gsb 1062 ciri2 bahasa

13
GSB 1012 KESANTUNAN AHLI KUMPULAN KIRTHANA GOVINDAN DEEVIYA EYAMALAY

Upload: kirthana-govindan

Post on 23-Jun-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gsb 1062 ciri2 bahasa

GSB 1012KESANTUNAN

AHLI KUMPULANKIRTHANA GOVINDAN

DEEVIYA EYAMALAY

Page 2: Gsb 1062 ciri2 bahasa

CIRI-CIRI BAHASA YANG SANTUN

Page 3: Gsb 1062 ciri2 bahasa

• Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya.• Kesantunan tersebut termasuklah dari segi pemilihan kata yang

menunjukkan aspek berbudi bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran dan nada suara yang lembut sesuai dengan situasi serta menunjukkan rasa hormat kepada orang lain.• Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan

santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.• Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa

atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

Page 4: Gsb 1062 ciri2 bahasa

•Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.• Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan

penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.•Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. •Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian

khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Page 5: Gsb 1062 ciri2 bahasa

• Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. • Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,

bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.• Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam

keadaan biasa. • Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada

kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan

Page 6: Gsb 1062 ciri2 bahasa

BAHASA HALUS 

• merupakan sistem bahasa yang beradat, bersopan santun, dan berbudaya tinggi. • perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan dan bernilai

tinggi dengan penggunaan sistem nahunya.• juga menggunakan kata ganti nama yang lengkap dan bersopan.• menggunakan nada pengucapan yang rendah, lembut dan

menimbulkan kemesraan antara penutur dengar pendengar.• bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk

menyatakan sesuatu yang kurang manis.

Page 7: Gsb 1062 ciri2 bahasa

•bahasa halus juga digunakan untuk :1. menghormati orang yang dilawan bercakap.2. menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap.3. mewujudkan kemesraan.4. menghormati peraturan adat istiadat

Page 8: Gsb 1062 ciri2 bahasa

BAHASA FORMALBahasa formal ialah bahasa yang digunakan dalam situasi

rasmi.

CIRI-CIRI: teratur, lengkap, patuhi peraturan sebutan, tatabahasa, imbuhan,

binaan serta susunan ayat dan perkataan, tidak mengandung kesalahan bahasa dan disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan, sama ada menerusi tulisan mahupun lisan

Page 9: Gsb 1062 ciri2 bahasa

BAHASA KASAR• bahasa yang digunakan oleh penutur yang tidak

mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa.• kata-kata kasar akan menyinggung perasaan orang yang

terlibat.• terbahagi kepada dua :a. bahasa kasar biasab. bahasa kasar kesat

Page 10: Gsb 1062 ciri2 bahasa

BAHASA KASAR BIASA•penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan

tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak berkenaan.• Ini akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak

lain.• Ini juga akan menggambarkan penutur tersebut

mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa dengan baik.

Page 11: Gsb 1062 ciri2 bahasa

BAHASA KASAR KESAT•bentuk bahasa yang digunakan oleh seorang penutur

ketika marah dan menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun, mengutuk, mencarut dan sebagainya.• contohnya seperti sial, celaka, bodoh, kurang ajar,

kepala otak, dan sebagainya.•boleh mecetuskan konflik dengan pihak berkenaan.

Page 12: Gsb 1062 ciri2 bahasa

BAHASA TIDAK FORMAL•Bahasa tidak formal ialah bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa, selain terdapat percampuran kod.Contoh:

Sorrylah sayang, I tak nampak u semalam.

Page 13: Gsb 1062 ciri2 bahasa

SEKIAN TERIMA KASIH