gejala gengsterisme

5
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara seolah-olah semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Mutakhir ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat. Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar dan kaca television. Kemajuan yang dicapai oleh negara kita pada era kini menjadi kurang mantap dengan wujudnya penularan gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya gejala gengsterisme. Isu tersebut telah menjadi buah mulut setiap marhaen di seantero dunia yang kini semakin berleluasa terutamanya oleh pelajar- pelajar remaja di sekolah. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010, halaman 458, gengsterisme didefinisikan sebagai kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk kegiatan jenayah. Menurut Trasher pula yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa golongan ini berpotensi untuk mewujudkan geng pada awal remaja. Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokan di dunia dalam kumpulan mereka. Beliau juga

Upload: stam

Post on 15-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

gejala .

TRANSCRIPT

Page 1: gejala gengsterisme

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan

peradaban bangsa dan negara seolah-olah semakin menular dalam kalangan masyarakat

terutamanya dalam kalangan remaja. Mutakhir ini, secara sedar atau tidak lantaran terlalu

dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya

remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak

menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal

yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan,

lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang

meniti dari bibir ke bibir masyarakat. Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar

umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet

ini memberi pelbagai impak. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam

gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar dan kaca television. Kemajuan yang dicapai

oleh negara kita pada era kini menjadi kurang mantap dengan wujudnya penularan gejala

sosial dalam kalangan remaja terutamanya gejala gengsterisme. Isu tersebut telah menjadi

buah mulut setiap marhaen di seantero dunia yang kini semakin berleluasa terutamanya oleh

pelajar- pelajar remaja di sekolah.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010, halaman

458, gengsterisme didefinisikan sebagai kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu

kegiatan untuk kegiatan jenayah. Menurut Trasher pula yang merupakan pelopor awal tentang

kajian gengsterisme mengutarakan bahawa golongan ini berpotensi untuk mewujudkan geng

pada awal remaja. Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat

mereka dapat memperoleh keseronokan di dunia dalam kumpulan mereka. Beliau juga

mendefinisikan geng sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut

tingkah laku yang sama, perjumpaan bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan

Page 2: gejala gengsterisme

mempunyai perancangan. Secara umumnya, kegiataan gengsterisme ini boleh ditakrifkan

sebagai aktiviti-aktiviti yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh sekumpulan

individu iaitu pelajar sekolah terhadap pelajar-pelajar lain atau mangsa keadaan. Mereka yang

kongkalikung dalam gejala ini sanggup melakukan sesuatu perkara yang melanggar dari segi

undang-undang demi mencapai matlamat hidup mereka yang mengamalkan hendonisme.

Selain itu, penglibatan mereka dalam gejala gengsterisme ini mampu mendorong mereka

kepada kegiatan yang tidak diingini seperti merokok, ponteng sekolah, peras ugut dan

sebagainya. Penglibatan gengsterisme terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan

delinkuen dan devian. Delinkuen bermaksud remaja sekolah manakala devian pula bermaksud

golongan yang melanggar norma masyarakat setempat. Secara lazimnya, kes-kes

gengsterisme ini berlaku pada awal remaja, misalnya pada tahun 2009, Ketua Polis Selangor,

Datuk Khalid Abu Bakar telah mengatakan 10,000 individu dikesan menjadi anggota rahsia

lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan gengsterisme di Selangor.

Pada tahun 2012 pula, satu insiden belasah berlaku di Sekolah Menengah (SM) Raja Dr

Nazrin Shah di Kampung Gajah, Ipoh. Pelajar tersebut dibelasah oleh sekumpulan pelajar

yang melibatkan 18 orang pelajar dengan menggunakan objek keras lebih tiga jam selepas

enggan mengaku mencuri wang sebanyak RM100 milik seorang pelajar. Seterusnya, kes yang

berlaku pada tahun 2014 juga menjadi perhatian setiap murba, iaitu berlakunya di

Georgetown, Pulau Pinang. Tajuk yang terpampang di dada akhbar pada tahun 2014 tersebut

mengatakan bahawa empat pelajar disyaki terbabit gengsterisme telah ditahan. Hal ini

demikian disebabkan mereka disyaki terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar

lain. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka berusia dalam

linkungan 15 dan 18 tahun ini ditahan dan juga terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap di

Persisiran Tembaga dan Jalan Sungai Dua. Jelaslah bahawa gejala gengsterisme ini membawa

padah terhadap generasi muda harapan bangsa pada masa kini. Oleh itu, persoalannya adalah

Page 3: gejala gengsterisme

apakah yang membuatkan golongan remaja ini terdorong dalam melakukan kegiataan yang

tidak sihat dan lebih mendorong kepada pengamalan sifat atau fahaman nihilisme ini?

Penularan gejala gengsterisme yang berleluasa ini disebabkan oleh pelbagai faktor

atau punca yang mendorong gejala gengsterisme dalam kalangan pelajar adalah pengaruh

dengan rakan sebaya. Menurut Artwater (1998), rakan sebaya merupakan rakan seumur dan

boleh diiktirafkan sebagai rakan seperjuangan. Hal ini membolehkan golongan remaja sekolah

menerima pelbagai pengaruh daripada rakan sebaya sama ada positif atau negatif. Pada

peringkat remaja ini, mereka lebih banyak meluangkan masa mereka dengan rakan-rakan

mereka dan pengaruh rakan sebaya ini memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka.

Mereka menganggap rakan mereka sebagai rakan sebenar dan paling mudah dipercayai

berbanding ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan. Sikap ingin mencuba dan suka menurut

kerana takut dipulau rakan-rakan mereka juga menjadi padau dalam pengaruh rakan sebaya

dalam diri pelajar dengan ajakan rakan-rakan lain. Pekara ini menguatkan lagi godaan

terhadap gejala-gejala negatif seperti gengsterisme ini. Sikap ini memudahkan mereka

terpengaruh dan meniru rakan sebaya mereka, lebih-lebih lagi pelajar yang tercicir dan

menghadapi masalah keluarga. Di samping itu, kelompok ini lazimnya membuli pelajar-

pelajar lain, memeras ugut supaya memberi wang perlindungan, ponteng kelas, merosakkan

harta benda sekolah, mengutuk guru-guru dengan gurauan yang tidak menyenangkan guru-

guru dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya amat penting bagi seseorang individu

dan setiap murba ke arah pembentukan masyarakat yang bertamadun.

Selain itu, ibu bapa yang mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan

kelangsungan hidup memang tidak dinafikan bahawa mereka tidak berpeluang untuk

Page 4: gejala gengsterisme

meluangkan masa mereka dan menghabiskan masa yang berharga mereka semasa pembesaran

anak-anak mereka demi memperoleh kehidupang yang berkualiti. Pengawasan dan

pemerhatian terhadap kelakuan anak-anak amatlah kurang dan menyebabkan sikap lalai ibu

bapa dalam mendidik anak-anak lalu mendorong anak-anak mudah memberontak dan

melawan kata-kata orang yang lebih tua daripada mereka. Keadaan seperti ini mengakibatkan

golongan pelajar lingkungan remaja merasakan hidup mereka terabai dan terbiar dan akan

mencari tempat untuk memperoleh perhatian masyarakat setempat. Institusi keluarga seperti

ini akan mendorong kepeda keruntuhan dan tidak kukuh. Porak peranda akan berlaku,

misalnya ibu dapa suka bertengkar, sentiasa pulang dalam keadaan mabuk, kaki perempuan,

suka berleter, dan mengongkong anak-anak juga boleh menyumbang kepada gejala ini. Ibu

bapa yang kurang memberi didkan agama akan tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan

nilai-nilai agama dalam jiwa anak-anak. Anak-anak akan kerap berasa tidak selesa apabila

berada di rumah dan akan mengalami tekanan perasaan lalu menyebabkan jiwa mereka yang

muda itu akan memberontak, melawan, terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat sebagai salah

satu cara mereka melepaskan segala tekanan yang mereka alami.