gp lift esc_2012

12
Garispanduan Pengambilalihan Page 1 GARIS PANDUAN MENDAPATKAN KEBENARAN AMBILALIH SELENGGARAAN LIF DAN ESKALATOR 2012 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Upload: al-amir

Post on 16-Apr-2017

375 views

Category:

Business


0 download

TRANSCRIPT

Garispanduan Pengambilalihan

Page 1

GARIS PANDUAN

MENDAPATKAN KEBENARAN

AMBILALIH SELENGGARAAN

LIF DAN ESKALATOR 2012

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Garispanduan Pengambilalihan

Page 2

KANDUNGAN

1.0 Latarbelakang

2.0 Pematuhan Akta Kilang dan Jentera

3.0 Objektif

4.0 Kriteria Pengambilalihan

4.1 Pengambilalihan Lif Penumpang dan Barang (Dengan Bilik

Jentera)

4.2 Pengambilalihan Lif Penumpang Tanpa Bilik Jentera

5.0 Prosidur Pengambilalihan

5.1 Surat Ambilalih Selenggaraan

5.2 Laporan Teknikal

5.3 Salinan ’Offer Letter’

5.4 Jadual Perbatuan atau ’Ghantt Chart’

5.5 Senarai Semak

LAMPIRAN 1 – Surat arahan JKKP IS 127/789/15(12): Pemberitahuan

Ambilalih Selenggaraan Lif dan Eskalator

LAMPIRAN 2 – Surat Kebenaran Pengambilalihan

Garispanduan Pengambilalihan

Page 3

1.0 LATARBELAKANG

1.1 garis panduan ini adalah terhasil daripada banyak permasalahan yang berkaitan dengan

penyelenggaraan lif dan eskalator. Setelah mengkaji secara teliti di dapati bahawa aduan

daripada pemunya adalah berasas memandangkan kos yang dikenakan pada kadar yang

agak tinggi.

1.2 Sekiranya penyelenggaraan ini dibenarkan kepada pihak selain dari syarikat yang memasang, maka pasaran akan menjadi semakin meluas dan persaingan ini akan memberi peluang kepada pemunya untuk memilih tanpa menghadkan kepada suatu syarikat sahaja (syarikat memasang).

1.3 Sehubungan dengan itu, Jabatan berpendapat adalah penting tahap kemahiran dan kopetensi firma dipastikan. Penyerahan manual penyelenggaraan dan operasi serta prosidur menyelamat mengsa terperangkap hendaklah dimiliki oleh pemilik bagi memastikan pertukaran firma penyelenggara tidak menjejaskan operasi sesebuah lif dan eskalator.

1.4 Jabatan berpendapat, satu garis panduan diadakan bagi memperincikan perlaksanaan,

kriteria dan prosidur bagi tujuan ambilalih selenggaraan lif dan eskalator selain dari jenama

yang dipasang bagi memastikan peralihan firma yang bertanggungjawab keatas

penyelenggaran sesuatu lif dan eskalator dilakukan sebaik mungkin tanpa mengabaikan

aspek – aspek keselamatan terhadap penggunaan lif dan eskalator tersebut.

2.0 PEMATUHAN AKTA KILANG DAN JENTERA

2.1 Menurut Peraturan 31(1) Peraturan – Peraturan (Lif Letrik Penumpang dan Barang) Kilang

dan Jentera, 1970, adalah menjadi kewajipan pemunya tiap – tiap lif menentukan supaya lif

diselenggara.

2.2 Bagi melaksanakan maksud Peraturan diatas, dicadangkan untuk setiap proses

pengambilalihan:

a) Orang Yang Kompeten Grade I / Firma kompeten akan bertanggungjawab sepenuhnya

terhadap lif yang diambilalih dan hendaklah mempunyai kepakaran dan pengalaman

bagi menyelenggara lif dan eskalator yang akan diambilalih.

b) Peraturan 31(2) pula menyatakan bahawa pemunya hendaklah membuat perjanjian

dengan sesuatu Firma yang diluluskan untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan lif

Garispanduan Pengambilalihan

Page 4

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memastikan proses ambilalih selenggaraan lif dan eskalator dilakukan oleh Firma

hendaklah dengan “Mendapat Kebenaran Jabatan” .

3.2 Memansuhkan surat arahan JKKP IS 127/789/15(12) yang dikuatkuasakan pada 27

Februari 2006, berhubung dengan Pemberitahuan Ambilalih Selenggaraan Lif dan

Eskalator.

3.3 Menyediakan garis panduan Ambilalih Selenggaraan Lif dan Eskalator bagi memperincikan

kriteria dan prosidur pengambilalihan.

3.4 Memastikan proses pengambilalihan dilakukan sebaik mungkin. Mematuhi kehendak

Peraturan – Peraturan (Lif Letrik Penumpang dan Barang ) Kilang dan Jentera, 1970.

Garispanduan Pengambilalihan

Page 5

4.0 KRITERIA PENGAMBILALIHAN

4.0.1 Bagi maksud ambil alih selenggaraan lif dan eskalator, Orang Yang Kompeten Grade I

akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap lif dan eskalator yang diambilalih.

4.0.2 Dibawah garis panduan ini, Jabatan menetapkan nisbah satu Orang Yang Kompeten

terhadap tiga ratus (300) unit lif dibawah kawal selianya. Sehubungan dengan itu, nisbah

ini hendaklah dipenuhi oleh Firma Kompeten sebelum memohon kebenaran Jabatan

untuk sebarang pengambilalihan.

4.0.3 Firma Kompeten hendaklah memiliki set dokumen penyelenggaraan dan operasi yang

lengkap, prosidur menyelamat mangsa terperangkap dan lain – lain dokumen yang

dirasakan perlu untuk lif dan eskalator yang akan diambilalih.

4.1 LIF PENUMPANG DAN BARANG DENGAN LAJU KONTRAK 105 METER PER MINIT DAN / ATAU JARAK PERJALANAN 30 METER

4.1.1 Bagi permohonan ambilalih selenggaraan lif dengan kelajuan kontrak yang melebihi dari

seratus lima (105) meter per minit, atau jarak perjalanan tiga puluh (30) meter dan lebih,

atau kedua – keduanya sekali, Orang Yang Kompeten Grade I, hendaklah mempunyai

kepakaran dan pengalaman bagi jenama / jenis lif yang akan diselenggara tidak kurang

dari dua (2) tahun pengalaman.

4.2 LIF PENUMPANG TANPA BILIK JENTERA

4.2.1 Firma hendaklah memiliki pengalaman didalam pemasangan dan penyelenggaraan

Jentera Model Lif Tanpa Bilik Jentera.

4.2.2 Orang Yang Kompeten Grade I hendaklah mempunyai kepakaran berkaitan lif tersebut:

a) Satu ringkasan pengalaman atau testimoni, sijil latihan atau surat pengesahan dari

Firma Kompeten lif yang hendak diambilalih berkaitan atau pembuat;

b) Tidak kurang dari tiga (3) tahun pengalaman mengendalikan lif dari jenama yang

sama. (Lampiran 2)

Garispanduan Pengambilalihan

Page 6

5.0 PROSIDUR PENGAMBILALIHAN

5.0.1 Setiap proses permohonan kelulusan pengambilalihan adalah melalui JKKP Ibupejabat

(Bahagian Keselamatan Industri) dan salinannya kepada JKKP Negeri.

5.0.2 Firma Kompeten yang berniat untuk ambilalih selenggaraan lif dan eskalator hendaklah

memaklumkan kepada Jabatan sebulan sebelum melaksanakannya.

5.0.3 Bagi Firma Kompeten yang berniat menamatkan perjanjian penyelenggaran dengan

pemilik, hendaklah memaklumkan Jabatan sekurang – kurangnya dua (2) bulan sebelum

berbuat demikian dan menyerahkan senarai semak pemeriksaan kepada pemilik.

5.0.4 Pengambilalihan hanya boleh dilakukan sekurang – kurangnya satu (1) tahun selepas

tarikh lif dan eskalator didaftarkan.

5.0.5 Firma Kompeten Lif hendaklah memastikan kehendak – kehendak koda rekabentuk lif dan

eskalator yang terkini untuk sebarang menaiktaraf atau dipinda daripada asasnya*

digunapakai, antaranya:

a) EN81-80:2003 Rule for improvement of safety of existing passenger and goods

passenger lift;

b) BS 5655-11:2005 Code of practies for the undertaking of modification to existing

electric lift;

c) BS 5655-12: 2005 Code of practies for the undertaking of modification to existing

hydraulic lifts, dan lain – lain koda terkini.

*Pinda daripada asasnya – Melibatkan pertukaran daripada lif barang kepada penumpang, perjalanan telah ditambah

atau dengan pertambahan tingkat, beban kontrak ditambah atau laju kontraknya ditambah

Garispanduan Pengambilalihan

Page 7

5.1 SURAT PENGAMBILALIHAN

5.1.1 Firma Kompeten yang barniat melakukan ambilalih selenggaraan lif dan eskalator adalah

melalui surat seperti lampiran 2 dan perincian maklumat mengenai lif dan eskalator yang

akan diambil alih seperti berikut:

a) Nama Firma dan Orang Yang Kompetan;

b) Lokasi dan bilangan;

c) Nombor Pendaftaran bagi setiap lif dan eskalator;

d) Laju kontrak, jarak perjalanan dan jenis lif (Lif Penumpang atau Lif Penumpang Tanpa

Bilik Jentera).

5.1.2 Firma hendaklah menepati kriteria yang telah ditetapkan untuk setiap pengambilalihan

seperti pada pekara 4.0.

