hari anugerah cemerlang skr 2012

9
Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib dan tetamu-tetamu jemputan ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang 2012 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis penuh ceria Bismillahirahma….Assalamualaikum…Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berbahagia YDP PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib, Yang Berusaha Guru Besar SK Rawang, En Azman b Ahmad Yang Dihormati, Puan Zabedah bt Jain, Pn Sarah bt Saari, Pn Hjh Mimpin bt Kassim Yang dihormati guru-guru penolong kanan, barisan AJK PIBG SK Rawang seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah ini bagi menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu – tetamu jemputan kita pada hari ini kerana sudi hadir ke majlis ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Upload: eeliani-noordin

Post on 05-Aug-2015

45 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

Mengumumkan ketibaan Yang Dipertua PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib dan tetamu-tetamu jemputan ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang 2012

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri.

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Bismillahirahma….Assalamualaikum…Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia YDP PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib,

Yang Berusaha Guru Besar SK Rawang, En Azman b Ahmad

Yang Dihormati, Puan Zabedah bt Jain, Pn Sarah bt Saari, Pn Hjh Mimpin bt Kassim

Yang dihormati guru-guru penolong kanan, barisan AJK PIBG SK Rawang seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin hadirat sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah ini bagi menjayakan Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu – tetamu jemputan kita pada hari ini kerana  sudi hadir ke majlis ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian.  Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita mendengar alunan ayat suci Al-Quran yang akan disampaikan oleh adik Ahmad Fawwaz b Ahmad Tajuddin dan terjemahannya disampaikan oleh adik Mohd Amir Hafizi b Radzi.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

Page 2: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar SK Rawang, En Azman b Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati,

Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan perasmian. Bertonggak adat,  “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan   Yang Berbahagia YDP PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang bagi tahun 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi.

Kuning emas masaknya padiMawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis menjemput Guru Besar SK Rawang, En Azman b Ahmad untuk menyampaikan cenderahati kepada En Mohamad Razali b Taib.

Adat tuan adat berserahMari datang membawa puan

Adat bersirih adat sejarahUntuk tuan kami sembahkan

Page 3: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Pembuka seri majlis pada pagi ini ialah persembahan pertama iaitu persembahan Angklung daripada murid-murid tahun 5 yang telah memenangi tempat pertama sempena sambutan Hari Kanak-Kanak SK Rawang 2012. Persembahan ini adalah di bawah pimpinan Pn Nazatul Shuhada bt Mohd Hassan dipersilakan…..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Untuk makluman semua, majlis amat berbesar hati menerima kehadiran warga emas iaitu Puan Zabedah bt Jain, Pn Sarah bt Saari dan Pn Hjh Mimpin bt Kassim ke majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang 2012. Bertepatan dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan anak-anak, para pelajar menghormati dan mengasihi warga emas atas sumbangan dan khidmat bakti dalam bidang yang mereka ceburi maka kehadiran mereka dalam menjayakan majlis pada pagi ini amat dihargai…

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah. Buat julung kalinya, anugerah Bapa Teladan diadakan pada tahun ini bagi memberi penghargaan kepada waris murid-murid SK Rawang yang sentiasa memberikan komitmen dan kerjasama yang amat baik kepada pihak sekolah. Pemilihan dijalankan oleh panel yang layak dan dilantik. Untuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis menjemput YDP PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib diiringi oleh En Azman b Ahmad, Guru Besar SK Rawang.Dipersilakan…………..

Setelah dinilai oleh panel yang dilantik, dua orang bapa murid SK Rawang telah dianugerahkan sebagai Bapa Teladan SK Rawang 2012. Mereka ialah En Nyonyoi b Asih dan En Osman b Deli Sali. Dijemput En Nyonyoi b Asih untuk naik ke pentas menerima hadiah.Dipersilakan pula En Osman b Deli Sali untuk naik ke pentas menerima hadiah. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus

Page 4: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Majlis anugerah diteruskan dengan Graduasi Prasekolah dan Tokoh Murid Pra Sekolah Untuk itu majlis mempersilakan Puan Zabedah bt Jain diiringi oleh Penolong Kanan HEM SK Rawang, Pn Sharohan bt Yakup untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan.

(ikut buku program)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian anugerah sebentar tadi. Seterusnya majlis menjemput Pn Sharohan untuk menyampaikan cenderahati kepada Puan Zabedah bt Jain, dipersilakan.

Hinggap bersarang si burung tempua,Persembahan kedua menyusul pula

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat sekalian

Seterusnya majlis berehat seketika. Hadirin sekalian akan disajikan dengan sebuah persembahan Dikir Tari daripada murid-murid tahun 6 dibawah pimpinanPn Nurhana bt Kulob Mat Ratu Dipersilakan….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Untuk makluman, persembahan sebentar tadi memenangi tempat kedua sempena sambutan Hari Kanak-Kanak SK Rawang 2012.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah bagi kategori seterusnya. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Pn Sarah bt Saari diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd Arif b Khalil untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(ikut buku program)-Terbaik dalam kelas-Terbaik Mata pelajaran-Anugerah 5A

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya majlis menjemput En Mohd Arif untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn Sarah bt Saari

Page 5: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

Baju dipakai berwarna warniPersembahan ketiga menyusul kini.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat sekalian,

Marilah kita saksikan persembahan gerak tari daripada anak-anak cilik Pra Sekolah SK Rawang dibawah bimbingan Pn Norhafizah bt Nawi dan Pn Jannatun Naim. Dipersilakan….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih…

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi. Justeru itu, majlis menjemput pulaPn Hjh Mimpin bt Kassim diiringi oleh Penolong Kanan HEM Pn Sharohan bt Yakup Dipersilakan……

(ikut buku program)-Murid Berpotensi-Hadiah Kerajinan-LINUS-Anugerah Jauhari

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Seterusnya majlis menjemput Pn Sharohan untuk menyampaikan cenderahati kepada Pn Hjh Mimpin bt Kassim

Lompat si katak lompat,Kini tiba persembahan keempat.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Persembahan keempat merupakan pemenang tempat ketiga sempena sambutan Hari Kanak-Kanak SK Rawang 2012. Marilah kita saksikan bersama persembahan daripada murid-murid moral iaitu ‘Rasiga Dance’ di bawah pimpinan Pn Maheswary Dipersilakan…….. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat sekalian

Page 6: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang 2012 diteruskan lagi. Justeru itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG SK Rawang, En Mohamad Razali b Taib diiringi oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Arif b Khalil untuk menyempurnakan penyampaian anugerah seterusnya. Dipersilakan…

(ikut buku program)-Kategori seterusnya ialah Tokoh Nilam 2012

Untuk makluman, pemilihan Tokoh Nilam adalah berdasarkan jumlah buku terkumpul melebihi 300 buah buku yang dibaca dan direkodkan oleh murid. Pada tahun ini 4 orang murid telah dipilih untuk menerimannya. Mereka akan membawa pulang hadiah iringan dan sijil NilamDipersilakan adik…………………………………………………………………….(jumlah buku)

-Tokoh Kokurikulum 2012

Adik Mohd Amir Hafizi b Radzi.  merupakan satu-satunya murid dari sekolah ini yang telah berjaya dipilih menyertai pasukan bola sepak mewakili daerah Gombak ke Kejohanan Bola Sepak peringkat negeri Selangor dan pasukan beliau telah berjaya menjadi johan dalam kejohanan tersebut. Atas kecemerlangan dan usaha beliau majlis dengan ini menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Kokurikulum SK Rawang 2012. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Kini, tibalah acara kemuncak majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawang 2012. Untuk makluman semua , pemilihan tokoh murid adalah dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam akademik dan juga kokurikulum. Bukan mudah untuk membuat pilihan yang terbaik. Keputusan pemilihan diperolehi daripada panel pemilihan yang dipengerusikan oleh Guru Besar SK Rawang. Siapakah Tokoh Murid lelaki dan Perempuan SK Rawang 2012 yang akan dinobatkan pada tahun ini? Biarlah ianya menjadi rahsia seketika. Sebelum diumumkan, marilah kita mendengar serba sedikit biodata bagi kedua-dua tokoh murid ini.

(Baca biodata Tokoh Murid Perempuan dahulu kemudian Lelaki)Kedua-dua Tokoh Murid akan naik ke pentas selepas dibacakan biodata dengan iringan muzik gamelan.

Page 7: Hari Anugerah Cemerlang SKR 2012

Dijemput ibu bapa bagi kedua-dua tokoh murid untuk naik ke pentas bersama-samaUntuk menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis menjemput Guru Besar SK Rawang En Azman b Ahmad diiringi oleh Penolong Kanan HEM Pn Sharohan bt Yakup

Dengan segala hormatnya dipersilakan….

Seterusnya penyampaian sijil bagi Graduasi Tahun 6. Sekali lagi dijemputEn Azman b Ahmad untuk menyempurnakannya.

(baca nama murid ikut senarai nama)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja

         Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hati

Semoga kita berjumpa lagi.

Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Rawan g 2012merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Mengumumkan tetamu-tetamu jemputan meninggalkan majlis dan dijemput ke bilik gerakan untuk jamuan.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh