hamdolok

8
HAMDOLOK SKMA6043 KRITIKAN SENI PERSEMBAHAN SITI SYARINA ABDUL KHALID P71819 MOHD FADIRUL FIRDAUS MOHD YAACOB P74742 MOHAMAD ZAINURI MOHD ZIN P71814

Upload: wynn-yasser

Post on 24-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Seni persembahan tradisional Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: HAMDOLOK

HAMDOLOKSKMA6043 KRITIKAN SENI

PERSEMBAHAN

SITI SYARINA ABDUL KHALID P71819

MOHD FADIRUL FIRDAUS MOHD YAACOB P74742

MOHAMAD ZAINURI MOHD ZIN P71814

Page 2: HAMDOLOK

Antara kesenian Melayu yang masih

kurang dikenali ramai yang terdapat

di negara ini ialah 'masadeka' atau

lebih dikenali dengan nama ‘hamdolok'.

Gabungan ciri-ciri kesenian Timur

Tengah dengan alam kehidupan

orang-orang Melayu setempat.

Pakaian serta corak persembahan

berasaskan kepada budaya orang-

orang Arab (Timur Tengah).

PENGENALAN

Watak-watak yang mendukung tarian hamdolok

terdiri daripada watak-watak tempatan

khususnya dari sebuah daerah di Batu Pahat,

Johor.

Terbatas kepada media tertentu sahaja, seperti

majlis-majlis keramaian/pesta, pertunjukan seni

dan di rumah-rumah kenduri-kendara.

Hamdolok mengandungi unsur-unsur seni

nyanyian, tarian serta permainan muzik.

Setiap ahli kumpulan yaag terdiri antara

lima belas hingga dua puluh orang, memainkan

peranan masing-masing mengikut jenis

watak, pakaian dan alat muzik yang

mereka mainkan.

Page 3: HAMDOLOK

Hamdolok diasaskan oleh seorang pemuzik

Melayu Asli iaitu Encik Rahmat atau lebih

dikenali di daerahnya sebagai 'Rahmat Wayang'.

Beliau dilahirkan di Singapura, kemudian

berhijrah dan menetap terus di Parit Besar,

Bagan, Batu Pahat, Johor.

Wak Rahmat (Encik Rahmat) mendapat ilham

untuk mencipta tarian hamdolok ini

berasaskan kepada cerita yang pernah

diceritakan oleh Haji Osman Jahit yang

berasal dari Singapura dan telah pergi menuntut

ilmu ke Mekah, tetapi niatnya terpaksa

dibatalkan kerana beliau kekurangan belanja.

Kemudiannya beliau terus menetap di sana

dan menjadi seorang tukang jahit.

Semasa Haji Osman tinggal di sana beliau telah

melihat bagaimana adat orang-orang Badwi

menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad

(S.A.W).

Kononnya orang-orang Badwi menyambut hari yang

berkenaan dengan keluar berkumpul beramai-ramai.

Kemudian berarak sambil membawa tongkat. Dalam

masa berjalan itu mereka akan menyanyi, menari

sambil melonjak-lonjak. Tongkat yang mereka bawa itu

dipukulkan kepada apa sahaja yang mereka temui

seperti batu-batu, tiang, kayu, bangunan, dinding atau

apa sahaja yang boleh menghasilkan bunyi. Orang-

orang Badwi ini juga sambil memainkan alat

muzik seperti gendang, menyanyi dalam bentuk

syair dialek mereka sendiri yang sukar difahami.

LUARAN (EKSTRINSIK)

Page 4: HAMDOLOK

Watak wanita

oLelaki yang memakai gaun labuh tetapi masih

memakai kasut lelaki bagi memudahkan

pergerakan.

oBerambut palsu supaya kelihatan seperti

wanita. Muka disolek seperti seorang

perempuan

Penari & Pemuzik

oPakaian seperti orang Arab. Baju lengan

panjang berwarna putih dan ‘vest’

berwarna merah atau hitam. Kepala memakai

serban putih dan egal warna hitam.

oMuka diberikan warna gelap dan diconteng

agar kelihatan seperti orang Badwi.

Watak Pandu

oPakaian ala ‘Jeneral’. Baju putih berlengan

panjang dan kot berwarna hitam. Seluar

panjang dan kasut kulit hitam. Memakai

tarbus berwarna merah dihias rambu benang.

Bahagian depan tarbus disematkan sebiji

bintang warna putih dengan lima pecahan

(lambang 5 rukun islam).

oMuka dihias dengan misai tebal.

Watak lucu

oBerpakaian tidak kemas, baju hitam yang sangat

besar dan labuh. Lengan lebih panjang dari

ukuran tangan pemakainya. Kadang-kala

memakai ‘vest’ berwarna merah.

oMuka dihitamkan sebelah dan sebelah lagi

berwarna putih. Rambut berwana putih.

KOSTUM & MEKAP KOSTUM & MEKAP

Page 5: HAMDOLOK

Bertemakan persembahan seni untuk

memeriahkan majlis-majlis tertentu

seperti majlis perkahwinan, majlis

keramaian / pesta dan kenduri-kendara.

Menggunakan rentak lagu zapin supaya

persembahan lebih rancak

Persembahan mirip kepada tarian zapin dan

inang.

Latar boleh sahaja di mana-mana tempat

yang bersesuaian. Sama ada di atas

pentas atau di mana-mana kawasan lapang.

Watak pandu sebagai ketua persembahan untuk

memberi arahan dan menguasai

keseluruhan pergerakan penari. Beliau

akan memegang tongkat atau pedang untuk

menukar sesebuah rentak lagu dan tarian.

Watak lucu (seorang yang kaya, berperut buncit,

kuat berpoya-poya, kuat minum arak dan

sentiasa di kelilingi oleh wanita cantik. Beliau

berperanan menghiburkan para penonton

dengan gaya dan tingkah laku yang mencuit hati.

Watak wanita/perempuan yang dilakonkan oleh

seorang lelaki. Juga dikenali sebagai ‘Sri

Panggung’.

Penari dan pemuzik. Menari dan bermain muzik

mengikut arahan yang diberikan oleh pandu.

DALAMAN (INTRINSIK)

TEMA & LATAR WATAK

Page 6: HAMDOLOK

Mempunyai beberapa peringkat tertentu.

Setiap peringkat terdapat perubahan atau

perbezaan dalam persembahan.

Sekurang-kurangnya ada tujuh peringkat

lakonan di dalam sesebuah persembahan.

Peringkat Satu (Persediaan) – para pelakon,

penari dan pemuzik mengambil tempat di dalam

barisan lurus.

Peringkat Dua (Bergerak) – Pemain gambus

mula memetik gambusnya manakala para penari

mula bergerak, menari dan bertepuk tangan.

Peringkat Tiga (Bulatan) – Para pemuzik dan

penari membentuk satu bulatan besar. Watak

lucu dan wanita menari di tengah-tengahnya.

Kemudian watak-watak lain membentuk satu

bulatan dua lapis.

JALAN CERITA (PLOT) JALAN CERITA (PLOT)Peringkat Empat (Dua Bulatan Bujur) – Para

pemuzik dan penari membentuk dua

bulatan bujur. Watak lucu dan wanita berada di

dalam dua bulatan yang berasingan.

Peringkat Lima – Para pemuzik dan penari

membentuk semula satu bulatan dua lapis

seperti peringkat tiga.

Peringkat Enam – Kesemua ahli berhenti

bermain dan duduk bertinggung kecuali

watak lucu dan wanita berdiri di tengah-

tengah. Kemudian muzik zapin dimainkan

dan penari dua tiga pasangan menari

bersama dalam dua barisan lurus.

Peringkat Tujuh (Penutup) – Kesemua ahli

membentuk dua barisan lurus melintang dan

pandu akan memberikan ucapan selamat.

Page 7: HAMDOLOK

Menggunakan air jampi sebelum

persembahan dimulakan bagi

mengelakkan rasa gemuruh dan malu.

Ketua mesti mempunyai ‘ilmu

pendinding’ di tempat persembahan

yang dianggap ‘keras’ dan juga menjauhi

‘perbuatan’ makhluk-makhluk lain.

Tarian bergerak mengikut barisan

tertentu dalam beberapa corak

persembahan.

Mengenakan busana / kostum seragam

bagi sesuatu jenis watak.

Persembahan menggunakan isyarat

tertentu.

Muzik

Gambus, Tamborin, Marakas, Maruas, Dol

atau Konga Drum

Gaya Bahasa

Dalam setiap rangkap syair, mereka

memulakan menyebut perkataan 'masadeka'.

'Ma' bererti 'siapa' dan 'Sadeke' bererti

'benar', Apabila dua perkataan itu

dihubungkan ia membawa maksud 'siapa yang

benar', 'barang yang benar' atau 'mana

yang benar'. Perkataan 'hamdolok'

asalnya dalam bahasa Arab yang diucapkan

oleh orang-orang Badwi. Perkataan ini

disebutkan berkali-kali di dalam persembahan

'korus' yang dinyanyikan beramai-ramai.

Perkataan ini apabila dinyanyikan beramai-

ramai berbunyi 'hamdolok, holok, holok'. Ianya

adalah dari perkataan 'Alhamdulillah, Allah

Allah'.

MUZIK & GAYA BAHASA STRUKTURAL

Page 8: HAMDOLOK

SEKIAN TERIMA KASIH