penilaian hasil kerja

25
Tajuk 7 Penilaian Hasil Kerja . Kefahaman aspek seni dan rekaan . Eksplorasi konsep Bahasa Visual . Persembahan AHLI KUMPULAN AHMAD SAUFI BIN ARSHAD ABDUL HAIM BIN OMAR AHMAD ZUKI BIN YUSOFF

Upload: saufi-arshad

Post on 22-Jul-2015

1.562 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Tajuk 7 Penilaian Hasil Kerja . Kefahaman aspek seni dan rekaan . Eksplorasi konsep Bahasa Visual . PersembahanAHLI KUMPULANAHMAD SAUFI BIN ARSHAD ABDUL HAIM BIN OMAR AHMAD ZUKI BIN YUSOFF

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual.

Keupayaan membaca, membuat interpritasi dan membuat justifikasi secara kritikal, ini termasuklah keupayaan melukis makna melalui berbagai media seni..

Melalui pendidikan seni pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran pendidikan seni. Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut

Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan, kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai?Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini?

Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Hasil penilaian juga boleh jadikan sebagai panduan memperbaiki kurikulum supaya lebih berkesan. Penilaian juga boleh memberi maklumbalas sejauh manakah objektif yang dirancang tercapai. Penilaian juga untuk menilai keseluruhan kandungan program, sikap, pencapaian pelajar dan sebagainya

Terdapat juga berbagai pandangan dan garis panduan yang boleh dirujuk agar penilaian itu akauntabel, umpamanya -menggunakan piawai (standards) nasional yang telah ditentukan bagi setiap tahap pelajaran pendidikan seni visual -menggunakan portfolio untuk penilaian yang berterusan.

Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni Visual? Penilaian adalah sebagai penggerak untuk mendorongkan murid berusaha belajar PSV Motivasi kepada murid untuk membuat ulangkaji PSV Suatu latihan formal untuk membantu murid memperkukuhkan konsep atau kemahiran PSV Untuk menentukkan tahap kebolehan dan pencapaian murid dalam kemahiran-kemahiran PSV Merekod prastrasi murid dan dapat mengetahuai tahap P & P guru.

PENILAIAN HASIL KERJA SENIMenurut Eisner(1985), hasil daripada suatu penilaian, boleh dijadikan sebagai -petunjuk untuk membuat diagnosis -panduan memperbaiki kurikulum -berfungsi untuk menilai keseluruhan kandungan program -untuk mengukur pencapaian pelajar -mengukur tahap-tahap perkembangan kemahiran psikomotor, afektif dan kognitif

Panduan mengendali penilaian

Menurut Clement (1986) : perlu ada framework yang fleksibel sebagai panduan kepada guru-guru bagi mengendali penilaian pendidikan seni. Penilaian juga perlu mengambil kira latar belakang pelajar dan persekitarannya yang dibawa bersamanya ke dalam bilik darjah membekalkan maklumat yang terkini ditumpukan kepada kedua-dua kategori iaitu penilaian untuk proses dan produk seni.

Lansing (1971): penilaian juga perlu responsif kepada berbagai jenis ilmu pengetahuan (gubahan, sejarah seni, prosidur, estetika dan ilmu tentang kehidupan) kemahiran serta nilai merangkumi ketiga-tiga domain pendidikan iaitu, kognitif, afektif dan psikomotor.

Mengikut Barnes (1987): untuk pelajar sekolah rendah-lima katogeri perlu dinilai. Setiap kategorii itu mempunyai kriterianya 1. Proses kerja 2. Pengendalian bahan 3. Penggunaan media 4. Kemahiran kritikal 5. Peringkat-peringkat perkembangan peribadi.

1. Proses kerja -proses menghasilkan kerja-kerja seni - terkandung di dalamnya aspek-aspek penting dalam perkembangan artistik ketika menghasilkan kerja-kerja seni seperti perkembangan idea,menukah-ubah design, menokok-tambah dan membaiki sesuatu dalam proses penghasilan kerja atau pruduk akhir seni.

2. Pengendalian bahan - tahu samada pelajar telah menunjukkan perkembangan dalam pengurusan kepelbagaian bahan ketika menghasilkan seseuatu produk seni. - tahu setakat mana pelajar berupaya mengurus bahan untuk aktiviti catan umpamanya atau bagaimana keupayaan pelajar menggunakan gunting utk menggunting satu motif.

-guru dpt merapatkan hubungan antara keinginan pelajar menghasilkan sesuatu bentuk seni dengan kemahirannya mengguna alat dan bahan. Dengan ini dapat menghilangkan rasa kecewa atau sukar ketika mereka melalui proses kerja seni tersebut.

3. penggunaan media - mengenalpasti sejauh manakah pelajarnya telah memahami dan menguasai media yang mereka gunakan. Sebagai contoh bolehkah pelajar membancuh warna untuk menghasilkan bentuk dan bayang. Bolehkah mereka mengguna tanah liat untuk membuat design sesuatu model. Bolehkah mereka menggunakan warna untuk menghasilkan corak, jalinan, dan sebagainya.

4. Kemahiran mengkritik: -Kategori ini berkaitan dengan kemahiran pelajar mendiskriminasi apabila berhadapan dan menganalisis sesuatu bentuk seni. Pelajar bukan sahaja menghasilkan bentuk seni tetapi mereka memperkembangkan keupayaan untuk membuat diskriminasi antara satu bentuk dengan satu bentuk seni yang lain , antara satu warna dengan satu warna yang lain.

Melihat persamaan dan perbezaan di antara unsur-unsur seni dan pengolahannya, serta gaya yang digunakan oleh para seniman. Pelajar juga akan memperlihatkan keupayaannya menganalisis persekitaran secara kritikal. Kemahiran mengkritik secara kritikal ini termasuk juga penilaian-kendiri (selfassessment).

5.Peringkat perkembangan peribadi pelajar: -perlu mengambil kira dan mengetahui tahaptahap perkembangan peribadi pelajarnya berdasarkan umur. Eisner (1972) menyatakan tahap-tahap perkembangan ini adalah sebagai indikator kepada guru supaya apa yang pelajar lalui itu sesuai dengan alat dan bahan yang disediakan atau sebaliknya. Indikator itu tidaklah digunakan secara rigid. Yang diutamakan ialah guru dapat melihat sejauh manakah cirri-ciri perkembangan telah berlaku pada pelajarnya melalui aktiviti seni yang disediakan berbanding dengan tahap perkembanganyang sepatutnya

Michael (1998): Penilaian kerja-kerja studio dan hasil kerja seni mencadangkan lapan objektif yang perlu dinilai apabila iaitu meliputi: komunikasi/ ekspresi, keyakinan diri/self-esteem, perkembangan persepsi, ketekalan organisasi estetika, pengetahuan seni, kreativiti, kemahiran, dan kepuasan / keseronokan.

Penilaian Alternatif (performance ) Al Hurwitz dan Michael Day (1995)

menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecah-asingkan ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai kerja seni orang lain. mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya secara lisan dan di khalayakramai.