isu hina nabi muhammad saw sultan … nabi muhammad saw. setiausaha dewan diraja selangor,...

23
KERAJAAN TEGAS, PANTAS BERTINDAK selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor AKHIRNYA BAS SMART SELANGOR SAMPAI PUTRAJAYA PERCUMA 7 - 13 Mac 2019, 30 Jamadil Akhir - 5 Rejab 1440 MB JUNJUNG KASIH TITAH SULTAN INDUSTRI AEROANGKASA MAMPU JANA RM12 BILION OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita melihat ada pihak dari golongan bu- kan Islam kini secara terbuka menghina ke- peribadian Nabi Muhammad SAW. Setiausaha Dewan DiRaja Selangor, Hana- fisah Jais berkata, perbuatan menghina Nabi serta isu yang mencemar kesucian agama Islam sering berlaku hingga ke tahap mencabar ke- sabaran umat Islam. Katanya, baginda turut mengingatkan kepada rakyat khususnya bukan beragama Islam supaya menghentikan perbuatan mempersendakan keperibadian Rasulullah SAW dan mencemar kesucian Islam kerana ia boleh menggugat ke- harmonian dan perpaduan selain permusuhan berpanjangan antara kaum serta agama. “Agama Islam perlu dihormati setiap rakyat di negara ini kerana ia adalah agama Perseku- tuan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. “Walaupun perbuatan ini adalah kesalahan di bawah undang-undang dan hukuman juga dikenakan kepada pihak terbabit namun ia ma- sih tetap berlaku seolah-oleh tiada kesan ter- hadap tindakan yang diambil,” katanya dalam kenyataan. Hanafisah berkata, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri turut menegaskan bahawa memelihara maruah agama dan jun- jungan Nabi adalah tuntutan utama dalam maqasid syariah sekali gus menjadi tanggung- jawab umat Islam mempertahankannya. “Oleh itu, peringatan Baginda perlu diambil serius oleh rakyat keseluruhannya jika ingin- kan keharmonian dan perpaduan. “Umat Islam juga perlu sentiasa berwaspa- da dalam melontarkan sebarang pandangan berkaitan dengan agama lain. “Malah Allah SWT melarang keras umatnya mencerca sembahan agama lain kerana ia pe- nyebab kepada berlakunya ketidakharmonian hidup dalam masyarakat,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, Ahli Dewan DiRaja negeri menjunjung segala titah Baginda dan turut merasa terkesan dengan kekecewaan dilahirkan Baginda. “Penyiasatan terperinci terhadap mereka yang disyaki melakukan kesalahan perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diam- bil terhadap mereka yang tidak bertanggung- jawab,” katanya. ISU HINA NABI MUHAMMAD SAW SULTAN SELANGOR DUKACITA EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: doanduong

Post on 15-Jun-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERAJAAN TEGAS, PANTAS BERTINDAK

MB: BONUS LEBIH DUA BULAN

PTPTN UMUM DIVIDEN EMPAT PERATUS SSPN

MB: BONUS LEBIH DUA BULAN

PTPTN UMUM DIVIDEN EMPAT PERATUS SSPN

PTPTN UMUM DIVIDEN EMPAT PERATUS SSPN

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

AKHIRNYA BAS SMART SELANGOR SAMPAI PUTRAJAYA

PERCUMA 7 - 13 Mac 2019, 30 Jamadil Akhir - 5 Rejab 1440

MB JUNJUNG KASIH TITAH SULTAN

INDUSTRI AEROANGKASA MAMPU JANA RM12 BILION

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita melihat ada pihak dari golongan bu-kan Islam kini secara terbuka menghina ke-peribadian Nabi Muhammad SAW.

Setiausaha Dewan DiRaja Selangor, Hana-fisah Jais berkata, perbuatan menghina Nabi serta isu yang mencemar kesucian agama Islam sering berlaku hingga ke tahap mencabar ke-sabaran umat Islam.

Katanya, baginda turut mengingatkan kepada rakyat khususnya bukan beragama Islam supaya menghentikan perbuatan mempersendakan keperibadian Rasulullah SAW dan mencemar kesucian Islam kerana ia boleh menggugat ke-harmonian dan perpaduan selain permusuhan berpanjangan antara kaum serta agama.

“Agama Islam perlu dihormati setiap rakyat di negara ini kerana ia adalah agama Perseku-tuan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun perbuatan ini adalah kesalahan di bawah undang-undang dan hukuman juga dikenakan kepada pihak terbabit namun ia ma-sih tetap berlaku seolah-oleh tiada kesan ter-

hadap tindakan yang diambil,” katanya dalam kenyataan.

Hanafisah berkata, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri turut menegaskan bahawa memelihara maruah agama dan jun-jungan Nabi adalah tuntutan utama dalam maqasid syariah sekali gus menjadi tanggung-jawab umat Islam mempertahankannya.

“Oleh itu, peringatan Baginda perlu diambil serius oleh rakyat keseluruhannya jika ingin-kan keharmonian dan perpaduan.

“Umat Islam juga perlu sentiasa berwaspa-da dalam melontarkan sebarang pandangan berkaitan dengan agama lain.

“Malah Allah SWT melarang keras umatnya mencerca sembahan agama lain kerana ia pe-nyebab kepada berlakunya ketidakharmonian hidup dalam masyarakat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Ahli Dewan DiRaja negeri menjunjung segala titah Baginda dan turut merasa terkesan dengan kekecewaan dilahirkan Baginda.

“Penyiasatan terperinci terhadap mereka yang disyaki melakukan kesalahan perlu segera dilaksanakan dan tindakan pendakwaan diam-bil terhadap mereka yang tidak bertanggung-jawab,” katanya.

ISU HINA NABI MUHAMMAD SAW

SULTAN SELANGORDUKACITA

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

2Utama

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Rumah Selangorku

Lebih ��,��� unit menjelang ����OLEH SHEEDA FATHIL

CYBERJAYA - Sebanyak 24,869 unit Rumah SelangorKu bakal siap sepenuhnya menjelang 2025, kata Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri komited dalam memastikan kemaslahatan dan kedudukan so-sioekonomi rakyat Selangor terja-min sekali gus mampu memiliki kediaman sendiri.

Katanya, pemantauan berkala sering dibuat bagi memastikan pemaju mematuhi dan mendahu-lui pembinaan Rumah SelangorKu itu terlaksana.

“Kerajaan Negeri tidak ter-agak-agak membatalkan kelulu-san diberi sekiranya pemaju tidak

memberikan kerjasama walaupun rundingan sudah dibuat selama 18 bulan selepas kelulusan diberi.

“Malah, Kerajaan Negeri per-caya bahawa permasalahan rumah mampu milik dapat diatasi dengan lebih banyak pembinaan Rumah SelangorKu,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Pangsapuri Se-langorKu Idaman Residensi, Sek-syen 6, Selangor Cyber Valley, pada 2 Mac lalu.

Sementara itu, katanya, dengan sokongan erat daripada Kerajaan Persekutuan, beliau yakin hasrat pelaksanaan Dasar Perumahan Negara 2.0 dan Dasar Perumah-an Mampu Milik dapat direalisasi.

“Dasar yang digubalkan ini

mampu menyelesaikan banyak permasalahan perumahan an-taranya memudahkan proses kelulusan pinjaman selain me-nyeimbangkan komposisi nisbah rumah mampu milik dan harga be-bas yang jauh berbeza ketika ini.

“Selain itu, saya amat berteri-ma kasih kepada Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) kerana menyahut saranan Kera-jaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik khusus kepada rakyat Selangor,” katanya.

Berdasarkan rekod, pembinaan Rumah SelangorKu sudah melepa-si sasaran awal sebanyak 15,000 unit seperti ditetapkan pada 2018.

Manakala sehingga 31 Ogos ta-hun lalu, 28,639 unit sudah dibina dan 3,770 unit telah diserah kunci.

Amirudin menyempurnakan Majlis Pelancaran Pangsapuri SelangorKu Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cyber Valley

PKNS tawar ��� rumah mampu milikCYBERJAYA - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) komited membina 864 unit Rumah SelangorKu Idaman di Seksyen 6, Selangor Cyber Valley dengan ta-waran harga mampu milik bermu-la dari RM232,000.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, beliau memu-ji inisiatif PKNS dalam menyahut saranan Kerajaan Negeri menye-diakan rumah pada harga berpat-utan, sekali gus memberi peluang golongan berpendapatan rendah serta sederhana memiliki kedia-man sendiri.

Katanya, beliau yakin Rumah SelangorKu Idaman PKNS itu dapat merealisasikan kehidupan lebih baik terutama kepada rakyat di Selangor.

“Bercirikan gabungan seni bina unik dan moden, projek ini dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar dengan dua blok; Blok A (14 tingkat) dan Blok B (15 tingkat) dilengkapi tiga bilik tidur, dua bi-lik air serta dua parkir kereta setiap unit, termasuk empat unit mesra OKU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas men- yempurnakan Majlis Pelancaran Pangsapuri SelangorKu Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cy-

ber Valley, di sini, pada 2 Mac lalu.Sementara itu, katanya, projek

itu dijangka siap pada Disember tahun depan, manakala jangkaan Sijil Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diperoleh pada pertengahan 2021.

“Antara kelebihan projek ini adalah ia dilengkapi ruang pe-jabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, tiga unit ruang kedai, bilik pengurusan jenazah, taman permainan, ruang tadika, lif dan empat tingkat parkir bertingkat.

“Lokasinya terletak di bandar pintar berdekatan lebuh raya uta-ma seperti NKVE, LDP, SKVE, Elite dan Mex. Jarak perjalanan ke Putra-jaya sejauh 17 kilometer dan KLIA kira-kira 29 kilometer,” katanya.

Katanya, ia juga hampir dengan pelbagai kemudahan lain seper-ti pusat membeli belah seperti Shafstbury; DPulze dan institusi pendidikan antaranya Universi-ti Multimedia (MMU), Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing.

Sebarang pertanyaan boleh melayari laman sesawang www.pkns-property.com atau Facebook PKNS Property, selain hubungi wakil jualan di talian 019-2139991; 018-2051713 atau 03-89262000.

Galak pemaju sedia rumah mesra OKUCYBERJAYA - Kerajaan Negeri menggalakkan pemaju hartanah menyediakan unit rumah mes-ra Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi memberi kemudahan kepa-da golongan terbabit.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, setakat ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memberikan komitmen amat baik apabila me-nyediakan empat unit rumah mes-ra OKU di bawah projek Rumah Selangorku Idaman PKNS Sela-ngor Cyber Valley.

“Kita bercadang menambah bilangan unit mesra OKU di Sela-ngor menerusi kerjasama dengan anak syarikat Kerajaan Negeri se-cara berperingkat pada masa akan datang.

“Namun, bagi projek pemaju swasta, ia belum boleh diletakkan sebagai syarat wajib untuk menye-diakan unit mesra OKU tetapi kita menggalakkan sekiranya mereka mahu mengikut konsep seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pangsapuri SelangorKu Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cy-ber Valley, di sini, pada 2 Mac lalu.

Pada masa sama, Amirudin ya-kin penyediaan rumah mesra OKU itu pasti mendapat permintaan sekali gus memberi imej baik ke-pada pemaju hartanah.

“Saya yakin kemudahan ini ada permintaan di pasaran dan mem-berikan imej baik kepada pemaju hartanah itu sendiri,” katanya.

SHAH ALAM - Sejumlah 8,836 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi golong- an berpendapatan rendah B40 layak menerima rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM40 setiap bulan, yang bakal di-laksanakan dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pelaksanaan itu berdasarkan keputusan dilulus-kan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Pe-rubahan Iklim (MESTECC) yang dibentangkan semasa persidan-gan, pada bulan lalu.

“Pengguna elektrik yang la-yak menerima rebat ini ialah KIR

miskin tegar dan miskin yang tersenarai serta disahkan dalam sistem eKasih.

“Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 setiap bulan sepanjang 2019,” katanya pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-lis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di bangunan SUK, pada 28 Februari lalu.

Turut hadir, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Katanya, daripada jumlah isi rumah yang layak, sebanyak 6,416 masih belum mempunyai akaun TNB, kemungkinan belum

sempat membuka atau menyewa dan menggunakan kediaman mi-lik orang lain.

Manakala 2,262 lagi adalah tambahan penerima rebat berke-naan berdasarkan data tahun ini.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan cuba membantu terutama di pusat khidmat untuk membantu menukar akaun su-paya mereka mendapat peluang menikmati rebat yang disediakan.

“Senarai data KIR yang tiada akaun elektrik, MESTECC akan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri melalui pejabat Ahli Dewan Negeri,” katanya.

�,��� miskin tegar layak terima rebat TNB

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Isu hina Nabi

MB kecam, gesa dihentikanOLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Beliau berkata, titah baginda perbuatan menghina keperiba-dian Rasulullah SAW adalah satu tindakan jelik yang akan menje-

jaskan keharmonian serta per-paduan di negara ini.

“Sehubungan itu, saya men-zahirkan segenap sokongan dan menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor dan menggesa semua pihak menginsafi serta akur akan titah Tuanku.

“Justeru, saya mengula- ngi pendirian saya baru-baru ini yang mengecam sekeras-keras-nya segala bentuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW,”

katanya dalam kenyataan.Amirudin berkata, perbuatan

itu harus dihentikan serta-mer-ta supaya tidak mendatangkan kejadian yang tidak diingini se-hingga mengugat kesentosaan negeri.

"Manakala itu, DYMM Tuanku turut mengingatkan umat Islam agar tidak mencemuh agama dan kepercayaan orang bukan Islam.

“Saya menggesa pihak

berkuasa termasuklah Polis Dira-ja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tinda-kan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam isu ini,” katanya.

Terdahulu, DYMM Sultan Se-langor dukacita melihat ada pihak dari golongan bukan Islam kini se-cara terbuka menghina keperiba-dian Nabi Muhammad SAW.

Setiausaha Dewan DiRaja Se-langor, Hanafisah Jais berkata,

perbuatan menghina Nabi ser-ta isu yang mencemar kesucian agama Islam sering berlaku hing-ga ke tahap mencabar kesabaran umat Islam.

Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri turut me-negaskan bahawa memelihara maruah agama dan junjungan Nabi adalah tuntutan utama dalam maqasid syariah sekali gus menjadi tanggungjawab umat Is-lam mempertahankannya.

Kerajaan Negeri cakna kebajikan OKUSHAH ALAM - Kerajaan Negeri mewujudkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi membantu kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bantuan terbabit bertujuan membantu meringan-kan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak OKU yang ditanggung ibu bapa atau penjaga.

“Kerajaan Negeri memperun-tukkan dana bantuan khas (kece-masan) yang dimulakan dengan jumlah RM500,000 tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga kepada anak OKU teru-tama menanggung saringan ke-sihatan.

“Bantuan berkenaan boleh di-gunakan mereka untuk membeli peralatan khas bagi tujuan pemu-lihan anak-anak OKU

“Had permohonan yang ditetapkan bagi setiap keluarga adalah RM5,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-lis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di bangunan SUK, pada 28 Februari lalu.

Beliau berkata, antara syarat ditetapkan bagi bantuan khas adalah individu itu mempunyai kad OKU dikeluarkan Jabatan Ke-bajikan Masyarakat (JKM).

“Pemohon yang mempunyai atau menjaga anak OKU boleh mengisi lengkap borang permo-honan AnIS di Pusat Khidmat Ma-syarakat di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor atau layari laman web www.se-langor.gov.my,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin ber-kata, dana berkenaan juga disa-lurkan ke beberapa taska di setiap DUN supaya dapat melatih guru yang mengasuh kanak-kanak OKU terbabit.

Katanya, ia dapat meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang terpaksa meng-hantar anak mereka ke tadika khas sehingga menelan kos tinggi.

Garis dua fasa tangani peniaga warga asingSHAH ALAM - Dua fasa pelak-sanaan ditetapkan Kerajaan Ne-geri sebagai perancangan jangka pendek bagi mengatasi isu pen-jaja kecil warga asing, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, keputusan pelaksa-naan itu dipersetujui hasil perbin-cangan bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, fasa pertama akan di-gerakkan dengan memberi kese-daran kepada orang ramai untuk melaporkan kepada Pihak Berkua-sa Tempatan (PBT) berkaitan se-barang pembabitan warganegara asing dalam perniagaan.

“Ini termasuk perniagaan di tepi jalan, pasar pagi, pasar malam dan pasar tani.

“MMKN bersetuju mengarahkan semua 12 PBT di Selangor mengk-aji dan membuat penambahbaik-an kepada Undang-Undang Kecil (UUK) khususnya berkaitan dengan penjaja kecil bagi melarang pengli-batan warga asing sama ada seba-gai pekerja atau pemilik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-

Kedua terbaik pengekalan Hutan Simpan KekalSHAH ALAM - Selangor berja-ya mencapai pengekalan Hutan Simpanan Kekal (HSK) kedua ter-tinggi, di Malaysia sepanjang ta-hun lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kejayaan itu dica-pai melalui Dasar Moratorium ke atas aktiviti pembalakan (penge-luaran) diamalkan Kerajaan Ne-geri, dalam kawasan HSK selama 25 tahun berkuat kuasa, pada 2010 hingga 2035.

“Sehingga 30 Jun 2017, kelua-san HSK di Selangor adalah se-

luas lebih kurang 250,209 hektar dengan anggaran lebih kurang 31 peratus daripada keluasan negeri.

“Kerajaan Negeri komited me-ningkatkan jumlah keluasan HSK menjelang 2020 sehingga me-lebihi 250,500 hektar atau 31.6 peratus berbanding keluasan ta-nah Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-lis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di bangunan SUK, 28

Februari lalu.Berdasarkan perkembangan

positif itu, katanya, HSK perlu diuruskan secara mampan bagi menjamin kelestariannya yang berkekalan.

“HSK adalah aset dan khaza-nah yang bernilai kerana mam-pu menyumbangkan hasil dan faedah hutan secara berterusan kepada rakyat juga negeri,” ka-tanya.

Untuk rekod, HSK melipu-ti Hutan Darat Asli, Hutan Paya Gambut dan Hutan Paya Laut.

lis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di bangunan SUK, pada 28 Februari lalu.

Bagi fasa kedua, beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang merangka pelan tindakan dan pelaksanaan membabitkan agensi penguatkua-saan seperti Polis Diraja Malaysia, Imigresen, Majlis Daerah dan PBT.

Katanya, pengumuman bu-tiran dan pelaksanaan fasa ter-babit juga bakal diumumkan

dalam masa terdekat.“Kerajaan Negeri komited

dalam usaha memastikan tiada lagi penjaja kecil dalam kalangan warganegara asing,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menerima pelbagai aduan dan rungutan daripada pemimpin masyarakat berhubung lambakan penjaja dan peniaga warga asing sehingga menyukarkan peniaga serta penjaja tempatan.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

4Utama

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB

KETUA PENGARANG KUMPULAN: Fathi Aris OmarPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan TaibWARTAWAN:

Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA - Projek istimewa buat rakyat Semenyih tetap dite-ruskan walaupun Pakatan Harap-an (PAKATAN) kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih, pada 2 Mac lalu.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, projek istime-wa berkaitan pembinaan rumah itu masih lagi berlangsung dan menunggu masa dilaksanakan berdasarkan jadual ditetapkan.

“Pengumuman ini langsung ti-dak berkait dengan PRK Semenyih, perancangan sudah lama dibuat, jika kalah pun, kita bukan hendak menghukum Semenyih.

“Perancangan ini sudah dibuat dalam kerangka Belanjawan Ne-geri sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Acara Malaysia Wom-en Marathon (MWM) 2019 edisi ke tujuh di Padang Timur, di sini, pada 3 Mac lalu.

Terdahulu pada 27 Februari lalu, Amirudin ketika berkempen pada PRK Semenyih mengumum-

PETALING JAYA - Pakatan Harap-an (PAKATAN) akan menjalankan post mortem bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semen-yih, pada 2 Mac lalu.

Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari berkata, penilaian berkenaan penting bagi memastikan ke-lestarian pentadbiran PAKATAN di peringkat pusat mahupun negeri. Kata- nya, pihaknya akan melihat semua faktor kekalahan terma-suk calon, jentera, pendekatan kempen mahupun faktor serang- an pihak lawan.

“Semua faktor itu kita akan li-hat secara teliti kerana masing-masing menyumbang kepada faktor kekalahan.

SHAH ALAM - Kekalahan Paka-tan Harapan (PAKATAN) pada Pil-ihan Raya Kecil (PRK) Semenyih, pada 2 Mac lalu jelas menyaksi-kan keputusan rakyat dengan mesej jelas.

Naib Presiden PAKATAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu adalah tuntutan rakyat supaya kerajaan PAKATAN segera bertindak me-nyelesaikan masalah dan keba-jikan tanpa perlu menyalahkan mana-mana pihak.

Katanya, kerajaan perlu ber-tindak secara kolektif dalam satu semangat melaksanakan agen-da reformasi dan pembangunan untuk rakyat.

“Menginsafi suara rakyat dalam PRK Semenyih dan Ca-meron Highlands, PAKATAN

PETALING JAYA - Rancangan pem-binaan sebuah lagi klinik kesihat-an di Semenyih tetap diteruskan seperti dicadangkan walaupun keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PAKATAN).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia perlu direalisasi bagi memasti-kan penduduk di kawasan itu mendapat kemudahan perubatan kesihatan yang baik.

“Apa yang disebut oleh calon PAKATAN sebelum ini adalah se-suatu yang mustahak meman-dangkan Klinik Kesihatan di pekan

Selaras kerangka Belanjawan Selangor

Projek istimewa buat rakyat Semenyih kekal

kan Kerajaan Negeri akan mengu-mumkan satu projek besar untuk penduduk Semenyih tidak lama lagi.

Katanya, pengumuman itu adalah sebagai komitmen Kera-jaan Negeri terhadap kesejahte-raan penduduk di situ.

Namun, Amirudin tidak mem-buat sebarang pengumuman mengenainya bagi menjaga etika pilihan raya.

Pada masa sama, Kerajaan Ne- geri juga sedang mempertim-bangkan untuk membawa ke-mudahan bas percuma Smart Selangor ke Semenyih bagi me-mastikan sistem perhubungan di

sana lebih sistematik dan cekap.Keputusan PRK Semenyih me-

nyaksikan kemenangan Barisan Nasional (BN) apabila berjaya menawan semula kerusi DUN Se-menyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan mem-peroleh 19,780 iaitu majoriti 1,914 undi.

Zakaria menewaskan Muham-mad Aiman yang memperoleh 17,866 undi, Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada Parti Sosialis Malay-sia (PSM) (847 undi) dan calon Bebas yang juga seorang aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56 (725 undi).

PAKATAN kaji kekalahan“Namun, saya tidak nafikan

pertarungan agak sengit dan mendebarkan hingga ke hujung,” katanya.

Mengulas lanjut kekalahan calon PAKATAN, Muham-

mad Aiman Zainali, Amirudin berkata, beliau mengakui bukan tugas mu-dah meneruskan mandat mengekal-

kan kerusi PAKATAN di Semenyih.“Sejak 2008 lagi kita su-

dah lihat, ia agak sukar. Namun kita perlu muhasabah dan melihat bagaimana pendekatan kita de- ngan masyarakat sebelum ini.

“Walaupun begitu, saya akan melihat fakta secara menyeluruh terlebih dahulu serta meneliti keputusan undi mengikut saluran serta lokaliti secara lebih terperin-ci,” katanya.

Segera laksana pembangunan rakyat

akan segera menggarap mesej pengundi dengan mengemuka-kan inisiatif baharu sebagai lang-kah pada masa hadapan.

“Kami menjiwai sentimen diza-hirkan rakyat dan komited untuk mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan isu yang sedang membelenggu rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi ber-kata, justeru kerajaan akan segera mengambil inisiatif untuk merin-

gankan beban ekonomi rakyat.Katanya, Majlis Tindakan

Ekonomi akan segera melak-sanakan usaha mengurangkan kos sara hidup, memperkukuh pendapatan rakyat, membasmi kemiskinan dan meningkatkan tahap pemilikan rumah di ka-langan rakyat.

“Kerajaan PAKATAN juga akan menggandakan usaha melaksa-na perubahan sehingga menjadi sumber kekuatan rakyat.

“Kita harus berani dan tidak gundah-gulana untuk segera melaksanakan janji khususnya kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera yang adalah bagian integral daripada agenda nasi-onal.

“Kita akan melaksanakannya tanpa rasa apologetik atau bim-bang terhadap kritikan luar,” ka-tanya.

Pembinaan klinik tetap diteruskanSemenyih dan Beranang su-dah uzur dan sesak.

“Saya yakin kami akan dapat lokasi ta-nah dan peruntukan daripada Kerajaan Negeri untuk men-jayakan perkara ini,” katanya kepada pem-berita selepas merasmikan Acara ‘Run For Rare’ di sini, pada 3 Mac lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menetapkan anggaran masa berkaitan pembinaan klinik itu.

Sebelum ini, calon PAKATAN, Muhammad Aiman Zainali ber-hasrat menjadikan pembinaan

hospital di Semenyih se-bagai agenda utama

jika menang PRK itu memandangkan ia adalah permasala-han paling banyak diutarakan masyara-

kat setempat.Bagaimanapun pada

25 Februari lalu, Dr Dzulke-fly mencadangkan pembinaan sebuah lagi klinik kesihatan oleh kerana dua klinik di pekan Seme-nyih dan Beranang tidak boleh diperluaskan kerana kekangan tempat selain penambahbaikan fasiliti Hospital Kajang yang mana ia hospital terdekat di Semenyih.

Projek istimewa berkaitan pembinaan rumah itu masih lagi berlangsung dan menunggu masa dilaksanakan berdasarkan jadual ditetapkan.Pengumuman ini langsung tidak berkait dengan PRK Semenyih, perancangan sudah lama dibuat, jika kalah pun, kita bukan hendak menghukum Semenyih. Perancangan ini sudah dibuat dalam kerangka Belanjawan Negeri sebelum ini.AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

OLEH NAZLI IBRAHIM

KAJANG - Perkhidmatan bas per-cuma, Bas Smart Selangor diperlu-askan dengan tambahan dua lagi laluan baharu di Kajang.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Laluan KJ04 dan KJ05 itu turut menghubungkan Kompleks Perhentian Kajang ke Putrajaya.

“Akhirnya Bas Smart Selangor juga sampai ke Putrajaya hari ini.

“Penjawat awam bertugas di Putrajaya dan menetap di Kajang merupakan antara penerima man-faat Laluan KJ04 yang turut me-nghubungkan 49 hentian,” katanya.

KAJANG - Warga asing meng-gunakan perkhidmatan bas per-cuma, Bas Smart Selangor bakal dikenakan caj.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah ini sela-ras dengan dasar subsidi bersa-sar diamalkan Kerajaan Negeri untuk dinikmati pembayar uta-ma cukai kerajaan iaitu rakyat tempatan.

“Bagi memastikan perkhid-matan terbaik untuk rakyat, kita juga merangka kaedah baru sama ada pada penghujung ta-hun ini atau awal tahun hadapan, bas percuma ini akan mula men-genakan caj kepada warga asing.

“Ini juga adalah salah satu kae-dah meningkatkan rakyat tempa-

tan menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor,” katanya.

Amirudin berkata demiki-an pada Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj) Laluan Baharu KJ04 dan KJ05 di Kompleks Per-hentian Kajang, pada 1 Mac lalu.

Amirudin berkata, caj yang bakal dikenakan kepada warga asing itu nanti adalah pada ka-dar berpatutan.

Katanya, langkah yang masih dikaji mekanismenya itu diambil berikutan maklum balas peng-guna Bas Smart Selangor sejak program itu dilancarkan.

Amirudin juga percaya lang-kah ini membantu Kerajaan Ne-geri mencapai sasaran 60 peratus

pengguna jalan raya menggu-nakan perkhidmatan pengang-kutan awam berbanding 40 peratus menggunakan kender-aan persendirian menjelang 2025 hingga 2030.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, EXCO Kerajaan Tem-patan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han menjangkakan caj tam-bang Bas Smart Selangor kepada warga asing mungkin dikenakan pada kadar RM0.50 atau RM1 bagi satu perjalanan.

Bagaimanapun katanya, ka-dar berkenaan masih diperingkat kajian dan perbincangan bersa-ma Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri.

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor ,Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menghad-iri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-253 di Istana Negara yang berlangsung selama dua hari bermula 27 dan 28 Februari lalu.

Baginda turut ditemani Dato’ Menteri Besar, Amirudian Shari yang duduk bersebelahan dalam edisi mesyuarat dipengerusikan DYMM Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ser-ta Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad.

DYMM Seri Paduka Bagin-da Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat hadir buat kali pertama selepas Baginda di-tabalkan sebagai Yang di-Pertu-an Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

Sultan Selangor berkenan hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-���

Raja-Raja yang berangkat ia-lah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajud-din Syed Putra Jamalullail dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Al-marhum Tuanku Munawir.

Sementara itu, Kelantan di-wakili Tengku Mahkota Kelan-tan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Pa-hang diwakili Tengku Muda Pa-hang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat itu, Raja-Ra-ja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

MB lancar dua laluan baharu di Kajang

Akhirnya Bas Smart Selangor sampai Putrajaya

Amirudin ditemani Sze Han dan Mohd Sayuthi melihat Laluan KJ04 dan KJ05 yang merentasi Kajang dan Putrajaya

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Bas Smart Se-langor Majlis Perbandaran Ka-jang (MPKj) Laluan Baharu KJ04 dan KJ05 di Kompleks Perhentian Kajang, pada 1 Mac lalu.

Hadir sama, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan Yang Diper-tua MPKj, Dato’ Mohd Sayuthi Ba-kar

Antara hentian Laluan KJ04 adalah Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi, Universiti Kebang-saan Malaysia (UKM), Asrama UKM, sekolah-sekolah, Perpustakaan Awam, Masjid Putrajaya, Pejabat

TNB Bangi dan kawasan penem-patan.

Bagi Laluan KJ05 pula meng-hubungkan 25 hentian membabit-kan Stesen Keretapi UKM, beberapa Taman Perumahan, sekolah dan Kompleks PKNS.

Sementara itu, Mohd Sayuthi berkata, sehingga Disember 2018 seramai 3.487 juta orang sudah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor di Kajang.

“Jumlah ini semakin mening-kat sekali gus menunjukkan orang awam semakin mempunyai ke- sedaran memanfaatkan pengang-kutan awam secara percuma,” ka-tanya.

Warga asing bakal dikenakan caj

KAJANG - Perkhidmatan bas per-cuma, Bas Smart Selangor akan diperluaskan lagi dengan pertam-bahan lima laluan baharu, pada ta-hun ini.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pe-ngangkutan Awam dan Pem-bangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, Kerajaan Negeri juga bakal menambah 15 bas bagi menjayakan program itu.

“Lima laluan baru termasuk dua untuk hari ini membabitkan 15 buah bas baru akan dirasmikan tahun ini.

“Ini menjadikan kos untuk pro-gram Bas Smart Selangor pada 2019 dianggarkan menelan per-belanjaan RM30 juta” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Majlis Perbanda-ran Kajang (MPKj) Laluan Baharu KJ04 dan KJ05, pada 1 Mac lalu.

Katanya, antara laluan itu membabitkan laluan di Pinggiran

Tambah bas, perluas laluan

Putra, Pasar Borong dan Hospital Serdang yang terletak di dalam ka-wasan pentadbiran Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ).

Sze Han berkata, langkah ini se-laras dengan dasar Kerajaan Ne-geri mahu menggalakkan orang ramai menggunakan pengangku-tan awam di samping memban-tu meringankan kos sara hidup rakyat.

Ng Sze Han

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

6Utama

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Smart Selangor Command Centre (SSCC) mener-ima kunjungan Kumpulan Prasa-rana Rakyat Johor bagi memberi penerangan berhubung inisiatif Smart Selangor, pada 27 Febru-ari lalu.

Kunjungan julung kali yang di-sertai delegasi seramai 19 orang dengan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Noorazam Dato’ Osman itu menerima pe-nerangan daripada Pengarah Uru-san Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah.

Turut serta adalah Pengarah Projek dan Pembangunan Pernia-gaan SSDU, Mazlan Mahadi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemer-badanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Raja Shahreen Raja Oth-man. Mohd Noorazam berkata, pi-haknya tertarik melihat pasukan analitik data SSDU membuat pe-mantauan dan analisis yang bo-leh dijadikan panduan. Katanya, Selangor disifatkan sebagai neg-

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri komited merapatkan jurang digi-tal antara penduduk bandar dan luar bandar ke arah anjakan Re-volusi Industri 4.0.

Ketua Pegawai Eksekuti Pemer-badanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Raja Shahreen Raja Oth-man berkata, pelbagai usaha dan kajian dipertingkatkan supaya perkembangan teknologi masa kini dinikmati setiap lapisan.

“Antara isu utama yang masih perlu diperbaiki adalah sistem perhubungan dan komunikasi jalur lebar yang kini hanya ter-tumpu kepada beberapa ka-wasan iaitu Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Ampang, Bangi, Subang, dan Shah Alam.

“Justeru, pada tahun ini, kita mahu mempertingkat dan mem-perluaskan perkhidmatan rang-kaian jalur lebar, WiFi Smart

Selangor (WiFiSS) sebagai rang-kaian perhubungan digital yang efisien bagi memenuhi keperluan asas penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Forum Perniagaan Selangor Synergies: Infrastruktur Digital, di Hotel Saujana, pada 28 Februari lalu.

Katanya, permintaan bagi perkhidmatan jalur lebar di ne-geri itu semakin meningkat, malah kini tidak dapat menampung wa-laupun memiliki akses jaringan yang kuat.

Beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan perkhidmatan itu dinikmati bukan sahaja di Lem-bah Klang, malah di luar Selangor.

“Hal ini kerana perkhidmatan jalur lebar menjadi asas dalam kehidupan seharian bukan hanya air dan elektrik sahaja, justeru kita akan memastikan semua rakyat

atau penduduk di negeri ini akan saling terhubung tanpa mening-galkan mana-mana pihak atau ka-wasan,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, Kerajaan Negeri turut mendapat kerjasama baik daripa-da syarikat telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan itu dan infrastruktur lain.

“Terima kasih kerana menye-diakan perkhidmatan yang terbaik di negeri ini, bagaimanapun men-jadi cabaran masa akan datang apabila jumlah penduduk sema-kin meningkat menjelang 2030,” katanya.

Untuk rekod, rakyat Malaysia antara masyarakat dunia tertinggi berhubung secara digital dengan kira-kira 80 peratus mempunyai akses internet dan sebahagiannya melalui rangkaian mudah alih.

Komited rapat jurang digital

KUALA LUMPUR - Selangor Synergies yang memasuki siri keenam kali ini membincang-kan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kedudukan Selangor sebagai ‘Smart State’.

Melalui forum bertajuk In-frastruktur Digital, pemegang taruh, kerajaan dan industri membincangkan pengukuhan serta peningkatan asas teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), selain isu keselamatan digital ke arah penduduk pintar.

