garispanduan rekabentuk bilik air-awam

58

Upload: sam-wing-hong

Post on 15-Dec-2015

822 views

Category:

Documents


124 download

DESCRIPTION

Garispanduan Rekabentuk Bilik Air-Awam

TRANSCRIPT

  • GARIS PANDUAN

    REKA BENTUK BILIK AIR

    (KUBIKEL TANDAS & KUBIKEL MANDI) AWAM

    DI SELURUH NEGARA

  • GARIS PANDUAN REKA BENTUK BILIK AIR (KUBIKEL TANDAS & KUBIKEL MANDI) AWAM

    DI SELURUH NEGARA

    Kandungan Muka Surat PENDAHULUAN i - iv BAHAGIAN 1 : GARIS PANDUAN PERANCANGAN 1 - 4 BAHAGIAN 2 : GARIS PANDUAN REKA BENTUK 5 - 24 BAHAGIAN 3 : RAJAH & GAMBAR 25 - 47

  • PENDAHULUAN

  • GARIS PANDUAN REKA BENTUK BILIK AIR (KUBIKEL TANDAS DAN KUBIKEL MANDI) AWAM

    DI SELURUH NEGARA

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Isu tentang tahap kebersihan bilik-bilik air (tandas) awam di seluruh negara telah banyak dan lama diperkatakan, malah sering

    dibangkitkan di ruang pembaca kebanyakan akhbar tempatan.

    Kalau tidak kerana terlalu kotor, malah menjijikkan (di sesetengah

    tempat), tidak mungkin akan terpampang komen pelancong asing

    di muka depan sebuah akhbar aliran perdana tidak berapa lama

    dahulu.

    1.2 Rakyat Malaysia boleh berbangga dengan banyak perkara yang

    berkaitan dengan kemajuan dan kepesatan pembangunan

    negara, kecanggihan teknologi, keindahan pemandangan,

    kebersihan pantai (walaupun bukan semua), kedamaian serta

    keharmonian hidup berbilang bangsa dan kaum yang kita kecapi

    di Malaysia. Tetapi sayang sekali, kebanggaan kita terhenti sebaik

    sahaja kita menjejakkan kaki di bilik-bilik air awam, seperti di

    kebanyakan lapangan terbang, perhentian bas dan teksi, stesen

    kereta api, bangunan pejabat (kerajaan dan juga swasta),

    sekolah, universiti, kompleks perniagaan, pasar raya, dewan

    orang ramai, dan tidak ketinggalan, stesen-stesen minyak. Yang

    paling menyedihkan dan memalukan ialah bilik-bilik air di masjid/

    surau di merata tempat, yang bukan sahaja kotor tetapi berada

    dalam keadaan terlalu daif. Keadaan inilah yang mungkin telah

    mengecewakan pelancong tersebut (dan mungkin ramai

    pelancong lain yang kebanyakannya datang ke sini untuk melihat

    keindahan negara Malaysia) sehingga berani mengeluarkan

    komen di akhbar.

    i

  • 1.3 Senario yang dinyatakan di atas tidak terhad kepada bilik-bilik air

    di bangunan/premis lama dan/atau terpencil sahaja, bahkan di

    bangunan/premis yang baru siap dibina dan digunakan, atau bilik-

    bilik air yang baru diperbaiki dan/atau diubah suai dengan segala

    kemudahan/peralatan moden dan kemasan jubin yang cantik lagi

    menarik. Malangnya, keadaan baru, bersih, cantik serta sempurna (berfungsi) itu tidak kekal lama, terutamanya di tempat-tempat yang tidak disediakan perkhidmatan penyeleng-

    garaan (berkala atau 24 jam), atau penggunaan tanpa dikenakan

    sebarang bayaran.

    2.0 PEWUJUDAN GARIS PANDUAN REKA BENTUK BILIK AIR AWAM DI SELURUH NEGARA

    2.1 Semua perkara yang dinyatakan di atas tidak terlepas daripada

    pemerhatian dan keprihatinan Jemaah Menteri. Pada tahun 2001, beberapa Mesyuarat Mingguan Jemaah Menteri telah mem-

    buat beberapa pemerhatian dan keputusan yang berfokus kepada

    pewujudan satu garis panduan reka bentuk tandas awam yang bersih, cantik, mesra pengguna, dan yang paling penting, memenuhi kehendak serta keperluan minimun pengguna beragama Islam.

    2.2 Kementerian Kerja Raya telah diarah untuk menyediakan garis

    panduan tersebut, manakala Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula diberi tanggungjawab menguatkuasa-kan pemakaiannya di semua premis awam.

    2.3 Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah memutuskan bahawa semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan hendaklah menjadi model contoh dengan memastikan bilik air masing-masing sentiasa berfungsi, bersih, cantik dan mesra peng-guna. Untuk maksud tersebut, dan bagi memastikan semua

    ii

  • kemudahan dan peralatan di dalam sesebuah bilik air sentiasa berfungsi dan tahan lama, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa semua kemudahan dan peralatan yang disediakan, serta kemasan-kemasan lantai dan dinding semua bilik air di bangunan-bangunan pejabat, sekolah dan semua bangunan lain yang dibina oleh kerajaan hendaklah jenis tugas berat (heavy duty) atau tahan lasak dan bermutu tinggi.

    2.4 Selaras dengan keputusan dan arahan di atas, Cawangan Arkitek

    Ibu Pejabat JKR telah menyedia dan menyiapkan satu Garis Panduan Reka Bentuk Bilik Air (Kubikel Tandas dan Kubikel Mandi) Awam Di Seluruh Negara, ringkasnya GPRBBAA.

    2.5 GPRBBAA ini menggariskan keperluan-keperluan minimum dari

    segi perancangan (susun atur) dan reka bentuk terperinci untuk memastikan semua bilik air AWAM di seluruh negara sentiasa

    bersih, cantik, selesa, mesra pengguna, dalam keadaan berfungsi, serta memenuhi keperluan para pengguna ber-agama Islam.

    2.6 GPRBBAA ini dicadangkan untuk diguna pakai dalam penyediaan reka bentuk bilik-bilik air awam bagi semua projek pem-bangunan sektor awam dan swasta di Malaysia, dan merang-kumi bilik-bilik air di bangunan/tempat/premis seperti berikut :-

    i. Semua pejabat kerajaan dan separa kerajaan;

    ii. Semua sekolah, asrama dan institusi yang berkaitan

    dengan pendidikan dan latihan;

    iii. Semua tempat/premis awam lain termasuk yang terletak di

    bawah bidang kuasa pihak-pihak berkuasa tempatan atau

    PBT, dengan kerjasama PBT berkaitan; dan

    iii

  • iv. Bangunan-bangunan masjid dan surau di kawasan-

    kawasan PBT yang berkaitan.

    2.7 Dalam GPRBBAA ini, Bilik Air didefinisikan untuk merangkumi kubikel-kubikel tandas (toilet cubicles) dan, di sesetengah tempat tertentu, kubikel-kubikel mandi (shower cubicles).

