hari rabu malaysia - parlimen.gov.my · b malaysia parlimen ketujuh-dewan negara penyata rasmi...

65
Jilid II Bil. 16 MALAYSIA Hari Rabu 30hb November, 1988 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEW AN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEDUA Second Session KANDUNGANNYA JA WAPAN-JA WAPAN MULUT BAGI PERT ANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2679] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan) [Ruangan 2738) Rang Undang-undang Bidan (Pindaan dan Perluasan) [Ruangan 2793) l>ICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR OHA2'.ALI BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T., PEMANOKU ICETUA PENOARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

Jilid II Bil. 16

MALAYSIA

Hari Rabu 30hb November, 1988

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEW AN NEGARA Senate

PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL KEDUA Second Session

KANDUNGANNYA

JA WAPAN-JA WAPAN MULUT BAGI PERT ANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2679]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan) [Ruangan 2738)

Rang Undang-undang Bidan (Pindaan dan Perluasan) [Ruangan 2793)

l>ICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR OHA2'.ALI BIN JANI, K.M.N., A.M.P., P.P.T.,

PEMANOKU ICETUA PENOARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990

Page 2: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

b

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KEDUA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHMAD URAl BIN DATUK HAKIM ABANG HAJI MoHIDDEEN, P.N.B.s., J.B.s., A.M.N., A.B.S. (Sarawak).

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

Timbalan Yang di-Pertua, DATO' TAN PENG KHOON, s.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N., P.I.S., B.S.I., J.P. (Dilantik).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATUK HAJJ HUSSEIN BIN AHMAD, D.M.S.M. (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TuAN MOHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

LT. KoL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s., K.M.N., P.I.s. (Dilantik).

DATO HAJJ ABDUL HAMID BIN HAJJ LATIF, D.I.M.P., A.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL MAJID BIN HAJJ ABDULLAH, P.I.S., P.P.M. (Johor).

TUAN HAJJ ABDUL MANAP BIN HASHIM, A.M.N., P.J.K. (Kedah).

0ATUK HAJJ ABU BAKAR BIN LAJIM, D.M.S.M., K.M.N. (Dilantik).

PUAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

TuAN AzMAN ATAR BIN OTHMAN, P.J.K., P.B.M. (Dilantik).

TUAN AZUMU BIN TAK, P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN P. BALARAM (Kedah Darulaman).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah Darulaman).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Dilantik).

DR CHONG ENG LEONG (Sabah).

TuAN DAHALAN BIN HAn EMBUN (Perlis).

TUAN DouGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PUAN HABIDAH BINTI JUSOH a/iasYUSOF, P.J.K. (Terengganu).

TUAN HAJI HAMID ARABY BIN MD. SALIH, A.M.N., P.K.T., P.J.K. (Pulau Pinang).

Page 3: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2673 30 NOVEMBER 1988 · 2674

Yang Berhormat TVAN HASSAN BIN HARVN, A.M.N. (Kelantan).

"

"

"

"

"

"

"

" "

"

"

"

"

"

" "

"

"

"

"

"

TVAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TVAN HAJJ IBRAHIM BIN JENDOL (Dilantik).

TuAN HAJI IBRAHIM BIN HAJJ UJANG, P.P.N., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TUAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TuAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TuAN KoH IM PIN, D.S.N., P.M.c., P.J.K. (Negeri Sembilan).

TuAN C. KRISHNAN, A.M .. N. (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SOON, A.M.N. (Perak).

TvAN LAu KENG SIONG alias JosEPH LAu KENG SEONG, K.M.N .. A.M.N., P.I.S. (Johor).

PuAN LAw JACK YooN (Dilantik).

TuAN LIM HENG TEE, J.P. (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PuAN MAZIDAH BINTI HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TUAN HAJJ MOHD. NOOR BIN HAJI ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TuAN MOHD. NOOR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHD. WAJDI BIN DATO' HAJI ISHAK, J.P. (Dilantik).

TUAN MuSTAFA BIN AwANG, P.P.N., P.J.K. (Terengganu).

DATUK HAJI NASIR BIN HAJJ MANAP, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

DR NAWAWI BIN MAT AWIN (Dilantik).

DR NG KHEK KIUNG (Selangor Darul Ehsan).

TUAN NG PENG HAY, P.J.K. (Melaka).

DATO DR K. S. NuHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NoRANI BINTI HAJJ BELVAH alias HAJI HITAM, A.M.N., P.J.K. (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TVAN PANDIKAR AMIN BIN HAJJ MuLIA (Sabah).

TUAN G. RAJOO (Dilantik).

PuAN HAJJAH RoGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

..

Page 4: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

..

..

2675 30 NOVEMBER 1988 2676

Yang Berhormat PuAN HAJJAH RosNAH BINTI HAn MoHn. SALLEH, A.M.N .. P.J.K. (Dilantik).

,

,

,

,

, ,

,

,

,

, ,

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM, A.M.N., P.J.K., P.J.M. (Dilantik). ·

TUAN V. K. SELLAPPAN (Dilantik).

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAn SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Dilantik).

TUAN SIVALINGA,M A/L ARUMUGAM KARUPPIAH (Dilantik).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

TuAN HAn SYED ABDUL HAMID BIN SAGAFF, P.I.s., B.s.r., P.P.N. (Dilantik).

TuAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

DR TAN CHONG KENG (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KrNG, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN WoNG KIE YrK (Dilantik).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN HAJI YAHAYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor Darul Ehsan) .

Page 5: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2677 30 NOVEMBER 1988 2678

I

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Haji Abu Bakar, J.S.D., S.A.P.,

K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Haji Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P. B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik.

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abdul Samad.

BENT ARA MESYUARA T

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., B.s.o., P.J.K.

.,

.,

Page 6: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

..

t>

2679 30 NOVEMBER 1988

MALAYSIA

2680

DEW AN NEGARA

Rabu, 30hb November, 1988

Mesyuarat dimulakan pada puku/2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempe­ngerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

MOGOK LAPAR OLEH TAHANAN ISA

I. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(i) apakah Iangkah telah diambil untuk · menyelesaikan masalah mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan ISA di Kern Kamunting baru-baru ini; dan

(ii) berapa orang telah dan akan didakwa sejak penguat­kuasaan Akta Polis sebab mengadakan perhimpunan haram.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Tindakan mogok lapar yang dilancarkan oleh 18 orang tahanan ISA di Kern Tahanan Kamunting baru-baru ini telah dapat diselesaikan oleh pihak berkuasa tempat tahanan dan Ibu Pejabat Penjara dengan baik. Langkah dan tindakan yang telah diambil bagi

ms;!nghadapi mogok Iapar tersebut adalah seperti berikut:

(1) Semua Pegawai Penjara telah tidak dibenarkan bercuti sepanjang mogok Iapar kecuali cuti kecemasan yang diluluskan oleh Penguasa Kanan Penjara I.

(2) Semua Pegawai Penjara yang tinggal dalam kawasan Pusat Tahanan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan Kern kecuali dengan kebenaran Penguasa Kanan Penjara I dan II.

(3) Sebuah Bilik Gerakan diadakan sepanjang tempoh mogok Iapar. Dua orang Pegawai Kanan dan dua orang Pegawai Penjara Tingkatan I ditugaskan mengikut giliran daripada pukul 7.00 pagi hingga 9.00 malam dan akan disambung oleh Pegawai Yang Menjaga Malam. Sebuah buku khas disediakan untuk men­catatkan segala kejadian dan perkembangan yang berlaku. Bilik ini di­lengkapi dengan telefon dan "Walkie Talkie", dengan izin.

(4) Unit Perubatan (Medical Unit) sentiasa dibuka di Rumah Sakit Dalam dengan diawasi oleh

Page 7: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2681 30 NOVEMBER 1988 2682

seorang Pembantu Peru­batao dan kakitangan­kakitangan lain dari­pada Hospital Daerah Taiping sekiranya ter­dapat apa-apa masalah yang berkaitan dengan orang tahanan.

(5) Seorang Pegawai Kanan (Penolong Penguasa Tingkatan Biasa) ditu­gaskan bersama-sama 3 orang Pegawai Penjara Lelaki dan seorang Pegawai Penjara Wanita. Pegawai Penjara Lelaki dilengkapkan dengan Sterling dan Pistol. Sebuah "Walkie Talkie" diletakkan di sana sebagai alat perhubungan cepat. Semua segi keselamatan telah pun diterangkan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan. Semua kenderaan keluar-masuk adalah diperiksa dengan teliti. Pintu masuk juga sentiasa dikunci.

(6) Dua Pegawai Penjara Lelaki dan seorang Pegawai Penjara Wanita ditugaskan di pintu besar dengan bersenjatakan pistol. Semua segi ke­selamatan telah diterang­kan kepada Pegawai Penjara berkenaan. Pintu masuk sentiasa ditutup.

(7) Pegawai Jaga Malam bersama-sama Ketua Jaga Malam membuat rondaan tambahan bagi setiap giliran bertugas ke kawasan-kawasan orang tahanan.

(8) Pihak Berkuasa Kern juga sentiasa berhubung dengan pihak Polis Kamunting dan Taiping sebagai mengatasi

sebarang masalah yang timbul akibat daripada kejadian mogok lapar tersebut.

(b) Semenjak penguatkuasaan Akta Polis hanya 22 orang telah didakwa di mahkamah atas sebab mengadakan per­himpunan haram.

Datuk Haji Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Biasanya tempat-tempat tahanan adalah tempat yang terasing daripada masyarakat umum. Bagaimanakah hal mogok lapar tahanan ISA di Kern Kamunting boleh diketahui oleh umum, dan jika diketahui, siapa yang menghebahkan berita ini? Adakah ini dianggap sebagai satu kesalahan?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, walaupun Kern Tahanan ini merupakan tempat yang berasingan dan jauh daripada orang ramai namun saudara mara dan sahabat handai boleh bertemu dengan pihak-pihak orang yang ditahan. Juga, surat menyurat boleh keluar-masuk setelah ditapis di antara saudara-mara dan juga orang-orang tahanan. Dengan sebab itu segala kegiatan mereka untuk mengadakan mogok lapar ini boleh diketahui oleh sahabat handai dan juga keluarga mereka sendiri.

Tuan Tan Chai Ho: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan apakah komen atau laporan telah dibuat oleh kedua­dua orang wakil dari IPU berkenaan dengan lawatan mereka ke Kern Kamunting di Taiping?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, sungguhpun wakil-wakil IPU ini telah dibenarkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak Penjara untuk bertemu dengan pihak-pihak tahanan selama 2 jam, setelah mereka keluar daripada

..

Page 8: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

..

2683 30 NOVEMBER 1988 2684

perjumpaan itu mereka tidak pun mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun memberi apa-apa laporan. Dengan sebab itu, kita tidak ketahui apakah laporan yang diketahui oleh mereka.

Tuan V. K. Sellappan: Tuan )' ang di­Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menjelaskan sama ada seseorang itu boleh didakwa sekiranya mereka mengadakan perhimpunan haram bagi menunjukkan kekuatan politiknya. Contohnya apabila mesyuarat sesuatu parti dijalankan mereka ini berkumpul di luar bangunan mesyuarat. Apakah tindakan diambil terhadap mereka ini mengikut Akta Polis?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, saya ingat soalan ini jauh terkeluar daripada soalan asal.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin mendapat penjelasan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri apakah benar seperti yang diberitakan bahawa Ketua Pembangkang makan semasa mogok lapar?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana perkara 101 sedang dibawa ke mahkamah, saya tidaklah mahu menokok-tambah tentang perkara ini.

ANUGERAH JAGUH SUKAN

2. Tuan Azumu bin Tak minta Menteri Belia dan Sukan rnenyatakan sama ada anugerah Jaguh Sukan Peringkat Negeri akan diperkenalkan oleh Kerajaan dan jika ianya dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri­negeri, adakah diiktiraf oleh Kerajaan Pusat.

limbalan Menteri Belia dan Sukan (Cik Teng Gaik Kwan): Tuan Yang di­Pertua, Anugerah Sukan Peringkat Negeri tidak diperkenalkan oleh

Kerajaan dan itu terpulanglah kepada budibicara Kerajaan Negeri memperkenalkan serta mewujudkan Anugerah Sukan kepada atlit-atlit sebagai perangsang dan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap usaha-usaha mereka yang mencapai kecemerlangan sukan bagi mengharumkan nama negara.

Kerajaan Pusat akan mengiktiraf Anugerah Sukan Peringkat Negeri sekiranya diperkenalkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Pemenang­pemenang Anugerah Sukan Peringkat Negeri adalah layak dipertimbangkan untuk mendapat beberapa skim insentif seperti skim Hadiah Kemenangan Sukan dan Skim Perangsang Ahli Sukan yang ditawarkan oleh Majlis Sukan Negara. Skim-skim insentif ini merupakan langkah-langkah Kerajaan untuk menjaga kebajikan atlit-atlit yang berusaha untuk menaikkan imej negara melalui pertandingan sukan.

Puan Lau Jack Yoon: Tuan Yang di­Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan menerangkan mengenai Skim Hadiah Kemenangan Sukan dan kedua Skim Perangsang Ahli Sukan. Bolehkan Yang Berhormat terangkan sedikit dua skim terse but.

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di­Pertua, Skim Hadiah Kemenangan Sukan merupakan salah satu usaha yang dijalankan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia untuk membantu atlit-atlit ke arah kecemerlangan sukan dan sebagai satu penghargaan kepada atlit-atlit dalam pencapaian dan pengorbanan yang dilakukan oleh atlit­atlit itu dalam usaha mencapai kejayaan bagi mengharumkan nama negara. Skim Hadiah Kemenangan Sukan dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk atlit dan jurulatih.

Dari segi kategori pembahagian hadiah, Skim Hadiah Kemenangan Sukan diberi kepada pemegang pingat

Page 9: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2685 30 NOVEMBER 1988 2686

dan hadiah kemenangan pemegang rekod baru. Bagi hadiah kemenangan ianya dibahagikan kepada tiga kumpulan:

Kumpulan A, kemenangan di peringkat dunia yang setaraf dengan Temasya Sukan Olympic sahaja;

Kumpulan B, kemenangan di peringkat ASEAN dan Commonwealth;

Kumpulan C, kemenangan di peringkat Asia Tenggara seperti Sukan SEA yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Bagi hadiah kemenangan pemegang rekod baru, ia juga dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu di peringkat Sukan Olympic, Sukan ASIA/Commonwealth dan Sukan SEA.

· Di atas kesuntukan masa, saya tidak bercadang mengambil masa yang panjang untuk memberi penerangan yang detail mengenai skim ini. Maklumat yang detail mengenai skim ini seperti nilai hadiah dan syarat­syarat mememmgi skim hadiah, kemenangan sukan serta lain-lain maklumat yang berkaitan akan saya berikan secara bersurat sekiranya terdapat permintaan dari Ahli Yang Berhormat melalui notis.

Satu lagi skim perangsang ahli sukan ialah membantu ahli sukan yang terpilih menjalani latihan. Skim ini bernilai. $250; $200 dan $150 sebulan untuk membantu pentadbiran sahaja.

DASAR PENSW ASTAAN

3. Tuan Hassan bin Harun minta Perdana Menteri menyatakan:

(i) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menjamin supaya kepentingan bumi­putera tidak terkorban dalam pelaksanaan dasar peng-swastaan memandangkan

kaum bumiputera tidak mem­punyai keupayaan yang cukup dari segi kewangan (modal) dan kepakaran (expertise) bagi menyahut peluang-peluang yang ter­kandung dalam dasar itu; dan

(ii) berapa banyak dan apakah industri atau perusahaan yang telah diswastakan di seluruh negara dan berapa peratuskah ekuiti bumiputera dan kepentingan serta nilainya dalam badan-badan ini.

Perdana Menteri (Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad): Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada objektif Dasar Penswastaan ialah untuk meningkatkan peluang bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru. Sebagai salah satu instrument Dasar Ekonomi Baru, kepentingan bumiputera seperti yang terkandung dalam Dasar itu sentiasa di patuhi. Antara lain, garispanduan yang diikuti semasa menswastakan sesuatu projek ialah seperti berikut:

(a) 30% daripada modal berbayar syarikat yang hendak meng­ambil alih perkhidmatan atau syarikat Kerajaan hendaklah ditawarkan kepada PNB;

(b) bagi perkhidmatan Kerajaan yang telah disyarikatkan (corporatise), 51% daripada saham syarikat tersebut akan ditawarkan kepada PNB semasa diswastakan;

(c) bagi penswastaan Syarikat Amanah Kerajaan, garispanduan pemindahan hakmilik Kerajaan kepada bumiputera adalah diikuti dengan sepenuhnya. Syarikat­syarikat ini akan diswastakan kepada syarikat-syarikat bumiputera sahaja;

(d) 30% dari akuiti syarikat Kerajaan bukan syarikat amanah yang akan dijual adalah

Page 10: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2687 30 NOVEMBER 1988 2688

diperuntukkan kepada bumi­putera;

Dalam keadaan di mana golongan bumiputera difikirkan tidak mempunyai modal dan kepakaran bagi mengambil alih perkhidmatan dan syarikat Kerajaan, Institusi-institusi Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan PNB akan dijemput untuk mengambil saham-saham yang telah dihadkan kepada bumiputera. Institusi-institusi seperti ini mempunyai modal dan kepakaran untuk mengambil alih perkhidmatan dan syarikat Kerajaan yang hendak diswastakan.

Setakat ini 19 perkhidmatan syarikat Kerajaan telah diswastakan yang melibatkan perusahaan-perusahaan pembinaan, pertanian, perhubungan, utilities dan perkhidmatan. Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Jalan Pintas Kelang Utara dengan nilai saham berjumlah $20.5 juta dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera;

(b) Terminal- Kontena Pelabuhan Kelang dengan nilai saham berjumlah $56.9 juta. 49% daripaaa saham syarikat dipegang oleh Lembaga Pelabuhan Kelang dan 80% daripada baki saham syarikat itu dimiliki oleh Kontena N asional Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat PNB;

(c) Depo Baik Pulih Kapalterbang dengan nilai saham berjumlah $72.8 juta. Daripada 52% saham milikan warganegara Malaysia 33.113% dipegang oleh Kerajaan Malaysia dan 33.113% dipegang oleh MAS.

(d) Jejambat Jalan Kuching dengan nilai saham berjumlah $86 juta. Syarikat yang diberi kons~s~ mempunyai 35% ekmti bumiputera.

(e) Jabatan Telekom Malaysia dengan nilai sejumlah $4,000 juta. 100% saham masih dimiliki oleh Kerajaan.

Puan Habidah binti Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mengikut perancangan Kerajaan projek apakah pula yang hendak diswastakan bagi tahun 1989 nanti?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, kita mempunyai satu senarai yang agak panjang juga, tetapi di antara projek-projek yang akan diswastakan mungkin dalam tahun 1989 ataupun lewat daripada itu ialah Lembaga Letrik Negara, Keretapi Tanah Melayu, Lapanganterbang­lapanganterbang, Pelabuhan Kelang dan beberapa lagi yang lain.

Tuan A. K. Sivalingam: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah faedah yang dinikmati atau didapati oleh kaum India dalam pelaksanaan Dasar Penswastaan setakat ini?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, dalam Dasar Ekonomi Baru kita tak sebut sama ada India atau lain­lain kaum, cuma kita kata "bukan bumiputera" sahaja dan saya yakin di antara bukan bumiputera ini termasuk jugalah orang India.

Tuan Hassan bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah mengenai apa yang telah diberitahu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi bahawasanya kira modal kaum bumiputera tidak mencukupi badan-badan dan institusi-institusi itu akan diarah supaya mengambil bahagian. Tetapi sekiranya badan­badan ini di"spread very thin" dari segi kapitalnya apakah kemungkinan Kerajaan akan tangguh usaha-usaha penswastaan sehingga kemampuan bumiputera terjamin?

Page 11: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2689 30 NOVEMBER 1988 2690

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, dalam kes yang semacam ini kita tidak dapat tangguh. Apa yang kita biasa buat seperti juga dalam pelaburan-pelaburan asing di dalam negara kita ialah kita membenarkan saham-saham itu dipegang oleh bukan bumiputera ataupun orang-orang asing dahulu dengan syarat pada satu masa kelak mereka akan menjual balik sebahagian daripada saham itu kepada bumiputera untuk menentukan bahawa bumiputera mendapat bahagian dalam pengagihan saham­saham ini.

PROJEK ENDAU ROMPIN

4. Dato Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Menteri Pertanian menyatakan setelah Kerajaan berbelanja lebih kurang $70 juta bagi perancangan tanaman padi di Endau Rompin, Pahang dan didapati tanah tersebut tidak sesuai ditanam padi, apakah rancangan Kerajaan yang sedang diatur untuk memajukan Projek Endau Rompin itu supaya wang yang telah dibelanjakan sebanyak lebih kurang $70 juta itu tidak membazir.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar se­kiranya kawasan Rompin Endau ini dikatakan tidak sesuai ditanam dengan tanaman padi. Ini kerana kajian yang dijalankan pada tahun 1978 oleh perunding Snowy Mountains Engineering Corporation dari Australia dan dibantu oleh International Land Development Consultants (ILACO) serta KPM Khidmat Sdn Bhd dari Malaysia, telah mengenalpasti kawasan seluas 19,200 hektar di Rompin-Endau sebagai kawasan sesuai untuk tanaman padi. Berdasarkan kepada kesesuaian kajian inilah ProJek Pembangunan Pertanian Berscpadu Rompin Endau telah dirancang dan dilaksanakan. Walau bagaimanapun, memandangkan

keputusan telah dibuat ole!, ~'-.-r<:;:utr pad a tahun 1983 tll•tHk mengm ang pengeluaran beras kt~ t.lh;.q-· 'i5'':,-11W1 keperluan negara dan ka,v:~<:·:•n Projek Rompml:~udau tH1ak di:tHi!f'tF seh:H~'ll salah satu darip2(l1 l::l\v;.·,:lt' j;;•hp:mg padi n~gara, m<lh !'rojek PembanguT!an Per:anian P.<crsepadu Rompin Endau telah dibuh:1rkan pada akhir tahun 1986.

Sebagai usaha bagi mempastikan infrastruktur-infrastmktur yang telah dibina itu tiJak terbiar, langkah­langkah telah diambil untuk mengagihkan kepada agensi-agensi berkenaan. lni termasuklah Ampangan Anak Endau dan Ampangan Pontian yang akan digunakan oleh JKR untuk bekalan air domestik bagi bandar-bandar yang berdekatan. Ianya juga sekiranya sesuai, akan digunakan oleh LLN untuk Projek Mini-haidro. Komplek Pejabat dan rumah kakitangan projek telah pun diserahkan kepada LPP untuk dijadikan pusat latihan. Di kawasan Rompin-Endau yang berjumlah 300 hektar di mana infrastruktur pengairannya dan lain kemudahan telah siap sepenuhnya serta pesertil'·pesenanva tdah dimasukkan ()lpe<;erta)., k<Jv,;L:un tersebut akan diteruskan dengan tanaman padi sehingga keputus:m sebaliknya dibuat.

Pembangun«n 1\,t~\,J.>JII R,Jlitpi,: Endau (tidak t..:;:;q.lsuir Rmnrin· Utama) i11!nya .elah dis,;uh.J•l kepada Kuncl':v :.ln heP;;•jt'''~' Tanah dan Kcmajt;ilil WildV':h dan Kerajaan N,'f•eri. l.'l Li\Va~an'ters..:but infrastt uk rur--in frustt nk rur r><:nf! Jiran yang rhbin.1 akan diubah<;u;•i me;1gikut keperluan j.~nis tanaman harn vang akan dimajukan.

STRATU;l PEMIHNG{!'\i..\~ FKONr~J\IU

5. Tuan l'lassa.. bin Nam ;;1iJ!ta

Perddmt \i.l!i.'::'ri mcnyatdkJ.H i<ntt:

Page 12: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

..

2691 30 NOVEMBER 1988 2692

apakah strategi ekonomi dan perindustrian yang telah dirancangkan oleh Kerajaan bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara industri baru (NIC) dalam dekad yang akan datang. Adakah Kerajaan bercadang untuk mencontohi dan melaksanakan program ekonomi dan perindustrian seperti yang telah terbukti berjaya di negara-negara bertaraf NIC (Korea Selatan, Taiwan, Hongkong dan Singapura).

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, strategi pembangunan ekonomi dan sosial negara ini adalah seperti yang dirumuskan di dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang ataupun "Outline Perspective Plan 1971-1990" dan rancangan-rancangan Lima Tahun Malaysia serta program­program tertentu seperti Pelan Induk Perindustrian 1986-1995 dan Polisi Pertanian Negara. Matlamat utama kita adalah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk di negara ini. Ini akan dilaksanakan melalui strategi · yang boleh meningkatkan dengan pesat kadar pertumbuhan ekonomi negara dan pertambahan eksport terutama barangan pembuatan. Kedua-dua matlamat ini akan tercapai sekiranya kita dapat meningkatkan tahap teknologi, daya produktiviti dan kemahiran serta kualiti tenaga pekerja·.

Dalam hubungan ini, Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada program memperbaiki infrastruktur fizikal dan sosial di dalam rancangan­rancangan pembangunannya. Melalui pembentukan sikap yang lebih sesuai Jengan pembangunan, kita berharap daya produktiviti akan meningkat dan menjadikan kita lebih kompctitif.

Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan tidaklah bercadang untuk mencontohi dan melaks;tnakan program ekonomi dan perindustrian seperti yang telah terbukti berjaya di negara-negara bertaraf NIC. Ini adalah memandangkan keadaan sumber alam

dan sumber tenaga manusia serta struktur ekonomi dan sosio-politik yang berbeza di antara negara-negara berkenaan dengan negara kita. Walau bagaimanapun, Kerajaan sentiasa mengambil teladan · dari pengalaman negara-negara berkenaan dalam membentuk strategi ke arab pencapaian matlamat pembangunan ekonomi dan sosial seperti yang dirumus di dalam dasar-dasar yang saya sebutkan tadi. Yang nyata ialah strategi yang kita bentuk dan amalkan berjaya meningkatkan ekonomi negara dengan pesat. ·

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat yang Amat Berhormat Perdana Menteri adakah perkara-perkara yang berkemungkinan menjadi masalah­masalah yang boleh menggagalkan ataupun melambatkan usaha-usaha Kerajaan untuk membolehkan Malaysia mencapai taraf negara industri baru ini?

Perdana Menteri: Tuan Yang di­Pertua, memang ada beberapa masalah, diantaranya ialah kestabilan politik yang mana kalau kita tidak berjaya mencapai kestabilan politik maka ini akan menyebabkan pembangunan negara kita terjejas. Juga masalah ialah membentuk sikap yang lebih sesuai dengan pembangunan, kita dapati di Malaysia ini kadang-kadang terdapat tindakan dan tingkah laku yang tidak begitu sesuai dengan usaha untuk mempercepatbn pembangunan negara.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Abu Bakar bin Lajim.

Dato' Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan No. 6.

Page 13: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2693 30 NOVEMBER 1988 2694

DASAR PERTANIAN NEGARA

6. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif (di bawah S. 0. 23 (2)) minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) Bagaimana kedudukan prestasi Dasar Pertanian Negara telah berjaya mewujudkan petani­petani komersial terutamanya dari pekebun-pekebun kecil serta sumbangannya kepada pendapatan pengeluaran negara; dan

· (b) Adakah Kementerian ini telah mengenalpasti buah-buahan tempatan lain yang berpotensi untuk dieksport selain daripada buah-buahan yang telah sedia dieksport iaitu durian, jambu batu, manggis, pisang, betik dan be lim bing besi.

Timbalan Menteri Pertanian (Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed): Tuan Yang di-Pertua, menjawab bahagian:

(a) Pengusahaan pertanian secara komersial merupakan antara ciri utama Dasar Pertanian Negara. Semenjak dasar ini dilaksanakan dalam tahun 1984, pertanian secara komersial telah diperkenalkan dan dipergiatkan di kalangan petani-petani meli­puti aktiviti-aktiviti penanaman padi, sayur-sayuran, buah­buahan, koko dan aktiviti­aktiviti ternakan haiwan seperti ayam, biri-biri serta lembu dan aktiviti ternakan ikan. W alaupun sumbangan kaedah perladangan secara ini kepada pendapatan pengeluaran negara tidak dapat dipastikan, tetapi apa yang nyata dari kajian­kajian yang telah dijalankan bagi projek-projek tertentu ialah pertanian secara ini telah banyak memberi faedah. Ini termasuk dari segi penggunaan amalan pertanian moden, peningkatan penggunaan jentera, pengurusan ladang

yang lebih baik, pengurangan kos . pengeluaran dan peningkatan basil yang lebih tinggi. Pembangunan pertanian secara komersial ini telah juga diperkenalkan kepada petani­petani siswazah seramai 649 orang (sehingga Oktober 1988) yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian. Seramai 144 orang daripada mereka telahpun memulakan projek-projek pertanian secara komersial ini.

Bagi menjawab bahagian:

(b) Pihak Kementerian telah mengenalpasti nanas, tembikai, mangga, nangka, rambutan, duku langsat, ciku dan cempedak sebagai buah-buahan yang berpontensi untuk dieksport selain daripada durian, jambu batu, manggis, pisang, betik dan belimbing besi. Destinasi pasaran yang dikenalpasti adalah pasaran di Eropah, Jepun, Hong Kong, Singapura, Brunei dan Asia Barat. Potensi di pasaran ini adalah berasas kepada aliran pertambahan import buah­buahan tropika oleh negara berkenaan dari setahun ke setahun, sejumlah eksport buah-buahan tersebut yang terus bertambah daripada negara ini. Dalam tahun 1987, Malaysia telah mengeksport buah-buahan sebanyak 43,581 tan metrik berbanding dengan 36,999 tan metrik dalam tahun 1986.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan: Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, saya menyokong usaha Kerajaan kita mengeksport buah­buahan tempatan seperti durian kita ke negara Jepun dan Hong Kong dan lain-lain. Adakah Kerajaan mengambil tindakan untuk

Page 14: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

..

2695 30 NOVEMBER 1988 2696

mempastikan eksport buah-buahan tidak menjejaskan permintaan dan harga jualan buah-buahan di Malaysia.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan akan sentiasa meneliti dalam suasana kita mengeksport buah-buahan kita supaya ianya tidak menjejaskan sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: Soalan tambahan. Tidak lama dahulu kita dengar bahawa pisang emas merupakan satu daripada buah-buahan yang sangat popular dieksport ke Jepun, tetapi akhir-akhir ini saya difahamkan harga pisang emas ini telah menurun dan apakah ini benar? Kalau benar apakah langkah yang diambil untuk mengatasinya dan kalau tidak benar apakah langkah untuk memperluaskan tanaman pisang emas ini.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, soal pisang masa ini telah banyak diperkatakan. Sebenarnya, soal pokok pada hari ini ialah pembungkusan (packaging) lebih-lebih lagi apakala kita ingin mengeksport ke negara Jepun. Oleh sebab negara Jepun adalah sebuah negara yang mementingkan soal lahir ini, kulit elok, tidak calar dan segala-

. galanya, jadi saya mengajak Yang Berhormat supaya memberitahu kepada penanam-penanam kita, bahawa dalam soal memetik buah­buah pisang ini, halusilah ten tang menjalankan kegiatannya ataupun pengendaliannya; dan

Kedua, memberi tahu kepada mereka supaya jangan berhenti menanam pisang emas ini, ianya masih laku.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Saya minta yang berhormat Timbalan Menteri menjelaskan adakah rancangan baru atau insentif baru akan diberikan

kepada pekebun-pekebun buah-buah supaya menggalakkan eksport buah­buahan tempatan ke luar negeri.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kita mempunyai insentif atau galakan yang tertentu dan insentif-insentif ini, kalau diambil perhatian oleh penanam-penanam kita, saya berpendapat pengeksportan buah­buah kita, akan menjadi satu usaha yang boleh menguntungkan penanam-penanam pokok buah-buahan. Insentifnya, umpamanya, taraf perintis, ini diberi kepada penanam­penanam pokok buah-buahan, disamping kredit cukai pelaburan. Ada lagi, insentif-insentif yang lain. Jikalau yang berhormat ingin mengetahui dengan lebih lanjut, silalah temui kami.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, prestasi Dasar Pertanian Negara tidak dapat dicapai ke tahap yang dikel'lendaki oleh Kerajaan kerana beribu-ribu tanah ataupun rancangan tanah yang telah diberi kepada rakyat terbiar sahaja. Apakah cadangan ataupun panduan Kementerian Pertanian telah beri kepada Kerajaan-kerajaan Negeri.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa berh,ubung rapat dengan Kerajaan Negeri. Kita minta Kerajaan Negeri memberi kerjasama dan kita minta juga Yang Berhormat sendiri, memberi kerjasama, -yakni, memberi tahu kepada petani-petani kita, supaya jangan membiarkan tanah itu, terbiar. Soal terbiar ini timbul kerana kita sendiri membiarkan ianya terbiar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dr Tan Chong Keng.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, dengan izin, soalan No.7.

Page 15: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2697 30 NOVEMBER 1988 2698

PEGAWAI PERUBATAN ASING DI HOSPITAL KERAJAAN

7. Tuan Tan Chai Ho ( di bawah S. 0. 23 (2) minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilangan doktor perubatan asing yang bertugas di Hospital­hospital Kerajaan Malaysia secara kontrak pada tahun 1988 serta hospital-hospital di manakah mereka ini ditempatkan;

(a) negara-negara asing di mana kelayakan perubatan Universiti atau institusi pendidikan tinggi adalah diiktirafkan oleh J abatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dr Thing Chew Peh): Tuan Yang di-Pertua,

(a) sehingga 31-10-1988 seramai 128 orang Pegawai Perubatan asing bertugas secara kontrak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Penempatan mereka adalah seperti berikut:

Negeri Bilangan (orang)

1. Sabah 18 2. Selangor 13 3. Sarawak 12 4. Wilayah Persekutuan 12 5. Perak 13 6. Terengganu 11 7. Johor 10 8. Pahang 9 9. Negeri Sembilan 8

10. Pulau Pinang 8 11. Kedah 6 U.Mclda 5 13. Kelantan 2 14. Perlis 1

Pada masa ini Kerajaan telah mengiktiraf kelulusan ijazah perubatan dari lebih 200 buah universiti dan institusi pendidikan tinggi diluar negeri. Senarai lengkap universiti dan institusi pengajian tinggi yang diiktiraf itu terkandung dalam Jadual Kedua Akta Perubatan Malaysia 1971. Antara negara-negara

asing di mana kelayakan ijazah perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia termasuklah Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom, Sri Langka, Hong Kong, Singapura, India, Indonesia dan sebagainya.

Dato Haji Nasir bin Haji Manap: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklumi, universiti­universiti di Malaysia terdapat di antaranya yang mengeluarkan doktor­doktor pada tiap-tiap tahun. Oleh sebab doktor-doktor dari universiti yang tertentu dapat dikeluarkan dan sebagaimana yang dimaklumkan oleh yang berhormat Setiausaha Parlimen, setakat ini kira-kira 128 orang doktor luar negeri yang berkhidmat di negara kita. Soalnya, agak dalam ramalan yang Berhormat, bilakah masanya doktor-doktor dari negara asing tidak diperlukan lagi perkhidmatannya di negara kita berasaskan pada tiap-tiap tahun negara kita mengeluarkan doktor-doktor sendiri?

Dr. Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, agak sukar untuk memberikan jawapan yang tepat pada tetika ini kerana pada ketika ini kita mempunyai nisbah doktor dengan penduduk iaitu seorang doktor untuk lebih kurang 2,600 orang penduduk. Jadi bergantung kepada matlamat kita, kalau kita ingin mengurangkan nisbah ini, maka tidak ada satu masa yang boleh kita katakan benar-benar kita mempunyai doktor yang mencukupi kerana kita boleh, misalnya, mempunyai lebih ramai doktor untuk memberikan perkhidmatan perubatan yang bermutu lebih tinggi.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, bolehkah sebutkan nama-nama universiti­universiti tempatan yang menawarkan ijazah perubatan di negara kita?

Page 16: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

..

2699 30 NOVEMBER 1988 2700

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, 11nivers1ti itu Universiti Malaya liSM dan UKM.

.Tuan Mustafa bin Awang: Saya mmta penJelasan dari setiausaha Parlimen Kc:-:1entcrian yang ?':rkenaan, ada atau tidak anak negara mt yang lulusan doktor, sama ada dari dala~ negeri ataupun luar negeri yang masth menggangur?

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang pengetahuan Kementerian ini. tidak ada.

Tu:m C. K:dshnan: Tuan Yang di­Pertuil. soalati ta!nbahall. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen b~ritahu dewan yang mulia ini. Saya dtfahamkan doktor-doktor dari negara Russia telahpun dilantik secara kontrak walaupun degree-degree itu tidak diiktirafkan oleh Kerajaan. Sekiranya benar, apakah panduan daripada Kementerian Kesihatan melantik doktor-doktor dari luar negeri yang tidak diiktirafkan oleh Kerajaan? Sebagai contoh, ada ~oktor-doktor dari negara-negara jlfan yang degree-degree itu tidak diiktiraf oleh Kerajaan maseh menganggur, mereka adalah wargancgara Malaysia.

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, berhubung dengan 14 orang doktor dari Russia itu, memang itu satu kuasa yang diberikan kepada Menteri Kesihatan untuk meluluskan pendaftaran mereka untuk satu tujuan yang tertentu iaitu untuk Hospital mata di Pulau Langkawi yang dicadangkan itu.

BAHASA TAMIL BAGI DIPLOMA PENDIDIKAN DI UNIVERSITI

MALAYA

8. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Pendidikan memberi penjelasan, pada masa yang lalu, Universiti Malaya telah memberi Diploma Pendidikan

dengan Pengkhususan Pengajaran Bahasa Tamil dan pada masa sekarang kurs~s ini tidak ditawarkan lagi. Bagmmanapun, kursus Diploma Pendi~ikan dengan Pengkhususan PengaJaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina masih ditawarkan. Adakah kemungkinan Diploma Pendidikan dengan pengkhususan Pengajaran Bahasa Tamil akan · dipulihkan memandangkan perlunya guru-guru Bahasa Tamil bagi program KBSM. Jika tidak, mengapa.

Menteri Pendidikan (Tuan Anuar bin Ibrahim): Tuan Yang di-Pertua, kursus yang dimaksudkan iaitu Dipl?ma Pendidikan bagi mata­p~laJaran Bahasa Tamil memang dtperkenalkan di Universiti Malaya pad~ tahun 1966 dan 1967 tetapi pelaJar yang mengambil matapelajaran itu hanya 2 orang, akhirnya kursus itu ditutup, bukan k~ran~ ada perubahan dasar ataupun ktta tidak mahu memberi penekanan kepada pengajaran bahasa Tamil tetapi pelajar sangat kurang, dan kalau s~dah sampai 2 orang itu sahaja, sudah ttdak boleh diteruskan lagi.

Puan Law Jack Yoon: Soalan tambahan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan, pada masa sekarang apakah anggaran bilangan penuntut­penuntut yang mengikuti kursus Diploma pendidikan dengan Pengkhususan Pengajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di Universiti Malaya?

Tuan Anwar bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai angka-angka keseluruhan­nya sekarang tetapi saya ingin memberi penekanan bahawa oleh kerana ketiga-tiga bahasa yang dimaksudkan ini dianggap penting dan kita mengalami kekurangan guru-guru dalam Bahasa Malaysia, Ingge:tis dan Cina, universiti-universiti tempatan telah diarah supaya mengambil lebih banyak pelajar-pelajar yang akan

Page 17: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2701 30 NOVEMBER 1988 2702

menjadi guru-guru terlatih dalam bahasa-bahasa yang disebutkan tadi.

PUSAT RACUN-PENUBUHAN

9. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kita akan menubuhkan pusat racun kita sendiri. Sekiranya ya, bila dan di mana. Sekiranya tidak, sila berikan alasan.

Dr Ting Chew Peh: Tuan Yang di­Pertua, penubuhan pusat racun sedang diuruskan oleh pihak Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah dikenalpasti untuk menempatkan pusat ini yang dijangka beroperasi sebelum akhir tahun depan.

HOSPITAL DI PENGKALAN TENTERA LAUT DIRAJA

MALAYSIA, LUMUT

10. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah benar Hospital Tentera Laut akan dibina di Pengkalan Tentera Laut di Lumut. Jika ya, berapakah jumlah perbelanjaannya.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, benar, Kerajaan memang ada rancangan untuk membina sebuah hospital di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut. Pada Masa ini projek tersebut sedang di dalam urusan tender. Oleh kerana projek ini masih lagi dalam urusan tender, maka kosnya masih belum dapat diketahui dan ianya akan bergantung kepada tawaran yang diterima.

PENILAIAN KEMAJUAN BER­ASASKAN SEKOLAH

Tuan G. Rajoo minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) sebab-sebab peperiksaan

(ii)

"Penilaian Kebolehan Ber­asaskan Sekolah" dijalankan bagi murid-murid Tahun Enam dibawah Sistem KBSR;

sama ada menjalankan peperiksaan ini bercanggah dengan konsep dan tujuan KBSR;

(iii) apakah langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menjaga keselamatan kertas soalan PKBS, supaya tidak bocor lagi, seperti yang berlaku di negeri Pulau Pinang baru­baru ini; dan

(iv) apakah sebabnya penyediaan kertas soalan PKBS dijalankan · di peringkat negeri, walhal PKBS adalah penilaian yang berasaskan peringkat sekolah.

Tuan Anuar bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua,

(i) Penilaian Kemajuan Ber­asaskan Sekolah (PKBS) dijalankan secara berterusan dalam KBSR kerana cara ini adalah cara yang lebih berkesan untuk mengukur pembelajaran murid. Guru­guru dapat mengesan masalah pembelajaran murid dan dengan itu berupaya mengambil langkah untuk memulihkan serta-merta tanpa menunggu sehingga kelemahannya terhimpun. Peperiksaan ini diteruskan bagi tiap-tiap tahun termasuk Tahun Enam.

(ii) Saya ingin jelaskan dalam soalan yang ke-(ii) itu bahawa peperiksaan secara begini

'

Page 18: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2703 30 NOVEMBER 1988 2704

tidak bercanggah bahkan dilaksanakan dengan tujuan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

(iii) Berkaitan dengan langkah­Iangkah menjaga keselamatan kertas peperiksaan dalam soalan yang ke-(iii) ini, elok saya jelaskan bahawa apa yang dimaksudkan dengan pembocoran itu adalah tidak benar, kerana apa yang berlaku itu ialah soalan contoh yang diedarkan bagi sekolah-sekolah di negeri Pulau Pinang dan soalan contoh ini diedar oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan pejabat-pejabat pendidikan Daerah.

Mengenai soalan berikut, langkah­langkah menjaga keselamatan kertas peperiksaan telahpun dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah dilaksanakan selama ini. ini termasuklah araban bagi semua sekolah untuk mengikuti panduan, langkah keselamatan dan tapisan keselamatan bagi yang berkenaan dan lampiran mengenai peruntukan­peruntukan Akta Rahsia Rasmi dan juga penghapusan sistem "Panel Penaksiran", dalam proses peng­gubalan kertas bagi mengurangkan jumlah yang terlalu ramai, yang terlibat di dalam penyediaan kertas dan juga dengan cara yang sedemikian mengurangkan belanja bagi menyediakan kertas-kertas soalan.

PENUNTUT MALAYSIA MENUKAR KERAKYATAN

12. Dato' Haji Zakaria bin Haji Yahaya minta Menteri Luar Negeri menyatakan berapa ramaikah bilangan penuntut Malaysia di Mesir yang telah menukar kerakyatan mereka kepada rakyat antarabangsa dan apakah tindakan telah dilakukan ke atas mereka itu. Jika tindakan belum diambil, mengapa.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Dato Dr Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, menurut lapuran yang diterima daripada Kedutaan kita di Kaherah belum terdapat penuntut-penuntut Malaysia di Mesir yang telah menukar kerakyatan mereka kepada rakyat antarabangsa. Mereka juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengakui bahawa mereka bukan lagi rakyat Malaysia.

BUKU YANG DIIMPORT­KAWALAN

13. Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah usaha-usaha Kementeriannya untuk mengawal kemasukan buku-buku, risalah-risalah dan kitab-kitab Agama Islam yang dibawa masuk ke dalam negara ini sebelum diedarkan kepada orang ramai.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengawal dan mengawasi kemasukan buku-buku, risalah dan penerbitan-penerbitan lain yang diimport dari luar. Semua penerbit-penerbit yang dibawa masuk adalah tertakluk kepada pemeriksaan di pintu-pintu masuk seperti di lapanganterbang-lapanganterbang dan pelabuhan-pelabuhan di seluruh negara. Tiap-tiap penerbitan dikaji dan sekiranya didapati bercanggah dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 1987 atau melanggar mana-mana Undang­undang agama Islam negara ini, maka tindakan akan diambil mengikut lunas-lunas U ndang-undang.

PENDATANG HARAM­BILANGAN

14. Dr Nordin Selat minta Menteri Dalam Negeri memberitahu tentang masalah pendatang-pendatang haram

Page 19: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2705 30 NOVEMBER 1988 2706

sekarang dan setakat manakab Kerajaan berjaya mengatasi masalab ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang telab dikemukakan adalab terlalu umum dan sukar untuk dijawab dengan tepato Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalab umum yang dibadapi oleb pibak Kerajaan berkaitan dengan ° kebadiran pendatang tanpa izin inio Antaranya:

(a) pibak Kerajaan tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai bilangan mereka yang sebenaro Masalab 101 bukan sabaja kerana kemasukan dan kebadiran mereka ke negara 101 secara tidak teratur, malab mereka sering berpindab dan menduduki kawasan-kawasan terpencil;

(b) ada rungutan orang awam babawa kebadiran pendatang tanpa izin menjejaskan peluang kerja bagi warganegara Malaysia, dan disebaliknya ada rayuan daripada majikan ladang-ladang supaya agensi­agensi penguatkuasa tidak bertindak sangat keras terbadap pendatang tanpa izin kerana tenaga pekerja mereka amat diperlukan demi kestabilan pengeluaran ladang-ladang terse but;

(c) pibak Kerajaan sering menerima sungutan-sungutan babawa pendatang-pendatang tanpa 1zm ini menjalankan kegiatan-kegiatan yang menim­bulkan masalab sosial di negara ini seperti melakukan kegiatan jenayab, pelacuran dan sebagainyao

Untuk makluman Yang Berbormat, Kerajaan sentiasa mengadakan operasi dan serbuan untuk mengesan dan menangkap pendatang tanpa izin

ini 0 Tabap pencapaian tindakan tersebut bagi tempob tiga (3) tahun kebelakangan ini adalab seperti berikut:

Tahun Ditangkap Dihantar keluar

1985 26.534 orang 240357. orang 1986 22 0 917 orang 18,013 orang 1987 22o878 orang 200337 orang 1988 (Jan-Jun) 14.215 orang 13.856 orang

Jumlah 86.544 orang 75,558 orang

Tuan Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambabano Apabila mereka ini dibantar keluar dengan perbelanjaan siapakab, mereka dibantar balek?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, selalunya serbuan kita buat kepada ladang­ladang dan sebagainya, dan kalau sekiranya mereka ini berkerja di ladang-ladang, maka tuan-tuan ladang itulab yang terpaksa membiayai perbelanjaan untuk mereka dibawa keluar.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri dengan keterangan babawa Kerajaan tidak mempunyai maklumat yang tepat, tidakkab ini merupakan sebagai satu galakan kepada pendatang tanpa izin datang lebib ramai lagi ke negara ini, kerana mereka tabu Kerajaan Malaysia tidak tabu berapa bilangan mereka ada di negara ini?

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, masalab Kerajaan tidak dapat mengenalpasti bilangan ini bukan banya berlaku di Malaysia, di mana-mana sabaja negara yang maju yang ramai pendatang tanpa izin termasuk Amerika sendiri adalab sukar untuk mengenalpasti bilangan pendatang tanpa izin ke negara mereka, kerana rnereka datang tanpa dokumen-dokumen yang tertentu dan mereka keluar juga sedemikian rupao

Page 20: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

f

2707 30 NOVEMBER 1988 2708

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Di antara orang-orang yang ditangkap dan dikeluarkan semenjak tahun 1985 berapa di antara mereka itu adalah orang-orang yang sama.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita tidak mencatatkan nama-nama mereka dan tidak ada menangkap gambar mereka sukar untuk kita mengesan beberapa kali mereka masuk ke negara ini.

TANAMAN ORKID

15. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) jumlah kawasan tanaman orkid seluruh negara;

(b) jumlah pengeluaran bunga orkid bagi penggunaan tempatan dan telah dieksport; dan

(c) usaha-usaha yang telah diambil oleh Kementerian untu~ memaju "industri orkid" sebagai tanaman bunga untuk eksport.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab:

(a) kawasan yang diusahakan dengan penanaman orkid di negara ini dianggar berjumlah 500 hektar. Kawasan pengeluaran yang terpenting ialah Johor (200 hektar), Selangor (100 hektar), Perak (48 hektar), Melaka (40 hektar) dan Pulau Pinang (32 hektar);

(b) pengeluaran industri orkid dianggar berjumlah $12 juta setahun; $6-$7 juta dianggar sebagai nilai eksport dan $5 juta nilai jualan dalam negara. Mengikut data, pasaran dalam dan luar negeri sedang berkembang. Orkid negara

dieksport ke Singapura, Netherlands, Germany, Amerika dan Jepun;

(c) dalam usaha mengembangkan lagi industri ini untuk eksport; Kementerian telah mengambil beberapa strategi pembangunan seperti berikut:

(i) menjalankan kajian pasa­ran di negara-negara yang berpotensi sebagai pengguna bahan ini untuk menentukan kegemaran mereka-seperti warna, panjang tangkai, musim dan lain-lain;

(ii) meningkatkan lagi ke­giatan penyelidikan oleh MARDI dan Universiti­universiti umpama (UPM, UKM dan UM) men­jalankan penyelidikan tertentu dalam pembiak­bakaan, pengurusan tana­man, pengendalian bunga, itsu kultra dan kese­lamatan tumbuhan.

(iii) mengadakan latihan dan pengembangan. Melalui latihan yang dijalankan oleh institusi berkenaan seperti MARDI dan Jaba­tan Pertanian, dan pihak swasta (seperti Persatuan Orkid), teknologi penge­luaran orkid disampai­kan kepada pengusaha­pengusaha terutama pe­nanam-penanam kecil;

(iv) penanam-penanam kecil; pelbagai galakan (incentives) disediakan oleh Kerajaan kepada pelabur-pelabur yang mencebur diri dalam perusahaan ini.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Me­mandangkan pemasaran bunga

Page 21: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2709 30 NOVEMBER 1988 2710

orkid ini adalah besar, adakah Kementerian Pertanian akan menggalakkan perusahaan untuk menanam orkid seperti memberi insentif ataupun subsidi kepada pengusaha-pengusaha yang ingin menanam orkid.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, kita memang memberi insentif, umpama taraf perintis, elaun promosi, ataupun dalam bahasa Inggeris, export promotion allowance, dan juga kredit cuk~i pelaburan. Ketiga-tiga ini, pada himat, saya akan membantu mereka, untuk menanam dan mengeksport orkid ini, keluar negeri.

Puan Mazidah binti Haji Zakaria: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Tidak berapa lama dahulu kita pernah mendengar berita mengenai orkid yang dikeluarkan daripada Malaysia dieksport ke Singapura, dibungkus baik-baik di Singapura dan dijual di pasaran antarabangsa atas nama Singapura, seolah-olah bunga-bunga orkid ini keluaran dari Singapura sendiri. Jadi, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengapa perkara begini berlaku. Adakah ia masih terus berlaku dan jika ia masih terus berlaku, apakah langkah-langkah untuk memastikan orkid kita, kita yang dapat nama.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya, sebagaimana saya katakan tadi, kita mengeksport orkid kita, Ke Singapura, Holand, ke Jerman, mungkin barangkali, apakafa dieksport, merekalah yang membungkus dan mengeksport pula, ke negara lain. Kita tidak boleh menghalang orang kita mengeksport orkid, sebab kita menggalakkan pengeksportan.

Kedua, pada hari ini pihak kita, yakni pihak Kerajaan, boleh dikatakan mengambil berat, tentang

peranan orkid m1, terutama sekali, orkid jenis "Onsedium", iaitu orkid yang dipanggil dalam bahasa Inggeris sekarang ini "dancing lady" yang boleh bergerak. Orkid ini sangat­sangat diperlukan oleh Jepun, bukanlah diperlukan kerana sesuatu perayaan, tetapi diperlukan apakala kematian berlaku di mana bunga orkid ini dihimpun sehingga menjadi satu rangkaian bunga yang menarik.

Sukalah saya nyatakan kepada Yang Berhormat bahawa kita tidak akan berdiam diri dalam soal pengeksportan orkid ini dan kita boleh dikatakan menggalakkan penanam­penanam kita, menanam orkid yang berjenis "mukara" atau "aranda" dan banyak lagi jenis-jenis yang lain, yang boleh memberi keuntungan kepada negara ini secara amnya.

BANJIR DI WILA YAH PERSEKUTUAN

16. Puan Ainon binti Ariffin minta Perdana Menteri menjelaskan apakah langkah-langkah dan rancangan yang telah diambil bagi mengatasi "Banjir di sekitar Wilayah Persekutuan", seperti yang baru berlaku. Adakah Empangan Air di Ulu Klang, Selangor Darul Ehsan, selamat bagi tempoh 5 tahun lagi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Drs Suleiman bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah dan rancangan­rancangan yang telah diambil bagi mengatasi "Banjir di sekitar Wilayah Persekutuan", di antaranya ialah membina · Empangan Batu dan meninggikan Empangan Klang Gate atau Empangan Air di Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan untuk menakung air banjir, melebarkan dan mendalamkan sungai-sungai utama iaitu Sungai Kelang, Sungai Batu dan Sungai Gombak, di samping mendalam dan melebarkan sungai­sungai lain di Kuala Lumpur di bawah Rancangan Perparitan Kuala Lumpur

I

Page 22: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2711 30 NOVEMBER 1988 2712

atau Kuala Lumpur Master Drainage Plan. Kerja-kerja ini masih sedang diteruskan.

Empangan Klang Gate di Ulu Klang selamat digunakan. Ianya kukuh dan stabil. Rekabentuk asal empangan tersebut dan juga satu kajian oleh sebuah firma perunding bebas yang telah dibuat pada tahun 1987 menunjukkan empangan tersebut adalah setabil walaupun paras air di dalam kolam takungan naik ke paras puncak empangan. Langkah-langkah keselamatan yang cukup juga telah sedia ada dan dipraktikkan.

Tuan Yang di-Pertua, kakitangan J abatan Bekalan Air ditempatkan di empangan tersebut sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Jabatan Parit dan Taliair juga mengendalikan Bilik Gerakan Banjir yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang tahun. Pegawai­pegawai Jabatan Parit dan Taliair pada setiap minggu memeriksa peralatan­peralatan di empangan tersebut seperti pintu-pintu air yang menggunakan tenaga elektrik, peralatan mekanikal, peralatan-peralatan membuka dan menutup air dengan tangan apabila berlaku kecemasan yang mengganggu keadaan empangan. Semua peralatan elektrik di empangan tersebut diperiksa dan diuji setiap tiga bulan sekali oleh sebuah firma elektrik. Sebuah perunding bebas ditugaskan menyiasat dan mengkaji keadaan keseluruhan empangan tersebut tiap-tiap tahun sekali.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Parit dan Taliair mengambil dan mencatatkan data­data paras air di empangan setiap hari. Dengan demikian, data-data hujan di kawasan takungan dapat diketahui. Apabila musim hujan atau apabila paras air naik ke dalam zoo takungan banjir melebihi paras 312 kaki, pihak Jabatan Parit dan Taliair akan meneliti keadaan secara terpennc1 dan membuat keputusan kadar membuang

air banjir yang ditakung oleh empangan. Faktor utama yang diambil kira ialah keselamatan empangan dan kadar pembuangan air supaya tidak menyebabkan banjir kilat di ibu kota.

BIL BEKALAN AIR­KELEWATAN PENGEDARAN

17. Tuan Lau Keng Siong minta Menteri Kerjaraya menyatakan mengikut araban yang biasa di Daerah Muar, Johor, pembaca meter hanya membaca dan mengedar bil-bil bekalan air sekali dalam tempoh dua bulan hingga empat bulan. Bil-bil yang disediakan dan diedarkan untuk tempoh selama dua hingga empat bulan ini telah menambahkan beban orang ramai khasnya orang miskin. Apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengubah keadaan ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menjawab bagi pihak Yang Berhormat Menteri yang berkenaan.

Memang benar apa yang telah dikemukakan oleh saudara Ahli Yang Berhormat itu berlaku di daerah Muar, Johor Darul Takzim. Perkara ini berlaku bermula pada bulan Jun. Sebab-sebab berlaku perkara ini ialah kerana pertama, kerosakan mesin pencetak bil-bil air yang mana terpaksa mengambil masa untuk mengubah pulih disebabkan kekurangan alat pengubah pulih dan kebetulannya pada masa yang sama keadaan ini sedang diubahsuai dengan secara bil-bil ini dikomputerisasikan. Oleh yang demikian pembaca­pembaca bil ini terpaksa disusun rilengikut pengubahsuaian.

Saya percaya oleh kerana perkara ini bukanlah satu perkara yang sering berlaku, hanya sekadar sekali sekala berlaku, dan dengan adanya perubahan ini maka bil-bil ini akan

Page 23: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2713 30 NOVEMBER 1988 2714

diedarkan bukan sahaja pada dua bulan sekali sebagaimana biasa tetapi akan dilakukan sebulan sekali.

GURU WANITA-KENAIKAN PANG KAT

18. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan mengapakah bilangan kenaikan pangkat untuk guru-guru perempuan jauh kurang daripada guru-guru lelaki walaupun pendidikan di peringkat sekolah diliputi oleh tiga-perempat daripada jumlah besar oleh guru-guru perempuan.

Menteri Pendidikan (Tuan Anwar bin Ibrahim): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sebenarnya simpati dan menunjukkan rasa hormat terhadap guru-guru wanita yang berkhidmat dengan begitu cemerlang di sekolah­sekola\1. Tidak ada sebab mengapa kita hendak pandang ringan jasa dan khidmat mereka, apatah lagi dalam proses dan pemilihan untuk memastikan mereka naik pangkat. Cuma kadang-kadang dalam penilaian dan temuduga mungkinlah ada penyertaan lelaki yang lebih yang menyebabkan ada perasaan di kalangan guru-guru wanita bahawa mereka telah tidak diberikan pertimbangan yang wajar dan adil. Tetapi saya ingin memberi jaminan kepada Ahli Yang Berhormat, bahawa tidak ada pilih kasih, kalau pilih kasih tentulah terhadap wanita, tiada sebab mengapa kita hendak pilih kasih pro lelaki.

Yang kedua, ada kes-kes tertentu dan saya sendiri faham beberapa keadaan di mana calon-calon wanita yang dinaikkan pangkat diberikan pemangkuan jawatan tetapi menolak oleh kerana mereka dipindahkan dari tempat asal dan dalam kes kenaikan pangkat awal tahun ini dan akhir tahun lalu untuk sekolah-sekolah menengah, kita dapati ramai guru­guru wanita yang memilih untuk

menolak tawaran kerana mereka terpaksa dipindahkan dari daerah tempat tinggal mereka.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut sudahpun cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 19 hingga 40 adalah diberi di bawah ini).

PELAJARAN BAHASA ARAB/ AGAMA ISLAM DI SEKOLAH·

SEKOLAH

19. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menyatakan benarkah mutu pelajaran dalam Bahasa Arab dan Agama Islam di sekolah-sekolah menengah Kerajaan Pusat tidak tinggi mutunya kalau dibandingkan dengan sekolah­sekolah Agama Anjuran Kerajaan Negeri.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah tidak benar anggapan yang menyatakan pelajaran Bahasa Arab dan Agama Islam di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Pusat lebih rendah mutunya dari Sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri. Sebenarnya keputusan Peperiksaan Bahasa Arab dan Agama Islam dalam SRP dan SPM yang lalu telah menunjukkan pencapaian sekolah-sekolah ini dan ianya setanding dengan Sekolah­Sekolah Agama Kerajaan Negeri. Terdapat ramai dari pelajar-pelajar keluaran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerajaan Pusat yang telah diterima belajar di Universiti-Universiti Timur Tengah dan didapati berjaya dalam pengajian mereka. Walau bagaimanapun Kementerian Pendidikan telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab ini di antaranya:

Page 24: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2715 30 NOVEMBER 1988 2716

1. Menghantar seramai 70 orang pelajar mengikuti pengajian Bahasa Arab di Universiti­Universiti Timur Tengah dengan biasiswa Kementerian.

2. Mengadakan buku Teks Bahasa Arab berdasarkan kaedah pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua.

3. Mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru Bahasa Arab mengenai kaedah pengajaran baru di Pusat Bahasa Arab Nilam Puri Kelantan.

4. Menghantar guru-guru Bahasa · Arab mengikuti kursus peringkat sarjana dalam pengajaran Bahasa Arab.

5. Menghantar guru-guru Bahasa Arab mengikuti kursus 4 bulan mengenai pengajaran Bahasa Arab di Pusat Bahasa Arab di Riadh Saudi.

PENDATANG HARAM INDO­NESIA/FILIPINA

20. Tuan Tiong Hiew King minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(i) setakat ini, berapakah jumlah­nya pendatang-pendatang haram dari Indonesia, Filipina dan negara-negara jiran lainnya (a) Di Semenanjung (b) di Sabah dan (c) di Sarawak;

(ii) apakah langkah telah dan akan diambil untuk menyelesaikan perkara ini dalam jangka masa tertentu demi ketenteraman dan kebajikanlkesejahteraan masyarakat kita; dan

(iii) apakah perlu ditubuhkan suatu pasukan khas/komite yang terdiri dari pihak Polis, Tentera, Imigresen dan Ketua-ketua Masyarakat di peringkat negeri

dan daerah, untuk mening­katkan usaha bagi mencegah kemasukan haram mereka, menangkap serta mengatur pemulangan mereka ke negara­negara asal mereka masing­masing.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini pihak Kerajaan tidak mempunyai suatu angka yang menunjukkan jumlah sebenar para pendatang tanpa izin Indonesia, Filipina dan lain pendatang tanpa izin daripada negara jiran, baik yang berada di Semenanjung, Sabah atau Sarawak. Ini adalah kerana kehadiran mereka di negara ini adalah secara tidak teratur dan tidak melalui pintu­pintu masuk yang telah diwartakan oleh Kerajaan.

Antara langkah-langkah yang sentiasa diambil terhadap golongan pendatang tanpa izin ini ialah, menangkap, mendakwa dan mengusir mereka keluar ke negara asal mereka atau ketempat yang terakhir sekali mereka tiba.

Setakat ini Kerajaan berpendapat tidak perlu ditubuhkan satu pasukan khas/committee untuk menyelesaikan masalah kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini. Ini adalah kerana sentiasa terdapat kerjasama yang sangat memuaskan di antara Jabatan Imigresen, Polis, Tentera dan sebagainya dalam tindakan untuk membenteraskan masalah pendatang tanpa izin.

RACUN MAKANAN MENG­AKIBATKAN KEMATIAN

21. Puan Ha.ijah Salbiah binti Mohd. Akim minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah basil siasatan Kementerian Kesihatan berkaitan keracunan Makanan yang mengakibat 14 kanak meninggal dunia, dan

Page 25: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

---- ~--

2717 30 NOVEMBER 1988 2718

apakah tindakan untuk mengatasi masalah ini pada masa akan datang.

Dr Ting Chew Peh: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan wabak keracunan makanan di Perak yang meng­akibatkan 13 orang kanak-kanak dan seorang dewasa meninggal dunia sehingga ini ialah seperti berikut:

(i) Hasil siasatan klinikal dan makmal ke atas kes-kes ini menunjukkan dengan jelas bahawa keracunan makanan ini telah disebabkan oleh sejenis bahan yang amat toksik kepada hati (liver). Dua jenis racun yang boleh memberi kesan ini telah dikenalpasti dalam air kencing, darah dan tisu-tisu beberapa kes. Racun itu ialah aflatoxin dan asid borik. Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan lanjut makmal bagi kesemua kes-kes.

(ii) Kesemua kes-kes yang terlibat telah memakan sejenis mee bernama loh see fun (LSF) yang telah diperolehi dari seorang pengilang di Daerah Kampar, Perak

(iii) Ada kemungkinan bahawa pencemaran LSF berpunca daripada pencemaran satu daripada bahan mentah yang digunakan untuk membuat LSF dan/atau penggunaan bahan yang tidak dibenar.

(iv) Walau bagaimanapun, semua bahan-bahan mentah yang diambil dari pengilang untuk tujuan penyiasatan makmal tidak dapat mengesan apa-apa bahan toksik termasuk aflatoksin dan asid borik. Ini boleh disebabkan oleh bahan­bahan mentah yang tercemar telah habis digunakan.

(v) Lebih banyak lagi sempel tisu telah dihantar ke Singapura, Amerika Syarikat dan England

untuk dianalisa di makmal dan keputusannya masih ditunggu.

(vi) Kesimpulannya, basil siasatan Kementerian Kesihatan sehingga 1m menunjukkan bahawa ada kemungkinan bahan toksik yang menyebabkan keracunan makanan ini ialah aflatoksin sahaja atau aflatoksin bersama asid borik atau bahan­bahan toksik yang mungkin belum dijumpai lagi. Kita masih menunggu keputusan ujian­ujian makmal untuk membuat keputusan muktamad.

Jawapan kepada soalan mengenai apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk mempastikan kejadian keracunan makanan · seperti ini tidak akan berlaku lagi telah pun diberi dalam jawapan kepada soalan yang sama yang telah dikemukakan oleh Y.B. Tuan Chan Choong Tak pada 28-11-1988.

ISA-PERUNTUKAN MENGENAI TAHANAN

22. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Dalam Negeri menyatakan garis sebenar mereka yang layak di ISAkan. Adakah ISA ini untuk rakyat Malaysia sahaja atau meliputi juga mereka yang mendapat taraf pemastautin tetap dan juga mereka yang datang ke negara kita secara pelancong/pelawat dan tugas­tugas kedutaan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Soalan yang dikemukakan oleh Y.B. Senator mengenai ISA adalah agak umum. ISA itu adalah satu Akta yang membuat peruntukan bagi memelihara keselamatan dalam negeri Malaysia, tahanan pencegahan, pencegahan perbuatan subversif, membendung keganasan yang diatur ke atas rakyat dan harta dalam kawasan-kawasan tertentu di Malaysia dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Disebabkan

Page 26: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2719 30 NOVEMBER 1988 2720

oleh publisiti yang begitu meluas baik dalam media massa tempatan mahupun di luar negeri yang mana hanya peruntukan mengenai tahanan pencegahan (Preventive Detention) di bawah ISA sahaja yang sering ditonjolkan, aspek tahanan pencegahan ini sahaja yang biasa orang ramai ketahui dan kaitkan dengan ISA. Sebenarnya, selain daripada kuasa-kuasa tahanan pencegahan, ISA juga meliputi kuasa­kuasa berhubung dengan penerbitan­penerbitan subversif di mana Menteri berkenaan boleh melarang penerbitan-penerbitan, percetakan, jualan, keluaran, edaran atau memiliki satu-satu dokumen yang boleh memudarat kepentingan negara, ketenteraman awam atau menggalakkan perasaan permusuhan di antara berbagai bangsa atau kelas­kelas penduduk di negara ini. Begitu juga terdapat kuasa-kuasa di bawah ISA berhubung dengan pengawalan ke atas pertunjukan-pertunjukan dan pamiran-pamiran. Sehubungan dengan ini Menteri yang berkenaan boleb melarang satu-satu pertunjukan atau pamiran sekiranya ianya mungkin akan m.emudaratkan keselamatan negara. ISA juga memberi kuasa­kuasa mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan kawasan-kawasan keselamatan. Di bawah kuasa-kuasa ini termasuklah kesalahan-kesalahan memiliki senjata api, amunisi dan bahan letupan tanpa kuasa yang sah dalam mana-mana kawasan keselamatan di mana sekiranya seseorang itu tersabit kesalahan oleh mahkamah boleh dijatuhkan hukuman mati.

Berdasarkan penjelasan ringkas mengenai skop ISA di atas mereka yang boleh diambil tindakan di bawah ISA adalah bergantung kepada jenis kesalahan dan peruntukan yang berkenaan di bawah Akta tersebut.

Peruntukan-peruntukan di bawah ISA ini tidaklah dihadkan untuk rakyat Malaysia sahaja tetapi adalah

meliputi semua orang termasuklah mereka yang mendapat taraf pemastautin dan mereka-mereka yang datang ke negara ini sebagai pelancong atau tugas-tugas kedutaan.

METER ELEKTRIK YANG ROSAK

23. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan:

(a) L.L.N. tidak membaiki meter letrik yang telah rosak begitu lama; dan

(b) L.L.N. mengekalkan bil yang sudah dibayar beberapa bulan lalu ke dalam bil baru walaupun telah beberapa kali diberitahu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos (Tuan Ong Tin Kim): Apabila meter dilaporkan mengalami kerosakan Lembaga Letrik Negara (L.L.N) akan mengambil tindakan untuk memeriksa dan menggantikan meter tersebut dalam masa 2 atau 3 hari. Walau bagaimanapun kelewatan mungkin berlaku disebabkan L.L.N menghadapi kekurangan meter di kawasan berkenaan. Di samping itu kelewatan juga berlaku disebabkan pengguna tidak ada di rumah pada masa kakitangan L.L.N datang membuat pemeriksaan.

Tuan Yang Dipertua, bagi menjawab soalan (b) adalah dimaklumkan bahawa L.L.N tidaklah mengekalkan bil-bil beberapa bulan yang lalu yang telah dibayar sebagai tunggakan. Semua akaun pengguna akan dikemaskini dan tunggakan tidak akan tercatat sekiranya pengguna menjelaskan bil dalam jangkamasa yang ditetapkan iaitu 7 hari dari tarikh bil. Bil bulan dahulu yang lewat dibayar akan tercatat sebagai tunggakan di dalam bil bulan semasa. Walau bagaimanapun sekiranya apa yang didakwa oleh Ahli Yang

Page 27: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2721 30 NOVEMBER 1988 2722

Berhormat benar berlaku perkara tersebut boleblab dirujuk kepada Kementerian ini untuk siasatan lanjut. Untuk makluman Abli Yang Berbormat semua pusat-pusat kutipan telab diberi araban supaya jangan mengambil kira tunggakan jika pengguna boleb menunjukkan resit/bil yang telab dibayar.

BEKAS PERAJURIT SEBAGAI PEKERJA KESELAMATAN

24. Tuan Abdul Hamid bin Ibrahim minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memberi araban kepada semua Jabatan-jabatan Kerajaan dan Agensi­agensi Kerajaan supaya mengambil banya bekas-bekas perajurit sabaja sebagai Pegawai dan Pekerja-pekerja Keselamatan di dalam organisasi masing-masing jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

Menteri · di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor): Urusan pengambilan pekerja-pekerja keselamatan dalam Jabatan-jabatan Kerajaan dan Agensi­agensinya dibuat berpandukan kepada syarat-syarat yang telab ditetapkan dalam skim perkbidmatan jawatan berkenaan. Melalui Pekeliling Perkbidmatan Bil. 4/79 Kerajaan telab mengarab pada semua Jabatan­jabatan Kerajaan supaya memberi keutamaan kepada anggota Tentera dan bekas Polis, sekiranya mereka mempunyai kelayakan yang sesuai.

SYARIKAT PERLADANGAN MENUMPUKAN BIDANG

TANAMAN

25. Tuan Haji Hamid Araby bin Haji Mohd. Salleh minta Menteri Pertanian menyatakan mengenai sebab-sebab syarikat-syarikat perladangan lebib menumpukan perhatian mereka di sektor penanaman getab, kelapa sawit, kopi, koko dan bampir tiada

syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam penanaman buab-buahan dan beberapa banyakkab di segi nilai ringgit, Malaysia mengimport buah­buahan untuk mencukupkan bekalan dalam negeri.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmad: Syarikat-syarikat besar lebih menumpukan perhatian mereka dibidang tanaman-tanaman getah, kelapa sawit dan koko adalab kerana tanaman ini sebagai hasil-hasil eksport pertanian utama negara telah lama dibangunkan sebagai tanaman kekal komersial, mempunyai program Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) yang lengkap serta terbukti, sistem atau hubungan pemasaran yang sedia wujud, dan lebih menguntungkan berbanding risiko yang perlu ditanggung. Bagi kopi, penglibatan syarikat-syarikat perladangan tidaklah dapat dipastikan memandangkan pengeluarannya hanyalah untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan dalam negeri. Sebaliknya buah-buahan merupakan tanaman­tanaman yang baru dibangunkan se­bagai tanaman komersial, R & D nya belum setanding dengan tanaman kekal seperti getah dan kelapa sawit, dan buab-buahan secara umumnya mempunyai ciri-ciri tertentu yang kurang menggalakkan, seperti mudah rosak (perishable) dan jangka hanyat yang pendek (short shelf-life) yang boleh menyulitkan pemasaran dan mungkin menjejaskan keuntungan. Disamping itu, sebagai satu bidang baru, persaingan di pasaran antarabangsa adalah lebih hebat berbanding dengan tanaman-tanaman lain.

Namun demikian, semenjak Dasar Pertanian Negara dilaksanakan dan perhatian-perhatian utama diberikan terutamanya kepada aspek-aspek penyelidikan, pemasaran dan penyediaan galakan serta insentif pelaburan yang lebih menarik, di samping kerjasama oleb Kerajaan­Kerajaan Negeri di dalam pemberian

Page 28: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

6

2723 30 NOVEMBER 1988 2724

tanah, terdapat syarikat-syarikat besar yang mula berkecimpung di dalam penanaman buah-buahan secara komersial. Diantara syarikat-syarikat itu termasuk beberapa syarikat besar yang selama ini terlibat dalam kegiatan penanaman tanaman kekal sahaja. Penglibatan mereka menjadi petanda baik kepada usaha-usaha yang telah dijalankan untuk membangunkan sub-sektor buah­buahan ini ke tahap yang lebih tinggi supaya potensi pembangunannya akan dapat dipergunakan sepenuhnya untuk faedah negara.

Jumlah import buah-buahan negara bagi tahun 1986 bernilai $168 juta dalam mana sebanyak $156 juta untuk buah-buahan "temperate" (seperti epal, oren, anggor) dan bakinya sebanyak $12 juta ialah buah-buahan tropikal (seperti mempelam, durian dan mata kucing). Nilai import dalam tahun 1987 ialah $187 juta terdiri dari $170 juta buah-buahan "temperate" dan $17 juta buah-buahan tropikal. Tetapi wajar juga dinyatakan bagi tempoh yang sama, negara juga mengeksport buah-buahan bernilai $61 juta dan $68 juta masing-masing.

PELAJAR KELAS PERALIHAN

26. Dr Ng Chek Kiung minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(i) bilangan pelajar dalam kelas­kelas peralihan di seluruh negara;

(ii) bilangan pelajar dari sekolah­sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang memasuki ke Tingkatan Satu tanpa melalui kelas Peralihan;

(iii) apakah kriteria yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar tersebut untuk memasuki ke Tingkatan Satu tanpa melalui kelas Peralihan; dan

(iv) adakah pihak Kementerian mempunyai sebarang ran­cangan untuk menghapus­kan Kelas Peralihan.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(i) Bilangan pelajar dalam kelas­kelas Peralihan di seluruh negara dalam tahun 1988 adalah seramai 93,827 orang;

(ii) Bilangan pelajar dari SRJK (C) yang memasuki ke Tingkatan Satu tanpa melalui kelas Peralihan adalah seramai 92 orang dan dari SRJK (T) seorang, pada tahun 1988; dan

(iii) Kriteria yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar tersebut adalah seperti berikut:

Matape/ajaran Nama Ujian

Bahasa Cinal Ujian Kefahamar Bahasa Tamil Ujian Penulisan

Ujian Lisan dan Bacaan

Bahasa Malaysia ~J'jian Kefahaman SRJK Ujian Penulisan

Bahasa Inggeris Ujian Kefahaman

Gred Gred

A A A

A

A

Kese­luruhan

A

A

A

(iv) Buat masa ini Kementerian Pendidikan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menghapuskan kelas Peralihan.

MAJLIS KEBUDAY AAN NEGERI­NEGERI

27. Tuan Mohd. W ajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan jumlah wang yang telah disalurkan kepada Majlis Kebudayaan Negeri-negeri dan:

(i) sejauhman!lkah penggunaan peruntukan itu telah berjaya mencapai matlamat penu­buhan Majlis Kebudayaan Negeri; dan

Page 29: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2725 30 NOVEMBER 1988 2726

(ii) sejauh manakah telah diujudkan satu dasar dan perancangan ke atas Majlis Kebudayaan Negeri-Negeri dalam memberikan penonjolan ke atas kebudayaan Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (Tuan Abdul Rahman bin Soliman):

(i) Bantuan Kewangan yang diberikan kepada Majlis Kebudayaan Negeri dibuat selaras dengan peranan Majlis Kebudayaan Negeri membantu kerajaan memajukan kegiatan kebudayaan di peringkat negeri. Untuk itu Kementerian memberi bantuan dalam dua bentuk 1a1tu bantuan kewangan untuk pengurusan dan pentadbiran dan bantuan untuk projek atau aktiviti yang dijalankan berkaitan dengan kebudayaan seperti pesta kesenian, aktiviti budaya Taman Seni, pameran kraftangan dan lain-lain dengan kadar di antara $3,000.00 hingga $7,000.00. Sementara itu bantuan bagi Majlis Kebudayaan Daerah berjumlah $500.00. Secara kasar jumlah wang yang telah disalurkan kepada Majlis Kebudayaan Negeri ialah $200,000.00 setahun. Jumlah bantuan yang diberikan ini tidak termasuk bantuan atau sumbangan kebudayaan oleh kerajaan negeri.

