halia (abp)baru

46
ISI KANDUNGAN BI L TAJUK MUKA SURAT 1 BIODATA 3-4 2 PENGHARGAAN 5 3 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS 6-7 4 1.0 PENGENALAN 1.1-JENIS-JENIS HALIA 1.2-KHASIAT DAN KEGUNAAN HALIA 8-13 5 2.0 FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH PEMBIAKAN 14-15 6 3.0 PEMBIAKAN TUMBUHAN 3.1- PROSES PENANAMAN HALIA 16-18 7 4.0 LANGKAH DAN PROSES MENANAM HALIA 19 8 5.0 FAKTOR KEJAYAAN PEMBIAKAN 20-21 9 6.0 HASIL DAPATAN 22-24 10 7.0 RUMUSAN 25-26 11 8.0 REFLEKSI 27-29 1

Upload: muez-al

Post on 28-Jun-2015

836 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: halia (ABP)baru

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 BIODATA 3-4

2 PENGHARGAAN 5

3 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS 6-7

4 1.0 PENGENALAN 1.1-JENIS-JENIS HALIA 1.2-KHASIAT DAN KEGUNAAN HALIA

8-13

5 2.0 FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMILIH PEMBIAKAN

14-15

6 3.0 PEMBIAKAN TUMBUHAN 3.1- PROSES PENANAMAN HALIA

16-18

7 4.0 LANGKAH DAN PROSES MENANAM HALIA

19

8 5.0 FAKTOR KEJAYAAN PEMBIAKAN 20-21

9 6.0 HASIL DAPATAN 22-24

10 7.0 RUMUSAN 25-26

11 8.0 REFLEKSI 27-29

12 9.0 BIBLIOGRAFI 30

1

Page 2: halia (ABP)baru

13 10.0 LAMPIRAN 31-36

BIODATA PELAJAR

2

Page 3: halia (ABP)baru

NAMA : MOHAMAD AMIRRULLAH BIN HARIDAN

ASAL : TEMERLOH, PAHANG

NO TELEFON : 014-5135190

TARIKH LAHIR : 26th NOVEMBER 1991

NO. KAD PENGENALAN : 911126-06-6011

PENDIDIKAN AWAL : S.K L.K.T.P. SEBERTAK (1998-2003) SMK SERI BERA (2004-2006) SMK SERI TUALANG (2007-2008)

BIODATA3

Page 4: halia (ABP)baru

NAMA: MUHD ZERNI MUBARAQ B KAMARUDIN

No IC: 910710-01-5227

TARIKH LAHIR: 10 JULAI 1991

ALAMAT: POS 3, KG BARU BAKRI BT 6 MUAR,JOHOR

SEKOLAH TERDAHULU: SMT TEKNIK MELAKA TENGAH

KURSUS: 3PPISMP (Reka Bentuk Dan Teknologi 3) NO TELEFON: 019-6768744

PENGHARGAAN4

Page 5: halia (ABP)baru

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah S.WT. kerana limpah kurnia dari-

Nya, dapat juga kami menyiapkan tugasan Asas Botani ini. Di kesempatan ini, kami ingin

merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua terutama kepada pensyarah

Asas Botani kerana tidak pernah jemu dalam mencurahkan kepada kami dan rakan-rakan

sepanjang pembelajaran dan tempoh menyiapkan tugasan ini. Di kesempatan ini juga

kami ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak

membantu serta memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Segala layanan baik

dari anda semua akan kami kenang sehingga akhir hidup saya. Di sini jua, kami ingin

mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang serba sedikit membantu dan

menyokong kami menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, sekali lagi kami ingin mengucapkan

terima kasih kepada semua yang banyak membantu secara tidak langsung mahupun

secara langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Wasalam....

JADUAL PELAKSANAAN TUGAS

5

Page 6: halia (ABP)baru

Bil Tarikh Tindakan

1 7 Julai 2009 Mendapat soalan tugasan

Mendengar taklimat mengenai tugasan

2 14 Julai 2009 Mendapatkan maklumat dari internet dan buku

3 28 Julai 2009 Mendapatkan rizom halia dari pasar basah

Membaca cara penanaman rizom

5 30 Julai 2009 Berbincang dengan rakan mengenai

pembahagian tugasan.