    3.0 SKOP

    3.1 GPRBBAA ini mengandungi tiga bahagian iaitu :-

    i. Bahagian 1 : Garis Panduan Perancangan

    Garis Panduan ini memberi penekanan terhadap aspek-

    aspek perancangan yang perlu dipatuhi untuk meng-hasilkan susun atur bilik air yang berfungsi, dan me-

    matuhi keperluan pelbagai peringkat dan kategori pengguna, terutamanya pengguna beragama Islam.

    ii. Bahagian 2 : Garis Panduan Reka Bentuk

    Garis Panduan ini memberi penekanan terhadap aspek-

    aspek reka bentuk yang perlu dipatuhi bagi memastikan reka bentuk yang efisien, selesa dan mesra pengguna, terutamanya yang beragama Islam.

    iii. Bahagian 3 : Rajah dan Gambar

    Bahagian ini memuatkan beberapa rajah dan gambar sebagai penjelas dan pelengkap kepada mana-mana perenggan dalam Garis Panduan ini agar lebih jelas dan tepat.

    iv

  • BAHAGIAN 1:

    GARIS PANDUAN PERANCANGAN

  • BAHAGIAN 1 : GARIS PANDUAN PERANCANGAN

    1.0 AM

    1.1 Keluasan, ketinggian siling dan susun atur keseluruhan bilik air serta kelengkapan dalamannya hendaklah memudahkan dan memberi keselesaan kepada semua pengguna.

    2.0 LOKASI

    2.1 Bilik Air Di Dalam Bangunan Utama

    2.1.1 Bagi bilik air yang terletak di dalam bangunan utama, seperti di kompleks perniagaan, bangunan pejabat dan dewan serba-

    guna, lokasi bilik air hendaklah seboleh-bolehnya di tempat-tempat yang boleh menerima pencahayaan dan peng-udaraan semula jadi yang mencukupi untuk keselesaan para pengguna.

    2.1.2 Dalam keadaan-keadaan tertentu, dan/atau sekiranya bilik air terpaksa diletakkan di tempat-tempat yang tidak men-dapat pencahayaan dan pengalihan udara semula jadi, perkara-perkara seperti berikut hendaklah diberi perhatian :-

    i. Pencahayaan yang mencukupi daripada lampu, seperti dinyatakan di perenggan 6.0 Bahagian 2 : Garis Panduan Reka Bentuk.

    ii. Pengalihan udara secara mekanikal yang efektif, seperti dinyatakan di perenggan 7.0

    Bahagian 2 : Garis Panduan Reka Bentuk.

    2.2 Bilik Air Berasingan

    2.2.1 Bagi bilik air yang ditempatkan di dalam bangunan khusus

    1

  • untuk bilik air sahaja (terasing daripada mana - mana bangunan utama) di tempat/premis awam tertentu seperti

    taman-taman rekreasi, kawasan-kawasan pelancongan,

    pedestrian mall dan sebagainya, perkara-perkara berikut

    hendaklah diberi perhatian :-

    i. Bangunan bilik air hendaklah mudah dilihat iaitu tidak tersorok dan tidak jauh daripada pandangan dan laluan umum, demi keselamatan pengguna, selain mengelakkan vandalism .

    ii. Reka bentuk bangunan bilik air hendaklah ber-konsepkan rehat dan rawat dengan suasana kehijauan, di samping mesra pengguna, agar dapat berfungsi bukan sahaja sebagai tempat

    membersih diri, tetapi juga merehatkan badan.

    2.3 Papan Tanda dan Arah Tunjuk

    2.3.1 Papan-papan tanda dan arah tunjuk yang terang dan jelas ke bilik-bilik air, hendaklah disediakan dengan cukup bagi memudahkan pengguna.

    3.0 NISBAH BILANGAN TANDAS LELAKI DAN TANDAS WANITA 3.1 Kajian yang dijalankan oleh beberapa badan/persatuan yang ber-

    kaitan di luar negara mendapati bahawa wanita mengambil masa lebih kurang dua kali lebih lama berbanding lelaki untuk aktiviti buang air kecil. Wanita mengambil purata masa lebih kurang 3 minit berbanding 1 minit 24 saat yang diambil oleh lelaki. Perbezaan masa

    ini seringkali menyebabkan barisan pengguna yang menunggu lebih panjang di tandas-tandas wanita.

    3.2 Bagi mengatasi masalah ini, bilangan kubikel tandas wanita perlu ditambah. Nisbah bilangan kubikel tandas lelaki dan wanita yang

    2

  • sesuai berdasarkan kajian itu ialah 2 : 3. Nisbah ini boleh disamakan dengan menyediakan urinal yang mencukupi di bilik air lelaki .

    4.0 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN 4.1 Bilik Air Awam di Bangunan-Bangunan Pejabat dan Institusi

    4.1.1 Bagi bilik air awam di bangunan-bangunan pejabat (kerajaan, separa kerajaan dan swasta) dan bangunan-

    bangunan institusi seperti sekolah, asrama dan lain-lain,

    kemudahan-kemudahan asas seperti berikut hendaklah disediakan :-

    i. Kubikel-kubikel tandas dalam nisbah bilangan seperti yang dinyatakan di 3.2. Kedua-dua jenis tandas cangkung (TC) dan tandas duduk (TD) hendaklah disediakan. Nisbah bilangan 3 TC : 2 TD dicadangkan ;

    ii. Kubikel-kubikel mandi, jika perlu/berkaitan sahaja, contohnya, di asrama-asrama ;

    iii. Kubikel tandas untuk orang kurang upaya atau OKU ;

    iv. Urinal (tandas lelaki sahaja) ;

    v. Kaunter besen basuh tangan (BBT) sama ada bersekali dengan kaunter solek ataupun berasingan; dan

    vi. Bilik/stor pencuci (janitor's room).

    4.2 Bilik Air Awam di Tempat / Premis Awam Lain

    4.2.1 Bagi bilik-bilik air di tempat/premis awam lain seperti

    3

  • kompleks perniagaan, tempat-tempat rekreasi dan/atau

    pelancongan, stesen-stesen pengangkutan awam dan lain-

    lain, kemudahan-kemudahan asas seperti yang berikut hendaklah disediakan :-

    i. Kubikel-kubikel tandas : kedua-dua jenis TC dan TD dalam nisbah bilangan seperti yang dinyatakan di 4.1.1 (i) ;

    ii. Kubikel-kubikel mandi hujan, jika berkaitan sahaja ;

    iii. Bilik air khas untuk OKU ;

    iv. Kubikel tandas khas untuk anak kecil yang masih memerlukan bantuan;

    v. Urinal (bilik air lelaki sahaja) ;

    vi. Kaunter solek bersekali dengan BBT untuk orang dewasa dan kanak-kanak, ataupun berasingan, bergantung kepada lokasi dan keluasan bilik air;

    vii. Bilik/ruang tukar lampin dan menyusu anak ;

    viii. Ruang rehat (mengikut kesesuaian tempat) ; dan

    ix. Bilik/stor pencuci.

    4

  • BAHAGIAN 2 :

    GARIS PANDUAN REKA BENTUK

  • BAHAGIAN 2 : GARIS PANDUAN REKA BENTUK

    1.0 SAIZ 1.1 Kubikel Tandas

    1.1.1 Rujuk RAJAH 2 - 4.

    1.1.2 Dimensi minimum semua kubikel tandas tipikal hendaklah 1200mm lebar dan 1800mm panjang diukur dari permukaan dinding ber-kemasan jubin.

    1.1.3 Dimensi minimum kubikel tandas khas untuk anak kecil hendaklah 1200mm lebar dan 1800mm panjang diukur dari permukaan dinding berkemasan jubin.

    1.1.4 Ketinggian minimum semua jenis dinding hendaklah 2100mm.

    1.2 Bilik Air Orang Kurang Upaya (OKU)

    1.2.1 Rujuk RAJAH 5 dan GAMBAR 8. 1.2.2 Dimensi minimum dan semua keperluan bilik air OKU hendaklah ber-

    dasarkan MS 1184:1991 Code Of Practice For Access For Disabled

    People To Public Buildings.

    1.3 Kubikel Mandi

    1.3.1 Rujuk RAJAH 6.

    1.3.2 Sekiranya berkaitan dan perlu disediakan, dimensi minimum kubikel hendaklah 1200mm lebar dan 1800mm panjang di antara permukaan semua jenis dinding berkemasan jubin.

    5

  • 1.3.3 Ketinggian minimum semua jenis dinding hendaklah 2100mm.

    2.0 SUSUN ATUR 2.1 Kubikel-Kubikel Tandas dan Ruang-Ruang Lain.

    2.1.1 Rujuk RAJAH 7 (i),(ii) dan (iii).

    2.1.2 Secara amnya, susun atur keseluruhan bilik air hendaklah memudah-kan para pengguna bergerak dari satu ruang ke satu ruang yang lain di dalam bilik air tersebut.

    2.1.3 Kedudukan kubikel-kubikel tandas dan ruang/kemudahan lain yang di-sediakan hendaklah mudah dilihat, di samping memberi keselesaan diri (privacy) kepada para pengguna.

    2.2 Ruang Penampan / Perantaraan

    2.2.1 Semua bilik air, terutamanya di dalam bangunan, yang menghadap

    /membuka ke lobi atau sebarang ruang awam, hendaklah mempunyai ruang penampan (buffer)/perantaraan. Selain berfungsi sebagai peng-adang visual untuk melindungi sebarang aktiviti di dalam bilik air daripada pandangan umum, ruang ini juga berfungsi sebagai penampan bau agar sebarang bau (yang tidak menyenangkan) dari kubikel-kubikel tandas tidak terus keluar ke lobi/ruang awam.

    2.2.2 Dengan adanya ruang penampan (dan bergantung kepada susun atur),

    pintu masuk utama ke bilik air mungkin tidak diperlukan. 2.3 Bilik Air OKU

    2.3.1 Di premis-premis awam, bilik air OKU berasingan masing-masing untuk perempuan dan lelaki wajar di sediakan - [RAJAH 7(i)].

    6

  • 2.3.2 Sekiranya hanya 1 bilik air OKU disediakan, bilik air tersebut hendaklah ditempatkan di bahagian luar, tetapi bersebelahan dengan bilik air awam bagi memudahkan akses, selain untuk diguna sama - [RAJAH 7 (ii) dan (iii)].

    2.4 Kubikel Tandas Khas Untuk Anak Kecil

    2.4.1 Satu kubikel khas disyor disediakan di dalam bilik air (perempuan dan lelaki) bagi kegunaan anak kecil yang masih memerlukan bantuan.

    2.5 Ruang Rehat

    2.5.1 Ruang rehat (sekiranya disediakan) hendaklah ditempatkan di bahagian luar bilik air atau berhampiran pintu/ruang masuk ke bilik air - [RAJAH 7(i)]. Ruang ini hendaklah sentiasa kering, dan, seboleh-bolehnya, tidak terletak di kawasan laluan pengguna tandas dan/atau BBT.

    2.6 Ruang Tukar Lampin dan Menyusu Anak

    2.6.1 Ruang untuk ibu-ibu menukar lampin dan/atau menyusu anak hendaklah

    disediakan di bahagian luar, tetapi bersebelahan dengan bilik air perempuan - [RAJAH 7(i) dan (ii]).

    2.7 Bilik Pencuci

    2.7.1 Bilik pencuci untuk menyimpan semua peralatan mencuci, di samping menjadi ruang rehat pencuci, hendaklah disediakan dan ditempatkan di luar tetapi bersebelahan dengan sama ada bilik air perempuan atau lelaki - [RAJAH 7(i), (ii) & (iii)].

    3.0 KELENGKAPAN UTAMA DAN PERINCI 3.1 Di Dalam Semua Kubikel Tandas

    7

  • 3.1.1 Tiga (3) alternatif sistem hos penyucian (daripada PVC atau bahan-bahan lain yang tahan lama/lasak) seperti berikut, dicadangkan :-

    3.1.1.1 Alternatif 1 : Hos Tergantung Bebas [GAMBAR 1]

    i. Hos tergantung bebas di dinding ini dicadang digunakan di semua kubikel tandas di premis-premis awam, sekolah, institusi pengajian dan latihan, dan lain-lain, yang lazimnya lebih terdedah kepada vandalism.

    ii. Hos hendaklah dipasang pada ketinggian yang bersesuaian

    yang membolehkan HUJUNG hos sampai rapat ke badan pengguna semasa diguna, tetapi TIDAK mencecah lantai apabila hos dilepaskan, walaupun tidak disangkut.

    iii. Bagi memastikan kesempurnaan fungsi di perkara (ii), semua dimensi dan perinci berikut hendaklah diberi perhatian khusus semasa pemasangan hos :-

    a) Dimensi a [di antara permukaan dinding sebelah kanan

    pengguna dan garis tengah mangkuk tandas cangkung (TC) atau tandas duduk (TD), hendaklah satu dimensi malar/tetap (constant) iaitu 550mm, walau-pun kubikel mungkin lebih lebar daripada 1200mm.

    b) Sekiranya hos dipasang pada ketinggian 900mm (atau kurang) dari aras lantai TC/TD, gabungan dimensi paip b (jarak sambungan hos dari dinding) dan dimensi c (dimensi panjang hos) hendaklah masing-masing mini-mum 990mm untuk TC dan 740 mm untuk TD.

    c) Apabila hos dilepaskan setelah diguna, HUJUNG hos

    hendaklah TIDAK terkena lantai. Jarak d (di antara hujung hos dan permukaan lantai) hendaklah masing-

    8

  • masing 10m - 15mm untuk TC, dan 300mm - 305mm untuk TD.

    d) Pemasangan hos hendaklah tidak terlalu rendah kerana dimensi paip b akan menjadi terlalu panjang dan boleh mengganggu keselesaan pengguna.

    e) Sekiranya hos dipasang pada ketinggian lebih daripada 900mm dari aras lantai, dimensi b menjadi kurang kritikal. Hanya jarak d yang perlu diberi perhatian.

