hbef2703_tugasan 1_sajidin jais-781218135077001

17

Click here to load reader

Upload: dinct1978

Post on 05-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HBEF2703_Tugasan 1_Sajidin Jais-781218135077001

TRANSCRIPT

PERSATUAN BAHASA MELAYUSEKOLAH KEBANGSAAN BAKO, KUCHINGDisediakan oleh: En. Sajidin jais

LATAR BELAKANG:Persatuan Bahasa Melayu merupakan salah satu persatuan yang bergiat aktif bersama-sama dengan persatuan dan kelab-kelab lain yang wujud di sekolah ini. Persatuan ini telah diwujudkan sejak tahun 1985 bersama-sama dengan pembukaan sekolah ini. Persatuan ini telah ditubuhkan oleh seorang guru yang bertindak sebagai Ketua Panitia pada masa itu. Persatuan ini telah dirasmikan oleh En. Abdullah bin Aziz selaku Pengetua Sekolah Menengah Bako pada masa itu. Pada masa itu jumlah ahli persatuan ini seramai 800 orang. Ini kerana pada masa itu semua pelajar diwajibkan menjadi ahli persatuan ini dengan alasan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran wajib. Namun jumlah ahli persatuan Bahasa Melayu kini hanya seramai 80 orang pada tahun 1999. Ini kerana para pelajar dibenarkan menyertai persatuan dan kelab lain sebagai memenuhi syarat Ko-Kurikulum di sekolah ini.

STRUKTUR ORGANISASI:Penaung : Tn. Hj. Ahmad bin Sauti ( Guru Besar )Penasihat : En. Amat Tarip ( GPK 1 ): En. Iskandar Fadeli ( GPK HEM ): Pn. Suzana Maliki (GPK KK)Ketua Panitia: En. Abdul Wahab bin AwangGuru Penasihat: Puan Ruzaimah binti Aman ( Ketua ): En. Abd Razak bin Md Dadi: En. Tukiman bin Sarmin: En. Johar bin Ahmad: En. Wakiran bin Paujan: En. Halim bin Nasoha: Puan Lizana binti Md Nor: Puan Mariah binti ManapPengerusi (Pelajar): Mohd Syahrizal bin M. SallehNaib Pengerusi ( Pelajar ) : Norhaidah binti WahabSetiausaha Bendahari : Marlina Md Jailani Hairuddin bin YunosAhli Jawatankuasa:Melati Muhamad: Rohaizad Awing: Zuhaidah Tenah: Mohd Fazli Aziz: Norfatimah Yahya: Mohd Hafifi Hamzah: Mohd Najib Abdul Karim

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU SR 2013PERINGKAT SEKOLAH

KERTAS KONSEPPERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYUSEKOLAH RENDAH MALAYSIA

1.0 PENDAHULUANBercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.

2.2Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.

2.4Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.

2.5Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan bahan rangsangan.

2.6Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.

2.7Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan rangsangan.

3.0 PENGELOLAANPertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.

4.0 PENYERTAANPertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bako.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama :Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah4.2 Bahagian Kedua :Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 6.

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 PERINGKAT SEKOLAH

5.1.1Panitia Bahasa Melayu bertanggungjawab mengelolakan pertandingan Di kalangan murid.5.1.2Guru besar akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Sekolah.5.1.3Pertandingan di peringkat sekolah mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat daerah.5.1.4Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.

5.2SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.2.1Penyertaan terbuka kepada murid-muridTahap Satu (Tahun 3) dan Tahap Dua(Tahun 4, 5 dan 6)Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

5.2.2Hanyaseorang peserta sahajamewakili tahap masing-masing dibenarkan mengambil bahagian bagisetiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri ke peringkat kebangsaan.

5.2.3Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :5.2.3.1Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran. 5.2.3.2 Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.5.2.3.3Cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.5.2.3.4Hasil karya sendiri.

5.2.4Kualiti cerita5.2.4.1Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.5.2.4.2Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.5.2.4.3Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.5.2.4.4Untuk cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang dibenarkan membawa cerita haiwan.

5.3.5Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

5.3.6Loceng akan dibunyikan 2 kali pada ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.

5.3.7Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.

5.3.9Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

5.3.10Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

5.3.11Peserta digalakkan memakaikostum.

5.3.12Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.

5.3.13Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08 ) minit.

* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah

Dari (minit)Hingga (minit)Markah Dipotong

05.5905.301 markah

05.2905.302 markah

04.5904.303 markah

04.2904.004 markah

< 04.00 ke bawah5 markah

*Lebih daripada 08 minit

Dari (minit)Hingga (minit)Markah Dipotong

08.0108.291 markah

08.3008.592 markah

09.0109.293 markah

09.3009.594 markah

>10.00 ke atas5 markah

Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.5.3.14Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

5.3.14.1 Menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;5.3.14.2Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;5.3.14.3 Dibantu oleh orang lain;5.3.14.4 Menggunakan props, back-drops, muzik atau kesan bunyi.

5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:i)teknik persembahanii)bahasa dan pertuturaniii)penghayatan cerita

5.3.17Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pelajaran Negeri berserta salinan sijil kelahiran.

5.3.18 Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah tujuh (07) orang manakala di peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang. Di peringkat daerah pula sekurang-kurangnya tiga (03) orang menghakimi pertandingan.

5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

5.3.20Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)6.1Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.6.2Peserta perlu dikuarantin.6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan tamat.6.5Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.6.6Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).6.7Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.

7.0KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1Teknik Persembahan 20 markah7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah7.3 Penghayatan cerita 20 markah7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah7.5Mesej/nilai dalam cerita 05 markah7.6Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah7.7Kawalan suara 10 markah Jumlah 100 markah8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah8.3 Penghayatan cerita 20 markah8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah8.5Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markahJumlah 100 markah

9.0AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia