hbsc2103 answer

Upload: kreatif-tuisyen

Post on 14-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sains

TRANSCRIPT

Bahagian 1

Pengenalan

Sesungguhnya, Anne Marie Helmenstine (2011) telah menjelaskan bahawa garam, juga dikenali sebagaigaram makanataugaram batu, ialah sejenisgalianyang komponen utamanya ialahnatrium klorida. Ia penting untuk kehidupan manusia dan haiwan dalam kuantiti kecil, namun berbahaya jika berlebihan. Rasa garam (masin) merupakan salah satu daripadarasaasas manusia. Garamlah yang menyebabkanlautterasa masin.

Kebanyakan garam digunakan sebagaigaram makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisikimiayang berlebihan dalam badan pesakit.

Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.

Pada masa dahulu harga garam adalah sangat mahal.Ini adalah kerana terdapat sebuah negara yang membayar gaji tenteranya dengan garam dan dari situlah kata nama 'gaji' dalam bahasa Inggeris dicipta iaitu 'salary' yang diambil daripada perkataan Latin yang bermaksud 'garam'. Selain itu, pada zaman penjajahanJepunke atas Tanah Melayu pada awal1940-an, garam juga boleh dikategorikan sebagai barang mewah. Ini adalah sesebuah rumah ataupun keluarga boleh dianggap mewah dan berada jika mempunyai garam kerana pada masa itu garam amat sukar untuk diperolehi.

Salah sejenis garam yang terkenal dalam bidang kimia ialah Natrium Klorida di mana ia dikenali dengan garam biasa,garam makanatauhalit, adalah satu sebatian kimia yang menyebabkan kemasinan laut dan juga cecair dalaman dalam organisma multisel. Sebagai perencah utama dalam garam makan, ia biasanya digunakan sebagai pengawet makanan, contohnya ikan masin, dan lain lain. Menurut Joesten, Melvin D., and Wood, James L. (1996), Natrium Klorida ini, ia adalah berbentukkristaldengan kiubsimetri. Di dalamnya,ionklorin, ditunjukkan di sebelah kiri sebagai sfera hijau, disusun dalam bentukpadatan rapatkuib, sementara ion-ion yang lebih kecil adalahnatrium. Setiap ion dalam Natrium Klorida ini akan dikelilingi oleh enam ion yang berlainan jenis di mana struktur asas boleh dijumpai dalam banyak mineral yang lain. Ia adalah dikenali sebagai struktur halit. Perbincangan dalam kertas ini akan menumpukan perhatian terhadap proses penghasilkan garam melalui eksperimen eksperimen yang tertentu. Semua proses dan langkah dalam eksperimen tersebut akan dibincangkan secara teliti dan contoh yang sesuai akan digunakan untuk menyokong perbincangan dalam kertas ini.

Bahagian 1Seperti yang dijelaskan oleh Kurlansky, Mark (2002), untuk menentukan jenis larutan yang diberikan, ujian yang pertama yang akan dijalankan ialah menguji kewujudan ion nitrat NO3- atau ion karbonat CO32- di dalam garam tersebut. Proses ujian pengesahan untuk kedua dua jenis ion iaitu nitrat NO3- dan karbonat CO32- adalah seperti yang berikut:

Ujian 1

Tujuan: Untuk menjalankan ujian pengesahan bagi anion

Radas: Tabung tabung uji dengan rak tabung uji, pemegang tabung uji, rod kaca, penitis, dan tiub penghantar.

Bahan: Larutan larutan akues asid sulfurik cair, ferum (II) sulfat masing masing dengan kepekatan 0.1 mol dm-3, asid nitrik 2 mol dm-3, asid sulfurik pekat dan air kapur.

AnionProsedurPemerhatian dan inferens

Nitrat NO3-Kira kira 2cm3 asid sulfurik cair dan larutan akues ferum (II) sulfat yang baru disediakan ditambahkan dengan kira kira 2cm3 larutan yang ingin diuji tersebut.

Campuran ini akan dikacau dengan baik dan asid sulfurik pekat akan ditambahkan dengan perlahan lahan supaya mengalir melalui dinding tabung uji yang dicondongkan tersebut.

Gelang berwarna perang akan terbentuk di antara dua lapisan akan membuktikan kehadiran ion nitrat NO3-di dalam larutan tersebut.

Karbonat CO32-Kira kira 2cm3 asid nitrik cair akan ditambahkan kepada bahan yang diberikan. Gas akan terhasil dalam eksperimen ini akan dialirkan melalui air kapur. Air kapur yang menjadi keruh telah membuktikan bahawa kewujudan gas karbon dioksida dan bahan tersebut adalah mengandungi ion CO32-

Selepas menentukan unsur anion yang terkandung di dalam bahan yang diberikan tersebut, ujian pengesahan yang seterusnya akan dijalankan untuk menentukan kewujudan unsur kation di dalam bahan tersebut. Ujian pengesahan yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengesahkan kehadiran kation Plumbum PB2+ dan Kalim K+ di dalam bahan yang diberikan tersebut. Ujian 2Tujuan: Untuk menjalankan ujian pengesahan kewujudan kation Plumbum PB2+Radas: Tabung tabung uji dengan rak tabung uji, pemegang tabung uji, rod kaca, penitis, dan penunu Bunsen.Bahan: Larutan larutan natrium hidroksida 2 mol dm-3, dan larutan ammonia 2 mol dm-3 , larutan bahan yang ingin diuji dengan kepekatan 0.1 mol dm-3 air suling dan kertas litmus merah. Prosedur

1. Larutan Natrium Hidroksida akan ditambahkan dengan perlahan lahan kepada kira kira 2cm3 larutan akues yang diberikan di dalam sebuah tabung uji. Warna mendakan yang terbentuk akan dicatatkan.

2. Kemudiannya, larutan Natrium Hidroksida akan ditambahkan sehingga berlebihan dan campuran ini akan digoncangkan untuk melihat sama ada mendakan tersebut akan terlarut ataupun tidak.

3. Selepas itu, larutan ammonia akan ditambahkan dengan perlahan lahan kepada kira kira 2cm3 larutan akues yang diberikan di dalam sebuah tabung uji. Warna mendakan yang terbentuk akan dicatatkan.

4. Kemudiannya, larutan ammonia akan ditambahkan sehingga berlebihan dan campuran ini akan digoncangkan untuk melihat sama ada mendakan tersebut akan terlarut ataupun tidak.

Keputusan ujian seperti di bawah adalah mengesahkan kewujudan kation PB2+di dalam bahan yang diberikan tersebut.

Tindak Balas dengan Larutan Natrium Hidroksida

(A) Sedikit

Mendakan putih

(B) Berlebihan

Larut

Tindak Balas dengan Larutan Ammonia(A) Sedikit

Mendakan putih

(B) Berlebihan

a. Tidak larut

Ujian 3Tujuan: Untuk menjalankan ujian pengesahan kewujudan kation Kalim K+Radas: Tabung tabung uji dengan rak tabung uji, pemegang tabung uji, rod kaca, dan penitisBahan: Larutan bahan yang ingin diuji dengan kepekatan 0.1 mol dm-3 , dan air suling.Prosedur

1. Air suling akan ditambahkan dengan perlahan lahan kepada kira kira 2cm3 larutan akues yang diberikan di dalam sebuah tabung uji. Warna mendakan yang terbentuk akan dicatatkan.

2. Kemudiannya, air suling akan ditambahkan sehingga berlebihan dan campuran ini akan digoncangkan untuk melihat sama ada mendakan tersebut akan terlarut ataupun tidak.

