hadhanah

Upload: arepeace-boleh

Post on 11-Jul-2015

107 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DI KUALA TERENGGANU DI NEGERI TERENGGANU Dalam Perkara Tuntutan Hak Penjagaan Kanak-kanak SAMAN NO : 11100-028-0015-2004 ANTARA MAIMUNAH BINTI HAMZAH, KPT : 630406-11-5032. --DENGAN MOHAMMAD BIN EMBONG, KPT : 561023-11-5055. --DEFENDAN PLAINTIF

DI HADAPAN YANG ARIF DATO HAJI ISMAIL BIN YAHYA, DPMT., PJC., PJK., HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH NEGERI TERENGGANU DI KUALA TERENGGANU PADA HARI KHAMIS 19 RABIULAWWAL 1426, BERSAMAAN 28 APRIL 2005. ATAS TUNTUTAN Plaintif, Tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di dalam Mahkamah Terbuka, dalam kehadiran Plaintif bersama Peguam Syarienya, Puan Salwa binti Mansor, daripada Tetuan Ahmad Shahabuddin & Co., beralamat di No. 111C, Tingkat 1, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, manakala Defendan diwakili oleh Cik Asmayani Suhaida binti Kamaruddin, daripada Zamani Mohammad & Co., yang beralamat di 1107-E, Tingkat 2, Jalan Pejabat, off Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, MAKA PADA HARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PENGHAKIMAN SEPERTI BERIKUT :-

Tuntutan melalui saman yang telah didaftarkan oleh Plaintif di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 27 Januari 2004 ini ialah tuntutan untuk; i) mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak secara kekal ke atas dua orang anak pasangan Plaintif bersama Defendan, yang bernama:a) Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, Sijil Kelahiran No: I 751390; dan

1

b) Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412; ii) mendapat perintah memfardhukan bayaran nafkah anak ke atas Defendan bagi kedua-dua anak pasangan Plaintif bersama Defendan yang yang tersebut itu sebanyak RM1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan; dan dengan itu perintah sementara yang menghendaki Defendan membayar nafkah anak sebanyak RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi kedua-dua orang anak yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah daerah Kuala Terengganu pada 27 Oktober 2003, semasa mensabitkan perceraian antara Plaintif dengan Defendan dibatalkan; iii) mendapat perintah Mahkamah supaya memerintahkan Defendan membayar nafkah bulanan kedua-dua orang anak yang berkenaan itu melalui akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan setiap bulan sehingga ada perintah lain dibuat; iv) mendapat perintah supaya kos di dalam prosiding ini ditanggung oleh Defendan; dan lain-lain perintah yang difikirkan patut dan manfaat oleh Mahkamah ini. Plaintif di dalam kes ini ialah Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, k/p no: 7152345, seorang Juruteknik Letronik di sebuah syarikat akhbar di Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian Plaintif ialah di No; 100 Taman Murni Permai, Tok Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu. Defendan pula ialah Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, adalah tuan punya dan pengusaha kedai tayar di alamat D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Pada masa ini alamat penyampaian Defendan adalah di D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Defendan pula telah membuat Pernyataan Pembelaan tetapi agak lewat memasukkan Pernyataan Pembelaannya. Dalam Pernyataan Pembelaannya, Defendan hanya mempertikaikan kadar nafkah anak sahaja dari RM 200 kepada

2

RM 1,000 sebulan pada tiap-tiap bulan untuk kedua-dua orang anak yang berkenaan itu. Saya mengambil kesempatan pada masa ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Peguam Syarie kedua-dua belah pihak kerana dengan kebijaksanaan mereka dapat membantu membereskan kes ini. Mengikut Pernyataan Tuntutan, Pernyataan Pembelaan dan keterangan daripada Plaintif dan Defendan, saya berpuas hati bahawa perkara yang menjadi fakta persoalan di dalam kes ini ialah;

i) ii) iii)

hak penjagaan kanak-kanak; kadar nafkah anak jika kanak-kanak berkenaan itu diberi hak jagaannya kepada Plaintif; dan

bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan.

Saya nyatakan di atas, saya berpuas hati, adalah berdasarkan kenyataan bahawa beban pembuktian yang perlu ke atas Plaintif kemukakan bagi membolehkan tuntutannya boleh disabitkan adalah sampai ke tahap yakin atau tahap yang paling berat, mengikut Hukum Syara. Allah s.w.t. telah memberi peringatan mengenai tanggung jawab memberi keterangan dengan firman Nya,

Ayat 135 dari Surah An-Nisaa Yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman ! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekali pun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalau lah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran

3

disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar balikkan keterangan atau enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. Ke bawah dari tahap yakin ialah tahap tidak pasti. Tahap tidak pasti ini mengikut Hukum Syara terbahagi kepada tiga jenis; iaitu zan, syak dan waham. Walau pun begitu ada kalanya zan menepati kebenaran. Zan yang menepati kebenaran boleh sampai ke tahap az-zan al-ghalib atau berat sangka. Az-zan al-ghalib adalah diterima dalam keterangan dan pembuktian mengikut Hukum Syara. Saya juga ada menyatakan ungkapan fakta persoalan. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 memberi erti fakta persoalan sebagai apaapa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan. Saya berpendapat mengikut Hukum Syara, fakta persoalan ini boleh termasuk di dalam bih) iaitu hak yang dituntut. Sebelum saya membuat analisa ke atas fakta persolan di dalam kes ini, saya berpendapat adalah sangat mustahak bagi saya menentukan bidang kuasa Mahkamah terlebih dahulu. Mengikut Hukum Syara sebagai mana yang telah dihuraikan di dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, oleh Dr. Wahbah alZuhaily, juzuk keenam, Darul Fikr, Damsyek, Syria, cetakan ketiga, 1409H/1989M, mulai muka surat 750 hingga muka surat 751, yang mana dapat disimpulkan bahawa bidang kuasa Hakim (qadi ) ada sepuluh; iatu :-

(al-muddaa

1.

Menyelesaikan pertikaian atas dua pihak yang berselisih sama ada secara suka sama suka (sulh), atau secara paksaan melalui hukuman yang diperkuat kuasakan.

4

2.

Menghalang

orang

yang

zalim

daripada

melakukan

perompakan,

pencerobohan dan lain-lain, serta menolong orang teraniaya dan menyampaikan hak kepada tuannya. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Menegakkan hudud dan menjalankan hak-hak Allah s.w.t. Menyelesaikan kes-kes tuntutan darah dan luka-luka. Menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan harta anak yatim, orang gila dan melantik wasi untuk menguruskan harta mereka. Mengawasi harta waqaf. Melaksanakan wasiat. Mengahwinkan wanita yang tidak ada wali, atau yang walinya enggan mengahwinkannya. Mengawasi kepentingan-kepentingan awam seperti jalan raya dan lainlain. 10. Menyuruh kepada yang baik dan melarang yang mungkar dengan perkataan dan perbuatan. Perlembagaan Persekutuan antara lain telah memperihalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Perlembagaan Persekutuan juga telah memperuntukkan status Mahkamah Syariah; iaitu Mahkamah yang diletakkan di bawah bidangkuasa negeri. Fasal 2 kepada Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebut dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama. Jadual Kesembilan, Senarai (2) Perlembagaan Persekutuan Butiran (1), memperuntukkan :1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang-

5

orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, taraf anak, harta dan pertunangan, penjagaan dan perkahwinan, pemberian, khairat; perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, anak, pembahagian amanah amanah bukan

Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai khairat khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam negeri; adat istiadat Melayu: Zakat Fitrah dan Bait-ulmal atau hasil agama negeri yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orangorang yang menganut agama Islam terhadap rukunrukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu. Mengikut peruntukan Hukum Syara dan bidang kuasa yang diberi oleh undang-undang bertulis, jelaslah bahawa Pemerintah diberi kuasa mengkhususkan kuasa Hakim, termasuk Hakim Syarie atau Mahkamah yang mana diketuai oleh seseorang Hakim itu. Mengenai persoalan ini bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah telah diperuntukkan di dalam subseksyen 11(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 yang memperuntukkan;

6

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah

(a)

dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

(b)

dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan (i) pertunangan, perkahwinan, ruju, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri; (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak; (iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian; (v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh seorang orang Islam ; (vii) wakaf atau nazar; (viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat ; (ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak; (x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

7

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya ; dan (xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undangundang bertulis. Subseksyen 12 (2) Enakmen Mahkamah Syariah ( Terengganu ) 2001 pula memperuntukkan; Mahkamah Rendah Syariah hendaklah

(a)

dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan (b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Mengikut peruntukan undang-undang yang berjalan kuatkuasanya di dalam negeri ini pada masa sekarang, saya berpuashati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu adalah Mahkamah yang berkompeten dan mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan tuntutan penjagaan kanak-kanak atau tuntutan hadhanah (atau dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 dieja dengan hadanah) dan lain-lain tuntutan yang terbit daripadanya yang berada di hadapan saya ini. Pada peringkat ini saya menyentuh secara ringkas bidangkuasa Mahkamah Syariah bagi memastikan bahawa keputusan yang dibuat nanti adalah menepati Hukum

8

Syara dan undang-undang dari berbagai sudut.

Bidangkuasa satu-satu Mahkamah

juga sebenarnya telah lama disentuh oleh perundangan Islam atau Hukum Syara. Antaranya sebagaimana dinyatakan oleh Muhammad Salam Madkur di dalam kitabnya berjudul Al-Qada fil Islam, terbitan Matbaah Al Aalamiyah, Kaherah, 1964, yangmana pada muka 54 beliau menyebut ;

d y} YZ x FZ Z y w} .|eZ y} . Z y} . Z uZ . Z n x PZ n w} . d Z y}Yang bererti , Bidangkuasa mengikut jenis kes ialah pemerintah mengkhususkan bidangkuasa ke atas seseorang Hakim semasa perlantikan Hakim itu atau selepas perlantikan dibuat dengan menentukan bahawa diri, atau oleh Hakim itu mempunyai sivil, bidangkuasa tertentu sahaja seperti diberi bidangkuasa bagi mengendalikan undang-undang perdagangan seumpamanya; undang-undang bagi yang demikian undang-undang jenayah itu dan hanya undang-undang

Hakim

berbidangkuasa bagi kes-kes yang dianya diberi bidangkuasa sahaja dan Hakim itu tidak boleh melaksanakan bidangkuasa lain yang tidak diberi kepadanya. Di dalam kes di hadapan saya ini, beberapa fakta yang berkaitan dengan tuntutan ini telah tidak dipertikaikan. Fakta tarikh perkahwinan Plaintif dengan Defendan telah tidak dipertikaikan. Plaintif telah diakad nikahkan dengan Defendan pada 31 Ogos 1989. Fakta bahawa hasil dari akad nikah perkahwinan antara Plaintif dengan Defendan telah dikurniakan dua orang anak, iaitu; i) Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990,

9

Sijil Kelahiran No: I 751390; dan ii) Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412. juga tidak dipertikaikan. Plaintif dan Defendan telah bercerai dengan cara Defendan telah melafazkan lafaz cerai soreh talaq satu kali pertama di dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu dan dengan kebenaran Mahkamah itu pada 27 Oktober 2003 tidak dipertikaikan juga. Lafaz cerai yang dibenarkan oleh Mahkamah itu adalah dalam prosiding Permohonan Untuk Mengisytiharkan Perceraian Taliq oleh Plaintif, melalui Permohonan No: 11007057-26-2003. Berbalik kepada fakta persoalan pertama; iaitu hak penjagaan kanak-kanak atau hadanah. Sehingga pada hari ini, masih belum ada perintah hak penjagaan kanakkanak daripada mana-mana Mahkamah ke atas anak-anak yang Plaintif tuntut hak penjagaan mereka ini. Plaintif menuntut hak penjagaan kanak-kanak ke atas anakanak hasil perkongsian hidupnya dengan Defendan diberikan kepadanya kesemuanya. Anak-anak yang dimaksudkan terdiri daripada; i) Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, Sijil Kelahiran No: I 751390; dan ii) Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412.

Dalam menganalisa fakta persoalan pertama di dalam kes ini; iaitu hak penjagaan kanak-kanak, saya berpendapat fakta persoalan ini mengandungi dua isu; iaitu pertamanya apakah yang dimaksudkan dengan hak penjagaan kanak-kanak ? Dan kedua, isu untuk menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak itu patut diserahkan. Dalam isu pertama kepada fakta persoalan pertama ini, saya

10

berpendapat

Mahkamah kena melihat kepada apakah yang diertikan hak

penjagaan kanak-kanak atau dikenali juga dengan sebutan hadhanah (atau dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 dieja

dengan hadanah) mengikut Hukum Syara' dan undang-undang yang sedangberkuatkuasa pada masa ini. Mengikut Hukum Syara sebagai mana di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji, oleh Dr. Mustofa Al-Khin dan lain-lain, jilid kedua, cetakan kelima 1424H/ 2003M, Darul Qalam, Damsyek, Syria, muka surat 181 ada menyebut;

: . : . Yang bererti, Hadhanah dari segi istilah syara ialah menjaga seseorang yang tidak dapat menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai kaedah yang mendatangkan Bagi kebaikan kanak-kanak kepadanya kecil sesuai dengan berakhir perkembangannya. hadhanahnya

sehingga mencapai umur mumayyiz. Menjaga dan mendidik kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga mencapai umur baligh, tidak dinamakan hadhanah tetapi dinamakan kafalah. As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, (meninggal dunia dalam tahun 977 Hijrah), di dalam kitabnya Mughnil Muhtaj, jil. Ketiga, juzuk ketiga, cetakan Darul Fikir, pada muka surat 425 ada menyebut ;

11

Yang bererti, Hadhanah dari segi syara bererti tanggung jawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka.

Pendapat ahli perundangan Islam sebagai mana yang dinyatakan di atas itu adalah berpandukan kepada sebuah hadis diriwayatkan oleh 'Amru bin Syu'aib daripada ayahnya yang diterima daripada neneknya, Abdullah bin 'Amru, berbunyi;

.YZ |y .Y y .@Yy Z Z w .RZ u e {}Z w} y RZ RZ u e u . w} cZe}y . x} wy } }Sunan Abi Daud, juzuk kedua, Kitab Al-Talaq, Hadis 2276, muka 283. Yang bererti; Bahawa Rasulullah s.a.w. telah didatangi seorang perempuan lalu perempuan itu berkata, Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dulu dalam perut ku dia bernaung, tetek ku ini tempat dia menyusu, dan pangkuan ku ini tempat dia berlindung, sesungguhnya bapanya telah menceraikan ku dan dia bermaksud merampas anak ku ini dari ku, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada perempuan itu, Engkau lebih berhak padanya selama engkau tidak bernikah lain.

12

Hadis yang tersebut di atas memberi faham bahawa di dalam perkara penjagaan kanak-kanak atau hadhanah, persoalan kebajikan anak itu diutamakan. Oleh kerana Hadis di atas menggambarkan kesanggupan si ibu dalam anaknya dan dia masih kanak-kanak berkenaan. Mengenai peruntukan undang-undang, pada masa ini tidak ada tafsiran berkanun bagi perkataan hadhanah atau hadanah. Walau pun begitu di dalam subpara 11(3) (b)(iii) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, yang memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan; antaranya termasuklah penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak. Subseksyen 80(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam memelihara belum mempunyai tanggung jawab lain sebagai isteri,

Rasulullah telah membuat keputusan supaya anak itu kekal di dalam jagaan ibu

(Terengganu) 1985 pula antara lain memperuntukkan hadanah sama ertinya dengan penjagaan anak. Di dalam kes Wan Abdul Aziz lawan Siti Aishah, JH [1401H], 147, Rayuan Kes Mal Negeri Kelantan No: 1/1975. Dalam kes ini, tuntutan telah dibuat oleh Siti Aishah, seorang penolong kanan guru sekolah di Kota Bharu untuk mendapat hak jagaan anaknya Wan Anita Kartini. jurutera di Kota Bharu. Yang kenatuntut Wan Abdul Aziz ialah seorang Mereka telah mendapat dua orang Yang Dua-dua pihak itu telah berkahwin di Masjid Adelaide

Australia Selatan pada 16 September 1965.

anak Wan Halimatul Tasma yang dilahirkan di Hobart, Tasmania pada 24.10.1965 dan Wan Anita Kartini yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada 18.8.1970. menuntut dan yang kenatuntut telah tinggal berasingan dari 18 November 1972 dan kedua-dua anak pada mulanya tinggal bersama dengan kenatuntut. Pada bulan Januari 1973 anak yang pertama Wan Halimatul Tasma mulai tinggal bersama ibunya yang menuntut di Kota Bharu manakala anak yang kedua Wan Anita tinggal bersama dengan bapanya. Dua-dua pihak telah bercerai pada 20 Januari 1974 Yang menuntut masih janda. Dia dengan tebus talak sebanyak RM 550.00.

13

membuat permohonan supaya anaknya Wan Anita Kartini diserahkan kepadanya. Mahkamah Kadi telah menghukumkan anak itu diserahkan kepada ibunya pihak menuntut. Pihak kenatuntut telah merayu kepada Jemaah Pengadilan. Diputuskan rayuan diterima dan dihukumkan anak itu hendaklah tetap di bawah jagaan bapanya dalam pemeliharaan dan asuhan orang yang diharapkannya iaitu ibunya dan nenek kepada anak itu. Dalam menerima rayuan Yang Kenatuntut, Jemaah Pengadilan telah menyampaikan pendapatnya, antaranya; Pokok dan tujuan hadhanah ialah muslihat dan kebaikan budak yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi bagi budak itu. Hak yang mesti diutamakan lebih dari hak pihak yang memelihara sebagaimana yang difahamkan daripada fatwa Ibnu Al-Salah yang tersebut di dalam Tuhfah dan Nihayad serta diakui muktamadnya oleh Ali Shabramulsi, juga sebagaimana yang disalin oleh Syed Sabiq dalam Fiqhul-Sunnah, juzuk 8 yang bermaksud, Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak yang dijaga lebih kuat dari hak yang menjaga. dan diterangkan oleh Ibnu Qadamah dengan katanya yang bermaksud, Thabitnya hadhanah adalah untuk menentukan nasib (kepentingan) budak (kanak-kanak) itu. Mengikut takrifan Hukum Syara, undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada masa ini dan kes yang dijadikan panduan sebagai mana yang dikemukakan di atas, saya berpendapat hadhanah, hadanah atau hak penjagaan kanak-kanak, adalah mempunyai erti yang sama, iaitu; tanggung jawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka. Oleh yang demikian isu pengertian hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak telah terjawab. Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpuashati (yakin) bahawa anak kepada pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad,

14

dilahirkan pada 12 Disember 1990, yang memiliki nombor Sijil Kelahiran I 751390, telah melepasi had umur bagi maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara dan undang-undang. Manakala anak pasangan Plaintif dengan Defendan yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad, dilahirkan pada 23 April 2001, yang memiliki nombor Sijil Kelahiran 010423-11-0412, masih berada di bawah umur bagi maksud hak penjagaan kanak-kanak mengikut Hukum Syara dan undang-undang. Sekarang timbul pula isu kedua dalam fakta persoalan pertama; iatu menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak patut diserahkan ? Dalam menjawab isu ini terlebih dahulu Mahkamah merujuk kepada pandangan ahli-ahli perundangan Islam yang terdahulu. Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, karangan Al-Imam Taqiyuddin Abi Bakar bin Muhammad, (ulamak pengikut mazhab Syafei kurun kesembilan Hijrah), juzuk 2, muka 93, cetakan Sulaiman Marie, Singapura, ada menyebut;

vZ }y Z |}y } } ] } y n y Z [ } [Z Z y u f }y ly YZ y Z } v yf Z qe ZdYang bererti; " Hadonah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu, diberi kepada perempuan kerana mereka lebih menaruh kasih sayang kepada kanak-kanak, lebih tepat untuk mendidiknya, lebih sabar dalam melaksanakan tugas memelihara kanak-kanak dan perempuan juga sentiasa lebih banyak bergaul dengan kanak-kanak. Pembiayaan hadonah tertanggung ke atas bapa kerana pembiayaan hadonah itu adalah diperlukan sama seperti nafkah. Apabila seseorang lelaki bercerai dengan isterinya, ibu (isteri itu) adalah lebih berhak mendapat hak hadonah anak pasangan itu daripada bapa anak itu, dan daripada wanita-wanita yang lain dengan beberapa syarat.

15

Di dalam kitab Al-Um oleh Imam Al-Shafei, (150 hingga 204 Hijriah), jilid ketiga, juzuk kelima, cetakan Darul Mukrifah, Beirut, Labanon, di muka 92 ada disebut;

} v {Zy y wZZ qZ Zd Z u y w y} } Zd Ze Zy _y eZ } wy }y }Yang bererti; Al-Shafie berkata, Apabila berpisah kedua ibu bapa dan kedua-dua nya berada di dalam satu qaryah, maka ibu adalah lebih berhak terhadap anaknya selama dia belum berkahwin lain dan semasa anak itu masih kecil. Sekiranya anak itu mencapai umur tujuh tahun atau lapan tahun dan dia mempunyai kesempurnaan akal, anak itu disuruh membuat pilihan penjaganya diantara bapanya atau ibunya dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya itu. Di dalam kitab Mughnil Muhtaj oleh Al-Syarbini,jilid ketiga, juzuk ketiga, cetakan Darul Fikri, muka 454 hingga 456 ada dinyakan bahawa, hak penjagaan ke atas kanak-kanak tidak boleh diberikan kepada hamba, orang gila dan juga orang fasiq. Bagi kanak-kanak muslim, hak jagaan ke atasnya tidak boleh diberikan kepada orang kafir. Wanita yang berkahwin dengan lelaki yang bukan bapa kepada anaknya tidak boleh mendapat hak penjagaan ke atas anaknya itu, kecuali dia berkahwin dengan bapa saudara, sepupu atau anak saudara kepada anaknya itu berasaskan kepada pandangan yang asah. Jika anak berkenaan masih menyusu, ia disyaratkan supaya disusui dahulu berasaskan pandangan yang sohih. Mengikut Hukum Syara, sebagai mana pendapat Mazhab Shafie yang disebut di dalam kitab Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, oleh Dr. Wahbah A-Zuhaili, juzuk ketujuh, cetakan ketiga,1409H/1989M, muka 726 729, syarat-syarat umum haadin (pihak yang diberi hak penjagaan anak) ialah; 1) dia cukup umur, kanak-kanak tidak berhak menjadi haadin;