Majlis Kebudayaan Negeri merupakan infrastruktur non­fizikal di peringkat negeri sebagai membantu kerajaan dalam melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Ianya merupakan tenaga penggerak, penggalak, pengembang dan pemimpin kebudayaan di peringkat negeri serta sebagai satu badan

yang bergerak sendiri dalam mengembangkan kebudayaan. Kebanyakan pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri terdiri dari EXCO kebudayaan negeri yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Pentadbir­pentadbir Majlis Kebudayaan Negeri sering menghadiri kursus atau latihan pengurusan kebudayaan anjuran Ke­menterian. Oleh kerana itu peruntukan yang diberikan digunakan dalam mengge­rakkan Majlis Kebudayaan Negeri dalam menjalankan pengurusan dan pentad-biran yang betul serta menjalankan aktiviti-akti-viti selaras dengan peranan Majlis Kebudayaan Negeri itu sendiri.

(ii) Dasar Majlis Kebudayaan Negeri telah digariskan di dalam perlembagaan penu­buhan Majlis Kebudayaan Negeri iaitu:

(a) Menggalak, mengem-bang dan memajukan Kebudayaan, melalui penyelidikan, latihan, pesta, pertandingan, seminar dan kemu-dahan-kemudahan yang cukup bagi kepen­tingan dan kemajuan kebudayaan di seluruh daerah ini;

(b) Merancang dan menye­laraskan projek dan aktiviti-aktiviti Kebu­dayaan dalam negeri;

(c) Menimbangkan perkara­perkara berhubung dengan kesenian dan Kebudayaan yang men-datangkan kebajikan dan faedah kepada ahli dan masyarakat; dan

Page 30: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2727 30 NOVEMBER 1988 2728

(d) Mendapat dan men­tadbirkan wang bagi mencapai tujuan-tujuan Majlis daripada Agensi­agensi Kerajaan, pihak Swasta dan orang-orang perseorangan dengan syarat kebenaran ber­tulis daripada pihak berkuasa yang ber­kenaan telah diperolehi terlebih dahulu.

PUSAT KESIHATAN BESAR­MENAIKAN T ARAF HOSPITAL

28. Tuan Abdul Manap bin Hashim minta Menteri Kesihatan menyatakan tidakkah ada rancangan untuk menaikkan Pusat Kesihatan Besar ke taraf Hospital bagi di setengah­setengah tempat dan kawasan. Ini memandangkan perkembangan dan pertambahan penduduk-penduduk. Lagipun dengan menaikkan ke taraf Hospital ianya akan mengurangkan kesesakan di setengah-setengah Hospital Daerah.

Dr Ting Chew Peh: Kementerian Kesihatan tidak ada rancangan untuk menaikkan Pusat Kesihatan Besar ke taraf hospital. Ini adalah kerana mengikut hirarki organisasi Kementerian Kesihatan sebuah Pusat Kesihatan Besar diujudkan untuk menyampaikan perkhidmatan

. kesihatan kepada penduduk-penduduk di luar bandar berjumlah 15,000-20,000. Bagi hospital-hospital daerah sedia ada yang mengalami kesesakan, Kementerian Kesihatan bercadang untuk mempertingkatkan lagi kemudahan-kemudahan yang sedia ada seperti menambahkan lagi bilangan katil atau mengganti wad­wad yang lama supaya seimbang dengan keperluan penduduk­penduduk.

GAS CFC YANG DIIMPORT­ANCAMAN

29. Tuan Pandikar Amin Haji Mulia minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan sama ada Kementeriannya:

(a) sedar dengan adanya ancaman gas "chlorofluorocarbon" atau gas CFC yang memusnahkan. lapisan ozon yang melindungi bumi yang mengakibatkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan sukar diramal; dan

(b) kalau sedar apakah tindakan Kerajaan mengenai dengan masalah ini?

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Law Bing Ding):

(a) Ya, Kerajaan memang sedar akan ancaman gas CFC yang mengikut saintis boleh memusnahkan lapisan ozone yang melindungi permukaan bumi dari terus terdedah kepada sinaran cahaya ungu matahari (ultra-violet rays), tetapi gas CFC tidak menyukarkan ramalan cuaca atau menyebabkan kajicuaca yang tidak menentu.

(b) Kerajaan senantiasa membuat kajian terhadap jumlah gas CFC yang diimport serta industri-industri yang menggunakan gas CFC itu. Tujuan kajian itu ialah untuk mengawal pengimportan dan penggunaan CFC. Kerajaan sedang mengkaji sama ada untuk menyertai "Vienna Convention for the Protection of the Ozone Layer" dan "Montreal Protocol on Substances that Deplete the Ozone Layer" iaitu satu perjanjian antarabangsa yang digubal untuk mengawal

Page 31: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2729 30 NOVEMBER 1988 2730

pengeluaran dan penggunaan CFC.

PINJAMAN LUAR NEGERI

30. Dato' Dr K. S. Nijhar minta Ment.eri Kewangan menyatakan polisi KeraJaan mengenai pinjaman luar melalui berbagai matawang-matawang utama dan sama ada garispanduan terse~mt adalah untuk pinjaman KeraJaan ataupun merangkumi sektor swasta juga.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin AritTm): Sebagai dasar, Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman luar negeri dalam pelbagai matawang bagi mengurangkan risiko berhubung dengan perubahan kadar pertukaran asing. Komposisi matawang hutang luar negeri Kerajaan pada keseluruhan~ya adalah selaras dengan ~edudukan nzab luar negeri. Dasar ini t1dak merangkumi pinjaman oleh sektor swasta. Namun demikian kawalan terhadap pinjaman lua; negeri oleh pihak swasta adalah dilakukan menerusi Pengawal P~~ukaran Wang Asing. Sebarang pmJa~a~ luar. negeri, iaitu yang meleb1h1 M$1 JUta bagi pemastautin dan $10 juta bagi dengan izin "non­resident controlled companies", perlu mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing terlebih dahulu. Lazimnya, kebenaran tersebut diberi dengan mudah jika pinjaman ber~enaan. bertujuan membiayai proJek-proJek yang menghasilkan pendapatan yang cukup dalam matawang asing untuk membiayai pembayaran balik pinjaman itu.

AHLI KOPERASI PINJAM-MEMINJAM

31. Tuan P. Balaram minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan bahawa kini terdapat ramai pegawai Kerajaan di

negara kita menghadapi masalah kewangan kerana mereka ini menjadi a~l~ dalam !e?ih dari satu koperasi pl~Jam-memmJam yang mempunyai tujuan yang sama. Adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menubuh~an satu badan yang dapat mengawas1 dan menyekat daripada berlakunya keadaan seperti ini.

Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (Tuan Abdul Ghafar bin Bab~): Meng!kut Undang-undang Kecd Koperas1 Pinjam Meminjam, seseorang ahli dikehendaki membuat per.akuan yang beliau tidak menjadi ahh mana-mana koperasi pinjam meminjam yang lain. Jika didapati seseorang ahli itu ada menjadi ahli kepada sebuah koperasi pinjam meminjam yang lain, beliau akan diberhentikan dari menjadi ahli atau dib~ri pilihan untuk memilih menjadi ahh mana-mana satu koperasi. Saya tidak percaya bahawa masalah kewangan pegawai-pegawai Kerajaan adalah semata-mata disebabkan ~e~eka m~n)a~i Ahli Koperasi pmJam-memmJam. Soal disiplin dalam hal kewangan dikalangan individu adalah lebih penting di sini. Kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan satu badan pengawas memandangkan agensi yang sedia ada iaitu Jabatan Pe~bangunan Koperasi telahpun WUJUd untuk mengawasi perjalanan pergerakan koperasi.

KILANG DI KAMPUNG-KAMPUNG

32. Puan Noraini binti Haji Beluah minta Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar menyatakan tidakkah pihak Kementerian bercadang untuk mendirikan kilang (Industri kecil) di setiap kampung yang boleh membangun dan maju dalam . usaha untuk meninggikan ekonom1 penduduk desa dan juga bagi mengelakkan dari berlakunya pengangguran dan penghijrahan belia­belia ke bandar.

Page 32: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2731 30 NOVEMBER 1988 2732

Tuan Abdul Ghafar bin Baba: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar bukan sahaja bercadang malah telah berusaha mengujudkan kilang-kilang di setiap kampung di seluruh negara. Melalui Program Industri Kampung, Kementerian telah memberi bantuan mesin dan bengkel kepada pengusaha­pengusaha yang berminat dan gigih untuk menceburkan diri dalam bidang perusahaan dan pembuatan. Setakat ini sejumlah 1669 permohonan bantuan mesin telah diluluskan oleh Kementerian. Daripada 1669 permohonan tersebut, sejumlah 3,780 buah mesin telah dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha dan 52 buah bengkel telah didirikan. Jumlah perbelanjaan keseluruhan yang dibelanjakan ialah $20.92 juta. Di bawah program ini juga pihak Kementerian menubuhkan koperasi industri kampung bagi tujuan membangunkan industri di kampung­kampung. Setakat ini sejumlah 33 buah KIK telah pun diujudkan. Kementerian, melalui agensi-agensi Kementerian seperti MARA, PKKM ada memberi latihan kepada pengusaha-pengusaha berhubung dengan perusahaan pembuatan. Walau bagaimanapun kejayaan program ini terletak kepada dayausaha dan kecekalan usahawan­usahawan dari kampung tersebut sendiri.

RUKUN TETANGGA

33. Puan Ha.ijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah peranan dan keberkesanan Program Rukun Tetangga dapat meningkatkan lagi perpaduan kaum di negara kita.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Rukun Tetangga adalah merupakan salah satu organisasi masyarakat yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan

Negara dengan tujuan supaya membantu dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan masyarakat setempat yang terdiri dari berbilang kaum dan keturunan.

Pemupukan semangat perpaduan ini dapat dilakukan antara lain, melalui aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga yang telah dikenalpasti. Pada asasnya ia merupakan satu program penggahikan yang meliputi beberapa bidang tertentu seperti Sosial, Rekreasi, Sukan, Pendidikan Pra Sekolah dan tidak Formal, Kebajikan, Kesihatan dan Alam Sekitar dan sebagainya.

Penyertaan ramai penduduk dari berbilang keturunan adalah diberi penekanan. Melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan tersebut, penduduk­penduduk dapat berkenal-kenalan, berinteraksi dan bekerjasama di antara satu sama lain. Peluang berinteraksi di kalangan penduduk setempat ini akan membolehkan masyarakat sejiran bertemu dan menjalin perhubungan yang rapat dan kukuh serta menjalankan dan menyertai kegiatan-kegiatan bagi faedah bersama. Dengan kekerapan aktiviti-aktiviti sedemikian adalah diharapkan semangat kejiranan dan persaudaraan dapat diwujudkan dan dipertingkatkan lagi di kalangan masyarakat setempat.

Aktiviti-aktiviti penggalakan yang dianjurkan adalah ditujukan kepada kumpulan-kumpulan sasar yang tertentu terutama sekali golongan Kanak-kanak, Remaja dan Belia, tetapi termasuk jua or-ang-orang dewasa dari pelbagai kaum. Di antara aktiviti khusus yang diaturkan untuk golongan Remaja dan Belia adalah aktiviti khemah kerja kejiranan dan penubuhan cawangan jiran muda di kawasan dan sektor Rukun Tetangga.

Program dan aktiviti Rukun Tetangga pada umumnya disambut baik oleh rakyat dan sememangnya memberi munafaat dalam menjalin perpaduan di kalangan penduduk

Page 33: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2733 30 NOVEMBER 1988 2734

setempat, oleh yang demikian kerajaan berpendapat program Rukun Tetangga sangat berkesan dalam pemupukan perpaduan.

PENYAKIT BATUK KERING (TB)

34. Dr Ng Khek Kiung minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(i) bilangan kes penyakit Batuk Kering (TB) yang telah dilaporkan di Malaysia; dan

(ii) bolehkah Kementerian berkenaan memberi angka­angka tersebut bagi tahun 1970, 1980 dan 1988.

Dr Ting Chew Peh: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari tahun-1971 sehingga 1987 sebanyak 185,878 kes TB telah dilaporkan di Malaysia. Perangkaan yang lengkap bagi seluruh Malaysia dapat diperolehi mulai tahun 1971 sahaja. Sebanyak 11,684 kes telah dilaporkan pada tahun 1971, 11,218 kes bagi tahun 1980 dan bagi tahun 1988 angka-angka sedang dikumpulkan. Bagi tahun 1987 pula sebanyak 11 ,068 kes telah dilaporkan.

SIMEN YANG DIEKSPORT

35. Tuan Dahlan bin Haji Embun minta Menteri Perdagangan dan Perindustrian menyatakan berapa banyakkah simen Malaysia yang dieksport pada tahun 1986, 1987 dan 1988 hingga Oktober. Ke negara manakah si;lllen itu dieksport dan apakah harga eksport kepada negara tersebut. Apakah harga eksport lebih murah dari harga tempatan dan mengapa.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Tuan M. G. Pandithan): Menurut pe­rangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah

simen yang dieksport un~uk 3 tahun kebelakangan adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Simen Dieksport

19860 0 97,968 mlton 1987 0 0 216,894 m/ton 1988 (Sehingga Ogos) 300,406 m/ton

Kebanyakan simen dari Malaysia dieksport ke Bangladesh, Sri Lanka, Singapura, Maldives, India, Vietnam dan Negara-negara Oceania. Harga simen yang dieksport adalah lebih murah daripada harga simen di pasaran tempatan. Sebagai contoh, dalam tahun 1987, harga maksima simen di pasaran Semenanjung Malaysia ialah $192 mit, sementara simen yang dieksport ialah $85 mit FOB. Harga simen yang dieksport adalah lebih murah daripada harga simen di pasaran tempatan kerana:

(a) Saiz pasaran tempatan untuk simen adahth terhad. Oleh itu pengilang-pengilang simen tempatan tidak dapat mengeluarkan simen pada tahap keupayaan maksimanya. Ini bermakna kedapatan kapasiti yang tidak digunakan (idle capacity) oleh pekilang­pekilang. Untuk menentukan keupayaan pengeluaran yang berlebihan itu dapat digunakan, pengeluar-pengeluar simen Malaysia terpaksa mencari pasaran eksport dan harga simen untuk pasaran eksport pada lazimnya mengambil kira kos berubah (variable cost) dan ditokok "margin" keuntungan yang tertentu. Kos tetap (fixed cost) pengeluaran simen telah dimasukkan ke dalam kos pcngeluaran simen untuk pasaran tempatan dan kos ini tidak bertambah apabila syarikat mengeluarkan simen untuk pasaran eksport.

(b) Cara penetapan harga simen yang dieksport terpaksa dibuat

Page 34: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

a

2735 30 NOVEMBER 1988 2736

sedemikian kerana harga simen di pasaran antarabangsa adalah sangat kompetitif. Simen Malaysia tidak mungkin dapat dieksport kalau harganya diasaskan .seperti harga pasaran tempatan. Selain daripada itu saluran eksport merupakan satu cara terbaik bagi syarikat-

•syarikat menjual stoknya yang berlebihan akibat daripada permintaan dalam negeri yang lembab.

SIARAN RADIO MELALUI FM STEREO

36. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Y .B. Menteri sedar bahawa kebanyakan kaum India tidak berpuas hati, merungut dan merasa hampa atas tindakan RTM tidak meneruskan Rangkaian Merah dalam saluran RTM stereo seperti dijanjikan. Bilakah RTM akan menyiarkan siaran FM stereo untuk Rangkaian Merah secara menyeluruh.

Menteri Penerangan (Dato' Mohamed bin Rahmat): Kementerian ini tidak ada cadangan untuk membuat siaran radio melalui FM Stereo untuk mana-mana Rangkaian kecuali siaran FM stereo yang ada sekarang ini yang akan diperluaskan kepada seluruh negara. RTM memang sedang berusaha untuk memperluaskan perkhidmatan FM mono kepada semua Rangkaian termasuk Rangkaian Merah. Siaran Ujian Rangkaian termasuk Rangkaian Merah. Siaran Ujian Rangkaian Merah dalam FM mono telah diadakan selama 2 bulan. Hasil-hasil daripada ujian tersebut sedang dikaji dan lanjutan FM mono kepada Siaran Rangkaian Merah akan dibuat pada masa yang sesuai.

KWSP-PENGELUARAN CARUMAN

37. Tuan P. Balaram minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa memandangkan kepada masalah kewangan yang dialami oleh golongan berpendapatan rendah bagi membiayai perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka bolehkah Y.B. Menteri memberi pertimbangan supaya mereka ini dapat mengeluarkan faedah-faedah dari caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mereka.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Buat masa kini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang untuk memberi kemudahan tambahan kepada pencarum-pencarumnya selain daripada kemudahan-kemudahan yang sedia ada.

Kerajaan telah mengkaji dengan teliti cadangan untuk mengadakan skim pengeluaran caruman KWSP bagi tujuan menampung perbelanjaan pelajaran lanjutan dan mendapati bahawa skim tersebut tidak wajar dilaksanakan setelah mengambilkira perkara-perkara berikut:

(i) Implikasi yang negatif terhadap aliran wang tunai dan kedudukan kewangan KWSP dalam jangka panjang; dan

(ii) ianya tidak akan memberi faedah kepada segolongan besar pencarum-pencarum KWSP memandangkan 82% daripada mereka mempunyai jumlah caruman yang kurang daripada $10,000.

BUKU PERPUSTAKAAN PINJAMAN BANK DUNIA

38. Tuan V. K. Sellapan minta Menteri Pendidikan menyatakan memandang bahawa Kementerian Pendidikan dengan jayanya telah

Page 35: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2737 30 NOVEMBER 1988 2738

melancarkan pembekalan buku-buku perpustakaan pinjaman Bank Dunia ke Lapan Fasa I, kenapa pembekalan buku-buku bagi Fasa II tidak diberikan kepada semua sekolah SRJK(T) malahan pembekalan ini hanya dibuat untuk sekolah-sekolah besar sahaja, yang mana mempunyai bilangan murid yang ramai. Adakah ini adil kepada murid-murid daripada sekolah-sekolah kecil, khususnya yang mempunyai bilangan murid yang kecil. Apakah kriteria yang telah digunakan untuk pembekalan buku-buku dalam Fasa II ini, dan apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi ketidakseimbangan ini.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pembekalan bahan-bahan buku Fasa II adalah diperuntukan kepada semua SK, SRK (Bantuan Penuh), SRJK(C) Bantuan Peouh dan SRJK(T) Bantuan Penuh Kerajaan serta kepada Sekolah-sekolah Menengah yang mempunyai kelas peralihan.

Program pembekalan yang seterusnya di bawah Fasa III dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 1989. Kementerian Pendidikan sedang membuat satu kajian mengenai bilangan, jenis dan keadaan kualiti buku-buku yang terdapat di setiap perpustakaan sekolah rendah di seluruh negara. Keutamaan pem­bekalan di bawah Fasa III ini akan hanya diberi kepada sekolah-sekolah yang sangat-sangat memerlukannya yang mana nisbah bilangan buku: murid berada di bawah tahap 1:5 yang dihajatkan.

UJIAN LISAN AL-QURAN DALAM SUIL SRP/SPM/STPM

39. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menya­takan tidakkah boleh dimasukkan di dalam Sijil SRP, SPM dan STPM lulus ujian lisan Al-Quran di samping Pengetahuan Agama Islam

Tinggi bagi pelajar-pelajar sekolah agama, kerana terdapat pada Bahasa Malaysia di bawah sijil ditulis "Lulus U jian Lisan Bahasa Malaysia", kenapa pada agama juga tidak ditulis demikian mengenai AI-Quran.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan Yang Berhormat supaya dimasukkan keputusan ujian lisan Al­Quran dalam sijil SRP, SPM dan STPM akan diambil perhatian. Sebenarnya Pelajaran Al-Quran diberikan penekanan atau keutamaan dalam Sukatan Pelajaran Islam KBSM yang meliputi bidang-bidang kemahiran membaca, memahami isi kandungan dan menghafaz ayat-ayat tertentu.

YURAN BULANAN MURID-MURID SEKOLAH

40. Puan Hajjah Habidah binti Jusoh minta Menteri Pendidikan menya­takan adakah Kerajaan bercadang untuk meminta yuran bulanan kepada murid-murid sekolah dalam kadar yang serendah-rendahnya, untuk menampung perbelanjaan Kementerian Pendidikan yang begitu besar ditanggung oleh Kerajaan secara percuma.

Tuan Anwar bin Ibrahim: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat setakat ini Kementerian Pendidikan belum bercadang untuk mengenakan yuran bulanan kepada murid-murid sekolah sepertimana yang dibangkit­kan oleh Yang Berhormat.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH JUV ANA

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula

Page 36: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2739 30 NOVEMBER 1988 2740

perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang". (29hb November 1988).

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang untuk menyambung semula ucapan beliau pada petang semalam. Dipersilakan Yang Berhormat.

3.37 ptg.

Tuan Haji Ibrahim bin Haji Ujang: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana saya diberi peluang untuk menyambung ucapan bagi membahaskan Ordinan Juvana 1947 yang telah saya buat pada petang semalam.

Tuan Yang di-Pertua, saya adalah menyokong di atas pindaan Akta ini kerana manakala dikaji dan diteliti bahawa dengan pindaan ini akan memberi peluang yang banyak kepada peguam, kepada Pendakwa Raya merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap apa-apa dapatan atau perintah Mahkamah Juvana dan pada masa ini hanya kanak-kanak ataupun orang muda berkenaan, ataupun penjaganya boleh membuat rayuan sedemikian. Kalau kita meneliti dengan halus dan kita membuat kajian bahawa Akta ini dibuat pada tahun 1947 iaitu zaman kita belum mencapai kemerdekaan dan keseluruhan Akta m1 adal.ah berkait dengan pemerintahan ketika itu manakala kita telah merdeka dan kita menyedari betapa mustahaknya pindaan-pindaan ini perlu dilakukan oleh kerana dalam negara yang sedang membangun ini berbagai-bagai tarikan berlaku kepada pandangan anak-anak dan juga orang­orang muda.

Sebagaimana rakan-rakan yang terdahulu daripada saya telah pun menyatakan, kanak-kanak atau orang muda 101 terperangkap dengan keadaan kecuaian yang berlaku

kepada kanak-kanak itu sendiri dan kecuaian yang berlaku daripada pihak ibubapa dan penjaga ataupun pihak­pihak guru-guru sekolah ataupun pihak-pihak penjaga-penjaga asrama ataupun pihak-pihak pegawai-pegawai keselamatan yang diberikan togas untuk mengawal keselamatan tempat­tempat perniagaan ataupun kompleks­kompleks perniagaan.

Maka dengan sebab itu anak-anak yang masih mentah ini ataupun yang masih menginginkan milik sesuatu perkara yang paling disukainya tetapi oleh kerana mereka tidak tabu bahawa barang yang disukainya itu satu barang larangan, maka berlakulah perbuatan­perbuatan yang mengheret anak-anak ini ke muka mahkamah. Kalau kita mahu mengenal sifat kanak-kanak ini, maka kita akan dapati bahawa kanak- · kanak ini dilahirkan dengan keadaan bersih. Yang mencorakkan dia menjadi jahat adalah ibubapa dia, penjaga . dia atau pendidik dia. Sehingga kita dapat tabu pepatah menyebutkan, "kalau ibubapanya itu borek maka anaknya rintik". Maknanya kelakuan ibubapa itu akan dicontohi oleh kelakuan anak-anak. Kalau gurunya kencing berdiri, anak muridnya kencing berlari.

Kedua-dua kata pusaka ini saya rasa amat tinggi nilainya kalau kita olah dan kita kaji bahawa kemungkaran ataupun kejahatan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu mungkin berpunca daripada dua pihak yang kita sebutkan tadi. Sebab itu ibu bapa harus tabu, harus faham tentang tanggungjawab, manakala dia diamanahkan oleh Allah s.w.t. untuk mempunyai beberapa orang anak. J adi, tidak hairanlah kit a kalau anak yang tidak mempunyai kawalan yang baik dan mempunyai didikan yang baik atau tidak dapat kasih sayang daripada ibubapa atau penjaga, maka anak-anak ini menjadi liar, menjadi ganas kerana cermin yang ada di hadapan mereka ialah ibubapa mereka dan ibubapa mereka ini tidak

Page 37: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2741 30 NOVEMBER 1988 2742

mementingkan masalab-masalab keselamatan ataupun tarbiab ataupun didikan kepada anak-anak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, dalam permasalaban ini banyak kita dap~ti kadangkala kita bawa anak-anak k1ta berjalan di . tempat yang dia ag.ak ganjil. Maka manakala anak 1tu nampak benda-benda yang pelek­pelek maka dia tidak membuang peluang malab mabu tabu apa itu benda.

Satu cerita yang paling baru yang mengenai kepada saya, pangkat cucu. Saya belum ada cucu lagi. Bawa pergi jalan ke Singapura baru-baru ini. Kemudian kita dapat peluang cuba bendak naik keretapi bawab tanab yang ada di Singapura. Jadi, bila berbenti pada satu stesen ada satu telefon warna merab. Telefon itu digunakan ialab untuk kecemasan kerana untuk memberikan kegunaan kepada perjalanan keretapi.. Di atas telefon baru-baru ini saya pergi ada ditulis di situ "jangan cuba sentub, kalau disentub, dipegang, didenda $5,000". Jadi, cucu saya ini nakal sedangkan ketika itu bapa dia, ibu dia ada dan keluarga yang lain ada tidak perasan yang dia bampir kepada tempat telefon ini terus diangkat. Diangkat sabaja, satu suara keluar, dia kata, "tangkap". Maka dua pegawai dengan secara cepat sampai menangkap budak ini dan terus dibawa ke bilik pegawai yang berkenaan. Kemudian oleb kerana ada keluarga saya di Singapura fabam dalam masalab kanak-kanak ini, dia terus ikut budak ini masuk dalam bilik, kemudian beritabu macam mana budak ini boleb menggunakan alat yang dilarang sebingga boleb didenda $5,000.

Dalam perbincangan itu maka pegawai yang berkenaan menimbang, oleb kerana buclak ini tidak pernab datang, dia tidak tabu bendak baca pun tidak tabu kerana umur 5 tabun, maka kes itu dilepaskan. Jadi, saya

nampak contoh yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai di Singapura ini satu pengajaran yang patut kita ambil. Tidak sepertimana yang pernah berlaku di negara kita. Kadangkala manakala budak-budak ini melakukan perkara seperti yang saya sebutkan tadi, benda ganjil dia ambil dia pegang sedangkan benda itu menjadi kesalaban, bila pegawai keselamatan ambil tindakan dan mengbantar kepada pengurus perniagaan ataupun sebagai terus dijadikan satu kes dan budak ini boleb dibadapkan di Mabkamab J uvana.

Apa salabnya kalau ini digunakan sebagai kepada budibicara kepada anak-anak yang tidak pernab masuk dalam bandar atau anak yang labir di bandar sekalipun kerana kanak-kanak ini tidak fabam dan dia tidak tabu undang-undang, kadangkala ibubapa yang membawa dia pun tidak tabu. Maka cubalab kita longgarkan 101 berikan amaran walaupun macam Singapura tadi, $5,000 denda muktamad tetapi boleb dilepaskan. Sebab itu kadangkala ada orang memuji negara Singapura kerana pertimbangan yang seperti ini dan ada pula orang yang memuji n~gara kit~ dalam pertimbangan yang lam. ~et~p~ yang patut jadi contob yang ba1k .1m barus kita amalkan untuk negara k1ta. Dan begitu juga anak-anak yang seperti ini di bawab umur ini termasuk murid-murid sekolab kadang-kadang murid-murid tinggal di asrama sekolab tetapi murid-murid ini kadangkala bukanlab tidak dapat didikan tetapi oleb kerana dorongan perasaan kadangkala murid ini boleb mencuri keluar waktu malam meninggalkan asrama dengan melalui lobang-lobang yang ada di bawab pagar dengan tidak melalui pintu-pintu pagar yang ditentukan.

Baru-baru ini berlaku satu kes, sebuab sekolah di mana 12 orang murid keluar tengab malam, pergi merayau-rayau. Ini berlaku di bandar Seremban. Kemudian kerana Polis

Page 38: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

II

2743 30 NOVEMBER 1988 2744

memandang keganjilan itu ada pada kumpulan ini maka Polis terus beri amaran kepada budak ini jangan lari dan budak ini diberkas dan Polis cuba memberitahu di mana kamu datang, kamu siapa. Mereka menjawab mereka anak murid sekolah di asrama- saya tidak payah sebut sekolah itu yang tertentu. Kebetulan Polis ini memasukkan budak ini dalam van, han tar. Sampai di sekolah berkenaan dia kata dia bukan daripada sekolah ini. Dia kata dia sekolah lain. Satu penipuan sudah lakukannya kepada Polis. Lepas itu Polis itu hantar ke sekolah yang kedua. Itulah sekolah yang sebenar dan diserahkan kepada Guru Besar pada 1.00 malam dan minta Guru Besar membuat tindakan yang sewajarnya kepada murid ini dengan Polis tidak ada ambil tindakan apa-apa dan hanya menghantarkan mereka itu dan memberitahu Guru Besar untuk Guru Besar dapat uruskan.

Jadi, langkah Polis ini saya rasa patut diberi kepujian kerana mereka tahu kenapa budak ini keluar. Setelah disiasat kenapa keluar dia kata dia terlalu penat, baru lepas menghadapi peperiksaan SRP pada siangnya itu maka malam itu cuba hendak mencari makanan yang agak ganjil kerana sudah lama duduk dalam asrama, terpaksa 2-3 minggu tidak dapat keluar dan minta pada guru tidak dapat keluar. Jadi malam tadi kita orang apabila semua orang sudah tidur, pukul 12.00 kita keluar. Kita keluar pukul 12.00 lalu bawah pagar yang berlubang tadi, kemudian kita hendak pergi cari mee goreng.

Jadi, perbuatan budak ini dari segi lahirnya peraturan sekolah, salah. Tetapi oleh kerana tekanan perasaan yang tidak terkawal tadi, maka dia telah melakukan perkara ini. Jadi, saya rasa ini contoh-contoh yang patut dipertimbangkan. Kalau budak ini kita buatkan satu tindakan atau kita beret dia ke mahkamah maka rasa saya mungkin akan mendatangkan

berbagai-bagai isu yang lain. Jadi inilah tentang anak-anak ini.

Kalau kita teliti, kita tengok dan kita tinjau kenapa anak-anak ini dianugerahkan oleh Allah kepada kita ataupun orang-orang muda ini. Muda­muda ini datang daripada anak juga; dan kita ini pun datang daripada anak juga. Anak yang diberikan oleh Allah ini adalah merupakan amanah. Amanah yang tidak dapat authority secara bersurat. Kalaulah amanah ini diberi secara bersurat, ada setem macam semalam mungkin orang takut. Tetapi ini tidak, amanah yang diberikan oleh Allah 101 hanya merupakan sebagai kepercayaan yang tulen daripada Allah sendiri. Kerana tiap-tiap insan yang akan berkahwin selain daripada menyelamatkan diri daripada tercebur kepada perkara­perkara yang tidak baik, mestilah dia bercita-cita untuk melahirkan beberapa zuriat yang bakal mengisi kekosongan alam ini pada masa yang akan datang. Maka manakala anak ini lahir tentulah akan dapat dibuat pembentukan membentuk dia, memelihara, ditarbiahkan dia, dididikan dia dengan baik sesuai sebagai satu amanah. Maka tidak mungkin berlaku keliaran kepada ibu bapa.

Di dalam negara yang membangun sekarang banyak orang-orang muda bercita-cita mahu kahwin tetapi tidak bercita-cita mahu beranak. Bercita­cita mahu kahwin tetapi tidak ber­cita-cita membanyakkan zuriat kerana keadaan yang mereka terima itu tidak mengizinkan mereka berazam dan bercita-cita untuk melahirkan anak.

Saya rasa apa agama pun, sama. Kerana dia ini adalah manusia. Semua agama pun diperintah supaya bertanggungjawab kepada anak. Tetapi oleh kerana himpitan keadaan, suasana maka sampai masa ada manusia-manusia yang mahu kahwin tetapi tidak bertanggungjawab atas

Page 39: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2745 30 NOVEMBER 1988 2746

amanah Allah itu. Oleh kerana keadaan yang sedemikian, maka banyaklah lahir anak-anak di luar nikah. Oleh kerana mereka tidak ada didikan agama, oleh kerena mereka tidak tabu bahawa anak merupakan amanah, maka mereka cuba melabur secara haram. Tidak tahu pelaburan itu akan mendatangkan hasil. Maka ini banyak berlaku dalam masyarakat, bukan sahaja masyarakat orang Melayu yang beragama Islam tetapi masyarakat yang lain, serupa.

Maka sebab itulah permasalahan yang kita sedang hadapi ini ialah tentang memahamkan anak yang di­lahirkan kerana anak yang dilahirkan itu kalau mengikut keterangan Allah di dalam AI-Quran adalah merupakan kekayaan dan perhiasan bagi keluarga. Jadi, kalau kekayaan dan perhiasan bagi keluarga ini tidak dimengerti dan tidak faham maka sebab itu timbul kekeliruan. Maka anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan selepas kita merdeka, lebih ghairah berlaku perkara-perkara kemungkaran, perzinaan yang boleh melahirkan anak-anak luar nikah.

Kita mesti kaji juga kenapa anak­anak di kurun ini amat susah untuk diberikan pendidikan dan pendekatan akhlak-akhlak yang baik. Ada kemungkinan, wujudnya kelahiran anak-anak ini, kita tidak mengikut peraturan-peraturan yang digariskan oleh Al-Quran. Sebab itu lahir anak­anak yang membimbangkan pemimpin-pemimpin dan membim­bangkan rakyat dalam negara kita ini. Kerana anak yang tidak mendapat didikan ataupun anak yang dilahirkan secara tidak mengikut hukum-hakam ini kebiasaannya anak ini adalah lebih nakal daripada anak yang dilahirkan dengan mengikut peraturan-peraturan dan yang permohonan yang diminta oleh ibubapa. Sebab Allah taala menganjurkan kepada kita sebagai umat Islam, dalam Al-Quran diberi panduan, tiap-tiap orang Muslim

lelaki diminta berdoa, mohon izin, rabbanahablana minaswajina wazurriyatina qurtaayun wajalnalil mutaqima imamaa. Inilah senjata besar bagi seorang bapa yang diamanahkan mendidik isteri dan mendidik para anak iaitu mendoakan supaya isteri-isteri dan anak-anak ini merupakan satu kebun yang menghijau mata memandang. Kita minta dari Allah.

Bila kita pandang anak itu satu hiburan, satu kesuburan dalam jiwa kita timbul, bila kita pandang isteri kita datang keseburan dalam hati, dalam kegairahan ingin mendampingi keluarga. Kalau ini berlaku, semua berkeinginan seperti mana yang dianjurkan oleh Allah ini, maka kita tidak akan jumpa anak-anak kita liar di Iuar rumah, kita tidak akan jumpa anak-anak kita bebas menghabiskan masa dia di luar rumah lebih panjang daripada berada di rumah kerana ibu mengikut istilah yang merupakan madrasah-madrasah atau merupakan sekolah-sekolah. Ibu adalah merupakan sekolah bagi anak-anak yang bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik.

~anakala anak diasuh dengan baik oleh para isteri, maka isteri-isteri menanti kepulangan ayahnya manakala ayahnya pulang dengan penuh perasaan ingin mendampingi anak-anak dan isteri, kerana itu sahaja alat penghibur mereka melepaskan rasa penat Ielah yang telah dihabiskan oleh mereka di luar rumah untuk mencari nafkah, maka balik ke rumah anak-anak dan isteri mt dapat memberikan kepuasan di jiwa mereka. Maka anak-anak inilah yang lahir daripada didikan yang baik.

Dengan sebab itu manakala berlaku ini semua, kita dapat faham, kita dapat mengerti bahawa ibu bapa adalah pesalah pertama di dalam jenayah yang dilakukan oleh anak, adalah pesalah pertama kerana mereka tidak mengambil berat atau tidak mementingkan didikan ini

Page 40: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

tl

2747 30 NOVEMBER 1988 2748

kepada anak-anak. Mohon IZIO,

Saidina Umar radiallahuanhu sendiri telah memberi tabu sedangkan Saidina Umar ini Khawiyunsyadid, manusia yang paling gagah, garang dan tidak boleh dibuat main kepada Saidina Umar. Tetapi Saidina Umar pernah memberitahu, sayogialah, katanya bagi seorang lelaki manakala dia berada bersama-sama ahlinya dia ada sifat kebudakan. Sifat kebudakan maknanya ada sifat kemanjaan kepada keluarga, kepada anak-anak dan isteri supaya mudah dibawa berunding. Manakala bapa sebagai seorang lelaki dapat menundukkan diri, bukan maknanya, dengan IZIO, "queen control", bukan, tetapi dia dapat mendampingi isterinya, dapat mendampingi anaknya penuh mesra dan boleh meletakkan kemanjaan kepada bapa. Kerana kata Saidina Umar, dengan cara itu manusia dapat menyelesai perkara-perkara yang susah. Tetapi ingat, kata Saidina Umar, lelaki ini di situ dia tunduk tetapi dalam masyarakat berlagak sebagai seorang lelaki, di luar rumah kita berlagak sebagai lelaki tetapi di dalam rumah kita berlagak sebagai kanak-kanak supaya senang dimesrai oleh isteri dan dimesrai oleh anak­anak.

Saya rasa ini falsafah yang tidak sampai kepada kita sebab bapa selalu mengheret permasalahan di luar dibawa masuk ke dalam rumah sehingga menjadikan anak-anak itu serba salah untuk mendampingi bapa kerana bapa mempunyai 1 ,000 permasalahan di luar yang dibawa balik ke dalam rumah, maka ini pun membawa kepada anak-anak itu menjadi liar kerana mereka tidak dapat kasih sayang daripada bapa sedangkan ibu boleh memberi kasih sayang tetapi bapa tidak boleh beri kasih sayang. Inipun akan menimbulkan jenayah.

Berbalik kepada perkara yang lain, yang menjadikan anak-anak ini ganas dengan perubahan sikap yang

dilakukan oleh bapa, umpamanya sebagaimana perkhabaran yang saya dapat ketahui, dengan perkembangan dakwah yang tidak sihat inipun satu permasalahan yang anak-anak ini jadi jahanam kerana sudah sampai kepada masyarakat kita, dakwah yang tidak mempunyai pegangan yang begitu teguh dan yang terbaik. Walaupun pernah kita dengar ada berita yang mengatakan pendakwah-pendakwah ini tidak mahukan nikmat-nikmat Tuhan yang diberikan kemudahan­kemudahan atas nikmat kekayaan dalam negara kita, kemudian melimpah nikmat ini dapat dirasai oleh sesuatu keluarga. Tetapi nikmat ini tidak difahami oleh pendakwah­pendakwah ini dan terus ditolak.

Pada masa bapanya bel urn masuk ke dalam lingkungan dakwah ini, mereka telahpun mendapat kemudahan asas dalam rumah tangga mereka. Saya dapat tabu ada bapa yang berlagak macam singa garang kerana sudah dapat didikan dakwah dengan menyingkirkan kemudahan-kemudahan yang ada di rumah. Memerintahkan anak-anak mereka meniarap menulis di atas lantai sedangkan sebelumnya dahulu ada kerusi, meja, televisyen dan radio. Semuanya ini adalah dianggap syaitan dan dibuang kerana suntuk aka! fikirannya. Mereka Iupa tentang firman Allah yang ertinya: "'Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut­nyebutnya." Nikmat yang kita dapati itu belum tentu kita yang punya. Kita hanya alat penggerak, yang punya mungkin isteri, mungkin anak-anak tetapi kita selalu berlagak, nikmat Allah taala ini kita fikirkan atas kepenatan atau titik-peluh kita, maka kita bertindak menghapuskan nikmat­nikmat yang diberi oleh Allah, sedangkan Allah melengkapkan semua sekali kemudahan-kemudahan ini, maka haruslah diberi kemudahan­kemudahan ini kepada anak-anak kita asalkan kita kawal dengan baik.

Page 41: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2749 30 NOVEMBER 1988 2750

Saya tidak mahu mengatakan bahawa televisyen ini kalau hendak kira memang ada tak baiknya, tetapi sebenarnya kebaikannya adalah lebih banyak. Masalah televisyen inipun satu permasalahan juga. Ada orang kata televisyen ini tidak baik. Pada saya televisyen ini paling baik kerana dengan televisyen kita dapat menjelajah ke seluruh dunia, kita dapat menengok dan melihat negara­negara luar, kita dapat mengikuti berita-berita perkembangan yang berlaku di negara-negara luar. Tetapi filem-filem yang dipersembahkan yang menjolok mata dan mengganggu keadaan, ibu bapa haruslah bertindak dengan tidak ada tolak ansur. Televisyen ini ditutup, bukan dibuang. Ditutup sahaja, tak usah ikut program yang ditentukan itu, dengan syarat ibubapa sendiri pun mesti membatalkan untuk melihat filem­filem itu, maka televisyen ini akan dapat tempat sebagai satu alat mencungkil ilmu pengetahuan yang tidak payah kita bersusah payah.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa perubahan-perubahan ini harus diperhati. Dengan sebab itu hujah­hujah yang saya tonjolkan ini adalah untuk menguatkan kenapa pendakwaraya boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi di dalam penghakiman yang berlaku di Mahkamah Juvana ini. Kalau dapat dihujah cara yang begini saya rasa maka anak-anak yang melakukan kesalahan yang patut ditimbang dan patut dirayu semula keputusan­keputusannya maka inilah yang boleh menyelamatkan. Bukanlah semua kesalahan-kesalahan kanak-kanak ini harus mendapat pengampunan atau mendapat rayuan tetapi mungkin ada beberapa kesalahan-kesalahan yang lain.

Berbaik kepada perkara yang lain, Tuan Yang di-Pertua, asrama-asrama

ataupun sekolah-sekolah kanak-kanak yang dijatuhkan hukuman ini haruslah dikawal betul-betul. Dan asrama­asrama akhlak yang disediakan itu yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat janganlah ditinggalkan begitu sahaja dengan pegawai-pegawai yang tidak mempunyai kerohanian yang baik. Saya nyatakan demikian kerana saya dapat tabu ada asrama-asrama akhlak bagi perempuan-perempuan muda pernah men "challange" pegawai­pegawai yang ada di situ. Challange itu bukan challange yang merugikan, challange yang menguntungkan. Pernah dicabar, "kalau awak seorang laki-laki ........ ", hujung itu saya tak payah sebut. Jadi itu menunjukkan bahawa kawalan itu tidak baik.

Tujuan kita meletakkan wanita­wanita muda yang terlibat di dalam jenayah ini di asrama-asrama asuhan supaya mereka bertukar akhlak, bertukar menerima perubahan daripada keadaan yang mereka Ialai atau ganas, kepada perubahan yang baik supaya dia merupakan perempuan-perempuan yang bakal menjadi ibu-ibu yang baik kerana kita mesti memikirkan rakyat akan datang bahawa ibu-ibu atau bapa-bapa yang akan datang ini akan melahirkan para pemimpin, para ulama, para cendekiawan, rakyat yang baik, tetapi kalaulah mereka itu pada kurun ini sudah tidak diberikan perlindungan dengan baik dan tidak diberikan jagaan dengan baik, maka kita khuatir keturunan-keturunan kita pada masa akan datang akan jadi sama taraf dengan binatang. Sebab itu satu kawan dalam Dewan ini semalam mengatakan keadaan masyarakat kita sudah kotor, sudah tidak baik, maka saya tak berapa setujulah. Sebenarnya kita masih lagi baik, tetapi kita harus mengawal kebaikan itu kerana anak­anak muda kita ini kalau diasuh dengan baik, dididik dengan baik, insya Allah, tuhan akan memberi

Page 42: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

II

2751 30 NOVEMBER 1988 2752

pertolongan umuk menyelamatkan mereka.

Selain daripada itu, saya rasa dalam Soal Jawab hari kelmarin saya telah meinbuat soalan kepada Kementerian Pendidikan berhubung dengan pra sekolah supaya pra sekolah yang tumbuh di negara kita ini dapat terkawal dan dapat dijadikan satu tanggungjawab yang hakiki kepada Kementerian Pendidikan kerana kurikulum yang ada dalam pra sekolah ini ada antaranya dibuat oleh badan­badan tertentu, tidak mematuhi arahan-arahan Kementerian kerana mereka kata itu sekolah mereka, mereka yang buat. Sebab ada di antara sekolah-sekolah pra sekolah ini telah membuat penyelewengan yang besar dengan memberikan didikan kepada anak-anak, contoh gambar-gambar pemimpin kita kadang-kadang diconteng oleh anak-anak ini kerana mereka kerjanya menconteng, latihan pra sekolah ini menconteng, gambar pemimpin diconteng sudah berupa bukan gambar yang asal dan guru itu angkat, gambar siapa ini, anak-anak? Gambar bantu, sedangkan gambar itu ialah gambar pemimpin negara.

Adakah ini tidak akan menjadikan pada anak-anak ini membenci kepada pemimpin-pemimpin dan akan cuba melaung-laungkan memperhina pemimpin, kemudian anak-anak ini kita anggap satu anak yang tidak mempunyai adab, tidak mempunyai didikan yang baik sedangkan dia diasuh oleh pra sekolah yang tidak kita kontrol atau tidak kita jagai dengan baik. Ini amat merbahaya untuk 10 atau 20 tahun akan datang. Saya rasa kalau Kementerian Pendidikan kata ini ringan, saya tidak mahu terima sebab asas pendidikan ini datang daripada kanak-kanak yang masih cantik, yang masih suci, yang masih baik. Kalaulah dia telah dididik dengan keadaan demikian, maka dia akan peroleh keganasan.

Saya juga pernah dapat tabu ada antaranya orang cuba pujuk anak­anak untuk memukul bapanya kerana bapa ini tidak bertanggungjawab, sebagaimana yang saya sarankan tadi. Maka anak yang berbadan tegap telah dicabar oleh ibu dia, dua orang ini minta korbankan bapanya. Maka berlakulah pergelutan di antara bapa dengan anak di persisiran jalan yang ditengok oleh masyarakat ramai. Ini satu lagi keruntuhan yang boleh mengheret anak ini kepada tindakan­tindakan jenayah ataupun tindakan­tindakan mahkamah, manakala anak ini sudah bertaraf anak yang durhaka kepada ibu dan bapa. Jadi itulah sebabnya saya kata benda-benda ini kita tidak boleh pandang ringan.

Kita harus memandang kepada penglibatan kita bagi negara yang akan datang. Apa yang akan berlaku kepada negara kita kalau pendidikan­pendidikan peringkat kanak-kanak ini kita percuaikan dan kita terlalu ghairah melakukan kezaliman kepada kanak-kanak, sedangkan Allah s.w.t. sendiri mengampunkan anak-anak ini; diberikan pengampunan sampai mereka ke peringkat mukallaf-15 tahun, anak-anak ini di jamin oleh Allah s.w.t. dosa mereka tidak berlaku. Walaupun mereka membuat kesalahan sehingga diaku kanak­kanak di bawah umur 15 tahun ini adalah ahli syurga, mengikut akidah kita. Sebab itu siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak maka orang itu tidak menyayangi ahli syurga. Tetapi berlaku dalam tindakan yang kita buat, kita berlaku ganas kepada kanak-kanak. Maka saya cuba mencadangkan supaya penasihat-penasihat ataupun Jawatan-kuasa-jawatankuasa ataupun Lembaga-lembaga yang dilantik untuk duduk dalam Mahkamah Juvana ini mestilah terdiri daripada orang yang mempunyai akhlak yang baik dan mempunyai pendidikan moral yang baik supaya dapat menasihatkan para­para hakim yang bertindak menjatuh

Page 43: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2753 30 NOVEMBER 1988 2754

hukum kepada kanak-kanak ini kepada tindakan yang sewajarnya. Kalau tidak, keadaan ini akan berlarutan. Jadi, hasilnya tidak seberapa.

Berbalik saya kepada sekolah berasrama tadi, saya ingin menegaskan supaya Kementerian Kebajikan Masyarakat memberikan pandangan dan penelitian yang begitu rapat kepada sekolah-sekolah berasrama ini supaya mereka benar­benar dididik, mendapat asuhan dan menukar sikap mereka daripada pernah duduk di hotel, pernah merayau di luar-luar, pernah mencabar orang supaya mereka patuh dan tabu bahawa perbuatan mereka itu adalah satu kesalahan dan satu penghinaan kepada diri mereka sendiri. Kalau tidak, kita akan mendapat kerugian yang besar dan cubalah agihkan kepada orang-orang muda ini latihan-latihan yang boleh menolong mereka hidup tatkala mereka dibebaskan daripada sekolah ataupun asrama didikan ini.

Jadi, saya merayu, Tuan Yang di­Pertua, supaya kita jangan dipersalah­kan pada masa yang akan datang, maka perhatian ini harus diberikan. Itulah yang saya nampak dalam Akta ini supaya kita dapat berfikir dan meneliti macam mana kita hendak menyelamatkan anak-anak kita daripada diheret ke Mahkamah Juvana ini. Mudah-mudahan dengan penelitian kita yang sungguh-sungguh, dengan perubahan Akta ini akan dapat membentuk kefahaman anak­anak kita yang lebih baik dan dapat menyelamatkan budak-budak yang buat salah bukan kerana kehendak dia, tetapi kerana dia tidak faham dan ingin tabu dan ingin mencuba. Maka ini harus diperhatikan supaya jangan dijatuhkan hukuman malahan diberikan perlindungan buat kali pertamanya.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itu kita harus sama-sama memberikan

pandangan dan memberikan didikan ini kepada kanak-kanak sebagaimana yang saya katakan tadi dan satu lap,i saranan saya, sepatutnya kanak-kanak yang di bawah umur ini, ibu bapanya pun patut menerima bahagian juga kerana mereka tidak memberikan perlindungan dan pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka sehingga anak-anak mereka j~tuh ke dalam jenayah, maka ibu bapanya pun patut dapat ganjaran yang sepatutnya, sesuai dengan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak. Baru ibu bapanya takut, kalau tidak rasa saya, ibu bapa ini lepas tangan. Dia buat tidak tabu kerana dia beranak kemudian anak ditinggalkan dengan tidak ada mempunyai perlindungan apa-apa.

Tetapi, Insya Allah, dengan pelaksanaan Akta Keluarga yang telah kita luluskan ini mungkin akan lebih banyak menyelamatkan anak-anak kita. Jadi, itu sahajalah yang dapat saya sampaikan untuk sama-sama mengambil bahagian, malah membahaskan Akta Mahkamah Juvana ini dan kita berdoa mudah­mudahan hasrat untuk melahirkan anak yang baik ini akan dapat kita lakukan. Kalau tidak kita, anak kita, kalau tidak cucu kita, mudah­mudahan menepati dengan doa yang saya kata tadi: "Rabbana hablana ...... imama." Kita hendakkan anak-anak kita ini akan menjadi pemimpin yang akan datang dan menjadi rakyat yang baik dalam negara kita, Insya Allah. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Puan Law Jack Yoon.

4.27 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang ·di-Pertua, saya berasa bangga kerana dibenarkan mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan dengan Rang Undang-undang, Mahkamah

0

Page 44: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2755 30 NOVEMBER 1988 2756

Juvana (Pindaan) 1947, Ramai rakan­rakan saya di Dewan ini telah berbahas pindaan Akta ini, tetapi saya ingin juga memberi sedikit pendapat saya untuk mungkin telah dibincangkan.

Tuan Yang di-Pertua, satu masalah sosial yang sangat menyusahkan kita apabila setiap hari kita membaca akhbar-akhbar tempatan ialah mengenai kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang negara di kalangan pemuda-pemudi kita. Pada masa dewasa ini terdapat pertambahan perbuatan jenayah seperti pencuri, perompak, pembunuh, perogol, najis dadah dan lain-lain yang salah di sisi undang­undang. Masalah juvana menimbulkan soal apakah punca­puncanya. Punca-puncanya adalah banyak dan biasanya bukan hanya satu punca yang menyebabkan kemerosotan akhlak orang-orang muda, tetapi dua atau lebih punca bergabung jalin untuk mengakibatkan perbuatan jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri merasa kegagalan ibu bapa menanamkan nilai-nilai seperti kasih sayang kepada orang lain, kejujuran, menjaga kehormatan nama keluarga atau belas kasihan di dalam jiwa anak­anak mereka adalah faktor utama. Tanggungjawab itu tidak boleh dialih kepada orang lain. Kita kata pemuda itu perogol, dia jahat. Adakah kita tanya bagaimana dia menjadi perogol. Tentu perogol itu tidak dilahirkan begitu, dia menjadi perogol kerana ibu bapanya gagal mendidik dan mengasuh anak-anak mereka menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mereka patut mendisiplinkan anak­anak mereka dengan ketegasan, kasih sayang, berterus-terang, keadilan dan bukan terlalu memanja-manjakan mereka atau jarang-jarang mendampingi mereka. Pepatah kata, "Tatkala lagi rebung tiada dipatah, ketika sudah menjadi aur, apa gunanya", mesti sentiasa diingatkan.

Tuan Yang di-Pertua, di sekolah pula, disiplin hendaklah dijalankan secara formal dan tidak formal bagi menanamkan nilai-nilai kemasyara­katan. Jika seorang murid dididik dengan sempurna, dia mempunyai disiplin untuk bertindak dengan rasional pada setiap masa. Masalah disiplin di sekolah adalah akar kepada perbuatan jahat memberi disiplin kepada murid-murid mereka.

Pengajaran pendidikan moral dan agama boleh menolong mencorakkan murid-murid supaya mereka bersikap bersih mental, bertoleransi, kasih sayang, berjiran baik, tolong­menolong dan lain-lain nilai yang baik. Bukan setakat hanya mengajar nilai­nilai tersebut, tetapi guru-guru mesti mengamalkan cogankata "Teladan Melalui Kepimpinan", kerana murid­murid lebih cepat mencontohi apa yang dilihatnya. Nilai-nilai yang baik kalau dipraktikkan oleh guru-guru dan murid-murid akan lebih berkesan dan kukuh.

Kita perlu mengkaji semula sistem pendidikan kita. Sebuah sistem yang berorientasi kepada peperiksaan akan memberi tekanan jiwa kepada murid­murid. Mereka yang tidak berjaya dalam peperiksaannya akan tercicir dari sekolah. Kemudian mereka bercampur dengan kumpulan samseng atau penagih dadah. Golongan­golongan itu menerima mereka sedangkan masyarakat biasa menolak mereka. Mereka melakukan perbuatan juvana membalas dendam kepada ibu bapa untuk melepaskan perasaan kecewa. Oleh yang demikian, sistem pendidikan kita mesti memupuk kemahuan dan keinginan menambahkan pengetahuan bukan semata-matanya untuk mendapat sijil yang cemerlang.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, televisyen juga memainkan peranan yang penting

Page 45: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2757 30 NOVEMBER 1988 2758

bagi mengawal dan mengurangkan perbuatan jenyah juvana. Cerita atau filem yang ditayangkan mesti mempunyai pengajaran moral. Kebanyakan filem dari TV kita adalah jenis yang baik tetapi setengah filemnya menunjukkan adegan­adegan perbuatan yang dahsyat dan ngeri oleh kumpulan penjahat. Kadang-kadang kumpulan itu diagung-agungkan sebelum peng­habisan filem itu yang menunjukkan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka. Saya syorkan filem-filem yang menunjukkan banyak perbuatan balas dendam sebagai cara hidup kumpulan orang-orang yang tertentu dilarangkan. Begitu juga filem-filem yang merosakkan akhlak gadis-gadis muda mesti diharamkan.

Kekurangan tempat-tempat rekreasi untuk pemuda-pemudi kita boleh mengakibatkan mereka terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak diingini. Mereka merasa bosan terutamanya pada masa cuti panjang. Mereka mencuba kegiatan yang lebih hebat­mungkin mencuba najis dadah untuk menghilangkan bosannya. Selain daripada memperbanyakkan tempat­tempat riadah yang murah, Kerajaan harus mengadakan banyak kegiatan perkhemahan, mendaki gunung, pertolongan cemas, bergotong-royong dan kelas-kelas agama untuk mencorakkan generasi muda menjadi warganegara yang berguna.

Tuan Yang di-Pertua, setelah memberi pendapat-pendapat saya mengenai sedikit punca-punca penambahan jenayah juvana, saya ingin memberi cadangan-cadangan saya mengenai langkah-langkah yang boleh memulihkan pemuda-pemudi yang telah sesat jalan.

Tuan Yang di-Pertua, pertama, setelah seorang juvana dibuktikan salah, pihak yang bertanggungjawab

seperti pihak sekolah-sekot.ah kanak kanak jahat, pegawai peg&wai dengan izin, probationary officer;,, pakar sakit jiwa dikehendaki memben banyak bimbingan dan kaunseling kepada juvana itu. Kekerasan yang selalu dianggap sangat sesuai untuk memulihkan juvana tidak boleh digunakan kerana tindak-balas itu mungkin perbuatan jahat yang lebih teruk. Program-program khas disusun supaya juvana itu dilatih sejenis kemahiran yang boleh digunakan sebagai kariernya.

Tuan Yang di-Pertua, disyorkan ibu bapa juvana itupun menerima counselling untuk membantu anaknya kembali ke masyarakat sebagai seorang yang bertanggungjawab, setelah juvana itu kembali ke masyarakat biasa pegawai percubaan sekali sekala melawat keluarga juvana itu untuk menolong menyelesaikan masalah juvana itu jika ada.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya meminta setiap ibu bapa menjaga anak-anak mereka dalam semua aspek mahupun dalam fizikal atau dalam rohani. Maka dengan mt saya memberi sokongan sekali lagi atas pindaan Akta Mahkamah Juvana 1947.

4.42 ptg.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, saya ucapkan terima kasih oleh kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Mahkamah Juvana 1947.

Sebagaimana yang kita ketahui masalah jenayah di kalangan remaja semakin serius, pelbagai jenayah sama ada ringan ataupun berat seperti merosakkan kemudahan awan, mencuri, memeras ugut, merogol, merompak, · membunuh dan sebagainya telah dilakukan oleh mereka. Berita-berita mengenai

Page 46: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2759 30 NOVEMBER 1988 2760

kegiatan tersebut boleh dibaca · di akhbar-akhbar atau didengar setiap hari.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai faktor menyebabkan setengah­setengah remaja melakukan jenyah telah disebutkan oleh ramai rakan­rakan saya, tetapi pada pendapat saya ibu bapalah yang harus bertanggungjawab dalam soal ini.

Sepertimana yang kita sedia maklum setengah-setengah ibu bapa memang lalai atau gagal menunaikan tanggungjawab dalam mengawasi atau menjaga anak-anak mereka disebabkan sebuk dengan tugas masing-masing. Setengah-setengah ibu bapa bekerja siang-malam untuk mencari rezeki ataupun untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan. Akibatnya anak-anak mereka diberi banyak kebebasan bergerak dan bergaul dengan kawan-kawan atau kumpulan jahat di luar. Lama kelamaan kelakuan setengah­setengahnya terpengaruh dan menjadi riak sehingga berani melakukan apa sahaja atas paksaan orang lain atau secara beremosi.

Tuan Yang di-Pertua, lain-lain faktor ialah setengah-setengah remaja terpengaruh oleh filem-filem atau video yang berunsur keganasan atau lucah, demikian juga dengan buku­buku atau majalah yang berunsur lucah dan keganasan.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita sedia maklum kebanyakan kes jenayah juvana sering ditangguhkan oleh Majistret sehingga bertimbun-timbun yang belum diadili atau diselesaikan. Ini mungkin di­sebabkan setengah-setengah pegawai Kementerian Kebajikan berkenaan gagal atau lambat menyediakan dan mengemukakan laporan untuk tindakan Majistret. Kadaan mt bertambah buruk lagi apabila masa buku mahkamah atau Majistret selalu lewat sehingga pukul 10.00 pagi. Oleh

itu saya berharap penyelarasan tugas mesti diwujudkan di antara pihak Majistret, pihak Kementerian Kebajikan dan pihak Polis. Saya juga berharap Kementerian berkenaan mengambil perhatian atau bertindak sewajarnya berkenaan perkara ini.

Tuan Yang dt-Pertua, penggubalan Rang Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan) memang kena pada tempat dan masanya, mudah­mudahan berikutan penggubalan ini ia akan menyelesaikan pengendalian dan penyelesaian kes-kes jenyah juvana yang bertimbun-timbun.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya menyokong dengan sepenuhnya Rang Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan) ini.

4.48 ptg.

Tuan Haji Mohd. Noor bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih oleh kerana dibenarkan saya berucap bersama-sama dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat rakan­rakan saya yang telahpun membahas Rang Undang-undang Mahkamah Juvana (Pindaan).

Saya bangun pada petang ini ialah sebelum daripada saya memberi sedikit penerangan saya berterima kasih kepada pihak Kerajaan melalui Kementerian Kehakiman yang mana telahpun mencatat satu Rang Undang­undang Mahkamah Juvana (Pindaan), yang membolehkan Pendakwa Raya meminta dan merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap apa-apa dapatan atau perintah Mahkamah Juvana yang tidak memuaskan, yang mana pada masa sekarang, semenjak daripada tahun 1947 yang dapat merayunya ialah ibu bapa kanak­kanak dan penjaga-penjaga sahaja. Oleh hal yang demikian apabila kita sebut mahkamah, ertinya ada Hakim, ada orang yang kena hukum, sebab mahkamah ini ertinya tempat

Page 47: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2761 30 NOVEMBER 1988 2762

menjatuh hukum oleh seorang Hakim yang bijaksana, yang digelar dengan nama "Yang Arif", ertinya di dalam Bahasa Melayu kita ertinya, orang yang mengetahui, segala seluk-beluk keadaan yang membolehkan Hakim­hakim ini menjatuhkan hukum ini dan keadilan yang tepat, mengikut apa yang nyata kepada mereka dan ada yang kena hukum. Yang kena hukum dalam perbahasan kita ini ialah kanak­kanak, kanak-kanak yang belum sampai umur.

Kalau mengikut takrif umur di dalam Islam iaitulah 15 tahun dinamakan mukallaf, ertinya orang yang jatuh dan dikenakan segala tanggungjawab ke atas mereka dengan sendiri. Tetapi mengikut istilah undang-undang kita ini barangkali 18 tahun, tidak apalah 15 tahun, 18 tahun kita tidak hendak bahas tetapi kita mesti ingat, Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak ini sebabnya dinamakan kanak-kanak ertinya seo.rang manusia yang tidak sempurna, yang tidak mencukupi akal fikiran lagi sebab itu dinamakan akan dia kanak-kanak yang belum baligh, yang belum sampai umurnya, pemikirannya tidak penuh lagi, jadi kanak-kanak ini adalah duduk di bawah tanggungan ibubapa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya cuba memberi sedikit pandangan Allah s.w.t. sendiri memberitahu di dalam Kitab Suci Al-Quranul Karim yang ertinya: Wahai segala orang­orang yang beriman, jagalah kamu akan diri kamu, "waahlikum" dan ahli-ahli kamu, ertinya isteri kamu dan anak-anak pinak kamu "naran" akan api neraka, ertinya tempat kebinasaan. Jadi mengikut keterangan ini, lebih dahulu kalau kita hendak mencegah anak-anak kita daripada membuat sesuatu perkara yang tidak diingini, lebih dahulu dua ibubapa itu mesti kena jaga diri dahulu, ertinya dua ibubapa mesti menjadi seorang contoh dan tauladan kepada anaknya di dalam segala segi dan mesti ibubapa

kena mengawal dirinya daripada membuat sesuatu perkara yang tidak sesuai dengan peri kemanusiaan.

Selepas daripada itu barulah ibubapa bertanggungjawab kena menjaga dan mengawal anak-pinak dan isteri. Jadi, berertinya di bawah kawalan dua ibubapa. Jadi, segala apa kesalahan yang dibuat oleh anak adalah terkena ke atas ibubapa kerana ibubapa tidak mengawal dan tidak menjaga. Jadi, dengan sebab itulah kalau kita benar-benar hendak mencegah perkara ini, lebih dahulu, yang pertama kita mesti mencegah diri kita dan mengawal diri kita sendiri sebagai ketua keluarga dan kita sentiasa mengawal dan mengawasi segala anak-pinak kita yang ada di bawah jagaan kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ini bukan perkara baru, masalah rosak akhlak ini tidak perkara baru, perkara lama. Kalau kita meneliti dan menilik dan kita membaca sejarah di masa jahiliah dahulu, sebelum daripada Islam, sebelum lagi daripada Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasul, di masa itu adalah dinamakan masa jahiliah. Di masa itu adalah mereka membuat sesuatu benda yang difikir mengikut hawa nafsu mereka sehingga anak mereka sanggup tanam hidup-hidup, anak perempuan mereka sanggup tanam hidup-hidup. Mereka mencuri, merompak, membunuh, ini adalah pekerjaan mereka, di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, mengikut perasaan dan nafsu yang ada pada mereka, siapa yang kuat mereka itulah yang menang, yang dapat memerintah. Dengan sebab keadaan dunia sudah menjadi tidak sesuai lagi dengan manusia di masa itu Allah s.w.t. mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w. dengan menurunkan Al-Qurannul Karim untuk memberi penerangan kepada se1uruh manusia dengan tujuannya, Rasulullah bersabda yang ertinya: dibangkitkan akan daku, dilantik aku

Page 48: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2763 30 NOVEMBER 1988 2764

menjadi Rasul, tujuannya supaya aku menyempurnakan akan keelokan daripada perangai-perangai manusia. Ertinya Nabi Muhammad s.a.w. dapat mengubah perangai manusia yang ada di masa jahiliah, yang tidak sesuai dengan peri kemanusiaan itu supaya dapat diubah menjadi sesuai dengan man usia.

Jadi kemungkinan besar saki-baki yang ada pada hari ini adalah saki baki yang dahulu, sebab mereka tidak menghiraukan hal ini, boleh jadi mereka tidak tahu kewajipan dan tanggungjawab mereka. Mereka tidak tahu sebab mereka tidak bela jar, sebab kalau kita kaji perkara-perkara yang berlaku kepada anak-anak kita yang kurang berakhlak hari ini iaitulah kalau kita kaji di belakang-belakang adalah berunsur daripada titik, daripada ibu bapa orang yang kebanyakannya tidak menjaga, mengawal dan mendisiplinkan diri masing-masing. Hidup mereka semata-mata hendak makan, hendak pakai, hendak bersuka, selain daripada tidak ada. Apa yang ada di dalam fikiran mereka, bagaimana aku mahu makan sedap, bagaimana aku hendak pakai molek, bagaimana aku hendak duduk rumah besar, bagaimana kereta aku hendak besar, bagaimana-bagaimana itu sahaja. ltu sahaja yang ada di dalam pemikiran mereka.

Oleh hal yang demikian, mereka terlupa tanggungjawab didikan manusia, sifat manusia supaya ter­pelihara, supaya dapat membeza­kan manusia ini daripada makhluk­makhluk lain. Tetapi sekarang alhamdulillah walaupun perkara ini ada, tetapi kebanyakannya telah pun sedar, kalau kita nisbah, kalau kita bandingkan dengan dahulu dengan masa 20 tahun dahulu dengan sekarang jauh berbeza. Keadaan kedudukan manusia dan kedudukan jenayah yang berlaku di dalam negara kita jauh bandingan masih kurang berlaku, sebab kita ingat di masa

dahulu kalau di kampung kebanyakan kalau di kampung tempat orang buat padi di sana maka apabila pelihara lembu, kerbau, boleh dikatakan tiap­tiap malam atau dua, tiga malam sekali curi lembu, kerbau, curi ayam. Tetapi sekarang alhamdulillah ada, bukan tidak ada, tetapi jarang. Cumanya kita mendukacitanya perkara yang berlaku masalah pengkhianat di dalam kebaikan, ini satu masalah. Kemungkinan oleh kerana di dalam pemikiran mereka tidak ada, tidak ada tujuan lain semata-mata mereka bersuka di dunia sahaja. ltu sahaja matlamat mereka. Dengan sebab itu mereka tidak memikirkan apa akibat yang akan jadi di kemudian hari nanti. Dengan sebab itulah mereka tidak kira perkara ini benar a tau tidak benar, mereka asalkan nampak sahaja kepada mereka maka mereka buat.

Oleh hal yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya, saya menyeru kepada pihak Jabatan Agama di bawah Jabatan Perdana Menteri semoga membayakkan dakwah, mengambil orang-orang yang berilmu pengetahuan semoga dapat pergi ke kampung-kampung dan mana-mana tempat untuk memberi penerangan berkenaan dengan kewajipan dan tanggungjawab manusia. Tetapi alhamdulillah, kalau kita mengikut baca suratkhabar sehari dua ini, Yang Berhormat Dato' Yusuf Nor telahpun memberitahu bahawa Kerajaan akan mengambil sambilan pihak pendakwah ini sebagai menambah pengetahuan. Sebab ini adalah satu jalan, sebab manusia kalau mereka tabu satu-satu perkara yang mereka fikir tidak elok, kemungkinan besar mereka tidak akan buat.

Masalah yang kedua, Tuan Yang di­Pertua, apabila kita sudah tahu keadaan kanak-kanak ini ada sebab­sebab yang mereka membuat perkara yang tidak diingini, ini bukanlah semata-mata kerana jahat, tetapi tidak. Bahkan oleh kerana tidak ada

Page 49: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2765 30 NOVEMBER 1988 2766

didikan ataupun oleh kerana desakan pemikiran mereka barangkali terpaksa mereka buat perkara-perkara yang tidak diingini ini. Oleh hal yang demikian, kita menyeru kepada pihak Mahkamah ini semoga dapat memutuskan hukuman kepada kanak­kanak ini dengan wajar.

Tuan Yang di-Pertua, saya telahpun menyebut tadi apabila sebut Mahkamah ada hakim. Masalah hakim adalah seorang yang arif, orang yang amat-amat dikehendaki diri mereka masing-masing itu bersifat dengan seadil. Sebab Tuhan sudah berfirman di dalam AI-Quran dengan izin, "waiza hakamtum bainannaasi antah kamu bil-"adl", apabila kamu hendak hukum di antara manusia bahawa hukumlah kamu dengan keadilan. Apabila kita sebut keadilan, kita manusia ada mempunyai satu perasaan. Dengan sebab itulah mengikut peraturan di dalam syarak kalaulah seorang hakim itu mari satu, perasaan, perasaan kita kata perasaan "wodoh", "pongoh", makna fikirannya tidak senang, di masa itu tidak boleh dia menjadi Hakim, tidak boleh menjatuh akan hukuman. Jadi, dengan sebab itulah pihak hakim ini mengikut pandangan saya seboleh­sebolehnya kena menjadi orang tengah, orang yang tidak ada perasaan condong kiri atau kanan atau atas ke bawah, maknanya tengah betul. Jadi, tidak dapat hendak menjadi seorang tengah kecuali mereka itu mestilah bebas daripada segala-galanya, tidak bergantung, barulah dapat mereka menjalankan hukuman itu dengan seadil-adilnya ..

Tetapi walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, kita mesti ingat negara Malaysia kita ini adalah satu negara yang telah diberi kuasa kepada rakyat lima tahun sekali. Rakyat telah memilih siapa yang mereka suka. Berertinya, orang yang dipilih inilah orang yang bertanggungjawab kepada segala-galanya.

Sebagaimana yang kita ada hari ini. Kerajaan Barisan Nasional ialah satu Kerajaan yang dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya baru-baru ini. Di dalam Kerajaan Barisan Nasional kita menubuhkan satu Kerajaan yang kita melantikkan Perdana Menteri dan beberapa Menteri-menteri yang dipilih oleh Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. J adi berertilah yang memegang amanah sebenarnya negara kita ini ialah oleh Perdana Menteri. Sebab itulah dinamakan Kerajaan.

Pada pandangan saya, Tuan Yang di-Pertua, amat tidak sesuai kalaulah seorang yang berkata, "saya kerja mengikut undang-undang Kerajaan, saya tidak boleh ikut parti, saya tidak boleh ikut orang itu, Menteri itu, Menteri ini". Kemudian Kerajaan itu siap dia? Menteri itu siapa dia? Sebab rakyat telahpun memberi amanah kepada Kerajaan, kepada Menteri. Menterilah yang boleh membuat apa yang dia fikir dengan mengadakan dua Dewan yang terbesar dan yang termulia, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tiap-tiap perkara yang dibuat dan diputuskan oleh dua Dewan ini mestilah seluruh rakyat kena patuh, kena taat, kecuali undang-undang itu menyalahi dan menyeleweng atau melawan, membantah hukum syarak. Kalau tidak, mesti kena patuh.

Jadi dengan sebab itulah kalaulah sesiapa sahaja yang menyeleweng ataupun yang tidak patuh kepada pihak Kerajaan terutama kepada Perdana Menteri berertinya orang itu tidak sesuai Iagi dia duduk di bawah Kerajaan yang diperintah oleh Perdana Menteri itu.

Tuan Yang di-Pertua, oleh hal yang demikian sekali lagi saya merayu kepada Hakim-hakim di Mahkamah Juvana ini dan segala juri-jurinya semoga dapat membuat pertimbangan

Page 50: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2767 30 NOVEMBER 1988 2768

dengan sewajarnya terhadap anak­anak kita ini. Kalau boleh tubuhlah jawatankuasa-jawatankuasa yang memikirkan cara mana untuk hendak menyelamatkan anak-anak kita ini supaya dapat kembali kepada masyarakat dengan sempurna. Ini pun satu perkara yang rumit.

Saya telahpun menyebut beberapa kali dan perkara ini telahpun dibuat tetapi barangkali tidaklah sampai kepada tempat yang dikehendaki. Tidak ada jalan lain untuk membaiki akhlak anak-anak ini kecuali dengan asuhan agama. Kalau dengan cara lain, kemungkinan payah sedikit. Kita memberi penerangan, nasihat secara agama dan kalau kepada orang bukan Islam secara agama mereka. Sebab semua agama ini tidak membenarkan membuat perkara yang tidak elok semacam mencuri, berjudi, merompak, menyamun, merogol; ini semua agama tidak benarkan. Apatah lagi agama Islam, jauh sama sekali.

Jadi, kalau kita memberi penerangan akibat-aki~at kepada mereka, kemungkinan insya Allah mereka akan menerima. Tetapi setakat mana? Apakah kita membuat itu sambil lewa sahaja kepada orang ataupun benar-benar kita tumpu. Sebab perkara ini payah. Saya sebagai orang tua, saya ada pengalaman dalam masalah didikan ini. Perkara ini memang payah.

Saya duduk di bawah guru-guru sahaja 25 tahun. Usahkan benda lain, hendak main sepak tidak boleh. Pada hal perkara itu halal. Hendak main sepak tidak boleh, baik sepak raga, bola sepakkah, tidak boleh. Pukul 3.00 malam mesti kena bangun. Dalam keadaan 19 tahun macam itu pun diri saya rasa tidak berkesan. Tidak sebegitu berkesan, malas. Hendak kepada buat perkara yang tidak baik. Ada lagi perasaan hendak buat benda tidak baik. Ertinya benda ini tidak boleh kita buat sambil lewa, umpamanya kita kata kalau di

sekolah, kita beri setengah jam sehari, hal lain 5-6 jam. Jadi payahlah hendak boleh mesra, hendak boleh budak itu benar-benar memahami dan sayang kepada agama ini, payah. Sebab sedikit. Ibarat kalau benda cam pur, satu per sepuluh. Kalau sepuluh pelajaran, satu dia. Jadi satu per sepuluh ini maklum sahajalah. Kalau air, tidak timbul warnalah!

Jadi, dengan sebab itulah saya menyeru sekali lagi kepada pihak Kementerian Pendidikan, cubalah menambahkan pelajaran agama ini kepada anak-anak kita semoga, insya Allah, anak-anak kita pada masa yang akan datang, yang akan bakal menggantikan kita, menjadi warganegara yang sempurna sebagai­mana yang diucap oleh Menteri kita mahu dipanggil "insan soleh". lni istilah yang digunakan oleh Saudara Yang Berhormat Tuan Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan. Kita mahu manusia, anak-anak kita menjadi insan yang soleh. Kata mudah, tetapi hendak kota, susah. Insan soleh ini maknanya manusia yang baik. Ini matlamatnya. Ini kita hendak. Jadi dengan sebab matlamatnya, Saudara Menteri kita hendak perkara ini, kita haraplah tambah lagi mata pelajaran agama ini, kepada anak-anak kita semoga insya Allah anak kita akan sampai kepada darjah, mertabat insan soleh. Apabila sampai di situ mahkamah yang kita bicang ini tidak ada lagi. Tidak ada lagi mahkamah sebab semua molek belaka. Tidak ada lagi hendak buat benda yang tidak bagus. ltu dia. Jadi tidak payah lagi kita menggunakan belanja-belanja yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja pandangan saya berkenaan dengan masalah ini. Jadi oleh hal yang demikian, saya menyokonglah Rang Undang-undang ini.

Page 51: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2769 30 NOVEMBER 1988 2770

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Tan Peng Khoon): Jika tidak ada Ahli­ahli Yang Berhormat hendak bercakap .....

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Tan Peng Khoon): Sila Yang Berhormat Tuan Haji Shaharom.

5.18 ptg.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk sama­sama membahas Rang Undang­undang Mahkamah Juvana (Pindaan) 1949.

Tuan Yang di-Pertua, Undang­undang Juvana 1949 ialah dibuat zaman penjajah lagi. Jadi memang kena pada masanya Kerajaan membawa pindaan ini ke dalam Dewan ini untuk memperkemaskan Iagi. Pindaan yang begini pendek, pindaan yang begini sedikit, tetapi rang undang-undang lbu kepada

. Mahkamah Juvana ini melibatkan keadaan anak-anak kita di seluruh negara daripada semua keturunan, tidak kira daripada mana asal keturunannya, atau pegangan agama dan adat hidupnya.

Kerajaan memandang berat, sehingga sewaktu penjajah lagi dahulu telah pun memandang berat masalah jenayah yang dilakukan oleh anak­anak di bawah umur. Sehingga sewaktu kita belum merdeka dulu, kita dengar ada sekolah anak-anak nakal di Melaka, di Serendah, di Sungai Besi yang mana sekarang tempat-tempat itu telah ditukar dengan nama yang baik, dengan nama yang molek, tidak menakutkan lagi anak-anak yang dihantar ke situ.

Berbagai-bagai hujah telah disampaikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Negara ini, saya

mengambil sedikit perbahasan untuk bersama-sama menyokong supaya Rang Undang-undang pindaan ini diluluskan dan meminta kepada mereka yang bertanggungjawab yang terlibat langsung dalam hal ini supaya dapat menitikberatkan, yang pertama dan yang utama sekali ialah mencari jalan untuk bagaimana hendak menyelesaikan masalah bajingan cilik. Maknanya, penjahat-penjahat kecil, penjenayah-penjenayah kecil, orang­orang jahat kecil.

Tuan Yang di-Pertua, penjahat­penjahat kecil atau penjenayah­penjenayah kecil ini bukan datangnya dari anak orang-orang kecil, ini terlibat semua. Ada anak orang besar, anak orang berpangkat, anak orang kaya, anak orang alim, anak orang kecil, anak orang marhalu, jembel, anak nelayan, anak petani, anak buruh, penarik beca dan sebagainya. Perkara ini masih terus berlaku, cuma barangkali di kalangan mereka yang melakukan jenayah-jenayah kecil mengikut Akta ini, kesalahan­kesalahan yang dapat dikesan, dapat ditangkap. tidak banyak. Kalau dapat ditangkap keseluruhannya, saya percaya kes yang tertangguh di mahkamah di seluruh negara ini bukan 300,000. Sekarang ini kes yang tertangguh di seluruh mahkamah dalam negeri ini 300,000 lebih kes, kalau campur dengan kes penjenayah­penjenayah kecil ini atau apa yang saya katakan bajingan cilik ini akan meningkat kepada 30,000-40,000 kes Iagi yang akan tertangguh. Dengan sebab itu kadang-kadang berlarutan satu-satu tuduhan itu sehingga bertahun-tahun seseorang yang dituduh dibawa ke muka pengadilan tidak dapat dijatuhkan hukuman. Tetapi Mahkamah Juvana ini berasingan daripada mahkamah biasa.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan kita melalui Kementerian Pendidikan pun sudah berubah nama. Dahulu "Kementerian Pelajaran" sekarang

Page 52: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2771 30 NOVEMBER 1988 2772

sudah bertukar kepada "Kemen­terian Pendidikan". Hendak mendidik dengan memberi pelajaran, jauh bezanya. Mendidik anak-anak daripada serendah-rendah umur yang mungkin, kita sudah bahaskan dalam Dewan ini dalam soal jawab, ada TASKA, ada TASKI, ada TADIKA, ada TABIKA. Untuk membetulkan itu pun kita tidak betul macam mana kita hendak mendidik rakyat jadi betul? Hendak membetulkan nama itu mana satu TASKA mana satu TASKI, mana satu TADIKA, mana satu T ABIKA? Hendak dijadikan satu nama yang betul itu pun tidak betul, masih tidak betul, masih hendak tunggu Ensiklopedia yang hendak dibuat oleh Dewan Bahasa baru betul. Sedihlah, sudah 31 tahun kita merdeka masih lagi berkecamuk, sehingga kita bertanya mana satu pra-sekolah ini yang hendak dipakai?

Tuan Pengerusi, minta izin saya menunjukkan, di sini ejaan "Melaka", tetapi kalau kita pergi ke negeri Melaka, di sana masih ada lagi beberapa tempat, bangunan, kenderaan yang masih menggunakan ejaan "Malacca"- "Malacha". Ialah kalau ejaan baku bukanlah "Melaka" - "Malacha". Kenapa ini tidak betul? Setiap kali saya balik di kampung, balik ke Batu Uban masih ada lagi saya baca "Malacca". Adakah negeri lain dalam Malaysia ini satu "Mel aka" dan satu "Malacha"? Ini kena betulkan, malu kita. Hendak betulkan huruf itu pun tidak betul, macam mana kita hendak betulkan, mana satu TADIKA mana satu TABIKA, mana satu TASKI mana satu T ASKA pun tidak boleh betul. Macam mana kita hendak betulkan anak-anak hendak dijadikan anak-anak yang baik? Sebab itu Mahkamah Kanak-kanak ini sebab kita sudah tabu sudah ada penyakit ini, memang ada penyakit.

Kita dahulupun kanak-kanak, tetapi masa kanak-kanak kita dahulu curi jambu air, curi jambu batu, curi tebu gagak. Menghendap!!! tidak. Di Johor

kes menghendap tidak ada. Di Johor, tidak, Menghendap? Eh! tidak, tidak, mengayap pun tidak, di Semenanjung tidak, mengayap di Sarawak. Jadi kesalahan-kesalahan yang berlaku pada tahun 1947 sewaktu undang­undang ini dibuat oleh penjajah dahulu yang naskhah sahihnya dalam bahasa Inggeris, yang sebenarnya kami Ahli Dewan inipun tidak tabu naskhah ibunya. Jadi kita hanya membahaskan yang sedikit ini sahaja supaya kalau tidak puas hati boleh bawa peguam, itu sahaja. Makin panjanglah ceritanya. Kalau kes yang besar-besar dibawa peguam, tidak selesai 7 tahun, 10 tahun, nanti kes budak-budak ini kalau dibenarkan bawa peguam pun boleh tidak selesai sampai 10 tahun. Kalau dia curi satu tin susu di supermarket ditangguh sampai 7 tahun, sampai dia sudah nikahpun kes dia tidak selesai. Adakah kita sudah fikir betul-betul perkara ini dibolehkan bawa peguam. Bagi pihak peguam memang sukalah sebab chance pelanggannya bertambah.

Tuan Pengerusi, kita mengingatkan perkembangan negara, ura-ura 70 juta rakyat. Sekarang baru ada 17 juta kita kata boleh terkawal, kita kata boleh dididik, kita kata boleh dibimbing, kita kata boleh dibentuk. Kalau berjaya separuh daripada tujuan itu, syukur alhamdulillah. Tetapi kalau rakyat kita bertambah sampai 30 juta besok, macam mana? Tentulah keadaan ini akan bertambah rumit, bertambah menyulitkan dan mungkin undang-undang ini juga akan ditambah beberapa fasal lagi di masa­masa yang akan datang. Kita lihat sekarang ini, kalau saya sebagai seorang Islam-anak-anak orang Islam ini telah ditentukan dalam al­Quran, bercakap dengan suara yang kasar di depan ibubapa pun tidak boleh. "Walatakunuffillakuma" -kalau dipanggil misalnya "Mat", "Ooi!" jawab sianak, itupun tidak boleh. Tetapi hari ini kita lihat. Ini

Page 53: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2773 30 NOVEMBER 1988 2774

semua anak-anak yang daripada TASKA, TASKI, TABIKA, TADIKA, yang dari KBSR akan pergi ke KBSM. Tidak macam kami semua, hanya darjah 4, darjah 5 sekolah atap dahulu, tidak macam kita anak-anak yang sudah dididik dalam TADIKA, TABIKA, TASKI, TASKA ini bila dipanggil, ooi! jawabnya. Sedangkan dalam al-Quran sudah menerangkan, "walatakunuffillakuma". J adi adakah perlu saya bercakap supaya sistem pendidikan kita ini diterapkan nilai­nilai pengajaran yang seperti itu.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan tentu bersetuju kerana dia bercita-cita hendak menjadikan seluruh anak dalam negara ini sepertimana kata Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Noor tadi, insan yang baik, insan yang soleh; yang "soleh" itu makna yang baik, tidak melakukan kesalahan dari Undang­undang Mahkamah Juvana ini.

Kemudian untuk menjadikan manusia-manusia atau anak-anak ini anak-anak yang baik, dalam sepotong ayat Al-Quran lagi, anak-anak ini supaya dididik menjadi anak-anak yang di dalam Al-Quran disebutkan: "wabarram biwalidaiih"-Ertinya, "berbakti kepada kedua ibubapa". Jadi apabila hendak mendidik anak supaya berbakti kepada dua ibu bapa sepatutnya dalam negara kita tak ada runiah orang tua yang dihantarkan ke Cheras sana, duduk hendak menunggu Malaikal Maut datang. Kalau anak­anak ini dididik secara berbakti kepada kedua ibu bapa supaya menjadi anak-anak yang "wabarram biwalidaiih".

Kesimpulan dari ini semua, Tuan Yang di-Pertua, mengapa anak-anak ini boleh melakukan jenayah. Kalau dalam syarahan-syarahan agama saya biasa mendengar bukan guru-guru pondok, bukan juru-juru dakwah yang "celeh-celeh", kata orang yang bersyarah ini. Yang bersyarah ini

professor-professor, cendakiawan­cendakiawan, ilimiah, ahli akademik bersyarah di kampung-kampung, janganlah ibu-ibu memberi susu anak dengan susu lembu, sebab yang menyusu susu lembu itu ialah anak lembu, nanti anak kita semua jadi macam lembu. Apabila dipanggil "Mat", dia akan menjawab "Oooookk", kata dia, kerana dia minum susu lembu. Dan kita takut kalau sebahagian daripada susu tepung itu dibuat daripada lemak ikan paus, akan berendamlah anak itu di dalam air kerana dia panas. Kalau dalam air sungai tak apa, berendam dalam banjir pun tak apa, ini macam kematian yang berlaku dalam banjir, inipun satu dua kes kematian itu kerana main air, hendak berendam dalam air. Kita takut anak-anak tadi berendam di dalam kedurjanaan, berendam di dalam kepasidan, berendam di dalam kepasiqan, berendam di dalam suasana kelam­kabut.

Dalam ucapan saya beberapa bulan, dalam sessi bulan empat yang lalu, saya ada sebutkan masalah "snooker" telah masuk ke kampung pendalaman, judi 20 sen, 30 sen. Ada dalam Buku Merah Jambu ini, Tuan Yang di­Pertua, dalam ucapan saya, tetapi apabila saya pergi ke kampung itu, bukan berkurangan, bertambah lagi meja snooker itu jadi dua. Kalau masa saya pergi dahulu satu meja, sekarang dua meja, tiga meja tempat anak-anak main judi. Anak-anak umur 12 tahun, 13 tahun, 14 tahun- SRP, SPM pun belum Iagi. Kenapa tak diambil tindakan? Saya sebut nama kampung, ada dalam ucapan saya, saya sebut nama-nama kampungnya. Ini bukan cakap cuma-cuma kerana kita memandang bahawa ini adalah mudharat kepada anak-anak, mudharat kepada masyarakat, tetapi tak ada siapa yang ambil peduli nampaknya. Cakap di dalam Dewan ini macam mencurahkan air ke daun keladi.

Page 54: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2775 30 NOVEMBER 1988 2776

Semalam jawapan Menteri, loteri ini ada yang berlesen, tak berlesen. Judi berlesen, tak berlesen. Judi yang tak berlesen ini melambak anak-anak ikut main sama. Dia tikam nombor ekor bukan lagi pakai kertas, pakai kertas rokok. Di Banting sana dikatakan "wawei". Pukul 6.00 petang agen akan isytihar siapa yang menang, tikam 20 sen dapat $12. Siapa budak­budak tak mahu tikam 20 sen, nombor naik dapat $12. Petik kelapa sawit satu hari pun tak boleh dapat $12. Ini tikam 20 sen, nombor tiga, tiga angka naik dapat $12. Inipun tak ambil tindakan. Setengah-setengah yang tukang ambil tindakan itu pula ikut sama main. Mata-mata ikut sama main. Anak mata-mata ikut sama main. Jadi macam mana kita hendak cakap lagi, sudah tak terang lagikah itu? Kalau tak terang lagi, tak taholah, saya pun tak mahu hendak bercakap, sudah hendak habis, Tuan Yang di-Pertua. Penat sudah bercakap 6 tahun dalam Dewan ini. Bukan sedikit-sedikit saya bercakap dalam Dewan ini- 6 tahun, macam-macam hal saya sudah cakap, sampai 5 jam saya bercakap.

Tuan Yang di-Pertua, masalah anak-anak ini:

"walwalidatulyurdikna aula-dahunna haulaini kamilaini limanaradhaai yutimmaradha'a waalalmauludilahu rizzikuhunna wakiswatuhunna bilmakruf"

Itu cara hendak mendidik anak. Ayat Al-Quran menerangkan begitu. Saya bukan alim, tetapi saya baca tafsir Al-Quran, saya baca dan saya mengaji. Ini kewajipan ibu-ibu:

"walwalidatulyurdikna auladahunna haulaini kamilaini limanaradhaai yutimmaradha'a"

"Hei ibu-ibu, hendaklah kamu susui anak-anak kamu itu dengan susu kamu sendiri selama dua tahun. Kalau tidak mampu memberi susu kamu, hendaklah kamu sewa ibu susu"

Bukan tin susu. Ini nanti kompani­kompani susu marah kepada saya. sekarang sudah kempen Kementerian Kesihatan, Kerajaan sudah keluar gambar poster di mana-mana, tampa! di kampung-kampung nampak tetek menyusukan anak, tetapi bukan gambar perempuan kita, gambar orang puteh pula itu, itu yang bagusnya. Kalau gambar orang Melayu sudah meletup dekat Dewan Perhimpunan Agung UMNO. Nasib baik gambar itu gambar orang puteh. Kalau gambar itu gambar orang Melayu, gambar orang India, gambar orang Cina atau gambar orang Kadazan, orang lban, sudah meletup dalam perhimpunan parti-parti politik kerana gambar perempuan kita mengeluarkan susunya ditujukkan, dekat TV pun keluar, sudah tak ada apa-apa. Sudah baguslah kempen itu berjalan.

Pelaksanaannya pula. Jadi kempen itu pelaksanaannya bagaimana? Nanti jawapannya, terserahlah kepada ibu­ibu hendak berikan, tak mahu beri susu sendiri. Itu sahaja. Kita hendak boikot susu dalam tin tak boleh. Itu "walwalidatu".

Kemudian kepada bapa-bapa, kepada kita:

"waalalmauludilahu rizzikuhunna" - Ertinya,

"Hei bapa-bapa, hendaklah engkau beri rezeki yang baik"

''wakiswatuhunna''-

"dan pakaian yang baik"

''bilmakruf' '-

"makanan yang baik, pakaian yang baik"

Tidaklah makanan yang dapat dari sumber-sumber yang tidak baik, sumber-sumber yang haram misalannya, sama ada rezeki dari penipuan, macam-macamlah, kita faham masalah daripada somber yang tidak baik. Dan memberikan pakaian

Page 55: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2777 30 NOVEMBER 1988 2778

yang baik kepada ibu yang menyusukan anak, diberi rezeki yang baik, pakaian yang baik. Maknanya di situ, tafsir ayat ini, kalau di negeri sejuk ibu yang menyusukan anak hendaklah diberi pakaian baju panas. Ibu yang menyusukan anak hendaklah diberi makanan yang baik, yang cukup protinnya. Dan sekarang kempen Kementerian Kesihatan sudah dibuat, bagus, saya setuju, cukup bagus berjalan. Tetapi apabila kita pergi ke pendalaman, di kampung-kampung tepi-tepi sungai, di daerah-daerah yang kata orang "jauh Ioceng cepat celeng", orang yang masih lagi makan pagi kais pagi, orang yang masih Iagi maka·n sayur pucuk-pucuk ubi.

Jadi, maknanya di dalam cerita ini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa pembangunan masyarakat, pemba­ngunan infrastruktur, pengagihan kekayaan negara ini perlu sekali menyeluruh kepada rakyat. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam jawapannya tadi, di dalam masa soal jawab memberi keyakinan kepada saya akan diteruskan sekalipun menerima tentangan mengenai hendak membaiki masalah kehidupan rakyat. Tunggu daripada satu rancangan demi satu rancangan.

Pakaian yang baik, sayangnya dalam negara kita ini belum ada akta pakaian. Apa kata, Tuan Yang di­Pertua, kalau saya mengesyorkan supaya dalam negara kita ini, Parlimen kita ini, penggubal undang-undang kita ini menggubal satu undang­undang Akta Pakaian. Orang yang berpakaian menjolok mata, mencolok mata; itu dua makna yang lain, jolok dan colok. Kalau menjolok mata itu menyakitkan mata, tetapi kalau mencolok mata, menggiorkan mata, suka memandang terus. Itu kamus dalam Bahasa Jawa.

Baru-baru ini dalam pilihanraya di Parit Raja, yang dimainkan; jawa, jawa, jawa, jawa. Jawa Ponorogo dan Jawa Cerebon. Calon barisan

Nasional-Jawa Ponorogo, calon bebas-Jawa Cerebon, sampai orang Banjar di Parit Raja marah "apak, undi kaum Banjar kadak Iakukah"? lni suratkhabar punya main, bukan saya hendak marah orang suratkhabar, tetapi jangan ditonjolkan sangat. Kalaulah kawasan itu 99% pengundinya Jawa, ada hati pengundi Banjar di situ marah. Itulah yang menyebabkan undi Barisan merosot, jatuh. Nasib baik dapat 413. Media massa ini dalam menulis-menulis pun kadang-kadang menyinggung pera­saan.

Jadi, ketua suku Banjar sudah jumpa saya "Eh! Undi Banjar kadak lakukah?"; "Laku"; "Habis macam mana dengan 2,500 pengundi Banjar ini ?"; Say a kat a "sabarlah, sa bar, ini tengah panas, biarkan danulu, undi sahajalah Barisan, tidak apa, lepas pilihanraya kita tulislah Banjar itu bagus". Sebab ada pantunnya:

Cakap Inggeris, cakap nerakak, cakap Arab, cakap Syurgak, cakap Jawa kelam kabut, Bahasa Banjar juak nan lamah

lam but.

Itu, dia syok, dapatlah undi dia. Kalau tidak kalah Barisan di situ. Itu cara hendak kempen. Janganlah main bantai, main bantai orang makin marah-kena berhikmah sedikit kepada suku kaum dalam negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bawa tadi, kalaulah di dalam negara kita ini ada Akta Pakaian. Jadi, pakaian yang menjolok mata, macam malam tadi saya tengok drama Hang Setia. Saya balik, lepas Isya hendak tidur buka TV, ingat hendak tengok laporan Parlimen, hendak tengok laporan Dewan Negara, sungguhpun semalam saya tidak bercakap, hendak tengoklah gambar kawan-kawan yang bercakap, rupa-rupanya tidak ada langsung sekarang laporan Parlimen sudah tidak ada langsung dalam TV I. Sudah kena hapuslah! Jadi, kalau

Page 56: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2779 30 NOVEMBER 1988 2780

orang luar kata Parlimen sana loceng bunyi 4 kali, 5 kali-sini tidak ada loceng, bagus, di sini korum selalu cukup.

Tuan Yang di-Pertua, kenapa TV ini tidak keluarkan laporan sidang Dewan Rakyat, laporan sidang Negara ini? Pernah kita minta kalau boleh adakan siaran langsung, bukanlah makna sekarang cakap, sekarang keluar, malam nanti keluarlah gambar itu. Gambar saya tidak keluar tidak apa, sudah hendak habis dah-minggu depan sudah tidak datang sini lagi. Tetapi orang lain, sekurang­kurangnya rakyat akan tengok macam mana orang bercakap di dalam Dewan Rakyat, di dalam Dewan Negara. Oh! lni W akil Rakyat dari Batu Pahat bercakap, ini Wakil Rakyat dari Pengkalan Chepa, ini wakil Rakyat dari Terengganu, ini Wakil Rakyat dari Perlis. Pengundi dia pun syor. Ini langsung, tidak ada, berita sahaja. Kalau dahulu 15 minit, kita minta tambah 20 minit atau 25 minit tetapi langsung padam.

Jadi, dalam masa kita bercakap ini Tuan Yang di-Pertua, malam tadi drama Hang Setia itu ada seorang budak yang masuk kampung-kampung apakah namanya dalam drama itu! pakai-pakaian yang menjolok mata dan mencolok mata. Jadi, kalau ada akta pakaian, kalau di Kuala Lumpur ini, di Chow Kit atau di pusat-pusat membeli belah, ada anak-anak di bawah umur yang memakai pakaian yang menjolok dan mencolok mata, jika ada Aktanya boleh ditegur melalui undang-undang. Kalau sekarang cuba kita hendak tegur "jangan pakai baju "T", jangan pakai seluar jeans. Jadi, yang pakai seluar jeans ini anak-anak setanlah, ini sudah cakap iblis-pakaian yang melampaui had kesopanan orang timur. Semua orang setuju, bukan orang Melayu sahaja, tetapi semua orang setuju. Ahli-ahli Dewan yang sudah berumur

ini setuju, tetapi kalau ada yang tidak setuju ini memang sudah melampau. Setuju! Kalau kita sekat pakaian ini, bukan sekat macam mana, tetapi sekat pakaian yang menjolok mata. Dengan ini akan dapat mengurangkan maksiat mata. Apabila kurang maksiat mata, kuranglah jenayah mata. Sebab kata ini "apabila mata bertemu mata", kata R. Azmi dahulu, apabila mata bertemu mata, mata dia tidak bercakap, tetapi gelombang hitam putih mata itu boleh membawa ke pokok buluh (Ketawa). Kalau dahulu Lake Garden, masa saya muda-muda di Kuala Lumpur, Lake Garden itu tempat orang berasmara-itu semua daripada gelombang hi tam putih mata, sampai ke Lake Garden.

Sekarang bukan itu sahaja, ia melibatkan kepada jenayah, kepada dadah, kepada rogol dan kepada bunuh. Ini kerana jenayah mata. Pandangan, pendedahan yang menggiorkan, yang mengghairahkan, akibatnya nyawa terkorban.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan jikalau RTM ada sekatan kepada artis-artis berpakaian, kita bukan setakat itu sahaja. Artis­artis berpakaian yang menjolok mata di kaca TV, apa ada fasal? Kalau tengok pun syok sendiri, tengok gambar itu syok sendiri, buat apa? Ini yang betul-betul tengok memang syok. Salah-salah lampu merah tidak nampak, rempuh sahaja, kerana di bawah tiang lampu itu ada makwe­makwe yang berpakaian menggiurkan. Tidak nampak lampu merah, kita ingatkan lampu hijau. Apa salahnya kita ·adakan akta ini supaya ada pula polis-polis yang meronda khas kerana akhlak pakaian. Sekarang ada polis di bahagian jaga akhlak, tetapi dia serang rumah urut yang tidak berlesen atau dia serang sarang-sarang pelacor yang menyimpan pelacor-pelacor yang datang dari luar negeri yang tidak ada

· surat Visa.

Page 57: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2781 30 NOVEMBER 1988 2782

Saya cakap lagi, Tuan Yang di­Pertua, di Batu Pahat tempat Tuan Yang di-Pertua sendiri sudah ada beberapa puluh rumah urut yang tidak berlesen. Sampai orang di Batu Pahat sekarang ini dikenali sebagai Haadyai of Malaysia. Sampai Yang di-Pertuan Agong mengamuk sekali kerana di Batu Pahat banyak rumah-rumah urut yang tidak berlesen. Kenapa ini berlaku. Sekarang di beberapa pekan yang berhampiran dengan kawasan FELDA, apabila kelapa sawit naik harga, hidup balik kelab-kelab itu, pub-pub, bar-bar, pob-pob, pab-pab­saya pun tidak tahu hendak sebut.

Bandar Kulai, Pekan Kulai, Pekan Senai itu tempat bantu dan jin bertendang, ada lampu neon bergemerlapan melambai-lambai pelanggan dari para peneroka FELDA dan anak-anaknya. Ini tidak berlesen, tetapi kenapa dia dibiarkan? Tolonglah tengok sebab yang menjadi korban bukan anak orang, bukan anak orang lain, anak kita juga, anak bangsa kita juga, anak masyarakat Malaysia juga yang akan tertarik di situ.

Kisah bajingan-bajingan kecil ini pergi merayau, tinggalkan sekolah, tanggal baju sekolah dekat tandas awam, masuk dalam beg plastik kemudian dia tukar, sudah jadi cerita lumrah hari ini. Anak-anak ponteng sekolah sudah jadi lumrah, anak-anak lari tinggalkan emak bapak, tinggalkan keluarga sudah jadi perkara biasa hari ini. Jadi kalau setakat kita hendak bergantung kepada mahkamah kanak-kanak ini sahaja, tidak boleh. Jadi, kita kena balik ke pangkal jalan iaitu pendidikan kepada tunas-tunas muda. Kita pun biasa dengar orang tua-tua kata hendak melentur buluh biar dari rebung, kita dengar dan kita faham, kita ikuti, kita sebut-sebut selalu. Jadi lenturannya dengan adanya Mahkamah Juvana inilah, tetapi mengapa keadaan ini makin hari makin hari makin berlarutan, makin

hari makin banyak, makin hari makin menjadi masalah kepada masyarakat, kepada negara, kepada para pemimpin, kepada pihak-pihak yang berkuasa menjadi masalah. Kita percaya semua orang merasakan masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita kena balik semula kepada pendidikan anak­anak. Di dalam jawapan Timbalan Menteri Pendidikan, satu soalan mengatakan apa kejayaan KBSR daripada Yang Berhormat Tuan Ibrahim Jendol dari Melaka, jawapannya "anak-anak hari ini lebih berani bercakap, lebih berani berbahas, lebih berani berhujah dengan cikgu". Anak-anak hari ini pada saya pula saya tengok lebih berani bertekak dengan cikgu, lebih berani melawan cikgu, lebih berani membocorkan tayar kereta cikgu, lebih berani mencakar dinding kereta cikgu, stop cikgu tengah jalan, hendak pukul cikgu,hendak keronyok cikgu. Saya tidak tahu di mana silapnya, banyak sudah berlaku. Dia pecah bilik asrama, mangkuk air di asramakah, cerminkah, dia koyakkan tilamkah , itu sudah ban yak kita dengar.

Hari ini anak-anak ini, bajingan kecil ini tadi budak sekolah di asrama sekolah menengah, dia sudah kumpulkan membuat satu kumpulan geng samseng keronyok cikgu tengah jalan, cikgu hendak balik dia tahan, dia kata hendak tumpang balik, selepas itu keluar 5-6 orang daripada tepi rumpun pokok buluh, keliling kereta cikgu. Mengapa ini berlaku? Kita jawab kata disiplin tidak ketat, Pengetua tidak tegas, tukar Pengetua 24 jam, tukar Guru Disiplin 24 jam, ulang balik cerita macam ini. Kenapa ini berlaku, masalah dengan siapa?