Forum sorotan anjuran Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor itu bertujuan memperkenalkan, memak-lumkan dan mencari idea baru dalam usaha merealisasikan Ga-

gasan Smart Selangor.Antara panel yang menyer-

tai forum dihadiri kira-kira 100 peserta itu adalah Pengarah Uru-san SmartSel Sdn Bhd, Moham-ad Suhaimi Mohamad Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif PIKOM Malaysia, Alan Fung.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Alphaque, Dinesh Nair dan Ketua Pegawai Peruncitan Tenaga Nasi-onal Berhad, Ir Megat Jalaluddin.

Sementara itu, Ketua Pega-wai Eksekutif Kumpulan IBR Asia, Dato’ Beatrice Nirmala bertindak selaku moderator, manakala Naib Presiden Stra-tegic Research Cyber Security Malaysia, Sazali Sukardi, seb-agai penyampai keseluruhan.

Selangor Synergies siri 6, bincang penambahbaikan

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan jalur lebar, WiFi Smart Selangor (WiFiSS) akan diperluaskan di 11 hospital dan lebih 70 klinik di se-luruh negeri, pada tahun ini.

Pengarah Urusan Smart Sel Sdn Bhd, Mohamad Suhaimi Mo-hamad Tahir berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Ke-menterian Kesihatan bagi mere-alisasikan hasrat itu.

“Kita tidak mementingkan pulangan pelaburan, sebaliknya

membantu Kerajaan Negeri me-realisasikan dasarnya.

“Selain membantu menye-diakan perkhidmatan terbaik, kita juga mempunyai penyelidi-kan dan pembangunan (R&D) ser-ta produk sendiri dengan harga berpatutan,” katanya pada Forum Perniagaan, Selangor Synergies: In-frastruktur Digital, di Hotel Sauja-na, pada 28 Februari lalu.

Pada masa sama, beliau ber-kata, pihaknya menyasarkan

pertambahan perkhidmatan itu kepada 4,400 ‘hotspot’, pada ta-hun ini dengan 3,911 kawasan ‘hotspot’ diwujudkan, setakat Januari lalu.

‘Untuk rekod, sejumlah 1,143,855 pengguna WiFiSS di-rekodkan dalam tempoh tiga ta-hun sejak mula beroperasi, pada September 2015.

Katanya, jumlah itu juga dijang- ka meningkat kepada 1.2 juta, pada tahun ini.

WiFiSS diperluas di hospital & klinik

Johor puji inisiatif Smart Selangor

eri yang terus ke hadapan dengan agenda Smart State, di Malaysia tanpa melihat contoh luar.

“Pelbagai perkara boleh dipela-

jari melalui inisiatif Smart Selangor yang dibentangkan seperti Smart Waste Management yang berjaya mengurangkan kos operasi uru-

san secara keseluruhan,” katanya.SSCC diwujudkan bagi meman-

tau pengurusan bencana secara menyeluruh, efisien dan pantas

di kawasan berkaitan. Ia terma-suk pemantauan kaji cuaca, paras air laut, indeks pencemaran uda-ra, banjir, satelit dan radar cuaca.

Pelajari pengurusan SSDU

SSDU terima kunjungan 19 delegasi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

SHAH ALAM - Industri aeroang-kasa dan penerbangan di pering-kat nasional berpotensi meraih pendapatan lebih RM12 bilion ber-dasarkan kajian Frost & Sullivan.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, meli-hat kepada pulangan itu, industri berkenaan sewajarnya terus diper-kembangkan memandangkan ia mempunyai masa depan cerah dengan kedudukan strategik Ma-laysia, khususnya Selangor dalam rantau ini.

“Kedudukan kita begitu baik, malahan daripada aspek kemahi-ran yang kita miliki buat masa ini juga amat memberangsangkan berbanding negeri dan negara lain dalam rantau ini.

“Ini adalah satu peluang keema-san yang tidak boleh dilepaskan

meskipun kita menghadapi per-saingan daripada negara seperti Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-pada pemberita selepas majlis Townhall Selangor Aerospace Ac-tion Plan Invest Selangor, di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, ba-ru-baru ini.

Terdahulu, sesi ‘Town Hall’ itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang dicadangkan Majlis Aero-angkasa Selangor menerusi In-vest Selangor dalam merangka strategi dan kaedah terbaik bagi memperkas serta menambah baik ekosistem industri aeroangkasa di Selangor.

Disertai kira-kira 150 peserta terdiri daripada agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri, sesi itu selaras visi membantu syarikat tempatan memperoleh akredita-

si antarabangsa untuk menero-ka pasaran antarabangsa, selain memperkasa industri terbabit me-lalui pelbagai segmentasi.

Dalam perkembangan berkai-tan, Chang Khim berkata, pelan tindakan itu signifikan bagi men-jadikan Selangor sebuah hab aeroangkasa dengan menjadikan kawasan di Sepang, Subang dan Serendah sebagai lokasi utama in-dustri berkenaan.

Katanya, ia turut berperanan sebagai satu pelan perancangan komprehensif dan garis panduan dalam menentukan hala tuju pem-bangunan menjadikan Selangor sebagai pilihan utama hab pela-buran dan perdagangan industri itu.

“Kita mempunyai banyak kekuatan dalam bidang ini, maka kita mahu memastikan baha-wa kita dapat memperkukuhkan

Industri aeroangkasa mampu jana RM�� bilion

OLEH NOR UMIRAH IZRIN

SHAH ALAM - Sebanyak 70 peratus calon disasar mendapat tawaran pekerjaan, pada program Selangor Mega Job Fair 2019, di Ma-laysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, pada 16 Mac ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, jumlah itu bakal mengatasi 60 peratus atau 5,359 calon yang berjaya mendapat tawaran pekerjaan, pada tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang me-dia, di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekono-mi Selangor, Bangunan SUK, pada 26 Februari lalu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Selangor, Ahmad Mudi Onn Nor ber-kata, 180 ‘booth’ disediakan pada karnival itu dengan kawasan yang lebih luas. Beliau turut menasihatkan calon supaya mendaftar dahulu di portal rasmi JobsMalaysia sebelum hadir ke program bagi mengelakkan kesesakan.

Karnival itu bakal disertai 180 syarikat swas-ta dan agensi kerajaan termasuk Angkatan Tentera Malaysia.

Lubuk kerja �� MacSelangor Mega Job Fair 2019

kedudukan ini.“Justeru, kita memerlukan in-

put daripada pelbagai pihak untuk menjalin kolaborasi bagi memasti-kan industri ini akan berkembang menjadi penyumbang utama ke-pada Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK),” katanya.Hadir sama, Dato’ Menteri Be-

sar, Amirudin Shari; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris dan Pen-garah Urusan Malaysia of Frost & Sullivan, Hazmi Mohd Yusof.

SIBS ���� sasar transaksi jualan RM��� juta

SHAH ALAM - Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Sela-ngor (SIBS) 2019 disasar menjana transaksi jualan sebanyak RM250 juta sepanjang penganjurannya pada 10 hingga 13 Oktober depan.

EXCO Pelaburan, Perindus-trian dan Perdagangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim berkata, per-sidangan kali ketiga itu sebelum ini memperolehi nilai transaksi jualan sebanyak RM194.6 juta, pada tahun lalu.

Katanya, SIBS turut menjadi laluan masuk bagi pasaran ASE-AN dengan menempatkan le-bih daripada 600 juta pengguna serta lebih daripada 200 syarikat besar di peringkat global.

“Oleh sebab itu, Selangor terus memainkan peranannya sebagai pintu gerbang paling kompetitif ke ASEAN dan men-jadi hab perdagangan global.

“Melalui persidangan kali ini, perniagaan tempatan dan antara-bangsa dapat membina dan men-gukuhkan kedudukan mereka di dalam negara ASEAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika sidang media SIBS 2019 di

Hotel Concorde, baru-baru ini.Hadir sama, Ketua Pegawai

Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris; Pen-gurus Besar, Majlis Teknologi Maklumat dan Edagang Sela-ngor (SITEC), Loo Chuan Boon; Setiausaha Bahagian Penguru-san Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Se-langor, Muhammad Yasir Yahya dan Pengarah SIBS, Ahmad Khai-ro Othman.

Chang Khim berkata, per-sidangan kemuncak yang di-jalankan selama empat hari itu turut terdiri daripada em-pat komponen acara termasuk Ekspo Antarabangsa Selangor 2018 (SIE 2019) dan Persidangan Perniagaan ASEAN – Selangor.

Katanya, selain itu ialah Kon-vensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor serta Ekspo Inovasi dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Selangor.

“Orang ramai turut dipela-wa mendaftar dan menghadiri semua acara ini yang bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC),” katanya.

Proton catat �,��� pendaftaran bagi FebruariKUALA LUMPUR - Proton Hol-dings Bhd meneruskan permu-laan cemerlang, pada 2019 apabila mendaftarkan 5,283 unit kereta se-takat Februari lalu.

Ia mewakili kira-kira 12.7 pera-tus penguasaan pasaran, mening- kat lebih 3.0 peratus berbanding bulan sama, pada 2018.

Proton dalam kenyataan hari ini berkata, pertumbuhan jualan lebih tinggi daripada semua saing- annya, berdasarkan peningkatan jualan sebanyak 37 peratus dari ta-hun ke tahun.

Katanya, ia juga mencatatkan per-

tumbuhan jualan 42 peratus bagi dua bulan pertama berbanding tem-poh sama, pada 2018.

“Pendaftaran untuk Proton X70 terus meningkat setiap bulan de-ngan 2,823 unit didaftarkan, pada Februari termasuk 1,000 unit yang diserahkan kepada pelanggan pada hari sama, di seluruh negara sebelum Tahun Baharu Cina.

“Pada akhir Februari, lebih 20,000 tempahan diterima untuk SUV per-tama Proton, melebihi jangkaan awal yang mengesahkan kedudu-kan syarikat itu sebagai pemimpin segmen walaupun baharu mema-

suki pasaran,” katanya.Sementara itu, Ketua Pegawai

Eksekutifnya, Dr Li Chunrong ber-kata, Proton X70 sedang mem-bangunkan asas peminatnya dan menarik sokongan kukuh daripada pembeli SUV Malaysia.

“Pendaftaran SUV dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pelan-carannya amat membanggakan.

“Angka ini luar biasa kerana ia di-capai walaupun terdapat dua cuti perayaan yang panjang (Tahun Baru Krismas dan Tahun Bahru Cina), merangkumi hanya 78 hari secara ke-seluruhan,” katanya.EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

8Nasional

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

CYBERJAYA - Kerajaan mene-tapkan sasaran baharu kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada ta-hun ini sebanyak RM150 bilion berbanding sasaran awal seba- nyak RM147 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sasaran itu mam-pu dicapai berdasarkan sasaran pertumbuhan ekonomi negara tahun ini pada kadar 4.9 peratus yang perlu disusuli dengan per-tambahan kutipan cukai sewa-jarnya.

“Dengan kemampuan LHDN mendapatkan kutipan le - bih tinggi dan rakyat lebih sudi membayar cukai kerana yakin kerajaan yang bersih tidak akan merompak duit mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Hari Hasil 2019, di sini, pada 1 Mac lalu.

Guan Eng berkata, sebelum ini kerajaan meletakkan sasaran ku-tipan cukai langsung sebanyak RM147 bilion bagi tahun ini, pe-ningkatan sebanyak 7.27 peratus berbanding 2018.

Katanya, LHDN mencipta se-jarah pada tahun lepas apabila mencatatkan kutipan cukai lang-sung berjumlah RM137.035 bil-ion iaitu meningkat RM13.723 bilion atau 11.13 peratus lebih tinggi berbanding 2017.

“Pencapaian kutipan ini

Kerajaan tetap sasaran baharu

PUTRAJAYA - Kementerian Pelan-congan, Seni dan Budaya akan men-gadakan pertandingan mencipta logo kempen Tahun Melawat Ma-laysian 2020 (VM2020) selama 14 hari bermula 11 Mac ini.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia beru-sia 18 tahun ke atas dengan satu pe-nyertaan bagi setiap peserta.

Katanya, pertandingan itu tamat jam 5 petang, pada 24 Mac semen-tara pemenang pertandingan di-umumkan, pada 12 April depan.

"Rekaan logo harus melambang-kan seni budaya masyarakat Ma-laysia dan ke arah Malaysia baharu selain perlu digemblengkan dengan logo Malaysia Truly Asia.

“Selain itu, setiap penyertaan hendaklah mempunyai reka ben-tuk logo dan rasional yang menon-jolkan kepelbagaian produk-produk ekopelancongan yang menarik di Malaysia.

“Rekaan logo perlu menggu-nakan perkataan bahasa Inggeris kerana melibatkan pasaran antara-bangsa manakala rasional logo pula hendaklah dikemukakan dalam ba-hasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya.

Selain sijil, hadiah wang tu-

Pertandingan reka logo VM���� tawar hadiah RM�,���

mencerminkan ekonomi negara berada di landasan kukuh seir-ing dengan pengenalan tadbir urus Kerajaan Persekutuan mem-perkasakan prinsip cekap, akaun-tabiliti dan telus (CAT),” katanya.

Berkenaan bayaran balik cukai pendapatan, Guan Eng berkata setakat Januari lalu, RM1.64 bi- lion dibayar melmbabitkan le-bih 32,000 kes merangkumi kes syarikat (18,215), bukan syarikat (14,082 ) dan duti setem (162).

Katanya, pembayaran balik tunggakan cukai RM37 bilion merangkumi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai pendapatan pada tahun ini di-jangka selesai dalam tempoh 10 bulan atau dalam tempoh lebih

singkat.“RM19.4 bilion (GST) dan ki-

ra-kira RM18 bilion bagi cu-kai pendapatan. Perbezaan pada tahun ini ialah anda akan mendapat bayaran balik awal,” katanya.

Dalam pada itu, Guan Eng ber-kata, lebih 203,000 pengakuan sukarela direkodkan LHDN dar-ipada pemilik akaun bank di dalam dan luar negara di bawah Program Khas Pengakuan Suk-arela (PKPS), membabitkan cu-kai tambahan dan penalti ditaksir sekitar RM1.306 bilion.

“Ini merupakan petunjuk posi-tif ke arah mencapai sasaran kuti-pan keseluruhan hasil bagi tahun 2019,” katanya.

nai RM1,000 hingga RM3,000 dise-diakan untuk tiga penyertaan ter-baik serta RM250 masing-masing bagi lima pemenang sagu hati.

Borang pertandingan disediakan dalam masa terdekat menerusi la-man web www.tourism.gov.my/, www.malaysia.travel dan www.motac.gov.my atau hubungi talian infoline 1-300-88-5050 untuk mak-lumat lanjut.

Terdahulu, VM2020 yang me-numpukan kepada kelestarian (ekopelancongan dan kebudayaan) menyasarkan ketibaan 30 juta pela-wat dengan sumbangan RM100 juta kepada pendapatan negara pada tahun depan.

KUALA LUMPUR - Kerajaan se-dang mengkaji kemungkinan mewajibkan hanya kanak-kanak yang telah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenar mema-suki sesi persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Is-mail berkata, cadangan itu akan dikaji secara terperinci.

“Memang itu salah satu apa yang kita syorkan supaya men-jadi pencegahan terhadap pe-nyakit,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Yayasan Petronas di sini, pada 1 Mac lalu.

Pada 25 Februari lalu, bebe-rapa pihak termasuk Persatuan Doktor Islam Malaysia dan I-MEDIK Malaysia menyarankan langkah itu dilaksana bagi me-lindungi kesihatan kanak-kanak daripada penyakit yang boleh dicegah seperti difteria dan campak.

Ini berikutan kes seorang kanak-kanak dua tahun di Jo-hor yang disahkan tidak pernah menerima suntikan vaksin dif-teria meninggal dunia minggu lepas akibat penyakit itu.

Lima lagi kanak-kanak turut dilaporkan pernah berada dan berhubung secara terus dengan mangsa juga disahkan positif penyakit difteria.

Wan Azizah yang juga Men-teri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mene-gaskan bahawa vaksin imunisasi adalah selamat dan ia tidak ha-rus diragui kerana Jabatan dan Kemajuan Islam Malaysia (JA-KIM) juga sudah mengeluarkan fatwa mengenai status halalnya.

Katanya, pencapaian pro-gram imunisasi pada 2017 ialah 88 peratus daripada 95 peratus yang disasarkan.

KUANTAN - Jabatan Kemajuan Is-lam Malaysia (JAKIM) akan mem-bantu Kementerian Kesihatan membuat dasar berkenaan sun-tikan vaksin imunisasi dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, JAKIM turut memban-tu memperjelaskan kepada orang ramai mengenai suntikan vaksin itu memandangkan terdapat ses-etengah ibu bapa berpandangan ia mempunyai elemen tidak halal.

“Kita akui hak mereka sebagai ibu bapa tetapi kalau kita lihat dari sudut lebih besar apabila anak itu (ti-dak mendapatkan suntikan vaksin) mungkin tidak terlindung daripada sesetengah penyakit dan kemudi-an dia boleh merebak membawa penyakit itu kepada orang lain,” ka-tanya.

Katanya, sebagai kerajaan ber-tanggungjawab, kemaslahatan ummah perlu sentiasa difikirkan di samping menghormati pendirian golongan ibu bapa terhadap soal anak-anak mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berka-ta, pihaknya akan membentangkan

JAKIM bantu perjelas isu vaksin

Rekaan logo harus melambangkan seni budaya masyarakat Malaysia dan ke arah Malaysia baharu selain perlu digemblengkan dengan logo Malaysia Truly Asia

MOHAMADDIN KETAPIMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Suntikan imunisasi syarat wajib masuk sekolah

Kerajaan masih kaji

“Kita galakkan ibu bapa benar- kan suntikan imunisasi kepada anak mereka. Jangan dengar da-kwaan kumpulan anti-vaksin,” katanya.

Memang itu salah satu apa yang kita syorkan supaya menjadi pencegahan terhadap penyakit

WAN AZIZAH WAN ISMAILTimbalan Perdana Menteri

cadangan dan dasar kepada jemaah menteri supaya suntikan vaksin imu-nisasi diwajibkan.

Katanya, kementerian men-dapat ‘desakan’ kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin beri-kutan keengganan ibu bapa men-gambil suntikan menyebabkan berlaku jangkitan penyakit yang membawa kematian.

Kita akui hak mereka sebagai ibu bapa tetapi kalau kita lihat dari sudut lebih besar apabila anak itu (tidak mendapatkan suntikan vaksin) mungkin tidak terlindung daripada sesetengah penyakit dan kemudian dia boleh merebak membawa penyakit itu kepada orang lain

FUZIAH SALLEHTimbalan Menteri di JPM

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Nasional9SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Ya, dengan tarikh lahir saya, saya telah menemui nombor _____________

Ya, nombor ini bersamaan dengan nombor plat kereta Proton Persona , BMW X3 ,

atau Perodua Myvi dan saya ingin berpeluang memenangi RM300,000!

Ya, saya ingin menerima katalog Best Products untuk berpeluang memenangi hadiah ini.

Nama Penuh: ............................................................................

Jantina: Lelaki Perempuan

Tarikh Lahir: I___I___I I___I___I I___I___I___I___I

Alamat: ......................................................................................

....................................................................................................

....................................................................................................

....................................................................................................

Poskod : I___I___I___I___I___I

Bandar : ....................................................................................

Nombor Telefon:

Rumah: I___I___I I___I___I___I___I___I___I___I___|

Bimbit : I___I___I___I I___I___I___I___I___I___I___I___|

Emel: ..........................................................................................

Tandatangan: ........................................................................

Hari Bulan Tahun

No. kod: 3.7049.070319.29.7.2 Sila tandakan ( ) pada ruang yang disediakan (boleh lebih daripada satu):

*Terma dan Syarat Kempen Pemasaran (“Kempen”) 1) Kempen ini dianjurkan oleh Home Direct Shopping Sdn Bhd (1110325-V) (“Syarikat”). Pusat Perkhidmatan Pelanggan beralamat di 32A-2, Jalan PJS 8/2 Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor dengan No. Lesen Jualan Langsung (Jualan Pesanan Pos) AJL 932090. 2) Kempen ini akan berlangsung dari 1 Mac 2019 hingga 31 Ogos 2019 (“Tempoh Kempen”). Selepas tamat Tempoh Kempen, jika pesanan anda tidak dilayan untuk kempen ini, pesanan anda secara automatik akan dimasukkan ke dalam kempen baru kami yang akan datang (jika ada). 3) Kempen ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (“Pelanggan Berpeluang”). 4) Pelanggan Berpeluang (seperti yang ditakrifkan di dalam Terma dan Syarat Penuh) mempunyai peluang untuk memenangi hadiah-hadiah berikut: Satu Hadiah Utama berupa wang tunai sebanyak RM300,000.00; Satu Hadiah Pertama berupa kereta bernilai RM50,000.00 ATAU wang tunai sebanyak RM50,000.00; atau Satu Hadiah Kedua bernilai RM3,999.00 ATAU wang tunai sebanyak RM3,999.00. 5) Kempen ini akan terbahagi kepada empat (4) peringkat: a) Peringkat 1: Syarikat akan memberi peluang kepada Pelanggan Berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam Kempen ini dengan melakukan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di dalam iklan di atas. b) Peringkat 2 : Pelanggan Berpeluang hendaklah mendaftar dengan Syarikat sama ada dengan menelefon nombor telefon Syarikat ataupun menghantar kupon yang telah dilengkapkan ke alamat Syarikat. c) Peringkat 3 : Setelah mendaftar, Pelanggan Berpeluang akan menerima pakej mel Syarikat yang akan mengandungi katalog-katalog Syarikat, bahan-bahan promosi serta Terma dan Syarat Penuh; dan d) Peringkat 4 : Pelanggan Berpeluang hendaklah membuat pesanan berdasarkan katalog Syarikat dan membuat bayaran penuh bagi produk yang dipesan. Kriteria pemilihan pemenang adalah seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penuh. 6) Dengan melengkapkan kupon dan mengeposnya kepada Syarikat, Pelanggan Berpeluang bersetuju dengan terma-terma dalam Notis Privasi Syarikat bahawa data peribadi beliau yang dikumpul melalui proses ini boleh diproses, disimpan, dikumpul, digunakan oleh Syarikat, atau dizahirkan kepada pihak ketiga yang berkaitan termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang bersekutu dengan Syarikat yang mungkin berada di luar Malaysia, bagi tujuan pengiklanan, kempen promosi, pemasaran termasuk menerima katalog atau dokumen informatif Syarikat atau pihak ketiga. 7) Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada Terma dan Syarat Penuh, Polisi Pemulangan Syarikat dan Notis Privasi Syarikat yang akan dihantar selepas pendaftaran atau melalui laman web kami di www.bestproductsmy.com.

Pusat Panggilan:

Setiap hari dari jam 8 pagi hingga 7 petang. 03-2716 6363

KUPON PENYERTAANISI BORANG DAN HANTARKAN KEPADA:

BEST PRODUCTS, P.O. BOX 12366, 50776 KUALA LUMPUR

TERIMA!Katalog Terbaru“Best Products”

Jika jumlah yang anda temui sepadan dengan satu daripada nombor plat kereta di atas, TAHNIAH! Telefon 03-2716 6363 atau hantarkan kupon sekarang dan ketahui cara untuk berpeluang memenangi hadiah!

Cuba Sekarang:Ambil dua angka terakhir tahun kelahiran anda.

Tambahkan kepada umur anda pada tahun 2019

Berapa jumlah yang anda dapat?

Bandingkan nombor yang anda perolehi dengan nombor plat kereta. Apakah kereta yang

anda temui?

KERETA mana satu yang mungkin menjadi milik anda?

Proton Persona

BNM/08/042018

TARIKH LAHIR ANDA MUNGKIN MEMBOLEHKAN ANDA

MEMENANGI SATU KERETA BAHARU SEHINGGA

106

BARU!BARU!

012-622 2330

HANTAR KUPON LEBIH PANTAS MELALUI WhatsApp

Ambil gambar kupon yang telah dilengkapkan dengan jelas seperti contoh di bawah dan WhatsApp kepada kami.

Sekiranya kupon penyertaan telah dihantar melalui nombor WhatsApp yang diberi, ia tidak perlu dipos lagi.

CONTOH

*Tertakluk kepada terma dan syarat

RM300,000!*

111

NILAI HADIAH KINI

RM150,000 KEPADADIGANDAKAN!

RM300,000RM300,000 ! *

119

BMW X3

Perodua Myvi

PARIT BUNTAR - Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) sentiasa bertindak tegas dan akan mengambil tindakan pantas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menghina aga-ma serta kaum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Dr Mujahid Yusof mengambil contoh kes terbaharu apabila dua individu menghina Nabi Muhammad SAW yang tular di Facebook baru-baru ini, mereka didakwa di mahkamah dalam tempoh kurang sebulan.

"Kita dah tuduh mereka (hina nabi) di mah-kamah mengikut undang-undang nega- ra, sebab kita bukan negara Taliban, orang yang didakwa itu diberikan hak mendapat-kan pembelaan dan jaminan apabila dituduh di mahkamah,” katanya semasa menutup Kar-nival Rahmah dan Ramah di pekarangan Surau Sungai Betul Bawah di Bagan Tiang, pada 3 Mac lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut me-nyangkal dakwaan yang tular dalam media so-

sial kononnya Peguam Negara, Tommy Thomas mempengaruhi pihak pendakwa raya mem-bebaskan seorang individu dengan jamin- an selepas didakwa.

“Selepas itu, mereka kaitkan pula dengan kenyataan Peguam Negara yang kononnya mengatakan ini adalah kebebasan memberi pandangan, namun hakikatnya dia (Tommy) tidak keluarkan kenyataan itu.

"Mengikut ‘rule of law’, apabila seseorang itu didakwa, dia akan diberi hak untuk pem-belaan dan ketika itu dia ada hak diberikan jaminan,” katanya.

Pada 27 Febuari lalu, seorang lelaki yang menggunakan nama Facebook, Foo Sin Wai ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW, namun dibebaskan dengan jaminan po-lis tiga hari kemudian.

Terdahulu, tindakan lelaki itu memuat naik karikatur menghina perkahwinan Rasulullah dan isteri baginda, Saidatina Aisyah, mencetus-kan kemarahan umat Islam di seluruh negara.

Pihak hina Nabi didakwa

Kerajaan tegas, pantas bertindak

SHAH ALAM - Pejabat Menteri Pertahanan menyerahkan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Ke-wangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada Su-ruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaan projek AES ketika pemerintahan Barisan Nasio-nal (BN), pada 1 Mac lalu.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Men-teri Pertahanan, Rafizal Ali berkata, lapor-an kepada SPRM dibuat supaya siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti pun-ca disebalik arahan atau cadangan pe-ngambil alihan AES dengan harga RM555 juta dilakukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Katanya, JKSTUPKK yang dipengerusi-kan Tan Sri Ambrin Buang mendapati jum-lah itu melebihi harga pasaran, sekali gus mendedahkan wang pencarum anggota tentera kepada risiko kerugian.

“Dalam hasil siasatan dibentangkan ke-pada pihak kementerian 28 Januari lalu, JKSTUPKK mendapati pelaksanaan pro-

jek AES lebih menguntungkan syarikat konsesi dan meletakkan kerajaan dalam risiko kerugian.

“JKSTUPKK juga mendapati wujud cam-pur tangan anggota pentadbiran kerajaan termasuk Mantan Perdana Menteri dan beberapa Menteri Kabinet kerajaan terda-hulu yang lebih menjurus kepada kepen-tingan politik,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati wujud keraguan terhadap cadangan LTAT mengambil alih projek AES yang hanya dibuat dalam perbincangan tanpa diminit-kan antara Mantan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Najib Tun Razak dengan beberapa menteri, pada September 2014.

“JKSTUPKK berpendapat pemilihan syari-kat LTAT mengambil alih AES adalah lebih kepada cubaan menutup tuduhan bahawa kerajaan cuba melaksanakan bail-out.

“Selain itu, wujud keraguan mengapa LTAT perlu membayar dengan jumlah RM555 juta bagi mengambil alih AES sedang- kan kos asal adalah RM40 juta,” katanya.

Dokumen siasatan projek AES diserah kepada SPRM

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

10 SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Sejak saya mula mengambil alih tam-puk kepimpinan Kerajaan Negeri Se-langor, isu perumahan rakyat atau rumah mampu milik adalah antara

isu terawal yang saya perjuangkan. Keinginan saya selaras dengan has-

rat kepimpinan Kerajaan Negeri tidak lain adalah untuk memastikan setiap rakyat Se-langor mempunyai peluang untuk memiliki kediaman sendiri yang selamat dan selesa.

Ini janji saya kepada rakyat Selangor. Walau berubah arah angin monsun, walau berubah gelora laut di pantai sekalipun, komitmen saya tetap kukuh membangun Selangor demi mendukung hasrat ‘Meran-cakkan Ekonomi, Memberdayakan Rakyat dan Mensejahterakan Negeri’.

Perbadanan Kemajuan Negeri Sela- ngor (PKNS) cukup sinonim sebagai jentera penggerak di bawah Kerajaan Negeri yang komited dalam melaksanakan misi mem-bangun negeri seiring dengan kemajuan komuniti masyarakat Selangor.

PKNS merupakan agensi yang tidak asing lagi dalam membangunkan sosio-ekonomi di dalam Selangor. Mereka berjaya menge-mudi objektif perbadanan ini selari dengan imej negeri yang bergerak pantas ke arah kemodenan sosial dan kemajuan ekonomi.

Dari pengalaman yang diraih menerusi pembangunan projek-projek dilaksanakan, PKNS terus maju selangkah demi selangkah ke arah kejayaan sehingga berjaya menjadi peneraju industri pembangunan hartanah dan turut menjadi antara Perbadanan Ke-majuan Ekonomi Negeri terulung merentasi seluruh negeri di Malaysia.

Kini, PKNS bukan sahaja dikenali sebagai entiti pemaju hartanah, tetapi lebih dari-pada itu apabila PKNS juga berperanan se- bagai pemacu bagi pembangunan komu-niti dalam kalangan masyarakat setempat.

Saya melihat pembangunan PKNS adalah sangat komprehensif menepati keperluan dan cita rasa kontemporari para pelanggan. Selama hampir 55 tahun penubuhannya,

PKNS berjaya membangunkan 11 bandar baharu meliputi seluas 10,000 hektar tanah, dengan lebih 140,000 unit kediaman pel- bagai jenis dan lapan kompleks perniagaan dengan jumlah keluasan lantai sejumlah 1.6 juta kaki persegi.

Perbadanan ini juga banyak membantu kerajaan Negeri menyediakan peluang ker-jaya kepada lebih 300,000 rakyat Selangor. Kejayaan ini membuktikan kekuatan PKNS yang berperanan sebagai penggerak selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri.

Hari ini, PKNS sekali lagi membuktikan komitmen mambantu rakyat Selangor me-miliki kediaman yang selesa dan mampu dimiliki. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Dasar ini adalah cerminan kepa-da sebuah kerajaan yang berusaha ke arah mengurangkan kesenjangan pendapatan dalam kalangan rakyat.

Kerajaan Negeri mengambil cakna dan memahami cabaran dihadapi rakyat ketika ini kerana terpaksa menanggung kos pe- ningkatan sara hidup yang semakin menin-gkat gara-gara ekonomi global yang sema-kin meruncing.

Untuk mencukupkan keperluan harian buat keluarga sahaja sudah cukup men-cabar, inikan pula hasrat memiliki kediaman sendiri dalam keadaan pasaran hartanah yang semakin menekan dewasa ini.

Namun begitu, Kerajaan Negeri yang

peduli rakyat memperkenalkan satu kon-sep perumahan iaitu Perumahan Mampu Milik atau ‘Affordable Homes’ yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, re- kabentuk mahupun komunitinya.

Kini, Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik dikenali sebagai Rumah Selangorku. Sememangnya Kera-jaan Negeri sangat komited memastikan kemaslahatan serta kedudukan sosio-eko-nomi rakyat terjamin dengan merancakkan ekonomi serta menitikberatkan kehidupan rakyat.

Saya telah mengarahkan pemaju-pema-ju menggiatkan lagi pembinaan Rumah Se-langorku supaya lebih ramai rakyat negeri dapat menikmati manfaatnya. Untuk maklu-man, jumlah pembinaan Rumah Selangorku melepasi sasaran awal sebanyak 15,000 unit seperti ditetapkan menjelang 2018.

Sehingga 31 Ogos 2018 sebanyak 28,639 unit siap dibina dengan 3,770 unit sudah diserah kunci dan 24,869 kini dalam pem-binaan yang dijangka siap pada awal 2025 di mana penawaran dibuat.

Pemantauan berkala dibuat bagi memas-tikan pemaju mematuhi dan mendahului pembinaan Rumah Selangorku terlaksana.

Seperti mana yang sering saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak membatalkan kelulusan yang telah di-beri sekiranya pemaju tidak memberikan kerjasama walaupun rundingan telah dibuat

selama 18 bulan selepas kelulusan diberi. Kerajaan Negeri percaya bahawa perma-

salahan rumah mampu milik dapat diatasi dengan lebih banyak pembinaan Rumah Se-langorku dibuat. Dengan sokongan erat da- ripada Kerajaan Persekutuan yang bergerak seiring dengan Kerajaan Negeri pada masa kini, saya yakin hasrat kita ini akan dapat di-realisasikan dalam masa terdekat dengan inisiatif-inisiatif yang turut dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat antaranya transforma-si pelaksanaan Dasar Perumahan Negara 2.0 dan Dasar Perumahan Mampu Milik.

Dasar yang dibugarkan ini akan men- yelesaikan banyak permasalahan peruma-han antara memudahkan proses kelulusan pinjaman melalui kerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan pelbagai lagi langkah-menyeimbangkan komposisi nisbah rumah mampu milik dan harga bebas yang jauh berbeza ketika ini.

Kita sangat berterima kasih kepada PKNS yang menyahut aspirasi Kerajaan Negeri kerana cukup prihatin walaupun dalam ke-adaan pasaran semasa yang genting dan persaingan bersama syarikat pemaju swasta yang lain, namun PKNS masih prihatin un-tuk menyediakan perumahan yang sangat berpatutan dan benar-benar mampu dimil-iki oleh rakyat dalam golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan Negeri dengan kerjasama PKNS ingin memastikan pembangunan yang tun-tas di seluruh Selangor bukan sahaja di ka-wasan bandar, malah kemajuan di kawasan luar bandar menjadi perhatian utama ke-tika ini.

Keseimbangan pembangunan di ka-wasan bandar dan luar bandar sememang-nya menjadi aspirasi Kerajaan Negeri bagi memastikan keharmonian dan kesejahte- raan setiap penduduk.

Majlis Pelancaran Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi, Seksyen 6, Selangor Cyber Valley 2 mac 2019.

