gejala sosial dalam kalangan remaja syahmie.doc

8
Gejala sosial dalam kalangan remaja Nama: Muhammad nashrur Syahmie bin Suphian Kelas : 1 Smart Subjek: Bahasa Melayu DEFINISI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau

Upload: hanie-hanna

Post on 12-Jan-2016

79 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

Gejala sosial dalam kalangan remaja

Nama:

Muhammad nashrur Syahmie bin Suphian

Kelas :

1 Smart

Subjek:

Bahasa Melayu

DEFINISI GEJALA SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Page 2: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

Gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).

Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan

Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.

Page 3: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

PETA I-THINK

merokok

BULI MELEPAK

Rempit dadah

Jenayah Vandilisem

GEJALA SOSIAL DALAM

KALNGAN REMAJA

GEJALA SOSIAL DALAM

KALNGAN REMAJA

Page 4: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

Ponteng sekolah

BULIBuli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.

PUNCA1. KURANG DIDIKAN AGAMA

2.DIPENGARUHI DGN RAKAN SEBAYA

3.KURANG PERHATIAN IBU BAPA

KESANMANGSA

1TAKUT UNTUK KE SEKOLAH

2.KURANG KEBERANIAN DIRI

3.MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURHIM

PEMBULI

1.MENJATUHKAN MARUAH KELUARGA

2DIBENCI OLEH RAKAN-RAKAN

3.

CARA MENGATASI

Page 5: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

KELUARGA

1memberi sepunuh perhatian kepada

2.mendidik anak dengan tegas

3.tidak mengabaika pelajaran anak

SEKOLAH

1.BERJUMPA DENGAN KAUNSELER

2 Pihak Pentadbir Sekolah dan Guru: Sedar dan Ambil Tindakan Segera

3 Pelajar perlu dilatih dan diberi kemahiran mengenal pasti kes dan mampu membuat laporan kepada pihak bertanggungjawab.

KERAJAAN

1. pihak kerajaan boleh berkerjasama dengan pihak sekolah untuk menganjurkan ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli

2. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai satu inisiatif dalam menangani masalah

kes buli ini.

3 sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya.Melalui pendidikan ini,para pelajar dapat kesedaran

KARANGAN CARA-CARA MENGATASSI BULI

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

             lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

            Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada

Page 6: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.

            Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala buli. Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

            Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.

            Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu supaya masalah buli di sekolah menengah dapat diatasi. Hal ini bukan sahaja mewujudkan keamanan sekolah, malah kemajuan turut dicapai.

Page 7: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

PONTENG SEKOLAH

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

PUNCA1KURANG ILMU TENTANG AGAMA2.PENGARUH RAKAN SEKELAS3.MASALAH KELUARGA

KESAN

PEMOTENG

1PEMBELAJARAN TERABAI2.DIHINA MASYARAKAT3.DIPINGGIR MASYARAKAT

KELUARGA

1MARUAH KELUARGA TERCEMAR2.MEMBANKAN IBU BAPA3.IBU BAPA AKAN DIPERSALAHKAN

CARA MENGATASI

KELUARGA

1. meluangkan masa BERSAMA ANAK-ANAK

2. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka

3.MEMBERI DIDIKAN AGAMA KEPADA ANAK

SEKOLAH

1. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah

2.LAPORKAN KEPADA GURU

3.MEMBERI KAUNSELING KEPADA MURID

KERAJAAN

1.MENGADAKAN PROGRAM ANTI PONTENG

Page 8: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc

2. Berjumpa dgn pihak pentadbir sekolah utk menangani kes ponteng

3.PERATURAN SEKOLAH PERLU DIKETATKAN LAGI

KARANGAN CARA-CARA MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH

Perbuatan ponteng sekolah merupakan salah laku yang serius oleh pelajar. Terdapat pelbagai faktor yang menarik mereka untuk terjerumus dalam gejala ini. Gejala ini mendapat perhatian pihak media, masyarakat, badan-badan bukan kerajaan, dan sebagainya. Malah, pihak polis turut turUn padang bagi membantu pihak sekolah untuk mengesan pelajar yang ponteng sekolah.

Salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah ialah tiada motivasi diri. Selain itu, pelajar terbabit kurang mengambil berat akan kepentingan pelajaran. Mereka malas dan bosan untuk bersekolah dan menganggap persekolahan sebagai bebanan dan bukannya tanggungjawab. Dalam pada itu, golongan pelajar ini akan berusaha untuk mendapatkan geng yang akan ponteng bersama-sama dengannya. Mereka akan cuba memujuk rakan-rakan yang lain dengan pelbagai cara dan kaedah pujukan. Bagi pelajar yang goyah pendiriannya, dia akan mudah terpengaruh dengan ajakan tersebut.

Selain itu, ibu bapa juga menjadi penyumbang kepada kegiatan ponteng sekolah anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana terdapat ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka. Kesibukan bekerja telah mengekang masa ibu bapa untuk bersama anak-anak. Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk ponteng sekolah tanpa dapat dikesan oleh ibu bapa mereka.

Di samping itu, sikap guru-guru dikatakan juga sebagai antara punca pelajar ponteng sekolah. Guru-guru yang mengajar secara sambilewa tanpa menitikberatkan kefahaman pelajar menyebabkan sesetengah pelajar tidak tertarik pada pelajaran yang disampaikan. Mereka berasa bosan dengan apa yang disampaikan oleh guru. Maka, ponteng sekolahlah tindakan yang diambil oleh mereka.

Kini, gejala ponteng sekolah menjadi masalah yang mencabar kewibawaan sekolah. Di pihak pelajar pula, mereka seolah-olah menempah kegagalan dalam persekolahan dan masa depan mereka dengan melibatkan diri dalam gejala ponteng sekolah. Oleh hal yang demikian, semua pihak bertanggungjawab untuk mencari jalan keluar bagi megatasi masalah ponteng sekolah ini.

Page 9: Gejala sosial dalam kalangan remaja SYAHMIE.doc