geografi2

5
Pencemaran udara . Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif. Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah 1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya. Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara. 2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung. Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

Upload: sumathi-shanker

Post on 19-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

Page 1: geografi2

Pencemaran udara.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahanatau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asapkilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah MengatasinyaBaru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu  adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.  Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang. 

Page 2: geografi2

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu. 

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.  

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.  

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitarTerdapat banyak kesan buruk yang akan menimpa manusia jika langkah-langkah kawalan segera tidak diambil untuk

menangani pencemaran.

Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit,

khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika

udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.

Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan

mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paruparu terjejas dan sistem pengaliran darah

mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses

fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon

Page 3: geografi2

dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan

juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan

tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan

seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan

asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah

sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan

ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga memberi kesan kepada bangunan-bangunan. Bangunan-bangunan,

khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Ini kerana bahan-bahan

pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak balas ke atas batu dan meretakkan

bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan

untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahanbahan pencemar seperti CFC

(kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan

tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini

mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan

kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi

atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Penampalan Ozon

Bahagian ozon yang berlubang di tampal denganmengionkan oksigen di atmosfera melaluipenggunaan velon helium. Selain itu, penampalanozon juga boleh dilakukan dengan menembakpeluru ozon dengan menggunakan kapal terbangyang mampu menampal ozon. Namun begitu,penampalan ozon ini hanya dapat mengawalpencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja

  Memperkenal undang-undang

Page 4: geografi2

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai egenpentadbiran Negara telah mengubal pelbagaiundang-undang dalam mengawal kadarpencemaran udara. Sebagai contoh, industry besardan kecil di wajibkan menapiskan asap yangdikeluarkan. Wat scrubber merupakan penapis asapkilang dengan penyembur air dan batu kapur padaasap. Proses ini dapat mengurangkan sulphurdioksida sampai 90%

Kitar  Semula

Mengitar semula bermaksud mmemproses ataumenggunakan semula bahan buangan sepertiplastik, kertas, tialuminium dan sebagainya. Kaesahini merupakan proses yang sangat selamat kepadaalam sekitar kerana dapat mengurangkan kadarpencemaran. Pembakaran sampah sarap turut dapatdikurangkan.

   Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden penggunaankenderaan menggunakan kuasa elektrik sedangdikaji secara giat di Negara-negara barat.Kenderaan jenid ini bukan sahaja tidakmenghasilkan pencemaran udara malahpencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenagaelektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alamsekitar bergantung kepada cara elektrik tersebutdihasilkan