Menanam rizom halia.

6 16 Ogos 2009 Bertanyakan rakan dan pensyarah tentang

maklumat berkaitan tanaman rizom

7

5 September 2009 Mula mengambil gambar dari minggu ke minggu

Pantauan terhadap pembesaran halia.

Merekodkan hasil dapatan.

8

10 September

2009

Menjadualkan hasil dapatan.

9 14 September

2009

Menaip tugasan pengenalan halia.

Proses pemasuan semula.

10 17 September

2009

Menaip tugasan mengenai kebaikan dan

kelemahan pembiakan rizom.

11 18 September

2009

Menaip tugasan mengenai faktor yang

dipertimbangkan untuk memilih kaedah

pembiakan dan menunjukan proses penanaman

halia dan faktor kejayaan pembiakan.

13 20 September

2009

Membuat refleksi

14 21 September Menggabungkan tugasan.

6

Page 7: halia (ABP)baru

2009

15 20 September

2010

Semakan tugasan sebelum dihantar.

Menghantar tugasan

1.0 PENGENALAN

7

Page 8: halia (ABP)baru

HALIA

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roos atau lebih dikenali sebagai

Ginger (Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Lia (Indonesia), Kinkh, Khing-daen (Thailand) sangat

dikenali sebagai rempah yang sangat berguna dalam masakan baik dahulu mahupun

sekarang. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah

untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti

daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili

Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat

17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga

itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil"

Halia adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi

keperluan pasaran tempatan. Halia dibiakan melalui kaedah rizom. Halia merupakan

salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur

dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini

berasal dari Asia Tenggara dan sekarang ditanam secara meluas di seluruh dunia. 

Antara negara yang banyak mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan

Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-

kecilan sebagai tanaman tunggal atau selingan bersama tanaman saka seperti nanas,

8

Page 9: halia (ABP)baru

getah dan kelapa sawit.. Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah

tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan

mendapat sinar matahari yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak

dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh

varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia

yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.

1.1 JENIS- JENIS HALIA

9

Page 10: halia (ABP)baru

Halia mempunyai 3 jenis yang dapat dikategorikan. Ketiga-tiga jenis halia tersebut

adalah :

1- HALIA BENTONG

Ciri-ciri-

- Mempunyai rizom yang besar dan mempunyai isi seperti bendalir iaitu cecair

dan berlendir.

2- HALIA INDONESIA

Ciri-ciri-

- Mempunyai rizom yang panjang dan bewarna kuning muda.

3- HALIA TAIWAN

10

Page 11: halia (ABP)baru

Ciri-ciri-

- Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, lendir dan sederhana pedas.

1.2 Khasiat dan Kegunaan Halia.

11

Page 12: halia (ABP)baru

Halia ialah sejenis tanaman komersial yang diusahakan secara komersial oleh

petani kerana kegunaannya yang meluas. Rizom halia digunakan sebagai penyedap

makanan, bahan industri minuman dan bauan serta bahan ubatan.

Rizom halia mengandungi 0.8 % hingga 3.3 peratus pati minyak dan lebih kurang 3

% oleoresin. Selain daripada itu terdapat juga zat-zat makanan lain seperti vitamin a, B

dan C serta lemak, protein, asid organik, oleoresin minyak meruap seperti zingeron,

zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren. Halia juga banyak digunakan

dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Antaranya untuk

mengubati penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,

tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun dan cirit-birit.

Di Eropah halia disifatkan sebagai bahan yang berasa pedas apabila dimakan dan

boleh membantu dalam pencernaan dan digunakan sebagai penawar racun. Al-Quran

juga ada menyebut tentang halia dan dalam Hikayat Seribu Satu Malam menyatakan halia

boleh digunakan sebagai ubat perangsang dan pembangkit syahwat. Rosengarten

menyatakan bahawa dalam abad ke –5, halia yang ditanam dalam pasu sering dibawa

bersama-sama dalam pelayaran yang jauh antara China dan Asia Tenggara. Halia

digunakan sebagai makanan segar atau digunakan sebagai ubat mencegah sakit perut

akibat kekurangan vitamin C.

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam

kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan

makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang

terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh

mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang,

12

Page 13: halia (ABP)baru

sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman

jika diambil sebagai ubat.

Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif

dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan

perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam

perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau

pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia

bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa

untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

2.0 FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN

UNTUK MEMILIH PEMBIAKAN

13

Page 14: halia (ABP)baru

Keputusan yang diperoleh oleh kami adalah pembiakan melalui rizom. P elbagai

faktor yang telah dipertimbangkan untuk memilih kaedah pembiakan ini antaranya ialah

jangka masa yang diperlukan untuk pertumbuhan tumbuhan, faktor cuaca, kesesuaian

tanah dan sebagainya.

Tanah merupakan aspek yang dipertimbangkan dalam memilih pembiakan jenis

rizom kerana kebanyakan tanaman adalah memerlukan tanah yang bersesuaian untuk

hidup dengan subur. Pembiakan melalui rizom menjadi pilihan kerana penanaman halia

melalui pembiakan ini boleh menggunakan pelbagai jenis tanah tidak seperti sesetengah

tanaman seperti nenas yang hanya akan tumbuh sekiranya menggunakan tanah tertentu.

Pelbagai jenis tanah yang dapat digunakan bagi membiakan tumbuhan melalui kaedah

rizom antaranya termasuklah tanah gambut yang mempunyai saliran baik serta gembur

dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga

6.5. Walaubagaimanapun ianya boleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8.

Selain daripada itu, faktor cuaca juga perlu diberikan perhatian dalam menjalankan

sesuatu penanaman. Pembiakan melalui kaedah rizom amatlah mudah kerana

pembiakan melalui kaedah ini hanya memerlukan keadaan yang dingin pada

permulaannya bagi membolehkan pertumbuhan mata tunas. Setelah mata tunas telah

tumbuh maka keadaan seperti biasa iaitu panas dan lembab seperti yang terdapat di

Malaysia tidak akan mengganggu pertumbuhan pembiakan menggunakan kaedah ini

bahkan keadaan kemarau pula dapat mengurangkan tumbuhan daripada penyakit layu.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi keputusan kami untuk memilih kaedah

pembiakan ini ialah jangka masa yang diperlukan untuk tumbuhan matang. Penanaman

menggunakan kaedah ini tidak memerlukan masa yang lama untuk tumbuh subur. Hanya

3 minggu diperlukan untuk tumbuhan membesar mengunakan kaedah ini. Dalam konteks

14

Page 15: halia (ABP)baru

yang sama, pembiakan jenis ini tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Ha ini kerana

penanaman jenis kaedah ini tidak memerlukan jumlah air yang banyak untuk hidup subur

seperti tumbuhan lain. Oleh yang demikian perhatian tidak perlu diberikan dengan

terperinci. Perhatian dari segi pertumbuhan rumput dan juga alahan atau jangkitan pada

pokok sahaja yang perlu dipantau dari semasa ke semasa.

3.0 PEMBIAKAN TUMBUHAN

PROSES PENANAMAN HALIA

15

Page 16: halia (ABP)baru

PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

PENYEDIAAN TANAH

MENANAM

PEMBAJAAN

PENUAIAN

1. PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

16

Page 17: halia (ABP)baru

o Lazimnya, halia akan ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih

sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk

mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.

o Rizom akan disimpan di tempat teduh selama dua hingga tiga minggu untuk tunas

bercmbah

o Rizom akan dikerat hingga menampakkan sekurangnya dua tunas.

o Kemudian, rizom akan direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux

(4:5:50). Kemudian, ianya akan dikeringkan semalaman sebelum ditanam.

o Tujuan perendaman adalah untuk mengurangkan penyakit layu.

o Peralatan seperti serampang tangan, tanah dan pasu mestilah selamat digunakan

sebelum penanaman dibuat.

1. PENYEDIAAN TANAH

o Tanah hendaklah digembur sebelum penanaman dimulakan.

o Tujuan pengemburan adalah bagi memastikan tanah tidak keras dan berada

dalam keadaan poros.

2. MENANAM HALIA

o 2 per 4 dari kedalaman pasu akan diletakkan tanah kemudian digaul.

o Masukan halia yang mempunyai tunas dan pastikan mata tunas berada di atas

o Kemudian, masukan tanah yang selebihnya hingga 3 per 4 daripada pasu dan

pastikan tunas tidak tertimbus.

o Semburkan sedikit air pada permukaan atas tanah dan letak di tempat yang

mempunyai pengcahayaan yang baik.

17

Page 18: halia (ABP)baru

3. PEMBAJAAN

o Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi N, P2O5 dan

K2O.

o Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan

selepas menanam di tabur di keliling perdu.

4. PENUAIAN

o Halia dituai sebagai halia muda apabila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia tua

apabila berumur 9 bulan selepas menanam.

18

Page 19: halia (ABP)baru

4.0 LANGKAH DAN PROSES MENANAM HALIA

1. Persediaan bahan tanaman seperti halia dan 2. Penyediaan tanah

3. Menanam halia

Isikan tanah 2/4 daripada Masukan halia yang Masukan tanah sehingga bekas. bertunas dan pastikan ¾ daripada bekas. mata tunas berada di atas.

4. Pembajaan

19

Page 20: halia (ABP)baru

5.0 FAKTOR KEJAYAAN PEMBIAKANFaktor kejayaan sesuatu pembiakan dapat dipengaruhi oleh pelbagai aspek.

Dalam tugasan yang dijalankan ini kami dapat mengenalpasti beberapa faktor yang

menyumbang kepada kejayaan pembiakan kaedah rizom antaranya ialah pemilihan tanah

yang tepat, cuaca, keadaan persekitaran, dan sebagainya.

Faktor utama yang dapat dikenalpasti menyumbang kepada kejayaan

pembiakan kaedah rizom ini ialah penggunaan tanah yang baik dimana tanah yang

digunakan ialah tanah yang bersesuai, yang mempunyai saliran yang baik seperti tanah

gambut dan sebagainya. Selain daripada itu, tanah peroi serta gembor juga dapat

mengelakkan sekatan pertumbuhan rizom serta dapat menyalirkan air kepada bahagian

bawah tanah dengan baik.

Dalam konteks yang sama, jumlah air yang diperlukan juga perlulah diberikan

perhatian. Penanaman halia tidak memerlukan jumlah air yang banyak. Jumlah air yang

diperluakn untuk pertumbuhan halia yang baik dalam setahun hanyalah sebanyak 200-

260 cm. Bukan itu sahaja, pemilihan halia yang bertunas pada peringkat permulaan

enanaman halia juga penting bagi memastikab halia yang ditanam dapat hidup dan

membiak dengan subur. Halia yang ingin digunakan sebagai benih kepada tumbuhan

tersebut perlulah bersih daripada sebarang penyakit. Sekiranya terdapat sebarang tanda

yang boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan maka bahagian tersebut perlulah

dibuang terlebih dahulu bagi engelakkan berlakunya jangkitan kepada tumbuhan yang

baru. Halia juga boleh direndam dalam larutan Bordeaux dan dikeringkan semalaman

sebelum penanam bagi mengurangkan penyakit layu daripada menjangkiti penanaman

halia tersebut. Pemberian baja yang betul serta mencukupi juga merupakan salah satu

daripada faktor kejayaan pembiakan kaedah rizom ini. Baja perlulah diletakan secara

20

Page 21: halia (ABP)baru

berselerak semingu sebelum penanaman dan 2 bulan selepas penanaman. Elakkan baja

daripada mengenai mata tunas.

Sekiranya penanaman halia dijalankan dalam batas maka jarak yang

bersesuaian perlu diberikan perhatian. Jarak yang baik untuk penanaman halia melalui

batasan ialah 60 cm dalam barisan. Penjarakan penanaman ini dapat menggalakan

pembesaran rizom yang lebih subur. Perletakan mata tunas menghala ke atsa juga

penting bagi menjamin kejayaan pertumbuhan halia yang dikehendaki.

Aspek lain yang turut menyumbang kepada kejayaan penanaman rizom ialah

faktor cuaca. Kebijaksanaan petani dalam membiakan halia pada masa yang sesuai

sangatlah penting. Pada cuaca yang dingin petani seharusnya membiakan mata tunas.

Hal ini kerana pada masa dingin, mata tunas aka lebih mudah untuk tumbuh manakala

pada musim panas atau kemarau halia akan tumbuh tanpa sebarang maslah. Bahkab

cuaca yang panas juga akan mengelakan halia daripada terkena penyakit layu.

21

Page 22: halia (ABP)baru

6.0 HASIL DAPATAN

TARIKH ULASAN GAMBAR

30 Julai 2010

Mendapatkan rizom halia.

Menanam rizom halia.

Mata tunas dibiarkan

menghala ke atas.

01 Ogos 2010

Meninggalkan sedikat mata

tunas ke atas.

Beberapa tunas baru telah

tumbuh ketika penanaman

dibuat.

05 Ogos 2010

Tunas tumbuh selepas 4 hari.

Gambar ini ditangkap selepas

4 hari penanaman.

.

22

Page 23: halia (ABP)baru

16 Ogos 2010 Daun juga turut tumbuh dari

pucuk.

Daun telah semakin

membesar.

Pengawalan dari serangga.

22 Ogos 2010 Daun ketiga telah tumbuh.

Pokok kelihatan segar.

Pucuk terus tumbuh ke atas.

28 Ogos 2010 Daun semakin melebar.

23

Page 24: halia (ABP)baru

Pokok semakin meninggi.

24

Page 25: halia (ABP)baru

7.0 RUMUSAN

7.1 Kelemahan dan Kebaikan pembiakan rizom

Kami memilih kaedah pembiakan rizom sebagai kaedah pembiakan kami. Rizom

adalah salah satu daripada contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Rizom adalah

batang yang tumbuh secara mengufuk di bawah permukaan tanah. Batangnya kelihatan

bersegmen kerana terdapat buku dan ruas. Pada rizom terdapat tunas-tunas yang akan

berkembang menjadi batang, akar, dan daun. Kelebihan kaedah pembiakan ini adalah

rizom yang didapati. Kami mendapat rizom ini melalui pasar pagi dimana ianya dijual

untuk tanaman dan masakan. Rizom juga mudah dijaga dan dibiakkan. Tambahan pula,

rizom sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah, mempunyai saliran yang baik, gembur dan

peroi, dan tidak menyekat pertumbuhan rizom. Rizom yang ditanam juga boleh mendapat

pokok yang seragam dan menyerupai induk yang dipanggil klon. Rizom juga dapat dibiak

dengan banyak dalam satu masa. Hal ini kerana, ianya boleh ditanam dalam pelbagai

keadaan atau di pasu yang berbeza.

Kaedah penanaman rizom mempunyai beberapa kelemahan yang kami hadapi

semasa menanamnya. Antara kelemahan yang kami dapati dalam penanaman kaedah

rizom ini ialah kaedah rizom ini memerlukan penjagaan yang rapi seperti pembajaan,

proses manyiram dan merumput. Tumbesaran kaedah pembiakan ini juga lambat. Ianya

mengambil tempoh masa yang lama untuk membesar. Kuantiti baja yang perlu juga

hendaklah disesuaikan dengan tanaman. Jika baja yang ditabur adalah tidak mencukupi

atau berlebihan, kemungkinan rizom yang ditanam akan mati atau layu. Akhir sekali

adalah, rizom yang ditanam mudah terkena jangkitan penyakit tumbuhan serta

25

Page 26: halia (ABP)baru

memerlukan kuantiti cahaya matahari yang mencukupi. Hal ini kerana, kekurangan

cahaya juga menyebabkan tanaman rizom ini layu.

26

Page 27: halia (ABP)baru

27

Page 28: halia (ABP)baru

REFLEKSI

Setelah menyiapkan tugasan asas botani ini, saya mendapati bahawa

penanaman melalui pembiakan rizom ini tidaklah begitu mudah jika hanya diteori sahaja.

Sebelum memulakan tanaman ini, saya hanya mendapati ianya hanya satu tanaman yang

mudah. Walaupun bermula agak lewat, saya tetap berjaya menanam halia ini dengan

baik. Setelah menanam pokok halia ini bersama rakan pasangan saya, saya mendapati

bahawa menanam sahaja amat mudah. Akan tetapi, apabila tiba proses penjagaan pokok

ini kami menghadapi pelbagai masalah. Antaranya adalah kami runsing dalam taburan

baja dan pengemburan tanah. Dalam hal ini, rakan-rakan dan pensyarah banyak memberi

nasihat supaya tidak meletakkan lebih atau kurang baja kerana kesilapan kuantiti baja

juga menjadikan pokok ’panas’ dan akan mati. Saya dan rakan saya juga menghadapi

masalah untuk menjaga pokok halia yang telah ditanam apabila kami bercuti selama 2

minggu di musim perayaan baru-baru ini. Mujurlah ada rakan yang sanggup menjaga dan

menyiram pokok kami kerana dia tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Semasa menyediakan

laporan ini juga, saya menghadapai kesukaran dalam mendapatkan gambar apabila kami

bercuti selama 2 minggu. Nasib baik kami apabila rakan kami tidak lupa untuk menangkap

gambar untuk diletakkan dalam proses perkembangan pokok. Masalah dalam ancaman

pula adalah, kami tidak mempunyai ancaman yang terlalu serius kerana kami menanam

pokok ini di tempat yang tinggi di blok asrama. Jadi, serangan serangga adalah

berkurang kerana kemungkinan tempat yang agak tinggi. Faktor kekuatan semasa

penanaman saya pula adalah mengikut masa yang baik dalam penyiraman serta

pengcahayaan. 2 faktor ini amatlah dijaga kerana akan memberi kesan yang besar

terhadap pokok sekiranya tidak dikawal. Dalam penulisan laporan pula, saya tidak

mempunyai masalah yang besar kerana terdapat banyak maklumat mengenai pembiakan

rizom dan halia di internet dan buku-buku di perpustakaan. Dengan cara pengajaran serta

amali dalam subjek asas botani pertanian ini, saya merasakan ianya adalah sangat baik

serta mempebei pengajaran yang amat berkesan dalam pembelajaran saya. Diharapkan

agar aktiviti atau pengajaran seperti ini akan dapat dibuat lagi supaya saya menimba

bvanyak ilmu dan pengalaman baru terutama dalam penjagaan tumbuhan.

(MOHAMAD AMIRRULLAH BIN HARIDAN)

28

Page 29: halia (ABP)baru

REFLEKSIBersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga saya menyiapkan

tugasan yang telah diberikan ini. Pada pandangan saya pada awalnya menerima tugasan

ini ialah menganggap ianya terlampau sukar untuk dilaksanakan kerana memerlukan

pelbagai proses yang menyulitkan dan sukar. Selain itu, masa yang amat kurang

disebabkan jadual waktu yang padat amat menyukarkan saya dalam penghasilan tugasan

ini.

Setelah mendapat bimbingan serta keterangan daripada pensyarah saya barulah

saya bersemangat dan memahami perkara yang perlu dilakukan untuk melaksanakan

tugasan ini dengan lebih sempurna lagi. Tunjuk ajar yang diberikan banyak membantu

saya dalam melaksanakan tugasan ini.

Masalah yang saya hadapi sebelum melaksanakan tugasan ini adalah untuk

memahami apakah maklumat yang ingin disampaikan di dalam melaksanakan tugasan

ini. Saya juga menghadapi kesukaran untuk memilih pokok apakah yang ingin ditanam

kerana sebelum ini saya tidak pernah menanam pokok. Selain itu, kebimbangan saya

untuk memilih pokok ialah dengan tahap kesuburan pokok itu. Kelewatan saya dan rakan

dalam menanam pokok ini menjadi masalah dan kebimbangan terhadap tahap

tumbesaran pokok ini.

Selain itu, masalah yang saya hadapi semasa menjalankan tugasan ini adalah

disebabkan keadaan pokok yang lambat membesar juga membimbangkan saya.

