lampiran 1 garispanduan pelaksanaan pengurusan …

20
6 LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PEMANTAUAN WAKTU MENUNGGU DI JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL (JPL) DAN KLINIK KESIHATAN 1. TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah pemantauan bagi mengurangkan waktu menunggu kepada kurang dari 30 minit akan perkhidmatan yang dijalankan di jabatan pesakit luar hospital dan perkhidmatan di klinik kesihatan. Ia akan dipantau oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara HARIAN dan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia secara MINGGUAN. 2. DEFINASI WAKTU MENUNGGU Definasi waktu menunggu bermula dari masa pelanggan mendapat nombor giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan. 3. LATAR BELAKANG Tempoh lama menunggu yang dihadapi oleh pelanggan di hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan, telah sering menimbulkan isu ketidakpuasan oleh pelanggan. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan dan imej Kementerian Kesihatan Malaysia. Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengambil serius perkara ini dan seterusnya menyarankan supaya semua pihak mengambil langkah pembaikan agar waktu menunggu berada dalam tempoh 30 minit di semua hospital dan klinik. Oleh yang demikian, bagi memastikan langkah penambahbaikan menepati sasaran, Ketua Pengarah Kesihatan akan membuat pemantauan secara HARIAN dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan memantau secara MINGGUAN. Semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan adalah diarah untuk memasukkan data ke dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti disempurnakan sebelum jam 7.00 pagi keesokan harinya.

Upload: others

Post on 17-Nov-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

6

LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PEMANTAUAN WAKTU MENUNGGU DI JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL (JPL) DAN KLINIK KESIHATAN 1. TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah pemantauan bagi

mengurangkan waktu menunggu kepada kurang dari 30 minit akan perkhidmatan

yang dijalankan di jabatan pesakit luar hospital dan perkhidmatan di klinik

kesihatan. Ia akan dipantau oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara

HARIAN dan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia secara

MINGGUAN.

2. DEFINASI WAKTU MENUNGGU Definasi waktu menunggu bermula dari masa pelanggan mendapat nombor

giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan.

3. LATAR BELAKANG Tempoh lama menunggu yang dihadapi oleh pelanggan di hospital dan klinik

untuk mendapatkan rawatan, telah sering menimbulkan isu ketidakpuasan oleh

pelanggan. Perkara ini dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan dan

imej Kementerian Kesihatan Malaysia.

Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengambil serius perkara ini dan seterusnya

menyarankan supaya semua pihak mengambil langkah pembaikan agar waktu

menunggu berada dalam tempoh 30 minit di semua hospital dan klinik.

Oleh yang demikian, bagi memastikan langkah penambahbaikan menepati

sasaran, Ketua Pengarah Kesihatan akan membuat pemantauan secara

HARIAN dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan akan memantau secara

MINGGUAN. Semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik kesihatan adalah

diarah untuk memasukkan data ke dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti

disempurnakan sebelum jam 7.00 pagi keesokan harinya.

Page 2: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

7

Sistem ini akan memberi analisa secara sebenar dan semasa (realtime) kepada

Ketua Pengarah Kesihatan setiap hari dan mingguan kepada Yang Berhormat

Menteri Kesihatan.

4. PELAKSANAAN

Fasiliti: Semua jabatan pesakit luar di hospital dan semua klinik kesihatan akan

melaksanakan pemantauan ini setiap hari.

Sampel pesakit: Semua pelanggan yang hadir di Jabatan Pesakit Luar Hospital dan semua

pelanggan di Klinik Kesihatan.

Piawai : Tempoh waktu menunggu di semua klinik dan jabatan pesakit luar hospital ialah

kurang 30 minit, bermula dari masa pelanggan mendapat nombor giliran hingga

masa beliau masuk bilik konsultasi untuk pemeriksaan.

Pencapaian yang akan dipantau ialah : Bilangan (%) pelanggan/ klinik/ jabatan pesakit luar yang mencapai waktu

menunggu kurang 30 minit.

