gaya kepimpinan guru

2
Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab.Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin.Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan. Sebagai guru, saya ingin menjadi pemimpin berintegriti, yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi.Itulah jugalah corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman . Saya juga ingin menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat dan berpekerti mulia serta didasari oleh himpunan ciri-ciri pekerti terpuji, beriman dan berilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa. Saya juga ingin menjadi pemimpin mempunyai ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur . Selain itu, saya juga ingin menjadi pemimpin yang budiman serta memiliki visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.

Upload: nordina-razali

Post on 13-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Gaya Kepimpinan guru

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Kepimpinan Guru

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab.Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin.Secara sedar atau tidak sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.

Sebagai guru, saya ingin menjadi pemimpin berintegriti, yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan kelompok yang dipimpin.Ibarat kepala memimpin badan begitulah perumpamaan yang diberikan kepada pemimpin bagi mencernakan ketokohan di dalam mengurus dan mengepalai sesebuah organisasi.Itulah jugalah corak kepimpinan yang sepatutnya ditunjukkan seorang pemimpin budiman .

Saya juga ingin menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat dan berpekerti mulia serta didasari oleh himpunan ciri-ciri pekerti terpuji, beriman dan berilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta pengetahuan semasa.

Saya juga ingin menjadi pemimpin mempunyai ketinggian peribadi. Ketinggian peribadi yang dimaksudkan dari segi tutur kata bukan sahaja dari santunan bahasa penuh hemah, malah mereka harus bijak untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur .

Selain itu, saya juga ingin menjadi pemimpin yang budiman serta memiliki visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi.

Bagi menjadi pemimpin yang berkredibiliti tinggi , saya harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif. kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana ciri-ciri pemimpin pilihan saya yang dapat diterjemahkan melalui kupasan ringkas tetapi berinformasi di atas. Pemimpin di sekolah harus mempunyai ilmu dan kemahiran tinggi di dalam aspek memimpin organisasi di samping cemerlang dari sudut sahsiah dan peribadinya