elevator lift

103
KEMUDAHAN BANGUNAN 3 Sistem Pengangkutan dalam Bangunan

Upload: ungku-omarpolytechnic

Post on 17-Jan-2017

93 views

Category:

Engineering


4 download

TRANSCRIPT

KEMUDAHAN BANGUNAN 3

Sistem Pengangkutan dalam Bangunan

OBJEKTIF

1. TAKRIF DAN KEPENTINGAN LIF & ESKALATOR2. BAHAGIAN & KOMPONEN LIF & ESKALATOR3. LOKASI & KAITAN ANTARA TATA ATUR LIF & ESKALATOR4. FAKTOR KEUPAAYAN LIF & ESKALATOR5. KAWALAN KEBAKARAN UNTUK LIF & ESKALATOR6. PENGIRAAN BILANGAN LIF & ESKALATOR7. KATEGORI LIF MENGIKUT FUNGSI & JENIS PEMASANGAN.8. KONSEP & FAKTOR PEMASANGAN LIF MENGIKUT ZON9. CIRI & SISTEM KAWALAN LIF10.SISTEM PENGANGKUTAN DALAM AUTOMASI BANGUNAN.11.UNIFORM BUILDING BY LAW (UBBL) UNDANG-UNDANG KECIL

BANGUNAN SERAGAM.

SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BANGUNAN

• LIF – PENGANGKUTAN MENEGAK, DIREKABENTUK

MULA-MULA MR. ELISHA OTIS PADA TAHUN 1853.

• ESKALATOR– MENGANGKUT PENUMPANG DARI SATU ARAS

KE SATU ARAS• KONVEYOR

– MENGANGKUT PENUMPANG PADA ARAH MENDATAR SEHINGGA SUDUT 15º

Bagi menyediakan perkhidmatan LIF, ESKALATOR, & KONVEYOR yang baik dalam lingkungan kos

yang diberikan >> semua konstrain, data mengenai jenis bangunan dan jenis pengguna mestilah

dikumpulkan dahulu.

• 3 jenis sistem pengangkutan mekanikal dalam bangunan dan luar bangunan .

SISTEM

KAPASITI ANGKUT SUDUT PEMASANGAN

JENIS PEMASANGAN

LIF BERBAGAI, BERGANTUNG KEPADA SAIZ LIF, KELAJUAN, CORAK, TATA LALUAN

90º PENGGUNA,BARANG

PATERNOSTER 650 90º PENGGUNA

ESKALATOR 5000-8000 30º-35º PENGGUNA

KONVEYOR 5000 HINGGA 15º

PENGGUNA/BARANG

SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BANGUNAN

stairlift

LIF1.0 TAKRIF / DEFINISI LIF

SISTEM PENGANGKUTAN DALAMBANGUNAN YANG DIGUNAKAN UNTUK

MENGANGKUT BARANG, MANUSIA DARISATU TINGKAT KE TINGKAT YANG LAIN

SECARA MENEGAK

LIF1.1 SEBAB LIF DIPERLUKAN ?1. PEMBANGUNAN PESAT

Bangunan yang terpaksa dibina tinggi kerana kos tanahyang tinggi dalam kawasan CBD ( Central Business District)

2. KEPERLUAN ASASTerpaksa membawa pengguna, barangan dari satu tingkatke satu tingkat dalam bangunan tinggi

3. KEPERLUAN KESELESAAN & KESELAMATAN.Kecekapan berkerja terhadap organisasi pejabat – pejabat besar terutama bagi pejabat yang mempunyai lebih dari satu tingkat.

4. KEPERLUAN UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN.Bangunan yang melebihi 4 tingkat perlu memperuntukkan sistem lif(Rujuk UBBL)

5. KEPERLUAN BOMBA.Menyediakan lif bomba untuk digunakan semasa berlaku kebakaran.

LIF1.2 KATEGORI LIF 1. LIF PERDAGANGAN

• BEBAN PENGANGKUTAN 6-23 orang• Kelajuan : 200 kaki/minit hingga 2000 kaki/minit• PERKHIDMATAN DAN KECEKAPAN PENTING – PRESTASI BAIK

KEPADA PELANGGAN.• Cth : Pejabat, Kompleks membeli belah & hotel.

