hari terbuka kolej 10

20
KERTAS KERJA HARI TERBUKA KOLEJ 10 TARIKH 16 Hingga 18 September 2011 TEMPAT Sekitar Kolej 9 Dan Kolej 10 ANJURAN: JKM KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: suzana22

Post on 20-Jan-2016

129 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hari terbuka

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Terbuka Kolej 10

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA KOLEJ 10

TARIKH

16 Hingga 18 September 2011

TEMPAT

Sekitar Kolej 9 Dan Kolej 10

ANJURAN:JKM KOLEJ 10, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: Hari Terbuka Kolej 10

JAWATANKUASA KOLEJ MAHASISWA KOLEJ 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA KOLEJ 10

1.0 Pendahuluan

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan warga UTM

khususnya warga Kolej 10 yang berbilang kaum, agama, bangsa, dan negara

selaras dengan tema gagasan ‘1 Malaysia’ yang diilhamkan oleh Perdana Menteri

Malaysia yang ke-5, iaitu Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Di samping itu,

ia akan memperkukuhkan lagi ikatan silaturrahim yang sedia terjalin demi

menjamin konsep hubungan kekeluargaan yang mantap. Selain itu, program ini

juga bertujuan untuk mendedahkan tentang kepelbagaian aktiviti menarik yang di

anjurkan oleh Kolej 10 kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung

menambah minat mereka untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti yang dianjurkan

dan merapatkan jurang antara warga universiti dan masyarakat. Pelbagai

pengisian telah dirancang bagi menjayakan serta melaksanakan aktiviti wajib ini

untuk kesemua warga Kolej 10 pada tahun hadapan.

2.0 Tujuan

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon peruntukan serta kelulusan daripada

Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa Dan Alumni),

Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Bin Haji Ninggal

3.0 Nama Program

HARI TERBUKA KOLEJ 10

4.0 Tema Program

‘MAHASISWA DAN MASYARAKAT KOLONI BERILMU’

Page 3: Hari Terbuka Kolej 10

5.0 Matlamat

Merapatkan hubungan antara mahasiswa yang berbilang kaum dengan

menekankan konsep gagasan ‘1 Malaysia’, mewujudkan hubungan kekeluargaan

antara warga kolej dan masyarakat setempat serta memberi pendedahan kepada

warga kolej tentang cara memimpin dan menguruskan sesebuah organisasi atau

program.

6.0 Penganjur

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej 10,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

7.0 Objektif

7.1 Menerapkan perpaduan diantara mahasiswa yang berbilang kaum yang

bukan sahaja di Kolej 10 malah di kolej-kolej lain di UTM.

7.2 Menyokong dan mengaplikasikan konsep ‘1 Malaysia’ yang diperkenalkan

oleh kerajaan Malaysia.

7.3 Ke arah pemantapan pemikiran mahasiswa sebagai generasi muda yang

bakal memimpin di masa hadapan.

7.4 Menggalakkan mahasiswa untuk bersaing dengan cara yang sihat dalam

aktiviti yang diceburi.

7.5 Mengukuhkan ikatan kekeluargaan untuk kesemua warga kolej 10 demi

menjamin keharmonian hidup bermasyarakat.

7.6 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan

kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi

dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni.

8.0 Tarikh Pelaksanaan

16 Hingga 18 September 2011

9.0 Tempoh Pelaksanaan

3 hari 2 malam

Page 4: Hari Terbuka Kolej 10

10.0 Tempat Program

Sekitar Kolej 9 dan Kolej 10

11.0 Bentuk Program

11.1 Sukaneka

Hampir kesemua aktiviti yang dianjurkan adalah bermotifkan untuk

mewujudkan suasana ceria kepada semua mahasiswa contonhya adalah

‘station games’.

11.2 Sukan Rakyat

Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah permainan lari dalam guni, sepak

bulu ayam dan baling selipar. Sukan rakyat yang dianjurkan ini juga

bertujuan untuk mewujudkan suasana ceria kepada semua mahasiswa

disamping menyihatkan tubuh badan.

11.3 Forum

Memberi kesedaran kepada semua mahasiswa dan masyarakat yang

terlibat tentang peri pentingnya hidup sebagai satu koloni yang teguh dan

berkerjasama. Para ahli panel yang dijemput akan memberikan input yang

berguna kepada semua agar dapat dipraktikkan dlam kehidupan seharian.