Pastikan rakyat miliki kediaman sendiri

Dasar Perumahan Mampu Milik rancak dilaksana

Selama hampir 55 tahun penubuhannya, PKNS berjaya membangunkan 11 bandar baharu

meliputi seluas 10,000 hektar tanah, dengan lebih 140,000 unit kediaman pelbagai jenis dan lapan kompleks perniagaan dengan jumlah keluasan

lantai sejumlah 1.6 juta kaki persegi.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama hadir dalam Majlis Pelancaran Rumah Selangorku Idaman PKNS, Idaman Residensi, Selangor Cyber Valley.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Album Klik!13SelangorKini 7 - 13 Februari 201912 SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Aksi kanak-kanak riang bermain buih sabun, di Taman Alam Kuala Selangor- REMY ARIFFIN

Kanak-kanak diberikan pendeda-han latihan asas bomba ketika berkunjung ke tapak pameran Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, di Puchong - ASRI SAPFIE

Telatah peserta larian Malaysia Women Marathon 2019, di Padang Timur Petaling Jaya- REMY ARIFFIN

Kanak kanak menyejukan badan dengan bermandi manda di Sungai Gabai berikutan cuaca panas yang melanda negara - FIKRI YUSOF

Penghuni Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia menjalani rawatan fisioterapi di premis tersebut- HAFIZ OTHMAN

Pasukan Projek Darul Ehsan (PDE) bawah 12 tahun mengada-kan latihan bagi persiapan pertandingan- ASRI SAPFIE

Sukarelawan Pencinta Alam melaku-kan aktiviti menanam pokok bakau, di Tanjong Sepat- HAFIZ OTHMAN

ADN TAMAN MEDAN Syamsul Firdaus

Menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Baling Sekolah-sekolah Daerah Petaling Utama

ADN TANJUNG SEPAT

Borhan Aman Shah

Beramah mesra bersama anak muda ketika Program Kejohanan Tertutup Bola Tampar Kg Kundang anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat MPP Zon 23

Merasmikan program kejohanan Sepak Takraw, di Dewan Meru

ADN MERU Fakhrulrazi Mokhtar

ADN KAMPUNG TUNKU

Lim Yi WeiMengadakan lawatan ke tapak projek saluran kumbahan, di SS19

ADN JERAM Shaid Rosli

Merasmikan Mini Karnival 1.0 Fasa 2, di Bandar Puncak Alam

Menghadiri Program Cukur Jambul, di Sungai Limau Resort

ADN SUNGAI PANJANG

Imran Tamrin

Nelayan meng-angkat ikan hasil meraih dari laut di Jeti Nelayan Pesisir Pantai di Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam - FIKRI YUSOF

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

14Khas

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

Setiap dua tahun, Pertubu-han Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bang-sa Bersatu (UNESCO) meng-

anugerahkan 'UNESCO Learning City Award' kepada beberapa ban-dar raya dari seluruh dunia yang mencapai kemajuan membang-gakan dalam membangunkan se-buah bandar raya pembelajaran.

Ia adalah satu pengiktirafan ke atas usaha sesebuah bandar raya yang menjadikan akses kepada pendididkan berkualiti dan pelu-ang pendidikan sepanjang hayat sebagai salah satu agenda utama buat penduduknya.

Untuk melayakkan sesebuah bandar raya itu memenangi an-ugerah ini, ia mestilah menjadi ahli kepada UNESCO Global Net-work of Learning Cities (GNLC) ter-lebih dahulu.

Bagi tahun ini, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencipta se-jarah apabila berjaya menggondol anugerah berkenaan.

Ia sekali gus, menjadikan MBPJ sebagai bandar raya pertama di Malaysia dan ketiga di Asia Teng-gara selepas Belanga, Filipina (2015) dan Surabaya, Indonesia (2017).

Datuk Bandarnya, Dato' Mohd Azizi Mohd Zain (Gambar kanan) dalam wawancara khas berkata, MBPJ diiktiraf sebagai penerima anugerah 'UNESCO Learning City Award' berdasarkan pelbagai pro-gram membabitkan pendidikan yang dilaksanakan.

Katanya, Petaling Jaya adalah salah satu daripada 10 bandar raya yang berjaya menerima anugerah itu, pada 2019.

Antara 10 bandar raya itu ialah Aswan (Mesir), Chengdu (China), Heraklion (Greece), Ibadan (Nige-ria), Medellin (Columbia), Melito-pol (Ukraine), Santiago (Mexico), Seodaemun (Korea Selatan) dan Sonderborg (Denmark).

'Petaling Jaya Learning City Secretariat' laksana

lapan teras utama

Cipta sejarah

Imej MBPJ setanding bandar besar dunia

Mohd Azizi berkata, penubu-han 'Petaling Jaya Learning City Secretariat' juga memainkan per-anan penting membangunkan program bandar raya pembelaja-ran dengan berkesan.

Katanya, lapan teras pembela- jaran dan sembilan kumpulan sa-sar dikenal pasti supaya setiap lapisan tidak terkecuali meneri-ma manfaat itu.

"Antara teras itu ialah Seni dan Kebudayaan; Pendidikan; Keusahawanan; Kesihatan dan Kesejahteraan; Alam Sekitar; Ke-rohanian serta Teknologi dan Ke-

selamatan."Manakala sembilan kumpulan

sasar itu pula membabitkan Pega-wai MBPJ; pekerja; peniaga; wani-ta; remaja; kanak-kanak; warga tua; miskin bandar dan golongan terpinggir atau mereka yang me-merlukan bantuan khas," katanya.

Beliau berkata, hala tuju uta-ma Pelan Strategik Sustainable Petaling Jaya 2030, di bawah lima tonggak utama iaitu Alam Sekitar, Ekonomi, Budaya dan Komuniti, Habitat Berdaya Huni dan Urus Tadbir Baik memberi penekan-an ke arah membangun sistem

pendidikan di sini selari dengan wawasan MBPJ menjadi sebuah bandar yang 'Smart, Sustainable and Resilient' menjelang 2030.

37,000 pelajar nikmati 'Pj City Bus' faktor raih anugerah

Dalam kenyataan dikeluarkan UNESCO, perkhidmatan 'PJ City Bus' turut menjadi faktor utama membolehkan anugerah itu diraih.

Mohd Azizi berkata, penyedi-aan bas percuma dinikmati ham-pir 5 juta pengguna pada 2017 itu turut memberi manfaat kepada 37,000 pelajar di kawasan sekitar.

"Dalam usaha mengurangkan beban sara hidup rakyat, MBPJ mengambil inisiatif melalui agen-da 'Sustainable Development Goals 11 iaitu Sustainable Cities and Community' yang bermatla-mat mewujudkan akses pengang-kutan awam bagi golongan miskin mendapat peluang pelajaran dan pendidikan.

"Selaras usaha ini, golongan pe-lajar kolej dan universiti di Petaling Jaya, PJKita menawarkan mereka menjadi 'leader' dalam 'leadership' program.

"Di Petaling Jaya terdapat, 101 sekolah rendah dan menengah, 182 pra sekolah, 45 kolej dan universiti serta enam buah per-pustakaan. MBPJ menyediakan perkhidmatan khas bas percuma

ke sekolah-sekolah selain mem-berikan akses internet percuma untuk mereka mendapatkan ba-han pelajaran," katanya.

Sehubungan itu, katanya, MBPJ merancang memperluaskan lagi perkhidmatan bas percuma ini ter-utamanya ke kawasan perumahan kos rendah dan sederhana yang masih tiada liputan 'PJ City Bus' antaranya Ara Damansara Tropi-cana, Kayu Ara, Kota Damansara dan Pelangi Damansara.

"Ketika ini, kita mempunyai enam jajaran laluan bas. Jadi, pelaksanaan ini akan diambil kira selepas melihat tahap keperluan dan permintaan pengguna, anali-sa kesesuaian laluan dengan ker-jasama dan sokongan dari pihak berkepentingan," katanya.

Pembelajaran jangka masa panjang projek Karung Kitar

Selain Kidzania yang meru-pakan pusat hiburan keluarga tertutup dan menawarkan pem-belajaran interaktif, pengalaman serta pendidikan dalam hiburan untuk kanak-kanak, projek Karung Kitar turut menjadi faktor meraih anugerah berkenaan.

Projek itu mencapai sasaran bagi mengurangkan bahan buang- an seterusnya membantu mening-katkan ekonomi golongan sasar.

Malah, projek di bawah Pro-

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

15SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Khas MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

gram Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) bermula 2014 mendatangkan manfaat dengan penghasilan pelbagai produk khu-susnya dari bahan buangan untuk kegunaan semua.

"Melalui projek ini, golongan sasar dilatih bagi menghasilkan produk berkualiti seperti beg be-li-belah berzip, beg dobi tanpa zip, beg serbaguna, beg cenderahati, apron, dompet, beg (clutch), beg syiling dan beg botol air," katanya.

Semua produk itu berasal dari-pada lambakan kain rentang dan gegantung di sekitar Petaling Jaya yang tidak digunakan kembali.

"Berkonsepkan pembelajaran dan hubungan dengan masyara-kat, projek ini berjaya melatih golongan sasar menggunakan ba-han kitar semula sehingga meraih kategori Inovasi Sosial (Pencipta-an) dan Projek Hibrid Tebaik di Ma-jlis Persada Inovasi Perhkdimatan Awam peringkat Selangor 2017.

"Ia juga mendapat pengikti-rafan paten inovasi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO)," katanya.

PJ Festari dan PJ Fair

Selain itu, teras bagi sektor Seni dan Kebuyaan melalui program Festari dan PJ Fair turut membabit-kan pelajar dan masyarakat sekitar.

Beliau berkata, MBPJ mempu-nyai lima bandar kembar iaitu 'Sis-ter City' di Korea Selatan (2), Jepun, Bandung dan China. Menerusinya, program pertukaran pelajar dia-dakan sejak beberapa tahun lalu.

"Dalam hal ini, Festival Petaling Jaya atau lebih sinonim dengan nama PJ Fair itu menghidangkan pelbagai tarikan dan acara de-ngan tema dan bertujuan mem-promosikan bandaraya Petaling Jaya sebagai kota seni dan desti-nasi pelancongan antarabangsa menerusi kepelbagaian budaya komunitinya.

"Kita mendapat penyertaan seluruh Selangor, termasuk pela-jar sekolah. Apabila berjaya kita akan membawa mereka ini ber-sama rakan strategik kita ke ban-dar-bandar 'Sister City' ini.

Rangkul anugerah lain peringkat nasional dan

antarabangsa

Mohd Azizi berkata, insiatif dan

pelan tindakan lain turut mem-beri impak kepada MBPJ sehing-ga menerima pelbagai anugerah.

Katanya, MBPJ menempa se-jarah apabila merangkul lima anugerah utama sempena Hari Perancangan Bandar Sedunia di Medan Bandar Alor Setar, Kedah, tahun lalu.

Lima anugerah berkenaan adalah Anugerah Bandar Mam-pan 2017 ‘MURNInets’, Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pemba- ngunan Kejiranan Hijau 2018 (Pe-nyediaan Laluan Kaki Dan Laluan Basikal), Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau (Pembangunan Kebun Keji-ranan) dan Anugerah Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Kejiranan Hijau (Program Pengkomposan Sisa) serta Anugerah Khas Men-teri Wilayah Persekutuan.

"Selain itu, MBPJ juga merang-kul Anugerah Commonwealth As-sociation Of Adminstration and Management (CAPAM). Saya amat berbangga dengan anugerah ini. Pengiktirafan ini adalah untuk semua secara amnya, khususnya buat masyarakat Petaling Jaya.

"Kerjasama dan komitmen di-berikan semua pihak adalah kunci utama atas kejayaan ditempa ini,” katanya.

Transformasi MBPJ ke arah Smart City direalisasi

Hasrat Petaling Jaya untuk mentransformasikan bandar raya itu menjadi bandar pintar sela- ras strategi Kerajaan Negeri yang mahu menjadi negeri pintar, bakal

tercapai apabila projek PJ Smart Centre terbabit bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Mohd Azizi berkata, projek itu kesinambungan daripada PJ Smart City yang bertunjangkan lima te-ras utama iaitu ‘A Clean, Green, Safe, Connected and Happy City’.

Katanya, rangkuman lima te-ras terbabit selaras perancangan ke arah ‘A Total Solutions For In-telligent City Planning and Ma- nagement’.

"MBPJ komited menetap-kan matlamat menja-dikan PJ sebagai sebuah ban-dar raya pin-tar dengan a p l i k a s i teknologi d i g i t a l menjelang 2030.

" Pe l a k -s a n a k a n projek ‘Smart PJ’ ini adalah ‘in-tegrated solution’ menggunakan ‘geo-graphical information system (GIS)’ sebagai asas pembinaan ap-likasi dalam mengurus bandar PJ secara bersepadu dan mampan," katanya.

Gabungan Internet of Things (IOT) dan

Internet of People (IOP)

Mohd Azizi berkata, gabungan Internet of Things (IOT) dan Inter-net of People (IOP) dirancang me-nyeluruh dengan mengambilkira

keperluan semua pihak berke-pentingan dengan penggunaan meluas dan inovatif landasan GIS serta teknologi maklumat di dalam pengurusan bandar dan integrasi serta keupayaan.

"Hal itu bagi mencerap data kritikal berkaitan semua sektor perkhidmatan bandar seperti pembangunan ekonomi, alam sekitar dan sosial ke arah ke-hidupan lebih pintar dan mam-pan.

"Projek ini merupakan gabu-ngan penggunaan IOT (Internet of Things) dengan eleman IOP

(Internet of People)."Ia memfokus pembentukan

komuniti pintar (IOP). Elemen IOP ditentukan berdasarkan keuta-maan sebenar masyarakat dan penduduk Petaling Jaya," katanya.

Aplikasi dashboard rangkumi lima sektor

Beliau berkata, pelaksanaan Projek PJ Smart City itu merang-kumi pembinaan bangunan baru

Pusat Data Utama ‘PJ Smart Centre’, pembinaan

13 Mini Smart Centre melalui

kerja ubah-suai di ja-batan dan p e m b a -ngunan.

K a t a -nya, sistem aplikasi se-

cara dash-board dengan

l ima sektor perkhidmatan ban-

dar meliputi ‘city plan-ning and development’, ‘city community development’, ‘city management and enforcement’, ‘city business’ dan ‘city town ser-vices’ yang membabitkan 84 dash-board secara keseluruhannya turut dibangunkan.

"Manakala, Mini Smart Centre City Planning Workstation dan Adu- an Workstation bermula beropera-si pada 15 Disember 2017 lalu pula mempunyai 26 dashboard.

"Kedua-dua mini smart centre ini menjalankan kerja mencerap data, mengemaskini data, meng- analisis data dan menghasilkan pelaporan bagi setiap dashboard.

"Pelaporan dihasilkan di mini smart centre dipaparkan dan di-pantau di Pusat Data Utama PJ Smart Centre," katanya.

Pada masa sama, Mohd Azizi berkata, bagi Mini Smart Centre City Planning Workstation, seba-nyak 11 ‘dashboard’ dibangunkan meliputi aspek ‘landuse planning’, ‘transportation’, ‘development con-trol’, ‘universal design’, ‘safe city’, ‘community engagement (citizen profile,’ ‘citizen resources’, ‘Pj Pedia,

Citizen Awareness)’ dan ‘Occupa-tional Safety, Health and Environ-ment’ (OSHE).

"Manakala Mini Smart Centre Aduan melibatkan i-Map Aduan.

"Smart PJ Delivery Unit (SPj-DU) ditubuhkan Jabatan Peranca-ngan Pembangunan MBPJ untuk merangka dan melaksana inisiatif Projek PJ Smart City secara keselu-ruhan MBPJ," katanya.

PBT pertama di Malaysia

Pelaksanaan projek ini menja-dikan MBPJ Pihak Berkuasa Tem-patan (PBT) pertama di Malaysia.

"MBPJ belajar dan mengambil pengalaman dengan 'sister city' nya iaitu Bandung, Indonesia se-jak 2016.

"Kita bukan laksanakan projek ini semata-mata untuk merangkul anugerah tetapi ia adalah teknolo-gi terkini yang sudah diterapkan di beberapa bandar raya Eropah.

"Di Malaysia, ia baru dimulakan dan jika tidak bermula, kita akan ketinggalan," katanya.

Mohd Azizi berkata, dengan ada- nya projek itu nanti, pengurusan bandar akan menjadi lebih cekap kerana semua 'core business' di-pantau di 'command centre'.

Selain itu, katanya, pelaksanaan projek itu akan dikongsikan den-gan PBT lain di Selangor sebagai contoh dan rujukan.

Malah, pada masa sama, beliau berkata, ia boleh dikongsikan de-ngan negeri lain yang berminat.

Bina mej setanding bandar besar dunia lain

MBPJ kini berusia 13 tahun se-jak dinaiktaraf status bandar raya pada 2006.

Menerusi pelbagai inisiatif dan pelan perancangan pembangu-nan yang dilaksakan, pastinya hasrat ingin menjadikan PBT itu setaraf dengan bandar raya be-sar di dunia.

Mohd Azizi berkata, MBPJ sen-tiasa beriltizam memacu met- ropolis itu menepati konsep mampan, smart dan berdaya tahan dalam usaha mewujudkan persekitaran perbandaran yang sejahtera selain mesra penduduk, selaras dengan matlamat Peta-ling Jaya sebagai sebuah bandar raya peneraju, dinamik dan lestari.

"Keunikan MBPJ perlu di lihat menerusi peranannya selaku pen-tadbir tempatan yang merentasi kepelbagaian masyarakat dari yang bergelandangan sehingga golo- ngan elit. Selain merancakkan po-tensi sektor Keluaran Dalam Ne-geri Kasar (KDNK), ekonomi, pusat komersial dan pelaburan.

