garispanduan untuk pangsapuri perkhidmatan

3
7/24/2019 Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan http://slidepdf.com/reader/full/garispanduan-untuk-pangsapuri-perkhidmatan 1/3  1 GARISPANDUAN UNTUK PANGSAPURI PERKHIDMATAN (SERVICE APARTMENT) 1.0 Tujuan 1.1 Garispanduan ini adalah digunakan sebagai panduan di dalam pengawalan pemajuan pangsapuri perkhidmatan baru (service apartment and kondotel) dan pertukaran kegunaan bangunan kediaman kepada ‘service apartment’ 2.0 Definasi Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment) 2.1 Untuk tujuan garispanduan ini, definasi ‘service apartment’ diklasifikasi sebagai berikut: -  unit kediaman yang boleh dijualkan sebagai unit individu (di bawah geran pemilik strata) tetapi tidak diduduki seterus-terusnya oleh pemilik atau penyewa - disewakan atas kadar harian, berdasarkan setiap hari atau pun beberapa hari, selalunya kepada pencuti-pencuti untuk tujuan berehat (holidaymakers) - biasanya mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan ancilliari (ancilliary services facilities) seperti restoran/kantin, kedai-kedai, arked-arked, dobi, kemudahan sukan dan sebagainya yang biasanya diperlukan oleh penyewa - diuruskan sebagai hotel oleh satu pihak pengurusan 3.0 Perlingkungan 3.1 ‘Service apartment’ boleh dibenarkan di kawasan -kawasan yang dizonkan sebagai “Pelancongan”, “Peralihan Pelancongan”, “Perniagaan”, “Peralihan”, atau zon-zon lain di mana pemajuan hotel sebiasanya dibenarkan. 3.2 ‘Service apartment’ adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak yang sama seperti pemajuan untuk hotel (seperti kehendak- kehendak bomba, pelesenan, penyediaan untuk tempat letak kereta, ruang koc dan sebagainya). 4.0 Ketumpatan 4.1 Untuk pemajuan baru, ketumpatan yang boleh dibenarkan dan ketumpatan maksimum yang berikut akan terpakai:

Upload: richard-lee

Post on 21-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan

7/24/2019 Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan

http://slidepdf.com/reader/full/garispanduan-untuk-pangsapuri-perkhidmatan 1/3

 1

GARISPANDUAN UNTUK PANGSAPURI PERKHIDMATAN(SERVICE APARTMENT)

1.0 Tujuan

1.1 Garispanduan ini adalah digunakan sebagai panduan di dalampengawalan pemajuan pangsapuri perkhidmatan baru (serviceapartment and kondotel) dan pertukaran kegunaan bangunankediaman kepada ‘service apartment’ 

2.0 Definasi Pangsapuri Perkhidmatan (Service Apartment)

2.1 Untuk tujuan garispanduan ini, definasi ‘service apartment’diklasifikasi sebagai berikut:

-  unit kediaman yang boleh dijualkan sebagai unit individu (di bawah

geran pemilik strata) tetapi tidak diduduki seterus-terusnya olehpemilik atau penyewa

-  disewakan atas kadar harian, berdasarkan setiap hari atau punbeberapa hari, selalunya kepada pencuti-pencuti untuk tujuanberehat (holidaymakers)

-  biasanya mempunyai perkhidmatan-perkhidmatan ancilliari(ancilliary services facilities) seperti restoran/kantin, kedai-kedai,arked-arked, dobi, kemudahan sukan dan sebagainya yangbiasanya diperlukan oleh penyewa

-  diuruskan sebagai hotel oleh satu pihak pengurusan

3.0 Perlingkungan

3.1 ‘Service apartment’ boleh dibenarkan di kawasan-kawasan yangdizonkan sebagai “Pelancongan”, “Peralihan Pelancongan”,“Perniagaan”, “Peralihan”, atau zon-zon lain di mana pemajuan hotelsebiasanya dibenarkan.

3.2 ‘Service apartment’ adalah tertakluk kepada kehendak-kehendakyang sama seperti pemajuan untuk hotel (seperti kehendak-kehendak bomba, pelesenan, penyediaan untuk tempat letak kereta,ruang koc dan sebagainya).