    3.1.1.2 Alternatif 2 : Hos Berlengan Swivel [GAMBAR 2]

    i. Hos disambung pada hujung lengan swivel (swivelled arm) agar boleh digerakkan ke kiri (depan) atau ke

    kanan (belakang) mengikut cita rasa dan keselesaan pengguna. Hos ini lebih sesuai digunakan di bilik-bilik air bangunan pejabat dan bangunan-bangunan lain yang TIDAK terlalu terdedah kepada vandalism.

    ii. Seperti alternatif 1, hos ini hendaklah dipasang pada

    ketinggian yang bersesuaian agar HUJUNG hos boleh sampai rapat ke badan pengguna semasa diguna, tetapi TIDAK mencecah permukaan lantai apabila/sekiranya hos dilepaskan.

    iii. Bagi memastikan kesempurnaan fungsi hos dan, dengan andaian hos dipasang pada ketinggian 900mm (atau kurang) dari aras lantai TC/TD, perinci-perinci berikut [seperti di 3.1.1.1], hendaklah diberi perhatian khusus semasa pemasangan, iaitu :-

    a. Dimensi a [di antara permukaan dinding sebelah kanan pengguna dan garis tengah mangkuk TC/TD)],

    9

  • hendaklah dimensi malar/ tetap (constant) tidak lebih daripada 550mm, walaupun kubikel mungkin lebih lebar daripada 1200mm.

    b. Gabungan dimensi lengan bersendi swivel (b) dan dimensi panjang hos (c) hendaklah tidak kurang daripada 990mm untuk TC, dan 740mm untuk TD.

    c. Sekiranya hos dibiar/dilepas tergantung, jarak mini-

    mum d di antara hujung hos dan permukaan lantai hendaklah 10mm-15mm untuk TC, dan 300mm-305mm untuk TD.

    d. Sekiranya hos dipasang terlalu rendah, lengan b akan menjadi terlalu panjang, tetapi pengguna tidak terganggu kerana lengan swivel boleh dirapatkan ke dinding. Cuma kos bahan (keluli lihat e) akan meningkat sedikit.

    e. Lengan swivel hendaklah daripada keluli tahan karat

    dan tahan lama / lasak. Kaedah pemasangannya ke dinding hendaklah tidak mudah dirosak/dicuri.

    3.1.1.3 Alternatif 3 : Hos Berbebola Keluli [GAMBAR 3]

    i. Sistem bebola keluli digunakan untuk mengawal hujung hos daripada mencecah permukaan lantai, dan tahap penarikan hos oleh pengguna.

    ii. Penggunaan pendakap keluli berlubang yang dipasang lekat ke dinding, juga menghalang hujung hos daripada jatuh ke lantai kerana hujung hos tersekat di lubang tersebut.

    10

  • iii. Hos ini mungkin sesuai digunakan di kubikel-kubikel

    tandas di premis-premis awam, sekolah, institusi pengajian serta latihan, yang lebih terdedah kepada vandalism.

    iv. Seperti alternatif 1 dan 2, perinci-perinci pemasangan di 3.1.1.1, terutamanya semua dimensi dan kedudukan peralatan tandas, hendaklah diberi perhatian khusus bagi memastikan kesempurnaan fungsi hos.

    CATATAN PENTING untuk semua alternatif :

    a) Pengawasan rapi dengan perhatian khusus terhadap semua perkara di 3.1.1.1 3.1.1.3 semasa pemasangan di tapak bina amat perlu bagi memastikan hos berfungsi sebagaimana sepatutnya.

    b) Keselesaan pengguna serta kefungsian hos amat berkait rapat dengan kedudukan hos di dinding dan kedudukan mangkuk TC/TD. Kedudukan hos di dinding hendaklah sejajar dengan dengan birai depan mangkuk tandas, manakala kepala paip pula TIDAK melebihi paras bahu pengguna semasa pengguna bercangkung (TC) atau duduk (TD) agar mudah dicapai.

    c) Kepala penyembur (nozzle head) TIDAK disyorkan di-pasang pada hujung hos kerana biasanya mudah patah/rosak, selain sukar untuk dikendalikan kerana tekanan air yang lazimnya tidak menentu. Ini amat ketara di premis-premis awam.

    3.1.2 Kelengkapan lain seperti berikut hendaklah juga disediakan :- i. Rak gantung daripada keluli tahan karat berlubang (perforated)

    11

  • untuk buku, fail, beg dan sebagainya, di dinding belakang kubikel tandas [RAJAH 2(iv)]. Sekiranya sudah terdapat kekotak per-khidmatan (untuk sistem perkhidmatan), rak tidak diperlukan.

    ii. Cangkuk untuk menyangkut pakaian, beg tangan dan sebagainya,

    di belakang pintu kubikel tandas pada ketinggian yang ber- sesuaian/mudah untuk pengguna, tetapi barang yang disangkut TIDAK mudah dikait dari luar.

    Catatan : a. Cangkuk dicadangkan di belakang pintu (bukan di dinding

    di antara kubikel) kerana sebarang usaha untuk mengait keluar barang yang disangkut oleh seseorang yang ber-diri di depan pintu lebih mudah disedari (dapat dilihat) oleh pengguna sendiri (dari dalam kubikel) dan/atau orang lain (di luar), berbanding dengan usaha yang sama dari kubikel-kubikel bersebelahan, sekiranya cangkuk di-

    pasang di dinding kiri atau kanan.

    b. Sebagai langkah keselamatan tambahan untuk mengelak barang yang disangkut daripada mudah dikait dari luar,

    cangkuk hendaklah dilengkapkan dengan sejenis peng-adang, tetopi atau lain-lain seumpamanya, di bahagian atasnya - [RAJAH 9].

    iii. Palang paut daripada keluli tahan karat pada ketinggian dan kecondongan yang bersesuaian dan mudah/selesa dipaut, di dinding sebelah kanan pengguna - [RAJAH 2 & 3].

    iv. Pemegang tisu tandas jenis gulung, helaian atau lain-lain seumpamanya, disyorkan dipasang di dinding luar (BUKAN di dalam setiap kubikel tandas bilik air awam) bagi mengatasi pembaziran dan/ atau penyalahgunaan.

    12

  • CATATAN : Untuk bilik air di bangunan-bangunan pejabat, tisu tandas jenis gulung (di dalam kekotak khas agar tidak mudah dibasahkan, biasanya semasa kerja pembersihan), disyor dipasangkan di dalam setiap kubikel tandas, pada ketinggian yang bersesuaian untuk pengguna TC/TD.

    v. Kotak tuala wanita yang dipasang lekat (dengan sokongan pendakap keluli tahan karat agar boleh/mudah diangkat untuk dibersihkan) ke dinding sebelah kiri ke arah belakang pengguna [RAJAH 10] di dalam semua kubikel tandas bilik air perempuan, kecuali kubikel tandas untuk anak kecil.

    vi. Kemudahan untuk meletak / menyangkut basinet di dalam se-kurang-kurangnya satu kubikel TC dan TD di bilik air perempuan - [GAMBAR 7(i)].

    3.2 Di Dalam Kubikel OKU

    3.2.1 Rujuk RAJAH 5 & GAMBAR 8. 3.2.2 Keperluan asas - Rujuk 1.2

    3.2.3 Kotak tuala wanita [Rujuk 3.1.2(v)], di dalam kubikel guna sama atau

    kubikel OKU perempuan.

    3.3 Di Dalam Kubikel Tandas Anak Kecil

    3.3.1 Rujuk RAJAH 4.

    3.3.2 Satu (1) TD untuk kanak-kanak hendaklah disediakan.

    3.3.3 Satu (1) shower tray 900mm x 900mm lengkap dengan paip dan hos

    untuk ibu/bapa mencuci anak kecil disyor disediakan.

    13

  • 3.3.4 Kemudahan untuk meletak/menyangkut basinet [GAMBAR 7(i)] hendaklah disediakan bagi kemudahan ibu/bapa yang membawa bayi.