16

2) dia adalah sempurna akal; 3) dia berkeupayaan mendidik kanak-kanak; 4) dia berkelakuan baik dari segi akhlak islamiah; dan 5) dia adalah seorang Islam. Manakala syarat-syarat khas haadinah pula ialah;

1) dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain yang tidak ada hubungan warisdengan si anak; 2) dia adalah terdiri daripada kerabat terdekat kepada anak; dan 3) dia boleh menyusukan anak. Mengikut undang-undang pula, syarat-syarat hadinah, diperuntukkan di dalam seksyen 81, Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam, (Terengganu), 1985. Seksyen itu memperuntukkan; Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik kanakkanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadanah jika (a) (b) dia adalah seorang Islam; dia adalah sempurna akal;

(c)dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itujagaan dan kasih sayang yang mengkin diperlukan oleh kanak-kanak itu; (d) (e) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin

menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani. Seksyen 82 pula memperuntukkan hak seseorang perempuan terhadap hadanah adalah hilang (a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah

tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang lelaki itu dilarang (b) terbuka; kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan; jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan

17

(c)

jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan itu dari menjalankan ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa

tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak pengawasan yang perlu tempat lahir isteri itu; (d) jika perempuan itu murtad;

seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke

(e)kanak itu.

jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-

Seksyen 83 Enakmen yang sama memperuntukkan; (1) Hak hadinah (

)

bagi menjaga

seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

(2)

Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun

kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintah selainnya. Di dalam satu kes di Negeri Kedah, Mohamad Salleh lawan Azizah, JH (1404H), 212, keputusan Yang Arif Kadi Besar telah diperkukuhkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri. Di dalam kes ini di dalam Mahkamah Kadi Besar, Penentang Rayuan telah memohon mendapatkan hak jagaan empat anaknya yang berumur antara 5 tahun dan 39 hari daripada Perayu iaitu bekas suaminya. Pada masa perceraian antara Perayu dan Penentang Rayuan, anak-anak itu telah diserahkan kepada Perayu, tetapi Penentang Rayuan mendakwa pada masa itu dia berada di dalam kesihatan terlalu lemah baru bersalin tiga hari. Yang Arif Kadi Besar dalam

18

hukuman menyebut; Maka dengan ini aku hukum bahawa kanak-kanak iaitu anakanak di antara Mohd Salleh bin Abdul Aziz dan Azizah binti Mohd Yusoff iaitu; 1) Fariza Baizura bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 5 tahun; 2) Mohd Fadly Yusoff b. Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 3 tahun; 3) Fazlina bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2 tahun; dan 4) Fazlin bt Mohd Salleh yang berumur lebih kurang 2 bulan; hendaklah dipelihara oleh Azizah bt Mohd Yusoff sehingga kanak-kanak itu mumaiyiz, dan setelah mumaiyiz mengikut Hukum Syara maka bolehlah pihak Mohd Salleh membuat tuntutan untuk memelihara anak itu kembali. Berdasarkan peruntukan Hukum Syara dan peruntukan undang-undang sebagai mana yang dirujuk, serta kes yang dijadikan panduan, di dalam fakta persoalan siapa yang berhak ke atas penjagaan kanak-kanak saya berpendapat timbul pula tiga isu. Isu pertama ialah jika seseorang kanak-kanak itu berumur di bawah tujuh tahun jika lelaki, atau berumur di bawah sembilan tahun jika perempuan, maka ibu kepada kanak-kanak itu pada amnya lebih berkelayakan mendapat hak penjagaan kanak-kanak. Isu kedua ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur tujuh tahun jika lelaki, atau mencapai umur sembilan tahun jika perempuan, dan sekiranya ada permohonan daripada hadinah untuk terus menjaga kanak-kanak berkenaan itu, Mahkamah boleh membenarkan hadinah berbuat sedemikian. Isu ketiga ialah; jika seseorang kanak-kanak itu berumur mencapai umur mumaiyiz, penentuan ke atas hak penjagaan kanak-kanak pada dirinya, pada amnya adalah mengikut pilihan kanak-kanak berkenaan itu sendiri. Selain dari isu-isu yang telah disebut di atas, saya berpendapat bahawa saya patut sentuh juga sedikit mengenai peruntukan lamanya tempoh hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak. Dari segi undang-undang dan Hukum Syara peruntukan lamanya tempoh hak penjagaan ke atas seseorang kanak-kanak hampir-hampir

19

sama. Cuma takrifan tahun di dalam peruntukan Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985, tidak diberi. Keadaan ini merupakan satu lacuna. Lacuna sebegini boleh menyebabkan timbulnya persoalan adakah pengiraan umur di bawah Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam itu dikehendaki mengikut kalendar Gregory, sebagai mana yang telah ditetapkan di bawah Akta Tafsiran 1948 & 1967 (Akta 388) dan Akta Umor Dewasa, 1971, (Akta 21), atau adakah dikehendaki mengikut pengiraan Taqwim Hijri ? Saya tinggalkan isu ini di sini untuk dihujahkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam lain-lain kes tuntutan hak penjagaan ke atas kanak-kanak nanti. Berdasarkan keterangan yang diperolehi semasa perbicaraan, Mahkamah berpuas hati bahawa anak pertama pasangan ini; Mohd Hafiz bin Mohammad dilahirkan pada 12 Disember 1990. Mengikut Taqwim Haqiqi (tahun Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 12 Disember 1990 adalah bersamaan dengan 25 Jamadilawwal 1411. Ini bermakna umur Mohd Hafiz bin Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal 1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira 14 tahun 10 bulan 6 hari. Manakala anak kedua pasangan ini; Nur Maisarah binti Mohammad dilahirkan pada 23 April 2001. Mengikut Taqwim Haqiqi (tahun Hijriyyah) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Terengganu, tarikh 23 April 2001 adalah bersamaan dengan 29 Muharram 1422. Ini bermakna umur Nur Maisarah binti Mohammad pada hari ini, 19 Rabiulawwal 1426 mengikut kiraan tahun Hijriyyah ialah kira-kira 4 tahun 2 bulan 19 hari. Berdasarkan fakta Hukum Syara, fakta undang-undang dan fakta mengenai kes, sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat Mohd Hafiz bin Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990, kenalah membuat pilihannya sendiri sama ada dia hendak dijaga seterusnya oleh ibunya atau dijaga oleh bapanya. Dalam menyelesaikan persoalan ini, saya telah memanggil Mohd Hafiz bin Mohammad yang dilahirkan pada 12 Disember 1990 itu pada hari Isnin, 10 Safar 1426 bersamaan 21 Mac 2005 mulai jam 2.40 petang, bagi memberi peluang kepada Mohd Hafiz bin Mohammad membuat pilihan penjaganya. Pertemuan itu telah diadakan di dalam Bilik Tamu Ketua Hakim Syarie Terengganu. Dalam pertemuan itu, saya berpuas hati bahawa Mohd Hafiz bin Mohammad secara sukarela telah memilih dan dengan kemahuannya sendiri untuk menjadikan ibunya, Maimunah

20

binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes ini, sebagai penjaganya mulai sekarang. Di dalam kes di hadapan saya ini, sepanjang perkahwinan Plaintif dengan Defendan, anak-anak yang dilahirkan oleh Plaintif dipelihara oleh Plaintif. Mengikut keterangan di dalam kes ini, Defendan dalam masa perkahwinannya dengan Plaintif telah ada mempunyai isteri lain dan ada mempunyai anak daripada perkahwinannya dengan isteri lain itu. Pada masa ini Plaintif masih bermastautin di dalam daerah Kuala Terengganu. Defendan pula tinggal bersama isteri lain yang sedia ada dan anak-anak dengan isterinya itu. Sepanjang perbicaraan kes ini, tidak dibuktikan bahawa Plaintif pada masa ini telah hilang hak seseorang perempuan terhadap hadhanah, baik dari segi Hukum Syara mau pun dari segi undang-undang. Berdasarkan fakta Hukum Syara, fakta undang-undang dan fakta mengenai kes, sebagai mana yang telah dinyatakan di atas, saya berpendapat, anak kedua kepada Plaintif dengan Defendan yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad dan yang dilahirkan pada 23 April 2001 penjagaan atas diri kanak-kanak tersebut adalah terhak kepada ibunya, Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, iatu Plaintif di dalam kes ini. Walau pun hak jagaan anak ke atas kedua-dua anak Plaintif dengan Defendan berkenaan diberikan kepada Plaintif iaitu ibu kepada kedua-dua kanak-kanak itu, Defendan tidaklah terhalang daripada menziarahi kanak-kanak berkenaan. Islam melarang perbuatan memutuskan silaturrahmi antara sesama Muslim, apatah lagi antara anak dengan ayahnya. Memandangkan umur kedua-dua anak berkenaan, saya berpendapat Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah seorang atau kedua-dua anak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa yang berpatutan mengikut Hukum Syara dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan, dan setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan Defendan itu. Sekarang sampai pula kepada fakta persoalan yang kedua; iaitu kadar nafkah anak jika kanak-kank itu diberi hak jagaannya kepada Plaintif. Mengenai fakta persoalan

21

ini di dalam kes ini, saya dapati terdapat tiga isu yang timbul. Isu pertama ialah adakah Defendan diwajibkan membayar nafkah anak-anak berkenaan. Isu kedua yang mana ada ditimbulkan di dalam Pernyataan Pembelaan Defendan dan hujah bertulis pihak Defendan; iaitu kadar nafkah anak telah pun dibuat secara persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang lalu. Saya berpendapat isu inilah sebenarnya yang menjadi pokok dalam kes ini. Dan isu ketiga ialah, berapakah kadar nafkah anak bagi anak-anak yang berkenaan itu.

Dalam menganalisa isu yang pertama; adakah Defendan diwajibkan membayar nafkah anak bagi Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti

Mohammad, Mahkamah merujuk kepada firman Allah s.w.t.;

cZ y>Z w} cZe} Qy} \QQZy {Qy eP >y N >py y fe Qd ]eZZ y>x c ysebahagian ayat 233 Surah Al-Baqarah Yang bermaksud; Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada) Di dalam kitab Kifayatul Akhyar, juzuk kedua, di muka 93, disebut;

22

Z [ } [Z Z yYang bererti; Pembiayaan hadanah tertanggung ke atas bapa kera ianya adalah keperluan, iaitu samalah seperti nafkah. Di dalam kitab Al-Fiqh ala al-Mazahib Al-Arbaah, oleh Abdul Rahman Al-Jaziri, cetakan Dar Ihya Al-Thurath Al-Arabi, Beirut, Labenon, juzuk keempat, muka surat 592, ada menyebut bahawa antara syarat-syarat yang menjadikan bapa wajib menanggung nafkah anak-anak nya ialah; 1) hendaklah bapa berkemampuan, 2) 3) hendaklah anak-anak mereka tidak berupaya walaupun dengan hendaklah bapa berkemampuan menanggung nafkah isterinya dan pekerjaan yang sesuai dengan mereka, anak-anaknya selama satu hari satu malam. Berdasarkan nas-nas yang disebutkan di atas, jelas bahawa mengikut peruntukan Hukum Syara, bapa wajib menanggung nafkah anak bagi anak-anaknya. Di dalam kes ini saya dapati tidak ada sebarang nyataan yang membuktikan mengikut Hukum Syara bahawa Defendan tidak wajib membayar nafkah anak bagi Mohd

Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad. Oleh yang demikiandi dalam kes ini, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan, mengikut Hukum Syara wajib menanggung nafkah anak-anaknya itu. Mengikut undang-undang pula, subseksyen 71(1) Enakmen Undang-undang

Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985, memperuntukkan; Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian,

23

makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf dengan membayar kosnya. i. Peruntukan undang-undang di atas jelas, walau kehidupannya atau

pun hak penjagaan kanak-kanak ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad diberi kepada Maimunah binti Hamzah, ibu kepada anak-anak berkenaan itu, bapa kepada kedua anak-anak itu, iaitu Mohammad bin Embong, Defendan, adalah wajib menanggung nafkah anak-anak berkenaan itu. Tidak syak lagi di dalam kes ini, Defendan sebagai bapa kepada Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad adalah berkewajiban mengikut undang-undang membayar nafkah bagi kedua anak-anaknya itu. Isu kedua di dalam fakta persoalan kedua ini, iaitu kadar nafkah anak telah pun dibuat secara persetujuan antara Plaintif dengan Defendan semasa berlakunya perceraian antara Plaintif dengan Defendan pada 27 Oktober 2003 yang lalu dan dengan yang demikian tidak perlu ditimbul di dalam tuntutan ini. Mengenai isu ini, mengikut keterangan melalui Ikatan Dokumen Plaintif yang dikemukan di dalam Mahkamah ini, saya berpuas hati bahawa pada 27 Oktober 2003, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu yang mengendalikan kes Permohonan Perceraian Di Bawah Taliq, Permohonan No: 11007-057-26-2003, telah membuat perintah-perintah; antaranya, Melalui persetujuan bersama, Pihak suami hendaklah membayar nafkah sementara anak sebanyak RM200 sebulan dibayar mulai November 2004. Jelasnya di dalam perintah itu ialah perintah nafkah sementara anak sebanyak RM200 sebulan dan ianya dibuat melalui persetujuan. Fakta nafkah sementara anak dipersetujui sebanyak RM100 sebulan bagi tiap-tiap orang anak ini juga diakui oleh Defendan semasa memberi keterangannya di dalam Mahkamah ini. Saya perlu tegaskan di sini bahawa pada hari ini saya akan membuat perintah kekal ke atas kadar nafkah anak. Malangnya kadar nafkah anak secara kekal ini tidak ada persetujuan di atara kedua-dua belah pihak, walau pun Mahkamah beberapa kali memberi saranan agar dibuat persetujuan. Oleh yang

24

demikian saya berpendapat tidak timbul isu bahawa kadar nafkah anak telah dipersetujui sebanyak RM200 sebulan, sebagai mana yang dihujahkan. Mengenai isu ketiga yang juga menjadi persoalan di dalam tuntutan ini ialah penentuan kadar nafkah anak yang perlu dibayar oleh Defendan. Mengenai isu ini, bagi maksud menaksirkan kadar nafkah anak, Mahkamah pertama-tamanya merujuk kepada peruntukan di dalam Hukum Syara . Allah s.w.t. telah berfirman;

>x c y {Qy eP >y N sebahagian ayat 233 Surah Al-Baqarah Yang bermaksud; Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya Di dalam Sohih Al-Bukhari, jilid yang ketiga, juzuk yang ketujuh, muka 85, kitab

Al-Nafaqat ada menyebut;

y e w } w RZ u e w} py syy | u y \} |yyYang bererti; Diriwayatkan bahawa Hindun binti Utbah, isteri Abu Sufyan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w., bahawa suaminya, Abu Sufyan adalah lelaki kedekut dengan dia tidak memberi nafkah yang cukup kepada isterinya itu dan anaknya hingga menyebabkan Hindun mengambil sendiri dari harta Abu Sufyan tanpa pengetahuan Sufyan b a g i mencukupi nafkah kedua-duanya, Abu lalu

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hindun, Kamu bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak kamu dengan sebaiknya.

25

Dalam menjelaskan kadar nafkah anak yang wajib ditanggung oleh pihak yang diwajibkan menanggungnya, Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya, Al-Fiqh AlIslami wa Adillatuhu, juzuk kesembilan, terbitan Darul Fikr, Damsyek, cetakan ketiga, 1989M/1409H, pada muka surat 828, menyebut;

: " " . Yang bererti, Para fuqaha bersependapat bahawa sesungguhnya nafkah kerabat yang terdiri daripada anak, dan anak kepada anak (cucu) ditetapkan dengan kadar yang mencukupi keperluan mereka, merangkumi roti atau bahan-bahan pelengkap bagi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan penyususan sekiranya dia masih menyusu. Ia adalah mengikut kemampuan pembiaya dan kebiasaan setempat kerana ia diwajibkan dengan sebab keperluan. Nabi s.a.w. telah bersabda kepada Hindun, yang bermaksud, Kamu bolehlah ambil dari harta Abu Sufyan itu bagi mencukupi nafkah kamu dan anak kamu dengan sebaiknya. Oleh yang demikianlah ia diukur dengan kadar keperluan. Andainya anak yang dibiayai itu memerlukan khadam (orang suruhan) yang akan membantunya dalam segala keperluannya, maka adalah menjadi kewajiban bapa menyediakan khadam berkenaan itu kerana ia adalah merupakan antara ciri-ciri penyempurnaan kepada keperluan anak berkenaan itu. Dalam menjelaskan peruntukan Hukum Syara di atas, seksyen 71 Enakmen

Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam,(Terengganu), 1985, memperuntukkan;

26

(1)

Kecuali jika sesuatu perjanjian, atau suatu perintah

Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah (2) memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya. Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara, supaya menanggung nafkah, atau memberi sumbangan kepada nafkah, kanak-kanak, jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. Cara tanggungan nafkah itu dibuat mengikut peruntukan undang-undang di atas adalah seperti berikut; i. sama ada dengan mengadakan bagi anak-anak itu tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya; atau

ii. dengan cara membayar kos bagi tempat tingga anak itu, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya.Saya berpendapat adalah sangat jelas mengikut undang-undang bahawa,

penaksiran kadar nafkah anak adalah mengikut peruntukan seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu), 1985, dan bukannya mengikut peruntukan seksyen 60 Enakman itu, sebagai mana yang dihujahkan oleh pihak Defendan. Saya berpendapat, peruntukan seksyen 60 Enakmen berkenaan itu adalah sebenarnya untuk penaksiran nafkah isteri atau nafkah bekas isteri.

27

Di dalam kes Mohamed

lawan

Selamah, JH (1402H), 95, Mahkamah Jemaah

Pengadilan Negeri Kelantan

telah mengubah hukuman kadar nafkah anak yang

telah dibuat oleh Yang Arif Haji Yaacob, Kadi Litar Kelantan. Di dalam kes ini Yang Menuntut membuat tuntutan nafkah untuk dua anaknya yang berumur 13 tahun dan 9 tahun. Yang Menuntut telah berkahwin dengan Yang Kena Tuntut pada 26 April 1964 dan telah bercerai pada 13 April 1977. Yang Menuntut telah membuat tuntutan nafkah anak sebanyak RM90 sebulan untuk dua orang anak. Yang Kena Tuntut telah memberitahu Mahkamah bahawa dia berpendapatan sebanyak RM120 sebulan dan dia telah berkahwin lain. Yang Arif Hakim Bicara di Mahkamah Kadi telah menghukumkan nafkah RM40 kepada anak pertama dan RM30 untuk anak kedua. Yang Kena Tuntut merayu ke Mahkamah Jemaah Pengadilan. Haji Ismail bin Haji Yusof bagi pihak Jemaah Pengadilan telah menyampaikan keputusan Jemaah Pengadilan yang membuat keputusan ipilan diterima dan hukuman Al-Fathil Tuan Kadi dibuat sedikit perubahan, iaitu bayaran nafkah kedua orang anak itu diturun dari tujuh puluh ringgit kepada enam puluh ringgit, kepada anak pertama sebanyak RM35 dan kepada anak yang kedua sebanyak RM25 pada tiap-tiap bulan dehinggalah kepada masa anak-anak itu cukup akal baligh dan boleh berdikari, atau sehinggalah suatu masa yang menghendaki kepada suatu perubahan mulai dari keputusan yang dibuat oleh Al Fathil Tuan Kadi pada 15 November 1979. Daripada peruntukan Hukum Syara dan peruntukan undang-undang yang sedang berjalan kuat kuasanya pada hari ini, sebagai mana yang dinyatakan di atas, saya berpendapat butir taksiran nafkah seseorang anak sudah jelas. Oleh yang demikian di dalam kes ini, saya adunkan kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kemampuan kewangan Defendan. Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif membuat anggaran bahawa bagi anak pertama yang bernama Mohd Hafiz bin Mohammad, nafkah yang diperlukan olehnya adalah berjumlah RM500.00 sebulan. Plaintif menyenaraikan keperluan nafkah anak berkenaan itu dan adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari; kehidupannya dengan

28

3. Belanja sekolah RM 2.00 sehari; 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00 sehari; 5. Pakaian dalam diperlukan RM 25.00 sebulan; 6. Bayaran sekolah RM 80.00 setahun; 7. Pakaian sekolah diperlukan RM 100.00 setahun; 8. Kasut diperlukan RM 30.00 setahun; 9. Beg sekolah diperlukan RM 30.00 setahun; 10. Buku tulis dan buku teks diperlukan RM 100.00 setahun;dan 11. Belanja baiki basikal diperlukan RM 10.00 sebulan.