4.0 Ketumpatan

4.1 Untuk pemajuan baru, ketumpatan yang boleh dibenarkan danketumpatan maksimum yang berikut akan terpakai:

Page 2: Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan

7/24/2019 Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan

http://slidepdf.com/reader/full/garispanduan-untuk-pangsapuri-perkhidmatan 2/3

 2

Ketumpatan yang dibenarkan dan ketumpatan maksimum untuk pemajuanpangsapuri perkhidmatan adalah seperti ketumpatan yang ditunjukkan bagipemajuan untuk tujuan kediaman di dalam pelan-pelan dasar ketumpatandi dalam Bandaraya George Town atau tempat-tempat lain atau di dalamdraf rancangan-rancangan tempatan sediada atau dalam penyediaan atau

dalam Pelan Dasar Perancangan dan Kawalan Pemajuan. Di kawasan lainyang tidak mempunyai pelan-pelan ketumpatan, ketumpatan berikut akanterpakai:

Ketumpatan yangdibenarkan

15 unit seekar

Ketumpatan maksimum : 30 unit seekar (tertakluk kepadatawaran Bayaran Pemajuan(Infrastruktur) (Sila lihat para 5)

4.2 Keluasan lantai yang bersepadan boleh dipertimbangkan di dalammana-mana kawasan yang dibenarkannya.

4.3 Bonus yang bersamaan dengan 10% lebih daripada ketumpatanmaksimum akan diberikan untuk pemilik tanah bumiputra.

4.4 Ruang Lantai tambahan untuk kegunaan anxilliary seperti restorandan kedai hendaklah tidak melebihi 25% ruang lantai bersepadanmaksima pangsapuri perkhidmatan iaitu tidak melebihi 25%ketumpatan maksima x 1400 kaki persegi. Ini termasuk kemudahanmasyarakat dalam bangunan.

5.0 Kadar Bayaran Pemajuan (Infrastruktur)

5.1 Dalam permohonan untuk kebenaran merancang bagi pemajuanpangsapuri perkhidmatan ini, tawaran Bayaran Pemajuan(Infrastruktur) hendaklah dibuat oleh pemohon untuk pertimbanganMajlis jika keluasan lantai melebihi ketumpatan yang dibenarkanmengikut kadar berikut:-

RM7 sekaki persegi untuk keluasan lantai pangsapuri dan kegunaan

anxilliary yang merupakan “perniagaan” atas ketumpatan yangdibenarkan, unit-unit yang paling kecil akan dikecualikan terlebihdahulu. *

5.2 Pertukaran kegunaan bangunan kediaman sediada kepadakegunaan pangsapuri perkhidmatan hanya boleh dipertimbangkansekiranya melibatkan seluruhan blok bangunan atau seluruh skim.Permohonan untuk pertukaran kegunaan bagi unit-unitasing/individu tidak boleh dipertimbangkan

* Nota: kadar bayaran pemajuan bagi nisbah plot dan ketumpatan melebihi

dibenarkan adalah atas kadar RM21.00 sekaki persegi untuk perniagaan.(Sila rujuk Pindaan Dasar Mengenai Kawalan Ketumpatan & BayaranPemajuan) 

Page 3: Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan

7/24/2019 Garispanduan Untuk Pangsapuri Perkhidmatan

http://slidepdf.com/reader/full/garispanduan-untuk-pangsapuri-perkhidmatan 3/3

 3

6.0 Kehendak-kehendak Letak Kereta

Bilangan tempat letak kereta yang diperlukan adalah berdasarkan kepada:

2 tempat letak kereta dan 2 petak tempat letak motosikal bagi setiap unitpangsapuri perkhidmatan.

1 tempat letak kereta bagi setiap 100 mps untuk ruang lantai kegunaan“anxilliary” 

Penyediaan tempat letak koc adalah dikehendaki seperti berikut:-

(i) Bagi pangsapuri perkhidmatan yang mempunyai 20 hingga 40 unit:- 1 petak

(ii) Bagi pangsapuri perkhidmatan yang mempunyai lebih 40 unit:- 1 petak untuk setiap 40 unit atau sebahagian daripadanya

(iii) Bagi lebih dari 200 unit:- sekurang-kurangnya 5 petak

7.0 Kehendak-kehendak Jabatan Lain

7.1 Kehendak-kehendak Jabatan lain seperti Bomba, STM, TNB, PBA,MPPP, dll hendaklah dipatuhi.

8.0 Tarikh Perlaksanaan

Tarikh perlaksanaan garispanduan ini ialah tarikh ianya diterimapakai olehMajlis dengan rasminya iaitu pada 14.06.1996.