hbef3503 nasip

Upload: zauhari-hussein

Post on 04-Jun-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    1/17

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER :SEPTEMBER 2013

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIFKAJIAN DOKUMEN (T1A1)

    SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA MELAYU

    MATRICULATION NO. : 690307125125001

    IDENTITY CARD NO. : 690307125125

    TELEPHONE NO. : 0198697851

    E-MAIL : [email protected]

    LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    2/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    1

    ISI KANDUNGAN

    BIL TAJUK M/S

    1.0 PENGENALAN 2

    2.0 KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS 3

    3.0 CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

    DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

    4

    3.1 M engenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pengli hatan Dan Cara

    Pengajaran

    5

    3.2 M engenalpasti Kanak-kanak B ermasalah Pendengaran DanCara Pengajar an

    6

    3.3 Kanak-k anak Bermasalah Per tuturan Dan Cara Pengajaran 7

    3.4 M engenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran D anCara Pengajar an.

    8

    4.0 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF 10

    4.1 Keper luan K esamarataan H ak Asasi 10

    4.2 Keper luan Pendidikan Berkuali ti 11

    4.3 Keper luan Sosial 12

    5.0 KEPERLUAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN INKLUSIF 12

    6.0 PENUTUP 14

    RUJUKAN 16

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    3/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    2

    1.0 PENGENALAN

    Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar

    bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan

    khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja.

    Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya

    melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan

    perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam

    kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.

    Namun menurut John C (2010), permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat.

    Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program

    inklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari

    aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.

    Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada

    murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas

    kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup.

    Pendidikan adalah hak asasi semua manusia dan dari segi falsafahnya, semua insan di dunia

    ini mempunyai hak untuk belajar dan mengetahui sesuatu. Apabila berbicara tentang peluang

    pendidikan terhadap pelajar berkeperluan khas, mereka juga mempunyai minat, hasrat dan

    cita-cita yang setanding dengan individu normal. Menurut Lokman (2009), mereka juga perludiberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih

    daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai

    kecerdasan kognitif yang setanding dengan individu yang sempurna malah mereka mampu

    melebihi pencapaian pelajar yang normal.

    Apabila memperkatakan tentang pendidikan khas, ianya juga sinonim dengan istilah

    pendidikan inklusif iaitu pendidikan bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas. Perkataan

    inklusif ini diambil daripada perkataan inggeris Inclusive yang memberikan maksud

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    4/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    3

    merangumi. Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan maksud inklusif secara

    umumnya adalah mengintegrasikan murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah

    biasa, supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan belajar dalam keadaan

    normal seperti murid-murid lain tanpa mengira status.

    Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang

    direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak

    yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau

    kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan

    Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan

    pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Mohd Najib (2006) pula

    mengatakan Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak

    disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah

    biasa.

    2. KATEGORI INDIVIDU BEKEPERLUAN KHAS

    Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada

    murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah

    pembelajaran. Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah

    tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention

    deficit hyperaktie disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaranspesifik seperti disleksia.

    Pendekatan pendidikan inklusif adalah antara beberapa pilihan yang ada untuk KBK di

    Malaysia. Dalam konteks definisi pendidikan khas di Malaysia, pendekatan ini masih terbatas

    dilaksanakan mengikut acuan Malaysia serta terdapat di sekolah-sekolah tertentu sahaja.

    Terdapat pelbagai kategori KBK dalam pengaturan inklusif. Namun begitu terdapat 4

    kategori KBK yang boleh didapati di merata sekolah dalam aliran perdana. Mereka ialah

    dalam kategori masalah :

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    5/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    4

    i. fizikal (cacat anggota)

    ii. emosi dan tingkah laku (autisma dan ADHD)

    iii. pembelajaran khusus Disleksia (dyslexia)

    iv. penguasaan kemahiran 3M

    Pada umumnya perkembangan fizikal, mereka adalah setara dengan perkembangan rakan

    sebaya yang normal. Dengan demikian, ramai guru dan ibu bapa tidak menyedari masalah

    sebenar kanak-kanak ini. Menurut Supiah Saad (2010), akibatnya mereka dianggap malas

    atau degil atau bermasalah, malah ada yang dianggap biadab apabila mereka tidak dapat

    memenuhi kehendak norma bilik darjah atau persekitaran pembelajaran atau tatasusila

    masyarakat setempat atau sekolah.

    3. CARA MENGENALPASTI INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS DANPENGAJARAN YANG BERKESAN

    Guru perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti

    mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan atau

    asthma. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan

    psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup

    mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian. Selain itu, guru juga perlu peka kepada

    keperluan murid. Misalnya seseorang kanak-kanak cerebral palsi boleh menggunakan

    komputer atau pen ataupun pensil yang tidak memerlukan tekanan yang kuat sekiranya ada

    tugasan melibatkan penulisan. Penggunaan pemegang buku (book holders ) ataupun buku

    teks elektronik dapat membantu kanak-kanak yang tidak berupaya memegang buku.

