halia

6
Halia Nama Tempatan: Halia Nama Saintifik: Zingiber Officinale Nama Lain: Jahe, ginger Famili: Zingiberaceae Lokasi dijumpai: seluruh dunia Asal: India keterangan: Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum. kegunaan: Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit- birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus

Upload: aadimasn

Post on 24-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Halia

Nama Tempatan: HaliaNama Saintifik: Zingiber OfficinaleNama Lain: Jahe, gingerFamili: ZingiberaceaeLokasi dijumpai: seluruh duniaAsal: India

keterangan:Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum.kegunaan:Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

Ulasan pembaca

macam mana mahu buat minyak dya .. cara buat minyak dy ?~ alya

sedia membekal halia bara [email protected]. lokasi Kemaman, Terengganu.~ rosmpkmn

salam kpd Pn Norasaja nak kongsi cerita yg hampir sama ngan Pn Nora, mem saya pun kalau dalam pantang itu juga resepinya tapi cara masak sikit beza. Halia muda, lada hitam, bwg putih tumbok lumat gaul ngan ikan (1 atau 2 ekor kelar jarang-jarang) dan sumbat juga ke dalam perut ikan tu, letak ikan dalam piring letak dalam kukusan dan masak semasa tanak nasi ngan ricecooker, resepi wajib mem saya dalam pantang dari anak sulong sampai anak ke 9, lepas saya pakaikan bengkong 5 depa kain boleh makan. Alhamdulillah sampai sekarang pinggang masih genting macam kerengge-boleh pakai baju kebaya, tapi saya lebih suka mem pakai baju kurong, kengkawan ramai tak tahu berapa umor mem saya mereka kata awal 30an. mengarutlah saya tahu lah mem saya 48 muda 3 tahun dari saya.~ BaniMaaruf

Satu masa sya outstation kwsn Sg Telang n Sg Tengelang, pedalaman Pahang, beradu di kepala geretak kayu ujung kampong di hilir kg org asli, satu ari tu sya dok tebang pokok ngan chainsaw nak buat geretak utk 4x4 nyebrang anak sg. tetiba jatoh dahan kayu mati timpa kaki sya, petang tu kaki dah rasa kebas semacam dan mula bengkak malam tu tak dapat tidor berdenyut nyutnyat-nyutnyat nak pakai selipar pun dah tak masok. Dalam dok payah tu Anang kata kita coba bebat ngan halia En.D.... Sya ni org sakit dok dlm utan apa nak kata, asal jangan kerat kaki sya kira setuju je lah. Anang tumbok halia (ni halia tua, bukan halia muda yg pucat tu)sebesar dua ruas jari kemudian gaul sedikit tepong gandum (1/2 sudu nak suroh melekat)pas tu tempek kat kure kaki sya yang membengkak tu lalu barut ngan kain kemas-kemas. Mula tu payah nak tidor dia mari paneh/hangat semacam, kalau tak sabit nak suroh baik bengkak tu rase nak rentap terajang je, tapi apa nak buat kita org sakit ni ok ok gitu la. Bangun tidor pagi esok Alhamdulillah kaki macam tak pernah kena apa-apa kiri kanan sama macam sediakala, tapi Anang kata nak molek malam kikgi kita bebat halia sekali lagi En.D...., sya setuju je lah. ~ BaniMaaruf

halia,lada hitam dan bawang putih dijemur sehingga kering kemudian blender simpan dalam bekas kedap udara dan dimakan bersama nasi sangat sesuai untuk wanita dalam pantang. alhadulillah kita  akan sihat cergas dah jadi amalan saya la ni dah 3 anak.~ nora

Kat umah sya ada tnm halia isi dia warna itam keunguan. itu pun org bagi msa cari kunyit itam dulu. dia kta ini halia itam. baru tau la khasiat dia.~ zamtia

Kepada semua pembaca saya ingin bertanya selain halia biasa, halia bara merah ada ke terdapat halia bara hitam ? Pada pagi jumaat 9/10/09 saya ada bercakap dengan seorang pengumpul tanaman herba katanya 3 bulan lepas beliau ada bermimpi lokasinya di kawasan hutan simpanan Pondok Tanjung. Mengikut ceritanya beliau bersama seorang kawan telah ke lokasi namun niat terhalang kerana terlihat seekor ular besar disitu. Mungkin penjaga pokok tersebut.Selepas sembahyang Jumaat 9/10/10 saya terus ke lokasi seperti yang diceritakan.Benarlah cerita beliau berpandukan pokok buluh saya dapat mengagak kedudukan lokasi halia bara hitam tersebut. Masa itu hujan renyai-renyai. Bila teringatkan ular besar serta keseorangan saya mengambil keputusan beredar segera. Satu lagi telahan saja tepat tidak jauh dari situ memang terdapat satu kawasan tempat membuang makhluk halus . Jika benar wujud pokok ini pasti ada rahsia tersembunyi kehebatannya.Jika ada

sesiapa tahu atau ada pernah dengar pokok ini sila beri komen untuk kita sama-sama berkongsi maklumat.~ [email protected]

skygate formulatorsuite 18, 1st floor,tingkat teluk kumbar 2,bandar baru teluk kumbar,11920 bayan lepas,pulau pinang.

