hasil kajian1

25
HASIL KAJIAN Institusi Pentadbiran Tempatan Nama Rasmi : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Nama Ringkas : FELDA Matlamat - Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah. - Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. - Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan. - Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan- kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA. Visi

Upload: aida-aafiyah

Post on 05-Jul-2015

118 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: hasil kajian1

HASIL KAJIAN

Institusi Pentadbiran Tempatan

Nama Rasmi : Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Nama Ringkas : FELDA

Matlamat

 - Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

 - Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,

 pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. 

 - Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA

 diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.  

 - Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan,

  pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.  

Visi

FELDA sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi .

Page 2: hasil kajian1

Misi

Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui : -

Penghasilan kebun yang tinggi. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden. Meningkatkan potensi dan kualiti modal insan. Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti. Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi. Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia. Memupuk budaya kecemerlangan.

5 Teras FELDA

1. Komuniti FELDA menjadi contoh luar Bandar.

2. Warga peneroka menjadi golongan berpendapatan tinggi.

3. FELDA menjadi pelaku global.

4. Membangunkan potensi generasi baru.

5. Memperkukuh budaya FELDA sebagai institusi

Page 3: hasil kajian1

Logo FELDA

Page 4: hasil kajian1

Carta Organisasi

Page 5: hasil kajian1

Lembaga Pengarah

Tan Sri Mohd Isa Abdul SamadPengerusi FELDA

AHLI-AHLI

Y. Bhg. Dato’ Dzulkifli Abd WahabPengarah Besar FELDA

Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan AbdullahKetua Setiausaha Perbendaharaan

Page 6: hasil kajian1

Y.Mulia Datuk Raja Sharifuddin Hizan bin Raja Zainal AbidinPengerusi Malayan Sugar Manufacturing Co.Bhd

Encik Shamsudin bin OthmanNaib Pengerusi Gabungan JKKR Johor Bahru (Wakil Peneroka)

Dr. Omar B SalimKetua Unit Kawal SeliaJabatan Perdana Menteri

Page 7: hasil kajian1

Y.B. Dato' Haji Tan Mohd Aminuddin bin Haji IshakPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal FELDANegeri Pahang

Y.B. Datuk Mohd. Suhaili bin SaidPengerusi Majlis Ugama Islam Sabah

Y.Bhg. Dato' Noriyah bt AhmadKetua Pengarah Unit Perancang EkonomiJabatan Perdana Menteri

Page 8: hasil kajian1

Y.B Ir. Haji Hamim Haji SamuriAhli Parlimen Ledang

Y.B. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd MuttalibAhli Parlimen Maran

Y.Bhg. Dato' Sabri AhmadGroup President/ Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH)

Page 9: hasil kajian1

Piagam Pelanggan

•    Menguruskan bersama dengan Pejabat Tanah Negeri supaya surat hak milik tanah peneroka dapat dikeluarkan dua tahun selepas selesai Bayaran Kembali.

•    Tidak membuat potongan Bayaran Kembali daripada pendapatan peneroka jika pendapatan bulanannya kurang daripada RM400 sebulan.

•    Memastikan Penyata Bulan Pendapatan Peneroka sampai ke rancangan tidak lewat dari 25 hari bulan setiap bulan.

•    Penyata kedudukan Bayaran Kembali hutang dan baki hutang peneroka dikeluarkan setiap enam bulan iaitu pada bulan September dan Mac.

•    Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai kurang daripada RM200,000 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh tutup panggilan tawaran.

•    Kontrak kerja dan bekalan yang bernilai RM200,000 dan lebih diluluskan dalam masa dua bulan dari tarikh tutup tawaran.

•    Cek bayaran untuk kontrak kerja dan bekalan dikeluarkan dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penerimaan Sijil Bayaran.

•    Kaunter kutipan cek dibuka kepada awam dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari termasuk waktu makan tengah hari pada tiap-tiap hari Isnin hingga Jumaat.

•    Segala surat-surat awam dijawab dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat diterima kecuali surat-surat aduan yang memerlukan siasatan lanjut.

 

LATAR BELAKANG FELDA

Page 10: hasil kajian1

Balai Sejarah

Dibuka dengan rasminya pada 10 Julai 1987. Lokasi di Tingkat Bawah, Wisma FELDA. Keluasan 6,232 kaki persegi.

TUJUAN :

Mendedahkan pengalaman FELDA dalam pembangunan tanah.Mempamerkan artifak dan bahan sejarah mengenai aktiviti dan perkembangan FELDA.

BAHAN-BAHAN PAMERAN :

Pembangunan Awal Rancangan FELDA. Lawatan Pembesar Luar Negara. Teknologi Pertanian. Aktiviti Syarikat Kumpulan FELDA. Anugerah-Anugerah. Aktiviti Peneroka/Penerokawati.

* Terdapat 6,665 Koleksi gambar

ARTIFAK :

Peralatan Pertanian. Barang-Barang (SAWARI). Alat-Alat Pementasan Bergerak (KUSENI). Contoh Rumah Peneroka.

WAKTU DIBUKA :

Isnin – Jumaat 8.00 Pagi - 5.00 Petang Masuk PERCUMA

Page 11: hasil kajian1

Logo – Logo FELDA

Page 12: hasil kajian1

Menteri – Menteri FELDA

Y.A.B DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK(06.01.2004 - HINGGA KINI)

Y.B. SENATOR TAN SRI DATUK KASITAH GADDAM(26.06.1998 - 05.01.2004)

Y.B. DATUK OSU HAJI SUKAM(27.05.1994 - 08.06.1998)

Y.B. TAN SRI DATUK SAKARAN BIN DANDAI(28.12.1993 - 16.03.1994)

Y.B. DATO' ANUAR MUSA(11.12.1993 - 27.12.1993)

Y.A.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BABA(27.10.1990 -15.10.1993)

Page 13: hasil kajian1

Y.B. DATUK KASITAH GADDAM(14.6.1989 - 26.10.1990)

Y.B. DATUK DR. SULAIMAN BIN HAJI DAUD(12.8.1986 - 14.6.1989)

Y.B. DATUK SERI ADIB BIN ADAM(17.07.1984 - 11.08.1986)

Y.B. DATO' SERI RAIS BIN YATIM(29.04.1982 - 16.07.1984)

Y.B. DATO'SHARIFF BIN AHMAD(16.09.1980 - 28.04.1982)

Y.B. TAN SRI DATUK HAJI ABDUL KADIR BIN YUSUF(01.01.1978 - 15.09.1980)

Y.B. DATUK HAJI MOHD ASRI BIN HAJI MUDA(01.01.1973 - 09.11.1977)

Page 14: hasil kajian1

Y.B. ENCIK ABDUL GHAFAR BIN BABA(23.09.1970 - 31.12.1972)

Y.A.B. TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN(17.11.1959 - 22.09.1970)

Y.B. ENCIK BAHAMAN BIN SAMSUDIN (31.08.1957 - 16.11.1959)

Pengerusi – Pengerusi FELDA

Page 15: hasil kajian1

Y.BHG. TAN SRI MOHD ISA ABDUL SAMAD(01.01.2011 - HINGGA KINI) 

Y.BHG TAN SRI DR. MOHD YUSOF NOOR(01.07.2001 - 31.12.2010) 

Y.M. RAJA TAN SRI MUHAMAD ALIAS(01.05.1979 - 30.06.2001) 

Y.B. DATUK HARUN BIN ARIFIN(01.01.1973 - 30.04.1979)

Y.B. ENCIK MUSA BIN HITAM(01.09.1971 - 31.12.1972) 

Page 16: hasil kajian1

Y.B. TAN SRI TAIB BIN HAJI ANDAK(14.10.1958 - 31.8.1971) 

MR. D.E.M FIENNES(01.08.1956 - 13.10.1958)

Pengarah – Pengarah Besar FELDA

Page 17: hasil kajian1

DATO' DZULKIFLI ABD.WAHAB(27.09.2009 - HINGGA KINI)

DATO' AHMAD TARMIZI ALIAS(01.01.2007 - 26.09.2009)

DATUK KHAMIS MD.SOM(01.01.2003 - 31.12.2006)

Page 18: hasil kajian1

DATUK MOHD FADZIL YUNUS(01.06.1989 - 31.12.2002)

DATUK ALLADIN HASIM(01.05.1979 - 31.05.1989)

Y.M RAJA TAN SRI MUHAMMAD ALIAS(01.05.1970 - 30.04.1979)

PERANAN

-Ekonomi

Page 19: hasil kajian1

Peneroka di FELDA lebih tertumpu kepada getah yang merupakan sumber utama ekonomi mereka. Ladang getah yang luas sudah cukup member pulangan yang lumayan kepada mereka yang mengusahakannya.

Menurut Penolong Pengurus Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) iaitu Azizan Ahmad, harga getah sentiasa berubah mengikut harga pasaran dunia. Secara purata pendapatan peneroka dalam sebulan dianggarkan antara RM 2 000 sehingga RM 2 500 sahaja.

Selain mengusahakan getah , ada juga penduduk yang membuka gerai makan dan kedai runcit sebagai pendapatan sampingan. Secara tidak langsung, ia memberi impak positif kepada ekonomi penduduk.

-Pendidikan

Pendidikan di FELDA bermula Tadika , Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Pelbagai bantuan diberikan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan antaranya Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Kelas tuisyen juga turut diadakan. Penyelaras kelas tuisyen sentiasa memastikan tahap pendidikan para pelajar berada piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

FELDA juga menitikberatkan system pendidikan melalui :

i. Skim tuisyen FELDAii. Bantuan khas melanjutkan pelajaran ke IPTiii. Pemantauan keseluran pelajar UPSR/PMR/SPM/STPM

-Keagamaan

FELDA turut mengambil langkah mewujudkan pegawai khas agama di Rancangan iaitu SDA-A. Tugas SDA-A ini meliputi hal ehwal agama / kerohanian / urustadbir / komuniti /

Page 20: hasil kajian1

masjid / sekolah agama rakyat dan lain – lain . Di samping itu, FELDA turut menganjurkan Seminar Pegawai Masjid FELDA (SPMF) dan Majlis Tilawah, Pertandingan Nasyid dan Syarahan Peringkat Kebangsaan FELDA untuk memantapkan hubungan dan persefahaman antara kerajaan dengan pihak Pentadbiran Masjid FELDA seluruh Negara.

