hbhe3203_820425085139001

27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBHE3203SMP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NAMA : IDHAM KHALI B ABDUL MULUK NOMBOR MATRIK : 820425085139001 NO. KAD PENGENALAN : 820425-08-5139 NO. TELEFON : 012-9269871 E-MAIL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BATU PAHAT

Upload: adang30

Post on 13-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

p.k

TRANSCRIPT

HBML2203Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu

HBHF3203Kebersihan dan KeselamatanPersekitaran

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2014HBHE3203SMPKEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAMA:IDHAM KHALI B ABDUL MULUKNOMBOR MATRIK: 820425085139001NO. KAD PENGENALAN: 820425-08-5139NO. TELEFON: 012-9269871E-MAIL: [email protected] PEMBELAJARAN: OUM BATU PAHAT

KANDUNGAN

1.0 TEKS CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN2KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH UNTUK MEMPROMOSI SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT.2.0 BORANG MAKLUM BALAS TINJAUAN KEBERSIHAN7 DAN KESELAMATAN SEKOLAH

3.0 LAPORAN ANALISIS DAN PENILAIAN HASIL 13PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN PROGRAM AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH4.0 BIBLIOGRAFI16

1.0 TEKS CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH UNTUK MEMPROMOSI SEKOLAH YANG SIHAT DAN SELAMAT.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Binjai, Puan Hajjah Salehah Binti Mohamed, Yang Dihormati Guru-guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Seri Binjai, rakan-rakan guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam satu Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama berkumpul di dewan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru Besar kerana memberi keizinan kepada saya untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk Kepentingan Amalan Kebersihan dan Keselamatan Di Sekolah Untuk Mempromosikan Sekolah yang Sihat dan Selamat.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,Amalan kebersihan perlu disemai dan dipupuk dalam diri kita. Amalan ini perlu dipraktikkan tidak kira di mana kita berada. Alangkah selesanya apabila kita melihat rumah, persekitaran tempat tinggal, sekolah dan sebagainya berada dalam keadaan bersih dan selamat. Menyentuh tentang selamat, sudah tentu keselamatan menjadi antara keutamaan kita, sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana sahaja. Inilah dua perkara yang ingin saya sentuh dalam ceramah. Sebelum saya meneruskan ceramah pada hari ini, ingin saya mengajak hadirin di hadapan saya merenung sejenak persoalan ini iaitu:a. Pertama, bagaimanakah keadaan sekolah kita jika kebersihan tidak menjadi amalan seharian kita? ; danb. Kedua, apakah yang akan terjadi jika keselamatan tidak dititikberatkan dalam kalangan warga sekolah?Dua persoalan yang saya lontarkan ini bakal terjawab dalam isi ceramah saya seterusnnya.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,Amalan kebersihan sekolah merangkumi usaha-usaha pelaksanaan dan penyeliaan dalam mewujudkan pesekitaran yang selesa, ceria, tenteram serta boleh merangsang pembelajaran. Amalan kebersihan sekolah perlu dilihat dari pelbagai aspek seperti kebersihan bilik darjah, kantin, tandas, longkang dan kawasan persekitaran sekolah. Oleh itu, amalan kebersihan melibatkan semua warga Sekolah Kebangsaan Seri Binjai perlu diteruskan sepanjang tahun.

Ingin saya bertanya kepada guru-guru dan murid-murid sekalian, apakah pandangan anda semua sebaik sahaja melangkah masuk ke sekolah? Adakah anda rasa selesa melihat kebersihan sekolah? Adakah anda rasa seronok dengan keceriaan sekolah? Jika jawapan anda semua ya, maka, pernahkah kita warga sekolah sentiasa cuba untuk menambah baik lagi kawasan persekitaran sekolah kita? Jika jawapan anda semua tidak, pernahkah kita sebagai warga sekolah cuba untuk memperbaiki kebersihan sekolah?

