guru berintegriti

13
PENDAHULUAN Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan. Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands on’serta kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat. Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap warganya. Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri. Penerapan nilai integriti bukan sahaja melalui kurikulum semata-mata, kokurikulum juga bertindak sebagai agen ke arah pembentukan nilai integriti. Ia dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka. Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan penentu utama kepada kejayaan usaha melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga telah berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di dalam kursus-kursus kepimpinan dan latihan keguruan. Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan

Upload: dalila-mohd-khalid

Post on 05-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Assigment EDU

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN

Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika.Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan.Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat`hands onserta kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat.

Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap warganya. Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri.Penerapan nilai integriti bukan sahaja melalui kurikulum semata-mata, kokurikulum juga bertindak sebagai agen ke arah pembentukan nilai integriti. Ia dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka.

Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan penentu utama kepada kejayaan usaha melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga telah berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di dalam kursus-kursus kepimpinan dan latihan keguruan. Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), pelatih didedahkan dengan elemen integriti melalui topik Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), melalui topik Tatanegara dan Sivik Kewarganegaraan. Kepentingan amalan integriti turut diterapkan melalui Program Bina Insan Guru. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang perlu diamalkan oleh para pendidik di dalam buku Budaya IPG. Penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting bagi memastikan warga pendidik sentiasa menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti.Kita perlu memperakui bahawa nilai murni, ketelusan, akauntabiliti dan etika amat penting diamalkan demi melonjakkan kecemerlangan masyarakat dan negara pada masa depan. Kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pendidikan yang berkesan merupakan tonggak utama dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang berintegriti. Oleh itu, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan atau dipertanggungjawabkan kepada warga pendidik semata-mata, tetapi ia memerlukan penglibatan semua pihak.Seperti yang telah kita tahu bahawa di dalam buku Jejak-jejak Integriti Guru terdapat beberapa orang tokoh guru yang telah kita pelajari. Di mana guru-guru tersebut telah memberi inspirasi kepada kita untuk memartabatkan lagi profesion perguruan. Terdapat enam tokoh yang telah saya baca. Di bawah ialah pengenalan tentang tokoh-tokoh tersebut di mana sejarah penglibatan beliau dalam dunia pendidikan boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk menjadi guru yang lebih berintegriti.2. Tokoh-tokoh dalam buku jejak guru berintegriti.

2.1 Segala-galanya bermula dengan penyeromokan barang.

Datuk Haji Saari Bin Hasan

Beliau adalah salah seorang tokoh yang terkenal di dalam kerjayanya sebagai seorang guru. Pada keseluruhannya beliau telah bertugas dalam bidang perguruan selama 30 tahun 3 bulan dan 4 hari sehingga beliau bersara pada 5 Julai 1997 sebagai Pengarah Pendidikan Guru. Sepanjang beliau bertugas gigih berusaha dan telah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan pendidikan diperingkat atasan. Beliau mengamalkan sikap jujur dan ikhlas. Beliau juga merasakan bahawa kita sebagai guru mestilah menjadi pendengar yang baik dan cuba mendapatkan gambaran keseluruhan sebelum membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang dibuat tanpa maklumat yang lengkap selalunya akan menimbulkan masalah sampingan yang tidak diduga. Selain dari itu beliau juga seorang yang gigih berusaha dan seorang yang berkeyakinan tinggi beliau bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pengetahuan. Beliau juga rajin membuat perbincangan bersama rakan-rakan jika ada sesuatu masalah yang timbul. Guru yang berintegriti ialah guru yang sentiasa menjadikan dirinya sebagai contoh yang terbaik, sebagai suri teladan, menjadi ikutan kepada anak-anak muridnya, malah kepada masyarakat keseluruhannya. Oleh sebab itu, jika guru hendak mengajar mengenai integriti, etika, jujur, ikhlas dan sifat-sifat mahmudah yang lain, dia sendiri mesti memastikan dirinya memiliki nilai-nilai tersebut.2.2 Azam Pengetua Setahun Jagung

Haji Jamian Bin Haji Jaffar

Beliau berasal dari Batu Pahat , Johor. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru, pengetua, pegawai pelajaran daerah dan juga timbalan pengarah pelajaran negeri Johor di Jabatan Pelajaran Johor. Sepanjang beliau bertugas telah banyak aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan yang telah diikuti. Dari sini telah terserlah kesungguhan beliau di dalam menjalankan sesuatu tugas yang telah diamanahkan. Beliau percaya dengan ungkapan untuk mencapai kejayaan adalah dengan mengurus kejayaan tersebut iaitu kejayaan yang ingin dicapai itu mestilah kita uruskan betul-betul bagi memastikannya tercapai. Bukan sekadar cuba jaya. Bagi beliau perkara yang perlu dipegang dan hayati ialah nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama, seperti ikhlas, jujur,disiplin, baik sangka, hormat,kasih, sayang, adil, benar, amanah, janji dan kerjasama Di mana ini semua adalah perkara-perkara penting jika sesesorang itu ingin mencapai kejayaan.2.3 Saya dan PLKS

Datuk Mary Yap Kain Ching

Datuk Mary Yap Kain Ching bermula sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris di beberapa buah maktab. Banyak pengalaman pahit tetapi amat manis untuk dikenang. Beliau berpendapat setiap sekolah yang cemerlang bermula dengan kehadiran pemimpin yang mempunyai integriti, imperatif moral dan komitmen yang tinggi serta tidak mudah mengalah ketika berhadapan dengan cabaran atau masalah. Beliau mengatakan juga bahawa seorang pendidik seharusnya berpegang pada apa yang diajarnya dengan integriti, iaitu berani kerana benar, takut kerana salah.2.4 Sekolah Berkesan: Kejayaan Melebihi Sasaran Tengku Azuan Bt. Tengku Muhammad

Bermula dengan guru lepasan universiti sebelum menjadi pentadbir dan Pengetua Sekolah Menengah. Pada pendapat beliau sebagai pengetua, aspek yang dilihat dan dinilai dalam sesebuah sekolah ialah kekuatan, kelemahan, cabaran, peluang, matlamat, fokus dan kejayaan sekolah tersebut. Maka hasrat untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai sekolah Berkesan dan Berkualiti akan tercapai. Ciri-ciri Sekolah Berkesan mempunyai satu set budaya pengurusan dan amalan kepemimpinan yang unggul( Peter Motomore, 1995). Bagi beliau melahirkan Sekolah Berkesan, seseorang pengetua itu perlu ada ciri-ciri Sekolah Berkesan, iaitu kepimpinan yang profesional, mempunyai wawasan dan matlamat bersama, wujudnya persekitaran yang menggalakkan pembelajaran, penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengajaran yang bermatlamat, ada penghargaan yang tinggi, amalan pengukuhan positif, pemantauan kemajuan sekolah, memberi hak dan tanggungjawab kepada pelajar-pelajar, wujudnya perkongsian rumah dengan sekolah dan sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Jika semua ciri ini dapat dilaksanakan oleh seorang pengetua, maka akan lahirlah Sekolah Berkesan yang mencapai kejayaan melebihi sasaran dalam bidang akademik. Namun begitu mempunyai ciri-ciri Sekolah Berkesan tidak akan dapat melahirkan Sekolah Berkesan sekiranya ciri-ciri itu tidak dilaksanakan dengan penuh amanah dan keikhlasan.2.5 Integriti Meluluskan Laluan Misi dan Visi

Hajah Khuzaimah Bt. Sulaiman

Memulakan kerjaya sebagai Guru pendidikan Islam. Melalui pengalaman beliau, untuk menjadi seorang guru yang berintegriti dan cemerlang perlu mengamalkan prinsip-prinsip yang berikut tahu untuk kita menjadi guru dan apa niat kita menjadi guru, ada visi atau matlamat yang jelas untuk menjadi guru, ikhlas, berintegriti, jujur dan amanah. Menjadi teladan yang baik kepada semua murid dan warga sekolah. Di samping itu beliau sering menepati masa ketika memasuki kelas. Tidak lewat dan sentiasa bersedia. Beliau juga seorang yang rajin jika mendapat cuti sakit, beliau tetap akan pergi ke sekolah juga jika beliau masih mampu ke sekolah. Pada pendapat beliau lagi guru yang masuk ke kelas tidak mengikut jadual adalah tidak berintegriti. Selain itu juga beliau sedaya upaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Menepati masa dan cuba menyelesaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Pendekatan tersendiri yang kreatif dalam pengajaran dapat membantu peningkatan dalam pembelajaran murid.2.6 Pengalaman Keguruan Sepanjang Jalan Kenangan