"MBPJ komited menyuburkan amalan terbaik kebertanggung-jawaban sosialnya dengan mem-berikan perhatian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

"Dasar-dasar diterapkan sentiasa mencari keseimbangan dan men-capai titik keadilan sosial," katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

OLEH TAJI KUNING

Kerana silap membaca isi surat yang tertulis “salam paduka kekanda” teta-pi dibaca sebagai “paduka kakanda em-punya sembah, datang kepada paduka

adinda”, Raja Pasai iaitu Raja Pahlawan men-gamuk sehingga habis dibunuh seisi istana ke-tika itu.

Padahal si utusan dari tanah Haru telah dite-gur beberapa kali oleh Raja Pahlawan sendiri yang mendengar bacaan itu kedengaran tidak sepatutnya.

Lanjutan hal itu membawa kepada pepe-rangan antara Pasai dan Haru sehingga turut memberi kesan kepada Melaka. Tidak dapat dipastikan adakah si utusan benar-benar tersi-lap baca, tidak cermat baca, ada masalah peng-lihatan atau memang surat itu dikarang dengan perkataan sebegitu. Cerita itu dimuatkan dalam Sulalatus Salatin pada bab Akibat Salam Diba-cakan Sembah.

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh telah mengalihkan cerita itu kepada bentuk sa-jak bertajuk Ceritera yang Kedua Puluh Empat dan diterbit dalam buku Sajak-sajak Sejarah Melayu. Tulisnya:

Cih, Pasai ini tiada sayang pada bahasa,pada rasa dan hati yang dikandunginya.ayat dilengkungkan dengan pembacaan,makna dipindahkan kepada kehendak.tiada akan besar bangsayang tiada kasihkan bahasanya,tiada kebenaran pada manusiayang tidak dapat melihat kenyataan.

Cerita ini mengingatkan kita kepada periba-hasa “kerana pulut santan binasa/kerana mulut badan binasa” yang begitu popular menggam-

barkan akibat kesilapan dalam percaka-pan. Makna baru dari perkataan yang tersilap selalunya mendatangkan fitnah yang lebih besar. Tetapi berapa ramai yang mengambil pengajaran dan cuba mengelak melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian?

Silence is Golden kata peribaha-sa orang putih yang kemudiannya di- nyanyikan kumpulan KRU sebagai “diam itu ‘kan pintar”.

Dalam bahasa Melayu juga ada banyak peribahasa, pepatah dan perumpamaan berkaitan diam seperti “diam-diam ubi berisi” atau seperti “bunyi tin kosong”. Adakah ini semua sebagai respon terha-dap kisah amukan Raja Pahlawan? Atau ia sebagai ingatan kepada rakyat bawa-han supaya berhati-hati apabila berba-hasa dengan golongan atasan?

Tidak dapat dinafikan, bahasa banyak larasnya. Laras bahasa pasar, bahasa ras-mi, bahasa persuratan, bahasa istana, ba-hasa korporat, bahasa akhbar dan entah berapa banyak jenis lagi. Kata sesetengah orang, ini menunjukkan bahasa juga ada kastanya. Adakah ini benar? Mungkin ya mungkin tidak. Langgam, gaya dan loghat sering berevolusi selaras dengan perger-akan zaman dan perkembangan ilmu.

Ada gaya bahasa yang sudah diting-galkan seperti penggunaan kata ganti nama diri “hamba” dan “tuan hamba” yang mungkin digunakan secara minimal pada sesetengah tempat sahaja. Namun, tetap saja ada jarak antara satu-satu golongan via laras bahasa atas beberapa faktor.

Merenung kembali kisah dari Sulala-tus Salatin, di situ boleh kita boleh petik banyak pengajaran. Pertamanya supa-

ya lekas sedar diri dan memperbetulkan keadaan kemudian meminta maaf. Itu-lah yang sepatutnya dilakukan si utusan. Kedua, cerita itu menunjukkan betapa seorang pemerintah yang biasa hidup dikelilingi sanjungan dan tentunya salah satu bentuk sanjungan adalah melalui laras bahasa yang diguna pakai di dalam istana yang memerlukan orang bawahan mengangkat sembah, merendah diri dan mengikut arahan, telah menyebabkan si Raja Pahlawan tidak langsung dapat bersabar sehingga terheret ke kancah perang.

Kata Azizi Abdullah, pujian adalah ra-cun. Ya, racun yang boleh merosakkan hati dan perasaan seseorang.

Jadi, bagaimana dengan zaman seka-rang? Akan berlakunya perang jika tersi-lap cakap? Lihat ucapan-ucapan Donald John Trump yang celupar akibat dikuasai kemarahan dan sentimen yang sedikit sebanyak menimbulkan reaksi hangat. Dan di sekeliling kita sendiri, lihat ke-nyataan-kenyataan menteri yang seme-mangnya menyakitkan hati rakyat seperti “kalau harga ikan naik, beli ayam”, “bo-leh menoreh di musim tengkujuh” dan bermacam-macam lagi yang tidak enak boleh didengar dalam perbahasan parli-men. Barangkali apabila berada di pun-cak kuasa kita menjadi kurang cermat dalam melepaskan perkataan. Tetapi, kita tidak boleh kata menteri atau ahli politik saja yang celupar dan kurang ajar dalam bercakap. Masyarakat sendiri, dek letusan maklumat terikut-ikut sama. Ko-men-komen atau hantaran di laman so-sial tidak sedikit yang mencarut dan penuh emosi.

Rentetan isu demi isu yang sentia-sa menghangatkan iklim politik kita merebas sama kejelekan-kejelekan ma-syarakat dalam menanggapinya. Tulisan-tulisan yang menghasut dikongsi dan tular sehingga dengan mudah dipercayai ramai pula. Lebih menyedihkan, ada juga penulis yang menulis puisi dan cerpen penuh dengan sangkaan jahat terhadap kaum yang tidak disukainya akibat tu-larnya cerita yang tidak benar. Padahal sastera sepatutnya medium pencerah-an bukannya alat menyebar kebencian. Sewajarnya masyarakat harus ingat ayat al-Quran surah Al-Hujurat, “Jika datang kepadamu satu berita, maka selidikilah kebenarannya dahulu” agar kita menjadi manusia yang lebih bertamadun dan ce-lik maklumat.

“Tiada akan besar bangsa/yang tia-da kasihkan bahasanya,” baris sajak ini patut dihadam sedalam-dalamnya oleh penulis, orang awam atau menteri seka-lipun. Ingatan dari sajak sasterawan ne-gara seharusnya dipegang jika kita mahu melihat bangsa kita menjadi besar; be-sar di sini bukanlah aspek penggunaan bahasa atau kemajuan teknologi sahaja, tetapi nilai-nilai kemanusiaan yang patut membugar lalu melahirkan masyarakat bertamadun. Berbahasalah dengan baik dan berhati-hati. Ingatlah celaan Tuhan terhadap orang yang mencarut, meng-umpat dan menyebar pembohongan. Menulislah dengan baik dengan ejaan penuh dan perkataan-perkataan molek kerana karya atau tulisan yang baik sen-tiasa menyejukkan jiwa. Jangan jadi se-perti Raja Pahlawan yang lupa kuasanya cuma sementara.

Gadis Penjual Buku

Gadis itu senjasunyi yang bersembunyidalam lipatan buku.

Dia tak pedulimata yang melahapwajah bukunyamulus diratahsetelah kenyang ditinggal.

Sengaja dia membogelkantubuh bukunyadi pelantar pameruntuk dijamah beramai-ramaisecara gratis.

Pabila malam tibabuku-bukunya menangisdalam hatinya.

Baharuddin SairiSungai Nibong, Sekinchan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

17SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Advertorial MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

KUALA LUMPUR - Loji Rawatan Air Sungai Semenyih mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada Jabatan Pemba-ngunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Dengan pengiktirafan ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selaku operator air yang terbe-sar di negara ini akan dapat mengendalikan latihan kemahiran melalui pusat bertauliahnya sendiri bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berkua-liti di dalam industri pembekalan air, termasuk mem-berikan latihan kepada operator-operator air lain di negara ini. Latihan kemahiran yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan piawaian Kemahiran Pekerjaan Ke-bangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS). Pengiktirafan ini diterima pada Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kama-ralzaman menerima sijil pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, dalam Majlis Penganugera-

ADVERTORIAL

han Sijil Kemahiran Malaysia bagi Pengiktirafan Penca-paian Terdahulu (SKM-PPT) baru-baru ini.

Seramai 346 warga kerja Air Selangor yang berkhid-mat di Jabatan Operasi, Pengagihan dan Perhubungan Pelanggan menerima sijil SKM-PPT masing-masing di majlis tersebut.

Pengiktirafan ini adalah di antara usaha berteru-san Air Selangor dalam membentuk warga kerja yang berkemahiran serta kompeten untuk memberikan khid-mat yang terbaik kepada syarikat dan juga pelanggan.

Air Selangor amat komited dalam memenuhi keper-luan kompetensi di dalam industri perkhidmatan air di negara ini dengan menjadikan kompetensi seba-hagian daripada parameter Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat.

“Ini adalah sejajar dengan ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang menetapkan kompetensi sebagai syarat untuk memperbaharui lesen

syarikat perkhidmatan industri air di Malaysia, tambah beliau.

Kumpulan penerima sijil terbaharu ini adalah sebaha-gian daripada 481 warga kerja Air Selangor yang telah mendapat pengiktirafan ini setakat kini.

Dalam perancangan bagi tahun hadapan, Air Sela-ngor menyasarkan sebanyak 50% warga kerja Jabatan Pengeluaran dan 30% lagi warga kerja Jabatan Peng-agihan untuk menjalani program ini. Menjelang peng-hujung 2019, dianggarkan sebanyak lebih 600 warga kerja Air Selangor berjaya mendapatkan pensijilan yang bakal membantu mereka melaksanakan kerja dengan lebih efektif.

Pengiktirafan dengan pensijilan ini juga merupa-kan antara pelan kerjaya strategik Air Selangor dalam membangunkan warga kerjanya bagi mencapai misi syarikat untuk menyampaikan pengalaman yang ter-baik kepada pelanggan.

Loji rawatan Air Selangor terima pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

PUTRAJAYA - Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) buat pertama kali me-lancarkan video korporat bagi memberi penera-ngan kepada masyarakat dan pelabur berkaitan per-lombongan.

Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pemasarannya, Mohd Nizam Mohd Ishak berkata, video terbabit akan membetulkan salah faham masyara-kat berkaitan aktiviti perlombongan.

“Tujuan video ini dibuat adalah untuk beri penerangan kepada ma-syarakat dan pelabur mengenai

perlombongan dan kita mahu me-nerangkan bahawa tidak se-

mestinya perlombongan membawa kesan buruk ke-pada alam sekitar.

“Kalau kita gunakan de-ngan cara dan proses yang

betul, hasilnya tidak akan me-rosakkan alam sekitar malah

memberi pulangan baik kepada Kerajaan Negeri dan masyarakat,” ka-tanya.

Mohd Nizam berkata demikian keti-ka ditemui selepas Program KSSB Em-ployee Town Hall 2019 di The Everly Hotel, Putrajaya, di sini.

Pada masa sama, beliau berkata, KSSB dipilih untuk mewakili Malaysia

ke Asean Mineral Awards 2019 yang telah dianjurkan oleh ASEAN Mine-ral Cooperation Action Plan (AMCAP) yang telah dipersetujui di bawah rang-ka kerja ASEAN Senior Official Meeting on Mineral (ASOMM) dan ASEAN Mi-nisterial Meeting in Minerals (AMMin) serta dikelolakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia un-tuk kali ke-2 tahun ini dan video korporat itu akan ditayangkan di sana.

KSSB adalah anak syarikat Kerajaan Negeri ditubuhkan pada 2008 dan berperanan se-bagai peneraju utama dalam pembangunan sumber mineral asli di Selangor.

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA - Proses perolehan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) bertambah lancar dan telus apa-bila syarikat itu berjaya membangunkan Sistem Pembelian dalam talian.

Ketua Jabatan Kontrak dan Perolehan, Mohd Hisham Mohd Ghaus berkata, Sistem Pembe-lian dibangunkan jabatannya itu juga mampu mengelakkan berlakunya ketirisan dalam proses

perolehan anak syarikat Kerajaan Negeri itu.“Sistem Pembelian KSSB ini adalah satu sistem dibangunkan secara dal-

aman di mana ia membolehkan segala pembelian syarikat dibuat secara atas talian.

“Daripada mula kita tempah ba-rang sampai ia masuk boleh dike-

san atau ‘track’ melalui sistem ini di mana sebelumnya dibuat secara ma-

nual menggunakan perisian biasa yang ter-dapat dalam pasaran,” katanya.

Mohd Hisham berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Video Korporat dan Sistem Pembelian KSSB di Hotel The Everly, di sini, hari ini.

Katanya, sistem boleh diakses oleh mana-ma-na pegawai syarikat untuk tujuan semakan dan pemantauan.

Mohd Hisham berkata, sistem ini turut mem-perkemaskan lagi rekod pembelian syarikat seperti data pembekal, tarikh perolehan dan se-bagainya.

Beliau berkata, langkah menggunakan sistem itu selaras dengan status KSSB sebagai syarikat pe-megang sijil ISO 9001:2015 dan mematuhi Prose-dur Operasi Standard (SOP) syarikat.

ADVERTORIAL

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

18PBT

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

LANDASAN LUMAYAN SDN BHD (989368-H)(SYARIKAT MILIKAN PENUH MBI SELANGOR)

Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) ingin mempelawa Juru Perunding yang berkelayakan dan berpengalaman khusus dalam kerja-kerja rehabilitasi bekas tapak pelupusan sampah untuk memohon pra-kelayakan sebagai Technical Due Diligence Consultant. Pegangan saham dalam firma yang berminat untuk mengambil bahagian PERLU dimilki 100% oleh rakyat tempatan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Alam Sekitar (DoE).

JURU PERUNDING SEBAGAI TECHNICAL DUE DILIGENCE BAGI KERJA-KERJA REHABILITASI BEKAS TAPAK PELUPUSAN SAMPAHPemohon yang berminat dikehendaki mengemukakan:i) Nama firma.ii) Butiran firma (alamat, wakil firma, nombor telefon/faks)iii) Tarikh penubuhan firma disertakan bersama dokumen pendaftaran di bawah Pihak Berkuasa

yang berkaitan. iv) Senarai projek-projek utama yang telah siap dalam tempoh 5 tahun.v) Bukti Penyata Kewangan yang kukuh sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 tahun.vi) Sebarang maklumat tambahan yang boleh membantu mengukuhkan pemohonan pra-

kelayakan firma.

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen (hardcopy & softcopy) di dalam sampul yang dilabel sebagai “Pre-Qualification of Consultant” kepada Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), Level G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor sebelum 12.00 tengah hari pada 21hb Mac 2019. Sebarang pertanyaan sila hubungi Landasan Lumayan Sdn Bhd di talian 03-5513 8898.

PRA-KELAYAKAN SEBAGAI JURU PERUNDING

A project by LLSB

Gateway to a better tomorrow

SHAH ALAM - Sebanyak 21 notis cukai tak-siran dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terhadap pemilik harta yang gagal melunaskan tunggakan cukai tak-siran membabitkan jumlah keselu-ruhan RM275,699.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam-nya, Shahrin Ahmad ber-kata, ia dikeluarkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya, notis terbabit dikeluarkan dalam operasi sita cukai taksiran di beberapa premis perdagangan dan perindus-trian sekitar Seksyen 7, 32 dan U5, di sini, pada 21 Februari lalu.

“Operasi itu bertujuan memberikan kesedaran kepada pemilik harta peka menjelaskan cukai taksiran waktu ditetap-kan,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, operasi sita cukai tak-

siran akan diadakan setiap minggu di ka-wasan yang mempunyai jumlah tunggakan cukai taksiran tinggi.

Justeru katanya, pemilik harta di ka-wasan pihak berkuasa tempatan itu

diingatkan supaya menjelaskan tunggakan cukai taksiran bagi

mengelakkan tindakan sita-an diambil ke atas pegan-gan masing-masing.

“MBSA ada menye-diakan pelbagai kemu-dahan bayaran seperti di

kaunter bank, secara atas talian, kaunter bayaran di

Pejabat Cawangan MBSA ser-ta Pejabat Bergerak ‘Shah ALam On

Wheel’ secara berjadual mengikut kawasan ditetapkan setiap hari Sabtu.

“Hasil cukai taksiran ini dapat memper-tingkatkan perkhidmatan perbandaran seperti perkhidmatan kutipan sisa pepe-jal dan penyeleggaraan kemudahan awam,” katanya.

Gagal lunas tunggakan, �� pemilik harta terima notis

KUALA LANGAT - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan ker-jasama IJM Land bakal mengan-jurkan pertandingan memancing, pada 23 Mac ini.

Pertandingan bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di Ta-sik IJM Land, Taman Rimbayu itu menawarkan hadiah keseluruhan ditawarkan hampir RM20,000 ke-pada 50 peserta yang berjaya.

Juara bakal memperolehi wang tunai RM12,000; Naib Juara (RM4,000) dan tempat ketiga RM1,000.

Manakala, tempat keempat memperolehi RM600 dan RM400 dimenangi tempat kelima.

Sementara itu, tempat keenam hingga ke-10 bakal memperole-hi RM250 dan tempat ke-11 hing-ga 30 pula masing-masing akan mendapat RM150.

Tempat ke-31 hingga 50 mas-ing-masing bakal membawa pu-lang wang tunai RM100.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 012-2141 401 atau 019-6203 040.

MDKL-IJM tawar hadiah RM��,��� untuk kaki pancingOLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SUBANG JAYA - Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) berjaya memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Inisiatif Landskap Ko-muniti Terindah anjuran Jabatan Landskap Negara, pada 3 Mac lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strate-giknya, Azfarizal Abdul Rashid berkata, MPSJ melalui inisiatif Ke-bun Komuniti USJ 14 memenangi dalam kategori Landskap Komuniti Negara Taman.

