUR.

En. Safuan bin Sufian

Page 36: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

36

PEDOMAN BAHASA DAN EJAAN

1.0 PENGETAHUAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

Pengetahuan berkaitan dengan sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu amat penting dikuasai oleh pengguna bahasa Melayu, khususnya murid-murid. Melalui pemahaman yang mantap ini,

murid-murid akan mudah untuk memahani dan menguasai pengetahuan dan kemahiran asas

bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi yang menjadi pegangan Dewan Bahasa dan Pustaka dan pencinta Bahasa

Melayu ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang telah diguna pakai mulai 16 Ogos 1972. Sistem ejaan ini ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia – Malaysia.

1.1 ABJAD dan HURUF

Abjad Rumi bahasa Melayu mengandungi 26 huruf yang tersusun seperti yang berikut :

HURUF SEBUTAN

BESAR KECIL

A a aa B b bi

C c si

D d di E e i

F f ef G g ji

H h ec

I i ai J j je

K k ke L l el

M m em N n en

O o o

P p pi Q q kiu

R r ar S s es

T t ti

U u yu V v vi

W w dabliu X x eks

Y y wai

Z z zet

Page 37: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

37

1.2 HURUF VOKAL

2.1 Dalam sistem ejaan Rumi, ada lima huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan

enam fonem vokal atau bunyi vokal. Huruf vokal ialah a,e,i, o dan u.

HURUF

FONEM

CONTOH PENGGUNAAN DI DEPAN DI TENGAH DI BELAKANG

a

e (i)

e (ii)

i

o

u

/a/

/e/

/e/

/i/

/o/

/u/

api padi rusa

enau kelu optimisme

elak pelat tauge

itik simpul sungai

obor kolek pidato

udang pulang itu

1.3 SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL

a. Sistem keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf cokal yang

membentuk dua suku kata pada sesuatu kata dasar. Dua kata dasar yang dimaksudkan ialah

pasangan huruf vokal pada suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup (suku kata yang

diakhiri oleh huruf konsonan)

b. Huruf vokal ialah huruf yang membentuk suku kata dalam bahasa Melayu.

Terdapat lima huruf vokal, iaitu a, e, i, o, dan u.

c. Huruf vokal e terbahagi kepada dua bentuk, iaitu e taling dan e pepet (dahulu disebut e tanda).

Contoh perkataan :

Page 38: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

38

1.3.1 Dalam ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan vokal yang utama (primer)

seperti yang berikut :

BIL.

Pola Keselarasan Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup

Contoh Penggunaan

e taling e pepet

belot (berpaling tadah, belut (sj. Ikan)

berkhianat)

kelok (liku) keluk (lengkung)

lengkong (sj. agar-agar, lengkung (keluk) cincau)

telor (pelat, loghat) telur (bakul tembaga,

contohnya: telur ayam)

tembok (dinding, tembuk (berlubang,

tambak tembus)

tepok (lumpuh) tepuk(contohnya: bertepuk tangan)

Page 39: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

39

1.

2. 3.

4.

5. 6.

7. 8.

9. 10.

11.

12. 13.

14. 15.

16.

17. 18.

a a

a i a u

e pepet a

e pepet i e pepet u

e taling a e taling e taling

e taling o i a

i i

i u • a

• e taling

• o

u a

u i u u

asah, balak, halaman

alih, balik, cantik asuh, datuk, lembayung

emas, kelam, cemerlang

lebih, betik, sembelih telur, tempuh, belut

elak, dewan, belerang leceh, gelek, selekih

esok, telor, selekoh ingat, kilang, selinap

intip, selisih, belimbing

riuh, tidur, periuk otak, borang, sekolah

oleh, boleh, celoteh obor, borong, kelompok

ubat, tumpang, ketupat

isuk, kuih, putih untuk, tunduk, tengkujuh

1.3.2 Kekecualiaan Sistem Keselarasan Vokal

Kekecualian sistem keselarasan vokal lazimnya melibatkan perkataan yang berasal atau

diserap daripada bahasa, khususnya daripada bahasa Inggeris , bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa di Nusantara. Contohnya adalah seperti yang berikut :

BIL.

POLA

CONTOH DARIPADA

BAHASA NUSANTARA

CONTOH DARIPADA

BAHASA INGGERIS

1.

a – e taling

aneh, awet, kaget, pamer,borang

jaket, kabaret

2.

a -- o

calon, lapor, lancong, perabot

atom, kontraktor

3.

e pepet – e taling

gembleng

setem

4.

e pepet -- o

bendok, jempol

gabenor, interkom

5.

i – e taling

imlek

tiket, kriket

6.

i -- o

ijon, pilon

diftong, transistor

Page 40: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

40

7.

u – e taling tulen, ulet subjek

8.

u -- o

bunglon, lelucon, buron

kupon, konduktor

9.

a – e pepet

pakem

teater, plaster

10.

e taling -- i

hipotesis, objektif

11.

e taling -- u

petroleum, spektrum

12.

e pepet – e pepet

demdem, pepet

13.

i – e pepet

iseng

artikel, filem, dividen

14.

o -- i

fosil, hipokrit

15.

o -- u

bonus, forum

16.

u – e pepet

lumer

skuter, snuker

17.

e taling – e pepet

meter

18.

o – e pepet

Oktober, broker

1.4 Pola Keselarasan Vokal Yang Sering Mengelirukan Pengguna Bahasa Melayu

Terdapat 8 pola yang sering mengelirukan pengguna bahasa Melayu, iaitu

BIL.