Guru-guru dan murid-murid sekalian,Kebersihan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan seharian kita. Semua agama sangat menitikberatkan amalan kebersihan, baik dalam diri mahupun persekitaran. Kebersihan bermula daripada diri kita sendiri. Jika kita mengabaikan kebersihan diri, sudah tentu kita juga akan mengabaikan kebersihan persekitaran terutama sekali sekolah. Oleh itu, saya berharap agar kita mula mengorak langkah untuk menjaga kebersihan sekolah kita.

Kawasan sekolah yang bersih mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk diri kita semua. Pentingnya suasana yang selesa adalah untuk memastikan murid-murid dan guru datang ke sekolah dengan perasaan yang gembira dan seronok. Suasana seperti inilah yang kita selalu impikan. Oleh itu, demi mewujudkan suasana yang selesa kita perlu bermula dengan menjaga kebersihan kelas. Kelas yang bersih akan memberikan murid-murid keselesaan untuk belajar dan guru-guru pula tenang mengajar. Apabila situasi ini wujud, barulah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif.

Selain mewujudkan suasana yang selesa, kebersihan sekolah di paras tinggi dapat mencerminkan nama baik sekolah. Kita semua harus ingat bahawa kebersihan merupakan perkara pertama yang akan dilihat oleh pihak luar, sama ada ibu bapa, guru-guru dari sekolah lain, pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan orang-orang luar yang ingin melawat sekolah kita. Apakah yang bakal berlaku jika kebersihan sekolah tidak berada pada paras yang ditetapkan? Maka saya berharap kepada anda semua agar dapat memperbaiki kebersihan sekolah kita ke paras yang lebih baik lagi.

Kita semua sedia maklum bahawa setiap pagi nyamuk berterbangan dalam kawasan sekolah kita. Ini sudah tentu tidak elok untuk kesihatan kita. Oleh itu, kebersihan dapat membantu kita menjauhkan diri daripada pelbagai penyakit. Penyakit berpunca daripada nyamuk, lalat, lipas dan tikus harus kita jauhi. Cara yang paling berkesan untuk mengelakkan hal ini berlaku dengan menjaga kebersihan. Penjagaan kebersihan bergantung pada kita semua. Kita perlu lihat tahap kebersihan longkang sekolah, kawasan semak dan pemerhatian jika ada tin-tin kosong, botol dan sebagainya dalam kawasan sekolah. Anda semua ambil berat akan hal ini kerana mencegah itu lebih daripada mengubati.

Kawasan sekolah yang bersih akan menggalakkan aktiviti luar bilik darjah. Seperti yang kita lalui sekarang, mendengar ceramah saya, adakah anda semua akan berada di sini jika dewan ini berada kedaan kotor? Banyak aktiviti yang boleh kita rancang dan laksanakan dalam kawasan sekolah kita. Aktiviti luar bilik darjah turut boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Melalui perkara ini dapat membantu guru mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid-murid pula, akan ada pengalaman baharu yang menanti mereka.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,Keselamatan adalah satu keadaan selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal, kewangan, sosial, perasaan, politik dan perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakanatau kejadian yang tidak diingini berlaku. Sebagai makluman anda semua, keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan daripada berlaku sebarang kes kecederaan dan kemalangan berlaku dalam sekolah.

Keselamatan dapat mewujudkan rasa selamat dan tenteram dalam kalangan warga sekolah. Apabila kita telah mengambil langkah keselamatan yang sangat tinggi, ini secara tidak langsung kita telah bersama-sama memastikan rakan-rakan kita dan guru-guru kita dalam keadaan selamat. Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja. Jika ada berlaku kerosakan suis lampu atau kipas, segera beritahu kepada guru dan guru pula laporkan kepada pihak pentadbir. Selain itu, sentiasa mematuhi peraturan sekolah, kelas dan bilik khas, pastikan diri anda diawasi oleh guru terutama ketika berada dalam bilik khas atau padang..

Seterusnya, amalan keselamatan sekolah mampu mengelakkan kecederaan dan kemalangan. Berdasarkan rekod yang ada pada saya, dalam tahun ini sehingga bulan Jun, terdapat 3 kes kecederaan akibat tidak menjaga keselamatan diri. Kes pertama, melibatkan kejar-mengejar di kawasan kantin, terjatuh lalu terkena bangku kantin. Kes kedua, berlari di kawasan kaki lima bangunan, terpijak tali kasut lalu lutut berdarah. Kes ketiga, juga berlari ketika menuruni tangga bangunan D, tergelincir lalu jatuh. Inilah kes yang sebenarnya mampu kita elakkan. Apa gunanya kita berlari dan berkejar-kejar ketika berada di kantin, kaki lima bangunan dan tangga? Ingat murid-murid sekalian, elakkan diri anda melakukan perkara-perkara seperti ini. Anda semua harus sedar, dalam sekolah kita ini terlalu banyak barang-barang yang boleh menyebabkan kecederaan. Jadi sentiasa ingat, patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Pentingnya amalan keselamatan sekolah dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan warga sekolah. Guru-guru dan murid-murid mesti tahu dan sedar bahawa keselamatan dalam sekolah bergantung kepada sikap bertanggungjawab kepada diri dan sendiri dan orang lain. Kita semua harus sedar bahawa banyak barang dalam sekolah ini akan menjadi bahaya jika kita tidak berhati-hati menggunakan barangan terebut. Inilah tanggungjawab kita untuk sentiasa tahu dan boleh buat setiap peraturan yang diberikan. Ingat, barangan makmal dan peralatan sukan memerlukan pemerhatian guru. Tanggungjawab guru mengawasi peralatan tersebut manakala murid-murid pula mematuhi arahan yang diberikan.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,Bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang amalan kebersihan dan keselamatan sekolah, saya dan pihak pentadbir sekolah akan menganjurkan Program Minggu 3K di mana pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang minggu ini seperti pertandingan mewarna, kuiz, karangan, poster dan gotong-royong pada akhir program. Justeru, saya berharap semua warga sekolah terlibat sama dalam program bagi memastikan sekolah kita bersih dan selamat.

Sebelum saya mengakhiri ceramah saya, sekali lagi saya menyeru kepada guru-guru dan murid-murid sekalian bahawa kebersihan dan keselamatan sekolah bukan bawah tanggungjawab guru besar dan guru-guru penolong kanan. Kebersihan dan keselamatan sebenarnya tanggungjawab kita bersama. Kita yang mencorak suasana sekolah kita. Kita jugalah yang menjadikan sekolah kita ceria dan selesa. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu memelihara dan memulihara kebersihan serta keselamatan sekolah kita.

Pergi ke pasar mencari rokan,Rokan dimasak bersama rakan,Amalan kebersihan perlu diutamakan,Amalan keselamatan ditinggal jangan

Akhir kata, saya ingin memohon maaf sepanjang penyampaian ceramah saya pada hari ini. Segala yang baik datang daripada-Nya dan yang buruk itu daripada saya sendiri. Saya sudahi dengan Wabillahi taufiq wal hidayah; Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Sekian, terima kasih.

2.0 BORANG MAKLUM BALAS TINJAUAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH

1. Sila baca kenyataan atau butiran yang diberikan.2. Gunakan skala yang disediakan bagi menyatakan kualiti tahap kebersihan dan keselamatan.3. Sila bulatkan skala yang dinyatakan.

SKALA TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN1-SANGAT KURANG MEMUASKAN2-KURANG MEMUASKAN3-KURANG PASTI4-SETUJU5-SANGAT SETUJU

BilKenyataan / Butiran Skala

PERSEKITARAN SEKOLAH

A. LONGKANG

1Dibersihkan secara kerap.1 2 3 4 5

2Tiada lumut atau sisa makanan di dalam longkang.1 2 3 4 5

3Tiada longkang tersumbat.1 2 3 4 5

4Air mudah mengalir.1 2 3 4 5

B. PADANG / GELANGGANG

1Rumput dipotong sebulan sekali.1 2 3 4 5

2Tiada batu di kawasan padang.1 2 3 4 5

3Gelanggang tidak licin dan tiang selamat digunakan.1 2 3 4 5

4Alatan sukan selamat digunakan.1 2 3 4 5

BilKenyataan / Butiran Skala

C. KECERIAAN

1Pokok bunga sentiasa dijaga baik.1 2 3 4 5

2Lanskap sekolah diselia dengan baik.1 2 3 4 5

3Pasu-pasu bunga elok dan dijaga baik.1 2 3 4 5

4Papan tanda ada dan menarik.1 2 3 4 5

D. PAGAR SEKOLAH

1Pintu pagar utama dan kedua dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