2. LIF HOSPITAL• BEBAN PENGANGKUTAN 17-23 orang• Kelajuan : 100 kaki/minit hingga 350 kaki/minit• Hospital & pusat rawatan.• Lantai lif direka besar bagi mengangkut kereta sorong atau perabot.• Mempunyai 2 belah pintu depan dan belakang untuk kemudahan

pemunggahan dan pengisian.• Lebar pintu diantara 900 – 1100mm

3. LIF KEDIAMAN TINGGI• Lif jenis ini tidak kritikal seperti Lif Perdagangan dari segi

masa menunggu tetapi memerlukan kerja-kerja penyenggaraan yang baik disebabkan kekerapan penggunaan pada setiap hari dan waktu.

• Tambahan pengunaan terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat dan kemungkinan berlaku vandalism.

4. LIF INSTITUSI• Perpustakaan, pejabat am, kelas atau dewan kuliahdi

aras tinggi.

5. LIF SETOR• Digunakan untuk mengangkat barang berat.• Bergantung pada jenis barang yang diangkut.• Beban pengangkutan : 5000 paun – 20 000 paun.• Kelajuan 50 kaki/minit hingga 150 kaki/minit.• Kompleks membeli belah, lapangan terbang, hotel,

gudang.

6. LIF KERETA• Pengunaan khusus mengangkat kereta.• Tempat letak kereta bertingkat

LIF1.2 KATEGORI LIF 1. LIF PERDAGANGAN 2. LIF HOSPITAL3. LIF KEDIAMAN TINGGI4. LIF INSTITUSI5. LIF SETOR6. LIF KERETA

• Kesemua lif adalah dalam bentuk tarikan (traction) dan hidraulik.• Bentuk tarikan adalah lebih umum digunakan kerana halaju yang

tinggi .• Manakala, jenis hidraulik hanya digunakan mengangkut barangan

beban tinggi serta tidak mementingkan masa menunggu

LIF1.3 CIRI-CIRI LIF1. Diperlukan bagi bangunan yang lebih 4 tingkat.2. KELAJUAN LIF ; 100kaki/minit hingga 150 kaki/minit,

terlalu laju akan mengakibatkan gangguan saraf.3. Perlahan, menyebabkan ia kurang berfungsi.4. Konstrain / tekanan kepada fizikal dan psikologikal.5. Fizikal : bergerak dalam paksi pugak (menegak) :

ganguan pada saraf.6. Psikologikal : berlaku semasa menaiki, sedang menaiki,

menunggu dan masa keluar.

7. PEMASANGAN MENGIKUT UBBL8. TAKAT MENUNGGU ; maksimum 30 saat waktu kerja ,

60 minit off peak.9. Sistem yang baik :

• MASA MENUNGGU PENDEK• MASA PERJALANAN DALAM LIF YANG CEPAT.• ESTETIK PADA LIF DAN LOBI • CORAK PERGERAKAN PINTU LIF

LIF1.4 PEMASANGAN LIF YANG BAIK1. KUANTITI SERVIS ; Keupayaan lif bagi memberi

perkhidmatan pengankutan seberapa banyak dan cepat yang boleh.

2. KUALITI SERVIS ; ia ditentukan oleh pencepatan, pelarasan, awal pecutan, pergerakan serta keupayaan untuk mengangkut penumpang dalam jangkamasa tertentu.

3. TEKNOLOGI ; Rekabentuk lif dengan teknologi baru kini mengambil kira kualiti, perkhidmatan yang baik, estetik.

4. SISTEM YANG FLEKSIBEL ; satu sistem yang boleh diubahsuai mengikut perkembangan teknologi dan mudah disenggara dan dikendalikan

5. AESTETIK ;• Lif moden perlu direkabentuk supaya ia menarik

selesa dan senang dilihat.• Lengkap dengan alat-alat keselamatan, maklumat

penting, panel kawalan & muzik.6. PAKAR TEMPATAN ; Mustahak bagi memasang lif

dari syarikat tempatan yang lebih mengetahui keadaan setempat bagi pemasangan dan kerja senggaraan.

LIF1.5 LIF YANG BAIK / BERKESAN

1. Masa menunggu yang minimum. (seperti jadual)2. Pecutan lif yang sesuai dengan tubuh3. Masa pada setiap hentian tidak melebihi had.4. Berhenti dengan automatik dan mempunyai pelarasan yang

baik.5. Pergerakan tidak terlalu lambat. (rujuk jadual)6. Pergerakan pintu pantas dan senyap7. Butang lif mudah digunakan dan terletak pada paras yang

sesuai.8. Peralatan yang senyap, perjalanan yang licin, baik dan

selamat.9. Pencahayaan yang cukup.10.Petunjuk yang mudah difahami dan mencukupi.

LIF1.6 PEMILIHAN SISTEM LIFMaklumat yang perlu diperolehi ;1.Bil maksimum pengguna yang akan diangkut.2.Bil tingkat yang perlu diberi perkhidmatan lif.3.Jarak perjalanan.4.Masa perantaraan yang diterima diantara

masa kereta berhenti.5.Masa angkut dan punggah yang boleh

diterima.6.Jangka masa yang tinggi untuk pergerakan

pengguna.

LIF1.7 KEPERLUAN bagi memilih sistem LIF.KEPERLUAN UMUM

1. KEGUNAAN : untuk pejabat ? Hospital?2. KAPASITI DAN BILANGAN : bergantung corak

laluan dalam bangunan dan saiz.3. KELAJUAN : Bergantung pada bilangan hentian ,

pengguna & beban pengangkutan.4. PINTU LIF : bergantung pada kegunaan.5. BILANGAN HENTIAN DAN BUKAAN : bergantung

pada ketinggian dan kegunaan.

1.7 KEPERLUAN bagi memilih sistem LIF.• KEPERLUAN FIZIKAL

1. PERGERAKAN LIF : bergantung pada bilangan perhentian.

2. SAIZ LUBONG : Bergantung pada kapasiti lif.3. DALAMNYA LUBONG : Bergantung pada

kelajuan lif.4. KELUASAN RUANG ATAS : Bergantung pada

kelajuan lif.5. SAIZ BILIK JENTERA : Bergantung pada jenis lif

dan saiz peralatan.

KEPERLUAN – keperluan lain, SESEBUAH LIF 1.Panel elektrik dan soket kuasa.2.Kipas pengudaraan dan pencahayaan dalam

bilik jentera.3.Tangga turun serta soket kuasa dalam

telaga lif. ( lift pit )4.Struktur pengangkat dalam bilik jentera

untuk kerja-kerja senggaraan.

LIF1.8 TATATUR LIF

1. Tatatur lif merupakan faktor yang menentukan kecekapan sistem lif.

2. Tatatur perlu dibuat agar tidak berlaku gangguan antara penumpang yang hendak keluar masuk lif.

3. Tatatur bergantung pada bilangan kereta lif yang digunakan. (rujuk gambarajah)

4. Jika menggunakan konsep zon, pemisahan perlu dibuat antara zon untuk mengelakkan kekeliruan berlaku kepada penumpang.

LIF1.9 JENIS-JENIS LIF1. LIF ELEKTRIK2. LIF KHAS (LIF HIDRAULIK)3. LIF BANGUNAN TINGGI 4. LIF DUA TINGKAT5. LIF ORANG CACAT6. LIF BOMBA7. PATERNOSTER

1.9.1 LIF ELEKTRIK • BIASA DAN SERING DIGUNAKAN• MENGGUNAKAN KABEL UNTUK MENGANGKAT KERETA

LIF DENGAN PEMBERAT DAN PERGERAKAN ADALAH DARI TINDAKAN JENTERA PENGGERAK.

• PRINSIP TARIKAN DENGAN MOTOR • DIGUNAKAN DI KEBANYAKAN BANGUNAN MELEBIHI 60

KAKI.• BILIK MOTOR DI ATAS LIF AKAN MENAMBAHKAN

BEBAN KEATAS STRUKTUR BANGUNAN.• MASALAH BUNYI BISING BAWAAN STRKTUR

(STRUCTURE BONE NOISE)• MEMERLUKAN TELAGA LIF DAN BILIK

PENYELENGGARAAN BERHAMPIRAN BILIK JENTERA

1.9.1 LIF ELEKTRIK

KERATAN PERSPEKTIF

1.9.1 LIF ELEKTRIK

1.9.1 LIF ELEKTRIK

• UKURAN LUBONG

1.9.1 LIF ELEKTRIK

1.9.2 LIF KHAS / HIDRAULIK

• PRINSIP HIDRAULIK DAN PERGERAKAN ADALAH DARI TINDAKAN PELOCOK KELULI YANG DIPASANG DI BAWAH KERETA LIF.

• TIDAK DIGUNA BAGI BANGUNAN MELEBIHI 60 KAKI

• RUANG TIDAK MENCUKUPI @ RUANG BUMBUNG AGAK KECIL DAN MENEMPATKAN BILIK JENTERA.

• MENGANGKUT BARANG MUATAN YANG BERAT SEHINGGA 100 000 PAUN.

• HALAJU TIDAK MELEBIHI 200 KAKI/MINIT.• PEMASANGAN TIDAK MENAMBAHKAN

BEBAN STRUKTUR.• LIF INI TIDAK MENGGUNAKAN PEMBERAT, • BILIK JENTERA TERLETAK DIBAWAH DAN

KELUASAN LUBONG ADALAH LEBIH KECIL DARIPADA LIF ELEKTRIK

• MEMERLUKAN SILINDER PUGAK YANG TERLETAK DALAM SARUNG YANG DITANAM DIDALAM TANAH

1.9.2 LIF KHAS / HIDRAULIK

1.9.3 LIF BANGUNAN TINGGI• BAGI BANGUNAN TINGGI YANG

KEHENDAK PERKHIDMATAN LIF ADALAH KRITIKAL

• BAGI SEIMBANGKAN PERKHIDMATAN PADA SETIAP TINGKAT ATAS DAN BAWAH KONSEP SISTEM ZON DIGUNAPAKAI.

• KEBIASAAN DIBAHAGIKAN KEPADA ZON EKSPRES IAITU BAGI TINGKAT TINGGI DIMANA KERETA TIDAK BERHENTI PADA TINGKAT BAWAH

• ZON RENDAH KERETA TURUN NAIK MENGAMBIL PENUMPANG PADA TINGKAT BAWAH SEPERTI 5-10 TINGKAT KEBAWAH

BUBBLE LIFT

1.9.4 LIF DUA TINGKAT • BOLEH MEMBAWA PENUMPANG DUA KALI

GANDA TANPA MEMBESARKAN RUANG LUBONG

• MEMPUNYAI DUA PELANTAR YANG DISUSUN BERTINGKAT

• KEUPAYAAN ANGKUTNYA LEBIH DAN MENGURANGKAN KELUASAN LANTAI.

• JUMLAH PERHENTIAN JUGA DAPAT DIKURANGKAN KEPADA 50% DENGAN ITU MENGURANGKAN MASA MENUNGGU DAN PERJALANAN KERETA LIF LEBIH PENDEK.

• LIF BOLEH DIGUNAKAN DENGAN SYARAT BANGUNAN TERSEBUT MEMPUNYAI TINGGI TIAP-TIAP TINGKAT YANG SAMA.

• MEMPUNYAI LOBI UTAMA DUA TINGKAT (UNTUK LIF BAWAH DAN LIF SEBELAH ATAS)

• MESTI MEMPUNYAI PETUNJUK YANG JELAS TERHADAP PENGGUNAAN LIF TERSEBUT PADA LOBI UTAMA BAGI MENGELAKKAN KEKELIRUAN PADA PENGGUNA.

1.9.4 LIF DUA TINGKAT

1.9.5 LIF ORANG CACAT • BAGI ORANG CACAT YANG MENGGUNAKAN

KERUSI RODA ATAU ORANG CACAT YANG TIDAK BERUPAYA UNTUK MENGGUNAKAN LIF BIASA YANG SESAK.

• MEMPUNYAI PERKHIDMATAN YANG CEPAT • LIF JARANG DIDAPATI DITEMPAT AWAM.• TERDAPAT DITEMPAT AWAM; TERDAPAT DI

PUSAT ORANG – ORANG CACAT ATAU RUMAH KEDIAMAN SENDIRI.

• DIPASANG SELARI DENGAN PELEPAR TANGGA

1.9.6 LIF BOMBA

• BAGI BANGUNAN YANG LEBIH DARI 60 KAKI TINGGI DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN SEKALI SATU LIF BOMBA BAGI SETIAP TIGA LIF PENGGUNA.

• LIF INI DIKAWAL OLEH SATU SISTEM YANG DIKENALI SEBAGAI SISTEM KEMBALI PADA WAKTU KECEMASAN.

1.9.7 PATERNOSTER

• SATU SISTEM LIF YANG BERGERAK BERTERUSAN PADA SATU ARAS DENGAN MENYEDIAKAN BEBERAPA BUAH KERETA LIF.

• SISTEM INI MENYEDIAKAN PERGERAKAN UNTUK NAIK DAN TURUN SECARA BERTERUSAN.

• TIDAK ADA PINTU DAN PENUMPANG TERPAKSA MASUK ATAU KELUAR SEMASA KERETA BERGERAK.

• KELAJUAN BIASA• SESUAI UNTUK BANGUNAN 6-7 TINGKAT SAHAJA.• TIDAK SESUAI UNTUK DIGUNAKAN OLEH ORANG-

ORANG TUA, KANAK-KANAK ATAU YANG PENAKUT.

LIF1.10 PEMASANGAN LIF1. KERETA LIF2. LUBONG3. JENTERA PENGGERAK4. PINTU LUBONG5. REL PENGAWAL6. BUFFER7. PEMBERAT8. ALAT PENGAWAL LAJU ( GOVERNER)9. SUSUNAN KABEL

1.10 .1 KERETA LIF

• Pelantar bertutup (penumpang atau barang diangkut)

• Dibina dengan rangka keluli atau besi manakala penutup,

• Pelantar, serta kemasannya yang lain (tahan api) dipasang pada rangka keluli tersebut – kabel diikat pada rangka ini – tepi kedua-dua belah rangka diikat pada roda yang akan mengelungsur pada rel.

•Peralatan yang perlu disediakan –

1. Pintu keselamatan, 2. Panel penunjuk tingkat, 3. Panel butang permintaan,4. Telefon, 5. Butang kecemasan,6. Pencahayaan dan 7. Gantian udara8. Bekalan kecemasan ( 10

saat setelah terputus )1. Lif Tertutup (jenis

biasa)2. Lif Terbuka (bubble lift)

•Langkah yang harus diperhatikan apabila memilih kereta lif :

1. Tinggi yang cukup 2.1 m2. Penunjuk berat beban perlu

ditunjukkan di dalam kereta.

3. Sistem penggera, telefon, bekalan kuasa untuk kecemasan.

4. Pengudaraan dan pencahayaan.

1.10 .2 LUBONG

• Dibina dengan konkrit tetulang yang biasanya dikenali sebagai lubong lif.

• Tujuannya supaya dapat menampung beban dan rintangan api.

• Saiz ruang lubong ini adalah bergantng pada bilangan kereta lif yang digunakan.

1.10 .3 JENTERA PENGGERAKJentera Penggerak

• Jentera penggerak biasanya diletakkan diatas lubong bagi mengangkat kereta dengan menggunakan kabel.

• Ditempatkan dalam satu bilik yang dilengkapkan dengan rasuk pengangkat bagi tujuan penyenggaraan.

• Mempunyai motor elektrik, brek, shaft pengawal, gegendang penggerak & gear.

• Pergerakan tali dikawal oleh shaft penggerak atau penggendang dan ini bergantung kepada geseran antara tali dawai dengan shaft penggerak.

• Jentera tarikan (traction) 1. Tarikan tanpa gear.2. Untuk kelajuan tinggi.3. Tarikan bergear.4. Kelajuan rendah.

1.10 .4 PINTU LUBONG

• Kereta akan dilengkapkan dengan pintu sendiri (jenis gelangsar) sebagai langkah keselamatan iaitu menahan pergerakan selagi pintu masih terbuka.

• Pintu akan ditutup pada jangka masa yang ditentukan – terbuka semula setelah ada halangan atau terus terbuka bila berat berlebihan.

• Ada 2 pintu gelangsar – jenis pertama terbuka apabila lif berhenti pada tiap tingkat secara automatik.

• Jenis kedua , pintu ayun kuncinya akan terbuka apabila lif berhenti pada lobi.

• Penumpang yang hendak keluar akan menolak pintu dan akan kembali ke tempat asas dengan tindakan alat penutup – selalunya lif barang.

• Ukuran piawai pintu adalah di antara 0.8m (minimum) dan ketinggian umumnya 1.4 m ( minimum)

1.10 .4 PINTU LUBONG

1.10 .5 REL PENGAWAL

• Diperbuat dari keluli – fungsi menjaga arah kereta dan pemberat.

• Dipasangkan (sepasang) pada kedua-dua belah lubong dimana roda pada kereta akan dikaitkan.

• Sepasang pada dinding lif untuk pemberat.• Merupakan alat penyelamat yang menahan lif

daripada terhempas kebawah sekiranya tali dawai yang memegang lif terputus dengan menggunakan brek.

1.10 .6 BUFFER

BUFFER

• Menyerap hentaman dari kereta lif jika ia terjatuh atau menurun lebih cepat dari biasa.

• Jenis buffer – dipasangkan mengikut keadaan, berat dan kelajuan lif.

• Contoh – kayu atau benda –benda pelenting spring atau haiderol.

• Ruang yang menempatkan buffer ini dipanggil telaga lif (lift pit).

• Saiznya ditentukan oleh saiz dan bilangan kereta, jenis pintu dan kelajuan kereta

1.10 .7 PEMBERAT

• Beban yang ditanggungkan ke atas jentera penggerak adalah diimbang oleh pemberat – merupakan belok keluli padu yang disusun atas rangka besi.

• Disambung dengan tali dawai pada kereta lif.• Pergerakan berlawanan antara kereta dengan

pemberat.• Pemberat digunakan bagi mendapatkan grip antara

kerata dan mengurangkan kegunaan kuasa pada jentera penggerak dan brek untuk kereta berhenti.

• 1.4 kali ganda berat kereta

1.10 .8 ALAT PENGAWAL LAJU (GOVERNER)

• Dipasang pada aras atas kereta lif – mengawal pergerakan lif.

• Bertindak pada alat-alat gear keselamatan, menjaga kelajuan lif yang lebih, semasa pergerakan menurun kebawah dengan mencengkam kabel.

1.10 .9 SUSUNAN KABEL

• Bertujuan untuk mengikat antara kereta dan pemberat.• Susunan tali dawai mempengaruhi kelajuan lif, beban ke atas

jentera penggerak dan juga ke atas struktur bangunan.• Kelajuan kereta ada kaitan diantara tinggi bangunan, jarak antara

setiap perhentian dan kualiti servis yang diperlukan.• Jika lebih tinggi kelajuan lif akan lebih baik lagi servis yang

diberikan.• Tapi kos pemasangan jenis ini mungkin agak mahal.• Ketahanan kabel bergantung pada kelajuan kereta, bilangan

operasi dan jenis kabel.

• Sekali lilit – untuk kelajuan tinggi.• Dua kali lilit – untuk mendapat lebih

geseran pada shaft tarikan / melambatkan hakisan dawai / dua kali beban.

1.10 .9 SUSUNAN KABEL

LIF1.11 SISTEM KAWALAN PERGERAKAN

1. PENJAGA LIF2. SISTEM KAWALAN AUTOMATIK

1. BUTANG KAWALAN AUTOMATIK2. SISTEM KAWALAN PUNGUT3. SISTEM KAWALAN PUNGUT PILIHAN4. SISTEM KAWALAN ELEKTRONIK

3. SISTEM KAWALAN KHAS1. SUIS BOMBA2. SUIS BARANG3. TALIFON KECEMASAN4. AUTO BY PASS5. PENGGERA PAGAR BUKA

2. SISTEM KAWALAN AUTOMATIK1. BUTANG TEKAN AUTOMATIK

a) Jenis yang asas.b) Boleh menerima satu panggilan satu masa.c) Biasanya hanya satu butang panggilan untuk satu

pemasangan lif sahaja bagi lima hingga enam tingkat bangunan.

2. SISTEM KAWALAN PUNGUTa) Sistem kawalan pungut – iaitu satu butang disambung

pada panel kawalan ‘komputer’ b) Bertindak apabila terdapat panggilan dari penumpang c) Semua panggilan akan disimpan dahulu

dipemprosesan dan kemudian akan menghantar kereta lif pada mana-mana panggilan terdekat secara logik

d) Khusus untuk pengawalan satu lif (simplex) / (duplex)

3. SISTEM KAWALAN PUNGUT PILIHANa) Mempunyai dua butang, satu untuk naik dan satu untuk

turun.b) Isyarat akan dhantar ke bilik kawalan mengikut turutan

panggilan dan kereta terdekat akan datang ke tempat panggilan.

c) Biasanya kereta yang sedang naik akan menerima panggilan bagi penumpang yang hendak naik manakala kereta yang sedang turun akan menerima panggilan penumpang yang hendak turun.

d) Sistem kawalan ini boleh mengawal 2 buah kereta (duplex) atau 3 buah kereta (triplex).

e) Sistem ini akan menentukan hanya sebuah kereta sahaja yang menerima panggilan.

f) Digunkan bagi pejabat sederhana dan besar/ hotel hospital.

4. SISTEM KAWALAN ELEKTRONIKa) Dirancangkan secara menyeluruh dimana kelajuan dan

pergerakan lif boleh dikawal dengan sistem litar elektronik yang diprogramkan mengikut kedaan lalulalang di dalam sesebuah bangunan pada waktu tertentu.

3. SISTEM KAWALAN KHAS1. SUIS BOMBA

• Butang kawalan bagi memenuhi keperluan pencegahan kebakaran (Bomba) yang ditempatkan pada satu panel kawalan di lobi utama.

• Ia dapat dikendalikan oleh ahli bomba semasa berlakunya kebakaran.

2. SUIS BARANG• Dimasukkan sekali dengan sistem kawalan biasa.• Membolehkan lif ini dikawal tersendiri di luar kawalan

biasa.• Pengguna lif dapat mengawal sepenuhnya tanpa

gangguan dari permintaan lain.• Digunakan bagi tujuan pemunggahan barang atau tujuan

lain yang mustahak.

3.TALIFON KECEMASAN• Dalam keadaan yang tertentu, adalah perlu untuk

memasang alat telefon di dalam lif sebagai ganti alat penggera.

• Telefon ini cuma dihubungkan pada tempat tertentu sahaja seperti unit kawalan bangunan, panel telefon bangunan atau juga mungkin dihubungkan dengan sumber luar.

• Sangat penting digunakan pada bangunan / kediaman yang tiada penjaga bangunan.

4. AUTO BY PASS• Butang auto by pass dalam kawalan pungutan, perlu

dimasukkan sekali dalam sistem kawalan dimana lif dirancangkan supaya tidak menerima panggilan di setiap tingkat,

• Ia akan terus turun atau naik sekiranya lif sudah penuh.• Panggilan permintaan akan dijawab oleh lif lain yang

masih boleh mengisi penumpang.

5. PENGGERA PAGAR BUKA• Dalam pemasangan lif barang, bila lif atau pagar

penutup dikawal secara manual, adalah lebih baik untuk memasang penggera ini dimana penggera akan berbunyi sekiranya ada menerima panggilan permintaan atau pintu/pagar penutup terbuka lebih dari had masanya.

LIF

1.12 KONSEP PERANCANGAN SISTEM LIF1. SISTEM 1 ZON2. SISTEM 2 ZON3. SISTEM LOBY LANGIT ( SKY LOBBY)

• Sistem Satu Zon ( tanpa zon )– Digunakan pada bangunan yang tidak melebihi

15 tingkat.– Prinsipnya kereta lif akan berhenti pada setiap

tingkat bangunan dan menjimatkan penggunaan ruang.

• Sistem Dua Zon– Digunakan pada bangunan yang melebihi 15

tingkat dan kurang daripada 40 tingkat.– Sistem ini memecahkan kumpulan lif secara zon

iaitu sebagai lif untuk bahagian bawah dan sebahagian lagi untuk bahagian atas dan tidak akan berhenti dimana-mana zon bawah.

– Tidak berkesan semasa berlaku ‘off peak’ dan ‘interfloor service’ servis dalaman

• Sistem Lobi Langit (sky lobby)– Digunakan pada bangunan melebihi 40 tingkat – Bangunan tinggi memerlukan satu kumpulan lif

jenis halaju tinggi yang bergerak tanpa henti dari tingkat bawah hingga ke lobi langit.

– Dari paras ini kumpulan lif akan bergerak halaju biasa pada tingkat seterusnya.

– Pada aras lobi langit terdapat eskalator untuk peredaran selanjutnya.

LIF1.13 PENYENGGARAAN DAN PEMERIKSAAN

• Tiada peraturan khas.• Kebanyakan pengeluar lif memberikan

kontrak selenggaraan mengikut mula pemasangan sehingga ke satu masa tertentu.

• Selenggaraan, pemeriksaan.

LIF1.14 PERTIMBANGAN ALAM SEKITAR• Integrasikan pemasangan lif dengan

rekabentuk bangunan, terdapat beberapa pertimbangan alam sekitar yang perlu dipertimbangkan ;1. Haba : Suhu bilik motor harus dikawal supaya

berada dalam keadaan 10°C minimum supaya dapat menjamin opersai gear lif , dan meminimumkan pegentalan (condensation)

2. Pengudaraan : Lubong lif – untuk sistem extract / kipas pengudaraan perlu ditempatkan pada bahagian atas setiap lubong.Bilik motor : Disebabkan haba yang datang dari peralatan lif, kebanyakan bilik motor memerlukan pengudaraan

3. Bising : 3 punca bising di dalam pemasangan lif yang perlu dipertimbangkan semasa rekabentuk bangunan.

• Angin : Lubong lif bertindak sebagai cerobong bagi pergerakan angin di sekeliling bangunan tinggi & menyebabkan kebisingan di sekeliling pintu masuk lif terutamanya di bahagian atas dan bawah lubong lif .

• Lokasi lobi dengan pintu masuk bangunan adalah amat kritikal oleh kerana tekanan udara luar dan perolakan udara akan menyebabkan bising.

• Jika satu lif berkumpulan dipasang, adalah lebih baik jika menggunakan struktur dinding yang sama atau struktur pembahagi dinding diperlukan untuk menyediakan lubang by pass sebesar yang mungkin dan sekerap yang boleh.

• BUNYI BAWAAN UDARA ( Air borne noise ) – Semua peralatan lif akan menghasilkan bunyi bising bawaaan udara tetapi sama ada ini akan menyebabkan kebisingan akan ditentukan dari rekabentuk bangunan tersebut.

• Setiap peralatan harus direka supaya tidak memberikan bunyi bising.

