geseran mempengaruhi kelajuan objek

11
Geseran mempengaruhi kelajuan objek Penyiasatan, eksperimen dan demonstrasi Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains, pelbagai kaedah digunakan untuk mengembangkan minda seseorang murid dalam memperolehi pengetahuan yang bukan setakat daripada pengetahuan sedia ada, tetapi juga melalui pengalaman pembelajaran. Berdasarkan kurikulum sains sekolah rendah, guru memanipulasikan kaaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kreativiti mereka sendiri untuk memangkinkan pembelajaran dan murid memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.Terdapat beberapa perbezaan bagi kaedah penyiasatan, eksperimen dan demonstrasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah: Ciri-ciri Penyiasatan Eksperimen Demonstrasi MAKSUD Merupakan kaedah saintifik mencari pengetahuan yang melibatkan kaedah mengenalpasti dan formula sesuatu masalah Kaedah pengujian dengan matlamat menjelaskan realiti untuk meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena Merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru di mana guru akan memperlihatkan dan memperjelaskan sesuatu uji kaji atau aktiviti di hadapan murid. OBJEKTIF Melatih pelajar menguasai kemahiran Untuk menguji hipotesis dan memberi peluang Untuk membolehkan murid menguasai konsep

Upload: naimah57

Post on 26-Nov-2015

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sek

TRANSCRIPT

Page 1: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

Geseran mempengaruhi kelajuan objek

Penyiasatan, eksperimen dan demonstrasi

Dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains, pelbagai kaedah digunakan untuk

mengembangkan minda seseorang murid dalam memperolehi pengetahuan yang bukan setakat daripada

pengetahuan sedia ada, tetapi juga melalui pengalaman pembelajaran. Berdasarkan kurikulum sains

sekolah rendah, guru memanipulasikan kaaedah  pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan

kreativiti mereka sendiri untuk memangkinkan pembelajaran dan murid memperoleh pengetahuan,

kemahiran, sikap dan nilai yang dihasratkan.Terdapat beberapa perbezaan bagi kaedah penyiasatan,

eksperimen dan demonstrasi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah:

Ciri-ciri Penyiasatan Eksperimen Demonstrasi

MAKSUD Merupakan kaedah saintifik mencari

pengetahuan yang melibatkan

kaedah mengenalpasti dan formula

sesuatu masalah

Kaedah pengujian dengan

matlamat menjelaskan realiti untuk

meningkatkan pemahaman sesuatu

fenomena

Merupakan  kaedah pengajaran

dan pembelajaran berpusatkan

guru di mana guru akan

memperlihatkan dan

memperjelaskan sesuatu uji kaji

atau aktiviti di hadapan murid.

OBJEKTIF

Melatih pelajar menguasai

kemahiran sains, mengukur,

membuat pembacaan

Untuk menguji hipotesis dan

memberi peluang murid

menentukan aktiviti eksperimen

mengikut kesesuaian aras

pemikiran murid

Untuk membolehkan murid

menguasai konsep dan prinsip

dengan mudah dan mewujudkan

pengalaman berguna

Strategi pengajaran dan

pembelajaran

Berpusatkan murid dan bahan Berpusatkan murid dan bahan Berpusatkan guru dan bahan

Peranan guru Sebagai kolaborator iaitu seorang

rakan dalam penemuan sains

Sebagai fasilitator semasa

pelaksanaan aktiviti

Sebagai penunjuk cara dan

penyampai maklumat atau

konsep sains yang ditunjukkan

Aktiviti hands-on,minds-on, mencari Bersoal jawab, menjalankan amali Tunjuk cara

Page 2: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

maklumat daripada sumber rujukan

seperti daripada media cetak, media

elektronik dan  juga daripada guru

sains, perbincangan

            Dari aspek objektif atau tujuan kaedah digunakan melalui Konsep Daya di bawah tajuk Kesan