2Bilangan pengawal keselamatan cukup.1 2 3 4 5

3Jaring pagar elok dan sentiasa diperiksa.1 2 3 4 5

4Ada pas kebenaran masuk.1 2 3 4 5

E. DEWAN

1Lampu dan kipas dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

2Suasana dewan ceria.1 2 3 4 5

3Ada rekod penggunaan dewan.1 2 3 4 5

4Dewan dalam keadaan bersih.1 2 3 4 5

KANTIN

A. PEKERJA

1Menjaga kebersihan dan penampilan diri.1 2 3 4 5

2Mematuhi peraturan pemakaian di kantin.1 2 3 4 5

3Memiliki sijil kesihatan.1 2 3 4 5

4Sihat bekerja.1 2 3 4 5

B. DAPUR

1Suasana dapur terurus.1 2 3 4 5

2Lantai bersih dan tidak licin.1 2 3 4 5

3Alatan masak bersih sebelum dan selepas diguna.1 2 3 4 5

4Tiada air bertakung.1 2 3 4 5

BilKenyataan / Butiran Skala

C. MAKANAN DAN MINUMAN

1Sentiasa ditutup.1 2 3 4 5

2Sentiasa dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

3Makanan dimasak di sekolah.1 2 3 4 5

4Tempoh penyediaan makanan tidak terlalu lama.1 2 3 4 5

D. KEBERSIHAN

1Lantai kantin sentiasa bersih dan tidak licin.1 2 3 4 5

2Ada penyediaan tong sampah / bekas letak pinggan.1 2 3 4 5

3Ruangan beratur yang selesa.1 2 3 4 5

4Meja dan kerusi dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

E. KAWASAN PERSEKITARAN

1Longkang kantin dibersihkan secara kerap.1 2 3 4 5

2Saluran longkang tidak tersumbat.1 2 3 4 5

3Sinki dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

4Sabun cuci tangan ada disediakan.1 2 3 4 5

MAKMAL SAINS

A. PERATURAN

1Carta peraturan ada disediakan.1 2 3 4 5

2Buku penggunaan makmal disediakan.1 2 3 4 5

3Jaket makmal dan cermin mata makmal disediakan.1 2 3 4 5

4Ada label di rak.1 2 3 4 5

B. BAHAN KIMIA

1Ada label.1 2 3 4 5

2Disusun mengikut kesesuaian dan keutamaan.1 2 3 4 5

3Penggunaan mengikut sukatan yang betul.1 2 3 4 5

4Penggunaan mengikut arahan guru.1 2 3 4 5

BilKenyataan / Butiran Skala

C. KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

1Alatan kebersihan ada disediakan.1 2 3 4 5

2Ada jadual tugas kebersihan.1 2 3 4 5

3Suasana makmal ceria dan seronok.1 2 3 4 5

4Meja dan kerusi tidak berhabuk.1 2 3 4 5

D. BILIK PERSEDIAAN

1Ada pembantu makmal.1 2 3 4 5

2Bilik dalam keadaan bersih.1 2 3 4 5

3Bahan kimia dilabelkan.1 2 3 4 5

4Ada tempat khas letak bahan kimia.1 2 3 4 5

E. PERABOT MAKMAL

1Kerusi dan meja elok dan boleh digunakan.1 2 3 4 5

2Sinki berfungsi dengan baik.1 2 3 4 5

3Tiada kebocoran paip.1 2 3 4 5

4Alatan elektrik dengan baik.1 2 3 4 5

BILIK DARJAH

A. PELAN LANTAI

1Susun atur meja yang sesuai.1 2 3 4 5

2Pelan lantai kelas dipaparkan.1 2 3 4 5

3Pelan laluan kecemasan dipaparkan.1 2 3 4 5

4Meja dan kerusi cukup ikut bilangan murid.1 2 3 4 5

B. KECERIAAN KELAS

1Papan kemyataan dihias.1 2 3 4 5

2Ada kesamaan dari segi alas meja dan sebagainya.1 2 3 4 5

3Langsir bersih dan tidak berdebu.1 2 3 4 5

4Lantai bersih dan tiada sampah.1 2 3 4 5

BilKenyataan / Butiran Skala

C. PERABOT KELAS

1Meja dan kerusi dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

2Penyapu dan tong sampah disediakan.1 2 3 4 5

3Borang perabot kelas dipaparkan.1 2 3 4 5

4Cermin tingkap bersih / tiada habuk.1 2 3 4 5

D. ALATAN ELEKTRIK

1Lampu dan kipas berfungsi.1 2 3 4 5

2Alatan rosak dibaiki / diganti.1 2 3 4 5

3Ada pemeriksaan.1 2 3 4 5

4Borang lapor kerosakan disediakan.1 2 3 4 5

E. LAIN-LAIN

1Engsel cermin berfungsi dan tidak berkarat.1 2 3 4 5

2Pintu kelas berfungsi dengan baik.1 2 3 4 5

3Ada ruang sudut bacaan.1 2 3 4 5

4Jeriji dan besi dalam kelas tidak berkarat.1 2 3 4 5

BANGUNAN SEKOLAH

A. TANDAS

1Dibersihkan setiap hari.1 2 3 4 5

2Ada jadual pemeriksaan.1 2 3 4 5

3Pemeriksaan dilakukan secara kerap.1 2 3 4 5

4Tandas berfungsi dengan baik.1 2 3 4 5

B. BILIK SUKAN

1Alatan sukan disusun kemas dan teratur.1 2 3 4 5

2Alatan sukan dilabelkan.1 2 3 4 5

3Ada buku daftar penggunaan alat.1 2 3 4 5

4Bilik sentiasa dalam keadaan bersih.1 2 3 4 5

BilKenyataan / Butiran Skala

C. BILIK GURU

1Susun atur meja sesuai.1 2 3 4 5

2Bilik kemas dan selesa.1 2 3 4 5

3Ada label nama guru.1 2 3 4 5

4Meja dan kerusi dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

D. KAKI LIMA BANGUNAN

1Lantai bersih dan tidak kotor.1 2 3 4 5

2Ada kata-kata hikmah digantung di siling kaki lima.1 2 3 4 5

3Longkang bersih dan tidak tersumbat.1 2 3 4 5

4Laluan selamat dan mudah untuk berjalan.1 2 3 4 5

E. ALAT PEMADAM API

1Dalam keadaan baik.1 2 3 4 5

2Diselenggara mengikut jadual.1 2 3 4 5

3Diletakkan di tempat yang sesuai.1 2 3 4 5

4Ada carta penggunaan alat pemadam api.1 2 3 4 5

3.0 LAPORAN ANALISIS DAN PENILAIAN HASIL PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN PROGRAM AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH

Pemantauan dan pemeriksaan yang dilaksanakan melibatkan Ahli Jawatankuasa Program 2K yang terdiri daripada 5 orang ahli. Hasil daripada borang maklum balas adalah seperti berikut mengikut markah.

Secara keseluruhannya, Sekolah Kebangsaan Seri Binjai berjaya mencapai objektif program yang dilaksanakan. Semua warga sekolah telah berusaha bertungkus lumus bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan jaya. Penilaian yang dilaksanakan ini dilakukan dua hari selepas Program 2K berlangsung. Ini bertujuan memberikan semua warga sekolah melaksanakan idea-idea yang telah dirancang bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat.

4.1KELEBIHANHasil daripada maklum balas yang dilaksanakan oleh penilai mendapati, kelebihan yang ada dari segi kebersihan dan keselamatan sepanjang program ini dilaksanakan adalah:1. Pagar-pagar yang rosak telah diperbaiki hasil daripada sumbangan persendirian.2. Kawasan longkang semakin bersih hasil daripada kekerapan menembak air ke arah lumut yang ada di longkang.3. Penggunaan buku daftar guna bilik khas telah disediakan dan dikemas kini.4. Banyak pelabelan telah dilakukan.5. Bilik guru semakin kemas dan terssusun.6. Kantin semakin bersih dan selesa.7. Engsel-engsel tingkap yang rosak telah disembur dengan minyak.

4.2KELEMAHANHasil daripada maklum balas yang dilaksanakan oleh penilai mendapati, kelemahan yang ada dari segi kebersihan dan keselamatan sepanjang program ini dilaksanakan adalah:1. Ada pintu-pintu tandas murid tidak dapat dibaiki akibat tiada peruntukan.2. Kawasan belakang sekolah tidak dapat dipagar kerana kekurangan pagar.3. Ada tiang-tiang gol yang telah rosak tidak dapat dibaiki.4. Masih lagi kekurangan kata-kata hikmah di siling kaki lima.5. Masa memotong rumput agak panjang kerana mengambil masa dua hari baru dapat selesaikan keseluruhan padang.6. Lampu dan kipas yang rosak masih belum dibaiki.

4.3CADANGANHasil daripada maklum balas yang dilaksanakan oleh penilai mendapati, cadangan yang boleh ditambah baik untuk program ini adalah:1. Mencari dana yang mencukupi bagi menampung kos-kos tertentu seperti pembaikan pintu, lampu dan kipas. 2. Melibatkan masyarakat sekitar dalam program gotong-royong.3. Memohon kerjasama pihak majlis tempatan terutama pemebersihan longkang atau parit di luar kawasan sekolah.4. Wujudkan lagi kata-kata hikmah bukan sahaja di kaki lima sekolah malah di kantin atau pintu masuk sekolah.5. Teruskan lagi penilaian seperti ini bagi memupuk semangat cintakan kebersihan dan keselamatan sekolah dalam diri warga sekolah.

4.4KESIMPULANSemoga program seperti ini dapat diteruskan meskipun bertukar pucuk pimpinan. Program seperti ini tidak seharusnya dilaksanakan hanya mengikut musim dan mesti dilakukan secara berterusan. Oleh itu, amalan kebersihan dan keselamatan sekolah perlu melibatkan pelbagai pihak bagi menampung kos kewangan dan tenaga kerja terutama apabila melibatkan gotong-royong. Oleh itu diharap semua pihak terutama guru-guru sentiasa memantau kebersihan dan keselamatan sekolah. Bagi murid-murid pula, jadikanlah sekolah ini seperti rumah anda sendiri kerana SEKOLAH INI RUMAHKU.

2,984 patah perkataan

4.0 BIBLIOGRAFI

Mohd Noorazam Abdul Razak. et.al. (2013) , HBHE3203 Kebersihan dan keselamatan persekitaran. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Norazhan Che Lan. (2012). HBHE 2103 Program bersepadu sekolah sihat. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

http://koleksitugasan.blogspot.com / 2012 / 05 / sitologi-ciri-keselamatan-makmal.

http://laksamanaceria. blogspot. com / 2009 / 03 / 3K kebersihan keceriaan dan keselamatan

http://terataksalju 8182 . blogspot .com / 2011 / 04 / amalan kebersihan sekolah

http://www.moe.gov.my / v / program 3K

Idham Khalil B Abdul Muluk 14820425085139001

Sheet1Bil Penilai Persekitaran SekolahKantinMakmal SainsBangunan SekolahBilik DarjahMarkah Penuh1Penilai 11717191818892Penilai 21817191918913Penilai 31718181918904Penilai 41919191818935Penilai 5181918191892Markah 8990939390455Markah Keseluruhan100100100100100500Peratus Keseluruhan 89.00%90.00%93.00%93.00%90.00%91.00%