    3.3.5 Tempat duduk (konkrit in-situ dengan kemasan jubin, atau plastik

    tahan lasak, keluli tahan karat, atau bahan-bahan lain yang tahan lasak dan kalis air, serta boleh dilipat ke dinding) disyor disediakan untuk ibu/bapa duduk sementara menunggu si anak melakukan urusan peribadinya.

    3.4 Urinal (Bilik Air Lelaki Sahaja)

    3.4.1 Unit-unit urinal berasingan (dalam bilangan yang bersesuaian untuk menampung kekurangan bilangan TC/TD kerana nisbah 2:3) dengan

    sesekat di antara unit, hendaklah dipasang pada ketinggian yang ber-sesuaian, di semua bilik air lelaki.

    3.4.2 Ketinggian sesekat hendaklah boleh memberi keselesaan diri kepada pengguna daripada pengguna-pengguna bersebelahan.

    3.4.3 Setiap unit urinal hendaklah mempunyai sistem kumbahan tersendiri, serta lengkap dengan paip air bersih berasingan untuk bersuci.

    3.4.4 Satu urinal untuk kanak-kanak, lengkap dengan sistem kumbahan dan

    penyucian seperti di 3.4.2, hendaklah disediakan pada ketinggian yang bersesuaian - [GAMBAR 6(iii)].

    3.5 Kubikel Mandi Hujan (Di mana-mana berkaitan sahaja) 3.5.1 Rujuk RAJAH 6.

    3.5.2 Semua kubikel mandi di bangunan-bangunan asrama (sekolah, institusi latihan perindustrian, institusi pengajian tinggi dan sebagainya) dan

    mungkin juga di premis-premis awam, hendaklah dilengkapkan dengan keperluan-keperluan berikut :-

    14

  • i. Kepala pancur air hujan (shower head) atau KPAH pada ketinggian 1800mm (kubikel perempuan) dan 2000mm (kubikel lelaki);

    ii. Paip tegak setinggi 950mm dari aras lantai;

    iii. Tempat sabun berhampiran paip tegak ; dan

    iv. Cangkuk [rujuk 3.1.2(ii)], di belakang pintu.

    3.5.3 KPAH hendaklah dipasang terbenam ke dalam dinding dengan per-mukaan KPAH sama rata dengan permukaan dinding (flushed with wall surface), sebagai satu langkah mengatasi masalah vandalism yang

    sering dikaitkan dengan para pelajar/penuntut/pelatih institusi-institusi

    pendidikan/latihan, serta penghuni bilik-bilik tahanan/lokap (bagi projek-projek balai polis, penjara, pusat serenti, dan lain-lain seumpamanya).

    3.6 Ruang Tukar Lampin dan Menyusu Bayi

    3.6.1 Rujuk GAMBAR 7(ii).

    3.6.2 Kaunter yang lengkap dengan BBT dan sebarang kemudahan lain yang bersesuaian dengan fungsi menukar lampin hendaklah disediakan.

    3.6.3 Kerusi/bangku panjang yang selesa untuk ibu menyusu bayi hendak-lah disediakan.

    3.7 Ruang Rehat (sekiranya disediakan berasingan)

    3.7.1 Kaunter solek (lengkap dengan cermin sepanjang kaunter), dan bangku /kerusi rehat hendaklah disediakan.

    3.8 Kaunter Besen Basuh Tangan (BBT) dan Kaunter Solek

    3.8.1 Rujuk GAMBAR 4 & 6

    15

  • 3.8.2 Kaunter BBT dan kaunter solek boleh disediakan sama ada bersekali (1 kaunter) atau berasingan (2 kaunter), bergantung kepada saiz dan susun atur bilik air.

    3.8.3 Sekiranya 1 kaunter BBT dan solek disediakan, kaunter hendaklah berdekatan dengan kubikel-kubikel tandas untuk kemudahan dan keselesaan pengguna.

    3.8.4 Sekiranya 2 kaunter berasingan disediakan, kaunter BBT hendaklah berdekatan dengan kubikel-kubikel tandas, manakala kaunter solek pula jauh sedikit di ruang lain.

    3.8.5 Sekiranya lebih daripada 2 kaunter solek dan BBT disediakan (bagi

    bilik air yang besar/luas, biasanya di premis awam, dan berkonsepkan

    rawat dan rehat), 1 kaunter hendaklah diletakkan berhampiran dengan pintu masuk utama, iaitu tidak terlalu jauh ke dalam bilik air, bagi kemudahan/keselesaan pengguna yang ingin bersolek dan/atau meng-

    gunakan BBT sahaja, tanpa ke tandas.

    3.8.6 Kaunter yang lebih rendah (dengan sekurang-kurangnya 1 BBT) untuk kanak-kanak, hendaklah disediakan di premis-premis awam.

    3.8.7 Tiga (3) jenis kaunter BBT dicadangkan iaitu :-

    i. Panel kaunter permukaan pepejal pasang siap bersekali dengan BBT (solid surface counter top with integrated wash- hand-basin [WHB]) biasanya daripada bahan-bahan komposit - [GAMBAR 4(i)] ; atau

    ii. Panel kaunter seperti di (i), tetapi siap berlubang (dari kilang)

    dengan BBT tanah liat kekaca berasingan yang dipasang dari bawah iaitu under-counter WHB [GAMBAR 4(iia)] , atau dari atas [GAMBAR 4 (iib)] ; dan

    16

  • iii. Kaunter konkrit in situ, dengan BBT dipasang dari bawah [GAMBAR 4(iiia)], atau dari atas [GAMBAR 4(iiib)]. Kaunter hendaklah dikemaskan dengan jubin homogen.

    3.8.8 Permukaan semua jenis kaunter hendaklah melandai ke arah BBT agar air tidak bertakung di atas permukaannya.

    Catatan : Seelok-eloknya, bahagian tepi / birai luar (outer edge) kaunter hendaklah ditinggi / dinaikkan sedikit [GAMBAR 4(i)], agar air (sekiranya ada) di atas permukaan kaunter tidak melimpah / mengalir / menitik ke lantai di sepanjang birai / tepi kaunter, selain membasahi pakaian pengguna.

    3.8.9 Pemasangan BBT (sekiranya in situ) hendaklah tidak terlalu jauh dari birai depan kaunter hingga terlalu rapat ke dinding, agar pengguna tidak perlu terjengket-jengket untuk membasuh muka, terutamanya kalau kaunter terlalu tinggi. Kedudukan BBT seboleh-bolehnya hendaklah tidak lebih daripada 50mm dari birai depan kaunter - [GAMBAR 5].

    CATATAN : Ruang yang lebih luas di antara birai BBT dan birai kaunter akan menyebabkan air (banyak atau sedikit bergantung kepada pengguna) terkumpul di sepanjang ruang tersebut. Pengguna biasanya terpaksa berdiri rapat ke kaunter, menyebabkan bahagian depan pakaiannya basah. Setiap kali pengguna bergerak (dengan pakaiannya tersentuh birai kaunter), pakaiannya yang basah akan menarik air yang ada di tepi birai kaunter, menyebabkan air menitik ke lantai.

    3.8.10 Ketinggian kaunter BBT hendaklah bersesuaian dan mengambil kira ketinggian purata pengguna, terutamanya di bilik air perempuan.

    3.8.11 Pemasangan BBT separa lekuk ke dalam kaunter [GAMBAR 6] mungkin lebih sesuai dan mesra pengguna kerana pengguna boleh berdiri rapat ke BBT tanpa pakaiannya menjadi terlalu basah. Ruang dan kos dapat dijimatkan kerana kaunter tidak perlu terlalu lebar.