Katanya, buat julung kali MPSJ menghantar tiga calon kebun ko-

muniti untuk dipertan-dingkan, kebun itu adalah kebun komuniti USJ 6, USJ 12 dan USJ 14.

“Penilaian dibuat dari-pada aspek pengurusan or-ganisasi, perancangan landskap komuniti, inisiatif perlandskapan, penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur hijau dan inisiatif pe-ningkatan kualiti landskap.

“Hasil saringan, Kebun Komuniti USJ 14 terpilih menjadi 5 kumpu-lan terbaik dan 3 Mac (Ahad) lalu ia terpilih mendapat tempat ke- dua,” katanya.

Hadiah kemenangan berupa

geran RM 15,000, sijil penyertaan dan plak kemenangan yang disam-paikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Taman Botanik, Putrajaya.

Sementara itu, MPSJ turut mem-buka reruai pameran sempena Hari Landskap Negara yang berlang-sung pada 1 hingga 3 Mac lalu.

Tempat kedua Inisiatif Landskap Komuniti Terindah

Kebun Komuniti USJ �� julang nama MPSJ

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

19SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA LANGAT - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyasar-kan daerah itu dijadikan sebagai Tahun Melawat Kuala Langat, pada 2021.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, pihaknya terus komited memperhebatkan program di daerah terbabit, se-bagai langkah menarik le- bih ramai pelancong ke daerah berkenaan.

“Kita bercadang mahu meng-hidupkan semula Pesta Morib di Pantai Morib dengan pelbagai aktiviti selama empat hari, pada September ini.

“Kita optimis menganjurkan pesta itu memandangkan ia su-dah terlalu lama tidak dianjur-kan,” katanya dalam satu sidang media, di sini, pada 28 Febru-ari lalu.

Pada masa sama, katanya, MDKL optimis kegemilangan Pesta Morib dapat dikembalikan dan mampu menarik lebih ramai pengunjung ke situ.

“Jika sambutan terhadap Pes-ta Morib memberangsangkan, kita bercadang mahu menjadi-kan Tahun Melawat Kuala Langat pada 2021,” katanya.

Perhebat program, tarik pelancong

Sasar Tahun Melawat Kuala Langat ����

Pesta Morib sinonim dalam kalangan pengunjung suatu ketika dahulu yang antara- nya menyajikan pertandingan Morib Fun Run, pertunjukan wau, pertandingan gusti le-ngan dan Battle Of The Band.

BANTING - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) berjaya mengha-puskan operasi kilang plastik ha-ram di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, MDKL komit-ed memastikan Kuala Langat bebas daripada kewujudan kilang plastik haram.

“Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat mengeluarkan notis kepa-da pengusaha kilang bagi memu-lihkan tanah asal industri kepada

pertanian.“Sebanyak 55 kilang diberhenti-

kan operasi serta merta manakala 14 kilang lagi diambil tindakan un-tuk dilupuskan sisa-sisa sampah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-pengerusikan Masyuarat Penuh MDKL Bil 2/2019, di Bilik Mesyuarat Cempaka Kuning, di sini, pada 28 Februari lalu.

Pada masa sama, beliau berkata,

pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada penduduk setempat susulan daripada beberapa operasi yang berjaya dijalankan.

“Syarikat yang dibenarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sahaja boleh melakukan proses kitar semula,” katanya.

Terdahulu, pencemaran serius berlaku di Kuala Langat didakwa berpunca daripada kilang mem-proses plastik import secara haram.

MDKL berjaya hapus kilang plastik haram

KUALA LANGAT - Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menggesa peniaga di premis makanan, di ka-wasan terbabit mematuhi syarat ditetapkan Pihak Berkuasa Tem-patan (PBT) itu.

Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, ia ekoran terdapat ramai peniaga men-gambil sikap sambil lewa dan ti-dak mematuhi syarat ditetapkan terutama berkaitan permohonan lesen dan penjagaan kebersihan.

“Baru-baru ini MDKL ke premis makanan tepi jalan, kebanyakan mereka membiarkan sampah merata-rata dan tidak diuruskan sebaiknya, walhal MDKL sudah melonggarkan syarat dengan memberikan lesen sementara untuk berniaga.

“Apabila kita sudah melong-garkan syarat, tidak salah rasanya untuk mereka patuh pada arah-an yang sudah ditetapkan seperti mengambil suntikan typhoid dan urus smapah sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Penuh MDKL Bil 2/2019, di Bilik Cempa-ka Kuning, pada 28 Februari lalu.

Pada masa sama, beliau meng-ingatkan peniaga supaya berteru-san mematuhi syarat ditetapkan, bukan hanya apabila PBT melak-sanakan operasi sahaja.

“Saya juga mencadangkan pemilik premis hadir ke PBT un-tuk berbincang dan menyemak syarat disediakan bagi mengelak-kan mereka daripada dikompaun,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga komited menyemak premis per-niagaan milik warga asing yang tidak mempunyai lesen bagi membendung daerah itu dari-pada terus dikuasai golongan terbabit.

Usaha itu selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri menangani isu penjaja kecil war-ga asing di Selangor.

Peniaga premis makanan digesa patuhi syarat

MDKL giat melaksanakan operasi membanteras kewujudan kilang plastik haram

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

20Pendidikan

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.9 juta bagi melaksanakan Projek Fast Track Peperiksaan Sijil Pelajaran Malay-sia (SPM) Sekolah Tahfiz Persend-irian Sepenuh Masa, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, tanggungan pe-runtukan itu membabitkan kos tuisyen iaitu elaun penceramah dan bahan rujukan pelajar.

“Projek ini dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dijalankan di premis ditetapkan BPI seperti di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maa-had Integrasi Tahfiz Selangor dan Sekolah Rendah Agama JAIS.

“Kohort kelas ini adalah selama satu tahun ber-

mula Januari dan be-rakhir pada Oktober, dengan sesi pembela-

jaran diadakan pada Sabtu dan Ahad.

“Selepas itu, mu-rid-murid akan men-

duduki peperiksaan SPM di pusat pe-

p e r i k s a a n berdaftar pada ta-

SHAH ALAM - Sekumpulan pensyarah Universiti Selangor (UNISEL) berjaya meraih pingat emas dalam Anugerah Mentor Mentee STEM, sempena Ekspo Teknologi Malaysia 2019 (MTE 2019), di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Korpo-ratnya, Hasril Abu Hassan berkata, UNISEL diketuai Dr Hazeeq Haz-wan Azman selaku koordinator merangkul pingat berkenaan me-lalui modul Sains Forensik yang dibangunkan pasukan STEM in-stitusi terbabit.

“STEM UNISEL adalah program kerjasama Pusat Pengajian Asasi dan Umum (CFGS), Institut Bio-IT termasuk Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat,” katanya.

Anugerah itu disampai-kan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnarais-sah Munirah Majilis kepada Peng-arah Institut Bio-IT, Dr Nor Suhaila Yaacob.

Sementara itu, Dr Hazeeq melahirkan rasa gembira atas ke-menangan itu selain merakam-kan jutaan terima kasih kepada

pengurusan universiti yang sen-tiasa memberi sokongan ter-hadap pasukannya sepanjang pertandingan berkenaan.

“Kami menerima pelbagai res-pon dan maklum balas positif bukan sahaja daripada pengun-jung yang hadir pada MTE 2019, malahan daripada pihak kemen-terian.

“Saya berbangga kerana ber-jaya membawa nama universi-ti ke peringkat ini dan berharap UNISEL akan terus mendapat perhatian dan pengiktirafan dalam bidang STEM,” katanya.

BATU PAHAT - Kementarian Pen-didikan menyediakan laluan khas kepada empat golongan bagi ke-masukan ke Universiti Awam.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, ia membabitkan Orang Kurang Upaya (OKU), at-let, Orang Asli dan golongan ber-pendapatan rendah.

“Dengan adanya laluan khas itu empat golongan berkenaan tidak perlu bersaing dengan kumpulan arus perdana untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

“Sebaliknya, mereka ha- nya perlu memenuhi syarat khas ditetapkan universiti yang dipilih sebelum disaring dalam kalangan kelompok mereka sahaja.

“Laluan khas ini dilaksana dengan mencontohi beberapa negeri maju yang mengutama-kan golongan berkenaan teruta-manya golongan atlet kerana ramai yang memasuki uni-versiti kerana pembabi-tan mereka dalam bidang sains sukan,” katanya.

Beliau berkata de-mikian pada Program Jom Masuk IPT 2019 (JMIPT) Zon Selatan, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), pada 22 Mac lalu.

Kerajaan Negeri salur RM1.9 juta

Laksana Fast Track SPM Sekolah Tahfiz Persendirian

Laluan khas masuk universiti awam

hun sama,” katanya.Beliau berkata demikian pada

sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Maj-lis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di bangunan SUK, pada 28 Februari lalu.

Pada masa sama, katanya, tenaga pengajar adalah guru-guru pakar atau penanda ker-tas SPM daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, manakala peserta program terdiri daripada warganegara Malaysia dan sedang

atau pernah menuntut di sekolah tahfiz persendirian sepenuh masa berdaftar dengan JAIS.

“Keutamaan diberikan kepa-da calon kurang berkemampuan dan sudah menghafaz 15 juzuk,” katanya.

UNISEL raih emas Anugerah Mentor Mentee STEM ����

KENYATAAN TENDER

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Bil. NO. TENDER KETERANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

AIS/DD/T11/2/2019

AIS/OS/T2/2/2019

AIS/OS/T3/2/2019

AIS/OS/T4/2/2019

AIS/OS/T5/2/2019

SUPPLY, DELIVERY, INSTALL AND COMMISSIONING OF AMR ENABLED ELECTROMAGNETIC FLOW METERS

REPLACEMENT OF AGEING REMOTE TERMINAL UNITS (RTU) FOR EXISTING SCADA SYSTEM AT SELECTED AIR SELANGOR’S PUMP HOUSES & RESERVOIRS AT PETALING JAYA AND KUALA LUMPUR REGIONS (PACKAGE 1)

REPLACEMENT OF AGEING REMOTE TERMINAL UNITS (RTU) FOR EXISTING SCADA SYSTEM AT SELECTED AIR SELANGOR’S PUMP HOUSES & RESERVOIRS AT KUALA LUMPUR, KLANG, SHAH ALAM, HULU LANGAT AND SEPANG REGIONS (PACKAGE 2)

REPLACEMENT OF AGEING REMOTE TERMINAL UNITS (RTU) FOR EXISTING SCADA SYSTEM AT SELECTED AIR SELANGOR’S PUMP HOUSES & RESERVOIRS AT GOMBAK, HULU SELANGOR AND KUALA SELANGOR REGIONS (PACKAGE 3)

REPLACEMENT OF AGEING REMOTE TERMINAL UNITS (RTU) FOR EXISTING TELEMETRY SYSTEM AT SELECTED AIR SELANGOR’S PUMP HOUSES & RESERVOIRS (PACKAGE 4)

Untuk butiran lanjut mengenai tender di atas, sila layari laman web kami di https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1 atau menyertai saluran Telegram kami di https://t.me/tenderairselangor untuk mendapatkan pemberitahuan tentang kemas kini tender kami. Kontraktor/Pembekal yang ingin menyertai tender di atas adalah diwajibkan untuk mendaftar dengan Air Selangor. Emel kelulusan atau sijil pendaftaran kontraktor/pembekal hendaklah dibawa semasa membeli dokumen tender.

Projek ini dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan dijalankan di premis ditetapkan BPIAMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

21SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SEMENYIH - Lembaga Zakat Sela-ngor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat berupa set peralatan fisiote- rapi bernilai RM467,650 kepada lima rumah kebajikan warga emas, pada 27 Februari lalu.

Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid berkata, ia merangkumi Pusat Jagaan Mahmu-dah Malaysia, Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia, Pertubuhan Ke-bajikan Penyanyang Hani, Pusat Jag-

aan Siti Nor Aini dan Pusat Jagaan Nur Hasanah.

Katanya, ia bakal memberi man-faat kepada hampir 300 warga emas, di kesemua pusat jagaan itu.

“Setiap rumah kebajikan meneri-ma set peralatan fisioterapi bernilai RM93,550, di bawah asnaf fisabilillah bagi memberi sokongan kesihatan kepada warga emas yang memerlu-kan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, kajian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan warga emas pada masa

kini berisiko menghadapi kemerosotan fizikal.

Justeru, katanya, rawatan pemulihan seperti fisiote-rapi perlu dilakukan untuk menambah baik kesihatan golongan itu.

“Atas dasar itulah LZS berpanda-ngan bahawa keperluan peralatan fi-sioterapi perlu diberikan kepada pusat penjagaan warga emas,” katanya.

Majlis penyerahan disempurnakan Orang Besar Daerah Hulu Langat, Dato’ Abdul Jalil Abdul Rani.

SEMENYIH - Peralatan fisioterapi bernilai RM93,550 sumbangan Lem-baga Zakat Selangor (LZS) memberi banyak manfaat kepada penghuni Pusat Penjagaan Mahmudah Ma-laysia.

Pengerusinya, Ruslan Saidin berkata, beberapa warga emas di pusat jagaan terbabit menunjukkan perkembangan positif selepas men-jalani latihan fisioterapi.

“Ramai antara mereka dalam ke-adaan tak berapa sihat kerana bila terlalu lama duduk di kerusi roda atau katil, elok-elok boleh berjalan akan jadi tak boleh berjalan.

“Malah ada penghuni yang sebe-lum ini makan pun perlu disuapkan tetapi sudah mula boleh menyuap makanan sendiri dan yang tak bo-

BANGI - Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Masjid Bandar Seri Putra, di sini berlangsung meriah de-ngan kehadiran lebih 1,000 orang awam, pada 28 Februari lalu.

Forum Perdana yang mengu-pas topik ‘Selangkah Seiringan’ itu diserikan lagi dengan kehadi-ran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bersama isterinya Masdiana Muhamad.

Ia turut menampilkan dua panel pendakwah iaitu Ustaz Ro-slan Mohamed dan Ustaz Fau-

waz Fadzil serta Moderator, Ustaz Mohd Hariri Daud.

Forum anjuran bersama Kera-jaan Negeri dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Men-teri (Hal Ehwal Agama Islam), Da-tuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Menariknya, topik ‘Selangkah Seiringan’ turut membincangkan berkenaan Islam tidak mengga-lakkan perpecahan atau permusu-han sesama kaum sebaliknya perlu bersatu hati dan jiwa.

Malah, umat Islam juga perlu di-ingatkan untuk mempunyai matla-mat jelas dalam hidup dan selalu bermuhasabah diri.

Selain itu, topik itu juga me-nyentuh berkenaan menasihati pemimpin untuk merujuk kepa-da para ulama sekiranya mahukan sesebuah negara itu aman.

Malah, umat Islam juga diga-lakkan untuk tidak meninggi diri sebaliknya perlu membuang ke-sombongan sekali gus hati men-jadi tenang.

7 - 13 MAC 201930 jamadilakhir - 5 REJAB1440H

07 Khamis 5:57 6:07 7:21 1:27 4:40 7:28 8:37 08 Jumaat 5:57 6:07 7:20 1:27 4:39 7:28 8:37 09 Sabtu 5:56 6:06 7:20 1:27 4:39 7:28 8:37 10 Ahad 5:56 6:06 7:20 1:26 4:38 7:28 8:37 11 Isnin 5:56 6:06 7:19 1:26 4:37 7:27 8:36 12 Selasa 5:55 6:05 7:19 1:26 4:36 7:27 8:36 13 Rabu 5:55 6:05 7:19 1:26 4:36 7:27 8:36

07 Khamis 6:00 6:10 7:23 1:30 4:43 7:31 8:40 08 Jumaat 6:00 6:10 7:22 1:30 4:42 7:31 8:40 09 Sabtu 5:59 6:09 7:22 1:29 4:41 7:30 8:39 10 Ahad 5:59 6:09 7:22 1:29 4:41 7:30 8:39 11 Isnin 5:59 6:09 7:21 1:29 4:40 7:30 8:39 12 Selasa 5:58 6:08 7:21 1:29 4:39 7:30 8:39 13 Rabu 5:58 6:08 7:21 1:28 4:39 7:30 8:39

07 Khamis 5:57 6:07 7:22 1:28 4:40 7:29 8:38 08 Jumaat 5:57 6:07 7:21 1:27 4:39 7:29 8:38 09 Sabtu 5:57 6:07 7:21 1:27 4:39 7:29 8:37 10 Ahad 5:57 6:07 7:21 1:27 4:38 7:28 8:37 11 Isnin 5:56 6:06 7:20 1:27 4:37 7:28 8:37 12 Selasa 5:56 6:06 7:20 1:26 4:36 7:28 8:37 13 Rabu 5:56 6:06 7:20 1:26 4:36 7:28 8:37

Abdul Basith (tengah) menyerahkan replika cek sumbangan set per-alatan fisioterapi kepada lima wakil rumah kebajikan warga emas

Lima rumah kebajikan terima manfaat

LZS serah set fisioterapi RM�6�,6��

Bantu warga emas berjalan semula

MB hadir serikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Latihan fisioterapi di Pusat Penjagaan Mahmudah Malaysia dikendalikan pesara jurulatih bertauliah hospital kerajaan

leh berjalan, sekarang dah boleh me-napak,” katanya.

Ruslan berkata demikian pada Maj-lis Sumbangan Pusat Fisioterapi LZS kepada lima pusat kebajikan warga emas, di sini, pada 27 Februari lalu.

Katanya, latihan fisioterapi itu di-

kendalikan pesara jurulatih bertauliah hospital kerajaan.