11.4 Bengkel Persediaan ke Alam Universiti

Memberi pendedahan kepada pelajar sekolah menengah yang berdekatan

tentang teknik terbaik ketika melangkah ke alam universiti. Hal ini

bertujuan agar semua mahasiswa baharu kelak tidak terlalu terkejut dengan

suasana baru di alam universiti.

11.5 Keusahawanan

Memberi peluang kepada warga kolej melibatkan diri dalam bidang

perniagaan dan berpeluang mendapatkan keuntungan bagi kelab atau

individu. Mahasiswa yang terlibat akan membuka bebrapa gerai jualan

sebagai cara untuk menjana pendapatan.

11.6 Tilawah Al-Quran

Aktiviti ini khusus untuk warga kolej 10 yang beragama islam untuk sedar

dan peka tentang hukum tajwid dalam pembacaan Al-Quran. Mereka akan

di adili oleh juri dari segi gaya bahasanya, tajwidnya dan lain-lain lagi.

Page 5: Hari Terbuka Kolej 10

11.7 Kursus Asas Imam dan Bilal

Juga merupakan aktiviti khusus untuk warga kolej beragama islam untuk

memberanikan dan memahirkan diri dalam mengimami solat fardu secara

berjemaah. Mereka yang terlibat akan diberikan ceramah khusus untuk

menjadi seorang imam atau pun bilal.

11.8 Pameran

Aktiviti ini bertujuan agar setiap ahli kelab warga kolej 10 aktif dalam

kegiatan kelab yang mereka ceburi. Disamping itu, ia menjadi satu

platform untuk ahli kelab mempromosikan kelab mereka sendiri kepada

seluruh warga kolej 10 dan warga kolej-kolej yang lain. Pada masa yang

sama, menjemput beberapa kelab badan bukan kerajaan untuk tampil

mempromosikan kelab mereka kepada mahasiswa Universiti Teknologi

Malaysia dan masyarakat.

11.9 Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Memupuk semangat prihatin kepada semua mahasiswa dan masyarakat

untuk sama-sama membantu pihak hospital mengumpul tabung darah

untuk membantu pesakit yang memerlukan. Disamping itu, memupuk

kesedaran kepada semua pihak terhadap tahap kesihatan mereka yang

menjadi aset yang cukup berharga demi kelangsungan hidup.

11.10 Mesra Kampus

Menjemput para pelajar sekolah yang berhampiran untuk mengenali

dengan lebih dekat dan rapat lagi tentang salah sebuah universiti

penyelidikan yang cukup disegani iaitu Universiti Teknologi Malaysia.

Para pelajar sekolah yang terlibat akan dibawa ke beberapa tempat

menarik di dalam universiti ini, contohnya, Pusat Sumber Sultanah

Zanariah, Pusat ICT, dan seterusnya kolej 10.

Page 6: Hari Terbuka Kolej 10

14.0 Sasaran Penyertaan

Semua warga kolej 10, mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia, pelajar sekolah

dan masyarakat setempat.

15.0 Jawatankuasa Program

Jawatankuasa pengurusan program adalah seperti dalam LAMPIRAN A

16.0 Tentatif Program

Tentatif program sepanjang kursus ini seperti dalam LAMPIRAN B.

17.0 Perbelanjaan

Butiran penuh seperti dalam LAMPIRAN C.

18.0 Penutup

Pihak Kolej 10 Universiti Teknologi Malaysia merasakan bahawa program ini

seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak, sama ada terlibat

secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini kerana ia bakal menjana hasil

yang positif di mana kesinambungannya yang bermanfaat adalah penting untuk

kesemua warga kolej 10 dan masyarakat setempat . Penyertaan yang benar-benar

komited dan optimum seharusnya dijadikan iltizam dan aspirasi dalam

pembentukan koloni mahasiswa dan masyarakat yang unggul dan cemerlang

dalam semua aspek.

Page 7: Hari Terbuka Kolej 10

LAMPIRAN A

JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PENAUNG

YBHG. PROF. DATUK DR. MOHD. TAJUDDIN BIN HJ. NINGGAL

Timbalan Naib Canselor Hem Dan Alumni

Universiti Teknologi Malaysia

PENASIHAT

PROF. MADYA DR. ABDUL LATIF BIN IBRAHIM

Pengetua Kolej 10

Universiti Teknologi Malaysia

FELO PENASIHAT

KUBERARAAJ NAMBARAJA

Pembantu Felo Kolej 10

Universiti Teknologi Malaysia

PENGERUSI JKM

MOHAMAD ARIFF BIN MAKHFUDZ

Page 8: Hari Terbuka Kolej 10

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGARAH

MUHAMAD SHAFIQ BIN ITHNIN

TIMBALAN PENGARAH I (AKTIVITI)