Dalam keterangannya di dalam Mahkamah ini, Plaintif menyenaraikan keperluan nafkah anak bagi anak yang kedua yang bernama Nur Maisarah binti Mohammad, dan adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 0.50 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 2.00 sehari; 3. Makanan ringan RM 1.00 sehari; 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 2.00 sehari; 5. Pakaian diperlukan RM 70.00 setahun;dan 6. Mainan diperlukan RM 10.00 sebulan. Kenyataan Plaintif sebagai ibu, yang pada masa ini menjaga Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad, telah tidak dibuat sebarang canggahan oleh Pihak Defendan sepanjang perbicaraan. Malah Plaintif, ketika disoal balas oleh Peguam Syarie Defendan telah menafikan senarai keperluan perbelanjaan Mohd Hafiz bin Mohammad dan Nur Maisarah binti Mohammad itu sebagai perbelanjaan yang keterlaluan. Mengenai kemampuan Defendan, Mohammad bin Embong sebagai bapa kepada anak-anak yang berkenaan itu, dalam keterangannya, Defendan menjelaskan bahawa pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih sebulan pada tiap-tiap bulan. Semasa disoal balas, Defendan menjelaskan bahawa yang dimaksudkan pendapatannya tidak sampai RM3,000 bersih sebulan pada tiap-tiap bulan itu ialah

29

setelah ditolak gaji yang dbayar kepada dua orang pekerjanya. Keterangan Defendan ini mengikut Defendan adalah berdasarkan kadar zakat yang Defendan keluarkan. Defendan adalah tuan punya kedai tayar yang beroperasi di alamat D 1089 Kampung Bukit Kubang Jambu, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu. Kedai yang berkenaan itu didaftarkan atas nama Defendan berseorangan sepenuhnya. Perbelanjaan bulanan Defendan mengikut keterangan Defendan sendiri adalah seperti berikut ; 1. 2. 3. Sewa bangunan kedai sebanyak RM 400 sebulan; Sewa stor sebanyak RM 300 sebulan; Perbelanjaan isteri yang masih ada sebanyak RM 400 sebulan; (duduk bersama isteri yang masih ada, ada enam orang anak termasuk seorang anak yang telah bekerja) 4. 5. 6. 7. 8. 9. sebulan; 10. 11. Bayaran bil eletrik bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan Bayaran gaji pekerja seramai 2 orang, sebanyak RM 1,500 sebulan; RM 180 sebulan; Ikan dibekalkan kepada isteri yang masih ada dan anak-anak yang Sewa rumah yang memakai alamat J 99, Taman Murni Permai, Tok Ansuran bulanan kereta jenis WAJA, nombor pendaftaran TAD 6669, Telefon selular dianggarkan RM 150 sebulan; Telefon kedai dianggarkan Rm 150 sebulan; Bayaran bil air bagi bangunan kedai dan stor dianggarkan RM 30 tinggal bersamanya, dianggarkan RM 200 sebulan; Jembal, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, sebanyak RM 217 sebulan; sebanyak RM 627 sebulan;

Dalam soal balas yang dilakukan oleh Peguam Syarie Plaintif, Defendan juga menegaskan bahawa perbelanjaan bagi kesemua anak-anak seramai lapan orang berjumlah RM 1,400 sebulan. Mengikut keterangan Defendan dalam keterangan utamanya dan pengertian pendapatan bersih yang dimaksudkan oleh Defendan dalam soal balas, saya dapati perbelanjaan bulanan Defendan berjumlah RM 2,654. Dari jumlah itu tidak diperinci pun saraan bulanan bagi tiap-tiap orang anaknya. Manakala dalam soal balas juga Defendan menegaskan bahawa dia menetapkan kadar nafkah anak bagi seramai lapan orang anak berjumlah RM 1,400 sebulan.

30

Mengikut keterangan yang dikemukakan oleh Defendan dalam keterangan utamanya, dalam soal balas dan dalam soal semula, saya berpendapat bahawa Defendan telah tidak tetap (consistent) menyatakan kadar pendapatan bulanannya sama ada secara pukul rata maupun secara tetap. Fakta yang sebegini menyukarkan Mahkamah mencari kebenaran mengenai kemampuan Defendan sebagai bapa kepada anak yang bertanggung jawab menanggung nafkah anakanaknya. Memandangkan kedudukan fakta yang sedemikian, saya berpendapat, dalam

menentukan kadar nafkah anak yang patut ditanggung oleh Defendan, saya kenalah meninjau kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak Defendan yang dipelihara oleh Plaintif. Saya tidak mahu kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran tiap-tiap orang anak itu diketepikan begitu saja, demi meraikan kemampuan bapa yang mana keterangan yang diberi di dalam Mahkamah ini, telah tidak consistent tentang kadar pendapatan bulanan, sama ada pendapatan bulanan secara pukul rata sebenarnya, maupun pendapatan bulanan secara tetap sebenarnya. Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Mohd Hafiz bin Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran Mohd Hafiz yang pada pendapat saya, setakat memadai adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari; 3. Belanja sekolah, termasuk mengaji Al-Quran dan pengajian fardu ain RM 2.00 sehari; dan 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 5.00 sehari. Berdasarkan kiraan di atas, dengan mengambil kira hari cuti mingguan persekolahan, cuti penggal persekolahan dan lain-lain cuti persekolahan, kos keperluan harian secara pukul rata bagi Mohd Hafiz, berjumlah RM 12.00. Jika RM 12.00 kos yang diperlukan dalam sehari, secara pukul ratanya, sebulan berjumlah RM 360 (RM 12 x 30 hari = RM 360). Walau pun begitu saya berpuas hati bahawa kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran

31

yang memadai bagi Mohd Hafiz adalah tidak kurang dari RM350 sebulan pada tiaptiap bulan. Bagi keperluan sekolah Mohd Hafiz yang lain-lain seperti; 1. Bayaran sekolah; 2. Pakaian sekolah; 3. Beg sekolah; 4. 5. Buku tulis dan buku teks; dan Belanja kenderaan ke sekolah,

saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Mohd Hafiz, hendaklah membayar atau mengadakannya, pada ketika diperlukan atau diwajibkan oleh pihak sekolah. Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Mohd Hafiz, hendaklah menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; Mengikut keterangan Plaintif dan perkembangan pendidikan Nur Maisarah binti Mohammad, saya membuat pengiraan kos bulanan bagi keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagai mana yang dicadangkan bagi Nur Maisarah yang pada pendapat saya, setakat memadai adalah seperti berikut; 1. Makan pagi diperlukan RM 1.00 sehari; 2. Makan tengahari dan makan malam diperlukan RM 4.00 sehari; 3. Belanja tambahan atau jika ke sekolah, atau menghadiri kelas fardu ain dan al-Quran RM 2.00 sehari; dan 4. Belanja rumah, seperti; sabun, air, api dan lain-lain, RM 1.00 sehari.

32

Berdasarkan kiraan di atas, kos keperluan harian secara pukul rata

bagi Nur

Maisarah, berjumlah RM 8.00. Jika RM 8.00 kos yang diperlukan dalam sehari, secara pukul ratanya, sebulan berjumlah RM 240 (RM 8 x 30 hari = RM 240). Walau pun begitu saya berpuas hati bahawa kos keperluan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran yang memadai bagi Nur Maisarah adalah tidak kurang dari RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan.

