graf bar kompaun

3
Tarikh : 06.03.2014 Hari : Khamis Pengajian Am Tingkatan 6 Atas 1 Tajuk : Graf Bar Kompaun Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat : 1. Mengemukakan 3 ciri utama graf bar Kompaun 2. Mengenalpasti bentuk asas graf bar Kompaun 3. Mengetahui cara-cara melukis graf bar Kompaun yang betul. 4. Melukis graf bar Kompaun berdasarkan kepada soalan yang diberi. Isi Pelajaran : Graf Bar Kompaun Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas graf bar Kompaun 2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf bar Kompaun yang betul. 3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf bar Kompaun 4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan. 5. Melukis graf bar Kompaun berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan. Nilai : Tekun dan berusaha KBKK: Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk graf bar kompaun Refleksi :

Upload: azmi-marbawi

Post on 15-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bar

TRANSCRIPT

Page 1: Graf Bar Kompaun

Tarikh : 06.03.2014 Hari : Khamis

Pengajian AmTingkatan 6 Atas 1

Tajuk : Graf Bar Kompaun

Objektif : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran semua pelajar dapat :1. Mengemukakan 3 ciri utama graf bar Kompaun2. Mengenalpasti bentuk asas graf bar Kompaun3. Mengetahui cara-cara melukis graf bar Kompaun yang betul.4. Melukis graf bar Kompaun berdasarkan kepada soalan yang diberi.

Isi Pelajaran : Graf Bar Kompaun

Aktiviti : 1. Pengenalan kepada bentuk asas graf bar Kompaun2. Penerangan kepada cara-cara untuk melukis graf bar Kompaun yang betul.3. Sesi soal jawab mengenai masalah yang berkaitan dengan graf bar Kompaun4. Penjelasan dan penerangan kepada masalah / soalan.5. Melukis graf bar Kompaun berdasarkan data yang diberikan dalam petikan soalan.

Nilai : Tekun dan berusaha

KBKK: Pelajar dapat menukarkan data dari bentuk prosa kepada bentuk graf bar kompaun

Refleksi :

Page 2: Graf Bar Kompaun

Berdasarkan kepada maklumat yang terkandung di dalam petikan di bawah, lukiskan satu graf bar kompaun yang sesuai bagi menunjukkan kedudukan keahlian ikhtisas doktor perubatan di Malaysia mengikut kumpulan etnik dalam tempoh masa yang berkenaan.

Semenjak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, salah satu perkara yang telah diberi keutamaan dalam perncangan pembangunan negara ialah menseimbangkan kedudukan pegawai dan pakar perubatan dari masa ke semasa supaya dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak. Pada tahun 1970 terdapat seramai 2,131 orang doktor di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, seramai 79 orang atau 3.7% terdiri daripada doktor perubatan Melayu berbanding dengan 953 orang atau 44.72% adalah doktor berbangsa Cina, 40.2% lagi merupakan doktor perubatan berbangsa India, sementara selebihnya adalah doktor perubatan daripada kumpulan etnik yang lain. Pada tahun 1975 pula terdapat peningkatan bilangan doktor perubatan Melayu seramai 34 orang, bangsa Cina bertambah seramai 293 orang dan India bertambah seramai 135 orang berbanding dengan tahun 1970. Dalam kumpulan etnik yang lain, terdapat pengurangan seramai 31 orang pada tahun 1975 dan menurun lagi kepada paras 159 orang pada tahun 1980, tetapi meningkat seramai 55 orang pada tahun 1990 berbanding dengan tahun 1980.

Bancian pada tahun 1980 pula menunjukkan bahawa terdapat seramai 272 orang doktor perubatan Melayu daripada seramai 3,168 orang doktor perubatan di negara ini. Jumlah ini berbanding dengan doktor perubatan berbangsa Cina seramai 1,400 orang dan 42.2% berbangsa India serta yang selebihnya adalah bagi doktor perubatan kumpulan etnik yang lain.

Namun begitu melalui beberapa perancangan pendidikan tertentu, bilangan doktor perubatan Melayu didapati meningkat ke paras 1,951 orang pada tahun 1985. Dari segi peratusan, pertambahan yang berlaku ini, jauh lebih besar berbanding dengan pertambahan yang berlaku di kalangan doktor perubatan berbangsa Cina yang meningkat seramai 1,031 orang dan doktor perubatan berbangsa India bertambah seramai 1,072 orang berbanding dengan tahun 1980. Bilangan doktor perubatan dari etnik lain pula adalah seramai 534 orang. Namun begitu dari segi jumlah sebenar, bilangan bilangan doktor perubatan berbangsa Cina dan India masih lagi jauh mendahului bilangan doktor perubatan berbangsa Melayu di negara ini.

(Sumber : Laporan Majlis Perunding Ekonomi Negara (MAPEN),1991)

Tahun

Etnik

1970 1975 1980 1990

Melayu 79 113 272 1951Cina 953 1246 1400 2431India 857 992 1337 2409

Etnik Lain 242 211 159 534Jumlah 2131 2562 3168 7325