generasi x,y dan z

13
SOALAN 1 :What will organizations have to do to adapt to the influx of needed Generation Y individuals? Apa yang organisasi harus lakukan untuk menyesuaikan aliran masuk yang di perlukan oleh individu-individu Generasi Y? JAWAPAN: Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan seseorang pekerja adalah menjadi keperluan dalam setiap organisasi agar mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden serta dapat mengelak daripada wujudnya pertembungan budaya di dalam organisasi tersebut. Selain itu, kesesuaian aliran masuk terhadap individu- individu pekerja khususnya kepada Generasi Y dilihat amat penting pada masa kini. Hal ini memberi cabaran yang hebat kepada organisasi dalam menyediakan bentuk kerja yang berkesan dan sesuai dengan keperluan teknologi serta selari dengan mentaliti individu-individu generasi Y. Apabila anda telah mengambil generasi Y menjadi pekerja di dalam organisasi anda, kunci untuk mengekalkan mereka adalah satu tanggungjawab yang berat yang harus diambil kira oleh pihak organisasi. Pihak organisasi perlu membina perhubungan yang baik dengan pekerja khususnya terhadap generasi Y. Syarikat harus mewujudkan kunci-kunci atau pun langkah-langkah yang efektif bagi

Upload: whl1437

Post on 12-Jun-2015

2.157 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Generasi X,Y dan Z

SOALAN 1 :What will organizations have to do to adapt to the influx of needed

Generation Y individuals?

Apa yang organisasi harus lakukan untuk menyesuaikan aliran masuk

yang di perlukan oleh individu-individu Generasi Y?

JAWAPAN:

Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan seseorang pekerja adalah menjadi keperluan

dalam setiap organisasi agar mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi moden serta dapat

mengelak daripada wujudnya pertembungan budaya di dalam organisasi tersebut. Selain itu,

kesesuaian aliran masuk terhadap individu-individu pekerja khususnya kepada Generasi Y dilihat

amat penting pada masa kini. Hal ini memberi cabaran yang hebat kepada organisasi dalam

menyediakan bentuk kerja yang berkesan dan sesuai dengan keperluan teknologi serta selari

dengan mentaliti individu-individu generasi Y.

Apabila anda telah mengambil generasi Y menjadi pekerja di dalam organisasi anda,

kunci untuk mengekalkan mereka adalah satu tanggungjawab yang berat yang harus diambil kira

oleh pihak organisasi. Pihak organisasi perlu membina perhubungan yang baik dengan pekerja

khususnya terhadap generasi Y. Syarikat harus mewujudkan kunci-kunci atau pun langkah-

langkah yang efektif bagi individu-individu generasi Y berasa selesa dan fokus terhadap kerja

yang dilakukan di dalam organisasi. Dengan adanya fokus terhadap sesuatu tugas, ianya dilihat

mampu meningkatkan motivasi dan memberi kepuasan kerja kepada seseorang pekerja sekaligus

dapat menghalang wujudnya pertembungan budaya dalam sesebuah organisasi. Antara langkah-

langkah yang harus diambil oleh pihak organisasi untuk kesesuaian aliran masuk bagi individu-

individu generasi Y ialah:

1. Mengambil masa untuk mengenali individu-individu generasi Y yang masing-

masing masih di peringkat penyesuaian dalam sesebuah organisasi. Selain itu,

pihak majikan haruslah mendengar pendapat mereka serta menunjukkan kepada

mereka bahawa anda sebagai majikan benar-benar menjaga tentang kejayaan

mereka dalam organisasi dan sentiasa menjaga kebajikan mereka sebagai seorang

Page 2: Generasi X,Y dan Z

pekerja. Hal ini akan dapat menggalakkan pekerja yang terdiri daripada generasi

Y ini sentiasa mengikut arahan. Selain itu, dengan cara majikan yang sentiasa

mendengar pendapat-pendapat daripada individu-individu generasi Y ini, mereka

sebagai pekerja akan dapat mengurangkan tekanan sewaktu menjalankan tugas.

Ini kerana pekerja tidak akan terlalu terikat sepenuh masa dengan arahan yang

diberikan kerana mereka bebas untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap

organisasi.

2. Mewujudkan satu hubungan kejurulatihan dengan individu-individu generasi Y.

Pihak organisasi akan mencari jurulatih atau pengurus-pengurus yang dapat

membantu mereka berkembang dan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan

dalam menjalankan tugas. Sejak mereka di berikan peluang untuk berada di

dalam sesebuah organisasi, pihak pengurusan adalah bertanggungjawab dalam

memberikan pengetahuan serta pengajian dalam memantapkan kemahiran diri

generasi Y ini. Dengan menyediakan segala sumber-sumber bagi pengajian

mereka, ianya dapat mewujudkan kesesuaian antara pekerja generasi Y ini

dengan majikan khususnya kepada organisasi itu sendiri. Kesesuaian antara

pekerja dengan organisasi merupakan salah satu perkara yang perlu diambil kira.

Hal ini kerana tanpa adanya kesesuaian antara pekerja dan organisasi, ia akan

menurunkan produktiviti dalam melaksanakan sesuatu kerja dan sekaligus akan

menggalakkan pertembungan budaya berlaku dalam organisasi.

3. Selain hubungan antara pekerja dan majikan, pihak organisasi perlu mengaggap

pekerja generasi Y sebagai teman, bukan sebagai orang asing ataupun orang luar.

Sebagai majikan mereka haruslah mudah untuk didekati apabila individu-

individu generasi Y ini memerlukan tunjuk ajar ataupun bantuan. Ini akan

mewujudkan serta menggalakkan hubungan sosial di tempat kerja. Seperti yang

kita tahu, hubungan sosial di antara majikan dan pekerja adalah sangat penting

bagi keharmonian interaksi antara mereka. Dengan wujudnya hubungan seperti

ini, ia dapat mengeratkan dan meningkatkan kerjasama dalam perlaksanaan tugas

serta dapat mengelak wujudnya pertembungan budaya.

Page 3: Generasi X,Y dan Z

4. Mewujudkan pengkhususan kerja dengan lebih fleksibel dalam aspek jadual,

kerja tugasan, hal-hal peribadi dan sebagainya. Dengan wujudnya pengkhususan

dengan lebih fleksibel, ianya dapat menyeimbangkan antara kerjaya dan

kehidupan peribadi individu-individu generasi Y. Sebagai contoh yang terdapat

dalam kajian kes ini yang menunjukkan campur tangan ibu bapa dalam kerjaya

anak mereka. Dalam hal ini, mereka seharusnya dapat membezakan hal-hal

peribadi dan hal kerjaya yang mana apabila di waktu kerja, seseorang individu

tersebut adalah menjadi hak organisasi.

5. Organisasi haruslah konsisten dalam menyediakan maklum balas yang positif

terhadap pekerja dari generasi Y. Apabila melakukan penilaian, pihak

pengurusan tidak perlu memberitahu tentang kesalahan yang mereka lakukan.

Pihak organisasi haruslah memberitahu mereka tentang bagaimana untuk

meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa. Selain itu, pihak majikan

hendaklah memberi maklum balas segera, mengelak perkara yang negatif,

menyerlahkan sesuatu yang positif dan yang lebih penting menempatkan mereka

kembali ke matlamat asal organisasi.

6. Dengan memberikan mereka pujian, pengiktirafan dan ganjaran-ganjaran bagi

prestasi hebat yang dapat dicapai oleh pekerja generasi Y. Dengan cara ini,

organisasi akan dapat mengurangkan masalah disiplin dikalangan individu-

individu generasi Y ini. Antaranya adalah dapat mengurangkan kadar

ketidakhadiran dikalangan pekerja kerana apabila seseorang pekerja kerap tidak

hadir, mereka tidak akan dapat ganjaran yang disediakan oleh pihak organisasi.

Selain itu, pekerja generasi Y ini akan dapat meningkatkan kepuasan hidup jika

mereka diberikan pujian, ganjaran serta pengiktirafan daripada pihak organisasi.

Secara kesimpulannya, pihak organisasi memainkan peranan yang penting untuk

kesesuaian individu-individu generasi Y dalam memasuki sesebuah organisasi. Dengan

berpegang kepada matlamat organisasi serta kesugguhan yang tinggi daripada pihak organisasi,

individu-individu generasi Y ini akan sentiasa dapat mempertingkatkan prestasi dari semasa ke

semasa.

