bab 1 garisan

52
BAB 1 GARISAN ARAS 1 1 . 1 Tentang Garisan 1 . Garisan ialah satu elemen paling asas dalam seni tampak terhasil daripada percantuman deretan titik-titik yang merentasi sesuatu permukaan atau ruang. 2 . Garisan mudah dikenali kerana sifatnya yang menonjol daripada persekitarannya. 3 . Penerokaan ke alam seni tampak bermula dengan garisan yang mudah dengan meletakkan garis luar pada imej objek yang dilukis. 4 . Garisan adalah unsur utama yang digunakan dalam tamaddun manusia untuk tujuan berkomunikasi melalui tulisan dan lukisan. 5 Apabila garisan dihasilkan ia boleh mewakili garis sempadan

Upload: bariokesolo6358

Post on 04-Jul-2015

3.468 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Garisan

BAB 1 GARISANARAS 1

1.1

Tentang Garisan

1.

Garisan ialah satu elemen paling asas dalam seni tampak terhasil daripada percantuman deretan titik-titik yang merentasi sesuatu permukaan atau ruang.

2.

Garisan mudah dikenali kerana sifatnya yang menonjol daripada persekitarannya.

3.

Penerokaan ke alam seni tampak bermula dengan garisan yang mudah dengan meletakkan garis luar pada imej objek yang dilukis.

4.

Garisan adalah unsur utama yang digunakan dalam tamaddun manusia untuk tujuan berkomunikasi melalui tulisan dan lukisan.

5 Apabila garisan dihasilkan ia boleh mewakili garis sempadan untuk rupa, garis kontur, bayang, jisim dan jalinan.

Page 2: Bab 1 Garisan

Garisan yang dapat dilihat di alam semulajadi. Batang dan ranting pokok mewakili garisan nyata, manakala pancaran cahaya mewakili garisan ilusi

GAMBAR GANTI

kepada

KEPADA

ATAU

Page 3: Bab 1 Garisan

1.2 Kepentingan Garisan

1. Apabila garisan terhasil, ia boleh berperanan sebagai garisan sempadan untuk rupa, garis kontur,bayang, jisim dan jalinan.

2. Garisan mampu membangkitkan keinginan perasaan dan emosi.Contohnya, jika kita berada di satu kawasan yang lapang, atau berdiri menghadap lautan luas, kita akan dapati bahawa garisan ufuk yang rata mewakili ruang yang amat luas. Ia memberikan kita rasa ketenangan dan kepuasan, dan perasaan inilah juga yang dibawa oleh garisan melintang.

3. Garisan boleh diolah untuk menghasil -kan ton, bentuk, jalinan dan ilusi pergerakan dalam penghasilan seni tampak.

Page 4: Bab 1 Garisan

Garrison Curwood, The Snow Cardinal

Vincent Van Gogh, Irises, 1889

Peit Mondrian , Composition, 1921

Ralstan Crawford, Red and Black, 1949

4. Garisan adalah unsur penting yang menjadi asas untuk membangunkan bidang seni tampak seperti lukisan, catan, cetakan, seni arca disamping bidang reka bentuk dan komunikasi.

5. Antara sumbangan penting unsur garisan dalam tamaddun manusia ialah dalam bidang perhubungan dimana ia telah digunakan sejak zaman purba, dengan terdapatnya coretan lukisan di dinding gua.

Page 5: Bab 1 Garisan

GAMBAR GANTI

KEPADA

Page 6: Bab 1 Garisan

GAMBAR GANTI

Page 7: Bab 1 Garisan

KEPADA

1.3 Garisan Menghasilkan Rupa1. Kita mudah mengenal sesuatu objek

melalui rupanya

Page 8: Bab 1 Garisan

2. Garisan akan bertukar peranan menjadi rupa apabila kedua-dua hujungnya dicantumkan. Inilah kaedah yang selalu kita gunakan untuk menggambarkan sesuatu objek atau penerangan.

3. Garisan boleh digunakan untuk membentuk rupa geometri dan organik, dan garisan boleh boleh digunakan dalam bentuk garisan fizikal atau ilusi , dan garisan negatif atau positif.

4. Rupa yang terbentuk daripada garisan merupakan antara unsur komunikasi yang mudah difahami biasanya dalam bentuk lukisan dan huruf mukataip.

