hbps3203topik7

19
PENGENALAN X Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka sekiranya objek itu tadi digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui Topik 7 Boneka X HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan secara ringkas perkembangan boneka bermula dari luar negara hingga ke Malaysia; 2. Menerangkan jenis-jenis cerita yang terdapat dalam boneka; 3. Menerangkan bahan dan peralatan yang akan digunakan untuk membuat boneka sebagai alat bantu mengajar; 4. Menerangkan tentang peralatan yang digunakan untuk aktiviti pementasan boneka; dan 5. Membuat satu penyerapan dan menyatakan hubungan boneka dengan kurikulum dalam pelbagai bidang pembelajaran.

Upload: msanusi

Post on 21-Oct-2015

52 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 119

PENGENALAN

Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka sekiranya objek itu tadi digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog. Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui

Topik

7 Boneka

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan secara ringkas perkembangan boneka bermula dari luar negara hingga ke Malaysia;

2. Menerangkan jenis-jenis cerita yang terdapat dalam boneka;

3. Menerangkan bahan dan peralatan yang akan digunakan untuk membuat boneka sebagai alat bantu mengajar;

4. Menerangkan tentang peralatan yang digunakan untuk aktiviti pementasan boneka; dan

5. Membuat satu penyerapan dan menyatakan hubungan boneka dengan kurikulum dalam pelbagai bidang pembelajaran.

Page 2: HBPS3203Topik7

120 TOPIK 7 BONEKA

penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita dan merangsang daya imaginasi. Selain daripada itupenggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak yang menjadi andaiannya.

7.1 SEJARAH RINGKAS BONEKAPerkataan ‘puppet’ atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai barang mainan untuk kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan bermain dengan boneka-boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan boneka yang terdapat di pasaran pada masa kini. Dulu, bentuk boneka tidak menarik dan dikatakan sangat menyeramkan dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan dibuat pertama kalinya pada 600 tahun sebelum Masihi. Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk keperluan ritual dan keagamaan.

7.1.1 Barat

Bermula pada abad ke 15 di Kota Nurembergm, Augsburg dan Sonnneberg Jerman boneka telah dibuat sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah diperbuat dari tanah liat, kayu dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, pabrik pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, dan Belanda membuat boneka yang sama dengan pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih hidup. Tahun 1675, boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini. Pada tahun 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka yang dapat menangis, disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.

Page 3: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 121

Di akhir Perang Dunia I, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai sebuah negara penghasil boneka yang terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Perang Dunia II, kilang pembuat boneka berjaya membuatkan boneka menjadi lebih menarik, lebih menyerupai benda yang ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya, dapat membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi, atau boneka yang dapat makan dan minum sendiri. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga yang mahal.

AKTIVITI 7.1

Jelaskan secara ringkas penggunaan boneka di Eropah.

7.1.2 Timur

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun dahulu di negara-negara Timur Tengah, khususnya Mesir. Di mana boneka ketika itu digunakan untuk upacara-upacara keagamaan.

7.1.3 Malaysia

Siapa yang tidak tahu dengan boneka? Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan, dari yang masih bayi sampailah mereka telah mencapai usia dewasa, pasti pernah memiliki boneka, paling tidak melihatnya. Sampai saat ini, fungsi boneka adalah sebagai mainan. Tetapi tidak jarang pula boneka dijadikan sebagai bahan perhiasan atau koleksi orang dewasa.

Sehingga kini boneka kerap menjadi hadiah atau cenderahati yang diberikan kepada kanak-kanak terutama semasa menyambut hari jadi kerana boleh dikatakan semua kanak-kanak sangat menyukainya. Wajah boneka tidak jarang sangat menyerupai manusia sehingga anak-anak sering menjadikannya sebagai teman. Demikian dekatnya boneka dengan dunia anak-anak, sehingga tampaknya mereka tidak dapat dipisahkan barang sekejap. Lihat saja, anak-anak sering menjadikan boneka sebagai teman bermainnya dan bahkan selalu setia di samping tempat tidurnya. Hal ini tidak hanya terjadi pada anak-anak, tetapi juga pada sebahagian orang dewasa.

