garis panduan - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/garispanduan/gp rekreasi.pdf · iv. digalakkan tanaman...

12
GARIS PANDUAN 1-22 Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020 1.7 GARIS PANDUAN KAWASAN REKREASI Reka bentuk landskap di kawasan rekreasi perlu mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan menyegarkan serta sesuai untuk aktiviti aktif dan pasif yang terdapat di dalam taman rekreasi. a. Keperluan Ruang Keluasan taman rekreasi hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nisbah penduduk dengan kawasan pembangunan mengikut piawaian perancangan semasa; i. Elemen landskap lembut hendaklah diberi keutamaan daripada landskap kejur. Sekurang- kurangnya 70% daripada ruang taman rekreasi dikekalkan sebagai kawasan hijau dengan elemen landskap lembut seperti bunga-bungaan dan laman rumput; ii. Penggunaan elemen kejur dan perabot landskap seperti plaza, laluan siar kaki, air pancut, gazebo dan pergola hendaklah direka bentuk dan digabungkan dengan elemen landskap lembut; iii. Menyediakan ruang penanaman minimum 1.5m lebar di sepanjang kawasan siar kaki; iv. Menyediakan kawasan tanaman pepagar (hedges) bagi memisahkan kawasan siar kaki dan kenderaan bermotor; dan v. Menyediakan ruang penaman minimum 2m lebar yang digabungkan dengan bukit kecil (earth mound) sebagai pemisah antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor. Ruang Penanaman Sebagai Pemisah Antara Laluan Pejalan Kaki Dan Laluan Kenderaan b. Jarak Penanaman i. Secara umum, jarak penanaman adalah bebas untuk mewujudkan keadaaan semula jadi. Walau bagaimanapun, jarak penanaman bagi kawasan jalan, tempat meletak kereta, laluan pejalan kaki dan lain-lain adalah mengikut jarak penanaman yang telah digariskan oleh Jabatan Landskap Negara; ii. Penanaman hendaklah dalam jarak yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti pemotongan rumput, pembuangan sampah dan kawalan penyakit dan serangga perosak; iii. Garisan penanaman hendaklah selari dengan jajaran siar kaki; dan iv. Penanaman pokok utama hendaklah sama jarak di sepanjang laluan pejalan kaki mengikut kesesuaian jenis pokok. c. Jarak Tanaman i. Menanam satu jenis tanaman pokok utama di sepanjang laluan siar kaki; ii. Penanaman pokok renek jenis rimbun di sepanjang laluan siar kaki secara berpagar di samping meminimakan kesan-kesan silauan cahaya lampu kenderaan; iii. Pemilihan pokok utama mestilah daripada jenis sederhana besar, rendang, tegak dan lurus bagi mewujudkan teduhan dan mengawal pencemaran udara; iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan ruang laluan siar kaki; dan v. Memilih pokok yang mempunyai sistem akar tunjang dan tidak mudah tumbang ditiup angin untuk keselamatan pengguna. 1.7.1 Garis Panduan Kawasan Komersil / Pusat Bandar Tanaman di sekitar kawasan komersil mestilah mempunyai nilai estatik sebagai daya penarik pengguna ke kawasan tersebut. Ia bukan sahaja bagi mengindahkan kawasan persekitaran malah mempamerkan imej dan identiti pemilik bangunan tersebut. a. Keperluan Ruang i. Ruang penanaman yang mencukupi perlu disediakan di sekitar bangunan dengan mengutamakan fungsi estatik landskap, kesan ‘selamat datang’, kesan ruang rangkuman, penunjuk arah, selamat dan selesa; ii. Keperluan ruang penanaman disepanjang laluan pejalan kaki adalah 1.5m lebar. Ruang Penanaman Minimum 2m Lebar 2m 2m Ruang Penanaman Minimum 1.5m lebar 2m 1.5m Gabungan Bukit Kecil Dan Penanaman Sebagai Pemisah Di Laluan Pejalan Kaki

Upload: hathien

Post on 28-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-22

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

1.7 GARIS PANDUAN KAWASAN REKREASI

Reka bentuk landskap di kawasan rekreasi perlu mewujudkan suasana persekitaran yang selesa

dan menyegarkan serta sesuai untuk aktiviti aktif dan pasif yang terdapat di dalam taman rekreasi.

a. Keperluan Ruang

Keluasan taman rekreasi hendaklah ditentukan berdasarkan kepada nisbah penduduk dengan

kawasan pembangunan mengikut piawaian perancangan semasa;

i. Elemen landskap lembut hendaklah diberi keutamaan daripada landskap kejur. Sekurang-

kurangnya 70% daripada ruang taman rekreasi dikekalkan sebagai kawasan hijau dengan

elemen landskap lembut seperti bunga-bungaan dan laman rumput;

ii. Penggunaan elemen kejur dan perabot landskap seperti plaza, laluan siar kaki, air pancut,

gazebo dan pergola hendaklah direka bentuk dan digabungkan dengan elemen landskap

lembut;

iii. Menyediakan ruang penanaman minimum 1.5m lebar di sepanjang kawasan siar kaki;

iv. Menyediakan kawasan tanaman pepagar (hedges) bagi memisahkan kawasan siar kaki

dan kenderaan bermotor; dan

v. Menyediakan ruang penaman minimum 2m lebar yang digabungkan dengan bukit kecil

(earth mound) sebagai pemisah antara pejalan kaki dengan kenderaan bermotor.

Ruang Penanaman Sebagai Pemisah Antara Laluan Pejalan Kaki Dan Laluan Kenderaan

b. Jarak Penanaman

i. Secara umum, jarak penanaman adalah bebas untuk mewujudkan keadaaan semula jadi.

Walau bagaimanapun, jarak penanaman bagi kawasan jalan, tempat meletak kereta,

laluan pejalan kaki dan lain-lain adalah mengikut jarak penanaman yang telah digariskan

oleh Jabatan Landskap Negara;

ii. Penanaman hendaklah dalam jarak yang memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan

seperti pemotongan rumput, pembuangan sampah dan kawalan penyakit dan serangga

perosak;

iii. Garisan penanaman hendaklah selari dengan jajaran siar kaki; dan

iv. Penanaman pokok utama hendaklah sama jarak di sepanjang laluan pejalan kaki mengikut

kesesuaian jenis pokok.

c. Jarak Tanaman

i. Menanam satu jenis tanaman pokok utama di sepanjang laluan siar kaki;

ii. Penanaman pokok renek jenis rimbun di sepanjang laluan siar kaki secara berpagar di

samping meminimakan kesan-kesan silauan cahaya lampu kenderaan;

iii. Pemilihan pokok utama mestilah daripada jenis sederhana besar, rendang, tegak dan lurus

bagi mewujudkan teduhan dan mengawal pencemaran udara;

iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang

harum dan dapat menyegarkan ruang laluan siar kaki; dan

v. Memilih pokok yang mempunyai sistem akar tunjang dan tidak mudah tumbang ditiup angin

untuk keselamatan pengguna.

1.7.1 Garis Panduan Kawasan Komersil / Pusat Bandar

Tanaman di sekitar kawasan komersil mestilah mempunyai nilai estatik sebagai daya penarik

pengguna ke kawasan tersebut. Ia bukan sahaja bagi mengindahkan kawasan persekitaran malah

mempamerkan imej dan identiti pemilik bangunan tersebut.

a. Keperluan Ruang

i. Ruang penanaman yang mencukupi perlu disediakan di sekitar bangunan dengan

mengutamakan fungsi estatik landskap, kesan ‘selamat datang’, kesan ruang rangkuman,

penunjuk arah, selamat dan selesa;

ii. Keperluan ruang penanaman disepanjang laluan pejalan kaki adalah 1.5m lebar.

Ruang Penanaman

Minimum 2m Lebar 2m 2m

Ruang Penanaman

Minimum 1.5m lebar 2m 1.5m

Gabungan Bukit Kecil Dan Penanaman Sebagai Pemisah Di Laluan Pejalan Kaki

Page 2: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-23

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

b. Jarak Penanaman

i. Jarak penanaman pokok teduhan atau palma dengan bangunan komersil hendaklah tidak

terlalu rapat;

ii. Sebaik-baiknya jarak yang sesuai adalah tidak kurang daripada 5m dari anjakan bangunan;

dan

iii. Peletakan lokasi pokok teduhan atau palma mestilah di antara lot bangunan supaya tidak

menghalang pejalan kaki keluar masuk dihadapan bangunan kedai.

c. Jenis Tanaman

i. Memilih tanaman yang tidak mempunyai akar yang menjalar supaya tidak merosakkan

struktur bangunan;

ii. Memilih tanaman yang mempunyai warna bunga yang cantik, terang dan jelas;

iii. Ketinggian tanaman hendaklah seimbang dengan skala bangunan; dan

iv. Kombinasi tanaman pokok palma, renek dan penutup bumi dalam komposisi adalah

digalakkan.

d. Cadangan Tanaman

Berikut adalah sebahagian daripada tanaman yang dicadangkan gabungan pokok sederhana

tinggi dan palma.

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK

Cassia fistula Kayu Manis Silara Bulat

Lagerstroemia flos reginae Bungor Silara Bulat

Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat

Gardenia carinata Cempaka Hutan Silara Bujur

Plumeria spp. Kemboja Silara Bujur

Roystonea regia Palma Raja Batang Lurus

1.7.2 Garis Panduan Kawasan Perumahan

Perancangan dan reka bentuk landskap yang sesuai, teratur dan sistematik boleh mewujudkan

suasana persekitaran tempat kediaman yang selesa dan harmoni. Kebanyakan jenis tanaman

hiasan adalah sesuai di tanam di kawasan-kawasan perumahan kecuali jenis tanaman yang

beracun atau mempunyai ciri-ciri fizikal yang berbahaya seperti bahagian pokok yang berduri,

dahan yang rapuh dan silara yang terlalu besar.

a Keperluan Ruang

i. Menyediakan sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada keluasan keseluruhan skim

perumahan sebagai kawasan lapang atau taman. Piawaian perancangan semasa

hendaklah dirujuk bagi menentukan jenis kawasan lapang atau taman yang perlu

disediakan berdasarkan nisbah bilangan penduduk seperti yang termaktub dalam Akta 172

bahagian 5A Seksyen 2 (35A hingga 35H)

Penyediaan Kawasan Lapang Di Kawasan Perumahan

ii. Menyediakan ruang selebar 3m di sepanjang jalan untuk tujuan penanaman dan siar kaki.

Ianya hendaklah dilandskap dan tidak diturap.

Penyediaan Ruang Penanaman 3m Lebar Dan Tidak Diturap Di Hadapan Rumah

Ruang Penanaman

1.5 m lebar

Jarak Penanaman 5m Dari

Bangunan

5m

(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)

Page 3: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-24

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

iii. Menyediakan jaluran hijau minimum 6 meter lebar yang menghubungkan kawasan

perumahan dengan kemudahan awam seperti taman awam, sekolah dan kedai. Kawasan

ini hendaklah terpisah daripada kenderaan.

Penyediaan Jaluran Hijau Minimum 6m Lebar Bagi Menghubungkan Kawasan Kediaman Dengan Aktiviti Lain

iv. Menyediakan zon penampan minimum 20 meter bagi kawasan perumahan yang

mengadap jalan utama 30 meter lebar dan ke atas.

Penyediaan Zon Penampan Selebar 20m Dengan Pembentukan Bukit Kecil Di Sepanjang Jalan

Utama Melebihi 30m Lebar

b. Jarak Penanaman

i. Jarak penanaman bagi kawasan rumah teres ialah tidak kurang dari 5 meter atau satu

pokok setiap dua atau satu unit rmah teres. Lokasi penanaman ialah di antara dua lot

rumah. Bagi kawasan rumah berkembar dan sesebuah, disyorkan sekurang-kurangnya dua

batang pokok setiap satu unit rumah;

ii. Di sekeliling kawasan taman permainan dan kawasan lapang, penanaman hendaklah

sama jarak. Manakala di dalam kawasan lapang atau taman permainan, jarak

penanaman adalah bebas bergantung kepada reka bentuk.

Jarak Penanaman Yang Bebas Di Kawasan Lapang

iii. Jarak penanaman bagi zon penampan adalah bebas untuk berfungsi sebagai penampan

bunyi, habuk dan bau;

iv. Penanaman pokok utama tidak terlalu dekat dengan pagar rumah bagi mengawal

keselamatan rumah;

v. Penanaman tidak dilakukan di bawah tiang lampu, pili bomba, tiang papan tanda atau

terlalu dekat dengan parit.

c. Jenis Tanaman

i. Menanam satu jenis pokok sahaja bagi setiap jalan perumahan;

ii. Menanam pokok dari jenis kecil ke sederhana besar, berdaun sederhana lebar dan

mempunyai rupa bentuk keseluruhan yang menarik. Percabangan yang kurang 3 meter

dari paras tanah hendaklah dipotong;

iii. Bagi halaman rumah, penanaman pokok buah-buahan bersaiz kecil dan tanaman hiasan

berwarna-warni adalah digalakkan. Elakkan daripada jenis yang boleh mengganggu

keselamatan dan keharmonian kediaman;

iv. Memilih tanaman daripada jenis yang tidak berduri, beracun, bergetah atau rapuh bagi

tujuan keselamatan penduduk; dan

v. Menanam pokok yang mempunyai akar tunjang supaya tidak merosakkan premix jalan,

perparitan dan struktur bangunan.

d. Cadangan Tanaman

Antara pokok yang dicadangkan di lot hadapan sepanjang laluan pejalan kaki di kawasan

perumahan yang disyorkan yang mempunyai saiz kecil ke sederhana besar dan berbentuk silara

bulat, payung, kon dan lonjong.

Jadual 1.4 : Cadangan Pokok Untuk Lot Hadapan Sepanjang Laluan Pejalan Kaki Di Kawasan Perumahan

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK

Mimusop elengi Tanjung Silara Bulat

Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat

Eugenia orleana Kelat Paya Silara Bulat

Gardenia carinata Cempaka Hutan Silara Bujur

Melia indica Semambu Silara Bujur

Michelia champaca Cempaka Kuning Silara Bujur

(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)

Page 4: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-25

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

1.7.3 Garis Panduan Kawasan Perindustrian

Landskap di kawasan perindustrian diperlukan sebagai penampan (Buffer) khusus bagi mengawal

pencemaran udara, bunyi, menghadang pemandangan yang tidak menarik, merendahkan suhu

dan memperindahkan kawasan perindustrian.

a. Keperluan Ruang

i. Ruang penanaman di laluan pejalan kaki di kawasan industri memerlukan ruang yang

lebar.;

ii. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai estetik dan keseimbangan skala tetapi juga sebagai

penghadang dari pandangan yang kurang menarik dan pemampan daripada asap dan

habuk; dan

iii. Pembentukan bukit kecil (Earth Mound) beserta dengan penanaman yang sesuai

menghasilkan impak yang lebih berkesan adalah digalakkan.

Ruang Penanaman Yang Lebar Di Laluan Pejalan Kaki Di Kawasan Industri Berfungsi

Sebagai Penghadang

b. Jarak Penanaman

i. Jarak penanaman bergantung kepada objektif penanaman sama ada bagi tujuan

pengadang, keseimbangan skala atau estetik.

c. Jenis Tanaman

i. Memilih tanaman yang mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan

berair yang dapat membantu proses penyerapan habuk dan penebatan kesan bunyi ;

ii. Memilih jenis pokok yang dapat mengimbangi skala bangunan; dan

iii. Memilih tanaman pelbagai jenis, saiz dan rupa bentuk serta yang mempunyai kadar

tumbesaran yang cepat bagi menghasilkan kesan hadangan yang maksimum.

d. Cadangan Tanaman

Antara beberapa spesis pokok sederhana tinggi dan berdaun lebat untuk penampan ialah :-

Jadual 1.5 : Beberapa Spesis Pokok Sederhana Tinggi Dan Berdaun Lebat Untuk Penampan

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK

Melia indica Semambu Silara Bujur

Cinnamomun iners Kayu Manis Silara Bulat

Mimusop elengi Tanjung Silara Bujur

Peltophorum pterocarpum Batai Silara Kon

Pongamia pinnata Mempari Silara Bujur

Gardenia carinata Cempaka Hutan Silara Bujur

1.7.4 Garis Panduan Kawasan Institusi

Landskap di sekitar kawasan institusi mestilah sesuai dengan reka bentuk bangunan dan

menunjukkan fungsi atau kegunaan bangunan tersebut.

a. Keperluan Ruang

Ruang penanaman yang mencukupi perlu disediakan di sekitar bangunan dengan mengutamakan

fungsi landskap seperti estatik, kesan selamat datang, kesan ruang rangkuman, penunjuk arah,

selamat dan selesa.

b. Jarak Penanaman

Jarak penanaman pokok utama adalah bergantung kepada tujuan penanaman tersebut. Sebaik-baiknya jarak yang sesuai adalah tidak kurang daripada 5m dari anjakan bangunan.

c. Jenis Tanaman

i. Pemilihan tanaman di bangunan kerajaan perlu menggambarkan suasana berdisiplin dan

kemas;

ii. Mengutamakan tanaman yang memerlukan penyelenggaraan minimum.

d. Cadangan Tanaman

Antara beberapa spesis tanaman pokok sederhana rendah yang disyorkan ialah :-

Jadual 1.6 : Spesis Tanaman Pokok Sederhana Rendah

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BENTUK

Mesua ferrea Penanga Lilin Silara Bujur

Filicium decipiens Kiara Payung Silara Bulat

Erythrina orientalis Dedap Silara Kon

Erythrina variegata Dedap Batik Silara Kon

Michelia alba Cempaka Putih Silara Bulat

Saraca indica Gapis Silara Bujur

Kawasan

Pemampan

Page 5: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-26

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

1.7.5 Garis Panduan Reka Bentuk Landskap Bagi Kawasan Jalan Dan Rezab Pemisah

Rupa bentuk landskap di sesuatu kawasan dipengaruhi oleh sebahagian besar dari keadaan

landskap di pinggir jalan dan rezab pemisah. Tujuan landskap pinggir jalan atau lebuh raya adalah

untuk mewujudkan persekitaran jalan yang sempurna dan seragam. Ia dapat memenuhi fungsi

sebagai panduan arah, teduhan, lindungan silauan lampu kenderaan, pengadang bunyi,

penghalang penglihatan yang tidak menarik dan juga bagi tujuan memperindahkan lagi

pemandangan.

Bagi tujuan garis panduan ini beberapa jenis jalan sahaja yang dijadikan panduan.

a. Keperluan Ruang

Rezab landskap yang meliputi kawasan siar kaki dan kawasan penanaman perlu disediakan di

kedua-dua belah jalan mengikut kelebaran jalan. Bagi memastikan pertumbuhan tanaman yang

baik, rezab landskap pinggir jalan mestilah berukuran minimum 3m lebar dan bagi pembahagi jalan

mestilah berukuran minimum 2m

i. Lebar mengikut hierarki jalan. Walaubagaimanapun, keperluan ruang penanaman di tepi

jalan ialah minimum 1.5m lebar;

ii. Ruang penanaman minimum 300mm lebar perlu disediakan di tepi tembok atau jambatan

untuk penanaman tanaman memanjat;

iii. Kotak tanaman berukuran minimum 500mm lebar dan 500mm dalam perlu disediakan di

sepanjang jambatan/ jejantas untuk penanaman pokok renek;

iv. Ruang penanaman minimum 3m lebar perlu disediakan bagi mengadang pemandangan

tidak menarik;

v. Landskap di kawasan jalan perlu juga mengambilkira pemeliharaan titik pemandangan jauh

yang cantik dan pengekalan keadaan landskap sedia ada; dan

vi. Landskap di kawasan jalan juga dapat diperkuatkan dengan kombinasi elemen landskap

kejur seperti papan tanda, siar kaki dan perabot landskap yang lain.

Elemen Kejur Yang Dicadangkan Di Pinggiran Jalan

b. Jarak Penanaman

i. Menanam pokok dengan jarak yang sama dan rapat di kedua-dua belah jalan. Jarak

penanaman adalah bergantung kepada jenis dan saiz pokok tetapi tidak kurang daripada

½ lebar silara tanaman matang supaya boleh dijarangkan selepas 10-15 tahun.

Jarak Penanaman Yang Rapat Bagi Pokok Silara 6m Untuk Dijarangkan Selepas 10-15 Tahun

ii. Bagi rezab landskap yang kelebaran melebihi 6m, penanaman lebih daripada satu barisan

tanaman boleh diwujudkan. Cara penanaman tidak setentang (staggered) hendaklah

diamalkan.

Penanaman Melebihi Satu Barisan Secara Tidak Setentang (Staggered)

iii. Menanam pokok di luar garisan talian elektrik dan telefon minimum 3m bagi mengelakkan

gangguan talian dan pemotongan dahan pokok.

(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)

Page 6: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-27

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

Pokok-Pokok Sederhana Besar Perlu Ditanam Secara Tidak Setentang (Staggered) Untuk Membentuk

Penghadang Atau Penunjuk Persimpangan

v. Jarak penanaman pokok dari kerb di bahu jalan ialah minimum 1m;

vi. Menanam pokok berlainan ciri dan saiz di setiap persimpangan jalan untuk bertindak

sebagai penunjuk persimpangan;

vii. Penanaman hendaklah mengambil kira kedudukan kabel bawah tanah dan utiliti lain

seperti tiang lampu, parit, papan tanda dan perangkap sampah (sumps). Rezab utiliti perlu

disediakan di kedua-dua belah jalan;

viii. Penanaman pokok di persimpangan jalan perlu mengambil kira jarak penglihatan

pemandu; dan

ix. Penanaman pokok di bulatan jalan atau di pulau trafik (traffic island) perlu mengambil kira

garisan pemandangan dan keselamatan pemandu.

c. Jenis Tanaman

i. Pemilihan pokok perlulah daripada jenis batang yang lurus/ tegak dan cepat membesar.

Percabangan yang kurang 3m dari paras tanah hendaklah dipotong;

ii. Menanam satu jenis pokok sahaja di satu-satu jalan di kedua-dua belah rezab jalan.

Penanaman jenis berlainan boleh dilakukan bagi tujuan tertentu seperti penunjuk

persimpangan;

iii. Memilih pokok besar dan rendang bagi kawasan lebuh raya. Bagi jalan sederhana lebar

(20m-30m) pokok saiz sederhana hendaklah dipilih dan jalan kurang dari 12m lebar pokok

kecil diutamakan;

iv. Bagi pembahagi jalan melebihi 2m lebar pokok utama atau palma dan renek bolehlah

ditanam, manakala pembahagi jalan yang kurang daripada 2m lebar hanya renek dan

penutup bumi;

v. Pemilihan pokok hendaklah daripada jenis yang tahan pencemaran, dahan yang tidak

rapuh dan kadar luruh daun yang rendah;

vi. utama kategori sederhana adalah dicadangkan;

vii. Menanam pokok yang mempunyai akar tunjang supaya dapat bertahan daripada tiupan

angin kencang dan gegaran kenderaan;

viii. Penanaman pokok renek untuk tujuan hadangan dan mengelakkan silauan lampu

kenderaan; dan

ix. Memilih tanaman yang kurang atau mudah diselenggara.

1.7.6 Garis Panduan Reka Bentuk Landskap Bagi Kawasan Badan Air

Landskap di kawasan ini bertujuan memenuhi keperluan-keperluan rekreasi, pemeliharaan badan

air, ekologi, flora dan fauna dan berpotensi untuk dijadikan sumber industri kayu.

a. Keperluan Ruang

i. Rezab tasik 20m lebar hendaklah digunakan untuk tujuan landskap yang meliputi dua zon

utama seperti di bawah;

ii. Zon hutan dan hidupan liar - mengandungi tanaman pokok untuk tujuan landskap dari

aspek ekonomi dan tarikan hidupan liar;

iii. Zon penanaman umum dan penyelenggaraan - mengandungi gabungan elemen landskap

lembut dan landskap kejur untuk tujuan landskap dari aspek rekreasi dan pemeliharaan

habitat;

iv. Rezab kawasan tasik meliputi kawasan yang lebih luas. Ruang penanaman bergantung

kepada jenis perancangan pembangunan tetapi hendaklah mengekalkan 20m lebar di

sepanjang tasik untuk tujuan landskap dari segi rekreasi dan pengekalan habitat;

v. Bangunan hendaklah mengadap tasik;

vi. Penanaman di kawasan rezab tasik perlu diadunkan dengan kombinasi elemen landskap

kejur seperti papan tanda, tempat duduk, siar kaki, jeti dan perabot landskap yang lain.

(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)

Page 7: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-28

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

Zon Aktiviti Dan Penanaman Di Pinggir Tasik

b. Jarak Penanaman

i. Menanam pokok pada jarak yang tertentu di sepanjang tebing tasik. Penanaman

hendaklah pada jarak yang bersetentangan di kedua-dua tebing dan dalam satu garisan

yang selari dengan tebing tasik. Jarak penanaman pokok hendaklah tidak terlalu dekat

atau jauh dari tebing tasik untuk membolehkan pokok membesar merimbun ke tasik;

ii. Bagi tujuan mewujudkan suasana semula jadi dan sesuai untuk hidupan liar kecil, jarak

penanaman bebas adalah digalakkan.

c. Jenis Tanaman

i. Menanam satu jenis tanaman sahaja di sepanjang tebing tasik dan dari jenis mengurai dan

dahan yang menyebar seperti Salix babylonica (Janda Merana). Selain itu, pokok yang

mempunyai batang yang tegak dan lurus perlu juga ditanam di kawasan tebing tasik.

Pencabangan yang kurang 3 meter dari paras tanah hendaklah dipotong;

ii. Menanam tanaman yang dapat menarik unggas dan serangga lain seperti kelip-kelip

terutama di kawasan berpaya;

iii. Elakkan daripada menggunakan tanaman yang mempunyai kadar daun gugur yang tinggi

seperti Acacia Mangium;

iv. Memastikan pokok-pokok sedia ada yang mempunyai nilai-nilai istimewa dikekalkan;

v. Memilih tanaman yang sesuai untuk habitat tasik; dan

vi. Memilih tanaman yang kurang atau mudah diselenggarakan.

1.7.7 Garis Panduan Reka Bentuk Landskap Bagi Kawasan Siar Kaki

a. Keperluan Ruang Tanaman

i. Lebar ruang penanaman minimum 1.5m lebar di sepanjang rezab landskap antara

bebendul jalan hingga ke tepi pejalan kaki manakala saiz minimum siar kaki ialah 2m lebar;

ii. Bagi kawasan rezab landskap yang luas, ruang penanaman minimum 2m lebar boleh

digabungkan dengan bukit kecil (Earth mound) sebagai pemisah antara pejalan kaki

iii. dengan kenderaan bermotor amat digalakkan.

Kelebaran Minimum Bagi Ruang Penanaman dan Laluan Pejalan Kaki

(Sumber : Garispanduan Landskap Negara)

2.0m 1.5m

Laluan Pejalan Kaki

Minimum 2 M Lebar

Ruang Penanaman

Minimum 1.5 M Lebar

Page 8: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-29

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

Gabungan Bukit Kecil (Earth Mound) Dan Penanaman Sebagai Pemisah Di Laluan Pejalan Kaki

b. Jarak Penanaman

i. Jarak penanaman disepanjang bahu jalan hendaklah sekata iaitu sama jarak antara pokok

ke pokok yang lain, mengikut kesesuaian jenis pokok.

Jarak Penanaman Yang Sama Antara Pokok Ke Pokok Yang Lain Adalah Digalakkan. Ianya Perlu Bagi

Memudahkan Penglihatan Dari Jalan Raya Ke Laluan Pejalan Kaki Untuk Mengelakkan jenayah Dari Berlaku

c. Jenis Tanaman

i. Satu jenis tanaman pokok utama di sepanjang laluan pejalan kaki supaya kelihatan kemas,

teratur dan mudah untuk diselenggarakan;

Hanya Satu Jenis Pokok Utama Digalakkan Di Tanam Di Sepanjang Laluan Pejalan Kaki. Pemasangan Geriji

Tangan Digalakkan

ii. Pemilihan pokok utama mestilah daripada jenis sederhana besar, rendang dan mempunyai

tegak serta lurus bagi mewujudkan teduhan selain daripada mengawal pencemaran udara;

Rupa Bentuk Silara Pokok

Gabungan Bukit Kecil Sebagai

Pemisah Minimum 2m Lebar

Amatlah Digalakkan

2.0m 2.0m SA

MA

(EQUAL)

SAMA

(EQUAL)

SAMA

(EQUAL)

JARAK PENANAMAN SE

KATA

(RUANG PENGLIHATA

N / VISUAL )

Bentuk Bujur Bentuk Memanjang Bentuk Kon Bentuk Bulat Bentuk Payung

Page 9: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-30

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

iii. Percabangan yang kurang 3m dari paras tanah hendaklah dipotong supaya tidak

menganggu pejalan kaki;

Percabangan Kurang 3m Dari Paras Tanah

iv. Ciri-ciri dan rupa bentuk struktur pokok amat penting dalam menentukan supaya spesis

tanaman yang dicadangkan dapat memberi kesan terhadap keselamatan pengguna

laluan pejalan kaki seperti berikut :-

Tanaman Bertindak Sebagai Halangan (Barrier) Dari Penyeluk Saku Bermotosikal Menghampiri Pejalan Kaki

v. Memilih spesis tanaman yang mengeluarkan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

pengguna di laluan siar kaki adalah digalakkan;

Spesis Tanaman Yang Mengeluarkan Bauan Yang Harum

vi. Memilih pokok yang mempunyai sistem akar tunjang (Tap Root) supaya tidak mudah

tumbang ditiup angin untuk keselamatan pejalan kaki;

vii. Penanaman pokok yang mempunyai akar menjalar (Buttresses Root) tidak digalakan kerana

akan merosakkan permukaan turapan laluan siar kaki, merosakan kabel bawah tanah,

langkang dan membahayakan pejalan kaki;

viii. Gunakan penghadang akar (Root Barrier) jika perlu.

GGg

Penghadang Akar (Root Barrier)

Percabangan Kurang 3m

Dari Paras Tanah

Jasminum Sambac

(Melur)

Cananga Fruticosa

(Kenanga)

Root Barrier

Gelong Penghalang Akar

Page 10: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-31

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

d. Pemilihan Tanaman

i. Tanaman mestilah dari jenis tahan terhadap penyakit dan kurang penjagaan;

ii. Ukuran ketinggian tanaman di peringkat matang perlu diambil kira kerana bilangan

tanaman yang terlalu banyak dan rapat ditanam pada ruang penanaman semasa

diperingkat muda akan menyebabkan kawasan menjadi semak apabila pokok-pokok

tersebut telah matang;

iii. Kerja-kerja mengurangkan pokok (Thinning Process) perlu dibuat mengikut peringkat

pembesaran pokok dengan menebang atau mengalihkan (Trans planting) ke tempat lain

jika pokok-pokok menjadi terlalu rapat;

iv. Pemilihan warna daun dan bunga dalam reka bentuk landskap lembut adalah untuk

memberi kemeriahan, keselesaan, kelembutan dan ketenangan;

v. Pokok jenis renek ditanam sebagai pepagar (Hedges) dan selalunya secara barisan serta

jarak tanaman biarlah rapat;

vi. Pokok renek juga ditanam secara berkelompok ini juga digunakan untuk pembahagian

kawasan (Separator) dan sebagai tanaman latar belakang (Backdrop) untuk elemen

landskap yang lain;

vii. Tentukan pokok ini tidak ditanam di atas saluran paip air, saluran gas, kabel elektrik bawah

tanah ataupun berdekatan dengan parit dan pagar konkrit;

viii. Bukan semua pokok boleh dibuat pemangkasan terus kerana ada pokok dari jenis

pertumbuhan yang lambat berdaun;

ix. Penggunaan pokok penutup bumi (Groundcover) juga boleh mengelakkan hakisan tanah

dan menghalang rumpai tumbuh di tempat terbiar;

1.7.8 APENDIK

a. Pokok Beracun, Berdahan Rapuh Dan Berduri

Senarai tanaman dibawah ini disyorkan supaya tidak digunakan dan perlu dielakkan dari ditanam

kerana terdapat bahagian pokok yang beracun seperti biji, buah, batang, pokok, daun, bunga

dan juga getah buah. Tanaman ini membahayakan pengguna jalan kaki terutama kanak-kanak

yang menyentuh, memetik atau memakan bahagian tanaman yang beracun.

Jadual 1.7 : Tanaman Beracun

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN BAHAGIAN BERACUN

Allamanda cathartica Bunga Loceng Getah

Alocasia denudata Keladi Candek Pokok

Amorphphallus praonii Likir Umbi

Cantharanthus rosea alba Kemunting Cina Bahagian Menjalar

Caryota mitis Beredin / Palas Buah

Carbera odollan Pong-pong Biji/Getah

Cycas rumphii Paku Bogak Biji

Vatura alba Kecubung Pokok

Dieffenbachia spp. Birah Getah

Epipremnum giganteum Philodendron Buah

Ervatamia coronaria Susun Kelapa Getah

Exoecaria agallocha Bebuta Kulit Kayu

Melanorrhoea wallichii Rengas Getah

Mucuna gigantia Kacang Rimau Biji

Nerium oleander Oleandeer Pokok

Orania macroclada Buah Ibul Kacang

Plumeria spp. Kemboja Buah/Getah

Stagmaria verniciflum Rengas Getah

Strychnos ovalifolia Akar Ipoh Pokok

Thevetia peruviana Trompet Pokok/Getah

Jadual 1.8 : Tanaman Yang Mempunyai Dahan Yang Rapuh (Pokok)

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN

Albizia falcata Mimosa / Batai

Gliricidia sepium Mexican Lilac

Salix babylonica Janda Merana

Samanea saman * Hujan-hujan

* (Sesuai untuk teduhan tetapi elakkan dari memanjat tanaman tersebut.)

Page 11: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-32

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

Jadual 1.9 : Tanaman Berduri (Pokok Dan Palma)

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN

Araucaria excelsa Norfolk Island Pine

Elaeis guineensis Kelapa Sawit

Erythrina indica Indian Coral

Erythrina crista-galli Dedap Merah

Euphorbia milii Crowns of thorns

Hura crepitans Payung Indonesia

Licuala grandis Fan Palm

Licuala chinensis Chinese Fan Palm

Oncosperma tigillarum Nibung

Pithecellobium dulce Madras Thorns

Prichardia hillebrandii Loutou-Lelo Palm

Jadual 1.10 : Tanaman Berduri (Renek)

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN

Agave amaricana Agave

Ananas bracteatus striatus Variegated Pineapple

Bougainvillea spp. Bunga Kertas

Caesalpinia pulcherrima Bunga Merak

Lantana camara Bunga Tahi Ayam

Pandanus sanderi Pandan

Sansievera spp. Lidah Buaya

Antara beberapa contoh tanaman beracun, dahan rapuh dan berduri.

Tanaman Beracun

Dahan Rapuh

Daun Berduri

Allamanda cathartica

(Bunga Loceng)

Dieffenbachia spp. Plumeria spp.

Albizia falcata

(Mimosa/Batai)

Salix babylonica

(Janda Merana)

Podocarpus indicus

(Angsana)

Licuala grandis

(Fan Palm)

Araucaria excelsa

( Norfolk Island Pine )

Hura crepitans

(Payung Indonesia )

Page 12: GARIS PANDUAN - ugisp.comugisp.com/lipis/pdf/GarisPanduan/GP Rekreasi.pdf · iv. Digalakkan tanaman yang berupaya mengeluarkan bunga yang menarik dan bauan yang harum dan dapat menyegarkan

GARIS PANDUAN

1-33

Rancangan Tempatan Jajahan Pasir Mas, 2008-2020

Jadual 1.11 : Spesis Pokok Tinggi (Ketinggian >15)

b. Pokok Utama

NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN

Agathis alba Damar Minyak

Alstonia augustifolia Pulai

Araucaria excelsa Araukaria

Brassaia actinophylla Pokok Payung

Canangium odoratum Kenanga

Canarium indicum Kenari

Cassia nodosa Kasia Busuk

Casuarina equisetifolia Pokok Ru

Casuarina nobile Cemara

Casuarina sumatrana Sempilau

Cratoxylon formosum Mempat

Dalbergia oliveri Tamalan

Dyera costulata Jelutung

Enterolobium saman Pokok Hujan-hujan

Eucalyptus deglupta Kayu Minyak Putih

Eugenia grandis Jambu Laut

Fagraea frangrans Tembusu

Ficus benjamina Beringin

Gardenia carinata Cempaka Hutan

Hopea odorata Merawan Siput Jantan

Hymenaea courbaril Lokus

Millettia atropurpurea Jenaris

Pinus spp. Pine

Plumeria rubra Kemboja Merah

Pongamia pinnata Mempari

Pterocarpus indicus Angsana

Saraca indica Gapis

Swietenia mahogani Mahogani

Terminalia catappa Ketapang