5.2 LAPORAN TEKNIKAL

5.2.1 Perincian secara teknikal keadaan semasa untuk kesemua lif dan eskalator yang akan

diambil alih dihantar kepada Jabatan dan laporan ini hendaklah disediakan oleh :

a) Orang Yang Kompeten dan;

b) Disahkan oleh Wakil Pemilik.

5.2.2 Gambar keadaan lif dan eskalator terutama untuk ‘Essential Safety Device’, bahagian

Jentera yang berputar dan komponen – komponen penting bagi kelancaran operasi

sebuah lif dan eskalator.

5.3 SALINAN ‘OFFER LETTER’

5.3.1 Satu salinan surat tawaran yang diberikan oleh Wakil Pemilik atau Syarikat

Penyelenggara Bangunan dilampirkan kepada Jabatan bagi memastikan maksud

Peraturan 31(2) Peraturan – Peraturan (Lif Letrik Penumpang dan Barang – Barang)

Kilang dan Jentera, 1970 dilaksanakan sebaiknya.

Garispanduan Pengambilalihan

Page 8

5.4 JADUAL PERBATUAN ATAU GHANTT CHART

5.4.1 Satu Jadual atau carta penyelenggaraan hendaklah disediakan oleh Orang Yang

Kompeten Grade I. Perincian terhadap komponen – komponen lif yang hendak

diselenggara serta jangkaan penggantian komponen dari tempoh perjanjian Firma

dengan pemilik.

5.4.2 Jadual atau Carta penyelenggaraan hendaklah meliputi sekurang – kurangnya ‘Safety Component’ seperti yang dinyatakan pada Annex F EN81 -1 dan komponen –

komponen penting bagi kelancaran operasi sesebuah lif.

5.5 SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN

5.5.1 Pemilik hendaklah mendapatkan senarai semak pemeriksaan dari Firma Kompeten

terdahulu sebelum menyerahkan penyelenggaran lif dan eskalator kepada syarikat yang

ingin dilantik.

* Senarai semak diiktiraf Jabatan digunakan semasa menjalankan Pemeriksaan Pertama atau Pemeriksaan Ulangan

bagi memenuhi kehendak Peraturan – Peraturan (Lif Elektrik Penumpang dan Barang) Kilang dan Jentera, 1970 dan

Peraturan Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970.

Garispanduan Pengambilalihan

Page 9

LAMPIRAN 1

Garispanduan Pengambilalihan

Page 10

Garispanduan Pengambilalihan

Page 11

KEBENARAN AMBILALIH SELENGGARAAN LIF DAN ESKALATOR JENAMA SELAIN DARIPADA YANG DIBEKALKAN OLEH SYARIKAT LIF YANG

BERDAFTAR DENGAN JKKP

Kepada,

Ketua Pengarah, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan, Aras 2, 3 dan 4, Blok D3, Parcel D, ……………………………………………………….. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, ………………………………………………………... 62502, Putrajaya . ………………………………………………………. (U/P: Seksyen PPP, Bahagian Keselamatan Industri) MAKLUMAT JENTERA AMBILALIH

Nama dan alamat pemunya: ……………………………………………………………………………………………

Nama dan alamat jentera dipasang: ………………………………………………………………………………….

Nama dan Alamat syarikat pengurusan yang dilantik: …………………………………………………………….

MAKLUMAT LIF DAN ESKALATOR

No. PMA Jentera Lif / Eskalator & lain - lain

Model Laju Perjalanan / Rise

Tingkat Jenis (Lif Penumpang / Penumpang Tanpa Bilik

Jentera / Barang

Tahun Pemasangan

LAMPIRAN 2

Garispanduan Pengambilalihan

Page 12

STATISTIK JENTERA DAN BILANGAN PERSONEL

Bilangan Jentera Diselenggara

Bilangan Personel

Lif Eskalator Orang Kompeten Grade 1

Orang Kompeten Grade 2

Orang Kompeten Grade 3

Juruteknik

Sebelum perjanjian

Selepas perjanjian

PENGALAMAN BERKAITAN LIF / ESKALATOR

Nama Firma Tahun Dari / Sehingga

Jenama / Model

Bagi maksud pengambilalihan, syarikat kami mempunyai sumber – sumber kewangan, pengetahuan, kemahiran teknikal, peralatan untuk kerja menyelenggara, alat – alat ganti dan personel yang terlatih serta mencukupi bagi menyelenggara lif dan eskalator.

Syarikat kami akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap lif / eskalator yang diambilalih dan akan segera mengatur kerja – kerja pembaikan terhadap lif / escalator agar beroperasi dalam keadan memuaskan,setelah menerima arahan daripada pemilik

Kami mengakui bahawa semua maklumat yang diberikan diatas adalah benar.

Sekian, terima kasih.

Pemilik Firma / Syarikat Orang Kompeten Grade 1 Tandatangan Nama Jawatan Tarikh Cop rasmi