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    6/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    5

    3.1 M engenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pengli hatan Dan Cara Pengajaran

    Kanak-kanak yang diketegorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan

    penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan menganggu pembelajaran. Mereka

    berkemungkinan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan

    terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan

    penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

    Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai buta pula tidak dapat menggunakan penglihatan

    untuk pembelajaran. Mereka bergantung kepada pendengaran dan sentuhan. Kanak-kanak ini

    pada kebiasaan mempunyai kecerdasan yang normal seperti kanak-kanak lain dan boleh

    belajar seperti biasa jika kemudahan serta perkhidmatan sokongan disediakan untuk mereka.

    Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan

    perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak

    terjejas daripada segi neuron tetapi dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka

    tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh

    memberi kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mungkin mempunyaikonsep kendiri yangrendah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh

    menggalakkan pergantungan kepada guru atau rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

    Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan kepada

    perkembangan bahasa. Misalnya, seseorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai

    conto h untuk perkataan bulat menghuraikannya dengan jelas jika dibanding dengan kanak -

    kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Seseorang guru boleh mengesan mereka yang berpontensi mengalami masalah penglihatan melalui simptom-simptom yang ditunjukkan

    pada kanak-kanak ini.

    Kanak-kanak bermasalah penglihatan biasanya akan mengerutkan mata atau menutup sebelah

    mata untuk tujuan penglihatan. Selain itu, mereka juga asyik menggosok mata tanpa sebab

    dan menyebabkan mata merah dan bengkak. Kanak-kanak juga sering mengadu pening

    kepala atau loya. Apabila membaca kanak-kanak akan memegang buku terlalu dekat atau

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    7/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    6

    terlalu jauh untuk mengimbangkan penglihatan mereka.

    Dari sudut penjaran yang berkesan terhadap kanak-kanak in pula, guru boleh menyediakan

    bahan pembacaan yang mempunyai saiz yang besar dan sesuai ataupun bahan audio untuk

    membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan juga hendaklah jelas seperti

    hurufnya mempunyai perbezaan warna yang ketara dengan latar belakang kertas yang terlalu

    banyak perkataan atau ayat dalam satu muka surat.

    Semasa menulis di papan putih pula, guru bolelah menyebut secara lisan bahan yang tulis

    untuk kemudahan kanak-kanak ini. Pengalaman kanak-kanak ini telah diperluaskan dengan

    memberi mereka aktiviti hands -on. Di samping itu, guru juga perlu memberi perhatian

    kepada susunan bilik darjah dengan memastikan kedudukan kanak-kanak tersebut

    berhampiran dengan papan. Susunan bilik darjah seharusnya memudahkan pergerakan

    kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi mereka akses yang mudah berada dalam

    bahan-bahan pembelajaran.

    3.2 M engenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran Dan Cara Pengajaran

    Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak

    bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima

    pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak perlu menerima

    pendidikan menggunakan teori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan keupayaan

    mendengar diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan sebagai pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 10 decibel. Mereka yang

    tergolong sebagai separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan mendengar antara

    20 hingga 60 decibel.

    Masalah pendengaran terdiri daripada beberapa tahap dan ada yang dapat dikenal pasti

    apabila kanak-kanak tersebut telah berumur beberapa tahun. Seseorang guru peka kepada

    petanda masalah ini menunjukkan simptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang

    telah disebut. Mereka juga menghadapi kesukaran untuk mengikut arahan dan salah faham

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    8/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    7

    kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana mereka sering salah sebutan

    dan mempunyai nada suara yang lebih tinggi atau rendah dan memusingkan kepala untuk

    mendengar. Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.

    Ketidakupayaan berkomunikasai ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi ,

    bahasa dan kognitif individu tersebut.

    Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-

    sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-

    guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini

    semasa memberi arahan atau mengajar. Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan

    kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru. Guru-guru juga perlu mengelak

    daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi

    grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid. Oleh sebab itu, amatlah penting untu

    menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau

    gangguan bunyi lain.

    Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanakini. Oleh itu, guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk

    mengeja.Sungguhpun begitu, pada hari ini komunikasi secara keseluruhan lebih digalakkan di

    mana ia melibatkan pertuturan, pembacaan, bahasa isyarat dan bahasa badan.

    3.3 Kanak-kanak Bermasalah Per tutu ran Dan Cara Pengajaran

    Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap,

    masalah suara dan masalah bahasa. Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan

    suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjad i

    caya. Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan

    mereka. Ia biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu

    diberi perhatian.

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    9/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    8

    Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di

    mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku

    kata atau perkataan. Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin

    menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat. Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara

    seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau

    rendah atau nada yang sama dan tidak berubah .

    Masalah bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak memponyai kaitan dengan sistem saraf

    pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan

    perkataan. Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang yang menghadapi

    kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan. Ia juga melibatkan kesukaran dalam

    menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

    Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu

    dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial. Ia mungkin

    tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa. Masalah bahasa memberi

    kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

    Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh

    digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan

    yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan

    menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau

    menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap ini juga

    boleh dibantu melalui terapi.

    3.4 M engenalpasti Kanak-kanak Bermasalah Pembelaj aran Dan Cara Pengajaran

    Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi. Ia tidak berkaitan dengan IQ

    seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak

    yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi

    perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    10/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    9

    memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama

    seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

    Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima,memproses, menganalisis dan

    menyimpan maklumat.Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses

    psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.

    Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir, bertutur, membaca,

    menulis,megeja ataupun mengira.

    Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar

    pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.

    Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi. Antara

    masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran

    akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi,

    metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

    Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan merekadi sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

    Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru. Ini

    akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-

    murid ADHD. Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini

    diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

    Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut. Selain itu, Objektif

    pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan

    segera. Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang. Beri peluang kepada murid

    hihiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif di sampng tugasan yang

    ringkas.

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    11/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    10

    4. KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

    Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi

    memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima

    pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak

    ber keperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan

    Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan

    pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan

    inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan

    khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem

    pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan

    pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

    4.1 Keper luan Kesamarataan H ak Asasi

    Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran

    bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap

    kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta

    Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang

    mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,

    Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata

    termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untukgolongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan

    dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

    Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak

    bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah

    suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang

    diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    12/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    11

    memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,

    sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

    Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama

    menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti.

    Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini

    dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan

    kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

    4.2 Keperl uan Pendidikan Berk uali ti

    Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk

    mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan

    kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,

    demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik

    untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana

    pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan

    bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan

    pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan

    kepada golongan bekeperluan khas .

    Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran

    masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk

    berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan

    kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan

    prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu

    persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di

    sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk

    memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    13/17

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    14/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    13

    Pendidikan adalah satu wacana yang penting bagi merealisasikan matlamat negara maju.

    Seperti yang kita ketahui, sebahagian besar masa pelajar-pelajar adalah di dalam bilik darjah.

    Ia merupakan satu tempat bagi pelajar-pelajar berkumpul untuk belajar tanpa mengira latar

    belakang. Manakala pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru

    mengawal pelajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

    lancar. Pengurusan bilik darjah yang baik dapat mengurangkan masalah disiplin dan

    meningkatkan prestasi pelajar. Seiring dengan itu, pembangunan dan iklim bilik darjah yang

    kondusif perlu diubah suai mengikut keperluan pelajar biasa dan pelajar yang berkeperluan

    khas khususnya. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di bawah pendidikan khas iaitu,

    perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu istimewa atau

    kurang upaya yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, masalah

    pendengaran, masalah penglihatan, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

    Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi

    penilaian yang berbeza untuk pelajar kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi

    menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankanujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak

    boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang

    demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan pelajaran, penyesuaian

    yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan

    bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi

    pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Menurut Zainudin (2004), golongan ini juga

    berhak mendapat kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasiterhadap ketidakupayaan mereka.

    Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan pelajar terutamanya untuk tujuan pengajaran

    dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan penyediaan

    infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di sekolah-

    sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan asessibiliti

    bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur yang

    standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    15/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    14

    infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran pendidikan

    khas.

    Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, susun atur sesebuah bilik

    darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah agak berbeza berbanding dengan di

    peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik darjah khususnya susunan tempat

    duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi pengajaran Pendidikan Islam haruslah

    sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa. Susunan yang

    berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak menghampiri pelajar. Susunan perabot

    seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja kumpulan yang selesa dan kemas akan

    menimbulkan suasana ceria bagi pelajar menjalani proses pembelajaran. Secara amnya,

    ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter

    persegi (9 m 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah di sekolah-sekolah sama ada di bandar

    mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang ditetapkan. Keselesaan pelajar bukan lagi

    menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan kerana pencapaian pelajar bergantung

    kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta pihak sekolah. Menurut Purkey dan Smith

    (1983), persekitaran sesebuah sekolah memainkan peranan yang penting dalam menentukankejayaan seseorang pelajar.

    6. PENUTUP

    Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di akui untukmengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi

    keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru biasa

    dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang

    terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah

    dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dalam kelas inklusif hendaklah bersedia

    untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu

    belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada

    yang dirancangkan. Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    16/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    15

    perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berpendidikan khas yang mempunyai

    berbagai-bagai perbezaan individu. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama

    semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan

    Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan

    bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan Malaysia di

    persada dunia.

  • 8/13/2019 HBEF3503 Nasip

    17/17

    HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

    16

    RUJUKAN

    Akta Pendidikan 1996

    Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol.24. No. 1 (pp. 3-6)

    Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education. ,

    Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with

    disabilities : On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA:Corwin Press.

    Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasionaluntuk Pelajar Berkeperluan Khas . Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

    Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak- kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa . Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

    Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas

    dan Pelajaran Normal . Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

    Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia . Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian PelajaranMalaysia.

    Sabilah Binti Wahab. 2006 . Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah PembelajaranTerhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor

    Baru . Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review . The Elementary School

    Journal, 83(4), 427 452.Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya

    golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402 406.