MUHAMMAD ISHYAK BIN MOHAMMAD NURI

TIMBALAN PENGARAH II (PENGURUSAN)

MOHAMMAD ARIFF B MAKHFUDZ

TIMBALAN PENGARAH III (TEKNIKAL/TUGAS-TUGAS KHAS)

MUHAMAD IDHAM BIN JAAFAR

SETIAUSAHA

NUR MUHAMAD MURSYIQ BIN MOHD ZUKI

BENDAHARI

MUHAMAD SADIQ BIN MUZAKIR

KETUA UNIT PENAJAAN

KAMARUDIN BIN ZAKI

KETUA UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

ISKANDAR DZULKARNAIN BIN MOHAMAD

KETUA UNIT JAMUAN

MUHAMMAD FARIS BIN AHMAD

KETUA UNIT PERSEMBAHAN DAN KEBUDAYAAN

NOR HAZUAN BIN ABD HALIM

KETUA UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN

NUR MUHAMAD MURSYIQ BIN MOHD ZUKI

Page 9: Hari Terbuka Kolej 10

KETUA UNIT PROTOKOL

HISAMUDIN BIN MOHD YUNUS RAJANDRAN

KETUA UNIT CENDERAMATA DAN HADIAH

MUHAMMAD FAIZAL MAULA BIN MUHAMAD LAZIM

KETUA UNIT TUGAS-TUGAS KHAS

MUHAMMAD ASLAM B SHAARI

KETUA UNIT GRAFIK DAN BACKDROP

RAVIN A/L ANNAMALAI

KETUA UNIT KESELAMATAN

CHAN GUAN YU

KETUA UNIT FOTOGRAFI & VIDEO

MICHEAL A/L MOSES

KETUA UNIT SUKAN DAN SUKANEKA

MOHAMMAD FAKRUL NIZAM B AHMAD LUTHFFI

KETUA UNIT KEUSAHAWANAN

MOHD SHAFIQ FAHMI AB LATIF

KETUA UNIT KEROHANIAN DAN KEBAJIKAN

MUHAMAD IMAN BIN RAMLAN

KETUA UNIT PENDIDIKAN

MUHAMAD MIZWAN HAKIMIE BIN MUSTAFA

KETUA UNIT AKTIVITI LAIN-LAIN

HERZULEZAINI BIN ABDUL KAHAR

KETUA UNIT PAMERAN

MOHAMAD HAMIDI BIN SHUFI

Page 10: Hari Terbuka Kolej 10

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM16 September 2011 (Jumaat)

1400: Kursus Asas Imam dan Bilal

2100: Perasmian Hari Terbuka Kolej 10, (Pengetua Kolej 10)

2130: Forum (Kepentingan Hidup Bermasyarakat)

17 September 2011 (Sabtu)

0930: Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan, Gerai Jualan, Pameran, Mesra

Kampus

1000: Sukaneka

1400: Bengkel Persedian Menghadapi Alam Universiti

2100: Tilawah Al-Quran

18 September 2011 (Ahad)

0930: Sukan Rakyat, Pameran

1200: Majlis Penutup

Page 11: Hari Terbuka Kolej 10

LAMPIRAN C

ANGGARAN BELANJAWAN

BELANJAWAN

Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan

Alumni

RM 3 500.00

Kolej 10 RM 750.00

JUML

AH

RM 4 250.00

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)

