garisan dalam seni(1)

Upload: bung-mukther

Post on 17-Jul-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tuesday, April 5, 2011Bahagian 5: Penghayatan Asas Seni Reka - Jenis-jenis GarisanHakikat pengetahun Asas Seni Reka (ASR) atau Bahasa Seni Visual yang bertolak dari organisasi Bentuk (Form) merupa fenomena penting yang perlu diketahui oleh kita yang mendokong dalam bidang Seni Visual. Namun, sebelum mengaplikasikan ASR kita perlu mengetahui tiga komponen penting dalam sesuatu Kerja Seni Visual iaitu Hal Benda(Subject), Bentuk Seni (Form) dan Kandungan (Content). Sebuah karya seni visual tidak lengkap sekiranya tiga aspek itu tidak dihuraikan. Organisasi Asas Seni Reka hanya menjurus penghurai dalam Bentuk Seni (Form) sematamata. Aspek Format ini merupakan benting dalam menghuraikan keseluruhan Karya Seni Visual yang merngkumi aspek teori dan praktik. Penulisan saya dalam bahagian 4 menegaskan Unsur Nilai yang menggantikan Unsur Bentuk. Ramai yang memberi pendapat dan komentar dalam tiga FB yang saya muatkan turunkan pendapat saya ini. Saya tertarik dengan pendapat Chan dalam FB Seni Visual STPM yang menyatakan bahawa biarlah Bentuk terus menjadi Unsur Seni kerana Bentuk adalah lanjutan dari Rupa. Beliau menguatkan hujahnya dengan menyatakan bahawa Garisan adalah lanjutan dari titik (Point). Pada saya pendapat itu sangat menarik. Sebenarnya saya telahpun menerangkan pada bahagian 2 dan 3 dalam penulisan saya alasan kenapa perlu ditukarkan Unsur Bentuk kepada Unsur Nilai. Namun, biarlah saya katakan bahawa banyak buku yang sama baca tidak menyatakan salah satu unsur Seni adalah Bentuk. Ada buku yang menyatakan 'Mass' sebagai unsur 3D tetapi tidak menyatakan sebagai 'Form' atau bentuk. Ya, kita sebenarnya sudah terbiasa dengan apa yang kita dapati sebelum ini, agak sukar untuk berubah kerana kita telah disuapkan selama lebih 20 tahun mengenai ASR yang sedia ada. Peringkat awal tahun 2003 saya mula memberi pendapat tentang 'Ruang' semasa itu pun ada yang tidak mahu menerima bahawa ruang bukannya dalam unsur seni. Tetapi sekarang ramai yang telah terima bahawa Ruang dikeluarkan dari Unsur Seni. Biarlah kita membicarakan dalam konsep yang betul dalam apa juga perbincangan ilmiah. Tujuan penulisan saya ini juga adalah untuk sama-sama kita berkongsi agar kita mendalami betul-betul ASR. UNSUR GARISAN - JENIS-JENIS GARISAN Garisan dikatakan sebagai asas dan terpenting dalam seni visual, kerana ianya melibatkan kerja-kerja peringkat awal dalam menghasilkan karya yang juga disebut sebagai lakaran. Pada pelukis, garisan merupakan unsur asas dalam gerak kerja melukis. Tanpa garisan ianya tidak menjadi kenyataan. Sejarah seni lukis mempamerkan bahawa tamadun manusia mula melukis sejak zaman batu di dalam gua lagi. Manusia mula melukis didinding gua sebagai manifestasi spritual. Lukisan grafik binatang merupakan elemen penting untuk memburu pada ketika itu. Kanak-kanak mula megenal alat dan bahan dengan melukis lakaran-lakaran kasar sebagai penjelmaan perasaan. Terdpat pelukis menghasilkan karyanya dengan menggunakan garisan sahaja. Ternyata garisan merupakan unsur seni yang amat penting dan praktikal. Kekuatan garisan dalam unsur seni merupakan aktiviti multlak sebagai pengkarya. Mula melakar melalui idea visual, pemilihan visual idea, lukisan sebenar dan seterusnya menjadi karya. Semua bidang seni visual tidak terlepas dalam melukis dengan menggunakan garisan. Banyak buku-buku yang saya baca menghuraikan garisan dengan begitu teliti sekali. Garisan dikaitkan dengan unsur Matematik, kerana dalam matematik garisan menjadi faktor kepada pengiraan, justru itu dalam matematik garisan disebut sebagai 'path' daripada pergerakan titik. Dalam buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSM (2000) terbitan Pusat Perkembangan Kurikulum mendefinisikan 'Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan

menggunakan alat atau media yang bermula daripaa satu titik permulaan (starting point) merentasi sesuatu kawasan. Garisan dilihat kerana ianya kontra dengan nilai disekelilingnya'. Definisi ini boleh diperkemaskan,namun kefahaman tetang garisan sudah ada iaitu garisan bermula dari titik-titik yang bersambung yang menggunakan alat dan bahan digerakkan diatas suatu permukaan. Balam buku Art Fundamentals menyatakan:

'Line - The path traced by the point of a tool, instrument, or medium as it moves across an area. A line is visible when it contrasts in value with its surroundings. Three-dimensional lines may be made using string, wire, tubes, solid rods, and the like.'Dalam Buku Sumber Guru PSV KBSM menyatakan Jenis-jenis garisan yang agak kabur danmenyeleweng menyebabkan banyak buku-buku yang ada dalam pasaran tersasar dalam menentukan jenis-jenis garisan. Menurut dalam buku sumber, Jenis-jenis garisan merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan iaitu seperti kasar, halus, panjnag, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, terputus dan sebagainya (rujuk ms 1). Masalahnya ada penulis lain yang menulis dalam buku rujukan yang dijual dan digunakan disekolah menambahkan lagi menjadi garisan berbulu, garisan mengerutu dan lain-lain garisan sangat melucukan (sila rujuk Buku terbitan fajar bakti dan Terbitan Pelangi). Kesalahan ini menyebabkan semua guru yang menggunakan buku tersebut tersalah mengajar pelajar/murid. Dalam soalan yang dikemukakan pun terdapat penyataan tersebut. Sebenarnya Jenis garisan tidak sama dengan kerekter garisan. Terdapat kesalahan yang perlu dibaiki. Sebenarnya dalam pembacaan saya dari beberapa buku,jenis garisan hanya ada tiga (3) jenis sahaja, iaitu:

1. 2. 3.

Garisan Tulin Garisan Tersirat Garisan Psikologi

Rajah A: Jenis-jenis garisan Garisan Tulin: ialah gaisan sebenar yang menggunakan alat dan bahan dilakarkan di atas permukaan. Gisan ini adalah mengikut karekter alat dan bahan yang dilukis oleh pelukis. Garisan Tersirat: ialah garisan yang menampakkan seolah-olah satu garisan misalnya beberapa siri titik-titik atau ulangan rupa, objek dan sebagainya. Garisan psikologi: ialah garisan dari gerak mata, secara psikologinya seoralah-olah suatu garisan menuju kepada objek tersebut misalnya kita menunjuk ke atas sesuatu. Arah itu seoalh-olah garisan. Lihat foto dibawah menghuraikan sedikit sebanyak tentang jenis-jenis garisan.

Karya Georges de La Tour bertajuk The Fortune Teller. Oil (1630)

Jenis-jenis garisan terdapat dalam karya catan

Ketiga-tiga jenis garis yang hadir dalam karya 'Georges de La Tour Fortune Teller'.Garisan Tulin secara realisasi yang jelas dilukis melalui garisan pada figura-figura dan pakaian. Garisan tersirat yang dibuat antara lengan hingga ke tangan (lihat garisan penunjuk). Sebuah garis seperti kedua adalah dicipta oleh kelanjutan lengan figura pertama di sebelah kiri melalui bawah jaket figura kedua dan di sepanjang figura ke empat di sebelah kanan. Garisan Psikologi berlaku sebagai penglihatan mata kita mengikuti arah di mana setiap objek yang melihat. Saya akan menyambung penulisan saya ini. Saya pasti kenyataan saya ini merupakan titik tolak kepada membetulkan beberapa kesilapan yang ada selama ini.

Bahagian 5: Penghayatan Asas Seni Reka - Jenis-jenis Garisansenivisual2.blogspot.com/.../bahagian-5-penghayat... - Translate this page 5 Apr 2011 Garisan dikatakan sebagai asas dan terpenting dalam seni visual, kerana ianya melibatkan kerja-kerja peringkat awal dalam menghasilkan ...

Penghayatan Asas Seni Reka - Aplikasi GarisanGarisan merupakan elemen asas paling penting dalam penghasilan Seni Visual. Secara umum Pengkarya akan menggunakan garisan dalam apa juga keadaan, ada yang menggunakan garisan sebagai lukisan awal atau pun mengasilkan garisan sebagai elemen utama dalam karya. Kalau dirujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran KBSM- 2003 ( HSP), untuk tingkatan 2 dantingkatan 3, pembelajaran Garisan tidak berlaku seperti mana ditingkatan 1. Dalam Buku HSP muka surat 20 dan muka surat 30 menyatakan Asas Seni Reka diaplikasikan secara bersepadu dalam Penghasilan Seni Visual. Maknanya pengajaran Asas Seni Reka perlu melalui Aplikasi Pengkaryaan seperti menghasilkan Lukisan, Catan, Cetakan, Arca, Grafik dan sebagainya. Malangnya saya meninjau Rancangan Tahunan dibeberapa buah negeri masih terus meletakkan pembelajaran Asas Seni Reka sama seperti pengajaran dalam tingkatan 1 iaitu Mengenal Garisan. Juga terdapat banyak buku rujukan dalam pasaran yang menunjukkan seperti mana saya katakan itu ditingkatan 2 dan 3 masih menunjukkan asas-asas yang sama. (Begitu juga dengan unsur seni Rupa, Jalinan, Bentuk, Ruang dan Warna) Kemahuan sebenarnya dalam Huruaian Sukatan Pelajaran dalam tngkatan 2 dan 3 ialah guru mengajar bidang-bidang penghasilan dengan menggunakan Asas Seni Reka sabagai landasan utama, misalnya pembelajaran penghasilan Lukisan semasa melukis perlu mengambilkira unsur-unsur seni sebagai element utama dan Prinsip Rekaan sebagai untuk mengorganisasikan karya tersebut. Oleh yang demikian guru-guru akan mengaitkan Garisan dan Rupa, Garisan dan Nilai (dulunya Bentuk), Garisan dan Jalinan dan Garisan dan Warna. Pada kali ini saya tertarik untuk menerangkan aplikasi garisan dalam pengkaryaan. 1. Garisan Kontor dan 'Gesture'

Melalui pemilihan media, garisan dapat membentuk sesuatu karektor. Dua perkara utama dapat dibentuk melalui garisan dalam sesbuah karya lukisan iaitu garisan kontor dan garisan 'Gesture'. Garisan Gesture adalah garisan yang dilukis secara cepat dan bersahaja. Pelukis juga dapat menggunakan kedua-dua garisan ini sebagai membantuk objek.

garisan kontor

Garisan Gesture karya Rambrandt 2. Garisan menghasilkan mood dan pergerakan Ramai pelukis-pelukis agung menggunakan garisan sebagai menggambarkan mood dan pergerakan dalam karya-karya mereka lihat sahaja lukisan Horore Daummier bertajuk Frightened Women (1828-1979), gaya pelukisan karya ini jelas sekali menunjukkan garisan menimbulkan mood perasaan dan pergerakan.

Feighted Women 3. Garisan menimbulkan kesan penegasan Melalui kesan kualiti garisan dapatn menimbukan kesan penegasan dalam karya yang dihasilkan, kadang kala garisan yang pelbagai kualiti dapat menimbulkan kesan penegasan, lihat sahaja karya Judy Pfaff bertajuk Che Cosa a Acqua (1992), beliau menggunakan pelbagai garisan bagi menimbulkan kesan yang pelbagai, melalui beberapa kualiti yang berbeza maka mendapat suatu kesan penegasan dalam karya tersebut.

Che Cosa Acqua

4. Garisan menentukan nilai cerah dan gelap Kesan garisan yang menggunakan teknik silang pangkah (Cross-Hatching) dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan terang dan gelap dalam sebuah karya. Begitu juga menggunakan kualiti garisan nipis dan tebal jug dapat menimbulkan kesan nilai kecerahan dalam karya.

The Three Tree 5. Garisan membentuk objek Sewajarnya melalui media pelukis dapat membentuk objek yang dilukis dengan menggunakan garisan. Lihat sahaja lukisanlukisan kartun dan komek. Pelukis berjaya mebentuk karektor hanya dengan menggunakan garsian. sebenarnya banyak lagi fungsi garisan dalam aplikasi pengkaryaan. sekadar lima point yang saya berikan sudah cukup mengambarkan bahawa peranan garisan dalam sesebuah karya seni cukup penting.

Penghayatan Asas Seni Reka - Sifat Fizikal GarisanSebagai seorang pengkarya seni visual (termasuk pelukis, arcawan, pereka bentuk dan pandai tukang-Kraf), unsur garisan merupakan unsur yang sangat penting. Kerana Garisan menentukan idea awal bagai penjelmaan karya-karya mereka. Ternyata garisan adalah kajian visual bagi menterjemahkan karya. Terdapat pelukis yang menggunakan unsur ini sebagai manifestasi karya, misalnya Jackson Pollock dengan karya renjisan spontan dangan gaya penampilan Abstrak Expresionis telah menonjolan rentak-rentak garisan. J.Seeley dengan karya ctakan bertajuk Stripe Song berjaya menonjolkan garisan Op yang dikenali sebagai aliran Op Art. Pelukis-pelukis di Malaysia juga ada yang menggunakan garisan sebagai penonjolan imej sepertii Ibrahim Hussein dan Ismail Latif. Maknanya garisan merupakan unsur sangat signifikan dengan pengkaryaan pelukis dan pereka. Dalam bahagian 5, saya telah mengemukakan jenis-jenis garisan yang selama ini kita telah mengenali sebagai karektor garisan. Semoga penulisan saya ini dapat manfaat kepada guru-guru seni visual dan pengerak senin visual agar memahami lebih jelas persoalan-persoalan asas tentang Asas Seni Reka (ASR). Ramai dikalangan guru-guru sangat berpandu kepada buku-buku rujukan yang tidakpun merujuk daripada buku-buku besar seperti 'Art Fundamentals'. terdapat buku rujukan yang membuat telahan sendiri tetang konsep Asas Seni Reka yang menyebabkan terpesong dari kajian. Dalam buku panduan guru Seni Visual KBSM terbitan tahun 2002 juga tidak begitu ilmiah memperjelaskan tentang ASR. Muka surat 2 dalam Buku Panduan Guru Seni Visual menyatakan Fungsi Garisan sangat keliru. Sebenarnya kalau dirujuk pada buku-buku besar ianya sesuai dengan tajuk Unsur Garisan bersama Unsur-unsur lain. Misalnya Garisan dan Rupa, Garisan dan Jalinan, Garisan dan Nilai, Garisan dan Warna bukannya garisan mewujudkan struktur, garisan menghasilkan jalinan dan sebagainya (rujuk muka surat 2, 3 dan 4 dalam buku sumber guru PSV KBSM). Dalam buku saya bertajuk Teks

Kreatif Pendidikan Seni Visual tingkatan 1 (terbitan Creatif Enterprise), saya telah sesuaikan dengan beberapa perkara baru yang dirasakan tidak langkap dalam buku panduan. Perkara-perkara yang saya tulis itu telahdicedok oleh Buku terbitan Pelangi yang terbaharu -malang sekali budaya menciplak tidak diminta izin. (anda boleh lihat buku saya - ting 1 dan bandingkan buku terbitan Pelangi penulisan Kathlee Chee) Satu Topik dalam garisan yang tidak disentuh dalam buku Panduan Guru ialah Sifat Fizikal Garisan. Dalam buku Art Fundamentals menyatakan ' The physical characteristics of line are many. Lines may be straight or curved, direct or

meandering, ...' Sifat fizikal garisan dapat menentukan kesan psikologi garisan itu sendiri disamping kita dapat mengenalsebenarnya garisan.

Garisan menentukan lokasi dalam sebuah karya

Antara Sifat Fizikal Garisan ialah: 1. Ukuran Garisan- merujukan kepada panjang dan pendik garisan 2. Jenis Garisan - jenis garisan bergantung kepada luris, bengkok, zigzag, bengkang bengkong dsb 3. Arah Garisan - dari mana arah garisan itu bermula, mungkin arah dari pelbagai, arah yang sehala atau bertentangan. 4. Lokasi Garisan- Ukuran, jenis dan Arah garisan tentunya mempunyai lokasi tertentu bagi menempatkan peranan subjek dalam karya.. 5. Karektor garisan - Karetor garisan dapat disempurnakan melalui media. Ramai pelukis menggunakan mediaa bagi memperlihatkan karektor garisan sebagai presentasi mesej karyanya.

Karya Arca Anthony Lou bertajuk Rimba menunjukan arah dan kaektor garisan