Page 4: Generasi X,Y dan Z

SOALAN 2 : Is Generation Y really that different than previous generations that entered

the workforce in large numbers? Explain.

Adakah Generasi Y begitu berbeza daripada generasi sebelumnya yang

memasuki tenaga kerja dalam jumlah yang besar? Jelaskan.

JAWAPAN :

Para penganalisa pengurusan sibuk mengetengahkan isu pertembungan generasi

X ,generasi Y dan Z. Ianya sudah tentu tidak lari dari isu cara dan gaya pemikiran kesemua

generasi tersebut. Generasi X dikatakan mereka yang lahir antara 1960 hingga 1980 dan generasi

Y antara 1981 hingga 1995. Sebelum generasi dari 1946-1960 digelar generasi ‘baby boomers”

dan generasi Y di sebut ‘the milleneals’. Dikatakan baby boomers kerana  pada ketika itu  angka

kelahiran mencapai tahap paling tinggi. Ia dikaitkan juga dengan zaman Star Trek dan zaman

P.Ramlee. Manakala Mikael Jackson adalah generasi baby boomer yang juga digilai oleh

generasi Z.

Generasi Z ialah mereka yg lahir selepas 1995 yang sangat obses dengan komputer dan

berkurung dalam rumah. Pertembungan kesemua generasi itu dalam alam pekerjaan memaksa

para majikan mengubah pendekatan dalam melayan kerenah pekerja mereka. Bagi generasi Y,

segala-galanya adalah berteraskan wang, keselesaan dan kepuasan. Elemen kesetiaan sejati tiada

dalam kamus hidup mereka, oleh itu melompat kerja dua atau tiga kali setahun adalah perkara

biasa. Mereka tidak mahu dikongkong atau diarah-arah dan akan memberontak terus apabila ada

perkara yang tidak berkenan di hati. Pendedahan yang luas melalui komunikasi internet

membolehkan mereka menghubungi ribuan kenalan dalam satu minit dengan hanya duduk

dikerusi dengan sebuah mesin kecil bernama ‘laptop‘. Generasi Y atau millennium adalah

generasi yang tumbuh seiring dengan berkembangnya komunikasi massa dan internet. Mereka

terlahir akhir ‘70 atau sekitar tahun 1980 hingga 1995. Generasi ini disebut cenderung tidak

sabar, menuntut, serta buruk dalam berkomunikasi sesama mereka, Dalam keadaan generasi X

Page 5: Generasi X,Y dan Z

masih menghargai ‘humane touch‘, generasi Y akan tertawa sinis kerana ‘finger touch‘ atas

keyboard lebih mengisi kepuasan mereka.

Generasi Baby Boomer (1945-1965) Generasi baby boomers ingin melalui hari-hari tua

dengan lebih bermakna dan hidup lebih aktif. Mereka juga banyak meluangkan lebih masa

dengan keluarga, aktif dari segi sosial dan sihat selepas bersara. Di kalangan baby boomers kini

berusia antara 44 tahun dengan 61 tahun. Dapatan kajian itu yang dikeluarkan semalam

menunjukkan bahawa generasi tersebut didapati lebih berpendidikan, mewah berbanding

generasi sebelumnya dan melihat proses penuaan secara positif. Majoriti daripada mereka atau

85 peratus menjangkakan lebih terjamin dari segi kewangan apabila tiba hari tua. Ramai daripada

mereka juga mempunyai nilai dan percaya bahawa mereka perlu bekerja sesuai dengan suasana

ekonomi hari ini. Lebih tujuh dalam 10 daripada mereka berkata kini mereka masih bekerja atau

mencari pekerjaan ketika kajian itu dijalankan. Bagi mereka yang masih aktif dari segi ekonomi,

lebih separuh berharap atau menjangka akan terus bekerja selagi terdaya. Malah, di kalangan

mereka yang ingin bersara, tiga dari 10 dijangka berbuat demikian apabila mencecah usia 65

tahun - melebihi usia persaraan 62 tahun. Lebih satu pertiga atau 36 peratus pula ingin bekerja

sambilan selepas bersara. Namun, mereka inginkan pekerjaan yang lebih flesksibel dengan kadar

gaji yang agak sama dan waktu kerja yang lebih singkat. Bagi yang berpendidikan universiti

pula, mereka mahu bekerja di tempat kerja yang merangsang pemikiran dan menjadi

pembimbing kepada pekerja muda.