Pada masa sama, beliau turut me-ngalukan mana-mana pihak sama ada organisasi atau persendirian memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk kepada pusat penjagaan itu.

PERNYATAAN MINAT (EOI)

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

(1082296-U)

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berhasrat untuk menjadikan Wilayah Sepang sebagai “Smart Region” bagi sistem pembekalan dan pengurusan air. Satu kajian rintis (pilot study) akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019.Sehubungan dengan itu, kami menjemput syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai “EOI” bagi penyediaan perkhidmatan yang berikut:-

“COLD WATER METER COMPLETE WITH ADVANCED METERING INFRASTRUCTURE (AMI) SYSTEM”

Skop perkhidmatan adalah termasuk membekal dan memasang Meter Air lengkap dengan “Meter Interface Unit (MIU)”, Rangkaian Komunikasi “Internet of Things (IoT)”, Sistem Pengurusan Data Meter (MDMS) dan mengintegrasi data ke Sistem Pengebilan Air, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.Taklimat teknikal dan lawatan tapak akan diadakan pada 13 Mac 2019 (Rabu) jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Pengurusan Air Selangor,Wilayah Sepang, No. 46 & 48, Jalan 2, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900, Sepang, Selangor. (Koordinat: 2.806198, 101.724632). Taklimat dan Lawatan tapak diwajibkan.Pegawai untuk dihubungi:En. Mohd Yusri Bin Abu Samah, (012-2980913). Syarikat yang berminat juga perlu menyediakan sebanyak 20 unit Meter Air bersaiz DN15 lengkap dengan “MIU”, penyambung (Connector) dan hendaklah memastikan sistem komunikasi “IoT” telah tersedia untuk ujian ditapak.Tarikh akhir untuk penghantaran dokumen dan meter air adalah sebelum atau pada 27 Mac 2019 (Rabu) pukul 3.00 petang.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

OLEH NORHAYATI UMOR

CYBERJAYA - Pertubuhan Wani-ta Elit (WE) akronim kepada te-ras ekonomi, legasi, inovasi dan teknologi perlu terus memainkan peranan penting sebagai ‘one stop centre’ dalam menaik taraf golo-ngan berkenaan melalui pelbagai bidang.

Isteri kepada Dato’ Menteri Be-sar, Masdiana Muhamad berkata, sejajar polisi Kerajaan Negeri, WE perlu memainkan peranan dan menyahut seruan melahirkan wanita mahir dalam perniagaan khususnya.

“Sejak dua tahun lalu, WE ber-jaya menambah penyertaan dan berperanan memberdayakan kaum ini supaya membabitkan diri dalam bidang sosial dan ekonomi.

“Justeru, WE perlu terus komi-ted membantu wanita menaik taraf kehidupan, menjana ekono-mi, melahirkan wanita yang berjaya dalam pelbagai bidang, peringkat umur, berpotensi melahirkan tran-formasi kepada lebih berpengeta-huan dan teknologi,” katanya.

Beliau yang menggantikan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata demikian pada Maj-lis Makan Malam Sempena Sam-butan Hari Wanita Antarabangsa

CYBERJAYA - Pertubuhan Wani-ta Elit (WE) sedia bekerjasama de-ngan Kerajaan Negeri membantu memberdayakan golongan wani-ta, di negeri itu.

Pengerusinya, Datin Seri Nurza-rina Sepran berkata, hal itu kera-na WE adalah landasan memacu wanita dari pelbagai peringkat dan bidang bagi menaik taraf ke-hidupan, menjana ekonomi serta melahirkan wanita berpengeta-huan dalam teknologi.

“Usaha kami tidak terhenti me-nyediakan ruang dan melahirkan lebih ramai usahawan berdaya sa-ing. Di bawah pentadbiran Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, kaum wanita diberi keutamaan melalui Kasih Ibu Smart Selangor dan bantuan perniagaan Hijrah Selangor.

“Justeru, kami bersedia bersa-ma-sama kerajaan membabitkan diri dalam program dijalankan su-paya usaha memartabatkan kaum wanita ini membawa kejayaan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Wanita Antara-bangsa dan Majlis Ulangtahun

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal melaksanakan program Jelajah Rahmah secara ber-peringkat bermula tahun ini, dalam usaha menyantuni dan membantu komuniti gelanda-ngan serta mereka yang terje-bak dengan gejala sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, program itu akan membabitkan mas-jid, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat.

“Selain memberi bantuan seperti makanan, golongan ini akan dibantu dengan pel-bagai pengisian agama dan khidmat kaunseling supaya mereka dapat kembali berdikari serta hidup se-

perti orang lain.“Pendekatan ini berbe-

za, bukan diadakan di dalam masjid seperti lazimnya teta-pi kita keluar dengan menyan-tuni mereka di tempat umum dalam satu-satu program,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jelajah Rahmah yang pertama kali dianjurkan di Anjung Sing-gah, baru-baru ini.

Sebelum itu, Mujahid ber-sama-sama menyertai su-karelawan daripada Yayasan Kebajikan Negara dan Jabatan Agama Islam Wilayah Perseku-tuan mengedarkan bantuan makanan kepada kira-kira 200 gelandangan.

Sejajar polisi Kerajaan Negeri

Wanita Elit tingkat sosio ekonomi

dan Majlis Ulangtahun kedua WE, di Dewan Banquet Astana, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi Pertu-buhan WE, Datin Seri Nurzarina Sepran.

Pada masa sama, Masdiana yang juga Yang Dipertua Pertubu-han Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) berkata,

Kerajaan Negeri sentiasa me-ngangkat martabat wanita me-lalui pelbagai aspek.

Malah, katanya, Selangor ada-lah satu-satunya negeri, di Ma-laysia yang memenuhi kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan sama ada di Majlis Me-syuarat Kerajaan Negeri mahupun Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tem-

patan.“Di peringkat polisi, penubuhan

Institut Wanita Berdaya diwujud-kan sebagai ‘think thank’ wanita negeri ini, sekali gus menunjukkan komitmen kerajaan kepada agen-da pemberdayaan wanita, yang menyumbang kepada penubuhan Pusat Wanita Berdaya di 56 Dewan Undangan Negeri.

“Begitu juga melalui salah satu agenda Inisiatif Peduli Rakyat an-taranya Kasih Ibu Smart Selangor yang turut memberi impak positif.

“Lahirnya penambahbaikan ‘work from home’, kerajaan mem-berikan latihan untuk mereka menambah sumber pendapatan, sekali gus mahir dalam sesuatu pe-kerjaan,” katanya.

Sedia kerjasama berdaya wanita Selangor

kedua WE, di Dewan Banquet As-tana, baru-baru ini.

Pada masa sama, Nurzarina ber-kata, pihaknya sedang berusaha mencari pusat sehenti di Lembah Klang bagi menyediakan latihan dan kemahiran untuk membantu usahawanita terbabit dalam ak-tiviti sosio ekonomi.

“Bagi memenuhi impian ini,

pastinya bukan tugasan mudah, namun ia juga bukan mustahil un-tuk dilaksanakan.

“Sehubungan itu, kami ber-harap semua pihak dapat mem-berikan sokongan dan berjaya menjadi satu ‘referal’ memboleh-kan wanita mendapat sokongan, bimbingan dan tunjuk ajar,” ka-tanya.

Jelajah Rahmah santuni gelandangan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

23SelangorKini 7 - 13 Mac 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

IPOH - Kementerian Belia dan Su-kan berhasrat mewujudkan Liga Esukan sebagai antara usaha men-cungkil lebih banyak bakat dalam sukan alam maya itu.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pertandi- ngan Esport di seluruh negara ketika banyak dijalankan ‘one-off’ atau sekali sahaja.

“Akan ada (Liga Esukan) dari (peringkat) bawah sampai ke atas untuk kita cungkil bakat dan pa-sarkan (bakat) itu kerana Esukan ini mempunyai pengikut yang ra-mai,” katanya, lapor BERNAMA.

Syed Saddiq bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Grassroot vs Rest of the World’ pada hari tera-khir Persidangan Industri Profe-

sional Esukan (EPIC) bertemakan ‘More Than Gaming’, pada 3 Mac lalu.

Tanpa menyatakan bila Liga Esukan itu akan bermula, Syed Saddiq berkata, ketika ini pi-haknya sedang memberi tum-puan kepada pemilihan pemain untuk mewakili negara dalam su-kan terbabit ke Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Sebanyak enam acara permain-an Esports dipertandingkan di Ma-nila mulai 30 November sehingga 11 Disember depan iaitu Dota 2, Starcraft 2, Arena of Valor, Mobile Legend, Tekken serta NBA 2k19.

Bagi memastikan Esukan terus diperkasa, Syed Saddiq berkata, kementerian sudah menubuhkan satu pasukan bertindak khas yang

antara lain dianggotai pemain pro-fesional sukan berkenaan.

“Dengan adanya task force ini kita akan tetapkan syarat dan per-aturan mengenai Esukan,” katanya.

Syed Saddiq berkata, pasukan bertindak khas itu juga akan men-gambil kira pandangan ibu bapa terhadap Esukan kerana mengakui terdapat segelintir keluarga yang bimbang anak-anak mereka akan mengalami ketagihan.

“Task force tidak boleh ketepi-kan pandangan ibu bapa, ia akan ambil kira 100 peratus kerana kita tak nak wujud elemen ketagihan.

“Banyak pemain profesional Esukan tapi mereka fit, ada rutin dan rejim supaya tidak ketagihan atau tidak boleh jaga kesihatan,” katanya.

KUALA LUMPUR - Atlet muda negara beraksi cemerlang apabila memecahkan dua rekod temasya pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara 2019 di Kompleks Sukan Ilagan di Bandar Ilagan, Fili-pina, pada 3 Mac lalu.

Muhammad Azeem Mohd Fah-mi, 15, muncul ‘Putera Pecut’ ASE-AN selepas meraih pingat emas acara 100m dengan mencatat rekod baharu kejohanan, 10.63s.

Rekod terdahulu kejohanan olahraga Asia Tenggara itu di-pegang pelari muda Thailand, Rattanopon Sowan dengan masa 10.74s yang dilakukan pada edisi 2011 di Jakarta, demikian menu-rut keputusan diperoleh daripada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini.

Acara 100m lelaki itu juga me-nyaksikan dua kedudukan teratas milik atlet Malaysia selepas Mu-hammad Arsyad Md Saat meraih pingat perak setelah mencatat 10.87s, manakala pelari Indo-nesia, Muhammad Ardiansyah memenangi gangsa dengan

catatan 10.87s.Sementara itu, atlet kelahi-

ran Sarawak, Jonah Chang Rigan meleburkan rekod acara lontar peluru dengan balingan sejauh 18.03m, sekali gus memadamkan rekod seorang lagi atlet Thailand, Patcharapol Singrueang, 16.76m yang dicipta tahun lalu, untuk meraih pingat emas.

Atlet Thailand, Bandit Singha-tongkul memenangi pingat per-ak dengan merekodkan 17.62m, manakala Lee Jun Long Matthew dari Singapura membawa pulang gangsa dengan catatan 17.01m.

Dalam pada itu, kontinjen Ma-laysia menambah koleksi pingat emas menerusi Mohd Irfan Izzah dalam acara 110m berpagar le-laki.

Atlet berusia 17 tahun dari Manjung, Perak itu mencatat masa 13.75s untuk meraih pingat emas manakala peserta Singapura, Marc Brian Louis (14.07s) dan atlet Thai-land, Suttipong Tongpech (14.38s) masing-masing memenangi perak dan gangsa.

KUALA LUMPUR - Skuad hoki lelaki negara mendapat ‘sentu-han ajaib’ daripada pakar puku-lan sudut penalti tersohor dunia, Taeke Taekema, pada kem mo-tivasi skuad negara di Kuantan, bermula 10 Mac ini.

Skuad negara di bawah bimb-ingan Roelant Oltmans, ber-peluang mempelajari teknik melakukan penyudahan tepat depan gawang gol lawan dari-pada pemain Belanda itu sema-sa kem motivasi selama enam hari itu.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pemain

berusia 29 tahun itu akan berkong-si idea dan kema-hirannya dengan 28 pemain skuad negara semasa kem terbabit bagi menghadapi Kejohanan Siri Final FIH di sini dari 26 April hingga 4 Mei ini.

Beliau berkata, kelemahan dalam melakukan penyudah-an pukulan sudut penalti diha-dapi skuad negara mendorong pihaknya bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) menjemput Taekema ke kem motivasi terbabit.

“Dalam corak perlawanan kini, pukulan sudut

penalti me-nyumbang kepada ke-menangan sesuatu pa-sukan.

“Oleh itu, ke-m a h i -

r a n

sekurang-kurangnya lima pakar pukulan sudut yang ada dalam pasukan perlu dipertajamkan,” katanya.

Untuk rekod, Taekema diikti-raf sebagai pakar pukulan sudut penalti paling digeruni di du-nia dengan menjaringkan 221 gol daripada 242 kali mewakili skuad kebangsaan Belanda se-jak 2000 hingga 2011.

Pemain pertahanan itu juga muncul sebagai penjaring ter-banyak dengan lapan gol pada Piala Dunia 2010 di New Delhi

dan sebelum itu meraih ge-laran sama pada Ke-

johanan Negara-Negara Eropah 2007 dengan 16 gol serta mem-bantu Belanda memenangi pin-gat perak pada Sukan Olimpik Athens 2004.

Subahan berkata, beliau mahu Oltmans yang dilan-tik empat bulan lalu, mening-katkan prestasi anak buahnya dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malaysia perlu muncul antara dua pasukan terbaik dalam Siri Final FIH 2019 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil di sini untuk layak ke pusingan kelayakan Su-kan Olimpik Tokyo 2020, Novem-ber ini.

Cungkil lebih ramai bakat baharu

Kerajaan berhasrat wujud Liga Esukan

Skuad hoki terima ‘ sentuhan ajaib’ Taekema

Atlet negara pecah rekod Olahraga Remaja Asia

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

SHAH ALAM - Selangor menga-kui kesilapan mudah dilakukan terutama pada dua daripada empat gol diperoleh Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan keru-gian besar dalam misi memburu kemenangan pertama musim ini.

Jurulatihnya, B Sathianathan berkata, pasukkanya harus me-nerima pujian apabila bangkit merapatkan kedudukan di saat ketinggalan, namun terpaksa akur tewas 2-4 di laman sendiri.

“Kita menentang pasukan yang kuat dan lengkap tetapi pe-main juga memberikan gol mu-dah kepada JDT.

“Kita juga berjaya kembali merapatkan kedudukan daripa-da 1-2 kepada 2-3 pada penghu-jung babak pertama.

“Kredit juga perlu diberikan kepada pemain yang berusaha sehingga akhir permainan.

“Kita kalah dengan pasukan lebih baik sementara kita juga kurang bernasib baik,” katanya dalam sidang media di Stadium Shah Alam, pada 1 Mac lalu.

Beliau berkata, JDT sendiri mempunyai kelebihan yang mem-berikan ancaman kepada pasu-kannya terutama dalam meren-cana gerakan memburu jaringan.

Katanya, prestasi ditunjuk-kan pemain juga meningkat dan berharap ia akan diteruskan menjelang pertemuan dengan

Kuala Lumpur selepas ini.Menyentuh soal gol mudah

dilepaskan penjaga gol, Khairu-lazhan Khalid, Sathianathan eng-gan merendahkan moral semua pemainnya tetapi beliau akan menilai semula perancangan selepas ini.

“Kita akan meningkatkan mo-ral semua pemain dan perlawa-nan ini juga adalah proses pem-belajaran buat semua kerana kita juga ada peluang tambahan dua percubaan Selangor terkena palang serta tiang.

“Kita akan lebih bersedia me-nentang Kuala Lumpur,” katanya.

OLEH NADIAH ZAMLUS

PETALING JAYA - Malaysia Wo-men Marathon (MWM) 2019 me- nerima peserta maraton wani-ta paling ramai di Malaysia se-hingga mencecah hampir 7,000 orang.

Pengurus Besar Tourism Sela-ngor, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, acara kali ketujuh itu turut menyaksikan jumlah pe- nyertaan dari kaum wanita me-ningkat saban tahun dengan 1,000 peserta pada kali pertama penganjurannya.

Katanya, pihaknya juga berse-dia mencatatkan sejarah berke-naan dalam Malaysia Book of Records jika penyertaan itu terus meningkat untuk MWM pada 2020.

“Untuk pengetahuan semua, acara ini adalah yang keempat di dunia menerima peserta wanita paling ramai dan sudah tentu ia yang pertama di Malaysia.

“Kejayaan ini menunjukkan simbolik semangat kaum wanita yang berterusan mengejar keja-yaan dalam kehidupan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika Acara MWM 2019 edisi ketu-juh di Padang Timur, di sini, pada 3 Mac lalu.

Hadir sama, Dato’ Menteri Be-

sar, Amirudin Shari; Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad; EXCO Pem-bangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal In-san Selangor, Mohd Khairudddin Othman dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv.

Pada MWM 2019 ini, sebanyak empat kategori dipertanding-kan iaitu larian 42kilometer (km), 21km, 10km dan 5km.

Noorul Ashikin berkata, pe-

nganjuran acara larian itu juga sebagai usaha mempromosikan Selangor sebagai salah sebuah destinasi pelancongan dengan pelbagai kemudahan disediakan.

Katanya, ‘sports tourism’ juga dapat dipertingkatkan dan mem-beri kesan positif terhadap eko-nomi negara khususnya perni-agaan hospitaliti.

“Selain itu kita mahu golongan wanita menjadikan acara ini se- bagai landasan untuk memu-lakan gaya hidup sihat,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI