· web view... yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan...

12
“BEKERJA KERANA ALLAH UNTUK KEPENTINGAN NEGARA” (27 April 2018/11 Syaaban 1439) _______________________________________________________ ___________ SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH, Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian agar bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan sedaya upaya melaksanakan segala titah perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa di 1

Upload: truonganh

Post on 22-Mar-2019

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

“BEKERJA KERANA ALLAH UNTUK KEPENTINGAN NEGARA”

(27 April 2018/11 Syaaban 1439)__________________________________________________________________

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian

agar bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dengan sedaya upaya

melaksanakan segala titah perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita sentiasa di dalam rahmat dan keredaan-Nya di dunia

mahupun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang

bertajuk: “Bekerja Kerana Allah Untuk Kepentingan Negara”.

1

Page 2:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Islam mengajak kita untuk berusaha dan bekerja. Islam juga memerintahkan kita

agar jauh dari sikap putus asa dan malas. Para pekerja merupakan khalifah Allah

SWT di muka bumi ini sama ada yang menjalankan tugas dalam pelbagai sektor.

Justeru, segala amal pekerjaan seharian tidak boleh terkeluar dari kerangka

pengabdian kepada Allah. Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 105.

Maksudnya: “Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Secara umumnya konsep bekerja di dalam Islam boleh diringkaskan kepada 4

konsep pertama; Bekerja sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Ain – bekerja

adalah keperluan setiap individu. Ini kerana setiap seorang terutamanya kaum

lelaki bekerja untuk memenuhi tuntutan hidup seperti menyara diri dan keluarga,

memenuhi tuntutan makan dan minum dan memenuhi keperluan pakaian dan

sebagainya. Jika seseorang Muslim tidak bekerja ini bermakna akan menimbulkan

kesan yang buruk bukan sahaja kepada diri yang tidak dapat memenuhi keperluan

harian tetapi juga akan memberi kesan dan mudharat kepada tanggungannya.

Keperluan Fardhu Ain ini lebih mendesak kepada seseorang Muslim yang bekerja

untuk membayar hutang piutang yang ditanggungnya dalam kehidupan di dunia.

2

Page 3:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Kedua; Bekerja sebagai satu ibadah – konsep ini berdasarkan kepada keimanan

seseorang yang berteraskan kepada amalannya. Ini juga berkaitan dengan niat

seseorang ketika melakukan pekerjaannya. Jika diniatkan kerana Allah SWT, maka

seseorang itu akan mendapat ganjaran yang selayaknya tetapi jika diniatkan kerana

keduniaan, maka seseorang itu juga akan mendapat habuan keduniaannya semata-

mata. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 281.

Maksudnya: “Dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan).

Ketiga; Bekerja boleh menghapuskan dosa – dosa-dosa kecil yang terkumpul

akan terhapus dengan kesungguhan seseorang itu melakukan pekerjaannya.

Keempat; Bekerja itu setaraf dengan jihad –ini berdasarkan kepada kesusahan

dan pengorbanan seseorang itu mencari rezeki. Kesusahan dan pengorbanan ini

telah disamakan tarafnya dengan kesusahan dan pengorbanan melakukan jihad

fisabilillah. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Al Baihaqi

Rahimullahu alaihi, daripada Aisyah RA beliau berkata: Bahawa Rasulullah SAW

bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukan dengan itqan (tekun)”.

Ini selari dengan ayat Al-Quran dalam surah Al-Mulk ayat 15:

3

Page 4:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Maksudnya: “Dia-lah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Dan ingatlah hanya kepada Allah juala (tempat kamu kamu (kembali) setelah dibangkitkan.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Dalam Pembangunan sesebuah negara, pekerja dan kerjaya masing-masing

bukanlah menyumbang kepada tuntutan keperluan individu semata-mata. Para

pekerja merupakan aset penting yang digembeling sebagai nadi penggerak dalam

memastikan kemakmuran, kesejahteraan serta keselamatan negara dan rakyat. Ini

dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara seterusnya menghindari

sebarang musibah yang mungkin akan berlaku selari dengan Maqasid Syariah.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 112.

Maksudnya: “Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Kita tidak boleh melakukan sebarang perkara yang merosakkan ibadah seperti curi

tulang, salah guna kuasa, malas dan tidak kompetensi. Sesungguhnya kita

diperhatikan oleh Allah dan akan dipertanggungjawabkan di atas segala pekerjaan

kita. Firman Allah SWT dalam surah At Taubah ayat 105 .

4

Page 5:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Maksudnya: “Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan orang mukmin akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Sempena Hari Pekerja 2018 yang bertemakan : “Pekerja Berkemahiran,

Peneraju Kecemerlangan Negara”,. Mimbar menyeru kepada warga pekerja dan

umat Islam secara amnya; marilah kita meningkatkan kemahiran dalam bidang

pekerjaan yang kita ceburi di samping menanamkan nilai-nilai murni dalam diri

agar setiap pekerjaan yang kita lakukan akan dirahmati dan diberkati. Mengakhiri

khutbah pada hari ini mimbar mengajak sidang jemaah sekalian menghayati

intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman kehidupan, iaitu:

Pertama: Peranan pekerja amat penting dalam memastikan kejayaan

pembangunan negara.

Kedua: Sumbangan pekerja kepada negara akan dinikmati manfaatnya oleh

rakyat dan ia sebagai amal jariah.

Ketiga: Warga pekerja hendaklah sentiasa meningkatkan kompetensi dan

kemahiran selaras dengan wawasan negara.

5

Page 6:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

Maksudnya: “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah; dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan”. (Surah An-Nur:37)

6

Page 7:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

KHUTBAH KEDUA

__________________________________________________________________

Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan untuk

sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal selama-lamanya. Oleh

itu, marilah kita bertakwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan serta

menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka. Firman Allah SWT dalam Surah

al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi; wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

Ya Allah, ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat

sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meningggal dunia. Ya Allah,

7

Page 8:  · Web view... Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALAH,

kurniakanlah taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan pertolongan kepada

ketua-ketua negara Islam dan Raja-Rajanya, khasnya kepada;

8