5. Rupa geometri terhasil jika garisan dilukis secara tepat dengan bantuan peralatan melukis.

6. Rupa organik dihasilkan melalui garisan yang dilukis secara ekspresif dan bebas.

Page 9: Bab 1 Garisan

GAMBAR GANTI

KEPADA

Page 10: Bab 1 Garisan

KEPADA

Page 11: Bab 1 Garisan

Atau

Page 12: Bab 1 Garisan

KEPADA

Page 13: Bab 1 Garisan

kepada

Page 14: Bab 1 Garisan

1.4

Garisan Membina Bentuk

1. Garisan yang dicantum dengan mempunyai lebar , ketinggian dan kedalaman akan menghasilkan struktur bentuk

2. Penggunaan garisan dengan ketebalan yang berbeza, iaitu tebal di hadapan dan beransur nipis ke belakang akan menonjolkan ilusi bentuk objek yang dilukis.

3. Rupa yang terbentuk melalui lakaran garisan luar (outline) akan kelihatan bentuknya jika garisan silang atau silang bertindih (cross hatching) dilakar untuk membentuk satah.

4. Lakaran garisan secara garisan atau berjalur, jalur tindih bersilang atau jalur bertindih pada kadar kegelapan yang berbeza akan menghasilkan ton.

5. Penghasilan ton daripada garisan digunakan untuk

Page 15: Bab 1 Garisan

menegaskan kesan cahaya dan bayang yang membentuk gambaran ilusi tiga dimensi.

Piramid di Muzium Lourve, Paris

Contoh garisan menghasilkan bentuk ilusi.

1.5 Garisan Menerapkan Unsur Jalinan

1. Garisan juga berperanan sebagai unsur yang bertindak menyedarkan pemerhati tentang gambaran sesuatu kesan yang terdapat di permukaan satah.

Page 16: Bab 1 Garisan

2. Sifat dan jenis garisan yang pelbagai diolah dengan gaya atur tertentu akan melahirkan kesan permukaan yang kita kenali sebagai jalinan.

3. Jalinan memberi tanggapan yang lebih meyakinkan pemerhati, kepada karya seni tampak yang dihasilkan apabila sesuatu permukaan dapat digambarkan samaada ia akan kelihatan kasar, lembut, kesat, berkilat dan sebagainya.

4. Anda boleh menghasilkan jalinan dengan mencuba menggabung jalinkan pelbagai jenis, sifat dan ragam garisan mengikut citarasa anda sendiri dan keperluan permukaan objek yang dikaji.

Page 17: Bab 1 Garisan

1.6 Peranan Garisan Menimbulkan Ilusi Pergerakan

1. Garisan dapat menonjolkan kesan ilusi pergerakan melalui arah aliran dan kelajuan sesuatu garisan yang dilakar.

2. Apabila garisan lurus membengkok, membelok atau mengarah ke sudut-sudut tertentu ini menggambarkan garisan telah mula bergerak secara ilusi.

3. Dengan menggubah dan mengatur kedudukan garisan secara berulangan kita akan lihat kesannya seolah-olah bergerak secara ilusi.

4. Jenis garisan yang dapat digunakan untuk menghasilkan kesan ilusi pergerakan ialah garisan beralun, berombak, bersudut, terputus-putus, berlingkar, berpancar, melengkung dan bergerigi.

Page 18: Bab 1 Garisan

.

5. Bagi membantu penerokaan garisan untuk menampakkan ilusi pergerakan, bolehlah diaturkan garisan mengikut kaedah aliran, berturut-turut, berselang-seli, untuk kesan pergerakan yang lembut dan harmoni.

6. Kaedah pertukaran arah secara rambang bergerigi dan laju digunakan untuk menggambarkan kesan aktif dan ganas.

Page 19: Bab 1 Garisan

Latihan Kefahaman BAB 1

1.

Nyatakan fungsi garisan dalam rajah di atas. A. Menerapkan rupa B. Menimbulkan imbangan simetriC. Menghasilkan bentuk D. Menghasilkan pergerakan ilusi

2.

Penggunaan garisan dalam rajah diatas menghasilkan… A. Corak B. BentukC. pergerakan D. Rupa

3.

Fungsi garisan dalam rajah di atas ialah untuk tujuanA. ragamhias B. rekabentukC. komunikasi D. cetakan

Page 20: Bab 1 Garisan

4.

Gambaran ilusi yang dihasilkan oleh garisan dalam rajah di atas ialahA. harmoni B. ImbanganC. Jalinan D. pergerakan

5. Nyatakan fungsi garisan pada tayarA. Menghasilkan jalinan B. Mencipta ilusi warnaC. Menghasilkan bentuk D. Menimbulkan pergerakan

6. Perasaan tidak boleh dilukis menggunakan garisan, tetapi garisan ekspresif boleh membangkitkan perasaan melalui…

A. Bentuk B. RupaC. Suasana D. Warna

7. Penggunaan garisan bertindih pada lakaran objek menegaskan…A. Bentuk B. PerasaanC. Rupa D. Ruang

8. Garisan pancaran digunakan untuk menghasilkan gambaranA. ton B. BerpusatC. Berpusar D. Pergerakan

9. Garisan yang terdapat pada makhluk di alam semulajadi bukan sahaja memberikan nilai estetik tetapi juga berfungsi untuk

A. Penghasilan jalinan B. Menghasilkan tonC. Mengukuhkan struktur D. Penyamaran

Page 21: Bab 1 Garisan

10. Rupa tidak terbentuk jika…A. Tidak diwarnai B. Ton tidak digunakanC. Dua hujung garisan tidak

bercantumD. Perbezaan jarak tidak jelas

11.

Pilih pernyataan yang betul yang berkaitan dengan rajah di atas. A. Garisan melahirkan bentuk B. Garisan menghasilkan corakC. Garisan melahirkan rupa D. Garisan menghasilkan jalinan

12.

Lukisan dalam rajah di atas menunjukkan

A. Garisan menghasilkan ruang B. Garisan menghasilkan bentukC. Garisan menghasilkan rupa D. Garisan menghasilkan jalinan

13. Untuk menunjukkan permukaan silinder, garisan yang sesuai digunakan ialahA. Garisan berpancaran B. Garisan melintangC. Garisan melengkung D. Garisan beralun

14. Cara yang paling sesuai untuk menghasilkan ton gelap ialahA. Menggunakan garisan bertindih B. Menggunakan garisan tebalC. Menggunakan garisan berpancar D. Menggunakan garisan beralun

Page 22: Bab 1 Garisan

15.

Rekaan grafik dalam rajah di atas menujukkanA. Garisan membina bentuk B. Garisan menghasilkan corakC. Garisan membentuk rupa D. Garisan melahirkan motif

16. Lorekan garisan yasng diberi tekanan berat yang berbeza akan menghasilkanA. Rupa B. Ton C. pergerakan D. Jalinan

17.

Garisan dalam rajah di atas menghasilkan ruang..A. cetek B. DalamC. Dalam D. Rata

18.

Rekaan dalam rajah di atas memberi tumpuan kepada penghasilan…A. Bentuk B. PergerakanC. Rupa D. Ton

Page 23: Bab 1 Garisan

19.

Lukisan dalam rajah di atas dihasilkan dengan memberi tumpuan kepada

A. Aplikasi warna B. Penggunaan tonC. Cahaya dan bayang D. Tekanan nilai garisan

20.

Aplikasi garisan pada lakaran dalam rajah di atas menghasilkan A. Rupa geometri B. Rupa organikC. Rupa formal D. Rupa positif

21.

Motif dalam rajah di atas dihasilkan secara luakan atau pengurangan menggunakan A. Garisan pancaran B. Garisan beralunC. Garisan melengkung D. Garisan radiasi

22. Garisan menegak digunakan untuk memberi gambaran A. Damai B. Bertenaga C. Bergaya D. Stabil

Page 24: Bab 1 Garisan

23.

Selain daripada imbangan simetri, apkah lagi yang dihasilkan oleh garisan pada rekaan dalam rajah di atas?

A. corak B. BentukC. pergerakan D. rupa

24. Aplikasi garisan untuk mengwujudkan ruang boleh dilakukan denganA. Aturan formal B. Saiz dan jarak berbezaC. Pembentukan rupa D. Susunan bertindih-tindih

25.

Rekaan rupa motif yang menggunakan garisan dalam rajah di atas turut menghasilkan A. Ruang dalam B. Ilusi pergerakanC. Imbangan simetri D. Susunan harmoni

26. Suasana yang damai dan tenang dapat digambarkan dengan menggunakanA. Garisan beralun B. Garisan melintangC. Garisan pepenjuru D. Garisan menegak

Page 25: Bab 1 Garisan

27.

Merujuk kepada rajah di atas, aplikasi garisan telah dapat menghasilkan…l. imbanganll. ilusi pergerakanlll. kontralV. rupaV. bentuk

A. l, ii, dan lll B. l, ll, dan lVC. l, lll, dan V D. l, ll, lll, lV, V

28.

Gubahan dalam rajah di atas menunjukkan bagaimana garisan menghasilkanA. Corak dan jalinan B. Bentuk dan tonC. Bentuk dan corak D. Rupa dan jalinan

29

Nyatakan unsur yang menimbulkan gambaran ilusi pergerakan dalam rajah di atasA. Garisan pepenjuru B. Garisan melintangC. Garisan struktur D. Garisan beralun

Page 26: Bab 1 Garisan

30.

Lukisan purba yang menunjukkan aktiviti berburu ini dihasilkan menggunakan kesan yang daripada contengan beberapa jenis garisan.Di antara prinsip rekaan yang dapat dilihat dalam gubahan ini ialah

A. Rupa dan jalinan B. Irama dan pergerakanC. Imbangan dan penegasan D. Ruang dan kontra

Soalan struktur

1. Untuk melukis bentuk cendawan dan roda basikal,jenis garisan yang paling sesuai ialah garisan pancaran.

2. Dalam konteks seni visual, garisan ialah kesan yang hasilkan daripada percantuman satu siri titik-titik di atas sesuatu permukaan.

3. Garisan dapat mewujudkan bentuk dan struktur objek melalui ilusi cahaya dan bayang.4. Melalui aplikasi saiz dan jarak, garisan boleh mewujudkan ruang.5. Garisan melintang digunakan untuk menimbulkan rasa tenang, dan tenteram.6. Garisan menegak digunakan untuk menggambarkan rasa kukuh dan stabil.7. Garisan pepenjuru digunakan untuk memberi gambaran pergerakan.8. Selain daripada menghasilkan jalinan pada permukaan bentuk ilusi, garisan juga

menonjolkan gambaran bentuk melalui penggunaan ton.9. Teknik resis yang menggunakan untuk menghasilkan garisan secara terap ialah kraf

batik.10. Bidang seni tampak yang mementingkan penggunaan garisan dalam penghasilan

karyanya ialah, lukisan.

Page 27: Bab 1 Garisan

Kajian Masa Depan

Gambar di atas menunjukkan pentingnya penggunaan garisan dalam rekaan grafik seperti yang terdapat pada rekaan baju sukan dan sepanduk. Nyatakan peranan garisan pada rekaan sepanduk di atas.

Jawapan : Garisan menimbulkan rupa

Page 28: Bab 1 Garisan
Page 29: Bab 1 Garisan
Page 30: Bab 1 Garisan
Page 31: Bab 1 Garisan
Page 32: Bab 1 Garisan
Page 33: Bab 1 Garisan
Page 34: Bab 1 Garisan

Cadangan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran dalam Kelas

Bidang: Penghasilan Seni VisualTajuk : Unsur Seni RekaUnit Pembelajaran : GarisanObjektif: Murid akan dapat mengolah bentuk menggunakan garisanBahan bantuan mengajar: Pastel minyak, cat akrilik(cat rumah)

Langkah-langkah untuk Aktiviti Pembelajaran: AKTIVITI 2

1. Semua murid 2. Murid hendaklah mula melukis menggunakan pastel

Page 35: Bab 1 Garisan

dikehendaki duduk mengelilingi subjek kalian yang disediakan oleh guru, contohnya pasu atau tempayan.Gunakan kertas surat khabar sebagai permukaan melukis.

minyak dengan merakamkan bentuk subjek kajian secara keseluruhan dengan saiz yang besar sambil memastikan kadar bandingnya betul.Pastikan garisan yang digunakan dapat menunjukkan kedudukannya samaada ia di hadapan atau di belakang.Garisan yang mewakili kedudukannya di bahagian hadapan dan di bahagian bawah ditebalkan untuk menjelaskan kedudukannya di hadapan atau terlindung di bawah. Bahagian yang beransur ke belakang dinipiskan secara beransur untuk menunjukkan kedudukan yang semakin ke belakang. Bahagian atas juga perlu gunakan garisan nipis untuk menunjukkan kesan cahaya.

3. Langkah kedua ialah

melukis dan menyapu cat menggunakan jari untuk menimbulkan bentuk yang dihasilkan oleh pastel minyak.

4 Terus melukis dan bina bentuk subjek kajian secara beransur-ansur menggunakan pastel minyak dan cat berselang seli sehingga bentuk yang dikehendaki diperolehi. Tidak perlu memasukkan ton untuk kajian ini.

5.6 Cadangan Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran dalam Kelas

Bidang: Penghasilan Seni VisualTajuk : Unsur Seni RekaUnit Pembelajaran : GarisanObjektif: Murid akan dapat menghasilkan kajian tentang perkaitan garisan dengan objekKajian.

Langkah-langkah untuk Aktiviti Pembelajaran: AKTIVITI 1

1. Pilih apa-apa bahan 2. Lihat dengan teliti dan 3. Gunakan jari anda dan

Page 36: Bab 1 Garisan

yang anda senangi seperti beg,patung, jam tangan, telefon,topi dan seumpamanya dan letakkan di hadapan anda

amati garisan luar dan garisan kontournya.

ikut garisan yang anda amati tadi.

.

4. Tanpa melihat pada kertas lukisan, pastikan mata anda hanya tertumpu pada objek. Mula melukis objek secara berterusan dengan tidak langsung mengangkat pensel (atau bahan lukisan lain) dari permukaan kertas lukisan.Anda tidak dibenarkan mengintai lukisan anda dipermukaan kertas. Garisan yang dilukis boleh diulang-ulang asalkan bahan melukisnya tidak diangkat dari permukaan kertas.

5. Anda hanya dibenarkan melihat lukisan anda setelah masa yang ditetapkan oleh guru anda untuk aktiviti ini tamat.

6. Tujuan latihan ini bukan untuk menghasilkan gambaran yang realistik, tetapi untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya garisan pada objek yang dilukis.

7. Akhiri gerakerja dengan melukis semula objek tadi, kali ini anda dibenarkan melihat sekilas pandang pada lakaran di kertas, tetapi tumpuan mata masih sepenuhnya pada objek kajian.

8. Latihan di atas diharap dapat membantu anda supaya lebih peka rupa dan garis kontor yang dilukis.

Hasilkan kajian folio yang ringkas berpandukan contoh berikut.

PROJEK FOLIO Tajuk : Kajian Masa Depan – Garisan 1Objektif : Menjadikan garisan sebagai sumber mengolah dan mewujudkan idea baru reka bentuk jambatan.

Page 37: Bab 1 Garisan

Hasilkan himpunan sumber rujukan tentang kewujudan garisan di alam semulajadi dan benda buatan manusia.

1. Buat keterangan ringkas tentang himpunan sumber rujukan anda.

2. Nyatakan tentang keistimewaan garisan.

3. Gambaran garisan yang dilihat dalam konteks seni tampak.- Garisan tegak- Garisan terpancar- Garisan melintang- Garisan pepenjuru- Garisan melingkar

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 2

Tunjukkan contoh penggunaan garisan dalam reka bentuk yang terdapat dalam kehidupan harian.

1. Nyatakan peranan dan kepentingan garisan dalam reka bentuk yang di tunjukkan.

Page 38: Bab 1 Garisan

2. Berikan sedikit penerangan tentang penggunaan garisan di permukaan dan garisan yang merentasi ruang. ( garisan ilusi dan garisan fizikal).

3. Berikan sedikit penerangan tentang

aplikasi garisan dalam penghasilan kerja kraf.

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 3

Hasilkan kajian tentang garisan menggunakan pelbagai bahan dan teknik.

1. Catatkan pada kajian yang dihasilkan, jenis bahan, alat/ teknik dan jenis garisan

Page 39: Bab 1 Garisan

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 4

1. Jambatan merentasi sungaiKumpulkan gambar-gambar bentuk jambatan

Page 40: Bab 1 Garisan

yang menggunakan garisan sebagai asas rekaannya. (Sila layari internet untuk mendapatkan bahan kajian yang lebih meluas).

2. Jambatan rentasi laut

3. Jambatan / jejambat yang merentasi lebuhraya

4. Jambatan untuk aksesori seni lanskap

PROJEK FOLIO : Kajian Masa Depan – Garisan 5

1. Sumber ideaHasilkan lakaran jambatan berdasarkan kajian, idea dan wawasan anda dengan menggunakan garisan sebagai asas rekaan.

2. Perkembangan idea

3. Beberapa cadangan rekaan

4. Rekaan pilihan

Page 41: Bab 1 Garisan
Page 42: Bab 1 Garisan
Page 43: Bab 1 Garisan
Page 44: Bab 1 Garisan