Tindak Balas dengan air suling(A) Sedikit

Mendakan putih

(C) Berlebihan

LarutBahagian 2

Sesungguhnya, garam Plumbum Karbonat merupakan sejenis garam yang tidak larut dan cara cara penyediaan untuk garam ini adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:Tujuan: Untuk menghasilkan garam Plumbum Karbonat, PbCo3Radas: Tabung tabung uji dengan rak tabung uji, pemegang tabung uji, rod kaca, dan kertas turas.Bahan: Larutan larutan akues 25 cm-3 Plumbum (II) Nitrat, Pb(NO3)2 1 mol dm-3 , dan natrium karbonat Na2CO3 1mol dm-3

Prosedur

1. 25 cm3larutan plumbum (II) Nitrat 1 mol dm-3ditambahkan kepada 25 cm3larutan natrium karbonat 1 mol dm-3dalam sebuah bikar, dan campuran dikacau.2. Satu mendakan putih iaitu Plumbum (II) Karbonat, PbCO3 akan terbentuk.3. Formula kimia untuk pembentukan garam adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:

Pb(NO3)2(ak) + Na2CO3(ak)PbCO3(p) + 2NaNO3(ak)4. Campuran yang terhasilkan tersebut akan dituraskan untuk mendapatkan garam yang telah dihasilkan tersebut.

5. Baki turasan, iaitu mendakan plumbum (II) karbonat, dibasuh dengan air suling sejuk dan kemudian dikeringkan dengan mengapitkannya di antara dua helai kertas turas.Seperti yang diterangkan di atas, penghasilan garam plumbum (II) karbonat PbCO3 adalah berdasarkan proses pemendakan. Proses pemendakan merupakan salah satu prinsip yang penting dalam penghasilan garam yang tidak terlarut seperti plumbum (II) karbonat PbCO3 . Di dalam prinsip ini , Dr. Colin France (2012) telah mengatakan bahawa larutan akueus yang mengandungi ion-ion garam tak terlarutkan dicampurkan bagi membentuk garam tersebut. Mendakan garam tak terlarutkan yang terbentuk akan diperoleh melalui penurasan.

Pada masa yang sama, Anne Marie Helmenstine (2011) juga menyatakan bahawa tindak balas penguraian ganda dua juga digunakan untuk menghasilkan garam yang tidak terlarut ini. Ia merupakan suatu tindak balas di mana dua larutan garam yang terlarutkan iaitu plumbum (II) Nitrat dengan natrium karbonat dicampurkan. Campuran yang sedemkian akan menghasilkan tindak balas kation daripada suatu larutan garam dengan anion daripada suatu larutan garam yang lain untuk membentukkan suatu garam yang tidak terlarut iaitu plumbum (II) karbonat PbCO3 . Pada kebiasaanya, ia akan digunakan untuk menghasilkan garam garam karbonat, sulfat, dan klorida yang tidak terlarutkan. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, garam boleh dibentuk dengan mencampurkan dua jenis bahan akues yang berlainan dan identiti untuk nama garam yang berlainan dapat diuji dan ditentukan dengan menggunakan pelbagai jenis ujian yang sesuai. Antara ujian yang dimaksudkan ialah ujian Ammonia dan juga larutan Natrium Hidroksida. Ujian ini juga dapat membezakan antara garam yang larut dan garam yang tak terlarut tersebut. Pelbagai langkah berjaga jaga seharusnya diambil untuk memastikan garam yang dihasilkan adalah bersih dan menetapi kriteria yang telah ditetapkan tersebut. Rujukan

Anne Marie Helmenstine (2011). Salt Formation. http://chemistry.about.com/od/acidsbases/a/aa110204a.htm (20 September 2012)

Joesten, Melvin D., and Wood, James L. (1996).The World of Chemistry,2nd edition. Fort Worth, TX: Saunders College.

Kurlansky, Mark (2002).Salt: A World History.New York: Walker and Co.

Dr. Colin France (2012). What is Salts? http://www.gcsescience.com/aa25.htm (20 September 2012)

DrHPM. (2012). Fakta Mengenai Garam atau Natrium. http://www.drhpm.com/info-kesihatan-hpm/fakta-mengenai-garam-atau-natrium.htm (2 Oktober 2012)