POLA

BETUL

SALAH

1.

a -- i

adik

balik latih

patik

adek

balek lateh

patek

Page 41: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

41

cantik cantek

2.

a -- u

datuk

kampung masuk

atur basuh

datok

kampong masok

ator basoh

3.

e -- i

betik

benih

sengit pedih

herdik

betek

beneh

senget pedeh

herdek

4.

e -- u

gemuk tempuh

penuh ketuk

cemuh

gemok tempoh

penoh ketok

cemoh

5.

i -- i

bisik pilih

selisih

sisik intip

bisek pileh

seliseh

sisek intep

6.

i -- u

simpuh

periuk tidur

timbul

bingung

simpoh

periok tidor

timbol

bingong

7.

u -- i

kulit

kuih

pulih sunting

usik

kulet

kueh

puleh sunteng

usek

8.

u -- u

sugul bunuh

gulung busuk

tunggul

sugol bunoh

gulong busok

tunggol

1.5 Senarai Kata yang Dikecualikan

Page 42: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

42

BETUL

SALAH

BENTUK TERBITAN

aneh

awet kaget

pamer

raden

samseng calon

lapor

lakon

lancong

anih

awit kagit

pamir

radin

samsing calun

lapur

lakun

lancung

keanehan, menganehkan

awetan, pengawet, pengawetan kekagetan, mengagetkan

pemeran, mempamerkan, dipamerkan, pemameran

dicalonkan, mencalonkan, pencalonan

laporan, melaporkan, pelapor, pelaporan dilakonkan, berlakon, pelakon,

melakonkan, lakonan

melancong, pelancong, pelancongan

1.6 Ejaan Kata Serapan/Pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah

a. Pengekalan huruf-huruf vokal dan konsonan tertentu.

BIL.

HURUF

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

1. a -- a abstract

plate

abstrak

plat

2. ae -- ae aerial aerograph

aerial aerograf

3. ai -- ai

aileron

trailer

aileron

trailer

4. au -- au automatic

auditorium

automatik

auditorium

5.

e -- e effective system

efektif sistem

6.

ea -- ea bearing

idealist

bearing

idealis

7.

ei -- ei atheist

protein

ateis

protein

8.

eo -- eo geometry stereo

geometri stereo

9.

eu -- eu europium

petroleum

europium

petroleum

10.

h -- h harmony

hotel

harmoni

hotel

11.

i -- i identity textile

identiti tekstil

12.

ia -- ia dialect

criteria

dialek

kriteria

13.

ie -- ie diesel

tieceron

diesel

tieseron

14. io -- io iodine iodin

Page 43: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

43

15.

iu -- iu premium

stadium

premium

stadium

16.

kh -- kh khaki khaki

17.

ng -- ng congress linguistics

kongres linguistik

18.

o -- o operator

orthodox

operator

ortodoks

19.

oi -- oi alkaloid

duboisine

alkoloid

duboisin

20.

oo -- oo zoo zoo

21.

ue -- ue duet duet

22.

ui -- ui annuity

equinox

anuiti

ekuinoks

23.

uo -- uo quorum quota

kuorum kuota

24.

v -- v novel

university

novel

universiti

25.

w -- w kiwi

wire

kiwi

wayar

26.

x -- x xenon

xenon

27.

y -- y royalty

yankee

royalti

yangki

b. Pengekalan Ejaan Gugus Konsonan pada awal kata atau awal suku kata.

Contohnya :

BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU

bl- block menjadi bl- blok

br- brek “ br- brek

dr- drama “ dr- drama

fl- flora “ fl- flora fr- franc “ fr- franc

gl- glucose “ gl- glukosa gr- gravity “ gr- graviti

kn- knot “ kn- knot kr- krone “ kr- krone

pl- plumbum “ pl- plumbum

pr- practical “ pr- praktis ps- psychology “ ps- psikologi

pt- ptomaine “ pt- ptomain sk- ski “ sk- ski

sl- slang “ sl- slanga

sn- snooker “ sn- snuker sp- spectrum “ sp- spektrum

spr- spring “ spr- spring st- stable “ st- stabil

str- structure “ str- struktur tr- tragedy “ tr- tragedy

Page 44: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

44

tz- tzar “ tz- tzar

CATATAN :

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia telah menetapkan pengecualian bagi peraturan

mengenai gugus konsonan di atas yang melibatkan penggunaan huruf e pepet, iaitu

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Betul Salah

class

club

glass

grant

plan

stamp

kelas klas

kelab klab/klub

gelas glas

geran gran

pelan plan

setem stem

c. Penyesuaian dan perubahan huruf vokal dan konsonan tertentu. Contohnya :

BIL.

HURUF

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

1.

2.

3.

4.

5.

ae – e

b,bb – b

c – s

c,cc -- k

d,dd – d

aesthetics

haematite barbecue

lobby

cent cylinder

carbon

dividend

estetika

hematit barbeku

lobi

sen silinder

karbon

dividen

Page 45: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

45

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

ea – i

ee – i

f,ff – f

g,gg – g

ie – i

ie – ai

j,jj – j

k,kk – k

l,ll – l

m,mm – m

n,nn – n

oa – o

oe – e

oo – u

ou – au

ou – u

p,pp – p

ph – f

q – k

r,rr – r

rh – r

s,ss – s

sc – s

sc – sk

sch -- sk

beaker

grease beer

jamboree

factor traffic

geology aggressive

calorie

pie

journal

jury kilo

liberalism pill

mammal optimism

neon tennis

cardboard

coat foetus

gonorrhoea cartoon

kangaroo

accountant pound

coupon serious

apple

passport graph

phoneme quality

technique lorry

recruit

rhetoric rhythm

express status

proscenium

science scooter

telescope scheme

scholastic

bikar

gris bir

jambori

faktor trafik

geologi agresif

kalori

pai

jurnal

juri kilo

liberalisme pil

mamalia optimisme

neon tenis

kadbod

kot fetus

gonorea kartun

kanggaru

akauntan paun

kupon serius

epal

pasport graf

fonem kualiti

teknik lori

rekrut

retorik ritma

ekspres status

prosenium

sains skuter

teleskop skim

skolastik

d. Semua huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan bahasa Inggeris, tetap ditulis sebagai huruf g dan disebut sebagai [g] dalam bahasa Melayu.

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

Page 46: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

46

BETUL SALAH

agenda gymnasium

technology tragedy

generation

agenda ejenda gymnasium jimnasium

teknologi teknoloji tragedy trajedi

generasi jenerasi

Catatan : Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan sebagai [j] menurut sebutan dalam bahasa Inggeris, menjadi huruf j dalam bahasa Melayu. Antaranya adalah seperti contoh

yang berikut :

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU BETUL SALAH

agent college

contingent

engine garage

general image

ledger magistrate

margarine

prestige regime

regiment sabotage

sergeant

ejen agen kolej koleg

kontinjen kontingen

enjin engin garaj garag

jeneral general imej imeg

lejar ledger majistret megestret

marjerin margerin

prestij prestige rejim regim

rejimen regimen sabotaj sabotage

sarjan sargen

e. Perkataan atau kata yang berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional berubah menjadi –si, -sen, -syen dan –sional.

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

tradition

action lotion

immigration section

television professional

national

tradisional

tradisi

aksi losen

imigresen seksyen

televisyen profesional

nasional

tradisional

f. Pengejaan kata yang berakhir dengan –ism.

Page 47: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

47

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

nasionalism

komunism socialism

mechanism

nasionalisme

komunisme sosialisme

mekanisme

g. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.

BAHASA INGGERIS

BAHASA MELAYU

BETUL SALAH

class

glass grant

stamp

pencil plan

bureau balloon

action dial

file

size pie

custom driver

pension

station modern

kelas klas

gelas glas geran gran

setem stem

pensel pensil pelan plan

biro bureau belon balon

aksi aksin dail dial

fail file

saiz sais pai pie

kastam kustom drebar driber

pencen pension

stesen stesyen moden modern

h. Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata atau pada akhir suku kata bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti contoh yang berikut :

BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU

-lf golf menjadi -lf golf

-lt cobalt “ -lt kobalt -nce science “ -ns sains

-nk bank “ -nk bank -ps forceps “ -ps forseps

-rd standard “ -rd standard -rm chloroform “ -rm kloroform

-rt consert “ -rt konsert

-x complex “ -ks kompleks -xt text “ -ks teks

Page 48: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

48

i. Huruf gugus konsonan pada akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan

dengan penambahan huruf vokal tertentu seperti contoh yang berikut :

BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU

-ct fact menjadi -kta fakta

-gm paradigm “ -gma paradigma -ism nationalism “ -isme nasionalisme

-sm plasm “ -sma plasma

2. KESILAPAN PENGGANDAAN KATA Perkataan seperti lima, sepuluh, seratus, lima ribu, semua, segala, sejumlah, beberapa, sekalian, seluruh, sebilangan, sepertiga, berabad-abad, berkotak-kotak, masing-masing, setiap, setengah-setengah dan sebagainya tergolong dalam kata bilangan yang menunjukkan jamak atau banyak. Dalam penggunaan kata bilangan dalam ayat, kita selalu membuat kesilapan dengan menggandakan perkataan yang mengikutinya atau tidak mengeja sepenuhnya kata bilangan berkenaan sebagai satu bentuk yang mematuhi sistem morfologi tatabahasa bahasa Melayu. Kesilapan yang sering kita gunakan dalam penggunaan kata bilangan adalah seperti contoh yang berikut, i)Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan. SALAH BETUL Banyak organisasi-organisasi Banyak perkara-perkara Empat unsur-unsur yang berikut…… Kebanyakan pekerja-pekerja Keseluruhan peserta-peserta Lima peratus (5%) daripada pembeli-pembeli Penambahan jumlah anak-anak Ramai pengguna-pengguna Segala maklumat-maklumat Semua surat-surat

Banyak organisasi Banyak perkara Empat unsur yang berikut Kebanyakan pekerja Keseluruhan peserta Lima peratus (5%) daripada pembeli Penambahan jumlah anak Ramai pengguna Segala maklumat Semua surat

ii) Kesilapan dalam membentuk kata bilangan SALAH BETUL Antara kedua tugas Berbagai bidang

Antara kedua-dua tugas Berbagai-bagai bidang

Page 49: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

49

Berbagai isu-isu Di kedua buah negara Merangkumi berbagai kegiatan Para-para petugas Setengah koperasi Setiap satu tugas/tiap satu tugas Tiap usaha

Berbagai-bagai isu Di kedua-dua buah negara Merangkumi berbagai-bagai kegiatan Para petugas Sesetengah koperasi/setengah-setengah koperasi Setiap tugas/ tiap-tiap tugas Setiap usaha/ tiap-tiap usaha

iii) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang bermaksud kumpulan. Terdapat sebilangan kata dalam bahasa Melayu seperti antara, antologi, banjaran, barisan, daftar, deretan, gabungan, gerombolan, gugusan, jemaah, kalangan, kawan, rombongan dan senarai yang bermakna ‘kumpulan’ atau ‘banyak’, iaitu yang melibatkan orang, benda, unsure, perkara dan sebagainya yang lebih daripada satu. Oleh itu kita tidak perlu menggandakan perkataan yang mengikutnya. Contohnya: SALAH BETUL Antara maklumat-maklumat Antologi cerpen-cerpen Di kalangan tokoh-tokoh Gugusan pulau-pulau Jemaah menteri-menteri Kebanyakan pekerja-pekerja Longgokan kayu-kayu Pelbagai kuih-muih Rombongan penduduk-penduduk Segala bukti-bukti

Antara maklumat Antologi cerpen Di kalangan tokoh Gugusan pulau Jemaah menteri Kebanyakan pekerja Longgokan kayu Pelbagai kuih/kuih-muih Rombongan penduduk Segala bukti

iv) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti kata yang berimbuhan se- atau berkata bilangan satu yang bermaksud kumpulan Dalam bahasa Melayu terdapatperkataan yang berawalan se- (yang bermakna satu) atau perkataan yang berangkai dengan kata bilangan satu yang mengandungi makna kumpulan atau mengandungi unit lebih daripada satu di dalamnya. Oleh itu, kata yang mengikutinya tidak perlu digandakan. Contohnya: SALAH BETUL Sebahagian daripada peneroka-peneroka Sebaris rumah-rumah/ satu baris rumah Sebanyak pelajar-pelajar di sekolah itu Sebilangan ahli-ahli Sedikit sahaja daripada ulasan-ulasan Segelintir daripada pemohon-pemohon Sejambak bunga-bungaan Sekawan burung-burung Setimbun buku-buku Setiap masalah-masalah

Sebahagian daripada peneroka Sebaris rumah/ satu baris rumah Sebanyak pelajar di sekolah itu Sebilangan daripada ahli Sedikit sahaja daripada ulasan Segelintir pemohon Sejambak bunga Sekawan burung/ satu kawan burung Setimbun buku Setiap masalah

Page 50: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

50

v) Kesilapan kerana menggandakan kata yang mengikuti perkataan ada yang bermaksud telah tersedia atau telah terkumpul. SALAH BETUL Ada pekerja-pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat

Ada pekerja yang didapati melanggar peraturan pejabat

vi) Kesilapan kerana menggandakan kata nama sebelum kata kerja berapitan ber-…-an yang menunjukkan jamak. Kata kerja yang berimbuhan apitan ber-…an seperti bergantungan, berguguran, bertaburan dan sebagainya membawa maksud perbuatan yang menunjukkan jumlah yang banyak atau berulang-ulang dengan banyaknya. Oleh itu kata nama yang hadir sebelumnya tidak perlu digangakan lagi. Contonya: SALAH BETUL Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan Bintang-bintang berkerdipan di langit Burung-burung berterbangan di angkasa Daun-daun kering berguguran Lampu-lampu merah bergantungan di dinding

Bendera yang berwarna-warni berkibaran di sepanjang jalan Bintang berkerdipan di langit Burung berterbangan di angkasa Daun kering berguguran Lampu merah bergantungan di dinding

vii) Kesilapan kerana menggandakan perkataan yang sudah mendukung maksud banyak. SALAH BETUL Ibu bapa-ibu bapa diseru…/ibu-ibu bapa diseru… Mereka-mereka yang mengambil bahagian… Rakyat-rakyat negara ini…

Ibu bapa diseru… Mereka yang mengambil bahagian… Rakyat negara ini…

viii) Kesilapan kerana menggandakan keseluruhan gabungan kata atau kata majmuk yang sepatutnya hanya perkataan yang pertama sahaja yang perlu digandakan. SALAH BETUL Duta besar-duta besar Kertas kerja-kertas kerja Ketua menteri-ketua menteri Ketua setiausaha-ketua setiausaha Pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan

Duta-duta besar Kertas-kertas kerja Ketua-ketua menteri Ketua-ketua setiausaha Pihak-pihak berkuasa tempatan

Page 51: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

51

3. KESILAPAN PENGGUNAAN ADALAH

ATAU IALAH Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti yang berikut. i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah SALAH BETUL Anak adalah anugerah Allah Beliau adalah orang yang pertama membiakkan… Kaum wanita adalah elemen… Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya adalah orang-orang yang berpendidikan… Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas Maklumat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang Memandangkan T.Y.T Tun adalah bekas pengerusi lembaga… Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi Sepak takraw adalah sukan yang elok dipertandingkan …

Anak ialah anugerah Allah Beliau ialah orang yang pertama membiakkan… Kaum wanita ialah elemen… Malaysia mesti mempunyai rakyat yang sejumlah besar daripadanya ialah orang-orang yang berpendidikan… Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas Maklumat NURY ialah pembinaan masyarakat cemerlang Memandangkan T.Y.T Tun ialah bekas pengerusi lembaga… Perkara ini ialah masalah yang tidak mudah diatasi Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan…

ii) Kesilapan penggunaan kata ialah ditempat adalah.

SALAH BETUL

Page 52: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

52

Kursus ini ialah untuk… Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap ialah pada… Baju itu ialah baik

Kursus ini adalah untuk… tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada… baju itu adalah baik

iii) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja. SALAH BETUL Matlamat utama unit ini adalah membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan Satu usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat

Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pihak pengurusan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan Satu usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah penerangan untuk tatapan masyarakat

iv) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat. SALAH BETUL Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa… Adalah diharapkan dengan pemilihan ini… Adalah dimaklumkan bahawa… Adalah diumumkan bahawa…

Dengan ini dimaklumkan bahawa… Dengan pemilihan ini diharapkan… Dengan ini dimaklumkan bahawa… Dengan ini diumumkan bahawa…

Selain itu, pengguna bahasa Melayu cenderung untuk menggunakan ungkapan adalah+kata kerja seperti yang berikut:

