hbmt1103 answer

Upload: kreatif-tuisyen

Post on 03-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    1/14

    1.0 Pengenalan

    Seperti yang disedia maklum, guru menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam

    usaha menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk matapelajaran

    Matematik di sekolah. Ia berlaku kerana majoriti daripada murid murid dalam kelas

    adalah gagal memahami konsep asas dalam matapelajaran Matematik. Contohnya,

    mereka tidak dapat menguasai kemahiran Matematik yang paling asas seperti operasi

    penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Seperti yang dicadangkan oleh

    Mercer, C.D., & Mercer, A.R. (1993), murid yang terlalu lemah dan tidak dapat

    menguasai kemahiran Matematik yang asas seperti operasi penambahan, penolakan,

    pendaraban dan pembahagian nombor bulat perlulah diberikan program pemulihan yang

    sewajarnya dalam usaha untuk membantu mereka sekurang kurang mencapai tahap

    penguasaan yang minimum dalam kemahiran Matematik tersebut.

    Sehubungan dengan itu, suatu kajian akan dijalankan atas proses perancangan program

    pemulihan Matematik untuk murid murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran

    Matematik ini. Untuk perbincangan kajian ini, dua artikel yang relevan yang mana

    masing masing dihasilkan oleh Feng S. Din and Kristen A. Lewis yang berbincangkan

    strategi yang boleh diaplikasikan oleh seseorang guru dalam merancangkan danmengimplementasikan program pemulihan dalam Matematik ini. Selepas itu, kertas ini

    juga akan membincangkan pelbagai jenis contoh yang berkaitan dalam proses

    perancangan program pemulihan tersebut. Refleksi dan cadangan akan disediakan

    berdasarkan program pemulihan Matematik yang dijalankan terhadap murid yang lemah

    dalam penguasaan kemahiran Matematik ini. Untuk refleksi ini, kelebihan dan

    kekurangan seluruh program pemulihan dalam matapelajaran Matematik akan

    dibincangkan dengan teliti dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan program ini juga

    akan dibincangkan. Akhirnya, kertas ini akan menyimpulkan kepentingan program

    pemulihan dalam usaha untuk memperbaiki tahap penguasaan murid dalam kemahiran

    Matematk tersebut.

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    2/14

    2.0 Rumusan untuk Artikel yang Berkaitan dengan Strategi Perlaksanaan Kelas

    Pemulihan Matematik

    Topik artikel 1: Strategic Math: A Student Centered Approach to Remediation in

    Mathematic

    Artikel yang pertama di mana akan dikaji ialah artikel yang dihasilkan oleh Kristen A.

    Lewis. (2009). Beliau telah menjelaskan bahawa proses perancangan program pemulihan

    mestilah dimulakan dengan pemilihan calon yang sesuai untuk menyertai program ini.

    Calon yang dikatakan sesuai adalah murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran

    Matematik dan tahap penguasaan mereka dalam Matematik akan ditentukan melalui ujian

    analisis yang akan diberikan kepada semua murid. Beliau menjelaskan lagi bahawa ujian

    analisis yang dijalankan ini juga bertujuan untuk mengkaji kelemahan murid yang perlu

    diperbaiki melalui program pemulihan ini. Sehubungan dengan itu, program pemulihan

    yang mana akan direkakan oleh guru guru tersebut adalah berdasarkan keputusan murid

    di dalam ujian analisis yang diberikan tersebut. Contohnya, isi kandungan program

    pemulihan yang dijalankan sepatutnya berfokus kepada bahagian nombor pecahan

    sekiranya ujian analisis yang diberikan kepada murid telah menunjukkan bahawa

    kebanyakan murid tidak dapat memberikan jawapan dengan betul dalam soalan yang

    berkaitan dengan pecahan tersebut.

    Dalam pada itu, Kristen A. Lewis. (2009) juga berpendapat bahawa guru dan murid

    seharusnya dapat membina konsepsi yang jelas dalam program pemulihan Matematik ini.

    Untuk meningkatkan konsepsi murid dalam sesuatu jalan penyelesaian yang digunakan

    untuk menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan Matematik, guru guru di dalam

    kelas adalah disarankan agar merancangkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

    yang relevan dan kreatif serta menarik dalam program pemulihan Maetmatik ini. Ia

    sangat penting untuk memudahkan pemahaman murid yang lebih lemah dalam

    matapelajaran Matematik ini.