Datuk Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah

Alam persekolahan dan alam akademi, latihan keguruan yang profesional, pembangunan profesional berterusan dan pengalaman pendidikan yang pelbagai telah menjadikan perkhidmatan beliau dalam alam pendidikan amat menyeronokkan. Beliau bukan saja dapat menerima bimbingan yang terbaik yang mampu disediakan oleh institusi formal dan bukan formal pendidikan, tetapi juga diberi sebanyak dan seluas mungkin peluang dan ruang untuk menyumbang kembali bagi membangun dan meningkatkan martabat dan mutu pendidikan anak bangsa. Dilihat dari kedua-dua sudut ini-menerima dan memberi yang terbaik sepanjang masa.Kesimpulannya seperti apa yang telah kita tahu bahawa amalan-amalan yang diamalkan ini lah yang dapat meningkatkan profesion keguruan. Pengajaran yang baik tidak semestinya bergantung pada teknik sahaja tetapi pengajaran yang baik ialah hasil daripada identiti dan integriti seseorang guru. Sebagai contoh, kebolehan seorang guru berhubung dengan pelajar dan seterusnya kaitan mereka kepada mata pelajaran berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan diri guru serta kerelaan guru memberikan khidmat terbaik untuk pembelajaran. 2. Menghuraikan bagaimana amalan integriti dapat dilaksanakan oleh guru-guru dalam

melaksanakan tugasan mereka di sekolah.

Pendahuluan

Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness, iaitu kesempurnaan manakala ada pula yang menganggap integriti sebagai soundness of moral principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nillsen,, 2004). Akan tetapi makna yang paling kerap digunakan menekankan prinsip moral.Mengikut Institusi Integriti Malaysia (2004), integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.

Lanjutan daripada ini, integriti guru sebagai penjawat awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Maka, integriti guru merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi pendidikan berlandaskan etika dan piagam pelanggan organisasi.Sebagai guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Di samping itu, permuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan memupuk kerjasama yang baik dalam kalangan mereka.Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu, guru perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam menyelesaikan proses masalah pelajar.Persoalannya kini bagaimana amalan integriti dapat dilaksanakan oleh guru-guru dalam melaksanakan tugasan guru di sekolah. Seperti yang kita tahu satu perkara tunjang yang perlu dipegang dan dihayati ialah nilai-nilai integriti kemanusiaan yang bertaut rapat dengan nilai-nilai agama. Contoh nilai-nilai integriti seperti ikhlas, jujur, disiplin, baik sangka, hormat, kasih sayang, adil, benar, amanah, janji dan kerjasama.Sabda Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikatNya begitu juga penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang berada di lubangnya dan ikan di lautan, semuanya memohon rahmat bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang ramai. Apakah perasaan anda apabila membaca ayat di atas? Kita harus ingat akan mulianya kerja sebagai seorang guru. Tugas utama guru adalah menyampaikan ilmu. Guru bertanggungjawab mengubah seseorang individu daripada tidak tahu kepada tahu dari segi ilmu, kemahiran dan sikap. Bukankah ini suatu ibadat? Guru mendidik kita dengan sabar, tanpa menghiraukan rupa, bangsa dan agama. Di mana pun mereka berada, tugas mendidik ini tidak pernah ditinggalkan. Matlamat utamanya menjadikan kita manusia yang berilmu, boleh berdikari dan mempunyai masa depan yang cemerlang. Di samping menyampaikan ilmu, guru juga membentuk sikap dan sahsiah pelajar. Kita diminta mempamerkan tingkah laku yang diterima oleh masyarakat dan positif, bukan tingkah laku yang anti sosial. Pelbagai teknik pengurusan tingkah laku digunakan untuk memastikan tingkah laku yang diingini diikuti oleh pelajar. Kita diajar memberi salam apabila berjumpa, mengucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu, mengetuk pintu sebelum masuk dan meminta izin apabila ingin keluar dari kelas. Semua tindakan guru ini adalah untuk menjadikan kita insan yang baik. Bukankah ini satu ibadat?Amalan-amalan integriti yang boleh dilaksanakan oleh guru-guru disekolah ialah seperti sikap hormat. Sikap hormat dimana golongan guru dihormati bukan sahaja oleh pelajar malah seluruh masyarakat. Merekalah pembentuk bakal pemimpin-pemimpin negara kita. Para guru akan lebih dihormati oleh masyarakat sekiranya melakukan perkara-perkara seperti melibatkan diri dengan aktiviti setempat ,aktiviti masjid/keagamaan, gotong-royong, ziarah orang yang sakit atau kematian, perkahwinan dan lain-lain. Menjalinkan hubungan rapat dengan pelajar Mengenali ibu bapa mereka dan menghubungi keluarga untuk berkenalan secara lebih rapat. Sensitif dengan budaya setempat dan adat resam. Mengalakkan ibu bapa pelajar menghubungi guru untuk mendapatkan maklumat berkenaan anak mereka.. Empati dengan latar belakang pelajar. Mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi.Bagaimana contoh ikhlas boleh membantu murid. Contoh guru yang mengajar mestilah memberi ilmu dengan ikhlas supaya apa yang ilmu yang disampaikan dapat digunakan oleh murid dengan berkesan dan boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan. Jika ilmu yang disampaikan oleh guru itu ikhlas maka dapatlah pelajar menimba ilmu dengan mudah. Seorang guru yang penuh dengan ilmu dan sikap prihatin serta penyayang pelbagai input yang berguna boleh diberikan dalam bidang profesion perguruan ini, baik dari segi amalan duniawi atau bagi ukhrawi. Seperti mana yang kita tahu, nilai penyayang dan ikhlas adalah satu komponen yang amat penting dalam memastikan setiap amalan keguruan kita berkesan dan bernilai kepada setiap murid yang diajar. Sikap penyayang akan menimbulkan satu perasaan yang amat bermakna dalam diri murid. sebagai seorang guru, kita adalah ibu bapa bagi murid yang diajar. dengan kasih sayang dan perhatian kita, murid akan merasakan amat dihargai dan tidak merasa tersisih. dengan niat atau rasa sayang ini, murid tidak akan mudah menyimpan perasaan tidak puas hati di dalam hati apabila ditegur, sebaliknya menganggap ia adalah satu teguran daripada seorang ibu atau bapa. Manakala bagi ikhlas ini pula, ia terletak dalam diri kita dan hanya Allah yang tahu tahap ikhlas kita itu. jika kita ikhlas dalam melakukan sesuatu, dengan mudah berserta izin Allah, apa yang ingin dicapai akan tercapai. jika kita ikhlas, pengajaran yang kita laksanakan adalah berkisarkan pada satu matlamat untuk pencapaian murid dan bukannya untuk mengejar pangkat di dunia semata-mata. Hasil daripada ikhlas