Tuan Yang di-Pertua, jadi cerita ini akan berlarut-larut, berpanjang­panjang, tali menali di antara satu dengan yang lain, tidak habis-habis. Kumpulan baling keretapi di sebelah

Page 58: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2783 30 NOVEMBER 1988 2784

Bukit Mertajam, Nibong Tebal, kumpulan lastik kereta dengan batu gravel kalau masuk kampung, sudah berlaku. Tengok ada kereta yang lebih besar sedikit daripada Proton Saga dilastiknya. Kenapa ini berlaku? Pecah kedai, kalau yang memecah kedai ini orang besar, orang dewasa, orang berakal, pencuri, dia angkat semua. lni tidak, yang diambilnya benda-benda yang menjadi kegemaran kanak-kanak, ertinya kanak-kanaklah yang berani panjat loteng masuk dalam kedai. Banyak berlaku kejadian macam ini.

Jadi, saya mengharapkan sangat­sangat kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, kepada pihak­pihak yang dipertanggungjawabkan, kepada pihak-pihak yang diberi amanah, supaya kita cuba laksanakan amanah ini dan cari jalan hertdak menyelesaikan. Kalau dibawa kepada bab Perintah Am nanti, tidak ada arahan-tidak buat, macam paku, tidak kena ketuk dia tidak masuk, paku dengan penukul. Tetapi kata sekarang produktiviti, kecekapan, masa inilah hendak tunjuk kecekapan. Sekalipun tidak ada di dalam General Orders, sekalipun tidak ada di dalam surat pekeliling, tetapi kecekapan macam mana kita hendak selesaikan masalah ini. Sebab pihak-pihak yang diberikan amanah tanggungjawab inipun bukan macam pegawai-pegawai Kerajaan 30 tahun dahulu. Sekarang semua "U", "U", "U", semua "U", ada 5 "U" atas bahu. Dahulu bau "U" pun tidak bau, sekarang "U", maknanya keluaran "U", bertitle di hujungnya macam-macam. Di mana dia punya cendikiawan, golkarnya, golongan karyawannya, kata karyawan-karyati; ilmu-ilmuan, tunjuk.

Kami cuma boleh menyarankan, Ahli-ahli dalam Dewan ini hanya boleh menyarankan, memberi bayangan macam mana hendak menyelesaikan masalah ini. Kalau

yang bercakap ini dari orang Melayu, masalah ini bukan masalah orang Melayu sahaja; kalau yang bercakap ini dari orang Cina, masalah ini bukan masalah orang Cina sahaja; masalah ini bukan masalah satu kaum, masalah semua kita rakyat Malaysia. Jadi ini adalah beban kita bersama.

Tuan Yang di-Pertua, itulah yang ingin saya sampaikan di dalam perbahasan mengenai dengan Mahkamah Juvana ini sebanyak sedikit sumbangan saya untuk dapat sama-sama kita membetulkan masalah anak-anak, sekalipun mungkin perbahasan yang telah dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, dalam jawapan Menteri nanti tentulah kata ini semua luar daripada pindaan, tidak apalah, luar­luarlah. Tetapi kalau kita buka dalam buku Malaysia yang Kerajaan buat ini, maknanya buku rasmi-"Peranan Dewan Negara", saya baru baca tadi, Peranan Dewan Negara ialah menegur, mengkritik, membina, inilah kami semua menegur, mengkritik, membina, tetapi janganlah dijawab nanti ini di luar pindaan, di luar bab, di luar perkara. ltu jawapan yang paling senang, kalau saya jadi Menteri pun saya boleh jawab macam itu.

Tuan Yang di-Pertua, peranan kita di sini ingin menegur, mengkritik. Kalau di dalam setiap Akta, dalam kertas biru itu dikatakan menasihatkan, kami menasihatkan. Nasihat ini kadang-kadang orang hendak pakai, pakailah; tidak pakai pun, apa hendak buat, nasihatlah katakan. Tetapi nasihat-nasihat kami ini direkodkan dan akan menjadi khazanah kepada negara, Tuan Yang di-Pertua, dalam buku merah jambu ini. 30 tahun, 20 tahun orang akan kaji, orang akan pergi ke Khutubkhanah Parlimen ini bahawa perkara ini sudah dibahaskan 30 tahun dahulu, sudah dicakapkan oleh Ahli­ahli Yang Berhormat pada tahun sekian, tetapi kenapa tidak diambil

Page 59: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2785 30 NOVEMBER 1988 2786

tindakan, itu dia. Jadi anak-anak yang tanggungjawabnya, nasibnya sedang kita bahaskan dalam Mahkamah Juvana ini, 20 tahun besok dia akan menjadi seorang sarjana, dia akan mengkaji "Oh, nasib kita sudah dibahas di Dewan Negara, di Parlimen Malaysia 20 tahun dahulu, tetapi kenapa Kerajaan tidak ambil tindakan." Akta pakaian suruh buat, Haji Shahrom sudah cakap 30 tahun dahulu, kenapa tidak buat, itu dia. Kita bertegang urat dalam Dewan ini dengan Menteri mengenai dakwah songsang, dengan penerbitan Arqam dan berbagai-bagai, jawabnya "tidak ada apa, tidak ada apa". Hari ini keluar dalam suratkhabar-haram semua. Takkan semalam jawab lain, hari ini suratkhabar keluar lain.

Kita bercakap lagi, mengenai misalan saya kata masalah geran tanah peneroka FELDA-tidak boleh, tidak boleh. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Tuan Abdul Ghafar kata semua akan diberi geran. Sedap betul, insya Allah, kita akan menang semua dekat FELDA. Tetapi kena kempen cara betul-betul. Kalau kempen tidak betul, cara FELDA jangan main-main, tukul besi naik ke kepaJa, orang FELDA ialah orang yang · sudah 10-12 tahun berjemur di tengah panas. Jadi kalau kita tidak pandai melembutkan hati orang FELDA ini, Tuan Yang di­Pertua, jangan anak harimau hendak diajar mencakar, dia sudah tabu mencakar, tetapi kalau kita tabu di mana pusat barimau, itu dia.

Ramai kita ini semua tabu barimau, tetapi pusat barimau di mana? Pusat barimau tidak di perut dia, kalau hendak cari pusat barimau, carilab di perut dan sampai tua lalu pun tidak jumpa. (Ketawa) Jadi kalau hendak menaiclU!C, nendak melembutkan orang yang garang, kena cari, raba pusatnya dabulu. Jadi begitulab dengan peneroka kita tadi. Tuan Abdul Ghafar yang tabu pusatnya, sebab itulah diberinya geran. Tuan

Abdul Ghafar, bukan saya, yang tabu pusat peneroka itu, diberinya geran dahulu. Bagi saya, saya pun ikut syok sama, sebab keluarga saya pun ban yak di FELDA itu, tetapi saya fikir, saya menong, saya sudab dapat sekeping tanah 15 tabun dabulu sebingga sekarang tidak dapat geran. 15 tabun dahulu semasa Dato' Harun jadi Menteri Besar, saya diberi sekeping tanab dua ekar, tanab betul dua ekar, tetapi sebingga sekarang tidak dapat geran.

Peneroka FELDA ini, saya takut 30 tabun akan datang pun geran tidak keluar. Maklumlab, ini memang jadi satu penyakit kelemahan di pejabat­pejabat tanah kita-bendak ukur, bendak survey, bendak pancang batu, bendak tarik rantai, pegawai tidak cukup, elaun tidak ada, macam­macam, 1001 macam alasan. Jadi kalau geran tidak keluar 30 tahun akan datang pun, elok juga, tidak ada sesiapa yang dapat memajak geran itu kepada orang lain. Simpan sabajalab geran itu dekat pejabat FELDA, bagus juga, tetapi dia membaralab "bobong, janji tabun 1988 bendak beri geran, sampai tabun 1989 pun geran tidak keluar-ini tipu, bohong." Masa itu kita semua sudab tidak ada, tinggal orang-orang baru, pemim­pin-pemimpin muda yang akan mengbadapi masalah itu besok­badapilah.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Akta ini untuk diluluskan. Sekian, terima kasib.

6.03 ptg.

Tuan Dahalan bin Haji Embun: Tuan Yang di-Pertua, sedap betul mendengar pidato Yang Berhormat Tuan Haji tadi dan saya pun bendak tambab sedikit.

Saya ucapkan terima kasib kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang untuk saya menyertai bersama menyokong dan membahas secara ringkas Rang Undang-undang

Page 60: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2787 30 NOVEMBER 1988 2788

yang bernama Akta Mahkamah Juvana Pindaan 1988.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan sentuh hanya satu aspek. Banyak perkara yang berkait~n t~lah pun disebut oleh Ahh-ahh Yang Berhormat sebelum daripada saya, dan saya menyokong di atas teguran, cadangan dan saranan mereka itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian pihak Peguam Negara kepada terje~ahan istila~ "Juvana". Sekali 1mbas buny1 "Juvana" seolah-olah seperti sejenis bunga, kadangkala seolah-olah macam sebuah Kelab Golf. Ada yang menyebutnya "Juana" dalam Dewan ini, ada juga yang menyebutnya "Jona", ada yang menyebut "Javana"

b h "J .. dan ada yang menye ut anya an~ : Ini telah pun disebut dalam Dewan 101 setakat yang saya mengikut.

Saya juga tidak nampak bagaiman~ perkataan ini boleh dieja dengan Jaw1 dengan tidal( hilang bunyi Juvana. Sedekat ejaan Jawi ialah "jim wau ba alif non alif"-bunyinya Jubana. Mungkin ini makna lain pula, tidak ada huruf "va" dalam Jawi. Juvana ini jika dieja dengan Jawi bunyinya tidak tepat, saya tidak tahu bagaimana Utusan Melayu akan ejanya. Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, inginlah saya cadangkan supaya pihak Peguam Negara mencipta istilah undang­undang dengan perkataan yang lebih sesuai disebut, didengar dan dieja dengan Jawi. Mungkin Rang Undang: undang ini hanya disebut sebaga1 "Akta Mahkamah Kanak-kanak" sahaja, senang dieja dan senang_ difaham. Banyak perkataan Melayu yang sedia ada boleh digunakan dan kita tidak perlu mengguna perkataan English hinggakan hilang pula ke Melayuan kita dalam hal terjemahan istilah undang-undang baru ini. Maka inilah saya bawa hal terjemahan ini untuk perhatian dan pertimbangan Kementerian yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya sokong dan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi? Sekiranya tidak ada, saya persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bertanggungjawab untuk memberikan jawapan.

6.06 ptg.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Oo Gin Sun): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menunjukkan minat terhadap Rang Undang-undang ini dan turut bangun membahaskan dan seterusnya menyokong pindaan ini.

Saya tidak akan menyentuh satu persatu hujah-hujah ~ang; telah dikemukakan oleh Ahh-ahh Yang Berhormat kerana ada di antara Yang Berhormat telah membangkitkan isu yang sama. Saya rasa cukuplah sekadar saya memberi penjelasan terhadap beberapa perkara penting yang telah dibangkitkan.

Ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan punca kejadian jenayah di kalangan Juvana. Saya rasa ini adalah di luar bidangkuasa Akta yang dicadangkan dipinda kerana segala punca-punca kejadian jenayah yang telah dibangkitkan itu lebih merupakan masalah sosial dan di luar skop mana-mana undang-undang. Bagaimanapun, ~aya meng~mbi! perhatian akan keb1mbangan Ahh-ahh Yang Berhormat sekalian dan mengucapkan terima kasih kepa.da Ahli-ahli Yang berhormat yang beg1tu menumpukan perhatian terhadap hal anak-anak muda di negara kita ini.

Yang Berhormat Senator Azman Atar telah membangkitkan takrif "orang muda" yang dikatakannya telah tidak diberi penjelasan dalam Huraian. Untuk makluman Yang

Page 61: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2789 30 NOVEMBER 1988 2790

Berhormat, "orang muda" telah pun ditakrifkan di bawah Seksyen 2 (1) Akta ibu iaitu "Seseorang yang telah mencapai umut 14 tahun dan di bawah umur 18 tahun"

Untuk makluman Yang Berhormat juga, walaupun Pendakwa Raya diberi kuasa untuk merayu kepada Mahkamah Tinggi, ini tidak bermakna bahawa apabila sampai ke Mahkamah Tinggi setiap keputusan Mahkamah Juvana akan diakas atau, dengan izin, reverse oleh Mahkamah Tinggi. Apa­apa keputusan pun yang akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi atas rayuan Pendakwa Raya akan bergantung kepada segala fakta di hadapan fakta di hadapan mahkamah. Pindaan yang dicadangkan ini adalah untuk memberi peluang kepada Pendakwa raya merayu dalam hal di mana dia tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Juvana-tidak lebih daripada itu.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah juri yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Azman, ingin saya merujuk beliau kepada Seksyen 4 Akta ibu di mana prosedur di Mahkamah Juvana telah ditetapkan iaitu Majistret Kelas Pertama adalah dibantu oleh dua orang penasihat yang dipilih daripada suatu panel dan seorang daripada dua orang penasihat itu hendaklah, jika praktis, terdiri daripada seorang perempuan. Dan fungsi penasihat ini ialah untuk memberitahu dan menasihati mahkamah mengenai apa-apa hukuman terhadap seorang Juvana.

Kepada Yang Berhormat Senator Ainon Ariffin yang telah mengemukakan 3 soalan di awal hujah beliau, saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat memberikan statistik yang diminta oleh beliau di sini. Bagaimanapun saya maklum soalan-soalan yang telah dikemukakan dan akan memberi jawapan bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meredakan kebimbangan Yang Berhormat Senator mengenai prosedur di Mahkamah Juvana. Di sini ingin saya tegaskan bahawa Akta Mahkamah Juvana 1947 telah digubal khusus dengan tujuan melindungi juvana dan kerana itu Akta telah menetapkan prosedur bagi membicarakan kes-kes yang melibatkan juvana dan mahkamah semasa mendengar kes tidak boleh lari daripada prosedur yang telah ditetapkan oleh Akta.

Dengan adanya kuasa bagi Pendakwa Raya merayu, tidaklah bermakna bahawa beliau akan merayu dalam semua jes juvana. Ianya tentu akan bergantung kepada fakta kes dan dapatan atau perintah Mahkamah Juvana. Bagaimanapun demi keadilan, Pendakwa Raya perlulah ada kuasa untuk merayu dan saya rasa kuasa ini tidak akan disalahgunakan.

Seterusnya ingin saya menegaskan di sini bahawa Akta telah menetapkan kuasa-kuasa Mahkamah Juvana apabila kesalahan telah dibuktikan iaitu di Seksyen 12. Tidaklah bermakna bahawa jika kesalahan dibuktikan, Majistret akan menjatuhkan hukuman yang berat dalam semua kes kerana di bawah Seksyen 12 itu beberapa langkah boleh diambil dan tidak semuanya adalah hukuman berat. Umpamanya, mahkamah mungkin memberi amaran dan melepaskan juvana itu kerana ianya dibolehkan di bawah Seksyen 12. Kuasa-kuasa Majistret tidak terhad kepada denda atau Sekolah Henry Gurney, malah ban yak lagi alternatif yang boleh diambil dan ianya akan bergantung kepada fakta­fakta kes itu.

Yang Berhormat Senator Azumu Tak dan Senator Dato' Haji Zakaria masing-masing telah menyatakan kebimbangan mereka mengenai kuasa Pendakwa Raya untuk merayu

Page 62: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

'

2791 30 NOVEMBER 1988 2792

terhadap keputusan Mahkamah Juvana dan berpendapat kuasa ini hanya perlu dilaksanakan dalam kes­kes yang serius sahaja. Di sini sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Pendakwa Raya tidak akan menggunakan kuasa ini sewenang­wenangnya dan akan menggunakan budibicaranya dalam hal ini. Sarna ada sesuatu kes ini boleh dianggap serius atau tidak, akan bergantung pada fakta-fakta kes umpamanya kesalahan yang dilakukan, sama ada kesalahan pertama atau sebaliknya dan hukuman yang telah ditetapkan oleh undang­undang bagi kesalahan itu.

Kerajaan juga mengambil perhatian teguran-teguran yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Haji Zakaria mengenai Lembaga Penasihat yang dikatakan tidak sesuai.

Yang Berhormat Senator Hamid Arby telah menyarankan supaya ibu bapa dihukum sama atas kesalahan anak-anaknya. Saya rasa Kerajaan tidak dapat menerima saranan ini kerana kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak bukanlah suatu kesalahan jenayah yang boleh dihukum. Mahkamah hanya boleh menghukum jika ianya suatu kesalahan jenayah.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyokong pindaan ini dan ingin saya terangkan di sini bahawa segala teguran dan syor-syor Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, terutamanya mengenai kekurangan di asrama akhlak dan kelambatan mendengar kes akan diambil perhatian oleh Kerajaan.

Sekiranya saya tidak menyentuh atau memberi jawapan kepada beberapa perkara yang dibangkitkan seperti masalah pendidikan akhlak dan pakaian, bukanlah hasrat saya untuk memberi jawapan yang mudah dengan menyatakan itu di luar bidang

kuasa ini, tetapi semuanya Kerajaan membahagikan kepada Kementerian mengenai tanggungjawab melak­sanakan dan perkara-perkara 1m mestilah dijawabkan kepada Kementerian berkenaan.

Mengenai perkataan juvana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dahalan, ingin saya tegaskan di sini bahawa dalam peristilahan Melayu huruf konsonan adalah ditakrifkan dan dalam ejaan Bahasa Melayu Indonesia juga perkataan "v" adalah ditakrif sebagai salah satu daripada konsonan dan itu merupai sebutan yang tertentu. Untuk makluman Yang Berhormat juga Dewan Bahasa juga menggunakan "v" bagi rujukan "v" dalam bahasa Inggeris di tempat itu.

Dengan itu, akhirnya saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli yang membahaskan dan menyokong Rang Undang-undang ini. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan J awatankuasa)

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Page 63: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2793 30 NOVEMBER 1988 2794

RANG UNDANG-UNDANG BIDAN (PINDAAN DAN

PERLUASAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.19 ptg.

Menteri Kesihatan (Dato' Chan Siang Sun): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk membentangkan suatu Rang Undang-undang bertajuk Akta Bidan (Pindaan dan Perluasan) 1988 untuk meminda Akta Bidan 1966 dan untuk memperluaskan Akta ini ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dibaca kali yang kedua sekarang.

Akta Bidan adalah suatu Akta yang bertujuan untuk mengawal pen­daftaran bidan-bidan, pengawalan perbidanan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengannya.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidmatan perbidanan adalah dijalankan oleh Kerajaan, bidan swasta dan traditional birth attendant, dengan izin, atau bidan kampung. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan yang penting dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini. Oleh itu, Kerajaan ~mandang berat terhadap perkara ini dan juga keselamatan ibu dan bayi dalam perkhidmatan-perkhidmatan perbidanan yang terse but. Ekoran dari ini, Kementerian berpendapat bahawa pindaan-pindaan harus dibuat kepada Akta Bidan supaya peruntukan­peruntukan dapat diperkukuhkan dan peraturan-peraturan baru dapat digubalkan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa sekarang terdapat tiga undang-undang yang menguasai pendaftaran bidan­bidan di Malaysia iaitu Akta Bidan 1966 yang digunakan di negeri-negeri di Semenanjung. Kedua, Ordinan Bidan Sabah, (Chapter 78) yang digunakan di Sabah dan yang ketiga Ordinan Bidan Sarawak. (Chapter 113) yang digunakan di Sarawak. Oleh kerana itu, terdapat beberapa

perbezaan peruntukan dari segi pendaftaran pengkuatkuasaan terhadap pengamalan perbidanan di tiga-tiga kawasan yang tersebut. Oleh itu, adalah didapati perlu dibuat pindaan kepada Akta Bidan 1966 agar penyeragaman peruntukan dapat dibuat. Pada masa yang sama Akta Bidan 1966 akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak yang mana akibatnya nanti cumalah satu peruntukan mengenai pengamalan perbidanan sahaja digunakan bagi negeri-negeri di Malaysia. Rang Undang-undang yang disampaikan hari ini adalah berkaitan dengan pindaan-pindaan yang akan dibuat kepada Akta Bidan 1966 seperti berikut.

Seksyen 1 subseksyen 1 Akta Bidan yang sedia diperuntukkan bahawa Akta ini dipakai bagi negeri-negeri Malaysia sahaja. Kementerian ini mencadangkan agar satu pindaan dibuat kepada Akta Bidan 1966 serta memperluaskannya ke Sabah dan Sarawak · untuk penyeragaman pengkuasaan profession perbidanan di seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 3 Akta Bidan memperuntukkan penubuhan dan keanggotaan Lembaga Bidan. Buat masa ini bilangan ahli adalah 15. Kementerian berpendapat bahawa keahlian Lembaga Bidan patut menggambarkan profession perbidanan secara keseluruhannya. Maka Kementerian ini mencadangkan pindaan kepada Seksyen ini agar bilangan ahli-ahlinya ditambah dari 15 ke 17.

Seksyen 5 subseksyen 2 Akta Bidan memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengarah dikeluarkan dari daftar nama mana-mana orang di atas sebab yang tertentu. Kementerian scdar bahawa peruntukan ini yang memberikan peruntukan bagi tindakan tatatertib tidak mencukupi untuk mengawasi dan mengawalkan

Page 64: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2795 30 NOVEMBER 1988 2796

amali perbidanan dengan sempurna. Justeru itu, Kementerian Kesihatan mencadangkan agar satu Bahagian IVA yang baru diadakan bagi kuasa­kuasa tindakan tatatertib yang lebih lengkap. Peruntukan-peruntukan juga diadakan mengenai hukuman, rayuan terhadap hukuman dan restoration nama bidan yang telah dikeluarkan dari buku daftar. Ini adalah untuk menjamin agar perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak adalah dikendalikan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 6 Akta Bidan memperuntukkan rayuan kepada Menteri terhadap pengeluaran nama dari daftar. Kementerian Kesihatan mencadangkan satu Seksyen baru (IA) yang diper­untukkan bahawa Menteri boleh menggesa, menggegas atau mengubah keputusan Lembaga yang telah dibuat di bawah Seksyen 5 Akta Bidan. Walaupun ada peruntukan rayuan tiada peruntukan untuk memasukkan semula nama dalam daftar, jika sesuatu rayuan itu telah diterima oleh Menteri. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan menca-dangkan satu sub-seksyen 3 yang baru bagi memperuntukkan nama yang telah dikeluarkan dari daftar dimasukkan semula.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 9 Akta ini memperuntukkan perlantikan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pendaftar Lembaga. Kementerian Kesihatan mencadang­kan satu pindaan dibuat untuk memperuntukkan bagi perlantikan Ketua Pengira Jururawat Kementerian Kesihatan sebagai Pendaftar Lembaga Bidan supaya hal-hal yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan di bawah Akta dan peraturannya boleh diuruskan oleh beliau.

Seksyen 10 Akta Bidan adalah berkaitan dengan daftar. Pada masa ini terdapat dua bahagian dalam daftar bidan iaitu Bahagian I Satu untuk

Pendaftaran Bidan Jururawat dan nahagian II untuk Pendaftaran Bidan. Adalah didapati perlu untuk mendaftar jururawat luar bandar dan tradisional birth attendance, dengan izin atau bidan kampung, maka kementerian ini mencadangkan satu pindaan untuk menambah bahagian di dalam Daftar daripada dua bahagian yang sedia ada kepada empat bahagian untuk mendaftarkan jururawat luar bandar dalam Daftar Bahagian III dan bidan kampung dalam Daftar Bahagian IV. Pindaan 1m akan menentukan pendaftaran kepada semua kategori bidan yang mengamalkan perbidanan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 11 Akta Bidan menetapkan kelayakan untuk pendaftaran dalam Daftar Bahagian I dan Bahagian II. Dengan bertambahnya dua lagi bahagian dalam Daftar maka adalah perlu untuk menetapkan kelayakan bagi mendaftarkan di bahagian-bahagian baru tersebut dalam Daftar. Dengan demikian, Kementerian ini mencadangkan satu pindaan untuk memperuntukkan kelayakan bagi pendaftaran jururawat luar bandar, jururawat masyarakat dan jururawat kesihatan luar bandar dalam Bahagian III Daftar dan Traditional Birth attendence, dengan 1zm, bidan kampung dalam Bahagian Empat Daftar. Bahagian Empat Daftar akan dikuatkuasakan selama 10 tahun dari tarikh pindaan ini berkuatkuasa dan keperluannya akan dikaji semula selepas tempoh tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, Seksyen 14 Akta Bidan memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika seorang mengamalkan perbidanan tanpa pendaftaran di bawah Akta ini. Peruntukan ini akan menjejaskan traditional Birth Attandence atau bidan kampung mendapatkan pengalaman yang diperlukan untuk melayakkan mereka mendaftar dalam Bahagian IV Daftar. Oleh hal yang

Page 65: Hari Rabu MALAYSIA - parlimen.gov.my · b MALAYSIA PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEDUA AHLI-AHLI DEWAN NEGARA Yang Berhormat Tuan Yang di …

2797 30 NOVEMBER 1988 2798

demikian, Kementerian Kesihatan mencadangkan satu seksyen· baru iaitu 14A dimasukkan untuk membolehkan orang-orang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini iaitu bidan-bidan kampung membantu wanita-wanita semasa melahirkan anak di bawah penyeliaan bidan berdaftar untuk melayakkan dirinya didaftarkan di dalam Bahagian Empat Daftar Bidan.

Tuan Yang di-Pertua, kuasa dan tugas bagi pihak berkuasa penyeliaan tempatan yang terdapat dalam Seksyen 19 yang sedia ada tidak mencukupi lagi tujuan penguat-kuasaan. Oleh itu, Kemen-terian im mencadangkan satu pindaan yang mcngganti peruntukan

L-A03607.

lama dengan satu peruntukan baru yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia membuat penyeliaan am ke atas semua bidan berdaftar bagi menyeragamkan penguatkuasaan peraturan-peraturan di bawah Akta ini di negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta maaf, oleh sebab masa sudah sampai, maka saya tangguhkan Dewan ini hingga hari esok, jam 2.30 petang.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.