hargai mereka dengan · 2020. 12. 31. · yang dilindungi di dalam pelan ini. 4. bagaimana prubsn...

11

Upload: others

Post on 06-Feb-2021

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • HARGAI MEREKA DENGAN SEWAJARNYA

    Mencari dan mengekalkan pekerja yang cemerlang adalah satu cabaran. Sebagai majikan, anda mahu memberikan manfaat-manfaat perlindungan pekerja yang paling komprehensif. Anda mahu mereka dan bakal pekerja tahu bahawa kebajikan mereka dititikberatkan ketika bekerja di organisasi anda.

    Di PruBSN, kami memahami keperluan anda. Dengan PruBSN Employee Benefit, kami menawarkan anda pelan manfaat pekerja yang eksklusif untuk memenuhi keperluan mereka.

  • Memberikan Bantuan Kewangan

    UNTUK MEREKA YANG DISAYANGIKehilangan nyawa adalah satu tragedi tetapi hidup harus diteruskan oleh pasangan dan anak-anak mereka. Pastikan keperluan keluarga mereka yang terdekat dilindungi dengan mengurangkan beban kewangan mereka.

    UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN FIZIKAL MEREKAKemalangan boleh berlaku dan mengakibatkan hilang upaya fizikal yang menghalang mereka daripada bekerja seperti biasa. Ringankan beban mereka dengan memberikan pendapatan gantian untuk menyesuaikan diri.

    UNTUK KEPERLUAN PERUBATAN MEREKADisahkan menghidap penyakit yang mengancam nyawa boleh mengganggu kehidupan mereka. Bantu mereka supaya mereka boleh mendapatkan penjagaan terbaik apabila mereka didiagnos dengan penyakit kritikal.

    UNTUK SOKONGAN EMOSI MEREKAKehilangan nyawa pasangan atau anak-anak merupakan pengalaman yang memberi kesan kepada emosi. Berikan sokongan dengan memberi pampasan untuk membantu mereka melalui situasi tersebut.

  • Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Employee Benefit

    1. Apakah PruBSN Employee Benefit?

    PruBSN Employee Benefit adalah satu pelan takaful berkelompok dengan sumbangan tunggal tahunan yang boleh diperbaharui. Ia direka dengan empat jenis perlindungan – Employee Term Takaful (ETT), Employee PA (EPA), Employee Crisis Protector (ECP) dan Employee Takaful Income (ETI) – yang memberi perlindungan apabila berlaku kehilangan nyawa, hilang upaya, kemalangan dan penyakit kritikal.

    Pelan Manfaat-manfaat Butiran

    ETT Kehilangan nyawa Satu amaun dibayar sekaligus apabila berlaku kehilangan nyawa secara semulajadi atau disebabkan kemalangan.

    Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

    Satu amaun dibayar sekaligus apabila mengalami TPD berlaku secara semulajadi atau disebabkan kemalangan.

    Elaun khairat kematian

    Untuk jumlah perlindungan asas RM50,000 dan ke atas:i. RM1,000 sekali bayaran apabila pasangan meninggal

    dunia ii. RM500 setiap bayaran apabila anak meninggal dunia

    (maksimum 3 kali bayaran)

    EPA Kehilangan nyawa atau Hilang Upaya Kekal

    Satu amaun dibayar sekaligus apabila kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal akibat kemalangan.

    ECP Penyakit Kritikal Satu amaun dibayar sekaligus apabila seorang pekerja disahkan menghidap penyakit kritikal yang dilindungi. Bayaran ECP akan mengurangkan manfaat ETT.

    ETI Pendapatan Tahunan Apabila seorang pekerja mengalami TPD, ETI akan dibayar secara tahunan selama sepuluh (10) tahun atau sehingga pekerja meninggal dunia, yang mana terdahulu. Bayaran tahunan pertama akan dibayar satu (1) tahun selepas kejadian tersebut.

  • 2. Apakah pilihan-pilihan yang disediakan untuk PruBSN Employee Benefit?

    Pelan Pelan A Pelan B Pelan C Pelan D Pelan E

    ETT RM20,000 RM50,000 RM100,000 RM200,000 RM500,000

    EPA RM20,000 RM50,000 RM100,000 RM200,000 RM500,000

    ECP RM10,000 RM25,000 RM50,000 RM100,000 RM250,000

    ETI RM2,000 RM5,000 RM10,000 RM20,000 RM50,000

    Elaun khairat kematian

    Tiada Ya Ya Ya Ya

    3. Siapa yang boleh menyertai PruBSN Employee Benefit?

    Pelan ini ditawarkan kepada kumpulan yang mempunyai minimum lima (5) orang pekerja dalam lingkungan umur tujuh belas (17) dan enam puluh lima (65) tahun. Umur maksimum untuk memperbaharui pelan adalah enam puluh sembilan (69) tahun. Pekerja anda akan menjadi ahli yang dilindungi di dalam pelan ini.

    4. Bagaimana PruBSN Employee Benefit berfungsi?

    Sumbangan akan dibayar oleh majikan. Semua manfaat akan dibayar kepada majikan yang diamanahkan untuk membayar manfaat tersebut kepada pekerja atau waris mereka.

    5. Apakah caj-caj dan potongan-potongan yang dikenakan dalam PruBSN Employee Benefit?

    Butiran caj dan potongan disenaraikan dalam jadual di bawah.

    Jenis caj dan potongan Butiran

    Caj Wakalah 30% daripada sumbangan kasar. Caj ini membenarkan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) membayar komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan.

    Duti Setem Caj duti setem sebanyak RM10 untuk sijil induk baru dan setiap kali anda memperbaharui sijil dengan PruBSN.

    Tabarru` Sumbangan yang ditolak Caj Wakalah akan dimasukkan ke dalam Dana Tabarru`.

  • Nota-nota Penting

    1. Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan PruBSN. Sila rujuk kepada Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini. Terma-terma dan Syarat-syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel Terma-terma dan Syarat-syarat jika anda memerlukan maklumat terperinci tentang pelan tersebut.

    2. Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam risalah ini, Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir akan Datang.

    3. Anda perlu memperbaharui sijil ini secara tahunan, sebelum sijil tamat. PruBSN boleh menukar kadar sumbangan yang boleh dibaharui, menukar terma-terma dan syarat-syarat atau menolak pembaharuan sijil berdasarkan pengalaman tuntutan dan sebarang keadaan wajar yang lain.

    4. PruBSN Employee Benefit tidak menyediakan sebarang amaun manfaat daripada Dana Tabarru` pada tempoh tamat sijil.

    5. Bayaran EPA adalah berdasarkan skala manfaat yang dinyatakan dalam dokumen sijil.

    6. Sekiranya anda membatalkan sijil ini sebelum tarikh tamat, anda layak menerima nilai serahan (jika ada) daripada Dana Tabarru`.

    7. PruBSN Employee Benefit adalah berdasarkan persetujuan bantuan bersama (Ta`awun) di mana sebahagian daripada sumbangan anda ditolak dan dikumpulkan ke dalam Dana Tabarru` bersama dengan sumbangan peserta-peserta yang lain untuk memberikan manfaat kewangan bersama yang boleh dibayar kepada semua peserta takaful yang layak. Berdasarkan prinsip Wakalah bi al-ujrah, PruBSN akan menguruskan pelan takaful anda sebagai pulangan untuk caj-caj Wakalah yang tersenarai di atas.

    8. Tabarru` adalah satu persetujuan di mana sebahagian daripada sumbangan anda didermakan ke dalam dana untuk membantu ahli-ahli yang dilindungi yang memerlukannya menerusi manfaat-manfaat yang layak diterima.

    9. Anda, sebagai pemilik pelan ini berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Bersama pemegang-pemegang sijil utama yang lain, anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai yuran prestasi kerana menguruskan Dana Tabarru`. Amaun tepat agihan lebihan akan di nilai secara tahunan dan tertakluk kepada kelulusan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

  • Pengecualian

    1. Kehilangan nyawa disebabkan membunuh diri, semasa siuman atau tidak siuman, dalam tempoh dua belas (12) bulan pertama dari tarikh asal kuatkuasa ahli yang dilindungi.

    2. Hilang upaya disebabkan cubaan membunuh diri semasa siuman atau tidak siuman, atau sebarang kecederaan yang dilakukan sendiri atau sebarang penyakit.

    3. Peperangan, penaklukan, tindakan keganasan musuh, perang saudara atau kekacauan awam.

    4. Sebarang hilang upaya atau penyakit disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh jangkitan positif sero HIV, AIDS atau sebarang sindrom berkaitan AIDS yang serupa.

    5. Sebarang hilang upaya, kecederaan atau penyakit yang berlaku sebelum tarikh kuatkuasa ahli yang dilindungi.

    6. Berkhidmat dalam atau ditugaskan dengan angkatan bersenjata atau pasukan polis.

    7. Penglibatan dalam sebarang sukan atau hobi merbahaya.

    8. Mempunyai simptom penyakit kritikal sebelum atau dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh kuatkuasa ahli yang dilindungi bagi angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari, kanser, pembedahan pintasan arteri koronari, serangan jantung atau penyakit arteri koronari serius.

    9. Simptom bagi semua penyakit kritikal lain, sebelum atau dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh kuatkuasa ahli yang dilindungi.

    Pengecualian dan had-had di atas adalah tidak terhad. Anda perlu merujuk dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

  • Lampiran 1

    Senarai Penyakit-penyakit Kritikal

    1. Penyakit Alzheimer / Demensia teruk

    2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari

    3. Meningitis bakteria

    4. Tumor otak benign

    5. Buta

    6. Pembedahan otak

    7. Kanser

    8. Kardiomiopati

    9. Anemia aplastik kronik

    10. Koma

    11. Pembedahan pintasan arteri koronari

    12. Pekak

    13. Ensefalitis

    14. Kegagalan hati tahap akhir

    15. Penyakit paru-paru tahap akhir

    16. AIDS dengan gejala penuh

    17. Hepatitis viral fulminan

    18. Serangan jantung

    19. Pembedahan injap jantung

    20. Jangkitan HIV melalui transfusi darah

    21. Kegagalan buah pinggang

    22. Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)

    23. Hilang keupayaan bertutur

    24. Trauma kepala major

    25. Transplan organ utama / sumsum tulang

    26. Penyakit sistik medular

    27. Penyakit neuron motor

    28. Sklerosis Multipel

    29. Kelumpuhan anggota

    30. Penyakit Parkinson

    31. Hipertensi arteri pulmonari primer

    32. Penyakit arteri koronari serius

  • Lampiran 2

    Kadar Sumbangan

    Umur Kemasukan Pelan A (RM)

    Pelan B (RM)

    Pelan C (RM)

    Pelan D (RM)

    Pelan E (RM)

    17 – 30 38 95 187 370 917

    31 – 35 44 110 217 429 1,066

    36 – 40 61 151 297 591 1,472

    41 – 45 89 222 439 875 2,183

    46 – 50 138 345 685 1,366 3,410

    51 – 55 212 532 1,058 2,113 5,278

    56 – 60 344 862 1,719 3,433 8,579

    61 – 65 515 1,288 2,573 5,142 12,848

    66 – 69(Pembaharuan sahaja)

    870 2,177 4,350 8,696 21,735

    Kadar sumbangan adalah berdasarkan kepada risiko piawai kelas pekerjaan 1. Amaun sumbangan sebenar akan bergantung kepada umur, status kesihatan, kelas pekerjaan dan jenis pelan pekerja. Bagi kadar sumbangan sebenar sila rujuk sebutharga.

    33. Strok

    34. Pembedahan aorta

    35. Lupus eritematosus sistemik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk

    36. Kelecuran tahap ketiga

  • APAKAH ITU TAKAFUL?Suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang yang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiarinya pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah dipersetujui terdahulu.

    Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

    Secara literal, Takaful bermaksud tanggungjawab, jaminan, dan perjanjian bersama. Secara umum, takaful diasaskanatas persetujuan kerjasama (Ta`awun) berdasarkan prinsip persamaan dan perpaduan, merangkumi elemen-elemen pampasan bersama dan kepentingan bersama.

    Terdapat tiga (3) aspek persamaan yang terangkum dalam takaful, iaitu pertolongan bersama, tanggungjawab bersama, dan perlindungan bersama.

    Apabila seseorang terlibat dalam skim takaful, dia bukan sahaja mencari perlindungan untuk irinya, malah bekerjasama dengan peserta-peserta lain untuk sama-sama menyumbang antara satu sama lain ketika memerlukan.

    Takaful diambil daripada istilah Arab ‘Kafala’ yang membawa erti “Jaminan bersama” ataumenjamin antara satu sama lain.

    Secara intipatinya, takaful adalah berasaskan prinsip

    “Ta`awun” (kerjasama/pertolongan bersama) di mana penglibatan penyertaannya adalah

    Tabarru`at (kebajikan) secara semulajadi.

    PERTOLONGAN BERSAMA

    PERLINDUNGAN BERSAMADARIPADA KERUGIAN

    TANGGUNGJAWAB BERSAMA

  • Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini

    merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

    Semua maklumat adalah betul semasa penerbitan. Diterbitkan 2020

    PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (200601020898) Tingkat 13, Menara Prudential, Persiaran TRX Barat

    55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur

    Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam

    2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

    Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:

    03 2778 2155 [email protected]

    PruBSN Employee Benefit adalah produk yang berasaskan Syariah.

    Prudential BSN Takaful Berhad ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Sebagai ahli PIDM, sebahagian daripada manfaat yang dilindungi di bawah sijil takaful yang ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad dilindungi daripada kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful oleh PIDM, sekiranya berlaku kegagalan Pengendali Takaful. Untuk maklumat lanjut mengenai had dan skop perlindungan ini, sila dapatkan risalah maklumat PIDM daripada Prudential BSN Takaful Berhad atau layari laman web PIDM (www.pidm.gov.my) atau hubungi talian bebas tol PIDM (1-800-88-1266).

    www.linkedin.com/company/prudential-bsn-takaful-berhad

    www.instagram.com/prubsn_official

    SMS PruBSN dan hartarkan ke 33080

    www.facebook.com/prubsn