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    3/14

    .Topik artikel 2: Direct Instruction in Remedial Math Instructions

    Sesungguhnya, artikel yang kedua ini telah dihasilkan olehDin, F.S. (2000). Seperti yang

    diterangkan oleh beliau dalam artikel ini, cara pengajaran yang berdasarkan arahan terus

    (direct instruction) merupakan cara yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan murid

    dalam kemahiran Matematik. Seperti yang diterangkan dalam artikel beliau, cara ini

    merupakan cara yang paling sesuai untuk digunakan mengajar dalam program pemulihan

    matapelajaran Matematik. Beliau menerangkan lagi bahawa pendekatan pengajaran yang

    berasaskan arahan terus merupakan suatu urutan proses pengajaran yang melibatkan

    aktiviti aktiviti seperti demonstrasi daripada guru, latihan terkawal dan latihan individu

    untuk sesuatu topik pembelajaran tersebut. Untuk memastikan murid yang lemah dalam

    kemahiran Matematik dapat dibantu,Din, F.S. (2000) telah mencadangkan empat elemen

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk matapelajaran Matematik.

    Empat elemen tersebut ialah:

    Penguasaan konsep,

    Pengunaan media yang sesuai seperti lisan, visual, semantik

    Pembelajaran secara aktif

    Pembangunan kemahiran kognitif.

    Pada masa yang sama, beliau juga mencadangkan bahawa penggunaan kurikulum yang

    sistematik dan berstruktur adalah sangat penting dalam perancangan program pemulihan

    dalam matapelajaran Matematik. Ia mestilah diintegrasikan dalam pengajaran yang

    berdasarkan arahan terus untuk mencapai keberkesanan yang maksimum. Beliau turut

    menyarankan agar guru menggunakan pelbagai jenis strategi yang relevan seperti

    pendekatan masteri, arahn terus serta mengunakan bahan pengajaran yang efektif dalam

    program pemulihan Matematik ini.

    Secara kesimpulannya, artikel ini telah mencadangkan penggunaan kaedah pengajaran

    yang berasaskan arahan terus dan juga diintegrasikan dengan kurikulum yang teratur

    serta berstruktur dalam program pemulihan Matematik untuk memastikan murid- murid

    tersebut dapat menguasai konsep Matematik dalam masa yang terdekat.

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    4/14

    3.0 Rancangan Program Pemulihan

    Sesungguhnya, program pemulihan merupakan suatu cara yang baik untuk membantu

    murid murid yang lebih lemah dalam kemahiran Matematik supaya tahap penguasaan

    mereka dalam penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara tersebut boleh mencecah

    tahap yang minimum. Untuk itu, bahagian kertas ini akan membincangkan seluruh proses

    perancangan program pemulihan ini. Lazimnya, wujudnya tiga langkah utama dalam

    proses perancangan program pemulihan ini. Ketiga tiga langkah ini ialah seperti yang

    disenaraikan di bawah:

    Pemilihan murid yang terlibat dalam program pemulihan

    Perancangan isi kandungan dan kurikulum yang digunakan dalam program

    pemulihan

    Mengimplementasikan program pemulihan

    Setiap langkah di atas akan dibincangkan dengan teliti dan pelbagai contoh yang relevan

    juga akan dibincangkan dalam bahagian kertas ini.

    (A) Pemilihan Murid yang terlibat dalam Program Pemulihan

    Langkah pertama dalam proses perancangan program pemulihan ialah memilih murid

    yang memerlukan program ini iaitu mereka yang lemah dalam penukaran pecahan wajar

    kepada pecahan setara melalui ujian analisis yang akan dijalankan dalam kelas. Seperti

    yang diterangkan oleh Kristen A. Lewis (2009), ujian analisis perlulah dijalankan dalam

    kelas untuk dan soalan ujian analisis tersebut seharusnya mengandungi pelbagai tahap

    kesusahan yang berlainan seperti tahap yang rendah, tinggi dan sederhana. Pada masa

    yang sama, soalan ujian tersebut juga perlulah digubalkan berdasarkan enam kemahiran

    yang berlainan seperti yang ditetapkan dalam dasar pendidikan kebangsaan. Keenam

    enam kemahiran tersebut ialah kemahiran pemahaman, pengetahuan, aplikasi, analisis,

    sintesis dan penilaian.

