hadhanah

50
DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI KUALA TERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU Dalam Perkara Tuntutan Hak Penjagaan Kanak-kanak SAMAN NO : 11100-028-0015-2004 ANTARA MAIMUNAH BINTI HAMZAH, --- PLAINTIF KPT : 630406-11-5032. DENGAN MOHAMMAD BIN EMBONG, --- DEFENDAN KPT : 561023-11-5055. DI HADAPAN YANG ARIF DATO’ HAJI ISMAIL BIN YAHYA, DPMT., PJC., PJK., HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANU DI KUALA TERENGGANU PADA HARI KHAMIS 19 RABIULAWWAL 1426, BERSAMAAN 28 APRIL 2005. ATAS TUNTUTAN Plaintif, Tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di dalam Mahkamah Terbuka, dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya, Puan Salwa binti Mansor, daripada Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co., beralamat di No. 111C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, manakala Defendan diwakili oleh Cik Asmayani Suhaida binti Kamaruddin, daripada Zamani Mohammad & Co., yang beralamat di 1107-E, Tingkat 2, Jalan Pejabat, off Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :- 1

Upload: ujang-abu

Post on 29-Jun-2015

1.574 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hadhanah

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAHDI KUALA TERENGGANUDI NEGERI TERENGGANU

Dalam Perkara Tuntutan Hak Penjagaan Kanak-kanak

SAMAN NO : 11100-028-0015-2004

ANTARA

MAIMUNAH BINTI HAMZAH, --- PLAINTIF KPT : 630406-11-5032.

DENGAN

MOHAMMAD BIN EMBONG, --- DEFENDAN KPT : 561023-11-5055.

DI HADAPAN YANG ARIFDATO’ HAJI ISMAIL BIN YAHYA, DPMT., PJC., PJK., HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANUDI KUALA TERENGGANU

PADA HARI KHAMIS 19 RABIULAWWAL 1426,BERSAMAAN 28 APRIL 2005.

ATAS TUNTUTAN Plaintif, Tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di dalam Mahkamah Terbuka, dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya, Puan Salwa binti Mansor, daripada Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co., beralamat di No. 111C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, manakala Defendan diwakili oleh Cik Asmayani Suhaida binti Kamaruddin, daripada Zamani Mohammad & Co., yang beralamat di 1107-E, Tingkat 2, Jalan Pejabat, off Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :-

Tuntutan melalui saman yang telah didaftarkan oleh Plaintif di dalam

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 27 Januari 2004 ini ialah

tuntutan untuk;

1

Page 2: Hadhanah

i) mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak secara kekal ke atas dua

orang anak pasangan Plaintif bersama Defendan, yang bernama:-

a) Mohd Hafiz bin Mohammad,

tarikh lahir: 12 Disember 1990,

Sijil Kelahiran No: I 751390; dan

b) Nur Maisarah binti Mohammad,

tarikh lahir : 23 April 2001,

Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412;

ii) mendapat perintah memfardhukan bayaran nafkah anak ke atas

Defendan bagi kedua-dua anak pasangan Plaintif bersama Defendan

yang yang tersebut itu sebanyak RM1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan;

dan dengan itu perintah sementara yang menghendaki Defendan

membayar nafkah anak sebanyak RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan

bagi kedua-dua orang anak yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah

Syariah daerah Kuala Terengganu pada 27 Oktober 2003, semasa

mensabitkan perceraian antara Plaintif dengan Defendan dibatalkan;

iii) mendapat perintah Mahkamah supaya memerintahkan Defendan

membayar nafkah bulanan kedua-dua orang anak yang berkenaan itu

melalui akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No.

Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan setiap bulan

sehingga ada perintah lain dibuat;

iv) mendapat perintah supaya kos di dalam prosiding ini ditanggung oleh

Defendan; dan lain-lain perintah yang difikirkan patut dan manfaat oleh

Mahkamah ini.

Plaintif di dalam kes ini ialah Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-

5032, k/p no: 7152345, seorang Juruteknik Letronik di sebuah syarikat

akhbar di Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian Plaintif

ialah di No; 100 Taman Murni Permai, Tok Jembal, Gong Badak, 21300

Kuala Terengganu. Defendan pula ialah Mohammad bin Embong,

2

Page 3: Hadhanah

KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, adalah tuan punya dan pengusaha

kedai tayar di alamat D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan

Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian

Defendan adalah di D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan,

20050 Kuala Terengganu.

Defendan pula telah membuat Pernyataan Pembelaan tetapi agak lewat

memasukkan Pernyataan Pembelaannya. Dalam Pernyataan

Pembelaannya, Defendan hanya mempertikaikan kadar nafkah anak

sahaja dari RM 200 kepada RM 1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan untuk

kedua-dua orang anak yang berkenaan itu.

Saya mengambil kesempatan pada masa ini untuk mengucapkan terima

kasih kepada Peguam Syarie kedua-dua belah pihak kerana dengan

kebijaksanaan mereka dapat membantu membereskan kes ini.

Mengikut Pernyataan Tuntutan, Pernyataan Pembelaan dan keterangan

daripada Plaintif dan Defendan, saya berpuas hati bahawa perkara yang

menjadi ‘fakta persoalan’ di dalam kes ini ialah;

i) hak penjagaan kanak-kanak;

ii) kadar nafkah anak jika kanak-kanak berkenaan itu diberi hak

jagaannya kepada Plaintif; dan

iii) bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan.

Saya nyatakan di atas, saya berpuas hati, adalah berdasarkan kenyataan

bahawa beban pembuktian yang perlu ke atas Plaintif kemukakan bagi

membolehkan tuntutannya boleh disabitkan adalah sampai ke tahap

‘yakin’ atau tahap yang paling berat, mengikut Hukum Syara’. Allah s.w.t.

telah memberi peringatan mengenai tanggung jawab memberi

keterangan dengan firman Nya,

أنفسكم على ولو لله ءشهدا بالقسط قومين كونوا ءامنوا الذين يأيهاواألقربين الولدين أو

وإن تعدلوا أن الهوى تتبعوا فال بهما أولى فالله فقيرا أو غنيا يكن إنأو تلوو

3

Page 4: Hadhanah

خبيرا تعملون بما كان الله فإن تعرضوا

Ayat 135 dari Surah An-Nisaa’

Yang bermaksud;

‘ Wahai orang-orang yang beriman ! Hendaklah kamu

menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan,

lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana

Allah, sekali pun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa

dan kaum kerabat kamu. Kalau lah orang (yang didakwa) itu

kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada

menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan

kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa

kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa

nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan

jika kamu memutar balikkan keterangan atau enggan

(daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa

Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu

lakukan.’

Ke bawah dari tahap yakin ialah tahap ‘tidak pasti’. Tahap tidak pasti ini

mengikut Hukum Syara’ terbahagi kepada tiga jenis; iaitu zan, syak dan

waham. Walau pun begitu ada kalanya zan menepati kebenaran. Zan

yang menepati kebenaran boleh sampai ke tahap az-zan al-ghalib atau

‘berat sangka’. Az-zan al-ghalib adalah diterima dalam keterangan dan

pembuktian mengikut Hukum Syara’.

Saya juga ada menyatakan ungkapan ‘fakta persoalan’. Enakmen

Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memberi erti ‘fakta

persoalan’ sebagai apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan

sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis

atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau

dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat

disimpulkan. Saya berpendapat mengikut Hukum Syara’, ‘fakta persoalan’

4

Page 5: Hadhanah

ini boleh termasuk di dalam به المدعى (al-mudda’a bih) iaitu hak yang

dituntut.

Sebelum saya membuat analisa ke atas fakta persolan di dalam kes ini,

saya berpendapat adalah sangat mustahak bagi saya menentukan bidang

kuasa Mahkamah terlebih dahulu. Mengikut Hukum Syara’ sebagai mana

yang telah dihuraikan di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, oleh

Dr. Wahbah al-Zuhaily, juzuk keenam, Darul Fikr, Damsyek, Syria, cetakan

ketiga, 1409H/1989M, mulai muka surat 750 hingga muka surat 751, yang

mana dapat disimpulkan bahawa bidang kuasa Hakim (qadi ) ada sepuluh;

iatu :-

1. Menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang berselisih sama ada

secara suka sama suka (sulh), atau secara paksaan melalui

hukuman yang diperkuat kuasakan.

2. Menghalang orang yang zalim daripada melakukan perompakan,

pencerobohan dan lain-lain, serta menolong orang teraniaya dan

menyampaikan hak kepada tuannya.

3. Menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak Allah s.w.t.

4. Menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-luka.

5. Menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta anak yatim, orang

gila dan melantik wasi untuk menguruskan harta mereka.

6. Mengawasi harta waqaf.

7. Melaksanakan wasiat.

8. Mengahwinkan wanita yang tidak ada wali, atau yang walinya

enggan mengahwinkannya.

9. Mengawasi kepentingan-kepentingan awam seperti jalan raya dan

lain-lain.

10. Menyuruh kepada yang baik dan melarang yang mungkar dengan

perkataan dan perbuatan.

Perlembagaan Persekutuan antara lain telah memperihalkan bidang

kuasa Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan juga telah

memperuntukkan status Mahkamah Syariah; iaitu Mahkamah yang

5

Page 6: Hadhanah

diletakkan di bawah bidangkuasa negeri. Fasal 2 kepada Perkara 74

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:-

Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi

kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat

undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan

Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang

mengenai mana-mana perkara yang disebut dalam

Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan

dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

Jadual Kesembilan, Senarai (2) Perlembagaan Persekutuan Butiran (1),

memperuntukkan :-

1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak

dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang-

orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum

Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat

dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan,

perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak

angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian,

pembahagian harta dan amanah bukan khairat;

Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai

amanah khairat dan khairat agama, perlantikan

pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi

orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan

khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan

khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam

negeri; adat istiadat Melayu: Zakat Fitrah dan Bait-ul-

mal atau hasil agama negeri yang seumpamanya;

masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam

untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum

kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-

orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-

rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang

termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan,

6

Page 7: Hadhanah

penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah

syar’iah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya

ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan

hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk

dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai

bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali

setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan;

mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan

antara orang-orang yang menganut agama Islam;

menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan

iktikad dan adat istiadat Melayu.

Mengikut peruntukan Hukum Syara’ dan bidang kuasa yang diberi oleh undang-undang bertulis, jelaslah bahawa Pemerintah diberi kuasa mengkhususkan kuasa Hakim, termasuk Hakim Syarie atau Mahkamah yang mana diketuai oleh seseorang Hakim itu. Mengenai persoalan ini bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah telah diperuntukkan di dalam subseksyen 11(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan;

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah –

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan –

(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;

(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

7

Page 8: Hadhanah

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam ;

(vii) wakaf atau nazar;

(viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat ;

(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak;

(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya ; dan

(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Subseksyen 12 (2) Enakmen Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001 pula

memperuntukkan;

Mahkamah Rendah Syariah hendaklah –

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

8

Page 9: Hadhanah

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan

semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi

Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya,

jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak

melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan

dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta

sepencarian).

Mengikut peruntukan undang-undang yang berjalan kuatkuasanya di

dalam negeri ini pada masa sekarang, saya berpuashati bahawa

Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu adalah Mahkamah yang

berkompeten dan mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan

tuntutan penjagaan kanak-kanak atau tuntutan hadhanah (atau dalam

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985

dieja dengan hadanah) dan lain-lain tuntutan yang terbit daripadanya

yang berada di hadapan saya ini.

Pada peringkat ini saya menyentuh secara ringkas bidangkuasa

Mahkamah Syariah bagi memastikan bahawa keputusan yang dibuat nanti

adalah menepati Hukum Syara’ dan undang-undang dari berbagai sudut.

Bidangkuasa satu-satu Mahkamah juga sebenarnya telah lama disentuh

oleh perundangan Islam atau Hukum Syara’. Antaranya sebagaimana

dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-

Qada’ fil Islam, terbitan Matbaah Al ‘Aalamiyah, Kaherah, 1964, yangmana

pada muka 54 beliau menyebut ;

ßšd ¬·… y} Y£´ºšZ x¬Ã¾º† ¬À“ çF£ºšZ ®›ìZ çšy Ö³ªñ w} „

.|e£¨¥šZ y} . 眬¿šZ y} . æ󪲚Z uZŠ 죘 . £ñ£´ºšZ ã› ã÷› nÂÀ…

x®Ã” ®‹PZ nÂœ ç• ®¶Àñ w} äš

ѳñ ë• . ßšd ®Ã” çšý 碣À¨šZ y}

9

Page 10: Hadhanah

Yang bererti ,

‘ Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah

mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim

semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan

dibuat dengan menentukan bahawa Hakim itu

mempunyai bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi

bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang diri,

undang-undang sivil, undang-undang perdagangan atau

bagi undang-undang jenayah dan seumpamanya; oleh

yang demikian Hakim itu hanya berbidangkuasa bagi

kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan

Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain

yang tidak diberi kepadanya.’

Di dalam kes di hadapan saya ini, beberapa fakta yang berkaitan dengan

tuntutan ini telah tidak dipertikaikan. Fakta tarikh perkahwinan Plaintif

dengan Defendan telah tidak dipertikaikan. Plaintif telah diakad nikahkan

dengan Defendan pada 31 Ogos 1989. Fakta bahawa hasil dari akad nikah

perkahwinan antara Plaintif dengan Defendan telah dikurniakan dua orang

anak, iaitu;

i) Mohd Hafiz bin Mohammad,

tarikh lahir: 12 Disember 1990,

Sijil Kelahiran No: I 751390; dan

ii) Nur Maisarah binti Mohammad,

tarikh lahir : 23 April 2001,

Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.

juga tidak dipertikaikan. Plaintif dan Defendan telah bercerai dengan cara

Defendan telah melafazkan lafaz cerai soreh talaq satu kali pertama di

dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dan dengan

kebenaran Mahkamah itu pada 27 Oktober 2003 tidak dipertikaikan juga.

Lafaz cerai yang dibenarkan oleh Mahkamah itu adalah dalam prosiding

10

Page 11: Hadhanah

Permohonan Untuk Mengisytiharkan Perceraian Ta’liq oleh Plaintif, melalui

Permohonan No: 11007-057-26-2003.

Berbalik kepada fakta persoalan pertama; iaitu hak penjagaan kanak-

kanak atau hadanah. Sehingga pada hari ini, masih belum ada perintah

hak penjagaan kanak-kanak daripada mana-mana Mahkamah ke atas

anak-anak yang Plaintif tuntut hak penjagaan mereka ini. Plaintif

menuntut hak penjagaan kanak-kanak ke atas anak-anak hasil

perkongsian hidupnya dengan Defendan diberikan kepadanya

kesemuanya. Anak-anak yang dimaksudkan terdiri daripada;

i) Mohd Hafiz bin Mohammad,

tarikh lahir: 12 Disember 1990,

Sijil Kelahiran No: I 751390; dan

ii) Nur Maisarah binti Mohammad,

tarikh lahir : 23 April 2001,

Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.

Dalam menganalisa fakta persoalan pertama di dalam kes ini; iaitu hak

penjagaan kanak-kanak, saya berpendapat fakta persoalan ini

mengandungi dua isu; iaitu pertamanya apakah yang dimaksudkan

dengan hak penjagaan kanak-kanak ? Dan kedua, isu untuk menentukan

kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak itu patut diserahkan. Dalam

isu pertama kepada fakta persoalan pertama ini, saya berpendapat

Mahkamah kena melihat kepada apakah yang diertikan hak penjagaan

kanak-kanak atau dikenali juga dengan sebutan hadhanah (atau dalam

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985

dieja dengan hadanah) mengikut Hukum Syara' dan undang-undang

yang sedang berkuatkuasa pada masa ini.

11

Page 12: Hadhanah

Mengikut Hukum Syara’ sebagai mana di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji,

oleh Dr. Mustofa Al-Khin dan lain-lain, jilid kedua, cetakan kelima 1424H/

2003M, Darul Qalam, Damsyek, Syria, muka surat 181 ada menyebut;

حف°°ظ : هى اإلس°°المية الشريعة اصطالح فى والحضانة وج°وه بمختل°ف وتربيت°ه ، نفس°ه بأمر يستقبل ال من

س°°ن إلى للص°°غير بالنس°بة وتنتهى واإلص°الح، التنمي°°ةالتمييز.

: فتس°°مى البل°°وغ، س°°ن إلى ذل°°ك بع°°د رعايت°°ه أم°°احضانة. ال كفالة،

Yang bererti,

‘ Hadhanah dari segi istilah syara’ ialah menjaga seseorang

yang tidak dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan

pelbagai kaedah yang mendatangkan kebaikan kepadanya

sesuai dengan perkembangannya. Bagi kanak-kanak kecil

hadhanahnya berakhir sehingga mencapai umur mumayyiz.

Menjaga dan mendidik kanak-kanak selepas umur mumayyiz

sehingga mencapai umur baligh, tidak dinamakan hadhanah

tetapi dinamakan kafalah.’

As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, (meninggal dunia dalam

tahun 977 Hijrah), di dalam kitabnya Mughnil Muhtaj, jil. Ketiga, juzuk

ketiga, cetakan Darul Fikir, pada muka surat 425 ada menyebut ;

يؤذي°°ه عم°°ا نفس°°ه ب°°أمور يس°°تقل ال من حف°°ظ وش°°رعا تنمي°°ة أى وتربيت°°ه مجن°°ون وكب°°ير كطف°°ل تمي°°يزه لع°°دم

ذلك ونحو وشرابه بطعامه بتعهده يصلحه بما المحضون

Yang bererti,

‘ Hadhanah dari segi syara’ bererti tanggung jawab menjaga

seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh

kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat

pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk,

seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga

12

Page 13: Hadhanah

tanggung jawab memberi pendidikan kepada mereka yang

berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi

manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan

minum dan seumpamanya kepada mereka.’

Pendapat ahli perundangan Islam sebagai mana yang dinyatakan di atas

itu adalah berpandukan kepada sebuah hadis diriwayatkan oleh 'Amru bin

Syu'aib daripada ayahnya yang diterima daripada neneknya, Abdullah bin

'Amru, berbunyi;

.YZŠ äš |®¨Šy .Y£ºƒ äš çž¬‡y .@Y£“y äš åÀµ… Z åÀ…Z wý .äR¾šZ uƒe £ž Íš£– {}®›Z w}⾃y äþ“ äR¾šZ ç¾ äR¾šZ uƒe £Áš

u£º• .çÀ› 䓯¥Àž w} cZe}y .çÀº¾‘ x£…} wýy

穼ƒƒƒÀ† âš £› ä… ÝŠ} Íœ}

Sunan Abi Daud, juzuk kedua, Kitab Al-Talaq, Hadis 2276,

muka 283.

Yang bererti;

‘ Bahawa Rasulullah s.a.w. telah didatangi seorang

perempuan lalu perempuan itu berkata, ‘ Wahai Rasulullah,

sesungguhnya anakku ini dulu dalam perut ku dia

bernaung, tetek ku ini tempat dia menyusu, dan pangkuan

ku ini tempat dia berlindung, sesungguhnya bapanya telah

menceraikan ku dan dia bermaksud merampas anak ku ini

dari ku,’ lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada perempuan

itu, “Engkau lebih berhak padanya selama engkau tidak

bernikah lain.’

Hadis yang tersebut di atas memberi faham bahawa di dalam perkara

penjagaan kanak-kanak atau hadhanah, persoalan kebajikan anak itu

diutamakan. Oleh kerana Hadis di atas menggambarkan kesanggupan si

13

Page 14: Hadhanah

ibu dalam memelihara anaknya dan dia masih belum mempunyai

tanggung jawab lain sebagai isteri, Rasulullah telah membuat keputusan

supaya anak itu kekal di dalam jagaan ibu kanak-kanak berkenaan.

Mengenai peruntukan undang-undang, pada masa ini tidak ada tafsiran

berkanun bagi perkataan hadhanah atau hadanah. Walau pun begitu di

dalam subpara 11(3)(b)(iii) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu)

2001, yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah

dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua

tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu

adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan

dengan; antaranya termasuklah penjagaan atau jagaan (hadhanah)

budak-budak.

Subseksyen 80(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam

(Terengganu) 1985 pula antara lain memperuntukkan hadanah sama

ertinya dengan penjagaan anak.

Di dalam kes Wan Abdul Aziz lawan Siti Aishah, JH [1401H], 147, Rayuan

Kes Mal Negeri Kelantan No: 1/1975. Dalam kes ini, tuntutan telah dibuat

oleh Siti Aishah, seorang penolong kanan guru sekolah di Kota Bharu

untuk mendapat hak jagaan anaknya Wan Anita Kartini. Yang kenatuntut

Wan Abdul Aziz ialah seorang jurutera di Kota Bharu. Dua-dua pihak itu

telah berkahwin di Masjid Adelaide Australia Selatan pada 16 September

1965. Mereka telah mendapat dua orang anak Wan Halimatul Tasma

yang dilahirkan di Hobart, Tasmania pada 24.10.1965 dan Wan Anita

Kartini yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 18.8.1970. Yang menuntut

dan yang kenatuntut telah tinggal berasingan dari 18 November 1972 dan

kedua-dua anak pada mulanya tinggal bersama dengan kenatuntut. Pada

bulan Januari 1973 anak yang pertama Wan Halimatul Tasma mulai

tinggal bersama ibunya yang menuntut di Kota Bharu manakala anak

yang kedua Wan Anita tinggal bersama dengan bapanya. Dua-dua pihak

telah bercerai pada 20 Januari 1974 dengan tebus talak sebanyak RM

550.00. Yang menuntut masih janda. Dia membuat permohonan supaya

14

Page 15: Hadhanah

anaknya Wan Anita Kartini diserahkan kepadanya. Mahkamah Kadi telah

menghukumkan anak itu diserahkan kepada ibunya pihak menuntut.

Pihak kenatuntut telah merayu kepada Jemaah Pengadilan. Diputuskan

rayuan diterima dan dihukumkan anak itu hendaklah tetap di bawah

jagaan bapanya dalam pemeliharaan dan asuhan orang yang

diharapkannya iaitu ibunya dan nenek kepada anak itu. Dalam menerima

rayuan Yang Kenatuntut, Jemaah Pengadilan telah menyampaikan

pendapatnya, antaranya;

Pokok dan tujuan hadhanah ialah muslihat dan kebaikan budak

yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu. Hak

yang mesti diutamakan lebih dari hak pihak yang memelihara

sebagaimana yang difahamkan daripada fatwa Ibnu Al-Salah

yang tersebut di dalam ‘Tuhfah’ dan ‘Nihayad’ serta diakui

muktamadnya oleh Ali Shabramulsi, juga sebagaimana yang

disalin oleh Syed Sabiq dalam Fiqhul-Sunnah, juzuk 8 yang

bermaksud, ‘Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang

dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak

yang dijaga lebih kuat dari hak yang menjaga.’ dan diterangkan

oleh Ibnu Qadamah dengan katanya yang bermaksud,

‘Thabitnya hadhanah adalah untuk menentukan nasib

(kepentingan) budak (kanak-kanak) itu.’

Mengikut takrifan Hukum Syara’, undang-undang yang sedang berkuat

kuasa pada masa ini dan kes yang dijadikan panduan sebagai mana yang

dikemukakan di atas, saya berpendapat hadhanah, hadanah atau hak

penjagaan kanak-kanak, adalah mempunyai erti yang sama, iaitu;

tanggung jawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan

dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu

membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk,

seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga

tanggung jawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu

hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta

tanggung jawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada

15

Page 16: Hadhanah

mereka. Oleh yang demikian isu pengertian hadhanah atau hak

penjagaan kanak-kanak telah terjawab.

Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpuashati (yakin) bahawa anak

kepada pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Mohd Hafiz bin

Mohammad, dilahirkan pada 12 Disember 1990, yang memiliki nombor

Sijil Kelahiran I 751390, telah melepasi had umur bagi maksud hak

penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara’ dan undang-undang.

Manakala anak pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Nur

Maisarah binti Mohammad, dilahirkan pada 23 April 2001, yang memiliki

nombor Sijil Kelahiran 010423-11-0412, masih berada di bawah umur

bagi maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara’ dan

undang-undang.

Sekarang timbul pula isu kedua dalam fakta persoalan pertama; iatu

menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak patut

diserahkan ? Dalam menjawab isu ini terlebih dahulu Mahkamah merujuk

kepada pandangan ahli-ahli perundangan Islam yang terdahulu. Di dalam

kitab Kifayatul Akhyar, karangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin

Muhammad, (ulamak pengikut mazhab Syafei kurun kesembilan Hijrah),

juzuk 2, muka 93, cetakan Sulaiman Marie, Singapura, ada menyebut;

£Á… v£ÃºšZ 羓 ®¤}y æÃ…®¥šZ çšý |¬}y ݹŽ} £Áœì ÝÚ} ]£œì£… £Áœ} êý æžêy nÂœ çy

溹Àš£˜ 枣¹¼šZ [£¤ƒ} ã› £Áœì [ìZ 羓 朣´©šZ æœÈ›y u£¹‘íš æ›fë› ¬Ž}y

ly®ƒ²ƒš£… Y£ƒ±ƒÀšZ ã› ®Ã” ã›y äÀ› ¬šÂšZ 朣ƒ

´©… ÝŠ} v죕 䥉yf ჉®šZ qe£• ZdÇ•

Yang bererti;

" Hadonah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab

yang tertentu, diberi kepada perempuan kerana mereka

lebih menaruh kasih sayang kepada kanak-kanak, lebih tepat

untuk mendidiknya, lebih sabar dalam melaksanakan tugas

16

Page 17: Hadhanah

memelihara kanak-kanak dan perempuan juga sentiasa lebih

banyak bergaul dengan kanak-kanak. Pembiayaan hadonah

tertanggung ke atas bapa kerana pembiayaan hadonah itu

adalah diperlukan sama seperti nafkah. Apabila seseorang

lelaki bercerai dengan isterinya, ibu (isteri itu) adalah lebih

berhak mendapat hak hadonah anak pasangan itu daripada

bapa anak itu, dan daripada wanita-wanita yang lain dengan

beberapa syarat.”

Di dalam kitab Al-Um oleh Imam Al-Shafei, (150 hingga 204 Hijriah), jilid

ketiga, juzuk kelima, cetakan Darul Mukrifah, Beirut, Labanon, di muka 92

ada disebut;

âš £› £¬šÂ… ÝŠ} v죕 {¬ŠZy æž®– ç• £¿y wZÂ…ìZ q®¥•Z Zd£• ç·•£ƒ²ƒšZ u£–

ãÃ… ®Ã‹ ặž Ây ãÃÀƒ w£¿‡ y} £·¤ ⬊} Û¾… Zd£• Ze£¸ ZÂœ£˜£›y _y¯¥†

e£¥‹Z £¿Áž} ¬À“ w£˜y ä›}y äÃ…}

Yang bererti;

‘ Al-Shafie berkata,’ Apabila berpisah kedua ibu bapa dan

kedua-dua nya berada di dalam satu qaryah, maka ibu

adalah lebih berhak terhadap anaknya selama dia belum

berkahwin lain dan semasa anak itu masih kecil. Sekiranya

anak itu mencapai umur tujuh tahun atau lapan tahun dan

dia mempunyai kesempurnaan akal, anak itu disuruh

membuat pilihan penjaganya diantara bapanya atau ibunya

dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya

itu.”

Di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini,jilid ketiga, juzuk ketiga,

cetakan Darul Fikri, muka 454 hingga 456 ada dinyakan bahawa, hak

penjagaan ke atas kanak-kanak tidak boleh diberikan kepada hamba,

orang gila dan juga orang fasiq. Bagi kanak-kanak muslim, hak jagaan ke

atasnya tidak boleh diberikan kepada orang kafir. Wanita yang berkahwin

17

Page 18: Hadhanah

dengan lelaki yang bukan bapa kepada anaknya tidak boleh mendapat hak

penjagaan ke atas anaknya itu, kecuali dia berkahwin dengan bapa

saudara, sepupu atau anak saudara kepada anaknya itu berasaskan

kepada pandangan yang asah. Jika anak berkenaan masih menyusu, ia

disyaratkan supaya disusui dahulu berasaskan pandangan yang sohih.

Mengikut Hukum Syara’, sebagai mana pendapat Mazhab Shafie yang

disebut di dalam kitab Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, oleh Dr. Wahbah A-

Zuhaili, juzuk ketujuh, cetakan ketiga,1409H/1989M, muka 726 – 729,

syarat-syarat umum haadin (pihak yang diberi hak penjagaan anak) ialah;

1) dia cukup umur, kanak-kanak tidak berhak menjadi haadin;

2) dia adalah sempurna akal;

3) dia berkeupayaan mendidik kanak-kanak;

4) dia berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah; dan

5) dia adalah seorang Islam.

Manakala syarat-syarat khas haadinah pula ialah;

1) dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain yang tidak ada

hubungan waris dengan si anak;

2) dia adalah terdiri daripada kerabat terdekat kepada anak; dan

3) dia boleh menyusukan anak.

Mengikut undang-undang pula, syarat-syarat hadinah, diperuntukkan di

dalam seksyen 81, Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam,

(Terengganu), 1985. Seksyen itu memperuntukkan;

Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik

kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap

hadanah jika –

(a) dia adalah seorang Islam;

(b) dia adalah sempurna akal;

(c) dia berumur yang melayakkan dia memberi

kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang

yang mengkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;

18

Page 19: Hadhanah

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu

tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk

dari segi akhlak atau jasmani.

Seksyen 82 pula memperuntukkan hak seseorang perempuan terhadap

hadanah adalah hilang –

(a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang

lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan

kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu

dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu,

tetapi adalah kembali semula apabila perkahwinan

itu dibubarkan;

(b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara

keterlaluan dan terbuka;

(c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya

dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak

itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke

atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa

seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil

anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

(d) jika perempuan itu murtad;

(e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya

kanak-kanak itu.

Seksyen 83 Enakmen yang sama memperuntukkan;

(1) Hak hadinah ( ( حاضنة bagi menjaga

seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-

kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak

itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu

perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan

hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu

19

Page 20: Hadhanah

sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan

tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas

tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2) Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah

turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah

mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-

kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan

sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah

memerintah selainnya.

Di dalam satu kes di Negeri Kedah, Mohamad Salleh lawan Azizah, JH

(1404H), 212, keputusan Yang Arif Kadi Besar telah diperkukuhkan oleh

Mahkamah Rayuan Syar’iah Negeri. Di dalam kes ini di dalam Mahkamah

Kadi Besar, Penentang Rayuan telah memohon mendapatkan hak jagaan

empat anaknya yang berumur antara 5 tahun dan 39 hari daripada Perayu

iaitu bekas suaminya. Pada masa perceraian antara Perayu dan

Penentang Rayuan, anak-anak itu telah diserahkan kepada Perayu, tetapi

Penentang Rayuan mendakwa pada masa itu dia berada di dalam

kesihatan terlalu lemah baru bersalin tiga hari. Yang Arif Kadi Besar dalam

hukuman menyebut; “ Maka dengan ini aku hukum bahawa kanak-kanak

iaitu anak-anak di antara Mohd Salleh bin Abdul Aziz dan Azizah binti

Mohd Yusoff iaitu;

1) Fariza Baizura bt Mohd Salleh yang berumur lebih

kurang 5 tahun;

2) Mohd Fadly Yusoff b. Mohd Salleh yang berumur lebih

kurang 3 tahun;

3) Fazlina bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2

tahun; dan

4) Fazlin bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2

bulan;

hendaklah dipelihara oleh Azizah bt Mohd Yusoff sehingga kanak-kanak itu

mumaiyiz, dan setelah mumaiyiz mengikut Hukum Syara’ maka bolehlah

20

Page 21: Hadhanah

pihak Mohd Salleh membuat tuntutan untuk memelihara anak itu

kembali.”

Berdasarkan peruntukan Hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang

sebagai mana yang dirujuk, serta kes yang dijadikan panduan, di dalam

fakta persoalan siapa yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak saya

berpendapat timbul pula tiga isu. Isu pertama ialah jika seseorang kanak-

kanak itu berumur di bawah tujuh tahun jika lelaki, atau berumur di

bawah sembilan tahun jika perempuan, maka ibu kepada kanak-kanak itu

pada amnya lebih berkelayakan mendapat hak penjagaan kanak-kanak.

Isu kedua ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur

tujuh tahun jika lelaki, atau mencapai umur sembilan tahun jika

perempuan, dan sekiranya ada permohonan daripada hadinah untuk terus

menjaga kanak-kanak berkenaan itu, Mahkamah boleh membenarkan

hadinah berbuat sedemikian.

Isu ketiga ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur

mumaiyiz, penentuan ke atas hak penjagaan kanak-kanak pada dirinya,

pada amnya adalah mengikut pilihan kanak-kanak berkenaan itu sendiri.

Selain dari isu-isu yang telah disebut di atas, saya berpendapat bahawa

saya patut sentuh juga sedikit mengenai peruntukan lamanya tempoh hak

penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak. Dari segi undang-undang dan

Hukum Syara’ peruntukan lamanya tempoh hak penjagaan ke atas

seseorang kanak-kanak hampir-hampir sama. Cuma takrifan tahun di

dalam peruntukan Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam

(Terengganu) 1985, tidak diberi. Keadaan ini merupakan satu lacuna.

Lacuna sebegini boleh menyebabkan timbulnya persoalan adakah

pengiraan umur di bawah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga

Islam itu dikehendaki mengikut kalendar Gregory, sebagai mana yang

telah ditetapkan di bawah Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Akta

Umor Dewasa, 1971, (Akta 21), atau adakah dikehendaki mengikut

pengiraan Taqwim Hijri ? Saya tinggalkan isu ini di sini untuk dihujahkan

21

Page 22: Hadhanah

oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam lain-lain kes tuntutan hak

penjagaan ke atas kanak-kanak nanti.

Berdasarkan keterangan yang diperolehi semasa perbicaraan, Mahkamah

berpuas hati bahawa anak pertama pasangan ini; Mohd Hafiz bin

Mohammad dilahirkan pada 12 Disember 1990. Mengikut Taqwim Haqiqi

(tahun Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 12

Disember 1990 adalah bersamaan dengan 25 Jamadilawwal 1411. Ini

bermakna umur Mohd Hafiz bin Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal

1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira 14 tahun 10

bulan 6 hari. Manakala anak kedua pasangan ini; Nur Maisarah binti

Mohammad dilahirkan pada 23 April 2001. Mengikut Taqwim Haqiqi

(tahun Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 23

April 2001 adalah bersamaan dengan 29 Muharram 1422. Ini bermakna

umur Nur Maisarah binti Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal 1426

mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira 4 tahun 2 bulan 19 hari.

Berdasarkan fakta Hukum Syara’, fakta undang-undang dan fakta

mengenai kes, sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya

berpendapat Mohd Hafiz bin Mohammad yang dilahirkan pada 12

Disember 1990, kenalah membuat pilihannya sendiri sama ada dia

hendak dijaga seterusnya oleh ibunya atau dijaga oleh bapanya. Dalam

menyelesaikan persoalan ini, saya telah memanggil Mohd Hafiz bin

Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990 itu pada hari Isnin,

10 Safar 1426 bersamaan 21 Mac 2005 mulai jam 2.40 petang, bagi

memberi peluang kepada Mohd Hafiz bin Mohammad membuat pilihan

penjaganya. Pertemuan itu telah diadakan di dalam Bilik Tamu Ketua

Hakim Syarie Terengganu. Dalam pertemuan itu, saya berpuas hati

bahawa Mohd Hafiz bin Mohammad secara sukarela telah memilih dan

dengan kemahuannya sendiri untuk menjadikan ibunya, Maimunah binti

Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes ini, sebagai

penjaganya mulai sekarang.

Di dalam kes di hadapan saya ini, sepanjang perkahwinan Plaintif dengan

Defendan, anak-anak yang dilahirkan oleh Plaintif dipelihara oleh Plaintif.

22

Page 23: Hadhanah

Mengikut keterangan di dalam kes ini, Defendan dalam masa

perkahwinannya dengan Plaintif telah ada mempunyai isteri lain dan ada

mempunyai anak daripada perkahwinannya dengan isteri lain itu. Pada

masa ini Plaintif masih bermastautin di dalam daerah Kuala Terengganu.

Defendan pula tinggal bersama isteri lain yang sedia ada dan anak-anak

dengan isterinya itu.

Sepanjang perbicaraan kes ini, tidak dibuktikan bahawa Plaintif pada

masa ini telah hilang hak seseorang perempuan terhadap hadhanah, baik

dari segi Hukum Syara’ mau pun dari segi undang-undang.

Berdasarkan fakta Hukum Syara’, fakta undang-undang dan fakta

mengenai kes, sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya

berpendapat, anak kedua kepada Plaintif dengan Defendan yang bernama

Nur Maisarah binti Mohammad dan yang dilahirkan pada 23 April 2001

penjagaan atas diri kanak-kanak tersebut adalah terhak kepada ibunya,

Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes

ini.

Walau pun hak jagaan anak ke atas kedua-dua anak Plaintif dengan

Defendan berkenaan diberikan kepada Plaintif iaitu ibu kepada kedua-dua

kanak-kanak itu, Defendan tidaklah terhalang daripada menziarahi kanak-

kanak berkenaan. Islam melarang perbuatan memutuskan silaturrahmi

antara sesama Muslim, apatah lagi antara anak dengan ayahnya.

Memandangkan umur kedua-dua anak berkenaan, saya berpendapat

Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah seorang atau

kedua-dua anak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa yang

berpatutan mengikut Hukum Syara’ dengan syarat tidak mendatangkan

mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan,

dan setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan

Defendan itu.

Sekarang sampai pula kepada fakta persoalan yang kedua; iaitu kadar

nafkah anak jika kanak-kank itu diberi hak jagaannya kepada Plaintif.

Mengenai fakta persoalan ini di dalam kes ini, saya dapati terdapat tiga

23

Page 24: Hadhanah

isu yang timbul. Isu pertama ialah adakah Defendan diwajibkan

membayar nafkah anak-anak berkenaan. Isu kedua yang mana ada

ditimbulkan di dalam Pernyataan Pembelaan Defendan dan hujah bertulis

pihak Defendan; iaitu kadar nafkah anak telah pun dibuat secara

persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya

perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang

lalu. Saya berpendapat isu inilah sebenarnya yang menjadi pokok dalam

kes ini. Dan isu ketiga ialah, berapakah kadar nafkah anak bagi anak-anak

yang berkenaan itu.

Dalam menganalisa isu yang pertama; adakah Defendan diwajibkan

membayar nafkah anak bagi Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur

Maisarah binti Mohammad, Mahkamah merujuk kepada firman Allah

s.w.t.;

äš cš¿šZ 羓y>æ“£®šZ ⥞ w} cZe} ã¿š÷ ãþ›£˜ ãڊ ã¬Qšy} ã·ƒ®ž \Q¬šQšZy

£¬šÂ… {¬šQy eP£ƒƒ´† ê>£Á·ƒy Nêý Ôƒ¹œ ܾ¼† ê>py®·¿š£… ãÁ†Âƒ±ƒ˜y ãÁ–fe

ßšQd ᦛ ]eZšZ 羓yõ>x¬šÂ… äš cš› êy

sebahagian ayat 233

Surah Al-Baqarah

Yang bermaksud;

“ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka

selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak

menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa

pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu

menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan

seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah

menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya,

dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita

kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan

yang tersebut (jika si bapa tiada)…”

24

Page 25: Hadhanah

Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk kedua, di muka 93, disebut;

溃¹Àš£˜ 枣¹¼šZ [£¤ƒƒ} ã› £Áœì [ìZ 烾“ 朣ƒ

´©šZ æœÈ›y

Yang bererti;

“ Pembiayaan hadanah tertanggung ke atas bapa kera ianya

adalah keperluan, iaitu samalah seperti nafkah.”

Di dalam kitab Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib Al-Arba’ah, oleh Abdul Rahman Al-

Jaziri, cetakan Dar Ihya Al-Thurath Al-Arabi, Beirut, Labenon, juzuk

keempat, muka surat 592, ada menyebut bahawa antara syarat-syarat

yang menjadikan bapa wajib menanggung nafkah anak-anak nya ialah;

1) hendaklah bapa berkemampuan,

2) hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun

dengan pekerjaan yang sesuai dengan mereka,

3) hendaklah bapa berkemampuan menanggung nafkah

isterinya dan anak-anaknya selama satu hari satu malam.

Berdasarkan nas-nas yang disebutkan di atas, jelas bahawa mengikut

peruntukan Hukum Syara’, bapa wajib menanggung nafkah anak bagi

anak-anaknya. Di dalam kes ini saya dapati tidak ada sebarang nyataan

yang membuktikan mengikut Hukum Syara’ bahawa Defendan tidak wajib

membayar nafkah anak bagi Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur

Maisarah binti Mohammad. Oleh yang demikian di dalam kes ini, saya

berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan, mengikut Hukum Syara’

wajib menanggung nafkah anak-anaknya itu.

Mengikut undang-undang pula, subseksyen 71(1) Enakmen Undang-

undang Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985,

memperuntukkan;

25

Page 26: Hadhanah

Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah

Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah

menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah

anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau

dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan

bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan

dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang

kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan

membayar kosnya.

i. Peruntukan undang-undang di atas jelas, walau pun hak

penjagaan kanak-kanak ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad

dan Nur Maisarah binti Mohammad diberi kepada Maimunah

binti Hamzah, ibu kepada anak-anak berkenaan itu, bapa

kepada kedua anak-anak itu, iaitu Mohammad bin Embong,

Defendan, adalah wajib menanggung nafkah anak-anak

berkenaan itu.

Tidak syak lagi di dalam kes ini, Defendan sebagai bapa kepada Mohd

Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad adalah

berkewajiban mengikut undang-undang membayar nafkah bagi kedua

anak-anaknya itu.

Isu kedua di dalam fakta persoalan kedua ini, iaitu kadar nafkah anak

telah pun dibuat secara persetujuan antara Plaintif dengan Defendan

semasa berlakunya perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27

Oktober 2003 yang lalu dan dengan yang demikian tidak perlu ditimbul di

dalam tuntutan ini. Mengenai isu ini, mengikut keterangan melalui Ikatan

Dokumen Plaintif yang dikemukan di dalam Mahkamah ini, saya berpuas

hati bahawa pada 27 Oktober 2003, Hakim Mahkamah Rendah Syariah

Daerah Kuala Terengganu yang mengendalikan kes Permohonan

Perceraian Di Bawah Ta’liq, Permohonan No: 11007-057-26-2003, telah

membuat perintah-perintah; antaranya, ‘Melalui persetujuan bersama,

Pihak suami hendaklah membayar nafkah sementara anak sebanyak

26

Page 27: Hadhanah

RM200 sebulan dibayar mulai November 2004.’ Jelasnya di dalam perintah

itu ialah ‘perintah nafkah sementara anak sebanyak RM200 sebulan’ dan

ianya dibuat melalui persetujuan. Fakta nafkah sementara anak

dipersetujui sebanyak RM100 sebulan bagi tiap-tiap orang anak ini juga

diakui oleh Defendan semasa memberi keterangannya di dalam

Mahkamah ini. Saya perlu tegaskan di sini bahawa pada hari ini saya akan

membuat perintah kekal ke atas kadar nafkah anak. Malangnya kadar

nafkah anak secara kekal ini tidak ada persetujuan di atara kedua-dua

belah pihak, walau pun Mahkamah beberapa kali memberi saranan agar

dibuat persetujuan. Oleh yang demikian saya berpendapat tidak timbul

isu bahawa kadar nafkah anak telah dipersetujui sebanyak RM200

sebulan, sebagai mana yang dihujahkan.

Mengenai isu ketiga yang juga menjadi persoalan di dalam tuntutan ini

ialah penentuan kadar nafkah anak yang perlu dibayar oleh Defendan.

Mengenai isu ini, bagi maksud menaksirkan kadar nafkah anak,

Mahkamah pertama-tamanya merujuk kepada peruntukan di dalam

Hukum Syara’ . Allah s.w.t. telah berfirman;

õ>x¬šÂ… äš cš› êy £¬šÂ… {¬šQy eP£ƒƒ´† ê>£Á·ƒy Nêý Ôƒ¹œ ܾ¼† ê

sebahagian ayat 233 Surah Al-

Baqarah

Yang bermaksud;

“ … Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut

kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu

menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan)

seseorang bapa itu menderita kerana anaknya …”

Di dalam Sohih Al-Bukhari, jilid yang ketiga, juzuk yang ketujuh, muka

85, kitab Al-Nafaqat ada menyebut;

çÀù¼ž £› åÀõ·ž ԃÚy Ñ郎 ჉e w£Ã¹ƒ £…} wý ä¾RšZ uƒe £ž Íš£– 䤥“ ÍÀ… ¬À w}

27

Page 28: Hadhanah

py®·¿š£… s¬šyy ߃ù¼ž £› |‹ u£º• â¾·ž ê Ây

äÀ› \‹} £› êý |¬šyy

Yang bererti;

“ Diriwayatkan bahawa Hindun binti ‘Utbah, isteri Abu Sufyan

telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w., bahawa suaminya,

Abu Sufyan adalah lelaki kedekut dengan dia tidak memberi

nafkah yang cukup kepada isterinya itu dan anaknya hingga

menyebabkan Hindun mengambil sendiri dari harta Abu

Sufyan tanpa pengetahuan A b u Sufyan b a g i

mencukupi nafkah kedua-duanya, lalu Rasulullah s.a.w.

bersabda kepada Hindun, “ Kamu bolehlah ambil dari harta

Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak kamu

dengan sebaiknya.”

Dalam menjelaskan kadar nafkah anak yang wajib ditanggung oleh pihak

yang diwajibkan menanggungnya, Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam

kitabnya, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, juzuk kesembilan, terbitan Darul

Fikr, Damsyek, cetakan ketiga, 1989M/1409H, pada muka surat 828,

menyebut;

ولد وولد ولد من القريب نفقة أن على الفقهاء اتفق والمش°°رب واألدم الخ°°بز من الكفاي°°ة بق°°در مق°°درة

على رض°°يعا ك°°ان إن والرض°°اع والس°°كنى والكس°°وة للحاج°°ة، وجبت ألنها ؛ البالد وعوائد المنفق حال قدر : " خ°°ذي لهن°°د وسلم عليه الله صلى النبي قال وقد

ونفق°°ة نفقته°°ا " فق°°در ب°°المعروف وولدك يكفيك ما. بالكفاية ولدها

يخدم°°ه، خ°°ادم إلى علي°°ه المنف°°ق الول°°د احت°°اج وإن

كفايته تمام من ألنه ؛ إخدامه الوالد فعلى

Yang bererti,

‘ Para fuqaha bersependapat bahawa sesungguhnya nafkah

kerabat yang terdiri daripada anak, dan anak kepada anak

(cucu) ditetapkan dengan kadar yang mencukupi keperluan

mereka, merangkumi roti atau bahan-bahan pelengkap bagi

28

Page 29: Hadhanah

makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan

penyususan sekiranya dia masih menyusu. Ia adalah

mengikut kemampuan pembiaya dan kebiasaan setempat

kerana ia diwajibkan dengan sebab keperluan. Nabi s.a.w.

telah bersabda kepada Hindun, yang bermaksud, ‘Kamu

bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi

nafkah kamu dan anak kamu dengan sebaiknya.’ Oleh yang

demikianlah ia diukur dengan kadar keperluan.

‘ Andainya anak yang dibiayai itu memerlukan khadam

(orang suruhan) yang akan membantunya dalam segala

keperluannya, maka adalah menjadi kewajiban bapa

menyediakan khadam berkenaan itu kerana ia adalah

merupakan antara ciri-ciri penyempurnaan kepada keperluan

anak berkenaan itu.’

Dalam menjelaskan peruntukan Hukum Syara’ di atas, seksyen 71

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu),

1985, memperuntukkan;

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah

Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah

menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah

anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau

dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan

mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian,

makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang

munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf

kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi

kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum

Syara’, supaya menanggung nafkah, atau memberi

sumbangan kepada nafkah, kanak-kanak, jika bapa kanak-

kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada

29

Page 30: Hadhanah

tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak

berupaya menanggung nafkah mereka.

Cara tanggungan nafkah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang

di atas adalah seperti berikut;

i. sama ada dengan mengadakan bagi anak-anak itu tempat tinggal,

pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang

munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf

kehidupannya; atau

ii. dengan cara membayar kos bagi tempat tingga anak itu,

pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana

yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf

kehidupannya.

Saya berpendapat adalah sangat jelas mengikut undang-undang bahawa,

penaksiran kadar nafkah anak adalah mengikut peruntukan seksyen 71

Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu),

1985, dan bukannya mengikut peruntukan seksyen 60 Enakman itu,

sebagai mana yang dihujahkan oleh pihak Defendan. Saya berpendapat,

peruntukan seksyen 60 Enakmen berkenaan itu adalah sebenarnya untuk

penaksiran nafkah isteri atau nafkah bekas isteri.

Di dalam kes Mohamed lawan Selamah, JH (1402H), 95, Mahkamah

Jemaah Pengadilan Negeri Kelantan telah mengubah hukuman kadar

nafkah anak yang telah dibuat oleh Yang Arif Haji Yaacob, Kadi Litar

Kelantan. Di dalam kes ini Yang Menuntut membuat tuntutan nafkah

untuk dua anaknya yang berumur 13 tahun dan 9 tahun. Yang Menuntut

telah berkahwin dengan Yang Kena Tuntut pada 26 April 1964 dan telah

bercerai pada 13 April 1977. Yang Menuntut telah membuat tuntutan

nafkah anak sebanyak RM90 sebulan untuk dua orang anak. Yang Kena

Tuntut telah memberitahu Mahkamah bahawa dia berpendapatan

sebanyak RM120 sebulan dan dia telah berkahwin lain. Yang Arif Hakim

30

Page 31: Hadhanah

Bicara di Mahkamah Kadi telah menghukumkan nafkah RM40 kepada

anak pertama dan RM30 untuk anak kedua. Yang Kena Tuntut merayu ke

Mahkamah Jemaah Pengadilan. Haji Ismail bin Haji Yusof bagi pihak

Jemaah Pengadilan telah menyampaikan keputusan Jemaah Pengadilan

yang membuat keputusan ipilan diterima dan hukuman Al-Fathil Tuan

Kadi dibuat sedikit perubahan, iaitu bayaran nafkah kedua orang anak itu

diturun dari tujuh puluh ringgit kepada enam puluh ringgit, kepada anak

pertama sebanyak RM35 dan kepada anak yang kedua sebanyak RM25

pada tiap-tiap bulan dehinggalah kepada masa anak-anak itu cukup akal

baligh dan boleh berdikari, atau sehinggalah suatu masa yang

menghendaki kepada suatu perubahan mulai dari keputusan yang dibuat

oleh Al Fathil Tuan Kadi pada 15 November 1979.

Daripada peruntukan Hukum Syara’ dan peruntukan undang-undang yang

sedang berjalan kuat kuasanya pada hari ini, sebagai mana yang

dinyatakan di atas, saya berpendapat butir taksiran nafkah seseorang

anak sudah jelas. Oleh yang demikian di dalam kes ini, saya adunkan kos

keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran

tiap-tiap orang anak Defendan sebagaimana yang munasabah

memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya dengan

kemampuan kewangan Defendan.

Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif membuat anggaran

bahawa bagi anak pertama yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad,

nafkah yang diperlukan olehnya adalah berjumlah RM500.00 sebulan.

Plaintif menyenaraikan keperluan nafkah anak berkenaan itu dan adalah

seperti berikut;

1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari;

2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari;

3. Belanja sekolah RM 2.00 sehari;

4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00

sehari;

5. Pakaian dalam diperlukan RM 25.00 sebulan;

6. Bayaran sekolah RM 80.00 setahun;

31

Page 32: Hadhanah

7. Pakaian sekolah diperlukan RM 100.00 setahun;

8. Kasut diperlukan RM 30.00 setahun;

9. Beg sekolah diperlukan RM 30.00 setahun;

10.Buku tulis dan buku teks diperlukan RM 100.00 setahun;dan

11.Belanja baiki basikal diperlukan RM 10.00 sebulan.

Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif menyenaraikan

keperluan nafkah anak bagi anak yang kedua yang bernama Nur Maisarah

binti Mohammad, dan adalah seperti berikut;

1. Makan pagi diperlukan RM 0.50 sehari;

2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 2.00 sehari;

3. Makanan ringan RM 1.00 sehari;

4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 2.00

sehari;

5. Pakaian diperlukan RM 70.00 setahun;dan

6. Mainan diperlukan RM 10.00 sebulan.

Kenyataan Plaintif sebagai ibu, yang pada masa ini menjaga Mohd Hafiz

bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad, telah tidak dibuat

sebarang canggahan oleh Pihak Defendan sepanjang perbicaraan. Malah

Plaintif, ketika disoal balas oleh Peguam Syarie Defendan telah menafikan

senarai keperluan perbelanjaan Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur

Maisarah binti Mohammad itu sebagai perbelanjaan yang keterlaluan.

Mengenai kemampuan Defendan, Mohammad bin Embong sebagai bapa

kepada anak-anak yang berkenaan itu, dalam keterangannya, Defendan

menjelaskan bahawa pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih

sebulan pada tiap-tiap bulan. Semasa disoal balas, Defendan menjelaskan

bahawa yang dimaksudkan pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih

sebulan pada tiap-tiap bulan itu ialah setelah ditolak gaji yang dbayar

kepada dua orang pekerjanya. Keterangan Defendan ini mengikut

Defendan adalah berdasarkan kadar zakat yang Defendan keluarkan.

32

Page 33: Hadhanah

Defendan adalah tuan punya kedai tayar yang beroperasi di alamat D

1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala

Terengganu. Kedai yang berkenaan itu didaftarkan atas nama Defendan

berseorangan sepenuhnya. Perbelanjaan bulanan Defendan mengikut

keterangan Defendan sendiri adalah seperti berikut ;

1. Sewa bangunan kedai sebanyak RM 400 sebulan;

2. Sewa stor sebanyak RM 300 sebulan;

3. Perbelanjaan isteri yang masih ada sebanyak RM 400

sebulan;

(duduk bersama isteri yang masih ada, ada enam orang

anak termasuk seorang anak yang telah bekerja)

4. Ikan dibekalkan kepada isteri yang masih ada dan anak-anak

yang tinggal bersamanya, dianggarkan RM 200 sebulan;

5. Sewa rumah yang memakai alamat J 99, Taman Murni

Permai, Tok Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu,

sebanyak RM 217 sebulan;

6. Ansuran bulanan kereta jenis WAJA, nombor pendaftaran

TAD 6669, sebanyak RM 627 sebulan;

7. Telefon selular dianggarkan RM 150 sebulan;

8. Telefon kedai dianggarkan Rm 150 sebulan;

9. Bayaran bil air bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan

RM 30 sebulan;

10. Bayaran bil eletrik bagi bangunan kedai dan stor

dianggarkan RM 180 sebulan;

11. Bayaran gaji pekerja seramai 2 orang, sebanyak RM 1,500

sebulan;

Dalam soal balas yang dilakukan oleh Peguam Syarie Plaintif, Defendan

juga menegaskan bahawa perbelanjaan bagi kesemua anak-anak seramai

lapan orang berjumlah RM 1,400 sebulan. Mengikut keterangan Defendan

dalam keterangan utamanya dan pengertian pendapatan bersih yang

dimaksudkan oleh Defendan dalam soal balas, saya dapati perbelanjaan

bulanan Defendan berjumlah RM 2,654. Dari jumlah itu tidak diperinci pun

saraan bulanan bagi tiap-tiap orang anaknya. Manakala dalam soal balas

33

Page 34: Hadhanah

juga Defendan menegaskan bahawa dia menetapkan kadar nafkah anak

bagi seramai lapan orang anak berjumlah RM 1,400 sebulan. Mengikut

keterangan yang dikemukakan oleh Defendan dalam keterangan

utamanya, dalam soal balas dan dalam soal semula, saya berpendapat

bahawa Defendan telah tidak tetap (consistent) menyatakan kadar

pendapatan bulanannya sama ada secara pukul rata maupun secara

tetap. Fakta yang sebegini menyukarkan Mahkamah mencari kebenaran

mengenai kemampuan Defendan sebagai bapa kepada anak yang

bertanggung jawab menanggung nafkah anak-anaknya.

Memandangkan kedudukan fakta yang sedemikian, saya berpendapat,

dalam menentukan kadar nafkah anak yang patut ditanggung oleh

Defendan, saya kenalah meninjau kos keperluan tempat tinggal, pakaian,

makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan yang

dipelihara oleh Plaintif. Saya tidak mahu kos keperluan tempat tinggal,

pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak itu

diketepikan begitu saja, demi meraikan kemampuan bapa yang mana

keterangan yang diberi di dalam Mahkamah ini, telah tidak consistent

tentang kadar pendapatan bulanan, sama ada pendapatan bulanan

secara pukul rata sebenarnya, maupun pendapatan bulanan secara tetap

sebenarnya.

Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Mohd Hafiz

bin Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan

tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran Mohd Hafiz

yang pada pendapat saya, setakat memadai adalah seperti berikut;

1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari;

2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari;

3. Belanja sekolah, termasuk mengaji Al-Quran dan pengajian fardu

‘ain

RM 2.00 sehari; dan

4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00

sehari.

