gotong royong

7
Contoh muka hadapan : PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 Tema : Hidup Bermasyarakat Nama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolah Tarikh Pelaksanaan Projek : 2 Ogos 2011 Tempat : Kelas ______ Guru Penasihat : En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli Ahli Kumpulan Projek : Pengerusi : _______________________ Setiausaha : _______________________ Bendahari : _______________________ AJK : _______________________ _______________________ _______________________ ---------------------------------------------------------------------------------- ---

Upload: zee

Post on 27-Jan-2016

42 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

contoh laporan untuk program khidmat masyarakat

TRANSCRIPT

Page 1: gotong royong

Contoh muka hadapan : 

PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2 

Tema : Hidup BermasyarakatNama Projek : Projek mengindahkan kawasan sekolahTarikh Pelaksanaan Projek : 2 Ogos 2011Tempat : Kelas ______Guru Penasihat : En. Muhamad Zul-Majdi Bin Dzulkifli

Ahli Kumpulan Projek :Pengerusi : _______________________Setiausaha : _______________________Bendahari : _______________________AJK         : _______________________                   _______________________

                 _______________________

 -------------------------------------------------------------------------------------

Page 2: gotong royong

Contoh Kandungan : 

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 OBJEKTIF

2 PERANCANGAN

3 BELANJAWAN PROJEK

4 KERJA AMALI

5 REFLEKSI

6 CADANGAN DAN KOMEN

7 PENGHARGAAN

8 GAMBAR

9 RUJUKAN

10 LAMPIRAN :

BORANG REFLEKSI INDIVIDU

MINIT MESYUARAT

LAPORAN KERJA AMALI

CARTA GANTT

-------------------------------------------------------------------------------------

Page 3: gotong royong

Contoh objektif projek :

OBJEKTIF

i)        Mengeratkan hubungan persaudaraan antara pelajar-pelajar kelas 2 ___ melalui aktiviti yang melibatkan saling

bekerjasama dan percaya-mempercayai antara satu sama lain.

ii)       Bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan kelas supaya lebih selesa dan kondusif .

iii)     Memberi perangsang dan motivasi kepada ahli kelas melalui aktiviti melukis mural berkenaan semangat patriotik

dan penyemaian amalan membaca -------------------------------------------------------------------------------------

Contoh perancangan :

  

PERANCANGAN

            Projek ini telah dirancang sejak bulan Julai 2011.  Perancangan awal dilakukan  supaya projek ini bejalan

lancar.  Pemilihan projek ini dicadangkan oleh ahli kumpulan berdasarkan aktiviti dalam tema Hidup

Bermasyarakat Tingkatan 2.  Idea ini tercetus atas cadangan Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

sebagai salah satu usaha untuk mengindahkan kawasan sekolah.

            Pelbagai pihak telah terlibat dalam menjayakan projek ini.  Keinzinan pengetua dan sokongan guru

penasihat banyak membantu kami dalam merancang projek ini.  Sebagai salah satu usaha untuk menambah

motivasi pelajar-pelajar kelas ini guru penasihat telah mencadangkan agar aktiviti melukis mural dijalankan

dengan menulis kata-kata motivasi ataupun kata-kata yang dapat memupuk semangat patriotisme.

            Beberapa mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan untuk menyelaraskan  projek ini. Setiap keputusan

mesyuarat dan perjumpaan telah diminitkan (Rujuk Lampiran I).  Perlantikan AJK dan agihan tugas dilakukan

secara adil dan saksama bagi setiap ahli kumpulan.  Anggaran pendapatan dan perbelanjaan dibuat agar projek

ini tidak melebihi pendapatan yang ada.  Berikut adalah anggaran belanjawan bagi perjalanan projek ini. -------------------------------------------------------------------------------------

Page 4: gotong royong

Contoh belanjawan :

BELANJAWAN PROJEK MENGINDAHKAN KAWASAN SEKOLAH

Pendapatan RM Perbelanjaan RM

Sumber Paniti Sivik

Sumber Ahli

-

RM12

Cat

Berus Lukisan

Kertas A4

Binding

Fotokopi

Gambar

Printing

-

RM2

RM2

RM2

RM2

RM2

RM2

JUMLAH RM12 JUMLAH RM12

-------------------------------------------------------------------------------------

Contoh laporan kerja amali :

  

KERJA AMALI

            Pada 2 Ogos 2011, kami seramai 6 orang telah bermesyuarat dan membuat pembahagian tugas. Kami

juga telah merancang dan memilih kata-kata yang sesuai bagi menghiasi projek khidmat masyarakat ini. Kami

telah sepakat memilih kata-kata berikut yang akan dilukis pada dinding kelas kami:

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

            Sepanjang minggu bermula dari 2 Ogos 2011 sehingga 5 Ogos 2011 kami telah menjalankan aktiviti

melakar mural supaya aktiviti mewarna akan jadi lebih kemas dan lancar. Aktiviti melukis mural ini juga

merupakan salah satu aktiviti bagi pelajar-pelajar tingkatan 2 sempena minggu Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan Sekolah. Kami sangat berbangga kerana melalui aktiviti ini para pelajar dapat mencurahkan

bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah yang tercinta ini.

            Kami berharap agar projek ini mencapai objektif yang telah ditetapkan selain menyuburkan budaya

gotong-rotong dikalangan golongan remaja khususnya para pelajar.

 -------------------------------------------------------------------------------------

Page 5: gotong royong

Contoh refleksi :

REFLEKSI

            Setiap ahli kumpulan telah membuat refleksi tentang kejayaan projek ini dari awal hingga akhir projek

dijalankan. Kami juga memberikan cadangan untuk menambahbaik pelaksanaan projek dalam khidmat

masyarakat dalam masa-masa hadapan.  Setiap ahli kumpulan telah membuat catatan refleksi masing-masing. 

(Sila rujuk Lampiran V).

 -------------------------------------------------------------------------------------

Contoh cadangan dan komen :

CADANGAN DAN KOMEN

            Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan hasil aktiviti melukis mural di kelas

kami.  Daripada pemerhatian kami, suasana kelas bertambah ceria dan persahabatan antara pelajar-pelajar

kelas ini semakin erat melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan.

            Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah kami perolehi dari projek ini.  Di

antaranya kami dapat:

                    Mengetahui kaedah mengadakan dan mengendali mesyuarat.

                    Mengetahui teknik-teknik menulis minit mesyuarat.

                    Memahami peraturan-peraturan mesyuarat.

                    Memupuk semangat kerjasama dikalangan ahli.

                    Menjadikan sesuatu kerja itu lebih mudah dan cepat disiapkan

                    Menjimatkan masa, wang ringgit dan tenaga melalui aktiviti gotong-royong

                    Mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli kumpulan, saling bekerjasama dan percaya-mempercayai.

                    Mendidik generasi muda tentang kepentingan gotong-royong dan kenapa perlu dikekalkan

                    Membentuk peribadi dan yang luhur dalam kalangan masyarakat

Walaubagaimanapun, masih terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki seperti :

                    Peruntukan kewangan yang terhad.

                    Kesuntukan masa  semasa menjalankan aktiviti.

Semangat kerja berpasukan dan kerjasama antara ahli merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak

lupa juga sokongan padu daripada pihak pengetua dan guru penasihat, ibu bapa serta ahli kumpulan yang

mendorong kami lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

      Kami ingin mencadangkan supaya di masa akan datang diadakan kempen-kempen kesedaran mengenai

pentingnya amalan gotong-royong dalam kehidupan sehari-harian.  Penekanan adalah lebih kepada golongan

remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah.  Di harap aktiviti gotong-royong akan terus subur di kalangan warga

sekolah, jiran tetangga dan juga masyarakat amnya.

 -------------------------------------------------------------------------------------- 

PENGHARGAAN

      Pihak kami ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pengetua, guru

penasihat, guru kelas dan ibu bapa kerana memberi sokongan untuk menjayakan projek ini.

Page 6: gotong royong

      Ahkir kata, pihak kami mengharapkan projek khidmat masyarakat pada masa depan benar-benar

memberikan sumbangan kepada masyarakat.  Pihak kami juga berasa sunguh gembira kerana telah

menyumbang sesuatu kepada masyarakat setempat.

Sekian, terimakasih.

Laporan disediakan oleh:

                Tandatangan

(             Nama Setiausaha            )

Setiausaha,

Projek Mengindahkan Kawasan Sekolah,

SMK Dato’ Abdul Rahman Andak,

Simpang Renggam, Johor.