Aplikasi eMasa menggunakan borang-web yang dibangunkan oleh Bahagian

Teknologi Maklumat Kementerian Kesihatan bagi membolehkan pengumpulan

data dengan lebih efisien. Bagi klinik-klinik yang menggunakan sistem aplikasi

TeleprimaryCare dan Klinik Kesihatan Putrajaya, Bahagian Pembangunan

Kesihatan Keluarga KKM akan menyediakan antara muka (interface) antara

sistem eMasa dengan TeleprimaryCare dan PutraCare. Arahan yang sama

terpakai bahawa semua pelanggan adalah sampel pemantauan.

Page 3: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

8

Arahan ini memerlukan semua jabatan pesakit luar di hospital dan klinik

kesihatan mendapatkan perkhidmatan talian internet dan komputer bagi

memudahkan penghantaran reten.

5. GARISPANDUAN PELAKSANAAN

5.1. Perincian - Waktu Menunggu

Waktu menunggu ditakrifkan dari masa nombor giliran diberi oleh

anggota pendaftaran sehingga dipanggil ke bilik konsultasi untuk

berjumpa petugas kesihatan, sama ada seorang pegawai perubatan/

pakar perubatan/ penolong pegawai perubatan. Jangkamasa ini diambil

sebagai tempoh waktu menunggu bagi klinik dan hospital yang memberi

perawatan kes biasa setibanya pelanggan di klinik atau jabatan pesakit

luar. Walaubagaimanapun definasi ini tidak boleh dipakai untuk kes

kritikal dan separa kritikal, kerana pesakit demikian khususnya

memerlukan rawatan segera.

5.2. Pemilihan Jabatan Pesakit Luar Hospital dan Klinik Kesihatan

Setiap negeri hendaklah memastikan semua jabatan pesakit luar di

hospital dan semua klinik kesihatan akan melaksanakan pemantauan ini

setiap hari. Jika klinik tiada talian internet dan komputer, klinik perlu

berusaha mendapatkan kemudahan ini.

5.3. Hari yang dipantau Pemantauan dibuat setiap hari bekerja. Semua jabatan pesakit luar di

hospital dan klinik kesihatan adalah diarah untuk memasukkan data ke

dalam eMasa sepanjang hari tetapi mesti disempurnakan sebelum jam

7.00 pagi keesokan harinya.

5.4. Pemilihan pelanggan

Semua pelanggan yang hadir di klinik di Jabatan Pesakit Luar Hospital

dan semua pelanggan di Klinik Kesihatan.

Setiap pelanggan akan diberi slip-pemantauan apabila diberi nombor

giliran (sila lihat Lampiran A). Setiap petugas kesihatan ditugaskan untuk

Page 4: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

9

mencatatkan masa pada slip pemantauan tersebut. Catatan masa ini

adalah perlu bagi tujuan pengisian data eMasa.

Piawai waktu menunggu ialah kurang 30 minit.

Tempoh waktu menunggu di semua klinik dan jabatan pesakit luar

hospital ialah kurang 30 minit, bermula dari masa pelanggan mendapat

nombor giliran hingga masa beliau masuk bilik konsultasi untuk

pemeriksaan.

Pencapaian yang dipantau ialah :

Bilangan (%) pelanggan/ klinik/ jabatan pesakit luar yang mencapai waktu menunggu kurang 30 minit.

Bagi tujuan penambahbaikan, waktu yang diambil oleh petugas kesihatan

yang pertama dan waktu tamat perkhidmatan pelanggan, juga perlu di

catatkan supaya langkah intervensi tertentu boleh diambil.

5.5. Pengisian Data Dan Laporan Slip pemantauan waktu menunggu setiap pelanggan yang terlibat akan

dikumpul dan dimasukkan ke dalam sistem eMasa sepanjang hari oleh

anggota yang ditugaskan tetapi mesti disempurnakan sebelum jam 7.00

pagi keesokan harinya.

5.5.1. Maklumat Slip Pemantauan

Pelanggan yang terlibat akan dikenalpasti oleh petugas kesihatan dan

diberi slip pemantauan dan waktu dicatat oleh petugas kesihatan iaitu

• Waktu diberi nombor giliran

• Waktu kad rawatan diberi kepada pelanggan

• Waktu pelanggan dipanggil ke bilik konsultasi

• Waktu pelanggan selesai di bilik konsultasi

• Waktu pelanggan tamat di klinik oleh petugas terakhir

Sila lihat carta alir pengambilan waktu menunggu di Jabatan Pesakit

Luar Hospital dan Klinik Kesihatan seperti dalam Lampiran B.

Page 5: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

10

5.5.2. Reten dan Beban Kerja

Semua slip pemantauan waktu menunggu pelanggan dikumpul dan

dimasukkan ke dalam aplikasi Borang-web eMasa. Sila rujuk

Lampiran 3 (Tatacara penggunaan sistem eMasa).

Pihak negeri diminta memantau reten oleh setiap klinik dan output

yang dikeluarkan oleh sistem eMasa. Sila rujuk Lampiran 4 (Tatacara mengakses laporan eMasa). Kesahihan maklumat adalah

penting bagi mendapatkan gambaran sebenar.

5.6. Infrastruktur

5.6.1. Fasiliti , Struktur dan Peralatan

Pengurusan klinik/hospital hendaklah menyediakan ruang menunggu

yang selesa, teratur, kemas dan bersih serta dilengkapi dengan kerusi

yang sesuai dan berkeadaan baik.

Kaunter khas hendaklah disediakan bagi warga tua, kanak-kanak kecil,

orang kurang upaya, penderma darah, pelanggan tenat dan ibu-ibu

mengandung bagi memastikan keprihatinan pihak pengurusan

klinik/hospital terhadap pelanggan.

Bilik konsultasi hendaklah kemas, teratur dan bersih serta dilengkapi

dengan semua peralatan untuk pemeriksaan. Bilik pemeriksaan yang

berasingan hendaklah disediakan untuk pengendalian kes yang

memerlukan ‘kerahsiaan’ (confidentiality) supaya pelanggan lebih

mudah berinteraksi dengan petugas kesihatan dan selesa.

Di ruang menunggu digalakkan penyediaan TV dan radio serta bahan

bacaan bekaitan kesihatan. Dari semasa ke semasa pertunjukan video

dan sesi pendidikan kesihatan atau penilaian sendiri risiko kesihatan

hendaklah diadakan. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa jemu

Page 6: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

11

para pelanggan serta memastikan masa menunggu ini digunakan

dengan sebaiknya.

5.7. Proses Kerja

5.7.1. Piagam pelanggan dan carta aliran kerja hendaklah dipamerkan di

ruang menunggu klinik yang bersesuaian

5.7.2. Kaunter pendaftaran hendaklah dibuka ½ jam sebelum sesi klinik

bermula.

5.7.3. Semua rekod pelanggan dengan temujanji hendaklah di kumpulkan 1

atau 2 hari sebelum tarikh sesi klinik berkenaan.

5.7.4. Semua keputusan ujian-ujian yang telah dilakukan sebelum sesuatu

sesi klinik hendaklah dipastikan diperolehi dan berada dalam ‘folder’

rekod pelanggan.

5.7.5. Pelanggan yang berkeadaan lemah dan tenat hendaklah dibenarkan

melakukan pemeriksaan lebih awal oleh petugas kesihatan. Seorang

petugas yang terlatih hendaklah peka kepada pelanggan-pelanggan

yang memerlukan perhatian awal dengan berjumpa pegawai

perubatan/pakar perubatan.

5.7.6. Setiap klinik dan jabatan pesakit luar perlu mempunyai seorang

pegawai perhubungan pesakit (Patients Relations Officer). Pegawai ini

bertugas sebagai penyelaras kepada perjalanan perkhidmatan di klinik

dan jabatan pesakit luar, serta memberi bantuan kepada

pesakit/pelanggan yang perlu khususnya mereka yang memerlukan

bantuan segera atau kritikal.

5.7.7. Petugas kesihatan hendaklah memastikan pelanggan-pelanggan

menjalani prosedur tertentu sebelum berjumpa pegawai

perubatan/pakar perubatan/penolong pegawai perubatan. Prosedur-

prosedur yang dimaksudkan adalah ujian–ujian seperti ECG, X-RAY,

`Urine test’, Urinary Catherisation dan juga ‘Wound Dressing’.

