hbps2103 asuhan kanak-kanak

Upload: ummi-afilia-zharif

Post on 11-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2013

HBPS 2103

ASUHAN KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 761124135940001NO. KAD PENGENALAN: 761124-13-5940NO. TELEFON: 019-8896698E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: PPW SARAWAK

Isi Kandungan................................................................................................................

1. Pengenalan2

2. Kajian Kes4

3. Perbincangan Kes7

4. Panduan dan Cadangan untuk Pengasuh Taska10

Rumusan13

Rujukan14

1PENGENALAN

Perkembangan sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan kanak-kanak belajar mengawal emosi, tindakan supaya mereka dapat menyesuaikan diri ketika berada dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak, ini kerana perkembangan ini akan mempengaruhi sesi pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Perkembangan sosioemosi ini bermula dengan kebolehan kanak-kanak memahami dan menguruskan emosi sendiri dan seterusnya diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan seseorang kanak-kanak mengurus emosinya sendiri membolehkan kanak-kanak tersebut memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan seharian mereka sama ada ketika berada di rumah atau pusat jagaan seperti taska atau tadika. Kemahiran sosial perlu ada pada diri kanak-kanak bagi memupukkan rasa keyakinan diri atau autonomi.

Kepentingan kemahiran atau hubungan sosial dengan individu-individu dalam persekitaran kanak-kanak ini terdapat dalam teori Erik Erikson. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial. Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisi perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu. Peringkat perkembangan yang melibatkan kanak-kanak yang berada di taska ialah autonomi lawan rasa malu dan sangsi (keraguan).

Pada peringkat autonomi lawan malu/ragu iaitu melibatkan kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun, kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa bantuan orang dewasa. Contoh aktiviti fizikal tersebut ialah cuba makan dan minum sendiri, menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar, berhenti menyusu botol, memakai baju atau kasut sendiri dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk melakukan penerokaan perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi. Manakala kanak-kanak yang tidak diberi peluang mencuba akan merasa ragu-ragu kepada diri mereka sendiri. Keluarga merupakan agen utama dalam sosialisasi kanak-kanak. Kanak-kanak mula membina konsep kendiri sebaik sahaja menerima keperluan asas iaitu kasih sayang, keselesaan dan perapatan dengan orang-orang yang sangat dekat dengan mereka, yang biasanya adalah ibu mereka. Konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat awal sangat dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku ibu bapa. Tingkah laku ibu bapa yang menyokong termasuk memberi galakan dan pujian membantu konsep kendiri kanak-kanak.

Apabila kanak-kanak dihantar ke taska, maka para pengasuh dan persekitaran taska mula turut memainkan peranan dalam perkembangan konsep kendiri kanak-kanak. Azizi dan Yow (2003) mencadangkan agar guru atau pengasuh menjadi role model yang baik kepada kanak-kanak dengan menghormati kanak-kanak sebagai individu yang unik, memberi pujian yang ikhlas, memberi fokus kepada tingkah laku kanak-kanak yang positif dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mencuba.

2KAJIAN KES

Bagi memenuhi kehendak tugasan bagi Kursus Asuhan Kanak-kanak iaitu mengkaji kanak-kanak berdikari, saya telah memilih Taska Bonda, Kuching untuk melaksanakan kajian kes terhadap dua orang kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 4 tahun. Taska Annisa adalah sebuah taska milik bumiputera Sarawak dan mula dibuka pada tahun 2009. Taska ini menerima kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun, ibu bapa menghantar mereka selepas kanak-kanak tersebut tamat sesi pembelajaran di tadika iaitu sekitar jam 12 tengah hari.

Kes A

Nama Kanak-kanak: Awang Mohammad Ridhwan Bin Awang Mohammad TajuddinUmur: 3 tahun 7 bulan (21 Disember 2009)Jantina: LelakiAnak ke: Anak kedua daripada dua orang adik-beradikAlamat Rumah: Lot 1252 Taman Sukma Kuching SarawakNama Bapa: Awang Mohammad Tajuddin Bin Awang Mohammad NajeriPekerjaan: Pembantu Tadbir Nama Ibu: Norliza Binti Haji Abdul KarimPekerjaan: Pembantu TadbirKes Berdikari:a) Membuka dan memakai baju sendirib) Minum dan makan sendiric) Mandi sendirid) Menyedia dan mengemas tempat tidure) Meletak pinggan dalam sinki selepas makan

Awang Mohammad Ridhwan atau saya akan merujukkan beliau sebagai kanak-kanak A dalam kajian kes saya ini. Kanak-kanak A ini merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai penyakit G6PD, di mana saya diberitahu bahawa kanak-kanak ini tidak boleh makan makanan yang mempunyai unsur-unsur kekacang. Kanak-kanak ini seorang yang pemalu dan belum lancar percakapannya. Pada awal perkenalan kanak-kanak ini berasa takut apabila orang yang tidak dikenali mendekatinya.

Kanak-kanak A ini masih mengguna lampin pakai buang dan juga menyusu botol. Menurut pengasuh di taska ini, kanak-kanak A ini masih dalam tempoh mencuba untuk tidak memakai lampin pakai buang. Pengasuh memberitahu bahawa pernah semasa tidak memakai lampin, kanak-kanak A kencing atas lantai bukannya di tandas. Namun demikian, kanak-kanak ini boleh melakukan sendiri perkara-perkara seperti minum menggunakan cawan, makan menggunakan sudu dan tangan, membuka dan memakai pakaian sendiri, mandi sendiri tetapi diawasi oleh pengasuh serta juga boleh menyedia dan mengemas tempat tidur sendiri.

Kes B

Nama Kanak-kanak: Aiman Zharif Bin Abdul KarimUmur: 2 tahun 5 bulan (18 Februari 2011)Jantina: LelakiAnak ke: Anak ke 3 daripada tiga orang adik-beradikAlamat Rumah: No 79 Lot 3361 Taman Indah Kuching SarawakNama Bapa: Abdul Karim Bin AbdullahPekerjaan: PolisNama Ibu: Saadiah Binti YusufPekerjaan: Pembantu TadbirKes Berdikari:a) Makan sendirib) Mengemas permainanc) Mengambil botol susu sendirid) Memakai selipar atau kasut sendirie) Meletak pinggan dalam sinki selepas makan

Bagi kajian kes kedua pula, saya akan merujuk Aiman Zharif Bin Abdul Karim ini sebagai kanak-kanak B. Kanak-kanak B ini seorang budak yang lincah dan aktif. Dia tidak takut dan mudah mesra dengan orang di sekelilingnya. Pada pandangan saya, kanak-kanak B ini cepat berdikari dan suka mencuba sesuatu yang baru walaupun pada percubaan yang pertama dia melakukan kesilapan.

Kanak-kanak B ini mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, ini mungkin disebabkan kanak-kanak ini mempunyai abang dan kakak yang berumur 14 dan 7 tahun. Pergaulan dengan adik-beradik yang mempunyai umur antara 14 dan 7 tahun tersebut merupakan salah satu kelebihan kepada kanak-kanak ini kerana dia juga mahu dilayan seperti mana ibu bapa melayan abang dan kakaknya.

Menurut pengasuh Taska Bonda, ibu kepada kanak-kanak B ini memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak B ini berdikari, contohnya sewaktu kanak-kanak B hendak keluar dari kereta, beliau meminta kanak-kanak B menyarungkan seliparnya sendiri dan jika kanak-kanak B menyarung selipar dengan kedudukan yang salah, beliau hanya akan mengubah kedudukan selipar tanpa menyarung ke kaki kanak-kanak B. Pada pendapat saya, ibu kanak-kanak tersebut mahu kanak-kanak itu tahu dan faham kedudukan selipar yang betul tanpa menghalang kanak-kanak B mencuba memakai sendiri selipar tersebut. Cara ini memberi peluang kepada kanak-kanak B mempunyai keyakinan diri atau autonomi.

3PERBINCANGAN KES

Kes A

Kanak-kanak A (Awang Mohammad Ridhwan) merupakan anak kedua dan mempunyai seorang abang berumur 5 tahun. Berdasarkan maklumat daripada pengasuh taska, kanak-kanak A ini dijaga dan diasuh dari kanak-kanak ini berumur 2 tahun. Menurut pengasuh taska, sebelum ini kanak-kanak A dijaga oleh pembantu rumah dan kanak-kanak ini seorang yang pemalu dan takut jika melihat orang yang tidak dikenali. Pada awal kemasukan kanak-kanak ini, pengasuh menghadapi masalah untuk memisahkan dia daripada kedua ibu bapanya. Pengasuh memberitahu bahawa beliau mengambil masa hampir sebulan untuk membiasakan diri kanak-kanak B untuk berada di taska.

Pengasuh taska memberitahu saya persekitaran keluarga merupakan persekitaran yang paling utama kerana keluarga merupakan pihak yang terdekat dengan kanak-kanak, di mana boleh mempengaruhi emosi kanak-kanak dan hampir keseluruhan masa adalah bersama keluarga. Pengasuh juga memberitahu bahawa ibu bapa kanak-kanak ini terlalu melindungi anak mereka kerana kanak-kanak A ini menghidapi penyakit G6PD. Sikap terlalu melindungi ini merupakan salah satu sebab kanak-kanak B mengambil tempoh yang lama untuk berdikari. Sikap terlalu melindungi sama seperti tidak memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak dan sekaligus menghalang konsep kendiri terbentuk dalam diri kanak-kanak A. Ini kerana menurut Papalia, Olds dan Feldman (2001), konsep kendiri mula terbentuk semenjak seseorang kanak-kanak berada pada peringkat bayi seawal 18 hingga 24 bulan.

Mungkin apa yang diberitahu pengasuh taska adalah betul, sikap terlalu melindungi anak menyebabkan kanak-kanak A mengambil masa yang lama iaitu hampir sebulan untuk membiasakan diri di taska dan juga berdikari. Fakta ini saya sokong dengan kajian yang dibuat oleh Christopher, Paul & Amber (2003), mendapati kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah telah menunjukkan tingkah laku mendatangkan masalah. Tingkah laku kanak-kanak tersebut juga menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Ini berlaku kerana seseorang kanak-kanak itu masih merasa malu di depan orang dan juga takut melakukan sesuatu kesalahan.

Kanak-kanak A mula menunjukkan perubahan positif selepas hampir empat atau lima bulan berada di taska. Ini disebabkan kanak-kanak A sudah dapat mewujudkan hubungan yang rapat dan mesra dengan pengasuh. Bagi pengasuh taska Bonda, tempoh yang pendek atau panjang yang diambil oleh kanak-kanak A adalah tidak penting kerana pada beliau, peluang dan ruang yang diberikan kepada kanak-kanak itu adalah sangat penting. Peluang dan ruang tersebut telah mengubah sikap kanak-kanak A untuk membiasakan diri berada di taska dan juga belajar berdikari. Cara ini amat menarik pada saya kerana pengasuh tidak putus asa untuk membina konsep kendiri pada kanak-kanak A. Kesabaran dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pengasuh berjaya mengubah kanak-kanak A menjadi seorang yang bersedia untuk melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.

Cara yang dilakukan oleh pengasuh adalah bertepatan dengan apa yang disuarakan atau dicadangkan oleh Erikson dalam memperkenalkan teori beliau iaitu Teori Erik Erikson. Dalam teori tersebut, Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan dalam setiap peringkat kerana setiap peringkat mempunyai matlamat dan pada situasi kanak-kanak A, dia telah mencapai matlamat memperolehi peringkat autonomi melawan keraguan. Kejayaan pada peringkat ini memberi keyakinan kepada kanak-kanak A berdikari dalam situasi seperti makan, minum, mandi, memakai pakaian serta menyedia dan mengemas tempat tidur sendiri.

Kes B

Kes kedua melibatkan Aiman Zharif atau dirujuk sebagai kanak-kanak B yang berumur 2 tahun 5 bulan dan mula berada di taska ini pada sejak berumur satu tahun. Menurut pengasuh taska, kanak-kanak B adalah kanak-kanak yang mudah mesra dengan orang di sekelilingnya. Seorang kanak-kanak yang aktif, suka mencuba sesuatu yang baru dan juga suka meniru apa yang dilakukan oleh orang lain seperti menulis atau menconteng pada kertas kosong. Perlakuan kanak-kanak B ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura iaitu kanak-kanak mengamati dan meniru perilaku dan sikap orang lain sebagai proses pembelajaran.

Pengasuh taska memberitahu bahawa beliau tidak menghadapi masalah untuk membiasakan kanak-kanak B dengan persekitaran taska, ini kerana kanak-kanak B suka berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain di taska tersebut. Pengasuh pernah memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa kanak-kanak B dan memberi pujian kepada kanak-kanak B. Ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa kanak-kanak B mempunyai abang dan kakak berusia 14 dan 7 tahun. Anak-anak jiran juga selalu datang bermain di rumah terutama kawan kepada abang dan kakak kanak-kanak tersebut. Jadi pengasuh beranggapan bahawa kehadiran rakan-rakan abang dan kakak membantu kanak-kanak B mudah menyesuaikan diri dengan orang di persekitarannya.

Hasil dapatan yang saya perolehi daripada pengasuh taska berkaitan dengan konsep kendiri kanak-kanak B bertepatan seperti yang digambarkan oleh Teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1994) iaitu perkembangan kanak-kanak berlaku melalui interaksi yang kompleks antara kanak-kanak dengan persekitaran tempat mereka berada yang melibatkan orang, objek dan simbol dalam persekitaran tersebut. Mungkin disebabkan persekitaran positif yang dialami oleh kanak-kanak B, dia dapat melakukan berupaya melakukan perkara seperti makan sendiri, mengemas dan menyimpan alat permainan, menyarung selipar dan kasut sendiri. Menurut pengasuh juga, kanak-kanak B boleh mengambil sendiri botol susu jika dia mahu pengasuh membancuh susu.

Pengasuh taska memberitahu saya bahawa tempoh untuk kanak-kanak B untuk mencapai peringkat autonomi adalah tidak lama iaitu sebelum kanak-kanak B mencapai umur 2 tahun. Maklumat daripada pengasuh taska ini sesuai untuk saya sokongkan dengan dapatan kajian Wan Norhayati (2009) iaitu kanak-kanak lelaki mempunyai konsep kendiri yang tinggi berbanding kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dapat mempamerkan bakat dan kebolehan dalam aspek akademik (bahasa, kognitif, seni dan fizikal).

Menurut Clemes dan Bean (1981) kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang positif menunjukkan tingkah laku lebih bertanggungjawab, tidak mudah patah semangat atau kecewa, lebih mudah mengadaptasi persekitaran dan bangga dengan apa yang dilakukannya. Inilah tingkah laku yang dimiliki oleh kanak-kanak B kerana konsep kendiri yang positif telah terbentuk dalam dirinya.

4PANDUAN DAN CADANGAN UNTUK PENGASUH TASKA

Apabila kanak-kanak sudah berusia dua dan tiga tahun dalam kehidupannya mula membina autonomi. Pada peringkat ini rasa kepercayaan telah dibina pada tahun pertama hidupnya. Pada masa ini juga kita akan dapat melihat ekpresi autonomi yang dinyatakan oleh kanak-kanak di depan mata kita. Kanak-kanak mahu menggunakan kuasanya untuk bergerak, bercakap dan memberi alasan. Pengasuh taska memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak kerana kanak-kanak berada dalam asuhan mereka bermula seawal 7 pagi dan hanya kembali bersama keluarga bermula jam 5 atau 6 petang.

Bagi tempoh selama 10 hingga 11 jam tersebut adalah penting untuk pengasuh taska menyediakan aktiviti atau situasi bagi membantu kanak-kanak mencapai perkembangan autonomi atau keyakinan diri. Di sini saya ada beberapa cadangan atau panduan untuk pengasuh taska melatih kanak-kanak berdikari.

Cadangan 1 Bermain

Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. Harus diketahui bermain adalah fitrah kanak-kanak kerana melalui bermain kanak-kanak gembira dan senang hati membuat penerokaan. Bermain adalah proses semulajadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran

Menurut Froebel (1782-1852), beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang menggembirakan dan bermain adalah salah satu aktiviti menggembirakan kanak-kanak serta dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka.Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat iaitu perlakuan tidak menentu, main sendirian, main pemerhatian, main selari, main asosiatif dan main koperatif.

Main sosial yang sesuai digunakan oleh pengasuh taska adalah kanak-kanak terlibat dalam main koperatif iaitu kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.

Cadangan 2 Tunggu kesediaan kanak-kanak

Prinsip tunggu kesediaan kanak-kanak ini berkaitan dengan kesediaan kanak-kanak menggunakan tandas untuk membuang air kecil dan air besar. Melatih kanak-kanak untuk tujuaan ini adalah satu frasa yang cukup mencabar kepada kanak-kanak, ibu bapa dan juga pengasuh. Tempoh masa yang diambil juga adalah agak panjang. Menurut pakar, kanak-kanak biasanya mula dapat mengawal pundi kencing pada umur sekitar 15 ke 18 bulan

Kesediaan kanak-kanak untuk tugasan ini bergantung kepada perkembangan otak, saraf dan otot-ototnya. Cuba melatih kanak-kanak yang belum bersedia akan memberi tekanan kepada kanak-kanak, ibu bapa dan pengasuh. Orang yang berada di persekitaran kanak-kanak harus melalui fasa ini dengan tenang dan realistik. Pengasuh dan ibu bapa harus tahu bahawa kanak-kanak tidak boleh dipaksa belajar sebelum ia bersedia dan ini juga merupakan pandangan Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) terhadap pendidikan kanak-kanak.

Jika kanak-kanak sudah dapat membuang air kecil dan air besar di tandas, ibu bapa atau pengasuh hendaklah memberi pujian. Pengasuh boleh memberitahu kanak-kanak bahawa dia telah melakukan sesuatu yang baik dan tunjukkan kegembiraan anda kepada mereka. Ini bertepatan dengan pandangan Jaen-Jacques Rousseau terhadap kanak-kanak iaitu kanak-kanak adalah unik dan mereka perlu dihargai.

Cadangan 3- Seni Melukis

Pengasuh dan ibu bapa perlu tahu bahawa konsep kendiri penting untuk membolehkan seseorang kanak-kanak membesar dengan sifat dan personaliti yang positif. Seni melukis boleh memulihkan konsep kendiri kanak-kanak di mana suasana tenang dan selamat dapat diwujudkan di persekitaran kanak-kanak. Kanak-kanak dibiarkan melukis tanpa gangguan atau rasa tertekan. Bagaimana hendak melaksanakannya?

Bagi kanak-kanak berumur sekitar 1 hingga 3 tahun, mereka sudah mula menunjukkan minat untuk menulis atau menconteng pada kertas atau pada dinding rumah atau taska. Pengasuh atau ibu bapa boleh mengelakkan hal seperti ini berlaku dengan cara memberi peluang dan ruang kepada kanak-kanak melukis, menulis atau menconteng secara bebas dengan menetapkan masa atau hari-hari tertentu dalam seminggu.

Pengasuh juga boleh menggunakan hasil lukisan kanak-kanak sebagai bahan bualan atau interaksi supaya dapat mewujudkan satu hubungan atau kepercayaan antara pengasuh dan kanak-kanak. Cara ini mempunyai kaitan dengan pandangan Lev Semanovich Vygotsky (1896-1934) terhadap pendidikan kanak-kanak iaitu pentingnya persekitaran sosial dalam perkembangan kanak-kanak dan juga kanak-kanak memperolehi pengetahuan menerusi perkongsian pengalaman antara dirinya dengan orang dewasa atau rakan sebaya.

Cadangan 4 Beri tanggungjawab kepada kanak-kanak

Salah satu cara yang baik untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak sama ada di rumah atau taska adalah memberi mereka satu pekerjaan yang wajib mereka lakukan dan bukan orang lain. Kanak-kanak sekitar umur dua tahun boleh melakukan kerja-kerja kecil seperti menyimpan permainan, menyediakan kerusi untuk mereka sendiri semasa makan dan meletakkan pinggan dalam sinki selepas makan.

Semasa di taska, pengasuh hendaklah sentiasa mengingatkan kanak-kanak tentang kerja atau tanggungjawab yang mesti dilakukan oleh mereka setiap hari. Dengan cara selalu mengulang perkara yang sama, kanak-kanak akan ingat serta memastikan perkara tersebut dilaksanakan dan bagi menghargai tingkah laku tersebut, pengasuh boleh memberi pengukuhan positif seperti pelekat bintang atau coklat. Pengasuh atau ibu bapa hendaklah memastikan ada pengukuhan positif yang berterusan bagi memastikan tingkah laku tersebut akan berulang. Pengukuhan positif dan tingkah laku berulang ini bertepatan dengan cara serta pandangan B.F Skinner (1904-1990) melalui Teori Pelaziman Operan.

RUMUSAN

Perkembangan autonomi atau keyakinan diri amat penting dalam diri kanak-kanak kerana ia dapat membantu perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan, menggunakan tandas, memakai baju sendiri, makan dan minum sendiri serta menyimpan alat permainan sendiri. Namun harus diingatkan bahawa rasa kepercayaan atau keyakinan pada diri ini hanya dapat diwujudkan jika kanak-kanak tersebut mendapat sokongan daripada individu di sekeliling mereka. Sokongan daripada pengasuh dan ibu bapa terutamanya dapat meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk terus mencuba walaupun pada mulanya kanak-kanak ini berjaya melakukan. Pengasuh dan ibu bapa memainkan peranan yang penting pada perkembangan kanak-kanak pada tahap ini. Jangan memberi tekanan kepada kanak-kanak dengan cara memarahi jika mereka melakukan kesalahan. Apa yang terjadi mungkin adalah salah satu tanda kanak-kanak belum bersedia dan pada masa ini peluang dan ruang adalah perkara yang diperlukan oleh kanak-kanak. Jangan lupa beri pujian dan pengukuhan dalam bentuk ganjaran kerana ia adalah perkara yang amat disukai oleh kanak-kanak.

(2860 patah perkataan)

NoliaHajiAbdulKarim761124135940001

HBPS2103

13

RUJUKAN / REFERENSIBustam Kamri, & Putri Zabariah Megat A Rahman. (2005). Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS.

Kanak-kanak Tatih di Peringkat Autonomi. (2012). Dicapai pada 7 Julai 2013 Daripada Blog BK Early Childhood Education Specialist.

Memahami Kanak-kanak. (2007). Dicapai pada 7 Julai 2013 daripada Blog Rosnah Ahmad.

Pendidikan Awal Kanak-kanak. (2012). Dicapai pada 7 Julai 2013 daripada Blog Hj Zulkiply Bin Haji Yaakob.

Pentingnya peranan pengasuh kanak-kanak. (2013). Dicapai pada 7 Julai 2013 daripada Utusan Malaysia.com

Putri Zabariah Megat A Rahman. (2011). Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Sabariah Siron, & Kasnani Ab Karim. (2012). Asuhan Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Teori Erik Erikson. (2012). Dicapai pada 7 Julai 2013 daripada Blog Mylife.

12 Ways To Help Your Child Build Self-Confidence. (2011). Dicapai pada 7 Julai 2013 daripada Blog Ask Dr Sears.