hbps3203topik5

Upload: msanusi

Post on 10-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    1/18

    84 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    Topik

    5 Buku dan

    Kanak-kanak

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menyatakan denisi sastera awal kanak-kanak;

    2. Mengenal pasti secara ringkas sastera kanak-kanak;

    3. Menyatakan tujuan dan kebaikan buku kepada kanak-kanak;

    4. Mengetahui genre dan jenis-jenis buku kepada kanak-kanak; dan

    5. Mengenal pasti jenis-jenis buku yang sesuai digunakan untuk kanak-kanak.

    PENGENALAN

    Buku merupakan bahan bacaan yang terkandung di dalamnya dengan pelbagaifungsi dan topik yang boleh dijadikan sebagai bahan yang berisi dengan tulisandan mudah difahami oleh pembaca yang membacanya. Bahan-bahan yangditulis pula ditulis pengisiannya mengikut kesesuaian tahap umur. Jika bahasauntuk kanak-kanak maka bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami

    oleh kanak-kanak. Kebanyakan buku kanak-kanak dapat menimbulkan kesanyang mendalam kepadanya dan ini bergantung kepada jenis-jenis unsur ataukandungan nilainya. Di samping itu, fungsi buku kepada kanak-kanak adalahsebagai alat pendidikan dan juga hiburan kepada kanak-kanak.

    Kesusasteraan kepada kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan kreatifdan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak yang meliputi keseluruhan buku yang bermutu dan berfaedah yang ditulisuntuk bacaan kanak-kanak yang merangkumi bidang ksyen dan bukan ksyen.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    2/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 85

    5.1 DEFINISI SASTERA AWAL KANAK-KANAK

    Istilah sastera kanak-kanak merupakan bahan sastera yang ditujukan kepadapembaca yang berada di dalam lingkungan umur 16 tahun ke bawah, khususnyakepada kanak-kanak dari peringkat prasekolah rendah hingga ke peringkatsekolah menengah. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya meliputi ceritarakyat, cerita binatang, pantun atau puisi serta nyanyian kanak-kanak.

    5.1.1 Sejarah Ringkas Sastera Kanak-kanak

    Pada peringkat awal perkembangannya, sastera kanak-kanak telah dapat dikesansecara lisannya. Sastera lisan yang lebih dikenali sebagai sastera rakyat pada

    mulanya ditujukan khusus untuk orang dewasa tetapi lama kelamaan turutdiminati oleh kanak-kanak.

    Bagi masyarakat Melayu, cerita-cerita rakyat yang paling menarik minat kanak-kanak serta dianggap popular di kalangan kanak-kanak ialah cerita-cerita jenakaseperti Lebai Malang, Pak Kadok, Pak Pandir dan Si Luncai. Kebanyakan cerita-cerita ini bercorak sindiran tetapi segala unsur-unsur lucu yang terdapat didalamnya menjadikan cerita itu sangat di minati oleh kanak-kanak. Begitulahjuga dengan cerita-cerita binatang dengan yang paling diminati adalah cerita-cerita yang menunjukkan tentang kepintaran Sang Kancil.

    Di samping itu terdapat juga buku-buku sastera kanak-kanak di dalambentuk pantun atau puisi kanak-kanak. Pantun atau puisi ini kebiasaannyadidendangkan oleh pengasuh ketika untuk menidurkan kanak-kanak. Antarapantun atau nyanyian kanak-kanak yang kerap didengar adalah seperti laguPok amai-amai, Genggam Gamit, Oh Bulan, Wau-wau Bulan danbermacam-macam lagi. Pada peringkat awalnya kanak-kanak hanya mendengardan memerhatikan sahaja nyanyian tersebut. Kemudian mereka akan menirunyapula sambil menyanyi bersama-sama sebelum mendendangkannya bersama-sama rakan.

    Sastera bertulis kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat tahap, iaitu:

    (a) Tahap Permulaan (sebelum 1924)

    (b) Tahap Percubaan (1924 1956)

    (c) Tahap Pembentukan (1957 1969)

    (d) Tahap Perluasan (1970 1982)

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    3/18

    86 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    (a) Tahap Permulaan (sebelum 1924)Kegiatan bermula di Pulau Pinang, Melaka dan di Singapura sekitar tahun1800 an. Ianya telah dipelopori oleh Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir.

    Hasil bahan sastera beliau ialah Syair Singapura Terbakar, Kisah PelayaranAbdullah dan Hikayat Abdullah. Beliau juga didapati telah menyunting danmenerbitkan buku Sejarah Melayu dan Kitab Adat Segala Raja-raja MelayuSegala Negeri. Di samping itu beliau juga telah menterjemahkan beberapabuah hikayat antaranya ialah Hikayat Kalilah dan Damimah.

    Selain buku-buku tersebut, terdapat juga bahan bacaan lain yang digunakandi sekolah pada ketika itu antaranya seperti buku Hikayat Bakhtiar, Bustanal-Salatin, Baja Akal dan Hikayat Bayan Budiman. Di samping menjadibahan buku teks untuk pelajar sekolah rendah, ianya juga menjadi bahanbacaan orang dewasa. Daripada banyak buku yang diterbitkan pada ketika

    itu hanya terdapat sebuah buku yang dikatakan sesuai dibaca untuk kanak-kanak iaitu Hikayat Penerang Hati.

    Pada peringkat permulaan ini, buku-buku bacaan ini banyak diusahakanoleh orang perseorangan yang berminat dalam sastera dan terlibat dalamsistem pendidikan ketika itu sahaja.

    (b) Tahap Percubaan (1924 1956)Ketika ini Pejabat Karang Mengarang (PKM) telah ditubuhkan di MPSI,Tanjong Malim, Perak. Penubuhannya telah banyak bertanggungjawab atas

    perkembangan sastera kanak-kanak. Antara tujuan penubuhan pejabat iniadalah untuk;

    (i) Mengeluarkan sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu untukkanak-kanak

    (ii) Mengeluarkan bahan-bahan bacaan untuk masyarakat Melayu.

    Sumbangan pejabat karang mengarang pada sastera kanak-kanak dapatdilihat dalam dua siri iaitu,

    (i) The Malay School Series menerbitkan buku-buku teks

    (ii) The Malay Home Library Series menyediakan buku bacaan sasteraringan untuk kanak-kanak.

    Terdapat pelbagai jenis buku cerita yang telah diterbitkan oleh PejabatKarang Mengarang ini. Cerita-cerita itu diklasikasikan kepada ceritadongeng, cerita bercorak pengembaraan dan cerita mata-mata gelap yangditerjemahkan secara langsung daripada cerita-cerita Barat dan TimurTengah. Kebanyakan buku-buku cerita yang ditulis ini disertakan denganilustrasi dan ditulis dalam tulisan jawi. Antara cerita yang terkenal ialah,

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    4/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 87

    Cerita-cerita Barat

    Tuan Puteri Tidur (The Sleeping Beauty)

    Anak Raja Undan (The Swan Princess)

    Anak Itik Buruk (The Ugly Duckling)

    Panglima Hercules

    Cerita Timur Tengah

    Cherita Ali Baba

    Cherita Alhambra

    Cherita Alaudin

    (c) Tahap Pembentukan (1957-1969)Pada ketika ini Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dan BahasaMelayu telah dimartabatkan sebagai Bahasa Kebangsaan. Untuk itukedudukan bahan-bahan bacaan kanak-kanak juga telah ditulis dalamBahasa Malaysia. Terdapat permintaan yang banyak terhadap buku-bukubacaan tambahan selain buku teks terutamanya bahan-bahan sastera kanak-kanak. Pada masa ini juga telah tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka.Antara objektif penubuhan DBP ini adalah untuk;

    (i) Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.

    (ii) Memajukan bakat kesusasteraan.

    (iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha pencetakan ataupenerbitan buku-buku dan risalah.

    (iv) Menyamakan ejaan, bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah.

    (v) Menyusun dan menerbitkan kamus.

    Pada tahap pembentukan ini juga terdapat Seminar Kebangsaan Sasterakanak-kanak (1966) yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Perkara yangdiperbincangkan dalam Seminar ini adalah mengenai hubungan, kedudukan

    dan perkembangan sastera dalam kehidupan kanak-kanak tempatan.

    Tujuan seminar ini di adakan adalah untuk,

    (i) Meninjau dan membincangkan kedudukan kesusasteraan untukkanak-kanak.

    (ii) Memikirkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyediakanbahan-bahan bacaan yang sesuai.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    5/18

    88 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    (d) Tahap Peluasan (1970-1982)Pada tahap peluasan ini telah masuk satu era baru dalam sejarahperkembangan sastera kanak-kanak. Sebanyak sembilan seminar telah

    diadakan pada tahap ini untuk membincangkan bahan-bahan bacaan untukkanak-kanak. Di samping itu pelbagai kegiatan telah diadakan antaranyaialah peraduan mengarang dalam pelbagai bidang/jenis sastera kanak-kanak telah diadakan serta bengkel-bengkel penulisan.

    5.1.2 Tujuan dan Kebaikan Buku Pada Kanak-kanak

    Terdapat pelbagai tujuan dan kebaikan buku sastera pada kanak-kanak antaranyaadalah seperti berikut:

    (a) Mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pemikiran, emosi, imaginasidan keperibadian kanak-kanak. Memandangkan kanak-kanak amat mudah dibentuk dan dilentur dengan

    itu cerita yang diberikan perlulah yang boleh mempengaruhi pemikiran,emosi, imaginasi dan juga mempertingkatkan kualiti keperibadian kanak-kanak.

    (b) Membantu kanak-kanak untuk mempertingkatkan kemahiransosialisasinya.

    Kebiasaannya pada setiap karya ianya mengandungi beberapa unsur-unsurnilai dengan ini dapat memberi kesan serta mempengaruhi pembangunandiri dan sosialisasi kanak-kanak.

    (c) Sebagai alat pendidikan dan juga hiburan untuk kanak-kanak. Sebagai alat pendidikan dan hiburan ia akan menyebabkan kanak-kanak

    itu sama ada ketawa atau menangis menjadikannya seorang yang beremosi,menimbulkan perasaan kasihan terhadap golongan yang tidak bernasib baikdan menyumbangkan rasa persefahaman sesama manusia.

    (d) Sebagai pendorong atau motivasi untuk meneroka, berusaha dan berjayadalam sesuatu bidang.

    Kesusasteraan kanak-kanak boleh menjadi pendorong atau alat motivasiyang berkesan dengan memperkenalkan dan mendedahkan jenis-jeniskejayaan atau sesuatu pencapaian yang baik, berguna dan sesuai.

    (e) Kesusasteraan kanak-kanak boleh bertindak sebagai alat pendoronguntuk kemajuan pencapaian kanak-kanak.

    Dengan membaca buku sastera, ianya akan berperanan sebagai pendoronguntuk kanak-kanak untuk terus maju, bertindak cepat dan lebih kreatifdalam melaksanakan sesuatu perkara.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    6/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 89

    (f) Membantu kanak-kanak untuk membaca dan meningkatkan kebolehanpenguasaan bahasa dan komunikasi.

    (g) Membantu kanak-kanak supaya menjadi teladan dan ikutan sama adawatak yang digambarkan itu watak sebenar atau rekaan, supaya menjadicontoh oleh kanak-kanak.

    Jadual 5.1: Peraduan-peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak.

    Tahun Jenis Peraduan Penganjur Pemenang Yang Dibukukan

    1951 PeraduanMengarang CeritaPanjang

    PejabatKarangMengarang(PKM)

    Mohd. HashimAmir Hamzah

    Novel Penyiasatan:Cincin Rahsia.

    1953 PeraduanMengarang CeritaPendek

    PKM Antologi Cerpen

    (a) Pahlawan BerkakiKayu

    (b) Cerita-ceritaRekaan

    1956 (a) PeraduanmengarangCerita Pendek

    (b) PeraduanmengarangCerita Panjang

    PKM 10 orangpemenangantaranya ialah,

    (a) Mohd AkhirLeman

    (b) Zakaria Salleh

    (a) Aku Di SebuahPulau

    (b) Bahagia SesudahDerita

    5.1.3 Kualiti Buku dan Buku Pemenang Hadiah

    Banyak pertandingan dan peraduan yang telah diadakan untukmemperbanyakkan buku-buku sastera kanak-kanak bermula dari tahun 1951hingga 1982 terdapat sebanyak 17 kali pertandingan yang telah diadakan olehPejabat Karang Mengarang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Ikatan PersuratanMelayu Melaka, Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan, KementerianPelajaran Malaysia dan ESSO-GAPENA. Lihat rajah di sebelah.

    SEMAK KENDIRI 5.1

    (a) Jelaskan maksud sastera kanak-kanak.(b) Nyatakan dan jelaskan kebaikan buku sstera kepada kanak-

    kanak.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    7/18

    90 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    Tahun Jenis Peraduan Penganjur Pemenang Yang Dibukukan

    1963 Mengarang

    Drama(a) Bahagian

    A (MuridsekolahRendah)

    (b) BahagianB (kanak-kanak &Orang Mudaperingkatsekolah

    menengah)

    DBP (A). 1. Maarof

    Mahmud 2. Md Wahi

    Long

    (B) 1. Zain binDin

    2. Abd AzizAbbas

    3. Abd Kadir

    Ahmad

    Mari Berlakon Buku 1

    Mari Berlakon Buku 2(DBP, 1967)

    1967 Mengarang CeritaRekaan Sains

    DBP 1. Othman CheDin

    2. Md NurdinHarun

    3. Zakaria MdYasin

    Benda Ajaib di BilikTertutup.

    (DBP 1969)

    1968 MengarangCerita BerunsurAdvencer (untuk

    6-7 tahun dan8-10 tahun)

    DBP Dunia Kanak-kanakBuku 1-5 (DBP 1970)

    1971 PeraduanMengarang(Cerita Pendek)

    IkatanPersuratanMelayuMelaka

    Kayu PagarnyaHilang (Pen. AbbasBandung, 1975)

    1977 Menulis Cerpen DBP 1. Syed Md. Nor2. Wan

    Nathruddin

    Sulaiman.

    3. Faridah MdIsmail

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    8/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 91

    Tahun Jenis Peraduan Penganjur Pemenang Yang Dibukukan

    1978 Menulis CeritaKanak-kanak

    PersatuanPerpusta-

    kaan Seko-lah Kelan-tan

    (PUSTA-KA)

    (a) Munirah (DB1980)

    (b) Wau Bulan TerajuTiga (DBP, 1980)

    1978 Menulis NovelKanak-kanak

    DBP 1. Sh HasnahAbdulah

    2. DzulkarnainIbrahim

    3. HamdanR.Abdullah

    1. Ibu YangKusayang

    2. Tragedi Disember3. Anak Warisan

    Zaman (semuaterbitan DBP1979)

    1979 Menulis SkripDrama Kanak-kanak

    DBP 1. Syed Ali SyedHasan

    2. Ahmad HadzriMat Talib &Zainal AbdulLatif

    1979 PeraduanMemilih BukuTerbaik UntukKanak-kanak

    Kemente-rian Pelaja-ran Malay-sia

    Peringkat Umur8-9 Tahun

    1. Agus Salim &Mahaya

    Kucing Dengan Tupai

    (DBP,1978)

    1980 Menulis NovelFiksyen Sains

    DBP 2&3 Mohd IsmailSarbini

    1. Berukera dariPlanet Ulba

    2. Pulau Berukera(DBP, 1982)

    1980 MenterjemahkanCerita Pari-pari KaryaHans ChristianAnderson

    DBP 1. MokhtarAhmad

    2. Sh HasnahAbdullah

    3. FaridahAhmad

    Rashidi

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    9/18

    92 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    Tahun Jenis Peraduan Penganjur Pemenang Yang Dibukukan

    1981 Menulis NovelSejarah

    DBP 1. Mohd IsmailSarbini

    2. Hamdan RAbdullah

    3. A RahmanHanaah

    1. Pahlawan PasirSalak

    2. Anak Bentayan

    3. Merdeka! Merdeka!

    1981 SayembaraHadiah SasteraRemaja (Cerpen)

    ESSO-GAPENA

    1. Ali Majod

    2. Othman Rasul

    3. Md Tajuddin HjA Rahman.

    1. Sayang Si Tina

    2. Jejak Remaja

    3. Buku Catatan FaridBadrul (semuaDBP,

    1982)

    AKTIVITI 5.1

    Nyatakan jenis-jenis buku sastera kanak-kanak yang banyakmempengaruhi pembentukan tingkah laku dan sahsiah kanak-kanak.

    5.2 GENRE BUKU KANAK-KANAK

    Terdapat pelbagai jenis genre buku kanak-kanak yang sudah dihasilkan. Bermuladari tahap permulaan pada tahun 1924 sehinggalah sekarang dan di bahagikankepada cerita-cerita tradisi dan cerita-cerita moden. Cerita-cerita tradisi bolehdibahagikan kepada cerita-cerita rakyat manakala bagi cerita-cerita moden ianyamengandungi seperti novel, cerita pendek (cerpen), drama, puisi, biogra dan

    cerita sejarah.

    Menurut perangkaan dari Perpustakaan Negara Malaysia jumlah buku untukkanak-kanak yang terdapat di Malaysia dari tahun 1967 hingga 1980 ialahsebanyak 2000 judul. Dari jumlah itu terdapat hanya lebih kurang 965 judulbuku-buku sastera kanak-kanak. Rujuk Jadual 5.2 di bawah untuk mengetahuijumlah buku sastera kanak-kanak yang diterbitkan di Malaysia dan Singapuraantara tahun 1901 hingga 1982.

    Sumber: Fail Peraduan DBP (Perpustakaan DBP).Dewan Sastera,Oktober 1981 & Jula1979)

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    10/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 93

    Bil JENIS-JENIS BUKU JUMLAH JUDUL

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    Cerita Rakyat

    Cerpen

    Novel

    Biogra/ Kisah Sejarah

    Puisi

    Drama

    Lain-lain

    899

    621

    545

    414

    74

    48

    113

    JUMLAH 2714

    Jadual 5.2:Jenis dan Buku Sastera Kanak-kanak yang diterbitkandi Malaysia dan Singapura (1901-1982)

    5.2.1 Cerita-cerita Tradisi

    Di dalam cerita-cerita tradisi ianya dapat dibahagikan kepada Cerita Rakyatyang merupakan cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur fantasi, alamghaib, yang penuh dengan unsur-unsur ajaib yang menakjubkan. Untuk ituberdasarkan Jadual 5.2, di dapati cerita-cerita rakyat menduduki tempat utamaberbanding dengan cerpen, novel, biogra/ kisah sejarah, puisi, drama dan lain-

    lain. Selain cerita-cerita rakyat yang paling banyak diterbitkan ia juga merupakangenre sastera kanak-kanak yang paling awal dibukukan. Cerita-cerita rakyatdibahagikan kepada tiga, iaitu:

    (a) Mitos dan Lagenda Rakyat

    Contohnya:

    (i) Raja Bersiong

    (ii) Si Tanggang

    (iii) Malim Kundang

    (iv) Badang

    (v) Puteri Gunung Ledang

    (vi) Puteri Buluh Betong

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    11/18

    94 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    (b) Cerita Binatang

    Contohnya:

    (i) Si Bijak di Hutan

    (ii) Telatah Si Kiti

    (c) Cerita Melayu Klasik/ Hikayat

    (i) Hikayat Hang Tuah

    (ii) Laksamana Tun Tuah

    (iii) Hikayat Bispu Raja

    (iv) Sang Rajuna Tapa

    (v) Hikayat Indera Bangsawan

    (vi) Hikayat Sultan Bustaman

    AKTIVITI 5.2

    Pada pandangan anda apakah unsur-unsur yang terdapat di dalamcerita-cerita tradisi?

    5.2.2 Cerita-cerita Moden

    Manakala dalam cerita-cerita moden ianya dapat dibahagikan kepada Cerpen,Novel, Biogra/ Kisah Sejarah, Puisi dan Drama.(a) Novel Penghasilan novel kanak-kanak telah mula berkembang sekitar tahun

    1970-an. Novel yang diterbitkan dibahagikan kepada dua iaitu novel karya

    rakyat tempatan dan novel karya barat dan Timur Tengah yang telahditerjemahkan. Novel-novel ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis,antaranya ialah:

    (i) Novel Pengembaraan/PenyiasatanContoh: Lanun di Bukit Kapal (1970), Surat Rahsia (1970) Anjing Polis(1971), Hantu-hantu Laut dan Siapa Jadi Johan (1971), Hancurnya SendiketDadah (1977) dan sebagainya).

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    12/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 95

    (ii) Novel Keluarga Contoh: Pipi Kirinya Bercalar (1974), Kotak Merah Jambu (1981) Zain

    Zawiyah (1984).

    (iii) Novel Sejarah Contoh: Korban Keretapi Maut (1980), Antara Kabus Ke Kabus (1980),

    Pahlawan Bumi Adat (1979), Anak Bentayan (1982), Harta Dari IstanaCandawala (1976) dan sebagainya.

    (iv) Novel Satira dan Realisme. Contoh: Awang Kenit (1965).

    (b) Cerpen Banyak cerpen yang telah dihasilkan di sekitar tahun 1970an dianggarkan

    terdapat 454 judul cerpen yang telah dihasilkan. Pelbagai kegiatan telah

    diadakan untuk menggalakkan penulis menulis cerpen. Antaranya ialahmengadakan bengkel, Terdapat pelbagai penganjur yang aktif membantumeningkatkan penulisan cerpen kanak-kanak antaranya adalah;

    (i) Pejabat Karang Mengarang.

    (ii) Dewan Bahasa dan Pustaka.

    (iii) Ikatan Persuratan Melayu Melaka.

    (iv) Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan.

    (v) Penerbitan Bersama Asia-Pasik.

    (vi) UNESCO.

    Cerpen dibahagikan kepada:

    (i) Antologi Cerpen Merupakan gabungan beberapa orang penulis dan antologi-antologi

    individu. Kebanyakan antologi cerpen-cerpen ini telah pernah disiarkan didalam Majalah Dewan Pelajar dan telah diterbitkan oleh DBP.

    Contoh:

    Membawa Harapan (1979), Keretapi Malam (1979), Jaguh (1979), Jauh keTengah Laut (1975).

    (ii) Cerpen BersiriCerpen bersiri merupakan satu cerita yang lakukan secara bersiri sekitarakhir dekat 1970-an terdapat lebih daripada 15 buah cerpen bersiri.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    13/18

    96 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    Contoh:Siri Cerita-cerita Asia (Gred A hingga E, sebanyak 3 judul) terbitan Merpati.Siri Bacaan Tambahan Sekolah Rendah (14 judul) oleh Preston.Siri

    Antologi Cerpen dalam edisi dwibahasa (Inggeris/Melayu) terbitanPustaka Zaman. Kesemuanya diterbitkan pada tahun 1981.

    (iii) Cerpen BerilustrasiPada sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an kesemua cerita-cerita cerpenberilustrasi telah diterbitkan oleh Dewan bahasa. Terdapat hampir 40 buahbuku-buku berilustrasi ini. Buku ini mempunyai ilustrasi yang cantik dankelihatan sangat menarik. Isi kandungan ceritanya pula amat mudahdifahami oleh kanak-kanak prasekolah atau tadika.

    Contohnya:

    Cerita Bendahara Garang (1972), Nanti sekejap, Pancing Kasut, Semuabekerja, Mencari Kawan, dan Keluarga Ali kesemuanya oleh MaarufMahmood, (1975). Si Gembala Kambing (Othman Sulaiman, 1978), EmapSahabat (Rubaidin Siwar, 1979), Terdengar Suara Menjerit (Ismail Ahmad,1979), Mawar Merah Yang Megah (Ismail Azman Omar, 1979), Delima Ajaib(Maimud Adam, 1981) dan Lubuk Pusing (Hassan Muhd Alim, 1982).

    (iv) Cerpen Terjemahan Merupakan cerpen terjemahan dari bahasa Inggeris, bahasa Arab dan Timur

    Tengah.

    Contoh Cerpen Barat:Siri Cerita-cerita Benar dan Dongeng oleh Addison-Wesley, 1978),Pemain Silap Matadan lain-lain cerita oleh E.F Dodd (Mcmillan, 1976)dansebagainya.

    5.2.3 Konsep dan Informatif

    Konsep yang hendak disampaikan oleh bahan-bahan sastera kanak-kanakini adalah sebagai alat untuk menyokong kepada kejayaan dan pencapaian

    masyarakat. Kebanyakannya tertumpu kepada kejayaan dan membangkitkankesedaran. Untuk itu konsep dan informatif yang hendak disampaikan olehpenulis banyak berkisar kepada keadaan masyarakat pada masa itu.

    (a) Lingkungan pencapaian dan taraf kecemerlangan Berikut adalah bidang-bidang kerjaya yang telah dipilih oleh penulis untuk

    mengenengahkan taraf kecemerlangan yang ingin atau yang telah dicapaioleh watak-watak penting ketika itu. Antara kerjaya jenis-jenis pekerjaan itutermasuklah petani moden, doktor, guru, pegawai polis, pengarang, pelukis,peniaga, jurutera dan arkitek.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    14/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 97

    (b) Konsep hero Konsep hero yang ditekankan dalam sastera kanak-kanak adalah untuk

    meneliti tokoh-tokoh sejarah yang dianggap sebagai hero atau wira.Penceritaan hanya berkisar di atas kehebatan watak-watak yang mempunyaisifat-sifat yang ideal, tindakan, perjuangan atau sumbangan hidup merekadalam sastera untuk dijadikan contoh atau teladan kepada kanak-kanak.

    Terdapat dua jenis watak-watak hero yang disanjung tinggi oleh masyarakatMelayu iaitu hero-hero feudal (feudal heroes) dan Hero-hero jenis kebendaan(materialistic type). Antaranya ialah:

    (i) Hang Tuah

    (ii) Hang Jebat

    (iii) Bendahara Tun Perak

    (iv) Badang(v) Datuk Bahaman

    (vi) Mat Kilau

    (vii) Tok Gajah

    (viii) Dol Said

    (ix) Tun Fatimah

    (x) Tun Kudu

    (c) Rajin belajar sebagai syarat kejayaan

    Kebanyakan cerita-cerita kanak-kanak adalah bercorak motivasi iaitumenekankan kepentingan belajar merupakan salah satu syarat untukmencapai kejayaan. Ia meliputi cara-cara belajar yang baik dan juga cara-cara mengatasi masalah pembelajaran.

    (d) Jalan penyelesaian yang unik Terdapat beberapa langkah atau tindakan watak-watak utama untuk

    mengejar ilmu yang di anggap unik dan menarik. Misalnya dalam ceritaAziman Anak Yatim, Aziman tidak dibenarkan ke sekolah oleh penghuludan isterinya. Keinginan Aziman untuk belajar membuatkan dia merayu

    kepada penghulu. Tanpa pengetahuan mereka Aziman secara bersembunyitelah belajar dengan jirannya yang merupakan seorang guru. Akibatdaripada tindakan Aziman itu beliau telah berjaya di dalam peperiksaan.

    (e) Pemupukan nilai-nilai Beberapa cerita kanak-kanak yang menarik perhatian kebanyakan guru

    adalah pemupukan nilai-nilai murni. Di mana berdasarkan cerita yangdiberikan terdapat banyak penerapan dan pemupukan unsur-unsur nilaimurni dipaparkan. Antaranya ialah seperti penghargaan, kasih sayang,hormat-menghormati, baik hati, kerjasama dan sebagainya.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    15/18

    98 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    (f) Keyakinan diri Konsep keyakinan diri ditekankan dalam watak-watak yang diutarakan

    dengan bertujuan untuk membentuk kanak-kanak supaya lebih yakinkepada diri sendiri iaitu boleh membuat sesuatu perkara tanpa bantuanorang lain. Lebih yakin kepada diri sendiri, boleh bertindak dan berkirsecara logik. Dengan cara begini kanak-kanak akan dapat bertindak denganlebih kreatif dan kritis.

    5.3 PEMILIHAN BUKU KANAK-KANAK

    5.3.1 Tahap Umur

    Buku-buku yang ditulis hendaklah dibuat mengikut tahap umur kanak-kanak. Untuk tahap umur 5-7 tahun buku yang ditulis hendaklah yang banyakbergambar yang membolehkan kanak-kanak itu untuk berkomunikasi danberinteraksi. Di samping itu, ia juga perlu mempunyai tulisan yang menarik danayat yang digunakan adalah ayat-ayat yang mudah. Iaitu ia lebih menekankankepada gambar dan perkataan. Pada peringkat awalnya penekanan adalahmenggunakan konsonan dan vokal atau KV+KV kemudian barulah beralihkepada KV+KVK dan seterusnya. Manakala gambar yang dipaparkan hendaklahyang berwarna-warni dan menarik minat kanak-kanak.

    5.3.2 KandunganKandungan yang terdapat di dalam buku lebih menumpukan kepada pelbagaikonsep dan tema. Antara yang kerap diutarakan oleh penulis ialah,

    (a) Pembentukan sikap Perilaku kanak-kanak atau adab dan sopan kanak-kanak semasa bersama

    dengan orang tua terutamanya ibu-bapa, datuk, nenek, rakan, abang, kakakdan adik. Contohnya, ketika menerima sesuatu ia akan mengucapkan terimakasih. Sentiasa menghormati orang yang lebih tua dan akan membantu

    rakan jika ianya memerlukan pertolongan dalam erti kata lain hendaklahmempunyai ringan tulang.

    (b) Keyakinan diri Dengan membaca buku, kanak-kanak akan menjadi seorang yang

    mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak akan dapatmenyelesaikan masalah atau rintangan yang dihadapinya apabila dia telahmempunyai keyakinan diri yang tinggi. Segala perkara yang dikehendakiakan menjadi kenyataan kepadanya. Dengan mempunyai keyakinan diriyang tinggi juga kanak-kanak akan menjadi lebih matang dan tidak takutkepada masalah yang akan mereka hadapi nanti.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    16/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 99

    (c) Motivasi Peranan kesusasteraan kanak-kanak adalah sebagai alat pendorong atau

    motivasi untuk mencapai kejayaan atau pencapaian masyarakat. Dalam

    bidang kerjaya banyak diketengahkan taraf kecemerlangan yang ingindicapai oleh watak-watak antaranya seperti doktor, pegawai polis, jurutera,arkitek dan sebagainya. Agar dengan adanya sastera yang menekankanciri-ciri untuk menjadi seorang yang berjaya secara tidak langsung akanmerangsang kanak-kanak untuk mencapai kejayaan.

    (d) Memberi nasihat Sastera juga boleh menjadi satu alat saluran yang bertindak sebagai

    penasihat kepada kanak-kanak. Berdasarkan cerita-cerita yang dibacakanak-kanak akan dapat mencontohi watak yang diutarakan.

    5.3.3 Jenis Buku

    Kebanyakan buku-buku yang diterbitkan adalah merupakan buku-buku yangpelbagai bentuk saiznya. Ada yang bersaiz kecil dan besar. Kandungan bukusastera kanak-kanak ini dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah,

    (a) Puisi/sajak Di dalam buku ini akan dipaparkan tentang bentuk puisi dan sajak atau

    pantun kanak-kanak. Di mana kandungannya lebih menumpukan kepadakonsep kekeluargaan, nasihat, motivasi dan sebagainya.

    (b) Tatabahasa Buku tatabahasa mengandungi bahan-bahan pembelajaran bahasa yang

    mengandungi kaedah-kaedah untuk mengajar membaca dan menulis.Kandungannya juga banyak menumpukan bagaimana cara untuk mengajardan belajar menggunakan tatabahasa dan mengeja dengan betul. Biasanyabuku ini akan menggunakan abjad yang berwarna berserta dengan gambarsebagai sebahagian daripada kaedah pengajarannya. Contohnya, untukmengeja bola. Buku ini juga berkemungkinan sebagai buku pertama kanak-kanak.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    17/18

    100 TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK

    (c) CeritaDalam buku sastera cerita kanak-kanak, ianya mengandungi cerita-ceritayang mempunyai gambar dengan diikuti oleh ilustrasi atau ceritanya

    (Rajah 5.1).

    Rajah 5.1: Contoh buku sastera cerita kanak-kanakSumber: (i) http://www.mybooks.com.my/images/product_images/m967-1759-S.jpg

    (d) BergambarManakala buku bergambar kanak-kanak adalah merupakan buku yangmempunyai pelbagai bentuk cerita tanpa adanya penulisan atau abjad di

    dalamnya. Tujuannya adalah membolehkan kanak-kanak dapat bertuturdengan baik dengan menggunakan daya kreativiti kanak-kanak itu sendiri.Apabila diperhatikan sahaja buku ini kanak-kanak akan dapat membuatpentafsiran isi kandungan gambar itu.

    AKTIVITI 5.3

    Jelaskan perkara-perkara yang banyak difokuskan di dalam sasterakanak-kanak.

  • 7/22/2019 HBPS3203Topik5

    18/18

    TOPIK 5 BUKU DAN KANAK-KANAK 101

    RUMUSAN

    Di dalam topik buku dan kanak-kanak ini ianya memfokuskan kepadaperanan buku dan sastera dalam meningkatkan pelbagai komponenprasekolah seperti komponen bahasa dan komunikasi, estetika dan dayakreatif, sosio-emosi dan sebagainya. Oleh yang demikian, telah diperjelaskanjuga pengisian-pengisian yang terkandung di dalam sastera kanak-kanakseperti konsep dan maklumat yang disampaikan serta jenis-jenis bukusastera kanak-kanak. Boleh dikatakan hampir keseluruhan konsep bukusastera kanak-kanak ini adalah untuk membentuk diri sahsiah dan tingkahlaku kanak-kanak itu sendiri.

    KATA KUNCI

    Antologi cerpenCerpen BersiriCerpen Berilustrasi

    GenreInformatif

    Charlesworth, R. (2000). Understanding child development. NY: Delmar ThomsonLearning.

    Brewer, J.A. (2001). Introduction to early childhood education-preschool throughprimary Grades.USA: Allyn & Bacon.

    Hadijah Rahmat.(2006) Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Selangor:Dawama Sdn. Bhd.

    Machado, J. M. (2002). Early childhood experiences in language arts: Emerging literacy.

    (7th ed.). NY: Thomson Delmar Learning.

    Sowers, J. (2000). Language arts in early education. NY: Thomson Delmar Learning.

    Nelsen, M. R. & Nelsen-Parish, J. (2002). Peak with books: An early childhood resourcefor balanced literacy.(3rd ed.). NY: Thomson Delmar Learning.

    Sawyer, W. (2004). Growing up with literature. (4th ed.). NY: Thomson DelmarLearning

    Whitehead, M. R. (2002). Developing language & literature for young children. NY:

    Paul Chapman Educational Publishing.

    RUJUKAN