Bagi keperluan menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji, saya berpendapat Mohammad bin Embong, Defendan selaku bapa kepada Nur Maisarah, hendaklah menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Saya berpendapat, dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; Kefarduan ke atas Mohammad bin Embong bagi membayar nafkah bulanan pada tiap-tiap bagi kedua-dua anaknya itu, saya fardukan bulan mulai dari bulan Mei 2005. Mengenai fakta persoalan ketiga di dalam tuntutan ini, iaitu bagaimanakah cara bayaran nafkah anak itu dikendalikan, saya berpendapat ianya hendaklah melalui cara yang dapat memberi jaminan bahawa Defendan tidak lalai dari menunaikan kefarduan nafkah anak yang diwajibkan ke atasnya. Saya berpendapat cara yang Defendan laksanakan bagi maksud menyempurnakan nafkah sementara anak-anak pada masa ini, iaitu dengan mengeluarkan cek, adalah tidak menjamin kesempurnaannya. Disamping itu sukar pula nanti untuk perjalanan pelaksanaan perintah sekiranya Defendan tidak menunaikan tanggung jawab berkenaan. Di dalam kes Mohd Hanif Farikullah lawan Bushra Chaudri & Another Appeal, [2001] 2 CLJ 397, Perayu telah membuat rayuan di atas perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 kepada RM 200 sebulan pada tiap-tiap bulan untuk membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Perintah penahanan

33

pendapatan tenaga Perayu telah dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Yang Arif Dato Faiza Tamby Chik, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa rayuan Perayu ditolak. Oleh yang demikian perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf yang telah dibuat oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dikekalkan. Di dalam kes ini, Perayu dengan Responden telah berkahwin pada 6 Oktober 1986. Pasangan ini telah mendapat seorang anak lelaki diberi nama Muhammad Osman bin Mohd Hanif. Pasangan Perayu dangan Responden kemudiannya telah bercerai melalui perintah Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, di dalam kes mal no: 813/90 pada 23 Oktober 1990. Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu juga memerintahkan Perayu membayar nafkah untuk seorang anaknya Muhammad Osman bin Mohd Hanif sebanyak RM50 sebulan pada tiap-tiap bulan. Pada 6 Oktober 1996 Responden telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Natasha binti Mohd Hanif. Mengikut Hukum Syara anak itu adalah anak tak sah taraf kepada Perayu. Atas permohonan Responden Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 31 Januari 2000 telah membuat perintah penahanan pendapatan tenaga Perayu sebanyak RM1050 sebulan pada tiap-tiap bulan bagi membiayai nafkah seorang anak tak sah taraf. Terkilan dengan keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur itu, Perayu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur. Di dalam kes yang dirujuk di atas nafkah seorang anak sah taraf telah seorang anak tak sah taraf telah dibuat

perintah oleh Mahkamah Rendah Syariah sebanyak RM50 sebulan, manakala nafkah dibuat perintah oleh Mahkamah Majistret sebanyak RM1050 sebulan melalui perintah tahanan pendapatan tenaga. Di dalam kes di hadapan saya ini, saya berpendapat adalah sesuai dan munasabah jika dibuat perintah supaya semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana yang telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak itu dimasukkan ke dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun: 1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan.

34

Akhir sekali timbul persoalan kos di dalam prosiding ini. Saya berpendapat fakta persoalan yang utama di dalam kes ini ialah mengenai kadar nafkah anak bagi dua orang anak yang wajib dibayar oleh Defendan. Kedua anak-anak itu adalah anak kepada Defendan. Jika penunaian nafkah anak dilaksanakan dengan sempurna dan mencukupi oleh Defendan, saya yakin Plaintif tidak membuat tuntutan ini. Oleh yang demikian jelas bahawa tuntutan ini dibuat ke atas Defendan bagi maksud menyara anak-anak Defendan sendiri. Adalah munasabah dan adil, keseluruhan prosiding tuntutan ini ditanggung semuanya oleh Defendan. kos bagi

HUKUMAN

SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi; Mohd Hafiz bin Mohammad, tarikh lahir: 12 Disember 1990, Sijil Kelahiran No: I 751390 adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, Mohad Hafiz bin Mohammad sendiri; SAYA sabit hak penjagaan kanak-kanak bagi; Nur Maisarah binti Mohammad, tarikh lahir : 23 April 2001, Sijil Kelahiran No: 010423-11-0412. adalah terhak kepada Maimunah binti Hamzah, KPT: 630406-11-5032, Syara dan undang-undang; SAYA perintah Defendan bolehlah melawat atau membawa keluar salah seorang atau kedua-dua kanak-kanak berkenaan dari jagaan Plaintif pada bila-bila masa yang berpatutan mengikut Hukum Syara dengan syarat tidak mendatangkan k/p no: k/p no:

7152345, ibu kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, mengikut pilihan dan kemahuan

7152345, ibu kepada Nur Maisarah binti Mohammad, mengikut peruntukan Hukum

35

mudarat kepada fizikal, mental dan pembelajaran anak-anak berkenaan, dan setelah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Plaintif akan tujuan Defendan itu; SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, bapa

kepada Mohd Hafiz bin Mohammad wajib membayar nafkah anak kepada Mohd Hafiz bin Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad bin Embong membayar nafkah bulanan anak untuk Mohd Hafiz bin Mohammad sebanyak RM350 sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong membayar pakaian sekolah dan bayaran yang dikenakan oleh pihak sekolah ke atas Mohd Hafiz bin Mohammad pada ketika tiap-tiap masa yang diperlukan SERTA SAYA FARDUKAN JUGA Mohammad bin Embong menyediakan pakaian yang memadai bagi Mohd Hafiz bin Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; SAYA sabit Mohammad bin Embong, KPT:561023-11-5055, k/p: 5041748, bapa

kepada Maisarah binti Mohammad wajib membayar nafkah anak kepada Nur Maisarah binti Mohammad, MAKA SAYA FARDUKAN Mohammad bin Embong membayar nafkah bulanan anak untuk Nur Maisarah binti Mohammad sebanyak RM200 sebulan pada tiap-tiap bulan mulai dari bulan Mei 2005 DAN SAYA FARDUKAN JUGA menyediakan pakaian yang memadai bagi Nur Maisarah binti Mohammad menyambut Hari Raya Fitri dan Hari Raya Haji. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah. Dengan perintah ini, perintah sementara nafkah anak sebagai mana yang telah dibuat oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu melalui Permohonan No: 11007-057-26-2003 adalah dengan ini dimansukhkan; SAYA perintahkan semua bayaran bulanan nafkah anak sebagai mana yang telah difardukan itu dilaksanakan dengan cara jumlah nafkah anak itu dimasukkan ke dalam akaun bank di RHB Bank Berhad Cawangan Kuala Terengganu, No. Akaun:

36

1-13010-0014528-8 tidak lewat dari tujuh haribulan pada setiap bulan. Perintah ini berkuat kuasa sehingga ada perintah lain yang dikeluarkan oleh Mahkamah; SAYA perintah kos di dalam prosiding ini keseluruhannya ditanggung oleh Mohammad bin Embong, Defendan.

DI BERI DENGAN ditanda tangani oleh saya dan dicap dengan Meterai Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Terengganu pada hari ini, Khamis 19 Rabiulawwal 1426, bersamaan 28 April 2005.

METERAI

PENDAFTAR

37