Antara aktiviti yang kerap kali diadakan di masjid :

1. Ceramah agama2. Tadarus Al-Quran3. Bacaan Yassin

-Kebajikan

Melalui program kebajikan, pelbagai perkara dilakuakan oleh pihak pengurusan Felda. Antaranya ialah :

i. Mengadakan seminar dan program khas untuk wanitayang terdiri daripada pemimpin GPW / penerokawati.

ii. Memastikan gaji dalam sektor ladang FELDA adalah setaraf dengan amalan Persatuan Pengeluar Pertanian Malaysia (MAPA : The Malayan Agricultural Producers Association).

iii. Memberi pinjaman RM 10 000 untuk saham Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dengan bayaran melalui pemotongan keuntungan dividen.

iv. Memastikan petugasFELDA seramai hamper 23 000 orang memenuhi piawaian Petunjuk Tahap Prestasi (KPI : Key Performance Indicator) agar prestasi keseluruhan organisasi atau syarikat dapat dipertingkatkan.

v. Menyediakan pemberian bantuan RM 10 000 sebuah rumah untuk membaiki rumah – rumah peneroka yang daif dan menyediakan pinjaman hingga RM 40 000 untuk membaiki/membesarkan rumah peneroka biasa.

PERKEMBANGAN

-Sumber Kewangan

Page 21: hasil kajian1

Berdasarkan rujukan internet dan akhbar, peneroka di FELDA lebih tertumpu kepada penanaman getah yang merupakan sumber utama ekonomi mereka. Ladang getah yang luas sudah cukup memberi pulangan yang lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. Ini merupakan sumber kewangan utama penduduk FELDA.

Selain mengusahakan getah, ada juga penduduk yang membuka gerai makan dan kedai runcit sebagai pendapatan sampingan. Secara tidak langsung, ia memberi impak positif kepada ekonomi penduduk.

Rata – rata para peneroka di FELDA mengusahakan ladang getah. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) banyak membantu peneroka mengusahakan ladang getah masing – masing. Bantuan – bantuan yang diberikan oleh FELDA seperti baja dan khidmat nasihat sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh peneroka di sini.

-Pembangunan Prasarana/Fizikal

Dalam usaha merealisasikan misi dan visinya FELDA tidak ketinggalan dalam mempertingkatkan pembangunan prasarana/fizikalnya. Di antara prasarana yang terdapat di FELDA ialah :

1.Pondok Polis FELDA sentiasa dijadikan tempat aduan oleh penduduk setempat. Beberapa orang anggota polis ditugaskan di pondok polis ini.

Anggota polis bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk di FELDA dan sekitarnya. Biasanya, mereka akan meronda di sekeliling kampung setiap hari bagi memastikan keadaan kampong kampung tersebut.

2.Klinik Desa merupakan pusat kesihatan yang terdapat di FELDA. Antara rawatan kesihatan yang disediakan ialah rawatan kepada ibu mengandung, perancang keluarga dan pesakit luar.

Beberapa orang jururawat telah ditugaskan untuk mengendalikan segala hal ehwal klinik desa ini. Segala permasalahan mengenai kesihatan boleh diajukan kepada jururawat yang bertugas.

3.Pendidikan di FELDA bermula dengan Tadika, Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Pelbagai bantuan diberikan kepada para pelajar yang kurang berkemampuan antaranya Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Page 22: hasil kajian1

-Kemajuan Yang Dicapai

Sejak awal penubuhan FELDA ini sehingga kini, pelbagai kemajuan dicapai terutamanya dalam aspek kemudahan prasarana yang serba lengkap. Ini secara tidak langsung membantu penduduk menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa. Berteraskan matlamat FELDA yang mahu masyarakatnya menjadi komuniti contoh luar Bandar membolehkan FELDA berkembang pesat. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh FELDA bagi keselesaan penduduk setempat sekaligus menjadikan kawasan FELDA tumpuan masyarakat sekitar.

-Cabaran yang dihadapi

Cabaran paling hebat terpaksa dihadapi oleh FELDA dan pihak pengurusannya adalah datangnya daripada individu – individu yang begitu cemburu dengan kejayaan FELDA dalam memartabat dan meningkatkan ekonomi penduduknya. Oleh itu, warga FELDA perlu sentisa sedar dngan usaha – usaha kerajaan dalam mempertingkatkan taraf hidup mereka seperti mana yang mereka kecapi pada masa ini. Selain itu, turun naik harga getah juga menjadi suatu cabaran yang besar kerana hal ini berisiko tinggi dalam menjejaskan ekonomi dan sumber pendapatan penduduk FELDA.