Sementara itu, keadaan pokok yang kurang subur dan tidak membesar dengan lebih

tinggi lagi setelah beberapa hari saya menanam pokok ini. Pucuk yang lambat keluar juga

menyebabkan pokok yang ditanam lambat untuk membesar. Masalah lain yang dihadapi

kami juga ialah kesuburan pokok yang ditanam tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Tetapi, alhamdulillah akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini mengikut

waktu yang ditetapkan. Tetapi terdapat kekecewaan dalam hati kami kerana pokok yang

ditanam kurang membesar dan tidak subur. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya

mendapati bahawa segala yang dilaksanakan di dalam tugasan ini banyak bersangkut

paut dalam kehidupan seharian saya. Ini kerana banyak perkara yang dilaksanakan dapat

membantu saya dalam menjalankan pembelajaran yang akan datang.

MUHD ZERNI MUBARAQ B KAMARUDIN [910710-01-5227]

29

Page 30: halia (ABP)baru

BIBLIOGRAFI

BUKU

Zainab Abd Kadir, A L Lim, 1998, Kemahiran Hidup Bersepadu Teras dan Sains

Pertanian, Pan Asi Publications Sdn. Bhd, Selangor.

Tai Lung Aik, 2002 , Sains Pertanian Tingkatan 4, Percetakan Warni Sdn. Bhd,

Selangor.

INTERNET

http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?

option=com_content&view=article&id=402:asas-pembiakan-

tanaman&catid=67:infotani-dan-teknologi

http://www.organikpro.com/files/Halia-Panduan_Menanam.pdf

http://www.google.com.my/search?

hl=en&q=jenis+jenis+halia&revid=755746077&sa=X&ei=H--

YTMiZLIG0vgPI2qn3DA&ved=0CFEQ1QIoAw

http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=10&cat=HERBA

http://www.google.com.my/images?

um=1&hl=en&tbs=isch:1&&sa=X&ei=bQOZTPzXEZGuvgPV0JzkDA&ved=0CCIQB

SgA&q=halia+bentong&spell=1&biw=1440&bih=770

http://www.google.com.my/images?

hl=en&source=imghp&biw=1440&bih=770&q=halia+indonesia&gbv=2&aq=f&aqi=&

aql=&oq=&gs_rfai=

30

Page 31: halia (ABP)baru

10.0 LAMPIRAN

Laman Utama

Asas pembiakan tanaman

DITULIS OLEH ADMINISTRATOR | 01 FEBRUARI 2010

Berita Transformasi PertanianLembaga Pertubuhan Peladang Bil .2/2007 Edisi Februari

 

ASAS PEMBIAKAN TANAMAN

Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama.  Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan.  Di sini diterangakn asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

Pembiakan Biji Benih

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan.  Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti induknya.  Bagi tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen. 

31

Page 32: halia (ABP)baru

Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-

         pokok induk yang sihat

         buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak

         buah yang normal

         buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang

Pembiakan Vegetatif (Tampang)

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk daun dan rizom. Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga.  Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen.  Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad.  Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan, tetapi kajayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut.  Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih.  Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan.  Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas.  Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan.  Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir).  Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.

Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek.  Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia.  Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.

Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan.  Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran.  Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya.  Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.  Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar.  Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.

Manakala kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki.  Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk.  Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas,

32

Page 33: halia (ABP)baru

cantuman baji dan sanding.  Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.

Disamping itu, pembiakan dengan kedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun.  Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk.  Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam.  Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan.

Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai.  Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang.  Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi.  Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau kemersial.

berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama.  Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan.  Di bawah ini diterangkan asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

1. Pembiakan Biji Benih

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan.  Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen.  Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-

- pokok induk yang sihat.- buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak.- buah yang normal.- buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang. 

2. Pembiakan Vegetatif (tampang)

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom.  Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga.  Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen.  Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana

33

Page 34: halia (ABP)baru

pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad.  Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut.  Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih.  Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan.  Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas.  Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan.  Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir).  Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.

Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek.  Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia.  Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.

Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan.  Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran.  Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya.  Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.  Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar.  Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian bahan organik bersama sedikit air.

Kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki.  Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk.  Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding.  Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.

Kaedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun.  Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk.  Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam.  Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara ini kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan.

Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai.  Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang.  Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi.  Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau komersial.

PANDUAN MENANAM HALIA

PENGENALAN:

34

Page 35: halia (ABP)baru

Halia atau nama botani Zingiber officinale Rsc. Ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanahmineral dan gambutJENIS-JENIS HALIAHalia Bentong –Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair)Halia Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.Halia Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.PENANAMANHalia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gambut) yang mempunyai saliran baik serta gembur danperoi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walaubagaimanapun ianyaboleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8.Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.PERSEDIAAN BAHAN TANAMANHalia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklahdimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.Kemudian rizom di kerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.Anggaran 25-33 keratan boleh didapati dari 1 kg rizom.Keperluan bahan tanaman di anggarkan 1,500-2,000 kg rizomsegar sehektar.Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelummenanam.Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.PENYEDIAAN TANAHBajak dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi dan 61 cm antara batas.MENANAM DI LADANGSebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantupercambahan rizom-rizom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi dan 20 cm x 30 cm duabaris di Tanjung Sepat. Walaubagaimanapun jarak tanaman yang di syorkan ialan 60 cm dalam barisan. Jarak sebeginimenggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,790 pokok sehektar.Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ tunasmenghala keatas. Kambus dan padatkan tanah. Beri naugan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4minggu selepas menanam.

35

Page 36: halia (ABP)baru

PEMBAJAANTanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2O5 dan 236 kg K2O sehektarUntuk tanah bukan organan di syor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2O5, dan 112 kgK2O sehektar.Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur di keliling perdu.MERUMPUTSekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.PENUAIANHalia dituai sebagai halia muda bila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia tua bila berumur 9 bulan selepas menanam.Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut.

Halia

Nama Tempatan: HaliaNama Saintifik: Zingiber OfficinaleNama Lain: Jahe, gingerFamili: ZingiberaceaeLokasi dijumpai: seluruh duniaAsal: India

keterangan:Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan , juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir. Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam bahasa arab ada disebut didalam Al-Quran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Halia mudah membiak dengan cara pecahan rizom dan mudah tumbuh dengan subur dikawasan tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan mendapat sinar matahari

36

Page 37: halia (ABP)baru

yang cukup.Tumbuhan ini mempunyai batang yang tegak dengan rizom yang tersebar secara mendatar.Besar atau kecilnya halia ditentukan oleh varian spesiesnya. Halia bara mempunyai rizom yang agak kecil berbanding dengan halia yang biasa digunakan dalam masakan selain dari warnanya yang agak kemerahan.Gambar yang dipaparkan disini ialah gambar halia bara.Halia juga mempunyai bunga yang cantik, bunganya muncul dari celah kelopak daunnya dan terdiri dari bunga jantan dan betina.Halia sesuai tumbuh di kebanyakan iklim dan boleh tumbuh pada semua ketinggian.Nama saintifik bagi halia bara ialah zingiber officinale var rubrum

kegunaan:Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan,muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik,melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. Ia juga boleh merawat mati pucuk(impoten),keracunan oleh udang,sakit pinggang dan sakit kepala.Untuk rheumatik, halia dibakar, dibersihkan kemudian diparut dan ditampal pada bahagian yang sakit.Untuk mencegah mati pucuk caranya, 2 halia sebesar ibu jari, sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi,satu sudu makan kicap,satu sudu makan madu. halia diparut dan dicampur dengan semua bahan diatas dan digaul rata, diamalkan seminggu sekali.untuk sakit pinggang, halia diparut dan dicampurkan dengan asam jawa, kemudian sapu pada pelipis.daunnya boleh juga digunakan untuk sakit kepala dengan cara menumbuknya hingga halus dan ditampalkan pada dahi dan pelipis.untuk cirit-birit dan muntah2 caranya , halia, bunga dan buah pala, jintan putih, 1 gelas santan kelapa dan satu sudu teh minyak kayu putih. semua bahan ditumbuk halus dan dicampur hingga sebati, digunakan sebagai ubat sapu pada perut. bagi ibu yang mengandung , loya dan muntah boleh dikurangkan dengan mengambil seinci hali, sebatang serai, 2,3 kuntum bunga cengkih, kayu manis, masukkan kedalam segelas air mendidih, masukkan seketul gula batu, tutup dan minum pagi dan malam.

37