• BUNYI BAWAAN STRUKTUR (Structure borne noise) – Mesin lif , generator, seharusnya ditempatkan ditempat yang terlindung sedikit atau jauh dari struktur bangunan dengan cara menggunakan gabus atau spring.

• Kebakaran :– UBBL ada menetapkan tentang jenis pintu rintangan api

dan lain-lain peralatan keselamatan di dalam pemasangan lif.

– Sebagai tambahan daya tahan api, Bomba berhak meminta pihak tuan punya bangunan menyediakan keperluan khas untuk pihak Bomba contohnya ; apabila bangunan tinggi melebihi dari kemampuan peralatan Bomba ( tangga Bomba ) satu ruang khas perlu disediakan lengkap dengan tangga keselamatan dan lif Bomba

– Dari segi pengawlan khas, lif itu sendiri dapat dikawal dari luar (tempat ruang Bomba)

LIF1.15 UNDANG UNDANG KECIL

BANGUNAN SERAGAM – PEMASANGAN LIF• Bahagian IV : Kerja – kerja sementara berhubung

dengan kerja-kerja bangunan.• No.124• Bagi semua bangunan bukan kediaman yang

melebihi empat tingkat di atas atau dibawah paras akses utama, sekurang-kurangnya satu lif hendaklah disediakan.

• Bahagian VII :• No 151.• Jika ruang buka bagi lubong lif tidak disambungkan

kepada ruang terlindung, lubong lif tersebut hendaklah dilengkapkan dengan liang udara yang tidak kurang daripada 0.09m persegi bagi setiap lif dan terletak di bahagian atas lubong itu.

• Jika liang udara itu tidak keluar terus ke udara lepas lubong lif itu hendaklah diudarakan ke luar melalui saluran yang mempunyai TKA (Tempoh Ketahanan Api) yang dikehendaki bagi lubong itu.

• Bahagian VII :• No 152.1.2.3.4.5.• No 153.1.2.

Bahagian VII :•No 154.1.2.

•No 155.1.2.3.4.5.

PENGIRAAN BILANGAN LIF Terdapat banyak cara bagi mengira bilangan keperluan lif ; Pengiraan mudah bagi menganggarkan bilangan keperluan.

• Pengiraan adalah dimana bilangan penghuni yang akan diangkut dengan lif di dalam sesuatu bangunan perdagangan adalah 75% daripada jumlah penghuni.

• Jumah penghuni di kirta dari tinkat 2 ke atas bangunan tersebut, yang mana akan diangkut dari lobi utama dalam masa 30 minit.

• Untuk kediaman tinggi atau rumah pangsa adalah 6% jumlah penghuni dari tingkat 2 keatas yang akan diangkut dari lobi utama dalam masa 5 minit.

• Kaedah pengiraan bagi masa pusingan lif ( Round Trip Time – RTT ) adalah seperti berikut :

1. Masa yang diambil oleh penumpang untuk memasuki lif pada lobi utama.

2. Masa diambil untuk menutup pintu lif.3. Masa diambil untuk lif bergerak yang juga bergantung pada kelajuan lif.4. Masa diambil untuk penumpang keluar.5. Masa diambil untuk lif turun semula ke lobi utama.

FORMULA 1BIL PENUMPANG DIANGKUT DENGAN 1 LIF

= 30 MINIT X KEUPAYAAN LIF MASA PUSINGAN LIF

FORMULA 2BIL LIF YANG DIPERLUKAN

= JUMLAH BILANGAN PENUMPANG BIL. PENUMPANG YANG DIANGKUT DENGAN 1 LIF

CONTOH :Kira bilangan lif yang diperlukan bagi pemasangan untuk satu

bangunan pejabat 8 tingkat dan luas bagi setiap tingkat adalah 600 meter persegi.

Keupayaan lif yang dipilih adalah boleh mengangkut 8 penumpang dan anggarkan keluasan 5 meter persegi bagi

seorang dan masa pusingan lif 105 saat .

Pengiraan :1.Jumlah penghuni pada tingkat 2 dan keatas ,

8 tingkat – 2 tingkat = 6 tingkat 6 tingkat x ( 600/5 )= 720 tingkat.

2. Jumlah penghuni yang akan diangkut dengan lif adalah 720 x (75/100) = 540 penumpang

3. Bil penumpang ang diangkut oleh satu lif dalam masa 30 minit.30 minit x 60 x 8 penumpang = 137 penumpang

150 saat4. Bilangan lif yang diperlukan

540 penumpang = 3.9 lif 137 penumpang

Oleh itu 4 lif yang digunakan dengan keupayaan angkut bagi 8 orang