…adalah berasaskan… …adalah dibuat…

…adalah melambangkan… …adalah menjadi…

…adalah merupakan… …adalah tertakluk…

Contohnya: SALAH BETUL Para pelajar adalah dipelawa memohon… Keputusan ini diambil adalah

Para pelajar dipelawa memohon… Keputusan ini diambil berdasarkan…

Page 53: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

53

berdasarkan… Perjanjian ini adalah tertakluk kepada… Warna merah pada bendera Malaysia adalah melambangkan…

Perjanjian ini tertakluk kepada… Warna merah pada bendera Malaysia melambangkan…

Ayat atau frasa di atas dikategorikan sebagai frasa yang salah kerana tanpa kata adalah, ayat atau frasa tersebut sudah mencapai maksud dan menepati struktur tatabahasa. Kata adalah sebelum kata kerja berkenaan tidak membawa sebarang maksud atau fungsi tatabahasa sama ada berfungsi sebagai penegas atau yang seumpama dengannya. Kesimpulannya:

a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja.

b) Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.

Page 54: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

54

4. KESILAPAN PENGGUNAAN di, dalam

dan di dalam.

Dalam penggunaan bahasa Melayu kini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata sendi nama di pada tempat dalam, dan frasa sendi nama di dalam pada tempat kata sendi dalam. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi nama dan frasa sendi nama tersebut. i) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di pada tempat dalam.

SALAH BETUL Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan Di masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat Kanak-kanak bergembira di suasana hari raya yang mulia ini

Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan Dalam masyarakat itu, ahlinya merupakan insan yang sihat Kanak-kanak bergembira dalam suasana hari raya yang mulia ini

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya:

1) Majlis itu akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka 2) Mesyuarat itu diadakan di Kementerian Pendidikan 3) Pelajar itu menelaah pelajarannya di perpustakaan

ii) Kesilapan penggunaan kata sendi nama di dalam pada tempat dalam SALAH BETUL Di dalam pelbagai bidang kehidupan… Beliau sering dijemput membentangkan kertas kerja di dalam beberapa seminar Malaysia pernah terperangkap di dalam kegawatan ekonomi Sememangnya dia sudah lama terdidik di dalam bahasa Melayu

Dalam pelbagai bidang kehidupan… Beliau sering dijemput untuk membentangkan kertas kerja dalam beberapa seminar Malaysia pernah terperangkap dalam kegawatan ekonomi Sememangnya dia sudah lama terdidik dalam bahasa Melayu

Page 55: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

55

5. KESILAPAN PENGGUNAAN di

antara dan antara

Kata antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan frasa nama untuk menghasilkan frasa sendi nama. Kata arah pula ialah kata yang menunjukkan arah atau kedudukan. Kata ini biasanya digunakan dalam frasa sendi, yakni mengikuti kata sendi nama. Hanya kata sendi nama di dan ke sahaja dapat membentuk frasa sendi dengan kata arah. Contohnya: KATA SENDI NAMA KATA SENDI NAMA ARAH …akan anaknya …akan kelakuan anaknya …antara adik-beradik …antara dua negara …antara mereka …antara persoalan penting …antara sekolah …dari sudut ekonomi …oleh polis …pada papan kenyataan

…di atas meja …di bawah rumah …di tengah padang …di depan bangunan …di belakang pintu …di luar pejabat …di dalam ruangan …di kampung …ke dalam bahasa Inggeris …ke sekolah

Kesimpulan :

1) Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Justeru, frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya:

a) Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dan bapanya. b) Hasnah duduk mencelah di antara Fatimah dengan Rahmah

2) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya:

a) Antara Johor Bahru dengan Singapura, banyak perbezaannya. b) Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya.

3) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya:

SALAH BETUL …adalah di antara sumber-sumber tidak rasmi… Antara lagu-lagu persembahannya ialah… Di antara nama-nama yang disebut

…adalah antara sumber tidak rasmi… Antara lagu persembahannya ialah… Antara nama yang disebut ialah…

Page 56: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

56

ialah… Di antara peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi ialah…

Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah…

Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: 1) mereka berbincang antara adik-beradik 2) perhubungan antara kedua-dua negara itu telah lama terjalin.

Page 57: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

57

6. KESILAPAN PENGGUNAAN di dan ke Pengguna sering terkeliru antara penggunaan di dan ke sebagai kata sendi dengan di dan ke sebagai imbuhan. Kedua-dua bentuk ini berbeza dari segi penggunaan dan ejaannya. Perbezaan itu dapat kita lihat dengan penjelasan berikut. i) Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya: SALAH BETUL Diangkasa Diantara Diatas Dibarat Dibawah Didalam DiJohor DiMalaysia Dilaut Dimana

Di angkasa Di antara Di atas Di barat Di bawah Di dalam Di Johor Di Malaysia Di laut Di mana

ii) Kata sendi nama ke digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah daripada frasa nama atau kata nama yang mengikutinya. Contohnya: a) Menunjukkan tempat atau arah

1. Mereka pergi ke Kuala Kedah 2. Pelajar itu pergi ke sekolah beramai-ramai 3. Penyelam itu terjun ke dalam sungai

c) Menunjukkan waktu atau masa 1. Dia asyik termenung dari sehari ke sehari 2. Perempuan itu berada di sisi suaminya hingga ke saat terakhir 3. Tradisi itu masih kekal hingga ke zaman sekarang

iii) Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya SALAH BETUL Di basahi Di bukukan Di campak Di catat Di apit Di curi Di catu Di hukum Di isi Di laporkan

Dibasahi Dibukukan Dicampak Dicatat Diapit Dicuri Dicatu Dihukum Diisi Dilaporkan