Page 4: HBPS3203Topik7

122 TOPIK 7 BONEKA

Boneka yang dijual di kedai-kedai peralatan permainan ada pelbagai bentuk. Ada yang berbentuk seperti seorang manusia, ada pula yang menyerupai sebagai pelbagai jenis binatang. Bahannya yang digunakan untuk menghasilkan boneka ini pula ada yang bermacam-macam. Ada yang diperbuat dari kayu, kapas, kertas, kain, plastik atau dari bahan lain. Tetapi tahukah anda bahawa pada zaman dahulu boneka tidak digunakan untuk tujuan alat permainan tetapi sebaliknya sebagai bahan pujaan bagi sesetengah

7.2 PERANCANGAN BONEKA UNTUK KANAK-KANAK

Boneka merupakan sebarang objek yang digerak lakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan watak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog (Rajah 7.1). Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita dengan penuh tumpuan di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi. Selain itu penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak yang menjadi andaiannya.

Rajah 7.1: Contoh boneka kanak-kanakSumber: http://www.tufts.edu/alumni/magazine/fall2006/images/features/aveq.jpg

Page 5: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 123

7.2.1 Jenis Cerita

Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak.Antaranya mengenai cerita haiwan, kehidupan seharian keadaan semasa dan lain-lain lagi. Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang boleh dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. Antara boneka yang dicadangkan untuk peringkat prasekolah termasuk boneka sarung tangan, boneka tongkat, boneka wayang kulit dan boneka jari.

Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanya dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubahsuai sewaktu pencerita menyampaikan cerita. Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difi kirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. Pentas boneka tidak terikat kepada satu bentuk sahaja.

7.2.2 Bahan dan Peralatan

Terdapat pelbagai jenis boneka yang sesuai untuk peringkat prasekolah seperti boneka jari, boneka pinggan kertas, boneka sudu kayu, boneka beg kertas, boneka sarung kaki, boneka sarung tangan dan sebagainya (Rajah 7.2 – Rajah 7.6).

Page 6: HBPS3203Topik7

124 TOPIK 7 BONEKA

Rajah 7.2: Boneka jari (Finger puppets)Sumber: http://www.oakhillnet.org/Clubs/Images/Knitting/IMG_4.JPG

Rajah 7.3: Boneka pinggan kertas (Paper plate puppet) Sumber:

http://familyfun.go.com/Resources/Features/Activities/famf19puppet_07_frog.jpg

Rajah 7.4: Boneka sudu kayu (Wooden spoon puppets)Sumber:

http://familyfun.go.com/Resources/Features/Activities/famf19puppet_07_frog.jpg

Page 7: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 125

Rajah 7.6 : Boneka sarung kaki Sumber: http://familyfun.go.com/Resources/Features/Activities/famf19puppet_07_

frog.jpg

Rajah 7.5 : Boneka beg kertas (Paper bag puppets) Sumber: http://familyfun.go.com/Resources/Features/Activities/famf19puppet_07_

frog.jpg

AKTIVITI 7.2

Nyatakan jenis-jenis Boneka. Bagaimanakah boneka dapat membantu pembelajaran kanak-kanak prasekolah ?

Page 8: HBPS3203Topik7

126 TOPIK 7 BONEKA

7.2.3 Membuat Boneka

Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya, sarung tangan, sarung kaki, kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi berdasarkan kreativiti guru yang menghasilkannya.

Rajah 7.7: Boneka sarung tanganSumber: http://www.softwarexpress.co.uk/images/15587jpg

Boneka sarung tangan seperti dalam Rajah 7.2 merupakan jenis boneka yang paling mudah dibuat. Ia mempunyai bahagian kepala, bahagian pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas di mana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja. Oleh kerana bahagian kepala merupakan bahagian yang paling penting.

Alat dan bahan:

(a) Kain belacu/sarung tangan

(b) Pensel

(c) Gunting

(d) Jarum

(e) Benang jahit dan benang bulu

(f) Berus cat

Page 9: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 127

Cara membuatnya:

(a) Lipat kain belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan.

(b) Gunting mengikut garisan pengguntingan.

(c) Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.

(d) Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.

(e) Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.

(f) Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.

(g) Boneka yang telah siap sedia untuk dilakonkan.

Rajah 7.8: Membuat boneka menggunakan sarung kakiSumber: http://in.specials.yahoo.com/summer/kids/sock_puppet.html?p=kd

(a) (b) (c) (d)

(e) (f) (g)

Page 10: HBPS3203Topik7

128 TOPIK 7 BONEKA

Boneka ini diperbuat daripada piring kertas dan boleh dibeli di kedai, sesuai untuk kanak-kanak prasekolah (Rajah 7.9)

Alat dan bahan:

(a) Piring kertas

(b) Dawai halus

(c) Pelekat

(d) Gunting

(e) Kayu atau buluh

(f) Kain reja (perca)

(g) Tali

(h) Pita litup

Cara membuatnya

(a) Lukiskan satu muka di atas piring kertas dengan menggunakan dakwat. Kemudian dengan menggunakan pita litup, lekatkan bilah kayu di belakang piring.

(b) Gunting dan lubangkan di tengah-tengah kain belacu atau kain reja.

(c) Masukkan bilah kayu ke dalam lubang kain dan lekatkan lehernya dari dalam kain dengan menggunakan pita litup.

(d) Untuk membuat rambut kerinting, potong jalur-jalur kertas berwarna dan lurutkannya dengan pisau tumpul dan tampalkan pada tepi piring sebagai rambut.

Rajah 7.9: Membuat boneka menggunakan sarung kepalaSumber: http://www.fl ashmusica.com/images/Christmas/BearHat.jpg

Page 11: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 129

Beg kertas boleh digunakan untuk membuat topeng atau boneka (Rajah 7.10). Ia sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mudah dibuat.

Bahan-bahan dan alat:

(a) Gunting,

(b) Kertas berwarna,

(c) Gam kanji

(d) Cat air atau krayon.

(e) Dawai kokot

(f) Dua beg kertas

(g) Pita litup

(h) Rot kayu

(i) Kertas tisu lembut

Cara membuat

(a) Gumpalkan surat khabar pada hujung rot kayu dan lekatkan gumpalan itu dengan menggunakan dawai kokot.

(b) Masukkan gumpalan surat khabar tersebut ke dalam beg kertas. Ikat leher beg kertas dengan menggunakan pita litup Ratakan bucu beg kertas tersebut.

(c) Sapukan gam seluruh permukaan hadapan untuk membentuk muka.

(d) Bina ciri-ciri muka dengan menggunakan kertas tisu lembut.

Rajah 7.10: Boneka beg kertasSumber: http://pacon.com/projects/images/802_3_000.jpg

Page 12: HBPS3203Topik7

130 TOPIK 7 BONEKA

(e) Warnakan muka boneka dengan menggunakan cat air.

(f) Buat rekaan baju dengan menggunakan kain reja.

Membina sebuah boneka tidak perlu menghabiskan masa atau wang ringgit. Benda-benda yang ada di sekeliling kita boleh dijadikan boneka seperti stokin, sisa kain, tuala mandi, dan kertas kotak. Adalah diharapkan dengan penggunaan boneka ini, guru akan lebih yakin dan pelajar pula mendapat sesuatu kemahiran yang baru dalam proses pengajaran dan pemelajaran.

7.3 PERSEKITARANPersekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Kalau boleh dihamparkan sebidang karpet untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa. Sambil menghadap kepada pentas boneka. Seperti gambar di bawah.

Semasa persembahan boneka diadakan, kanak-kanak akan duduk menghadap ke pentas boneka. Guru juga akan bertindak sebagai fasilitator untuk menjawab soalan-soalan kanak-kanak.

7.3.1 Susun Atur

Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka itu perlulah mengikut cerita yang hendak disampaikan.

7.3.2 Aktiviti Pementasan

Rajah 7.11: Pementasan boneka

Page 13: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 131

Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP (Overhead Projector), dan tanpa menggunakan pentas (Rajah 7.11).

Persediaan Pengajaran Menggunakan Boneka

Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan dijadikan watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanya dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubahsuai sewaktu pencerita menyampaikan cerita. Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difi kirkan kesesuaiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. Pentas boneka tidak terikat kepada satu bentuk sahaja.

Teknik Penyampaian

Terdapat pelbagai teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggeraklakonkan boneka dan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas, jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan bunyi dan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Page 14: HBPS3203Topik7

132 TOPIK 7 BONEKA

Teks cerita yang dijadikan skrip diletakkan di belakang pentas boneka bagi memudahkan pencerita membacanya. Pencerita tidak perlu terikat kepada skrip yang disediakan.

Aktiviti Susulan

Aktiviti-aktiviti yang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan:

(a) Menggeraklakonkan semula cerita.

(b) Membina boneka.

(c) Menyanyi menggunakan boneka.

(d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka.

Contoh Cerita•

Judul : Kenapa Gagak Hitam

Nilai : Gelojoh membawa padah

Objektif : Kanak-kanak dapat:

(a) Mengenal burung merak dan gagak.

(b) Membezakan pelbagai warna.

Peralatan

– Boneka gagak

– Boneka merak

– Peta rakaman

– Warna

– Prop bingkai (gambar disertakan)

Teks: Merak dengan GagakSuatu masa dahulu, gagak dan merak berkawan, kerana sesuatu sebab mereka berpisah. Babak 1

Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik.

Gagak : Macam mana caranya.

Merak : Aku ada kawan. Seorang pemuda yang jadi pelukis.

Gagak : Oh begitu, cepatlah, aku tak sabar lagi.

Page 15: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 133

Merak : Sabarlah. aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok.

Gagak : Elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini ya!

Babak II

Merak : Inilah warna-warna yang aku dapati.

Gagak : Cantik. Tentu badan kita akan berseri-seri.

Merak : Sudah tentu, tapi siapa yang nak buat dahulu.

Gagak : Biarlah aku warnakan badan kau.

Merak : Hmm! Cantiknya. Pandai kau pilih warna ya!

Gagak : Tentulah, sekarang giliran kau pula.

Merak : Baiklah, aku akan buat lebih cantik lagi.

Gagak : Nanti dulu! Aku laparlah.

Merak : Sabarlah. Bukan lama, sekejap sahaja. Selain memberi keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.

Contoh Cerita Boneka•

Burung Gagak dengan Burung Ciak

Pada zaman dahulu ada seekor burung ciak berkawan dengan seekor gagak. Suatu hari, semasa mereka sedang mencari makan, gagak terlihat lada merah sedang dijemur di atas tikar.

“Tengok lada itu!” kata gagak kepada ciak. “Mari kita cuba siapa yang dapat makan banyak sekali lada ini,” kata gagak.“Baiklah,” jawab burung ciak.“Kemudian, siapa yang menang akan makan yang kalah!” sambung gagak.

Burung ciak ketawa dan bersetuju dengan gagak. Pada fi kirannya gagak hanya bergurau. Mustahillah sahabat akan memakan sahabatnya. Burung ciak makan setiap biji lada dengan jujur seperti dijanjikan. Tetapi gagak penipu; ia makan sebiji dan menyembunyikan tiga biji yang lain di bawah tikar dengan tidak diketahui oleh burung ciak.

Page 16: HBPS3203Topik7

134 TOPIK 7 BONEKA

“Aku yang menang!” kata gagak kemudiannya.“Sekarang aku hendak makan kau!”Baharulah burung ciak sedar yang gagak bersungguh-sungguh.

“Baiklah,” kata burung ciak. “Aku akan tunaikan janjiku. Tapi, sebelum kau makan aku, kau mesti basuh dulu paruhmu. Semuanya tau kau sejenis burung yang pengotor; kau makan banyak benda yang kotor-kotor.”Oleh itu gagak pun pergi ke sungai dan berteriak:

“Sungai! Sungai! Beri aku air,Aku mesti basuh paruhku,Supaya bersih,Kelak dapat ku makan si burung ciak!”

Jawab sungai,”Kau maukan air? Boleh, tapi semuanya mengatakan yang kau suka makan benda-benda kotor. Kalau kau mau basuh paruhmu dengan airku, kau mesti cari sebuah buyung untuk mengisi air. Nanti bolehlah kau ambil seberapa banyak air yang kau mau.”

Gagak pun pergi mendapatkan tukang membuat buyung di kampong lalu berteriak:

“Tukang buyung! Tukang buyung! Buatkan aku sebuah buyungUntuk mengambil air dari sungai,Untuk membasuh paruhku,Supaya bersih,Kelak dapat ku makan si burung ciak!”

Jawab tukang buyung, “Kau mau sebuah buyung? Boleh, tapi aku tak ada tanah liat. Bawakan aku sedikit tanah liat, kelak dapatlah kubuatkan sebuah buyung.”