5.7.8. Semua petugas kesihatan yang dijadualkan bertugas di setiap sesi

klinik hendaklah memulakan pengendalian klinik pada masa yang

ditetapkan. Ketua jabatan hendaklah memastikan perkara ini

dilaksanakan seperti sepatutnya. Nama-nama pakar perubatan /

Page 7: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

12

pegawai perubatan/ penolong pegawai perubatan/ jururawat yang

dijadualkan bagi setiap klinik hendaklah dipamerkan.

5.7.9. Pakar perubatan/ pegawai perubatan/ penolong pegawai

perubatan/jururawat mesti memberi penerangan yang jelas pada

pelanggan mengenai keadaannya, rawatan yang diperlunya serta

perancangan rawatan yang seterusnya.

5.7.10. Pegawai perubatan/penolong pegawai perubatan lelaki hendaklah

memastikan seorang ‘chaperone’ wanita sentiasa berada bersama

mereka semasa pemeriksaan/ rawatan ke atas pelanggan wanita.

5.7.11. Pelanggan yang sedang menunggu untuk diperiksa adalah digalakkan

untuk menjalani ujian saringan faktor risiko i.e BMI, pemeriksaan

tekanan darah.

5.7.12. Pelanggan-pelanggan hendaklah diberi penjelasan mengenai lawatan

susulan (follow up) dan prosedur/ ujian yang perlu dijalani seterusnya

jika berkenaan. Sekiranya pelanggan sudah dirujuk ke tempat lain,

penerangan hendaklah dibuat berkaitan perkara ini.

5.8. Penggunaan Sumber Manusia dan kemahiran petugas

5.8.1. Pihak pengurusan hospital dan klinik hendaklah mengoptimakan

penggunaan tenaga manusia dengan melakukan `deployment’ dari

masa ke semasa sama ada di antara klinik-klinik ataupun di antara

wad dan klinik bergantung kepada kesibukan sesuatu tempat

penyampaian perkhidmatan.

5.8.2. Pihak pengurusan hospital dan klinik hendaklah memastikan yang

setiap klinik dan jabatan pesakit luar hospital mempunyai penyelaras

untuk mengendalikan perjalanan sesebuah klinik.

5.8.3. Seseorang yang terlatih diperlukan bertindak sebagai pegawai

perhubungan pesakit (Patients Relations Officer).

5.8.4. Semua petugas samada di kaunter pendaftaran, bilik pemeriksaan,

bilik perawatan perlu sentiasa berpakaian kemas, kelihatan ceria dan

memberi layanan yang baik. Cara berkomunikasi dengan pelanggan-

pelanggan, waris-waris mereka dan juga dengan rakan setugas

Page 8: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

13

hendaklah sejajar dengan ciri-ciri budaya korporat Kementerian

Kesihatan Malaysia.

5.8.5. Analisa keperluan sumber secara evidence-based ini diharap dapat

membantu perancangan keperluan sumber sebenar ke arah

memperbaiki tahap perkhidmatan di klinik kesihatan dan jabatan

pesakit luar hospital.

5.9. Peranan Pelanggan dan Penyelaras klinik

5.9.1. Dalam usaha memastikan kelancaran sesi klinik, penyelaras perlu

berusaha agar pelanggan ;

• Menepati masa dan tarikh temujanji.

• Mematuhi Perancangan Jangka Panjang Perawatan (Care

Plan).

5.9.2. Pelanggan yang bertindak kasar dan menunjukkan kekerasan

hendaklah diberi nasihat dan ditenangkan oleh pegawai penyelaras

klinik dan pegawai perhubungan pesakit (Patient Relations Officer).

5.9.3. Penjagaan Pra hospital

Bagi penjagaan pra-hospital, kemudahan adalah kepada pelanggan-

pelanggan yang memerlukan rawatan segera dan dalam keadaan

cemas. Sistem ‘Triaging’ hendaklah dilaksanakan sepenuhnya.

6. PROSES PEMANTAUAN

Pihak Pengurusan jabatan pesakit luar hospital, klinik kesihatan, daerah dan

negeri adalah diminta membuat analisa dan penilaian ke atas prestasi

pencapaian dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara

berterusan.

Page 9: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

14

7. TARIKH KUATKUASA

Garispanduan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan.