34

Page 35: Hadhanah

Berdasarkan kiraan di atas, dengan mengambil kira hari cuti mingguan

persekolahan, cuti penggal persekolahan dan lain-lain cuti persekolahan,

kos keperluan harian secara pukul rata bagi Mohd Hafiz, berjumlah RM

12.00. Jika RM 12.00 kos yang diperlukan dalam sehari, secara pukul

ratanya, sebulan berjumlah RM 360 (RM 12 x 30 hari = RM 360). Walau

pun begitu saya berpuas hati bahawa kos keperluan tempat tinggal,

pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran yang memadai bagi Mohd

Hafiz adalah tidak kurang dari RM350 sebulan pada tiap-tiap bulan.

Bagi keperluan sekolah Mohd Hafiz yang lain-lain seperti;

1. Bayaran sekolah;

2. Pakaian sekolah;

3. Beg sekolah;

4. Buku tulis dan buku teks; dan

5. Belanja kenderaan ke sekolah,

saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada

Mohd Hafiz, hendaklah membayar atau mengadakannya, pada ketika

diperlukan atau diwajibkan oleh pihak sekolah.

Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya

berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada

Mohd Hafiz, hendaklah menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd

Hafiz bin Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji.

Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak

sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah

Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah

dengan ini dimansukhkan;

Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Nur Maisarah

binti Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan

tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagai

35

Page 36: Hadhanah

mana yang dicadangkan bagi Nur Maisarah yang pada pendapat saya,

setakat memadai adalah seperti berikut;

1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari;

2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari;

3. Belanja tambahan atau jika ke sekolah, atau menghadiri kelas

fardu ‘ain

dan al-Quran RM 2.00 sehari; dan

4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 1.00

sehari.

Berdasarkan kiraan di atas, kos keperluan harian secara pukul rata bagi

Nur Maisarah, berjumlah RM 8.00. Jika RM 8.00 kos yang diperlukan

dalam sehari, secara pukul ratanya, sebulan berjumlah RM 240 (RM 8 x 30

hari = RM 240). Walau pun begitu saya berpuas hati bahawa kos

keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran

yang memadai bagi Nur Maisarah adalah tidak kurang dari RM200 sebulan

pada tiap-tiap bulan.

Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya

berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Nur

Maisarah, hendaklah menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur

Maisarah binti Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji.

Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak

sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah

Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah

dengan ini dimansukhkan;

Kefarduan ke atas Mohammad bin Embong bagi membayar nafkah

bulanan pada tiap-tiap bagi kedua-dua anaknya itu, saya fardukan bulan

mulai dari bulan Mei 2005.

36

Page 37: Hadhanah

Mengenai fakta persoalan ketiga di dalam tuntutan ini, iaitu

bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan, saya

berpendapat ianya hendaklah melalui cara yang dapat memberi jaminan

bahawa Defendan tidak lalai dari menunaikan kefarduan nafkah anak

yang diwajibkan ke atasnya. Saya berpendapat cara yang Defendan

laksanakan bagi maksud menyempurnakan nafkah sementara anak-anak

pada masa ini, iaitu dengan mengeluarkan cek, adalah tidak menjamin

kesempurnaannya. Disamping itu sukar pula nanti untuk perjalanan

pelaksanaan perintah sekiranya Defendan tidak menunaikan tanggung

jawab berkenaan.

Di dalam kes Mohd Hanif Farikullah lawan Bushra Chaudri & Another

Appeal, [2001] 2 CLJ 397, Perayu telah membuat rayuan di atas perintah

penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 kepada RM 200

sebulan pada tiap-tiap bulan untuk membiayai nafkah seorang anak tak

sah taraf. Perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu telah dibuat

oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Yang Arif Dato’ Faiza Tamby Chik,

Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah membuat keputusan

bahawa rayuan Perayu ditolak. Oleh yang demikian perintah penahanan

pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap

bulan bagi membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf yang telah

dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dikekalkan. Di dalam kes

ini, Perayu dengan Responden telah berkahwin pada 6 Oktober 1986.

Pasangan ini telah mendapat seorang anak lelaki diberi nama Muhammad

Osman bin Mohd Hanif. Pasangan Perayu dangan Responden

kemudiannya telah bercerai melalui perintah Mahkamah Rendah Syariah

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, di dalam kes mal no: 813/90 pada 23

Oktober 1990. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur itu juga memerintahkan Perayu membayar nafkah untuk seorang

anaknya Muhammad Osman bin Mohd Hanif sebanyak RM50 sebulan pada

tiap-tiap bulan. Pada 6 Oktober 1996 Responden telah melahirkan

seorang anak perempuan yang diberi nama Natasha binti Mohd Hanif.

Mengikut Hukum Syara’ anak itu adalah anak tak sah taraf kepada

Perayu. Atas permohonan Responden Mahkamah Majistret Kuala Lumpur

37

Page 38: Hadhanah

pada 31 Januari 2000 telah membuat perintah penahanan pendapatan

tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi

membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Terkilan dengan keputusan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur itu, Perayu membuat rayuan di

Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur.

Di dalam kes yang dirujuk di atas nafkah seorang anak sah taraf telah

dibuat perintah oleh Mahkamah Rendah Syariah sebanyak RM50 sebulan,

manakala nafkah seorang anak tak sah taraf telah dibuat perintah oleh

Mahkamah Majistret sebanyak RM1050 sebulan melalui perintah tahanan

pendapatan tenaga.

Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpendapat adalah sesuai dan

munasabah jika dibuat perintah supaya semua bayaran bulanan nafkah

anak sebagai mana yang telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara

jumlah nafkah anak itu dimasukkan ke dalam akaun bank di RHB Bank

Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8

tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan.

Akhir sekali timbul persoalan kos di dalam prosiding ini. Saya berpendapat

fakta persoalan yang utama di dalam kes ini ialah mengenai kadar nafkah

anak bagi dua orang anak yang wajib dibayar oleh Defendan. Kedua anak-

anak itu adalah anak kepada Defendan. Jika penunaian nafkah anak

dilaksanakan dengan sempurna dan mencukupi oleh Defendan, saya

yakin Plaintif tidak membuat tuntutan ini. Oleh yang demikian jelas

bahawa tuntutan ini dibuat ke atas Defendan bagi maksud menyara anak-

anak Defendan sendiri. Adalah munasabah dan adil, kos bagi keseluruhan

prosiding tuntutan ini ditanggung semuanya oleh Defendan.

HUKUMAN

SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi;

38

Page 39: Hadhanah

Mohd Hafiz bin Mohammad,

tarikh lahir: 12 Disember 1990,

Sijil Kelahiran No: I 751390

adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p

no: 7152345, ibu kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, mengikut pilihan

dan kemahuan Mohad Hafiz bin Mohammad sendiri;

SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi;

Nur Maisarah binti Mohammad,

tarikh lahir : 23 April 2001,

Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.

adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p

no: 7152345, ibu kepada Nur Maisarah binti Mohammad, mengikut

peruntukan Hukum Syara’ dan undang-undang;

SAYA perintah Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah

seorang atau kedua-dua kanak-kanak berkenaan dari jagaan Plaintif pada

bila-bila masa yang berpatutan mengikut Hukum Syara’ dengan syarat

tidak mendatangkan mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran

anak-anak berkenaan, dan setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada

Plaintif akan tujuan Defendan itu;

SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748,

bapa kepada Mohd Hafiz bin Mohammad wajib membayar nafkah anak

kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad

bin Embong membayar nafkah bulanan anak untuk Mohd Hafiz bin

Mohammad sebanyak RM350 sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari

bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong

membayar pakaian sekolah dan bayaran yang dikenakan oleh pihak

sekolah ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad pada ketika tiap-tiap masa

yang diperlukan SERTA SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong

39

Page 40: Hadhanah

menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad

menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa

sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan

perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah

dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui

Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan;

SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748,

bapa kepada Maisarah binti Mohammad wajib membayar nafkah anak

kepada Nur Maisarah binti Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN

Mohammad bin Embong membayar nafkah bulanan anak untuk Nur

Maisarah binti Mohammad sebanyak RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan

mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA menyediakan

pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad menyambut

Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga

ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini,

perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui

Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan;

SAYA perintahkan semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana

yang telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak

itu dimasukkan ke dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan

Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh

haribulan pada setiap bulan. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada

perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah;

SAYA perintah kos di dalam prosiding ini keseluruhannya ditanggung oleh

Mohammad bin Embong, Defendan.

DI BERI DENGAN ditanda tangani oleh saya dan dicap dengan

Meterai Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu pada hari ini,

Khamis 19 Rabiulawwal 1426, bersamaan 28 April 2005.

40

Page 41: Hadhanah

METERAI PENDAFTAR

41