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    5/14

    Seperti yang diterangkan oleh Din, F.S. (1998), tahap kesusahan soalan mestilah

    ditaburkan secara adil dan bukan tertumpu kepada mana - mana satu tahap kesusahan

    sahaja. Walaubagaimanapun, beliau mencadangkan bahawa soalan dalam ujian analisis

    yang bertujuan untuk mengenalpasti murid yang sangat lemah dalam Matematik perlulah

    sekurang kurangnya terdiri daripada 35% soalan yang senang. Taburan soalan mengikut

    tahap kesusahan dan jenis kemahiran masing masing ditunjukkan dalam jadual 1.0 dan

    2.0.

    Jadual 1.0 Taburan Soalan Mengikut Tahap Kesusahan

    Tahap Kesusahan Peratus (%)

    Rendah 40

    Sederhana 40

    Tinggi 20Jumlah 100

    Jadual 2.0 Taburan Soalan Berdasarkan Jenis Kemahiran

    Jenis Kemahiran Peratus (%)

    Pengetahuan 20

    Pemahaman 20

    Analisis 20

    Aplikasi 10

    Sintesis 10

    Penilaian 20

    Jumlah 100

    Untuk ujian analisis ini, murid yang mana mendapatkan markah kurang daripada 35%

    akan dikenalpasti sebagai murid yang sangat lemah dalam matapelajaran Matematik dan

    perlu menghadiri ke program pemulihan tersebut.

    (B) Perancangan isi kandungan dan kurikulum yang digunakan dalam program

    pemulihan

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    6/14

    Untuk langkah yang kedua dalam perancangan program pemulihan, guru guru perlulah

    merangka dan merancangkan kurikulum serta kandungan yang mana akan digunakan

    untuk program pemulihan tersebut. Din, F.S. (2000) menjelaskan bahawa isi kandungan

    yang terkawal dan teratur adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) di dalam program pemulihan tersebut. Ini adalah kerana ia lebih

    mudah untuk seseorang murid yang lemah bagi memahami isi pengajaran guru di dalam

    kelas.

    Sehubungan dengan itu, perancangan isi kandungan untuk program pemulihan Matematik

    ini akan dilakukan berdasarkan kelemahan yang dikenalpasti melalui ujian analisis yang

    dijalankan di sekolah iaitu penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara. Ia adalah

    sejajar dengan pendapat daripada Kitz, W.R., & Nash, R.T. (1995) di mana beliau

    menerangkan bahawa seseorang guru seharusnya mengubahsuaikan isi kandungan

    pembelajaran bagi sukatan matapelajaran yang biasa untuk digunakan dalam program

    pemulihan dalam kelas. Beliau menjelaskan lagi bahawa isi kandungan pembelajaran

    yang mana digunakan dalam program pemulihan sepatutnya lebih senang dan bukan

    terlalu susah. Ini adalah kerana tujuan program pemulihan adalah untuk melatih dan

    mempertingkatkan kemahiran Matematik ke sekurang kurangnya tahap minimum. Pada

    masa yang sama, masa yang dilokasikan untuk sesi pengajaran tidak boleh terlalu

    panjang atau pendek. Ia mestilah mengikut kesesuaian isi kandungan yang diajar dalam

    program pemulihan tersebut. Untuk itu, 60 minit akan digunakan dalam setiap sesi

    pengajaran di dalam program pemulihan Matematik. Jangka masa 60 minit merupakan

    masa yang ideal untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam

    program pemulihan Matematik tersebut.

    (C) Implementasi Kelas Pemulihan

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    7/14

    Proses yang terakhir dalam perancangan kelas pemulihan ialah proses implementasi kelas

    pemulihan berdasarkan sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan dan direkakan dalam

    proses perancangan program pemulihan tersebut. Seperti yang diterangkan olehDin, F.S.

    (2000) daripada William Patterson University, guru adalah disarankan menggunakan cara

    pengajaran arahan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas

    pemulihan. Beliau menjelaskan bahawa murid yang menghadiri kelas pemulihan ini

    merupakan murid yang lemah dan mereka sangat memerlukan bimbingan dan arahan

    yang ringkas dan terus untuk mempratikkan sesuatu kemahiran Matematik. Selain itu,

    mereka juga tidak berupaya untuk melakukan pembelajaran secara aktif dan memerlukan

    arahan daripada guru untuk melakukan pembelajaran tersebut.