8. TANGGUNGJAWAB

Sebarang pertanyaan atau cadangan balas mengenai garispanduan ini

hendaklah dirujuk kepada:

Pengarah

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Aras 7 & 8, Blok E10, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

No. Telefon : 03-8883 4001

No. Fax : 03-8883 2210

Pengarah

Bahagian Perkembangan Perubatan

Aras 7 & 8, Blok E1, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

No. Telefon : 03-8883 1046

No. Fax : 03-8883 1427

Page 10: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

15

LAMPIRAN A

SLIP PEMANTAUAN WAKTU MENUNGGU UNTUK PELANGGAN

TARIKH:

LOKASI

WAKTU DIBERI

NOMBOR GILIRAN

WAKTU KAD RAWATAN

DIBERI KEPADA

PELANGGAN

WAKTU DIPANGGIL

KE BILIK KONSULTASI

WAKTU SELESAI

PETUGAS KESIHATAN

YANG MEMERIKSA

PENDAFTARAN

TRIAGE

MAKMAL

XRAY

REHAB

BILIK KONSULTASI

B. PROSEDUR

FARMASI

LAIN-LAIN : NYATAKAN

JUMLAH

Page 11: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

16

LAMPIRAN B

CARTA ALIR PENGAMBILAN WAKTU MENUNGGU DI JABATAN PESAKIT LUAR HOSPITAL / KLINIK KESIHATAN

Waktu dicatitkan

Kad Pesakit Diterima

Pesakit berjumpa dengan 1st Provider (Bilik Konsultasi. Lain-lain bilik juga dipantau iaitu Unit Makmal, Unit Xray, Bilik Prosedur atau Unit Farmasi

Waktu dicatitkan

Pesakit melawat ke lokasi-lokasi atau lokasi yang lain selepas berjumpa 1st provider

Waktu dicatitkan

Pesakit ke unit yang terakhir sebelum balik ke rumah.

Waktu dicatitkan dan serahkan borang kepada anggota di situ

Waktu dicatitkan

Pelanggan mengambil nombor giliran waktu klinik dibuka

Page 12: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

17

LAMPIRAN 2

BORANG CATATAN WAKTU

Pendaftaran Triage Makmal Pengimejan / Xray

Tarikh

Pesakit

Time Letak IC

Time Sedi

a Kad

REG

TIME

Masa

Tiba

Masa Dipang

gil

Masa Seles

ai

Masa Tungg

u di Triage

Masa Consu

lt di Triage

Masa

Tiba

Masa Dipang

gil

Masa Seles

ai

Masa Tungg

u di Makm

al

Masa Consul

t di Makm

al

Masa

Tiba

Masa Dipang

gil

Masa Seles

ai

Masa Tungg

u Di Xray

Masa Consu

lt Di Xray

p1 7:30 7:35 0:05 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p2 7:35 7:43 0:08 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p3 7:40 7:55 0:15 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p4 8:30 8:34 0:04 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p5 8:35 8:42 0:07 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p6 8:40 8:46 0:06 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p7 7:30 7:33 0:03 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p8 7:35 7:41 0:06 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p9 7:40 7:43 0:03 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p10 8:30 8:37 0:07 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p11 8:35 8:39 0:04 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p12 8:40 8:46 0:06 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p13 7:30 7:35 0:05 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p14 7:35 7:38 0:03 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p15 7:40 7:48 0:08 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

Page 13: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

18

p16 8:30 8:37 0:07 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p17 8:35 8:39 0:04 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p18 8:40 8:45 0:05 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