1.0 Perasmian dan Penutup

1.1 Backdrop

1.2 Cendereamata VVIP

1.3 Minum Malam

1.4 Makanan Tengahari

1.5 Pamphlet

1

2

15

15

10

150.00

100.00

3.00

4.50

1.00

150.00

200.00

45.00

67.50

10.00

2.0 Sukan Rakyat

2.1 Peralatan

2.2 Hamper

2.3 Minuman

1

3

10

150.00

150.00

10.00

150.00

450.00

100.00

3.0 Sukaneka

3.1 Hamper ‘Station Games’

3.2 Hamper Tarik Tali

3.3 Minuman

4

3

10

100.00

50.00

10.00

400.00

150.00

100.00

4.0 Gerai dan Keusahawanan

4.1 Peralatan jualan 1 200.00 200.00

5.0 Derma Darah dan

Pemeriksaan Kesihatan

5.1 Makanan Doktor dan

Jururawat

5.2 Cenderamata

20

2

5.00

50.00

100.00

100.00

Page 12: Hari Terbuka Kolej 10

6.0 Tilawah Al-Quran

6.1 Peralatan Hiasan

6.2 Cenderahati Juri

6.3 Minum Malam

6.4 Hadiah

1

3

15

3

100.00

100.00

3.00

25.00

100.00

300.00

45.00

75.00

7.0 Publisiti

7.1 Banner Utama (10” x 6”)

7.2 Poster A4

5

20

120.00

5.00

600.00

100.00

8.0 Bengkel Persedian Ke Alam

Universiti

8.1 Jamuan Minum Petang

8.2 Cenderahati Penceramah

35

1

3.00

150.00

105.00

150.00

9.0 Forum

9.1 Jamuan Ahli Panel

9.2 Cenderahati Ahli Panel

5

4

4.00

50.00

20.00

200.00

10.0 Mesra Kampus

10.1 Jamuan Ringan

10.2 Minuman

35

10

3.00

10.00

105.00

100.00

11.0 Rencam 1 127.50 127.50

Jumlah Keseluruhan 4 250.00

Page 13: Hari Terbuka Kolej 10

ULASAN PENASIHAT MENGENAI PROGRAM

TAJUK PROGRAM HARI KELUARGA KOLEJ 10

TARIKH PROGRAM 16 HINGGA 18

SEPTEMBER 2010

(Jumaat-Ahad)

TEMPAT SEKITAR KOLEJ

DAN KOLEJ 10

ULASAN PENASIHAT

Program ini disokong sepenuhnya kerana:

Memupuk semangat ukhuwah dalam diri setiap warga

Universiti Teknologi Malaysia dan masyarakat setempat

yang terlibat.

Membantu merapatkan jurang antara mahasiswa dan

masyarakat dalam hubungan ukhuwah secara berterusan.

Menjadi penghubung dan pemangkin kepada sikap kerjasama

dan perpaduan antara koloni bermasyarakat.

Memantapkan kesedaran rohani mahasiwa demi

kesejahteraan hidup.

NAMA PENASIHAT Prof. Madya Dr. Ab. Latif Ibrahim

TANDATANGAN TARIKH

COP RASMI

Page 14: Hari Terbuka Kolej 10

RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Program Hari Terbuka Kolej 10

Jenis Program Aktiviti:

Sukaneka

Sukan Rakyat

Kursus Imam Dan Bilal

Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan

Forum

Gerai Keusahawanan

Bengkel Persediaan ke Alam Universiti

Pameran Kelab

Mesra Kampus

Matlamat Dan Objektif

Program Menggalakkan mahasiswa untuk bersaing

dengan cara yang sihat dalam aktiviti yang

diceburi.

Merapatkan dan mengeratkan hubungan

ukhuwah di antara warga UTM dan masyarakat

setempat.

Memberi pendedahan tentang tahap kesihatan

mahasiswa dan masyarakat di samping

memupuk sifat prihatin.

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang

dunia pengurusan dan kepimpinan yang

berkesan serta melahirkan individu yang

berpotensi dalam mewujudkan masyarakat

yang harmoni.

Page 15: Hari Terbuka Kolej 10

Memartabatkan sukan rakyat yang menjadi

darah daging masyarakat luar bandar.

Menjana masyarakat berilmu samada dari

aspek rohani, jasmani dan intelek.

Memperkenalkan dan merapatkan hubungan

warga Universiti Teknologi Malaysia kepada

masyarakat.

Anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 10,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Tarikh Dan Tempat 16 Hingga 18 September 2011

Sekitar Kolej 9 Dan Kolej 10

Peserta Pelajar UTM

Anggaran Kos RM 4 250.00

Page 16: Hari Terbuka Kolej 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kelulusan

Makluman

KERTAS KERJA

HARI TERBUKA KOLEJ 10

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Disediakan oleh: Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

Tandatanga

n

Page 17: Hari Terbuka Kolej 10

NamaMuhamad Shafiq Bin

Ithnin

Prof Madya Dr. Ab.

Latif Bin Ibrahim

Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd.

Tajudin Bin Hj. Ninggal

Jawatan Pengarah Program PengetuaTimbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Mahasiswa dan ALUMNI)

Tarikh

Page 18: Hari Terbuka Kolej 10

Disediakan oleh :

…………………

(Muhamad Shafiq Bin Ithnin)

Pengarah

Hari Keluarga Kolej 10

Disemak oleh :

………………

( Mohamad Ariff Bin Makhfudz)

Pengerusi

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa

Kolej 10

Disokong oleh :

……………......

(Kuberaraaj Nambaraja)

Penasihat

Hari Keluarga Kolej 10