    Di samping itu,Kitz, W.R., & Nash, R.T. (1995) juga menerangkan bahawa guru mestilah

    memotivasikan dan memberikan semangat belajar kepada murid- murid di dalam kelas

    pemulihan ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini adalah kerana murid

    di dalam kelas pemulihan ini biasanya akan mengalami masalah keyakinan diri dalam

    proses pembelajaran di sekolah. Oleh yang demikian, mereka akan menjadi semakin

    lemah dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran

    Matematik. Sehubungan dengan itu, motivasi yang sesuai dan galakan yang bertepatan

    adalah sangat penting untuk meningkatkan keyakinan mereka dalam proses pembelajaran

    ini dan ia merupakan kekunci yang utama untuk mempertingkatkan keberkesanan seluruh

    proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas pemulihan ini.

    Kitz, W.R., & Nash, R.T. (1995) juga menyarankan guru agar mengajar dengan kelajuan

    yang rendah dan mengajar dengan selangkah demi selangkah. Pengajaran yang tergesa

    gesa dan pantas mestilah dielakkan dalam kelas pemulihan Matematik ini. Ini adalah

    kerana murid yang lemah ini memerlukan penjelasan secara perlahan lahan untuk

    memahami sesuatu konsep dalam matapelajaran Matematik. Contoh aktiviti pengajaran

    yang mana akan digunakan dalam program pemulihan untuk penukaran pecahan wajar

    kepada pecahan setara adalah seperti yang ditunjukkan di bahagian bawah:

    Kelas : Tahun 4

    Tarikh : 11/10/2012

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    8/14

    Masa : 10.00-11.00 pagi (60 minit)

    Bilangan murid : 21 orang

    Tajuk : Pecahan

    Objektif pembelajaran : Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara

    Hasil pembelajaran:

    Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

    Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara.

    Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir melalui menterjemah

    dan mengaplikasi pecahan wajar kepada pecahan setara.

    Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni seperti yakin diri dan bantu-

    membantu.

    Konsep/prinsip/hukum/teori :Pecahan setara ada pecahan yang sama nilai.

    Bahan, peralatan dan bahan sumber:

    Kertas putih 12 keping

    Kertas warna 12 keping

    Gunting 10 bilah

    Gam5 botol

    Langkah berjaga-jaga :

    Berhati-hati semasa menggunakan gunting.

    Pengetahuan sedia ada :

    Murid telah mempelajari nilai pecahan setara .

    Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota

    Aktiviti Guru Aktiviti Murid

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    9/14

    Permulaan/

    Mencungkil

    idea

    (5 min)

    Demonstrasipecahan wajar

    kepada pecahan

    setara menggunakanlipatan kertas

    Guru melakukandemonstrasi pecahan

    wajar kepada pecahan

    setara denganmenggunakan lipatan

    kertas.

    Murid memberiperhatian

    Strategi/ Teknik:Demonstrasi

    lipatan dan

    guntingan kertas.

    Menstruktur/

    Menstruktursemula

    (20 min)

    pecahan wajar

    kepada pecahansetara.

    Guru membahagikan

    murid kepada 5kumpulan.

    Debriefing

    Guru menaksir

    kefahaman murid secara

    lisan-Murid yang telahmenguasai maju ke fasa

    aplikasi, manakala murid

    yang tidak, dikumpuldalam satu kumpulan

    kecil.

    Murid menjalankan

    Aktiviti

    berkumpulan lipatandan gunting kertas.

    Aktviti pemulihan:

    Mendengar

    penerangan gurudalam kumpulan kecil.

    Strategi/

    Teknik:

    Aktiviti inkuiridalam kumpulan

    Sikap saintifik

    dan nilai murni:

    Penglibatan aktif

    Menghargai masa

    Aplikasi Idea

    (25 min)Perbentangan

    kumpulan dan

    perbincangan.

    Guru memberi respon

    hasil pembentangankumpulan .

    murid menyelesaikan

    masalah dalamkumpulan

    Pelajar

    membentangkan

    dapatan

    Strategi:

    Perbincangan

    kumpulan .

    Refleksi/

    Penutup

    (10 min)

    Kuiz pendek Guru menaksir

    kefahaman pelajar

    dengan memberi kuiz

    pendek.Guru mengadakan

    pertandingan antara

    kumpulan untukmeningkatkan keterujaan

    murid

    Murid berbincang

    dalam kumpulan untuk

    menjawab kuiz .

    Strategi:

    Penaksiran kuiz

    pendek.

    4.0 Refleksi Program Pemulihan

    Secara umumnya, program pemulihan yang dirancangkan telah dijalankan secara teratur

    dan sistematik untuk memperbaiki penguasaan murid yang lemah dalam penukaran

    pecahan wajar kepada pecahan setara. Kelebihan yang ditunjukkan dalam program

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    10/14

    pemulihan yang dirancangkan ini melalui penggunaan cara pengajaran arahan terus

    (direct instruction) di mana ia merupakan suatu jenis pengajaran yang menerangkan

    konsep Matematik selangkah demi selangkah kepada murid yang lemah dalam

    matapelajaran Matematik ini. Ia adalah berkesan untuk memperbaiki penguasaan murid

    yang lemah dalam penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara

    Dalam masa yang sama, program pemulihan yang dirancangkan ini juga berkesan dalam

    memotivasikan murid yang lemah dalam pembelajaran Matematik supaya mereka lebih

    berkeyakinan di masa hadapan terutamanya dalam proses penukaran pecahan wajar

    kepada pecahan setara. Sesungguhnya, keputusan yang lemah telah menjatuhkan

    semangat dan keyakinan seseorang murid itu. Oleh yang demikian, kerja kerja motivasi

    yang dilakukan dalam kelas pemulihan ini memainkan peranan yang sangat penting

    dalam memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matapelajaran Matematik

    di dalam kelas terutamanya untuk murid yang lemah ini.

    Walaubagaimanapun, program pemulihan ini masih mempunyai ruang untuk

    dipertingkatkan keberkesannanya. Antaranya ialah proses pengajaran dan pembelajaran

    (P&P) yang dianjurkan dalam program pemulihan ini mungkin bosan dan tidak menarik

    minat murid-murid untuk mendengar penjelasan daripada murid. Ketidakminatan murid

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah menjejaskan keberkesanan

    seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam program pemulihan

    Matematik untuk mempertingkatkan kemahiran murid dalam penukaran pecahan wajar

    kepada pecahan setara

    Selain daripada itu, tempoh masa yang digunakan untuk menjalankan setiap sesi

    pengajaran di dalam program pemulihan ini adalah tidak mencukupi terutamanya untuk

    mengajar dan membimbing murid yang lemah supaya dapat memahiri seluruh konsep

    dan kemahiran penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara. Ia telah mengakibatkan

    proses pembelajaran tergendala dan bersambung di sesi pengajaran yang seterusnya.

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    11/14

    Penyambungan ini akan menyebabkan murid senang melupakan konsep yang diajar di

    sesi sebelum ini dan guru terpaksa mengajar semula apa yang diajar dalam sesi yang

    lepas. Maka, ia akan memakan masa dan menyebabkan seluruh proses pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) menjadi tidak berkesan.

    Sesungguhnya, seluruh program pemulihan ini telah dirancangkan dengan baik dan ia

    adalah memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki penguasaan murid dalam

    kemahiran Matematik yang asas ini. Akan tetapi, keberkesanan proses pengajaran dan

    pembelajaran (P&P) di dalam kelas pemulihan masih dapat dipertingkatkan di masa

    hadapan.

    5.0 Cadangan untuk Memperbaiki Keberkesanan Program Pemulihan

    Seperti yang dinyatakan di bahagian atas, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di

    dalam program pemulihan Matematik yang dirancangkan tersebut masih mempunyai

    banyak ruang untuk diperbaiki. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan pembaikan

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    12/14

    akan dikemukan dan dibincangkan dalam bahagian kertas ini. Pertamanya, guru bolehlah

    menggunakan pelbagai jenis alat bantuan pengajaran seperti visual audio dalam proses

    pengajaran dalam kelas pemulihan ini. Menurutu Pressmeg, N. C. (1998), proses

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan papan hitam atau papan putih

    (Whiteboard) merupakan suatu proses pembelajaran yang sangat membosankan. Beliau

    menerangkan bahawa ia akan menyebabkan murid tidak berminat untuk belajar dalam

    penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara. Oleh yang demikian, Winters, C.A.,

    Mathew, M., Booker, F., & Fleeger, F. (1993) telah mencadangkan bahawa penggunaan

    bahan pengajaran yang sesuai seperti perisian permainan pembelajaran dan PowerPoint

    adalah penting untuk mempertingkatkan tahap tumpuan dan keminatan murid dalam

    proses pengajuaran dan pembelajaran (P&P) untuk penukaran pecahan wajar kepada

    pecahan setara. Oleh itu, ia akan mempertingkatkan keberkesanan seluruh proses

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam program pemulihan ini.