Daya Terhadap Pergerakan Kelajuan Objek, eksperimen dijalankan adalah untuk menguji hipotesis dan

kebenaran sesuatu konsep demi meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu fenomena. Kaedah

penyiasatan pula adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi penyelesaian sesuatu masalah di

samping dapat menyerapkan kemahiran saintifik dalam diri murid tersebut. Kaedah demonstrasi pula

dijalankan biasanya apabila kaedah eksperimen tidak dapat dijalankan oleh murid secara berkumpulan

disebabkan oleh kekangan masa, bahaya akan peralatan yang terlibat seperti penggunaan kaca sebagai

radas amali untuk dikaitkan dengan daya geseran dan kelajuan objek yang digerakkan di atasnya dan

lemah kemahiran manipulatif bagi kumpulan murid yang lemah membuat amali. Kumpulan murid ini

ialah kumpulan yang mempunyai tahap kognitif yang lemah dan tidak dapat mengendalikan peralatan

serta radas makmal dengan betul dan cermat. 

            Aspek pelaksanaan kaedah ekperimen untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kesan Daya

Geseran Terhadap Kelajuan Pergerakan Objek, guru akan menentukan bentuk aktiviti amali    dan tempat

pelaksanaan yang akan dijalankan serta radas yang akan digunakan oleh murid-murid itu nanti. Murid-

murid pula akan melaksanakan amali mereka secara berkumpulan.Murid menjalankan amali dengan

menggerakkan sebuah kereta mainan di atas landasan yang mempunyai jenis permukan berbeza iaitu

licin, kasar dan sederhana licin dan kasar. Murid akan mengumpul data dengan mencatat kelajuan dan

jarak dilalui oleh kereta mainan Bagi kumpulan murid yang aras kognitifnya agak lemah, guru akan

membimbing murid dan memberikan panduan dengan menyatakan arahan langkah demi langkah yang

harus diikuti oleh murid-murid dalam melaksanakan amali.

             Berbeza dengan penyiasatan, aktiviti yang dijalankan berdasarkan Konsep Daya di bawah tajuk

Kesan Daya geseran Terhadap Kelajuan Pergerakan Objek, adalah berdasarkan hands-on dan minds-on.

Murid akan mengenalpasti masalah dan membina hipotesis. Murid akan berusaha sendiri mendapatkan

maklumat tentang ciri-ciri daya geseran dan kaitan antara daya dengan kelajuan dengan pergi ke pusat

sumber untuk mencari dan merujuk maklumat daripada bahan bercetak seperti ensiklopedia, majalah

sains dan buku rujukan lain atau ke makmal komputer bagi mendapatkan maklumat bahan media

Page 3: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

elektronik dengan melayari laman internet yang berkaitan dengan tajuk tugasan. Segala maklumat dan

data akan dikumpul sebelum ianya dianalisis dan inferens dibuat. Eksperiemen melalui amali akan

dijalankan untuk menguji hipotesis dibina dan mengesahkan maklumat daripada penyiasatan dijalankan.

            Melalui kaedah demonstrasi pula dengan Konsep Daya, guru menyediakan radas dan membuat

tunjuk cara di hadapan murid. Radas yang ditunjukkan oleh guru haruslah boleh dilihat dengan jelas,

begitu juga dengan panduan tatacara yang disampaikan oleh guru semasa mununjuk cara. Selain itu, guru

akan meminta murid membuat ramalan tentang jumlah daya geseran dikenakan bagi kelajuan pergerakan

objek di permukaan yang berlainan berdasarkan 3 kaedah POE iaitu  Predicting(meramal), Observe 

(pemerhatian) dan Explain (menerangkan).  

            Aspek strategi pengajaran dan pembelajaran, eksperimen lebih kepada berpusatkan murid dan

bahan, di mana murid menjalankan sendiri amali secara berkumpulan  bagi mendapatkan jawapan

penyelesaian masalah iaitu tanggapan tentang konsep Daya yang dipelajari. Mereka juga mengendalikan

peralatan dan radas makmal dengan betul,menyimpan semula dan melakar spesimen serta radas

digunakan yang mana secara tidak langsung mereka telah menggunakan kemahiran manipulatif sains

dalam aktiviti pembelajaran.

            Demonstrasi pula lebih berpusatkan guru dan bahan di mana guru banyak memainkan peranan

dalam memberi tunjuk cara langkah demi langkah di hadapan murid. Ia bertujuan supaya murid lebih

jelas dan dapat mengaitkan dengan konsep sains iaitu daya yang mereka pelajari. Penggunaan bahan pula

dapat membantu menjelaskan lagi penyampaian guru selain dapat menarik minat murid terhadap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.Namun begitu, kaedah ini juga digunapakai untuk memperbetulkan

miskonsepsi mereka terhadap konsep Daya. Guru akan menunjukkan peristiwa bercanggah melalui

demonstrasi agar mereka menyedari bahawa tanggapan mereka adalah tidak tepat selain mengukuhkan

semula pengetahuan mereka.

            Penyiasatan lebih berpusatkan bahan dan murid. Murid akan menjalankan aktiviti untuk mencari

penyelesaian terhadap sifat ingin tahu mereka terhadap konsep sains. Ini juga lebih menjurus kepada

pendekatan inkuiri penemuan. Murid akan berasa puas dengan hasil pembelajaran dicapai oleh usaha

mereka sendiri. Bahan media bercetak dan media elektronik membantu murid secara langsung dalam

usaha mendapatkan maklumat. Selain itu, pertukaran maklumat melalui perbincangan bersama guru dan

rakan juga dapat menjayakan lagi misi mereka untuk mengukuhkan pemahaman terhadap Konsep Daya.

            Peranan guru dalam kaedah eksperimen adalah sebagai fasilitator iaitu memantau dan mengawasi

aktiviti yang dikendalikan oleh murid. Guru tidak akan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti amali kecuali

bagi kumpulan yang lemah yang harus dibantu dan dibimbing. Dalam kaedah demonstrasi pula, guru

bertindak sebagai penunjuk cara dan pembimbing dalam aktiviti yang dilaksanakan.Ini disebabkan oleh

kekangan-kekangan yang dihadapi      sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan awal tadi. Dalam

Page 4: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

kaedah ini juga, pendekatan inkuiri Suchman iaitu “Permainan 20 Soalan” boleh digunakan yang mana

guru hanya memberi jawapan “ya” atau “tidak” kepada soalan yang dikemukan oleh murid.Peranan guru

dalam kaedah penyiasatan lebih kepada kolaborator dan juga rakan dalam penemuan sains. Murid boleh

mengemukakan soalan yang berkaitan dengan konsep untuk meluaskan lagi pemahaman mereka.

Page 5: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

3. Geseran

berlaku bila 2 permukaan bersentuhan

-spt tayar dgn jlnraya

-menggerakkan duit syiling atas meja

-bila memegang gelas

daya yg menentang pergerakan

permukaan berlainan mempunyai daya geseran berlainan

-permukaan lebih halus lebih sedikit geseran

-lebih kasar lebih besar geseran

-mudah membuka tutup botol dgn tangan kering (geseran tinggi)

-dgn tangan basah, susah membuka penutup botol (geseran rendah)

-mudah menarik objek atas permukaan halus

kesan daya geseran

-objek bergerak semakin perlahan dan kemudian berhenti

-hasilkan haba (spt menggosokkan kedua belah tangan)

-objek berat sukar bergerak (sb lebih berat lebih besar geseran)

-objek haus & koyak (getah pemadam semakin kecil, tapak kasut semakin halus)

-dpt elak drpd tergelincir

Page 6: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

4. Mengurang & meningkatkan daya geseran

mengurangkan...

-guna pelincir (spt minyak, gris, bebola, rod penggolek, kusyen udara, bedak, lilin)

-permukaan bersentuhan saling menggelongsor dgn mudah

meningkatkan...

-guna permukaan kering

Page 7: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

-permukaan kasar

-lapik anti-gelincir dlm bilik mandi

-corak tapak kasut yg kasar

selmt memandu pd jalan kering drpd basah

hipotesis

-objek bergerak lebih jauh pd permukaan yg lebih licin sebelum berhenti

-objek bergerak lebih dekat pd permukaan yg lebih kasar sebelum berhenti

 

Page 8: Geseran Mempengaruhi Kelajuan Objek

5. Kelebihan & keburukan daya geseran

kelebihan

-membolehkan kita berjalan & berlari

-kekalkan objek yg pegun

-mudah pegang botol dgn tagan kering

-kucing guna kuku utk tingkatkan geseran

keburukan

-tayar botak/haus mudah tergelincir

-enjin hasilkan haba & mgkin rosak