Gagak pun pergi ke sebuah padang dan mula menggali tanah liat dengan paruhnya. Tanah berkata,

“Seluruh dunia tau kau memakan sampah dan barang-barang yang kotor. Aku tak benarkan kau menggali tanah liatku kalau kau tak gunakan penggali tanah.”

Gagak pun pergi mendapatkan tukang besi di kampong itu. Orang tua itu sedang membuat roda.Kata gagak kepadanya:

Page 17: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 135

“Tukang besi! Tukang besi! Buatkan aku sebuah penggaliUntuk menggali tanah liat,Untuk membuat buyung,Untuk mengambil air dari sungai,Untuk membasuh paruhku,Supaya bersih,Kelak dapat kumakan si burung ciak!”

Jawab tukang besi, “Kau maukan sebuah penggali? Boleh, tapi lihatlah, tempat aku membakar besi tak berapi. Kalau kamu mau aku buatkan sebuah penggali, bawakanlah aku api.”

Gagak pun pergi ke rumah petani tidak jauh dari situ. Isteri petani sedang memasak nasi di halaman rumah.

Gagak berteriak:“Wahai isteri petani! Beri aku apiUntuk membuat penggali,Untuk menggali tanah liat,Untuk membuat buyung,Untuk mengambil air dari sungai,Untuk membasuh paruhku,Supaya bersih,Kelak dapat kumakan si burung ciak!”

Isteri petani pun menjawab, “Kau maukan api? Boleh, tapi macam mana kau mau membawanya?”

“Kau boleh letakkan di belakangku,” jawab gagak.

Isteri petani meletakkan api di atas belakang gagak dan dengan serta-merta itu juga bulunya pun terbakar. Gagak yang tamak itu pun terbakar hingga menjadi abu. Tetapi burung ciak yang jujur itu hidup hingga ke hari tua.

Dipetik daripada buku ‘Cerita Rakyat Asia Untuk Kanak-Kanak’ Buku 1 – terbitan DBP 1975.

AKTIVITI 7.3

Nyatakan persediaan guru sebelum mengajar menggunakan boneka.

Page 18: HBPS3203Topik7

136 TOPIK 7 BONEKA

7.3.3 Hubungan dengan Kurikulum dan Bidang

Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan:

(a) Daya kreativiti.

(b) Perkembangan komunikasi dan bahasa.

(c) Sosio emosi.

(d) Menambah ilmu pengetahuan.

(e) Pengalaman.

Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak:

(a) Untuk menghubungkan dengan keseronokan.

(b) Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.

(c) Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak.

(d) Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan bahasa simbolik.

Sebagai tambahan untuk meningkatkan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, penumpuan dan keupayaan untuk berfi kir secara simbolik dan metafora perlu memasukkan:

(a) Membina sensitiviti kanak-kanak kepada pelbagai bentuk sintak, diksi dan retorik.

(b) Membantu kanak-kanak untuk mengenal corak dalam bahasa dan pengalaman manusia.

(c) Merangsang kanak-kanak secara keseluruhan kuasa kreativiti.

(d) Menyediakan kanak-kanak dengan latihan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

(e) Mengukuhkan kapasiti kanak-kanak kepada bentuk objektif, rasional dan penilaian yang praktikal.

(f) Membimbing kanak-kanak membina kemahiran dalam dialog dan bekerjasama perlakuan interpersonal.

(g) Membiasakan kanak-kanak dengan simbol, artifak dan tradisi yang merupakan sebahagian warisan budaya mereka.

(h) Memperkenalkan kanak-kanak kepada simbol, artifak dan budaya yang merupakan ciri-ciri warisan budaya orang lain yang mereka boleh kongsikan.

Page 19: HBPS3203Topik7

TOPIK 7 BONEKA 137

RUMUSAN

Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang • mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

AKTIVITI 7.4

Buatkan satu cerita berdasarkan jenis cerita boneka.

RUJUKAN

Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging literacy. (7th ed.). NY: Thomson Delmar Learning.

Sowers, J. (2000). Language arts in early education. NY: Thomson Delmar Learning.

Nelsen, M. R. & Nelsen-Parish, J. (2002). Peak with books: An early childhood resource for balanced literacy. (3rd ed.). NY: Thomson Delmar Learning.

Sawyer, W. (2004). Growing up with literature. (4th ed.). NY: Thomson Delmar Learning.

Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children. NY: Paul Chapman Educational Publishing.

Artifak

Pita litup

KATA KUNCI