    Di samping itu, Mercer, C.D., & Mercer, A.R. (1993) juga mencadangkan bahawa masa

    yang terlalu panjang mestilah dielakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    (P&P) dalam program pemulihan. Beliau telah mencadangkan bahawa masa yang paling

    ideal untuk program pemulihan ini ialah 1 jam 15 minit dan masa yang selebihnya akan

    digunakan untuk murid melakukan latihan di dalam kelas. Beliau juga berpendapat

    bahawa latihan adalah sangat penting dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam

    penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara. Oleh yang demikian, guru juga

    disarankan memberikan latihan yang pelbagai bentuk untuk memberikan input yang

    berguna dalam penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara kepada murid murid

    yang lemah ini.

    Cadangan yang ketiga ialah mengintegrasikan aktiviti kelas yang relevan dan kreatif di

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam program pemulihan ini.

    Menurut Mercer, C.D., & Mercer, A.R. (1993), aktiviti kelas yang kreatif dan

    menyeronokan merupakan antara kekunci utama untuk mempertingkatkan keminatan

    murid terutamanya murid yang lemah dalam mempelajari sesuatu konsep Matematik.

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    13/14

    Beliau juga menjelaskan bahawa ia juga dapat memastikan murid- murid yang lemah ini

    memberikan tumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.

    Kesimpulannya, cadangan cadangan pembaikan ini adalah sangat penting untuk

    dipratikkan oleh guru dalam kelas pemulihan Matematik supaya keberkesanan proses

    pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas pemulihan ini dapat dipertingkatkan

    di masa hadapan.

    6.0 Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, program pemulihan merupakan suatu strategi yang sangat penting

    untuk membantu dan memperbaiki penguasaan murid yang lemah dalam penukaran

    pecahan wajar kepada pecahan setara supaya mereka sekurang kurangnya dapat

    menguasai kemahiran penukaran pecahan wajar kepada pecahan setara yang minimum.

    Dalam usaha untuk merancangkan program pemulihan ini, seseorang guru perlulah

    mengenalpasti murid murid yang memerlukannya dan juga mereka isi kandungan

    pembelajaran berdasarkan keperluan murid yang lemah tersebut. Selepas itu, program

    pemulihan ini adalah disarankan untuk menggunakan cara pengajaran arahan terus untuk

    pengajaran supaya kefahaman konsep Matematik seseorang murid dalam program

    pemulihan ini dapat dipertingkatkan. Guru juga disarankan supaya memotivasikan murid

    di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam program pemulihan ini

    untuk mempertingkatkan semangat belajar dan juga keyakinan murid dalam

    pembelajaran Matematik di masa hadapan.

    7.0 Rujukan

    Din, F.S. (1998). Use direct instruction to quickly improve reading skills. (ERIC

    Document Reproduction Service No. ED 416 467).

  • 7/28/2019 HBMT1103 Answer

    14/14

    Kitz, W.R., & Nash, R.T. (1995). Applying effective instructional strategies for teaching

    dyslexic students in a remedial college algebra course. Annals of Dyslexia, 45, 143-160.

    Mercer, C.D., & Mercer, A.R. (1993). Teaching students with learning problems (4th

    ed.). New York: Macmillan Publishing Company.

    Winters, C.A., Mathew, M., Booker, F., & Fleeger, F. (1993). The role of a computer-

    managed instructional systems prescriptive curriculum in the basic skills areas of math

    and reading scores for correctional pre-trial detainees (inmates). Journal of Correctional

    Education, 44(1), 10-17.

    Pressmeg, N. C. (1998). Ethno mathematics in teacher education.Journal of mathematics

    teacher education 1, 317-339.

    Kristen A. Lewis. (2009). Strategic Math: A student-Centered Approach to Remediation

    in Mathematics.Journal of mathematics teacher education 1, 320-340.

    Din, F.S. (2000). Direct Instruction in Remedial Math Instruction. National Forum of

    Special Education Journal, Vol 9E, Pg. 3- 7