hebahan media program uum & kolej komuniti

2
HEBAHAN MEDIA 22 SEPTEMBER 2015 MELAHIRKAN MAHASISWA UUM SERBA BOLEH ARAU; Penerapan nilai kemahiran terhadap mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui jalinan kerjasama antara Kolej Komuniti bakal melahirkan graduan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran pekerjaan. Melalui penganjuran program oleh Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME-Bank, UUM, mahasiswa yang terlibat dilatih menggunakan aplikasi komputer, Google Sketch- Up oleh Kolej Komuniti Arau. “Menerusi jalinan kerjasama seumpama ini, mahasiswa UUM bakal menjadi rebutan pasaran pekerjaan kerana pada ketika ini keupayaan mahasiswa tidak diukur pada prestasi akademik semata-mata tetapi melibatkan kemahiran selain yang dipelajari di kuliah. Oleh itu, penganjuran program ini dilihat mampu meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa sesebuah institusi.” kata Pengarah Program, Mohamad Noor Farez Selain itu, beliau berkata penganjuran program ini turut mendapat sokongan pihak pentadbiran dan mahasiswa UUM. Malah ramai mahasiswa daripada DPP SME-Bank menyertai dan teruja kerana menjadi salah seorang peserta kolaborasi UUM dan Kolej Komuniti.

Upload: saya-farez

Post on 07-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Hebahan Media Program Uum & Kolej Komuniti

HEBAHAN MEDIA

22 SEPTEMBER 2015

MELAHIRKAN MAHASISWA UUM SERBA BOLEH

ARAU; Penerapan nilai kemahiran terhadap mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM)

melalui jalinan kerjasama antara Kolej Komuniti bakal melahirkan graduan yang mempunyai

nilai tinggi dalam pasaran pekerjaan. Melalui penganjuran program oleh Dewan Penginapan

Pelajar (DPP) SME-Bank, UUM, mahasiswa yang terlibat dilatih menggunakan aplikasi

komputer, Google Sketch-Up oleh Kolej Komuniti Arau.

“Menerusi jalinan kerjasama seumpama ini, mahasiswa UUM bakal menjadi rebutan pasaran

pekerjaan kerana pada ketika ini keupayaan mahasiswa tidak diukur pada prestasi akademik

semata-mata tetapi melibatkan kemahiran selain yang dipelajari di kuliah. Oleh itu,

penganjuran program ini dilihat mampu meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa sesebuah

institusi.” kata Pengarah Program, Mohamad Noor Farez

Selain itu, beliau berkata penganjuran program ini turut mendapat sokongan pihak

pentadbiran dan mahasiswa UUM. Malah ramai mahasiswa daripada DPP SME-Bank

menyertai dan teruja kerana menjadi salah seorang peserta kolaborasi UUM dan Kolej

Komuniti.

Katanya lagi, “Saya berharap agar mahasiswa UUM lain juga turut menganjurkan program

latihan kemahiran bersama institusi kemahiran lain seperti GiatMara, Institut Kemahiran

MARA (IKM) supaya mahasiswa mempunyai kemahiran disamping kemampuan akademik.”

Turut serta dalam program tersebut Siti Hajar, Pengawai UUM bertindak sebagai pemantau

dan wakil pentadbiran UUM.

Page 2: Hebahan Media Program Uum & Kolej Komuniti

Disediakan oleh ;

Mohamad Noor Farez bin Romli

Pengarah Program Basic Sketch-Up Workshop,

Dewan Penginapan Pelajar SME-Bank,

Universiti Utara Malaysia,

Kedah.