    17

  • 3.8.12 Semua paip untuk BBT hendaklah jenis tunjang berkepala jenis putaran 90o (1/4 turn pillar tap) dengan pemegang loyang berkrom (brass chrome handle), serta berleher tinggi atau panjang agar air jatuh ke bahagian tengah besen. Muncung paip hendaklah tidak terlalu rapat ke birai sebelah dalam BBT agar air tidak jatuh ke atas kaunter dan bertakung di sepanjang tepi dinding - [GAMBAR 5].

    4.0 PERINCI-PERINCI LAIN

    4.1 Perbezaan Aras Lantai dan Permukaan Melandai 4.1.1 Semua aras ruang lantai basah hendaklah lebih rendah daripada aras ruang lantai kering dalam bentuk penurunan aras dan/atau permukaan melandai.

    4.1.2 Perbezaan aras di antara aras lantai ruang-ruang basah dan kering hendaklah jelas agar tidak membahayakan pengguna.

    4.1.3 Sebagai langkah keselamatan, disyorkan supaya sebarang perbezaan aras kurang daripada 25mm dibuat melandai, bukan dalam bentuk penurunan aras (drop).

    4.1.4 Pada amnya, pemasangan jubin lantai keseluruhan bilik air dan semua kubikel (tandas dan mandi), hendaklah melandai dari ruang kering dan semua penjuru bilik/kubikel ke arah perangkap lantai (PL) masing-masing - [RAJAH 2-6].

    4.1.5 Aras tempat cangkung untuk TC, hendaklah tidak lebih daripada 200mm tinggi dari aras lantai kubikel - [RAJAH 2(ii)]. Sekiranya aras ini lebih tinggi daripada 200mm, anak tangga disyor disediakan.

    4.1.6 Pemasangan jubin lantai di sekeliling mangkuk TC hendaklah

    melandai ke arah mangkuk TC - [RAJAH 2(i)].

    18

  • 4.1.7 Ruang lantai kering di dalam kubikel mandi hendaklah melandai ke arah ruang basah, dengan penurunan aras 125mm di antara lantai kering dan lantai basah - [RAJAH 6].

    4.2 Perangkap Lantai dan Longkang

    4.2.1 Perangkap lantai (PL) hendaklah disediakan di dalam semua kubikel tandas dan mandi, dan di tempat/penjuru yang bersesuaian di ruang-ruang lain di luar kubikel.

    4.2.2 Kedudukan PL di dalam kubikel TD hendaklah tidak mudah diterpijak pada bila-bila masa jua - [RAJAH 2(i), 3 (i), 4(i) & 5(i)].

    4.2.3 Penutup perangkap lantai berlubang-lubang kecil disyor digunakan

    kerana lebih berkesan dalam memerangkap rambut dan sebarang sampah/bahan pepejal kecil, selain menghalang lipas keluar-masuk lubang paip.

    4.2.4 Longkang (jika disediakan, lazimnya untuk tandas TC), hendaklah

    melandai ke arah PL. 4.3 Peralatan dan Aksesori

    4.3.1 Alat kebersihan semua tandas hendaklah menggunakan perangkap P.

    4.3.2 Semua tandas hendaklah menggunakan sistem flush valve dengan sistem tekan butang di dinding sebelah kanan pengguna.

    4.3.3 Saiz dan jenis butang hendaklah bersesuaian agar pengguna hanya

    perlu menggunakan tapak tangan (bukan hujung jari) untuk menekannya dengan mudah.

    4.3.4 Pengering tangan automatik (bilangan bergantung kepada saiz bilik air)

    hendaklah disediakan dan ditempatkan di tempat-tempat yang ber-

    19

  • sesuaian tetapi seberapa hampir dengan kaunter BBT, agar pengguna tidak perlu berjalan jauh untuk mengeringkan tangan. Ini dapat mengurangkan masalah lantai menjadi basah disebabkan air yang menitis

    daripada tangan basah.

    5.0 KEMASAN

    5.1 Lantai

    5.1.1 Jubin homogen tahan lasak, tidak licin, tetapi tidak terlalu kasar permukaannya (agar mudah untuk dibersihkan), dan bersaiz 200mm x 200mm atau lebih (kurang sambungan jubin, mudah untuk dibersihkan) disyor digunakan untuk keseluruhan bilik air.

    5.1.2 Floor mat daripada plastik, getah atau bahan-bahan sintetik lain disyor

    diletakkan di luar pintu masuk utama ke bilik air untuk memerangkap pasir atau batu halus, terutamanya di kawasan-kawasan berpasir.

    5.1.3 Penggunaan floor mat di DALAM bilik-bilik air hendaklah DIELAKKAN kerana boleh mengakibatkan kekotoran yang menyukarkan kerja pem-bersihan disebabkan sampah, pasir, makanan, najis dan lain-lain yang terkumpul di bawahnya, selain boleh menggalakkan pembiakan kuman.

    5.2 Dinding batu bata

    5.2.1 Jubin seramik tahan lasak bersaiz 200mm x 200mm atau lebih (mudah untuk dibersihkan) disyor digunakan.

    5.2.2 Sebarang sudut tajam 90o di antara jubin dinding dan/atau sebarang tetingkat dengan jubin lantai hendaklah dielakkan dengan penggunaan jubin-jubin khusus/aksesori yang bersesuaian - [(RAJAH 8(ii)].

    20

  • 5.2.3 Bagi mengelak resapan air sekiranya bilik air (basah/lembap) terletak bersebelahan dengan ruang-ruang kering seperti pejabat, bilik darjah,

    perpustakaan dan lain-lain, permukaan dinding batu bata di sebelah dalam bilik air hendaklah dilepa sebanyak 2 lapis, dengan lapisan kalis lembap (damp proof membrane) di TENGAH-nya dari aras lantai sehingga ketinggian 2100mm, SEBELUM jubin dinding dipasang -[(RAJAH 8(i)].

    5.3 Siling 5.3.1 Penggunaan kemasan siling yang boleh/mudah menyerap kelem-

    bapan dan seterusnya menggalakkan pembiakan kuman, selain mengeluarkan bau busuk, hendaklah dielakkan.

    5.3.2 Sistem siling gantung aluminium T disyor digunakan di bilik air bangunan-bangunan bertingkat (contohnya bangunan pejabat) kerana panel-panel siling boleh/mudah diangkat untuk kerja penyelenggaraan.

    5.3.3 Siling berwarna cerah disyor digunakan untuk keseluruhan bilik air.

    5.4 Pintu Kubikel

    5.4.1 Rujuk GAMBAR 9. 5.4.2 Pintu semua kubikel (tandas dan mandi) hendaklah daripada bahan

    tahan lama dan kalis air, contohnya, pintu lamina bertekanan tinggi (high pressured laminated door), pintu ram (louvred door) yang boleh menggalakkan pengalihan udara dari luar kubikel, dan lain-lain se-umpamanya.

    5.4.3 Semua pintu hendaklah lengkap dengan set sistem selak yang menunjukkan kubikel SEDANG DIGUNA atau KOSONG, sama ada dalam bentuk warna (merah untuk SEDANG DIGUNA dan hijau untuk KOSONG), atau dalam bentuk tulisan.

    21

  • 5.4.4 Set sistem selak hendaklah jenis bermutu inggi dan tahan lasak, serta mudah untuk dikendali (contohnya, tidak terlalu ketat) oleh semua pengguna.

    5.4.5 Renggang/ruang (gap/space) di antara birai bawah pintu dan lantai

    hendaklah tidak terlalu besar agar keselesaan pengguna tidak terganggu.

    6.0 PENCAHAYAAN 6.1 Seboleh-bolehnya, bilik air hendaklah ditempatkan di bahagian tepi bangunan

    dengan seberapa banyak tingkap aras tinggi, panel blok kaca dan lain-lain seumpamanya, untuk memperoleh pencahayaan semula jadi semaksimum mungkin pada waktu siang, agar bilik air tidak gelap, walaupun ketika berlaku kejadian bekalan elektrik terputus.

    6.2 Di mana-mana boleh, bahan-bahan cerah dan/atau mampu memantulkan cahaya disyor digunakan, untuk membantu menerangi bilik-bilik air

    6.3 Umumnya, paras pencahayaan (illumination) daripada lampu antara 100-150 lux1 sudah memadai untuk bilik air awam. Walau bagaimanapun, 150 - 200 lux disyorkan untuk memastikan keseluruhan bilik air berada dalam keadaan lebih terang dan ceria.

    6.4 Susun atur dan taburan tiub-tiub lampu di siling hendaklah serata dengan sekurang-kurangnya satu (1) lampu di dalam setiap kubikel, bagi memastikan keserataan pencahayaan di dalam keseluruhan bilik air, dan kubikel pula dalam keadaan terang.

    6.5 Sekiranya sistem pencahayaan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada

    lampu kerana keadaan tidak mengizinkan bilik air diletak di bahagian tepi bangunan (berhampiran tingkap), perkara-perkara berikut hendaklah diberi

    perhatian :-

    22

  • 6.5.1 Semua suis lampu bilik air hendaklah diletakkan di suatu tempat agar suis-suis HANYA boleh dikendalikan oleh pihak penyelenggara bangunan. Ini amat penting untuk memastikan lampu SENTIASA ter-pasang, dan pengguna TIDAK terperangkap dalam kegelapan dalam APA JUA keadaan. Ini juga boleh mengelakkan berlakunya kejadian suis ditutup tanpa disedari, atau kerana kenakalan seseorang.

    6.5.2 Lampu kecemasan KELUAR hendaklah ditempatkan di atas ambang bukaan pintu utama sebagai petunjuk arah keluar kepada pengguna, terutamanya apabila berlaku kegelapan kerana ketiadaan bekalan elektrik.

    Di bilik-bilik air yang besar, beberapa lampu kecemasan (bergantung kepada keluasan dan susun atur bilik air) daripada sumber bekalan

    elektrik berasingan (contohnya, bateri sokongan) mungkin diperlukan sebagai panduan/petunjuk arah ke pintu utama.

    6.6 Satu atau lebih (bergantung kepada saiz bilik air) suis soket 13A hendaklah disediakan untuk kegunaan peralatan mencuci bilik air.

    6.7 Sistem siar raya (public address system) lengkap dengan pembesar suara yang mencukupi dicadangkan dipasang untuk memudahkan sebarang peng-umuman dibuat apabila/sekiranya berlaku kecemasan agar pengguna tidak ter-perangkap dalam apa jua keadaan.

    7.0 PENGALIHAN UDARA 7.1 Seperti di 6.1, lokasi bilik air serta susun atur dalamannya hendaklah boleh

    menggalakkan pengalihan udara semula jadi semaksimum mungkin, dengan mengadakan seberapa banyak tingkap, penggunaan bumbung tinggi (elevated roof), jendela langit (sky roof) di mana-mana boleh, dan pintu ram untuk semua pintu kubikel dan pintu utama.

    7.2 Berdasarkan garis panduan antarabangsa2 , sistem pengalihan udara yang di-

    syorkan untuk bilik air ialah antara 6 hingga 10 pertukaran udara sejam.

    23

  • Walau bagaimanapun, bagi bilik-bilik air yang amat kerap digunakan, pertukaran udara 15 kali sejam disyorkan dan hendaklah dipastikan agar lebih selesa, selain membantu mempercepat proses pengeringan bilik air.

    7.3 Sebarang sistem mekanikal terkini dan bersesuaian untuk mempertingkatkan mutu udara dan keselesaan pengguna, selain mempercepat proses pengeringan bilik air hendaklah dipasang / disediakan di mana-mana bahagian dinding, siling dan lain-lain, tanpa mencacatkan/menjejaskan estetik ke-seluruhan bilik air.

    7.4 Pemasangan kipas-kipas siling (bilangan bergantung kepada saiz dan susun atur bilik air) disyorkan untuk keselesaan tambahan kepada para pengguna.

    7.5 Penggunaan pewangi automatik wajar digalakkan. 8.0 SYAF PERKHIDMATAN (SERVICE SHAFT)

    8.1 Reka bentuk bilik air di bangunan-bangunan bertingkat hendaklah menyediakan

    syaf perkhidmatan yang menempatkan/memuatkan semua saluran paip air bersih dan kotor, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan sistem kebersihan.

    8.2 Syaf perkhidmatan hendaklah boleh dimasuki melalui pintu di LUAR bilik air bagi memudahkan kerja penyelenggaraan paip dan lain-lain, tanpa meng-ganggu pengguna bilik air.

    RUJUKAN / NOTA KAKI :

    100 150 lux1 6 10 pertukaran udara sejam 2

    Daripada Kertas Kerja VENTILATION & LIGHTING DESIGN FOR GREEN & ODOURLESS PUBLIC TOILETS,

    K.F.Lau & Andy Suen, Hong Kong, semasa World Toilet Summit 2001 di Singapura.

    24

  • BAHAGIAN 3 :

    RAJAH & GAMBAR

  • 25

    RAJAH 1 : PETUNJUK

    SIMBOL KETERANGAN

    TC

    TD

    TK

    OKU

    H

    P

    PT

    PP

    PL

    BT

    CK

    R

    BS

    KTT

    BBT

    U

    KPH

    PR

    PLBT

    KBBTK

    B/SP

    C

    CP

    KS

    ST

    L

    B

    APT

    KTW

    TS

    Tandas Cangkung

    Tandas Duduk

    Tandas Khas (untuk anak kecil)

    Orang Kurang Upaya

    Hos ( tergantung/ berlengan swivel/ berbebola keluli)

    Paip/ Pili

    Paip/ Pili Tegak

    Palang Paut

    Perangkap Lantai

    Butang Tekan

    Cangkuk

    Rak

    Bekas Sabun

    Kotak Tisu Tandas

    Besen Basuh Tangan

    Urinal

    Kepala Pancur Hujan

    Pintu Rata

    Pintu Lamina Bertekanan Tinggi (lengkap dengan sistem selak)

    Kaunter BBT Kanak-kanak

    Bilik / Stor Pencuci

    Cermin

    Cermin Panjang

    Kaunter Solek

    Shower Tray

    Langsir

    Bangku

    Cerun / landai

    Alat Pengering Tangan

    Kotak Tuala Wanita

    Tong Sampah

  • 26

    RAJAH 2 : TANDAS CANGKUNG (TC)

    ( i ) PELAN (iii) PANDANGAN AKSONOMETRIK (ii) KERATAN A-A

  • 27

    RAJAH 3 : Lakaran Lengkung Ayunan (Swing Arc) Hos Dari Beberapa Ketinggian Pemasangan Hos Di Dinding Untuk Memastikan Hujung Hos Sampai Ke Anggota Badan Pengguna TC

  • 28

    RAJAH 4: TANDAS DUDUK (TD) (i) PELAN (ii) KERATAN B-B

    (iii) KERATAN A-A

  • 29

    RAJAH 5 : Lakaran Lengkung Ayunan Hos Dari Beberapa Ketinggian Pemasangan Hos Di Dinding Untuk Memastikan Hujung Hos Sampai Ke Anggota Badan Pengguna TD

  • 30

    RAJAH 6 : TANDAS KHAS (Untuk Anak Kecil )

    (i) PELAN

    (ii) KERATAN A-A

  • 31

    RAJAH 7 : TANDAS KHAS ( Orang Kurang Upaya )

    KTW

    (i) PELAN

    (ii) KERATAN A-A

  • 32

    RAJAH 8 : KUBIKEL MANDI HUJAN

    (i) PELAN

    (ii) KERATAN A-A

  • 33

    RAJAH 9(i) : CONTOH SUSUN ATUR BILIK AIR AWAM

    i) Susun atur 1

    Lobi / Ruang Legar

  • 34

    RAJAH 9(ii) : CONTOH SUSUN ATUR BILIK AIR AWAM

    ii) Susun atur 2

    Lobi / Ruang Legar

  • 35

    RAJAH 9(iii) : CONTOH SUSUN ATUR BILIK AIR AWAMI DI BANGUNAN PEJABAT

    iii) Susun atur 3

    Lobi / Ruang Legar

  • 36

    RAJAH 10 : PERINCI Pemasangan Jubin

    Perinci ( i )

    KEMASAN JUBIN LEPAAN SIMEN 18 mm LKL DARI ARAS LANTAI LEPAAN SIMEN 18 m

    Perinci ( ii )

    ATAU

    Perinci ( iii ) Perinci ( iv )

    SUDUT TAJAM DIKEMASKAN DENGAN AKSESORI KHUSUS

    SEPERTI PERINCI ( iii ) ATAU ( iv )

  • 37

    RAJAH 11 : PERINCI Pemasangan Cangkuk

    Perinci ( i )

    Perinci ( ii )

  • 38

    RAJAH 12 : PERINCI Pemasangan Kotak Tuala Wanita

    Perinci ( i ) Perinci ( ii )

  • 39

    Kepala paip terlalu tinggi

    Butang tekan

    Hujung hos dilepas ke dlm longkang.

    Hujung hos masih mencecah lantai atau dilepas ke dlm mangkuk tandas kerana hujung hos jatuh lebih rendah drpd aras lantai,. Hujung hos sepatutnya sama aras dengan aras lantai

    lantai tempat cangkung.

    GAMBAR 1

    CONTOH SISTEM PENYUCIAN

    ALTERNATIF 1 : HOS TERGANTUNG BEBAS

  • 40

    Hos boleh digerak ke depan/ ke belakang

    mengikut keselesaanpengguna

    Batang paip berfungsi sebagai palang paut

    Hujung hos tidak mencecah lantai

    Catatan : Hos untuk TD ini terlalu panjang, boleh dipendekkan lagi agar tidak disalah guna

    PANDANGAN DARI ATAS

    GAMBAR 2

    CONTOH SISTEM PENYUCIAN

    ALTERNATIF 2: HOS BERLENGAN SWIVEL

  • 41

    Aras lantai

    Butang

    Butang tekan

    Bebola keluli mengawal hos

    Bebola menawal : (i) Hujung hos daripada terkena lantai

    & (ii) Tahap penarikan hos oleh pengguna

    500mm

    Catatan Penting: Pengawasan semasa pemasangan di tapak amat penting

    untuk memastikan sistem berfungsi seperti yang dikehendaki.

    100mm

    480mm

    25mm

    600mm

    Hujung hos tersekat Di lubang pendakap

    Hujung hos tidak cecah lantai dengan kawalan

    bebola keluli

    GAMBAR 3

    CONTOH SISTEM PENYUCIAN

    ALTERNATIF 3 : HOS BERBEBOLA KELULI

  • 42

    (i) Kaunter pasang siap

    bersekali dengan BBT

    (iia) Kaunter siap berlubang

    (dari kilang)dengan BBT di- pasang (dari bawah) di tapak.

    (iiia) Kaunter konkrit in-situ,

    dengan BBT dipasang dari bawah

    (iiib) Kaunter konkrit in-situ,

    dengan BBT dipasang dari atas

    (iib) Kaunter siap berlubang

    (dari kilang) dengan BBT di- pasang (dari atas) di tapak.

    GAMBAR 4

    KAUNTER BESEN BASUH TANGAN (BBT) / SOLEK

  • 43

    (iv) Muncung paip terlalu pendek & rapat ke birai BBT menyebab- kan air jatuh ke atas kaunter,

    bukan ke dlm BBT apabila/sekiranya paip tidak ditutup rapat

    (ii) Jarak di antara birai BBT & birai kaunter seelok-

    eloknya tidak lebih drpd 50mm.

    (i) Paip terlalu rapat ke dinding, sukar untuk dibuka/ditutup,

    (iii) Mudah berlumut/

    kotor

    Umumnya, kedudukan BBT (dipasang dr bawah atau atas) terlalu rapat ke dinding. Air bertakung di antara birai BBT & birai kaunter & membasahi pakaian pengguna kerana pengguna terpaksa membongkokkan badan utk membasuh muka, terutamanya kalau kaunter terlalu tinggi. Setiap kali pengguna bergerak / bergesel dengan kaunter, pakaian basahnya menarik air yang terkumpul menyebabkan air menitik ke lantai.

    Muncung paip yang pendek & terlalu rapat ke birai dalam BBT menyukarkan seseorang membasuh

    tangan, selain menyebabkan air bertakung di atas kaunter.

    GAMBAR 5

    BEBERAPA CONTOH KELEMAHAN

    DALAM PEMASANGAN KAUNTER BBT

  • 44

    Pengguna boleh rapat ke BBT, baju tidak basah kerana air TIDAK bertakung (titik-titik air sahaja) di birai BBT.

    Kaunter tidak perlu lebar, boleh jimat ruang & kos.

    GAMBAR 6

    KAUNTER DENGAN BBT DIPASANG

    SEPARA LEKUK DI DALAM KAUNTER

  • 45

    (i) Kemudahan basinet untuk bayi di kubikel tandas perempuan dan kubikel khas untuk anak kecil.

    (ii) Kemudahan di bilik tukar lampin & menyusu bayi

    (iii) Kemudahan untuk kanak-kanak

    GAMBAR 7

    KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

  • 46

    1

    2

    3

    Petunjuk : a) 1 3 : Di KLIA b) 4 : di Lapangan Terbang Sultan Ismail, JB.

    4

    GAMBAR 8

    CONTOH KELENGKAPAN ASAS BILIK AIR OKU

  • 47

    GAMBAR 9

    BEBERAPA CONTOH PINTU KUBIKEL TANDAS

    Kandungan.pdfKandungan.pdf GARIS PANDUAN REKA BENTUK