p19 8:56 9:04 0:08 7:35 7:40 7:43 0:05 0:03 7:43 7:50 8:30 0:07 0:40 0:00 0:00

SAMBUNGAN BORANG CATATAN WAKTU

Bilik Pemeriksaan Bilik Prosedur

Masa Tiba Masa Dipanggil Masa Selesai Masa Tunggu Di B. Pemeriksaan

Masa Consult Di B. Pemeriksaan Masa Tiba Masa

Dipanggil Masa Selesai Masa Tunggu Di B. Prosedur

Masa Consult Di B. Prosedur

8:30 8:45 8:58 0:15 0:13 8:58 8:59 9:00 0:01 0:01

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

Page 14: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

19

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

0:00 0:00 0:00 0:00

SAMBUNGAN BORANG CATATAN WAKTU

Farmasi

Masa Tiba Masa Dipanggil Masa Selesai Masa Tunggu

Di Farmasi Masa Consult

Di Farmasi

Keseluruhan Masa

Menunggu

Keseluruhan Masa

Consultation

Keseluruhan Masa Di Klinik

Waktu pesakit tamat di

klinik oleh provider terakhir

providers Jumlah Kedatangan

Jumlah Anggota

9:00 9:10 9:11 0:10 0:01 0:43 0:58 1:41 F

0:00 0:00 0:20 0:00 0:20 D

0:00 0:00 0:27 0:00 0:27 M

0:00 0:00 0:16 0:00 0:16 M

0:00 0:00 0:19 0:00 0:19 F

0:00 0:00 0:18 0:00 0:18 M

0:00 0:00 0:15 0:00 0:15 M

0:00 0:00 0:18 0:00 0:18 D

0:00 0:00 0:15 0:00 0:15 D

0:00 0:00 0:19 0:00 0:19 D

0:00 0:00 0:16 0:00 0:16 M

Page 15: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

20

0:00 0:00 0:18 0:00 0:18 D

0:00 0:00 0:17 0:00 0:17 F

0:00 0:00 0:15 0:00 0:15 M

0:00 0:00 0:20 0:00 0:20 M

0:00 0:00 0:19 0:00 0:19 M

0:00 0:00 0:16 0:00 0:16 D

0:00 0:00 0:17 0:00 0:17 D

0:00 0:00 0:20 0:00 0:20 D

Page 16: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

21

LAMPIRAN 3 TATACARA PENGGUNAAN SISTEM eMASA

1. Sistem boleh diakses melalui internet menggunakan alamat berikut :

http://emasa.moh.gov.my Setelah diakses, Menu Login akan dipaparkan seperti berikut :

2. Masukkan Id Pengguna & Katalaluan dan klik butang ‘Login’. Sistem akan memaparkan Borang Pemantauan Waktu Menunggu seperti berikut :

Page 17: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

22

3. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ’Submit’. Nota : Bagi maklumat waktu, masukkan data mengikut format HH:MM

dimana HH - jam, MM – minit. Contoh : 8.20 pagi masukkan 08:20 2.15 ptg masukkan 14:15

4. Ulang proses-3 di atas sehingga semua waktu bagi setiap pesakit dimasukkan. 5. Laporan Waktu Menunggu. Laporan ini bertujuan untuk memaparkan semua data-data yang telah

dimasukkan bagi setiap pesakit dan juga memaparkan waktu menunggu yang telah dikira oleh sistem. Bagi melihat laporan ini, lakukan langkah berikut :

i. Klik ’Laporan Waktu Menuggu’ pada menu bar ( dibahagian atas skrin). ii. Masukkan Tarikh laporan yang dikehendaki dan klik butang ’Cari’. Laporan akan dipaparkan. 6. Pindaan Data Data-data yang telah dimasukkan boleh dipinda jika terdapat kesalahan. Untuk

membuat pindaan, lakukan langkah berikut : i. Paparkan ’Laporan Waktu Menunggu’ sepert di proses-5. ii. Klik butang ’Edit’ dihujung kanan bagi baris no.pesakit yang hendak dipinda. Skrin pindaan data akan dipaparkan. iii. Masukkan data yang betul pada ruang-ruang yang berkaitan dan klik

butang ’Submit’.

7. Memasukkan Data Tertunggak. Data-data bagi tarikh tertunggak masih boleh dimasukkan ke dalam sistem

dengan melakukan langkah berikut : i. Lalukan cursor pada ’Daftar Waktu Menunggu’ di menu bar dan klik ’Tarikh Tertunggak’. ii. Masukkan Tarikh berkaitan dan klik butang ’Cari’. Skrin kemasukan data akan dipaparkan.

iii. Masukkan semua data dan klik butang ’Submit’. Ulang proses ini sehingga semua data pesakit-pesakit dimasukkan.

8. Keluar dari Sistem Untuk keluar dari sistem, klik ’Keluar’ di menu bar.

Page 18: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

23

Page 19: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

24

Page 20: LAMPIRAN 1 GARISPANDUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN …

25