hotline-017-4266 700.MR ZECK ( FORMULATOR )

SKYGATE FORMULATOR MAMPU MENCIPTA, MENGHASIL DAN MENGELUARKAN SEMUA PRODUK BERASASKAN HERBA TRADISIONAL MALAYSIA BAGI PENJENAMAAN BARU.*MAKE YOUR OWN BRAND NOW**YOUR FUTURE BEGINNING BY YOUR OWN BRAND*

UNTUK KETERANGAN LANJUT,SMS KAN NAMA DAN ALAMAT ANDA.KAMI AKAN MENGHANTAR SENARAI PRODUK YANG KAMI HASILKAN SECARA PERCUMA.JANGAN TUNGGU LAGI.

~ PROFESSIONAL FORMULATOR

ada tak contact peladang2 halia di sabah..?~ [email protected]

assalamualaikum...memang betul.Dulu saya sakit pinggang kerana hari hari angkat tong gas dari rumah kerumah naik lori.Sekarang dah ok..halia ubat segala penyakit.Tak percaya cuba try.....wassalam wallahualam.~ cucu haji mahadi negeri sembilan

sambal halia muda elok untuk wanita dlm pantang,ditumbuk bersama bawang merah,ikn bilis n secubit garam~ meed, bp jhr

bagi r produk skali.. bru sng nak cari maklumat..~ kami_kaka

bolehkah saya ingin tahu dengan lebih lanjut tentang persamaan dari segi morfologi tuhau, halia merah dan cekur? adakah ketiga-tiga tumbuhan herba ini hidup dalam persekitaran yang sama?ingin tahu..~ [email protected]

saya sedang mencari resepi membuat minyak halia sebagai minyak urut, sila lah kongsi bersama.. minyak halia urut ini mmg bagus utk disapu pada badan terutamanya utk yg mempunyai masalah angin dlm badan...terima kasih, semoga kalian dapat membantu~ nurule

cam ner nak ekstrak halia utk buat slimming cream?~ New humanity scientist

assalamualaikumsy nk th lbh lanjut ttg pokok ni sy nk bt kajian ttg pokok ni

~ [email protected]

halia merah x biasa dengar halia bara adela aku ade tanam berlambak nak contact akule at rafiah72.yahoo.com~ labu labi

Halia untuk merawat ubanHalia dikatakan berkesan untuk merawat masalah uban . Caranya potong beberapa keping halia nipis-nipis dan rendam dalam madu. Kepingan halia ini dimakan sekeping sehari~ Admin

saya ada tanam. senang bila nak guna, gali aje tanah kat belakang umah....~ nz

kat mana nak dapat halia bara nie? susah betul nak jumpa.boleh bg info tak? ~ watie

terimakasih banyak-banyak kepada Admin atasinformasinya tentang halia boleh dipakai untuk merawat uban.Buat melur kalau boleh dapatkan maklumat lebih lengkap lagi.taks~ [email protected]

nama botani bagi halia bara ialah zingiber minor.~ [email protected]

halia hutan(globa panicoldes) macam mana pokok ini?ada sesiapa yang ada gambarnya?~ [email protected]

halia merah ada tak? saya ada tengok halia yang kulit rizomnya berwarna agak kemerahan. kata orang tua nama halia tu halia merah. apa khasiatnya? ~ [email protected]

adakah halia berpotensi sebagai bahan aroma terapi?harap dapat maklum balas secepat mungkin.~ [email protected]

bolehkan halia dibuat pembalut makanan?~ [email protected]

macammana nak tau yang halia boleh lambatkan penuaan ngan dapat hilangkan kelimumur? laman web ini sangat baik kerana saya seorang pelajar yang suka mencari maklumat.~ khaiyusof

Saya amalkan petua untuk hilangkan loya masa mengandung, memang okey.~ YMummy

laman web ini bagus cukup lengkap~ aas

Halia untuk kelemumur

Untuk mengatasi masalah kelemumur pula, halia muda yang telah ditumbuk dilumurkan pada akar rambut.Halia juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan. ~ Admin