hbef3503 tajuk kursus -...

3
KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER : MEI 2015 (MOD PEDALAMAN) SOALAN TUGASAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan untuk melaksanakan program pendidikan inklusif aliran arus perdana dan juga program integrasi pendidikan khas (SEIP) di sekolah arus perdana ataupun sekolah pendidikan khas. Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka. Untuk mencapai matlamat ini, KPM perlu memastikan semua guru diberi latihan dalam pendidikan khas supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran yang efektif dan bersesuaian dengan murid berkeperluan khas. Anda sebagai seorang guru yang sedang meningkatkan profesionalisme diri harus menyokong hasrat KPM ini; dan perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan program pendidikan inklusif di sekolah sendiri. Adakah anda bersedia untuk membantu murid yang berkeperluan khas di sekolah anda?

Upload: vuongtuyen

Post on 06-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF3503 TAJUK KURSUS - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF3503/201503090401... · KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER ... Laporan

KOD KURSUS : HBEF3503

TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF

SEMESTER : MEI 2015 (MOD PEDALAMAN)

SOALAN TUGASAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan untuk melaksanakan

program pendidikan inklusif aliran arus perdana dan juga program integrasi

pendidikan khas (SEIP) di sekolah arus perdana ataupun sekolah pendidikan

khas. Matlamatnya adalah untuk memastikan setiap murid berkeperluan khas

mendapat akses kepada pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan

keperluan khusus mereka.

Untuk mencapai matlamat ini, KPM perlu memastikan semua guru diberi latihan

dalam pendidikan khas supaya mereka dapat melaksanakan pengajaran yang

efektif dan bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.

Anda sebagai seorang guru yang sedang meningkatkan profesionalisme diri

harus menyokong hasrat KPM ini; dan perlu bertanggungjawab dalam

melaksanakan program pendidikan inklusif di sekolah sendiri. Adakah anda

bersedia untuk membantu murid yang berkeperluan khas di sekolah anda?

Page 2: HBEF3503 TAJUK KURSUS - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF3503/201503090401... · KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER ... Laporan

Sebagai langkah persediaan, anda perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

Aktiviti 1:

Sebelum boleh mengajar murid berkeperluan khas, anda perlu menjawab

persoalan-persoalan berikut:

• Siapakah individu-individu yang boleh dikategorikan sebagai berkeperluan

khas?

• Bagaimanakah anda mengenalpasti seseorang murid berkeperluan khas?

(menggunakan instrumen khas atau melalui cerapan tingkahlaku tertentu

atau lain-lain cara).

• Apakah kaedah/teknik pembelajaran dan pengajaran yang anda boleh

gunakan supaya bersesuaian dengan murid berkeperluan khas?

• Apakah keperluan fizikal atau sokongan infrastruktur yang mesti

disediakan untuk murid berkeperluan khas?

Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, anda perlu membuat rujukan-

rujukan berkaitan. Sediakan jawapan anda dalam bentuk e-portfolio yang

perlu dimuatnaik ke portal EpiC.

Aktiviti 2:

Hasil daripada Aktiviti 1; anda diharapkan telah dapat meningkatkan ilmu dalam

pendidikan khas. Seterusnya anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil salah satu cara menilai murid berkeperluan khas yang telah

anda kenalpasti dalam Aktiviti 1; dan nilai murid-murid dalam kelas

yang anda ajar sekarang; atau di mana-mana kelas di sekolah anda;

• Setelah mengenalpasti murid yang berkeperluan khas, dapatkan

maklumat terperinci latar belakang murid tersebut;

Page 3: HBEF3503 TAJUK KURSUS - epic.oum.edu.myepic.oum.edu.my/epic_upload/assignment/HBEF3503/201503090401... · KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER ... Laporan

• Cadangkan satu perancangan terperinci bagaimana anda akan

mengajar murid berkeperluan khas tersebut; termasuk alat bantu yang

sesuai yang boleh disediakan untuk murid sedemikitan;

• Jelaskan juga bagaimana anda atasi halangan-halangan yang

mungkin wujud dalam usaha pembelajaran dan pengajaran anda ini.

Laporan hasil Aktiviti 2 perlu dimuatnaik dalam bentuk e-portfolio juga.

Aktiviti 3:

Anda perlu membuat refleksi ke atas hasil Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Antara perkara

yang perlu direnungkan adalah:

• Adakah sekolah anda bersedia untuk melaksanakan program pendidikan

inklusif?

• Adakah anda rasa yakin diri untuk mengajar murid-murid berkeperluan

khas?

• Apakah perasaan anda sebagai seorang guru jika dapat mendidik

seorang murid berkeperluan khas?

• Lain-lain perkara yang berkaitan.