Page 58: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

58

7. KESILAPAN PENGGUNAAN dari dan

daripada

Pengguna sering beranggapan bahawa dari dan daripada sebagai sama dan boleh bersaling ganti penggunaannya. Kata sendi nama dari dan daripada mempunyai pengertian yang berbeza dan penggunaannya adalah seperti berikut: i) Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. a) Contoh tempat atau arah

1. Awak datang dari mana? 2. Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi 3. Lori itu datang dari arah kanan

b) Contoh waktu atau masa 1. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari 2. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18 3. Perkara itu telah diketahui dari waktu subuh lagi

Contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama dari SALAH BETUL Bermula daripada bulan Mac Bermula daripada tarikh itu Daripada kiri ke kanan Daripada waktu subuh Datang daripada utara Dibuat daripada segi ekonomi Merantau daripada Pahang Sejak daripada zaman dahulu

Bermula dari bulan Mac Bermula dari tarikh itu Dari kiri ke kanan Dari waktu subuh Datang dari utara Dibuat dari segi ekonomi Merantau dari Pahang Sejak dari zaman dahulu

Contoh kesilapan penggunaan kata sendi nama daripada SALAH BETUL Berbeza dari buku itu Berlainan dari abangnya Dari anaknya Dari cempedak baiklah nangka Dari ketuanya Dari madu lebah Dari orang itu Diperbuat dari kapas Kata putus darinya Lebih baik dari orang ini

Berbeza daripada buku itu Berlainan daripada abangnya Daripada anaknya Daripada cempedak baiklah nangka Daripada ketuanya Daripada madu lebah Daripada orang itu Diperbuat daripada kapas Kata putus daripadanya Lebih baik daripada orang ini

Page 59: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

59

8. KESILAPAN PENGGUNAAN untuk atau

bagi Kata sendi untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi apabila digunakan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Contohnya: SALAH BETUL Bagi siapakah hadiah ini? Bagi siapakah makanan ini? Cincin ini bagimu Dia membeli kasut bagi Diyana Jam ini bagi Amirah Kain sutera ini bagi ibu Kereta besar itu bagi ayah Novel ini bagi Aini Tanah kebun yang luas itu bagi kami

Untuk siapakah hadiah ini? Untuk siapakah makanan ini? Cincin ini untukmu Dia membeli kasut untuk Diyana Jam ini untuk Amirah Kain sutera ini untuk ibu Kereta besar ini untuk ayah Novel ini untuk Aini Tanah kebun yang luas itu kami

Kata sendi nama untuk boleh bertukar ganti penggunaannya dengan bagi jika digunakan di hadapan kata nama yang berfungsi untuk menunjukkan kegunaan sesuatu. Contohnya:

1. Dewan makanan untuk/bagi mahasiswa universiti itu sedang dibina. 2. Perancangan aktiviti untuk/bagi tahun hadapan bagi/untuk kelab itu sedang dibincangkan. 3. Kereta untuk/bagi kegunaan pejabat sahaja.

Page 60: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

60

9. KESILAPAN MENGEJA KATA DENGAN

k dan kk

Kesilapan ini berlaku kerana pengguna tidak dapat membezakan antara imbuhan –kan dan men-kan dengan imbuhan –an ,pen –an dan ke-…-an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan –kan dan –an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan K. i) Contoh kesilapan mengeja kata dengan dua k/(kk) pada kata yang sepatutnya dengan satu k/ (k) SALAH BETUL kebanyakkan keburukkan kecantikkan kedudukkan kemasukkan kemudahbaikkan kenaikkan kependekkan kependudukkan kerancakkan keretakkan

kebanyakan keburukan kecantikan kedudukan kemasukan kemudahbaikan kenaikan kependekan kependudukan kerancakan keretakan

ii) Contoh kesilapan mengeja kata dengan satu k/(k) pada kata yang sepatutnya dengan dua k / (kk) SALAH BETUL meletakan memasukan membalikan membanyakan membelokan membotakan memburukan memendekan memperuntukan menaikan

meletakkan memasukkan membalikkan membanyakkan membelokkan membotakkan memburukkan memendekkan memperuntukkan menaikkan

Page 61: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

61

10. KESILAPAN PENGGUNAAN sekali , sungguh , paling dan ter-

Perbandingan dapat dinyatakan dengan kata adjektif dan terbahagi kepada tiga, iaitu darjah biasa, darjah bandingan dan darjah penghabisan. i) Darjah biasa

1. Hidup keluarga itu sederhana sahaja. 2. Laut tenang ketika waktu pagi. 3. Malam ini bulan terang. 4. Perangai pemuda itu baik. 5. Tubuh budak itu kurus.

ii) Darjah bandingan Darjah bandingan digunakan dalam dua bentuk sama ada darjah bandingan yang sama atau darjah bandingan yang berbeza.

a) Darjah bandingan yang sama Darjah bandingan ini menggunakan kata adjektif dengan awalan se-. Contohnya:

1. Air sirap itu manis 2. Anak saya tidak setinggi anaknya. 3. Fatimah tidak sepandai kakaknya. 4. Gadis itu secantik ratu dunia. 5. Masakannya tidak sesedap masakan ibu saya. 6. Rumah Ali sebesar rumah Ahmad.

Nota: Awalan se- ini boleh bertukar ganti engan kata sama. Contohnya : sebesar = sama besar secantik = sama cantik semanis = sama manis sepandai = sama pandai sesedap = sama sedap setinggi = sama tinggi

b) Darjah bandingan yang berbeza Darjah bandingan ini menggunakan kata penguat lebih atau kurang yang berfungsi sebagai bandingan. Contohnya :

1. Anaknya lebih gemuk daripada anak jirannya. 2. Bunga ini lebih harum daripada bunga itu. 3. Gadis itu kurang cantikdaripada kawannya. 4. Kami kalah kerana kami kurang cekap daripada pasukan lawan. 5. Kedai itu kurang maju daripada kedai di sebelahnya

Page 62: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

62

6. Rambut saya lebih panjang daripada rambutnya. iii) Darjah penghabisan Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan dengan cara yang berikut:

a) se + kata adjektif + gandaan + kata nama

1. Dialah sebaik-baik sahabat yang pernah kukenali. 2. Secanti-cantik bunga segar , jika tidak disiram , layu juga akhirnya. 3. Sekeras-keras batu , tidak sekeras hatinya yang degil itu. 4. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. 5. Setinggi-tinggi gunung , tinggi lagi impian saya.

b) ter + kata adjektif

1. Antara kami berempat, dia yang tetinggi. 2. Dialah pelajar yang terpandai di sekolah kami. 3. Gadis itu antara yang tercantik di kampungnya. 4. Inilah pemandangan yang terindah yang sempat saya rakam. 5. Markah peperiksaan kali ini adalah yang terbaik yang pernah saya

peroleh. 6. Tokoh termasyhur itu meninggal dunia semalam.

c) paling + kata adjektif

1. Antara adik-beradiknya, dialah yang paling cerdik. 2. Bagi saya, masakan ibulah yang paling lazat. 3. Dialah yang paling pandai dalam mata pelajaran matematik. 4. Kita mesti mencari cara yang paling baik untuk menyelesaikan

masalah tersebut. 5. Menara itu paling tinggi di negara tersebut. 6. Pokok yang paling besar itu telah tumbang semalam.

d) kata adjektif + sekali

1. Ahmad pandai sekali. 2. Besar sekali rumah di atas bukit itu. 3. Cerdik sekali adik awak yng kecil itu. 4. Guru bahasa Melayu saya baik sekali. 5. Lazat sekali makanan yang saya makan tadi. 6. Pemain bola keranjang itu tingi sekali.

e) ter + amat, sangat + kata adjektif

1. Bangunan itu tersangat tinggi. 2. Di dalam kelas, dialah yang teramat pandai. 3. Dia tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya. 4. Inilah makanan yang tersangat lazat yang pernah saya makan.

Page 63: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

63

5. P.Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.

f) amat, sungguh, sangat, + kata adjektif + sekali

1. Mereka amat cergas sekali. 2. Dia amat pandai sekali. 3. Bangunan itu amat tinggi sekali. 4. Salmah sangat baik sekali. 5. Suaranya sangat merdu sekali. 6. Rupanya sungguh cantik sekali. 7. Ramu sungguh cergas sekali.

iv) Kata penguat seperti amat, sungguh dan sangat terbahagi kepada tiga, iaitu kata penguat bebas, kata penguat hadapan dan kata penguat belakang.

a) Kata penguat bebas Kata penguat ini boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contohnya: 1a. Pakaian seragam pasukan itu amat kemas 1b. Pakaian seragam pasukan itu kemas amat. 2a. Pemandangan di tepi pantai itu sangat indah. 2b. Pemandangan di tepi pantai itu indah sangat. 3a. Tiupan angin pada waktu petang sungguh nyaman. 3b. Tiupan angin pada waktu petang nyaman sungguh.

b) Kata penguat hadapan

Kata penguat ini terletak di hadapan kata adjektif. Contohnya:

1. Harga batu permata itu paling mahal. 2. Pokok di belakang rumah saya terlalu tinggi. 3. Sungai itu agak dalam.

c) Kata penguat belakang

Kata penguat ini terletak di belakang kata adjektif. Contohnya: 1. Indah nian puteri bunian. 2. Keputusan peperiksaannya kali ini baik sekali. 3. Lambat benar bas itu sampai.

Page 64: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

64

11. KESILAPAN EJAAN

SALAH BETUL SALAH BETUL Aidil adha / Iduladha akitek atlit aturcara bandaraya bersyukor bistari buffet cahayamata campurtangan cendikiawan dialog deligasi efisyen ekslusif emel empatbelas engkar fax Febuari forklift

Aidiladha arkitek atlet atur cara bandar raya bersyukur bestari bufet cahaya mata campur tangan cendekiawan dialog delegasi efisien eksklusif e-mel empat belas ingkar faks Februari forklif

Aidil fitri / Idulfitri ambilalih analisa baikpulih baucer beserta bowling bumiputra calun catit cop(tera/cetak) definasi deraf ehsan ekspot gantirugi garispanduan gelak-ketawa gembeleng/gembeling geraf gulong

Aidilfitri ambil alih analisis baik pulih baucar berserta boling bumiputera calon catat cap definisi draf ihsan eksport ganti rugi garis panduan gelak ketawa gembleng graf gulung

Page 65: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

65

SALAH gambarajah hajjah hakmilik hapuskira hurmat ia-itu ibu mu ibubapa ibusawat ide iktizam impot injin inspekter insuran Insyaallah/insyaAllah intipati isipadu istihar istirehat janakuasa jasabaik jawatan kuasa

BETUL gambar rajah hajah hak milik hapus kira hormat iaitu ibumu ibu bapa ibu sawat idea iltizam import enjin inspektor insurans insya-Allah inti pati isi padu isytihar istirahat jana kuasa jasa baik jawatankuasa

SALAH gunatanah Johor Bharu jualbeli juwita kadhi kakilima kampong kapitalisma kaptain kerenah(ragam) kawalsetia ke 5 / ke V kelendar / kelender kemaskini keredhaan keretapi kerinting kerja sama kerjatanah kertaskerja keunikkan

BETUL guna tanah Johor Bahru jual beli juita kadi kaki lima kampung kapitalisme kapten karenah kawal setia ke-5/V (awalan ke tidak diperlukan untuk angka roman) kalendar kemas kini keredaan kereta api keriting kerjasama kerja tanah kertas kerja keunikan

Page 66: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

66

SALAH jiwa-mu ko-kurikulum kolestrol komersil komplek kontingen Kota Bahru kuatkuasa lagenda lakun lalulintas lanskap lapuran latarbelakang lebel lebuhraya lencungan leukimia liberalisma lojik losyen maksima manafaat

BETUL jiwamu kokurikulum kolesterol komersial kompleks kontinjen Kota Bharu kuat kuasa legenda lakon lalu lintas landskap laporan latar belakang label lebuh raya lencongan leukemia liberalisme logik losen maksimum manfaat

SALAH kianat mee mekanisma membasoh mempamirkan memperolehi menaik-tarafkan menakibatkan mencatit mengambilkira mengenengahkan mengenepikan mengswastakan mengujudkan (mengadakan) mengwujudkan mentera menukarguna merbahaya minima munshi nasionalisma oditorium olah raga

BETUL khianat mi mekanisme membasuh mempamerkan memperoleh menaiktarafkan mengakibatkan mencatat mengambil kira mengetengahkan mengetepikan menswastakan mewujudkan mewujudkan mantera menukar guna berbahaya minimum munsyi nasionalisme auditorium olahraga

Page 67: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

67

SALAH masaalah optima organisme otomatik otomobil pamir papantanda paspot patriotisma pehak pelancung (pelawat) pemerosesan pemilekan pengembala pengemblengan pengstrukturan penguatkuasa pengubahmilik pengwartaan pensil perabut pergerakkan perihatin

BETUL masalah optimum organisma automatik automobil pamer papan tanda pasport patriotisme pihak pelancong pemprosesan pemilikan penggembala penggemblengan penstrukturan penguat kuasa pengubah milik pewartaan pensel perabot pergerakan prihatin

SALAH olih perlaburan perlancaran perlesenan perletakan pertunjukkan pesaraan pesiaran pilihanraya pindahmilik pinggan mangkok plan profession prosidur protin rekabentuk rekabina renik (rendah) ruangniaga saidina samada sayugia sayyid

BETUL oleh pelaburan pelancaran pelesenan peletakan pertunjukan persaraan persiaran pilihan raya pindah milik pinggan mangkuk pelan profesion prosedur protein reka bentuk reka bina renek ruang niaga sayidina sama ada seyogia sayid

Page 68: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

68

SALAH perlabelan sediada segitiga sekala sekaligus sekelian sekim senireka sessi setor siarkaki siksa silaturrahim snooker stesyen stokin sulong sunnah suratcara suratkhabar susunatur susutnilai talipon

BETUL pelabelan sedia ada segi tiga skala sekali gus sekalian skim seni reka sesi stor siar kaki seksa silaturahim snuker stesen stoking sulung sunah surat cara surat khabar susun atur susut nilai telefon

SALAH sebutharga tele-jariah tele-perbankan tele-perubatan temubual temuduga tengahari trampil tuanpunya tuanrumah tukarsyarat tulin ugama ulangtahun urusetia usahasama usek warong

BETUL sebut harga telejariah teleperbankan teleperubatan temu bual temu duga tengah hari terampil tuan punya tuan rumah tukar syarat tulen agama ulang tahun urus setia usaha sama usik warung

Page 69: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

69

12. KECELARUAN MENGEJA KATA BIASA

SALAH BETUL SALAH BETUL ampangan empangan kraton keraton

anggrik anggerik lembab lembap

bharu/bahru baharu/baru margasatwa mergastua

binte binti marhain marhaen

buroh buruh mastika/mustika mestika

cendera mata cenderamata murtabak martabak

cocok (tusuk) cucuk pendita pendeta

cucuk cocok persona pesona

durhaka derhaka pesaka pusaka

garuda geroda radin (gelaran) raden

hajjah hajah raksaksa raksasa

idap (sakit) hidap satria/kesatria sateria/kesateria

isya isyak taugeh tauge

jawaban jawapan taukeh tauke

justru justeru tauladan teladan

kewajiban kewajipan yaitu iaitu

kobis kubis zohor zuhur

kraf tangan kraftangan

Page 70: Betulkan Yang Lazim Dan Lazimkan Yang Betul Bm

70

BIBLIOGRAFI

1. Abdul Hamid Mahmood, 1995. Ejaan Bahasa Melayu Terkini. Kuala Lumpur: Masa Enterprises.

2. Abdullah Hassan et al. 1997. Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Awang Sariyan, 1991. “Bahan Pengajaran Tatabahasa Secara Terancang

dalam Pendidikan Bahasa Malaysia”. Jurnal Dewan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Edisi

Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975. Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001. Koleksi Lembar Bahasa 2000-2001. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003. Koleksi Lembar Bahasa 2001-2003. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985. Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa

Malaysia. Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Terengganu.

9. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007. Kamus Dewan (Edisi Keempat).Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Ismail Dahaman. 1997. Bahasa Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11. Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mohd. Saleeh Rahamad. 1999. Strategi Bahasa:

Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

12. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood,

2003, Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13. Nuwairi Hj. Khazaai. 1993. Beberapa Bentuk Kesalahan Dalam Surat Rasmi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

14. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007. “Panduan Pengurusan

Pejabat”. Jabatan Perkhidmatan Awam.

15. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Hashimah Harun, 1988. Panduan Latihan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.