inilah Allah membantu kita dalam mengajar dengan membuka hati murid-murid untuk mendengar dan mengambil perhatian bagi setiap pengajaran. ilmu yang diberikan juga akan diberkati dan mudah untuk diserap oleh murid.. Ikhlas menegur murid jika mereka melakukan kesilapan. Tidak memarahi murid tanpa sebab. Ikhlas ketika menegur atau memuji pelajar. Guru menegur kesilapan murid dengan cara memberi motivasi. Tekal dalam menilai tugasan pelajar. Ini semua berkait rapat dengan sikap intergriti yang ada perlu ada pada guru. Berurusan secara adil. Bagaimana pula kita boleh menerapkan nilai integriti bagi bersikap adil pada kerja kita dan juga pada murid-murid kita iaitu dengan cara memberi panduan yang jelas untuk setiap tugasan yang diberikan jika pelajar tidak hadir ke sekolah tidak wajar kiranya kita memarahi mereka kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Selidik dahulu untuk mengetahui sebab sebelum memarahi mereka. Setelah kita menyelidik apa yang telah berlaku wajarlah kiranya kita menerima alasan yang diberikan.. Kita juga perlu membimbing mereka secara lembut untuk membantu pelajar mencapai tingkah laku yang dikehendaki.. Guru juga perlu konsisten apabila menguruskan tingkah laku pelajar. Pujian yang diberi biarlah menampakkan keikhlasan hati guru tersebut. Elakkan daripada menengking atau memalukan pelajar. Seorang guru yang penyayang mestilah menghormati dan bertolak ansur dengan pelajar. Menurut Ibn Khaldun, kanak-kanak harus dididik dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa. Mereka tidak harus dilayan dengan cara kekerasan. Kekerasan akan membentuk kanak-kanak mereka menjadi pemalas, pembohong, tidak berperikemanusiaan dan berlagak. Kesannya mereka akan mula menyembunyikan perkara sebenar sebagai langkah menyelamatkan diri dan amalan mencipta tipu helah akan menjadi kebiasaan Hubungan baik antara guru dan murid adalah perkara yang sangat penting diberikan keutamaan. Hubungan yang wujud perlu berasaskan rasa hormat menghormati, sayang menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain. Guru perlu menunjukkan kasih sayang dan hormat terhadap pelajar untuk memastikan mereka berupaya membina perhubungan yang sihat berasaskan kepercayaan bersama serta menghormati orang dewasa, rakan sebaya, seterusnya boleh mematuhi peraturan dalam kumpulan, memahami dan menghormati perbezaan budaya bangsa; dan mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial dalam pergaulan. Guru Seorang yang Penyabar. Bidang perguruan adalah bidang tugas yang amat mencabar. Semasa menjalankan tugas kita bukan sahaja akan berhadapan dengan pelajar malahan juga banyak pihak lain yang turut terlibat. Penglibatan banyak pihak dalam pengurusan melaksanakan tugas hakiki seorang guru sangat menuntut nilai kesabaran. Kerjaya perguruan ini melibatkan interaksi dengan: (a) Pelajar; (b) Ibu bapa atau penjaga; (c) Rakan sejawat; (d) Pentadbir sekolah; (e) Pentadbir di peringkat daerah dan negeri; (f) Pentadbir di peringkat pusat; dan (g) Kementerian Pelajaran Malaysia. Di dalam bilik darjah kita berhadapan kita berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Pelajar kita ini datangnya dari pelbagai latar belakang, berbeza dari segi fizikal, emosi, pengalaman dan sebagainya. Keperluan mereka juga berbeza. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebagai guru kita perlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah pengajaran untuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza itu. Pelbagai aktiviti hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar dan proses tersebut menjadi lebih berkesan. Seandainya strategi ataupun kaedah pertama gagal menarik perhatian pelajar, kita tidak harus cepat berputus asa. Guru boleh mengaplikasi pelbagai lagi strategi pengajaran yang lain. Melayani perbezaan individu pelajar: (a) Menyelaraskan kurikulum sesuai dengan keperluan dan minat; (b) Menyediakan alat bantu mengajar yang dapat membantu pembelajaran; dan (c) Menyediakan persekitaran yang dapat membantu perkembangan potensi. Kesabaran kita adakalanya diuji dengan masalah disiplin atau masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah yang mungkin timbul secara tidak diduga..Kesimpulan yang boleh dibuat ialah guru bertindak sebagai penyebar ilmuMenurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. Maka jelaslah lagi bahawa sikap integriti perlu diterapkan dalam diri guru untuk membina kekuatan jati diri yang tidak ampuh apabila dipukul gelombang atau sebarang badai di dalam pendidikan. BIBILIOGRAFIKamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21.http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008. Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.http://www.tutor.com.my/online on 24/02/2008 Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya. Mohamad Bin Muda (1991), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2012/12/integriti-guru-keberkesanan-membentuk.html