Generasi X. Istilah yang digunakan untuk mendiskripsikan orang yg lahir antara tahun

1950-1960. Individu ini adalah generasi yang sangat concerned terhadap financial dan emotional

security. Generasi yang realistik dan jujur terhadap perjuangan dalam menghadapi perubahan

dunia yang semakin habis sumber dayanya, masyarakat yang makin tua dan budaya yang masih

di dominasi oleh generasi sebelum kita. Generasi X cenderung untuk tidak mempunyai ‘karakter’

tertentu ataupun tidak mempunyai ‘tokoh pahlawan idola’ mereka tidak punya ‘memorabilia’

tersendiri sebagai ciri khas generasinya. Generasi ini cenderung bersikap skeptis, seimbang, tidak

suka mengambil komitmen, lebih suka mementingkan diri sendiri, selain itu karakter

kepemimpinan dalam generasi ini didefinisikan sebagai “hidup adalah untuk bersenang-

senang!” Karakter yang unik ini sedikit banyak dipengaruhi oleh masa kecil mereka dimana

kedua orang tuanya lebih banyak menghabiskan waktu untuk bekerja dan kurang meluangkan

Page 6: Generasi X,Y dan Z

waktu untuk memantau perkembangan anak-anak mereka. Generasi X cenderung bermain

sendiri, menghabiskan waktu sendiri dan menonton televisyen.

Generasi Y. Generasi ini juga disebut The Net Generation, Millennials, Echo Boomers,

dan iGeneration. Dengan perkembangan teknologi informasi dan komputer yang semakin maju,

generasi ini tumbuh dalam iklim yang sangat ‘kental’ dengan teknologi dan serbuan informasi

yang serba cepat dan canggih. Mereka juga tidak sabar dalam pelbagai lapangan. Selain itu

mereka generasi yang begitu percaya pada diri dan optimis. Generasi Y lebih cenderung untuk

mudah menerima perubahan, karena mereka lebih open minded dan berkeinginan tinggi untuk

belajar segala perkara baru. Mereka juga lebih percaya diri untuk tampil di depan forum dan

mengemukakan pendapatnya. Remaja Generasi Y lebih dekat pada keluarganya, berbanding

remaja generasi baby boomers. Remaja generasi baby boomers lebih memilih untuk menjauhkan

diri dari orang tua sendiri. Sementara Generasi Y cenderung untuk dekat, bahkan masih manja

dengan orang tua mereka. Generasi Y suka inovasi dan mencipta idea baru dan memiliki

semangat yang luar biasa. Generasi Y menjalankan tugas dengan lebih bersemangat dan cepat

kerana kebanyakan mereka lebih mahir dalam teknologi. Mereka cenderung mudah beradaptasi

dengan tekhnologi baru. Selain itu, generasi Y lebih cenderung untuk mencari informasi atau

belajar secara “hand on”. Mereka tidak menggemari kuliah yang panjang di dalam kelas.

Generasi baby boomers memandang waktu dan tempat sebagai keperluan untuk belajar,

sementara generasi Y kurang memperdulikan waktu dan tempat untuk belajar. Mereka lebih

menyukai cara berkomunikasi dengan menggunakan teks dan jaringan sosial sementara generasi

baby boomers tidak berminat dengan komunikasi digital, mereka berasa terganggu kerana

kurangnya interaksi “inter face”.

Secara kesimpulannya, jelaslah di sini bahawa Generasi Y begitu berbeza daripada

generasi sebelumnya dari pelbagai aspek termasuklah untuk masuk ke dalam alam pekerjaan.

Page 7: Generasi X,Y dan Z

SOALAN 3: Will generation Y individuals have to make adjustment in their style,

preferences, and interest to be successful in their careers?

Adakah individu-individu generasi y perlu membuat perubahan dalam gaya hidup mereka,

kesukaaan dan kecenderungan untuk berjaya dalam kerjaya mereka?

JAWAPAN :

Generasi Y atau millennium adalah generasi yang tumbuh seiring dengan perkembangan

komunikasi massa dan internet. Mereka yang dikatakan generasi Y ialah yang lahir pada 70 an

atau sekitar tahun 1980 hingga 1995. Generasi ini dikatakan cenderung tidak mempunyai

kesabaran, keinginan yang tinggi, serta cara berkomunikasi yang teruk sesame merekea, namun

harus diberi pujian kerana sikap mereka yang mempunyai semangat yang tiggi dan luar biasa.

Setiap organisasi hari ini perlu mengambil kira perubahan-perubahan ini dalam mereka

menguruskan tenaga kerja terutamanya yang melibatkan Generasi Y. Kewujudan komputer dan

perkembangan teknologi mengubah cara bekerja. Jika dahulu komunikasi di dalam sesebuah

organisasi selalunya secara bersemuka dan pengaliran informasi berbentuk linear, namun kini

ianya menjadi lebih pelbagai. Generasi Y lebih mahukan penglibatan mereka secara aktif dalam

penyaluran maklumat berkenaan.

Generasi Y perlu berubah dalam semua perkara. Bagi generasi Y, segalanya-segalanya

adalah berteraskan wang, keselesaan dan kepuasa. Elemen kesetiaan sejati tiada dalam kamus

mereka, oleh itu melompat kerja dua atau tiga kali setahun adalah perkara biasa. Mereka tidak

mahu dikongkong atau diarah-arah dan akan memberontak terus apabila ada perkara yang tidak

berkenan di hati. Perkara ini amat membimbangkan kepada masyarakat kerana ia akan

merosakkan system sesuatu organisasi tersebut.

Pertama sekali sikap yang sentiasa mementingkan wang ringgit dalam semua urusan

pekerjaan akan menyebabkan mereka sendiri akan mengalami kerugian. Ini kerana dalam urusan

perundingan contohnya sikap yang sentiasa mementingkan keuntungan akan menyebabkan

proses rundingan tidak akan berjaya. Kedua-dua pihak perlu berunding untuk memajukan

organisasi mereka dan bukan hanya memikirkan mengenai nilai wang ringgit yang akan di

peroleh oleh mereka.

Page 8: Generasi X,Y dan Z

Sikap generasi Y yang tidak boleh menerima arahan orang lain merupakan sikap yang

perlu dibuang. Ini kerana sikap ini akan menyebabkan mereka akan menerima akibat yang

negative terhadap diri mereka sendiri. Semua perkara memrlukan pandangan orang lain kerana

tidak semua perkara yag kita rasa betul boleh diterima oleh semua pihak. Contohnya sebagai

pekerja bawahan kita perlu menerima arahan daripada pihak atasan walaupun kita rasa araha

tersebut merupakan sesuatu yng tidak penting tetapi berdasarkan kehendak perkhidmatan kita

perlu mengikut apa yang diarahkan.

Seterusnya sikap kesetiaan perlu ditanam dalam diri mereka. Setia pada organisasi yang

mereka bekerja adalah keutamaan yang perlu dianggap sebagai kewajipan ketika bekerja.

Contohnya ketika situasi ada organisasi lain yang ingin mengambil ketika bekerja. Kita tidak

seharusnya menerimanya dengan segera kerana kita perlu ingat dengan komitmen yang perlu kita

berikan kepada organisasi yang kita naungi tersebut. Sikap setia kepada organisasi yang kita

bekerja akan memberikan kebaikan kepada diri sendiri dan juga kepada organisasi tersebut.

Kesimpulannya golongan generasi Y perlu berubah sikap dengan membuang segala

perkara yang negative yang ada dalam diri mereka. Generasi Y merupakan generasi yang kuat

semangat dan generasi yang mempunyai cita-cita serta keinginan yang tinggi. Jika mereka

menggunakan sikap ini sebagai pendorong untuk mereka mencapai kemajuan nescaya apa yang

mereka inginkan akan tercapai. Tetapi mereka perlu berubah dahulu sebelum mengejar cita-cita

mereka yang tinggi itu.